MINIT MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU BESAR (MGB) KALI KE -27
DAERAH SEGAMAT 2021
Tarikh : 25 Mac 2021
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : VIP Hotel, Segamat
Pengerusi : Cikgu Tn. Hj. Abdul Rahman bin Ibas
Kehadiran : 79 / 85
(Lihat Lampiran Kehadiran)
1. PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS GURU BESAR DAERAH SEGAMAT
1.1 Pengerusi majlis, Cikgu Tn Hj Abdul Rahman bin Ibas mengalu-alukan kehadiran yang
dihormati Cikgu Hazni bin Osman, penyelaras MGB Segamat selaku Penolong PPD Segamat
unit prasekolah dan sekolah rendah PPD Segamat, exco-exco MGB, rakan-rakan pengerusi,
setiauasa zon, rakan-rakan guru besar dan semua hadirin ke Mesyuarat Agung Majlis Guru
Besar (MGB) Segamat kali ke 27, 2021.
1.2 Pengerusi menerangkan kembali tentang peranan MGB yang merupakan badan profesional
dan ditubuhkan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, dibawah akta kesatuan.
Ditubuhkan pada 1995 di daerah Segamat.
1.3 Surat rasmi untuk mengesahkan kewujudan MGB secara rasmi sedang dirangka dan
diusahakan di peringkat kebangsaan.
1.4 Langkah pertama yang akan dijalankan adalah proses penyeragaman semua
perlembagaan MGB di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
1.5 Apabila seseorang guru dilantik untuk menjawat jawatan Guru Besar, beliau akan secara
automatik menjadi ahli MGB.
1.6 Kesatuan Majlis Guru Besar adalah platform untuk memperjuangkan nasib guru-guru besar.
Sayap kiri bagi KPM.
1.7 Lima senarai kertas kerja yang telah dilaksanakan MGB pada 28-30 September 2020 di
pembangunan sumber manusia KPM.
i. Pemangkuan DG44 / 48
ii. Hakiki DG 48
iii. PCG Perkapitan gran ( kenaikan kadar)
iv. Jawatan SIP+ untuk disandang guru besar
v. Peruntukan jawatan juruteknik di kekalkan di sekolah
1.8 MGB Segamat mencadangkan untuk mengadakan lawatan profesional dan sambutan majlis
persaraan Cikgu Nasir bin Mohamed Yunus, Pegawai PPD Segamat, selaku penasihat MGB
Segamat, di Pulau Pangkor pada bulan Jun 2021. Untuk itu pengerusi mencadangkan untuk
membuat kutipan RM30 daripada GB setiap sekolah.
1
1.9 Terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Nasir bin Mohamed Yunus, di atas kepimpinan
yang cemerlang yang membolehkan PPD Segamat mendapat keputusan UPSR terbaik di
negeri Johor pada 2019.
1.10 Pada 15 September 2020 pengerusi telah membentangkan perlembagaan MGB di Pantai
Puteri, Melaka. Perlembagaan kemudian telah disemak semula di peringkat kebangsaan dan
beberapa pindaan telah dipersetujui untuk diselaraskan di seluruh Malaysia. Antaranya ialah
nama ketua bagi MGB :
vi. Diperingkat daerah Ydp MGB ditukarkan – Pengerusi MGB
vii. Diperingkat negeri – Yang Dipertua
viii.Diperingkat kebangsaan – Yang Dipertua
1.11 Sebagai contoh di daerah Segamat :-
Penasihat : Cikgu Nasir bin Mohamed Yunus
Pegawai Pendidikan Daerah Segamat
Peg. perhubungan
: Cikgu Mohd Haris b. Ahmad Fadhali
Penyelaras MGB Timbalan PPD Pengurusan Sekolah
Pengerusi : Cikgu Hazni bin Osman
Timb Pengerusi Penolong Pegawai PPD Prasekolah dan Rendah
Setiausaha
Pen. Setiausaha : Cikgu Haji Rahman Bin Ibas
Bendahari :-
: Cikgu Othman bin Abdullah
:-
:-
1.12 Perlembagaan juga menyatakan bahawa jawatan yang dipilih melalui mesyuarat hanyalah
pengerusi daerah dan timbalan pengerusi daerah. Jawatan lain seperti setiausaha, penolong
setiausaha dan bendahari akan dilantik oleh pengerusi MGB.
1.13 Akhir kata oleh pengerusi, jika terdapat isu-isu aduan di peringkat sekolah, guru besar
boleh mengajukan permasalahan kepada pengerusi.
Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung MGB Segamat kali ke 26, 2020 oleh : Cikgu
Othman bin Abdullah (Setiausaha MGB Segamat)
Dicadangkan untuk disahkan : Cikgu Datuk Hj Rusdin bin Mahamud (GB SK Desa Temu
Jodoh)
Disokong : Cikgu Fairusasikin bin Fatholmuner (GB SK Segamat Baru)
3. PERKARA BERBANGKIT.
3.1 Merujuk kepada perkara 4.4.1 : Sekolah dibawah 100 orang murid dinafikan hak untuk
mendapat guru pemulihan. Selain itu, keperluan jawatan Penolong Kanan dihakikikan
2
jawatan di Sekolah Kurang Murid (SKM) – Pengerusi majlis memaklumkan bahawa isu telah
dibawa ke peringkat mesyuarat jabatan dan KPM bahagian pengurusan sekolah harian.
3.1.1 Penjawatan bukanlah dibawah kuasa kementerian namun begitu isu ini akan dibawa
pihak KPM kepada ketua setiausaha KPM (KSU).
3.1.2 KSU akan bawa isu ini ke peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan JPA akan
merujuk kepada pembendaharaan untuk keluluskan waran.
Makluman
4. PENGESAHAN AKTIVITI MGB DAERAH SEGAMAT
4.1 Menerima dan mengesahkan aktiviti MGB Segamat dari Jun 2020 sehingga Mac 2021 -
Telah diterima dan dipersetujui oleh semua ahli MGB Segamat.
5. PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN MGB
5.1 Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan MGB berakhir pada 31 Disember
2020 oleh Cikgu Khoo Boon Han bendahari MGB Segamat.
Dicadangkan untuk disahkan : Cikgu Othman bin Abdullah – SK (LKTP) Palong Timur
Disokong untuk pengesahan : Cikgu Muhamamad Nor bin Shakroni – GB SK Kemedak
6. USUL – (JIKA ADA)
6.1 Tiada usul diterima
7. PEMBUBARAN EXCO DAN JK MGB SESI 2018/2021
7.1 Cikgu Tn. Hj. Abdul Rahman bin Ibas selaku pengerusi MGB Segamat sesi 2018-2021
membubarkan exco MGB dan menyerahkan kepada pengerusi sementara Cikgu Hazni bin
Osman untuk mengendalikan pelantikan exco bagi sesi 2021 – 2024.
8. PELANTIKAN EXCO DAN JK MGB SESI 2021/ 2024
8.1 Pelantikan exco MGB 2021/2024 oleh pengerusi sementara Cikgu Hazni bin Osman.
8.2 Bagi jawatan Pengerusi MGB Segamat bagi sesi 2021-2024 :
- Cikgu Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ibas : SK Gemereh
Dicadangkan oleh : Cikgu Datuk Hj Rusdin b. Hj Mahamud – GB SK Desa Temu Jodoh
Disokong oleh : Cikgu Ahmad Shamsul bin Tumijan – GB SK LKTP Kemelah
Dicadangkan untuk cadangan ditutup : Cikgu Musa bin Atan – SK Dato Wan Idris
Disokong untuk cadangan ditutup : Cikgu Ismail bin Md Aini – SK (Felda) Pemanis 2
8.3 Bagi jawatan Timbalan Pengerusi MGB Segamat bagi sesi 2021-2024 :
- Cikgu Othman bin Abdullah – GB SK Palong Timur 1
Dicadangkan oleh : Cikgu Musa bin Atan – SK Dato Wan Idris
Disokong oleh : Cikgu Ismail bin Md Aini – SK ( Felda ) Pemanis 2
Dicadangkan untuk cadangan ditutup : Cikgu Ismail bin Md Aini – SK (Felda) Pemanis 2
Disokong untuk cadangan ditutup : Cikgu Mohd Din bin Abdullah – GB SK Sri Labis
3
8.4 Cikgu Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ibas, Pengerusi MGB Segamat bagi sesi 2021-2024
melantik setiausaha dan bendahari MGB Segamat bagi sesi 2021-2024:
Setiausaha MGB Segamat : Cikgu Shamsul Kamar bin Abd Wahab – GB SK LKTP Medoi
Bendahari MGB Segamat : Cikgu Khoo Bon Han – GB SJKC Seg Hwa
9. UCAPAN PENANGGUHAN
Ucapan Cikgu Abd Rahman bin Ibas – Pengerusi MGB Daerah Segamat 2021-2024
9.1 Syukur kerana dapat berada di sini, terima kasih kepada semua guru besar kerana masih
lagi memberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi MGB Segamat
bagi sesi 2021-2024.
9.2 Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato Zahari bin
Sarip, Adun Buloh Kasap dan yang dihormati Cikgu Nasir bin Mohamed Yunus, Pegawai
Pendidikan Daerah Segamat, merangkap Penasihat MGB Segamat, kerana sudi untuk hadir ke
majlis perasmian penutup Mesyuarat Agung Tahunan MGB segamat kali ke 27.
9.3 Selama ini banyak bantuan yang telah disumbangkan oleh Yb Dato disekolah-sekolah dan
PPD. Terima kasih atas keprihatinan Yb Dato dalam bidang pendidikan, dan pada tahun ini
MGB juga memohon sumbangan bagi aktiviti yang telah dirangka salah satu daripadanya
adalah Majlis Persaraan Cikgu Nasir, Pegawai PPD Segamat bagi meraikan jasa beliau.
9.4 Dibawah pimpinan beliau, Segamat telah mencatat sejarah mendapat tempat pertama
dalam kecemerlangan UPSR didalam negeri Johor bagi tahun 2019. Disamping itu, terdapat
banyak kejayaan-kejayaan yang dicapai di bawah kepimpinan beliau. Bagi pelaksanakan aktiviti
yang telah dirangka ini, pengerusi memohon sumbangan berjumlah 10 ribu Ringgit Malaysia
daripada pihak Yb Dato.
Ucapan Cikgu Nasir bin Mohamed Yunus – Pegawai PPD Segamat, Penasihat MGB
Segamat
9.5 Syukur kehadrat Ilahi kerana dapat bersama-sama hadirin berkumpul di VIP hotel Segamat
bagi Mesyuarat Agung MGB Segamat kali ke 27, 2021. Beliau merakamkan ucapan ribuan
terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola majllis yang telah dapat
melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan selama ini dan pada masa akan datang.
9.6 Beliau menyatakan masih berbaki 6 bulan 15 hari sebelum beliau bersara wajib, semoga
tahun ini adalah tahun terakhir negara menjalani tempoh kawalan pergerakan. Harapan beliau
untuk mengadakan beberapa majlis secara besar-besaran sebelum persaraan wajib iaitu :
i. Majlis hari raya secara besar-besaran – peruntukan 50 ribu Ringgit Malaysia
ii. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 11 April - di Dewan Jubli
Intan
iii. Majlis Hari Guru Peringkat Daerah
iv. Mewujudkan galeri di PPD Segamat - peruntukan 100 ribu Ringgit Malaysia
9.7 Cikgu Nasir mengucapkan tahniah dah terima kasih kepada semua rakan-rakan guru besar
kerana telah mengurus dan memimpin bidang pendidikan yang telah diamanahkan dengan
jayanya di Segamat.
9.8 Tahniah kepada guru besar kerana telah berjaya mencipta sejarah, bilamana Segamat
mendapat tempat pertama UPSR di negeri Johor bagi tahun 2019. Beliau juga bersyukur
kerana PPD Segamat telah tersenarai sebagai 16 PPD aspirasi di dalam Malaysia. Tidak lupa
4
juga, peperiksaan SPM dan STPM yang sedang berjalan , semoga pelajar-pelajar dapat
menjawab dengan baik dan mengekalkan kecemerlangan daerah Segamat.
9.11 Guru besar adalah sebagai arkitek sosial yang memikul tugas yang besar, bukan sekadar
memimpin guru malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan
yang diimpikan oleh negara kita. Pembinaan tamadun ilmu bakal terhasil apabila ilmu diberikan
status sebagai ‘the highest good’ dalam pembentukan peradaban insan sejagat.
9.12 Budaya ilmu yang sebenar akan memberi peluang yg saksama kepada semua warga
pendidikan untuk mengejar dan mengamal ilmu dalam kehidupan seharian.
9.13 Sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan penyampaian
pendidikan yang berkualiti kepada murid kerana kualiti pendidikan itu amat bergantung kepada
keterampilan dan prosesionalisme yang dimiliki oleh guru-guru besar dan guru-guru.
9.14 Guru besar perlu berupaya untuk menawarkan kepimpinan dan pengurusan yang
berkualiti dalam mengurus pembelajaran formal dan tidak formal di sekolah masing-masing.
Kualiti murid ini hanya akan terjana menerusi amalan pengurusan yang berkualiti dan beretika.
Disampingkan mementingkan budaya ilmu serta pembelajaran sepanjang hayat.
9.15 Kita sedar bahawa kualiti bukan satu destinasi, tetapi satu perjalanan yang berterusan.
Sesuatu yang kita anggap berkualiti pada harini mungkin tidak lagi berkualiti pada hari esok
atau pada masa akan datang. Disebabkan itu pencapaian kualiti memerlukan perubahan dan
jika kita tidak berubah seiring dengan masa dan perubahan teknologi kita pasti akan
ketinggalan.
9.16 Kita perlu berubah tidak mengira usia, dan mengurus perubahan dengan cekal. Untuk
berjaya kita perlu melakukan perubahan minda dan membuat penyesuaian nilai dan norma
yang dijadikan pegangan. Dalam konteks perubahan ,kepimpinan pendidikan perlu
menekankan tentang pentingnya penyesuaian dibuat sebagai respon kepada perubahan.
9.17 Guru Besar boleh membuat perubahan, tetapi mesti mengikut acuan sendiri, ini kerana
setiap sekolah tidak sama. Penasihat guru besar disekolah adalah pentadbir dan guru-guru
biasa. Guru besar mesti mempunyai human touch, dengan mewujudkan keseronokan bekerja
didalam sekolah.
9.18 Rakan-rakan guru besar sebagai pelaksana dasar dan penjawat awam, perlu menyokong
usaha kerajaan dalam melaksanakan segala dasar yang digubal demi kesejahteraan rakyat dan
negara. Guru besar dan kerajaan berdiri di saf yang sama untuk membawa negara ke mercu
kegemilangan.
9.19 Pada 14 September 2021 adalah hari terakhir Cikgu Nasir sebagai Pegawai Pendidikan
Daerah Segamat. Beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada rakan-rakan guru besar untuk
mencipta kejayaan sekolah. Guru besar perlu memberi khidmat yang cekap dan berterusan,
untuk menjana kejayaan murid ke tahap optimun. Semoga daerah Segamat terus berada di
puncak kegemilangan.
10. Ucapan Perasmi - YB Dato’ Zahari bin Sarip ( Adun Buloh Kasap)
10.1 Yang Berhormat Dato’ Zahari bersyukur kerana diberikan ruang dan kelapangan untuk
bersama-sama dengan pimpinan-pimpinan hebat di daerah Segamat. Beliau juga merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua guru besar dan ucapan tahniah atas kerja kuat dalam
5
mentadbir sekolah, khasnya semasa menghadapi pembelajaran alaf baru sejak Mac 2020
sehingga hari ini yang disebabkan oleh pandemik Covid 19. Tahniah juga kepada guru-guru
sekolah di sekitar Segamat di atas inisiatif pembelajaran alaf baru, pembelajaran alam maya
dan sebagainya.
10.2 Sebagai pentadbir yang profesional dan matang, guru besar perlu memberi arahan yang
boleh diterima oleh semua peringkat. Guru besar perlu dilihat sebagai role model bagi guru
biasa. Guru besar juga boleh menerima pandangan guru biasa, dan pandangan yang relevan
boleh dibincangkan bersama dan beliau berharap apa yang diucapkan seiring dengan
kehendak PPD.
10.3 Guru-guru besar di Segamat telah mencipta sejarah dan kejayaan yang dicipta ini adalah
hasil komitment dari keseluruhan warga sekolah. Kejayaan yang dicapai adalah kejayaan
warga Segamat keseluruhannya.
10.4 YB Dato’ akan mencuba untuk memenuhi harapan dan kehendak sekolah, dan berharap
agar dapat menjadi sebahagian daripada usaha untuk mencipta sejarah kejayaan di Segamat.
Beliau mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk guru-guru besar supaya
sentiasa dapat memberikan perkhimatan yang baik di sekolah.
10.5 Akhir kata, YB Dato’ sentiasa menyokong MGB dalam usaha melakar kejayaan dan
kecemerlangan anak-anak di Segamat. Sebagai tanda kebersamaan, YB Dato’ bersetuju
menyumbangkan sumbangan sebanyak RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) untuk
menampung kos perbelajaan aktiviti MGB yang telah dirangka, termasuklah Majlis Persaraan
Cikgu Nasir, Pegawai PPD Segamat.
11. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
Dicatat oleh : Disemak oleh :
…………………………………. ……………………………………
Ibrahim bin Sukarti Shamsul Kamar bin Abd.Wahab
Guru Besar SK LKTP Maokil 2 Guru Besar SK Bukit Hampar
Pencatat Minit Setiausaha MGB Segamat
6
Lampiran 1
Senarai Kehadiran
BI NAMA GB NAMA SEKOLAH SEMAKAN
L KEHADIRAN
1 AMRAN BIN AB SHUKOR SK KAMPONG TENGAH HADIR
HADIR
2 NOHRIZAN BT JANTAN SK KAMPONG JAWA HADIR
HADIR
3 SHAMSUL KAMAR BIN ABD. WAHAB SK LKTP MEDOI HADIR
HADIR
4 RABI'AH BTE AHMAD SK DATO SERI MAHARAJA LELA HADIR
HADIR
5 JURIMI BIN KASRAN SK BULOH KASAP HADIR
HADIR
6 RUS MIZI BTE IBRAHIM SK KUALA PAYA HADIR
HADIR
7 HAIRILANUAR BIN MASON SK SPANG LOI HADIR
HADIR
8 ZAINAL BIN YAHAYA SK SEPINANG HADIR
HADIR
9 MUHAMMAD ILHAM GANESH BIN ABDULLAH SK BATU ANAM HADIR
HADIR
10 RIDZUAN BIN ABBAS SK KAMPONG AWAT HADIR
HADIR
11 SAIFUDDIN AMIR BIN ABDUL HAMID SK MENSUDUT PINDAH HADIR
HADIR
12 YAAKUB BIN BAHARI SK TAMBANG HADIR
HADIR
13 ABD.RAHMAN BIN IBAS SK GEMEREH HADIR
HADIR
14 PHUA AH NAH SK LADANG WELCH HADIR
HADIR
15 ZABANI BIN MANSAH SK BUKIT TUNGGAL HADIR
HADIR
16 ROSLI BIN ISMAIL SK PAYA JAKAS HADIR
HADIR
17 SYAKIRIN BIN SAULANI SK POGOH HADIR
HADIR
18 ROSNANI BINTI AMINON SK MELAYU RAYA HADIR
HADIR
19 NOORINI BINTI KASRAN SK LABIS HADIR
HADIR
20 HAYATI BINTI AZHAR OTHMAN SK PEKAN AIR PANAS
21 ZAINAB BINTI AHMAD SK KAMPONG TENANG
22 NUR AZUAA BINTI ROFIK SK SAWAH BAHRU
23 ARFAN BIN ZULKEFLI SK LKTP TENANG
24 RAVANTIRAN A/L MUNUSAMY SK SERI BALI
25 NORAZILAH BINTI ABDULLAH SK SERI BEKOK
26 ZULKEFLI BIN ABDULLAH SK (FELDA) CHEMPLAK
27 AHMAD SHAMSUL BIN TUMIJAN SK (FELDA) KEMELAH
28 JAAFAR BIN DIMIN SK MENSUDUT LAMA
29 DOLIE @ GL SHAMSYUL BIN EDDIE @ IDEA SK BALAI BADANG
30 ABD RAHIM BIN KASDI SK (FELDA) REDONG
31 HELMYAZIZUL BIN ABDUL HAMID SK LKTP PEMANIS 1
32 ISMAIL BIN MD AINI SK (FELDA) PEMANIS 2
33 OTHMAN BIN ABDULLAH SK LKTP PALONG TIMUR
34 BAHARIM BIN BUROH SK LKTP MAOKIL 1
35 RUSDIN BIN MAHAMUD SK DESA TEMU JODOH
36 AZIZAH BTE HASHIM SK SEGAMAT KECIL
37 IDRIS BIN OMAR SK KAMPONG KUDUNG
38 ROSLI BIN A.SAMAD SK KAMPUNG PAYA BESAR
7
39 MOHAMED SALEHIN BIN MOHAMED YASSIN SK LKTP PALONG TIMUR 2 HADIR
40 MOHD IBRAHIM BIN SUKARTI SK LKTP MAOKIL 2 HADIR
41 FAIRUSASIKIN BIN FATHOLMUNER SK SEGAMAT BARU HADIR
42 MUHAMMAD NOR BIN SHAKRONI SK KEMEDAK HADIR
43 HARYATI BINTI MD. YUSOP SK BANDAR PUTRA HADIR
44 NURULHUDA BT AHMAD SK BUKIT HAMPAR HADIR
45 MUSA BIN ATAN SK DATUK WAN IDRIS HADIR
46 MALLAR SELIVE A/P KRISHNASAMY SK CANOSSIAN CONVENT HADIR
47 MOHAMAD DIN BIN ABDULLAH SK SRI LABIS HADIR
48 NOR'AINI BINTI SALEH SR AGAMA BERSEPADU HADIR
49 LIM TOW NGE SJK(C) AI CHUN HADIR
50 CHEW CHONG MING SJK(C) BEKOK HADIR
51 AW YOKE MENG SJK(C) HWA NAN HADIR
52 MEY JYUE MENG SJK(C) CHA'AH HADIR
53 TAN KIM LIAN SJK(C) CENTRAL SITE HADIR
54 ENG AH SEOW SJK(C) TAH KANG HADIR
55 WANG AI LAN SJK(C) JEMENTAH 1 HADIR
56 TAN YEE BOON SJK(C) JABI HADIR
57 LIM YAT LEOU SJK(C) JAGOH HADIR
58 NG KOCK TIONG SJK(C) LI CHI HADIR
59 SIM MAI KIOW SJK(C) KASAP HADIR
60 KOH MUI HOON SJK(C) KARAS HADIR
61 YONG YOON KIM SJK(C) LABIS HADIR
62 KHOO BOON HAN SJK(C) SEG HWA HADIR
63 ONG SIEW KIM SJK(C) BUKIT SIPUT HADIR
64 HEW OI CHIN SJK(C) KAMPUNG TENGAH HADIR
65 LENG NYOK SHING SJK(C) TENANG HADIR
66 TAN SOW ENG SJK(C) TAMBANG HADIR
67 KEA YORK CHUAN SJK(C) TUA OOH HADIR
68 CHAN WAH CHEONG SJK(C) JEMENTAH (2) HADIR
69 SENTHILVADIVU A/P DURAISAMY SJK(T) BEKOK HADIR
70 R.VASUGEE A/P RETNAM SJK(T) LABIS HADIR
71 ANANTHY A/P PATCHY MUTHU SJK(T) LADANG VOULES HADIR
72 SANTHA KUMARI A/P DEVERRAJU SJK(T) LADANG SEGAMAT HADIR
73 GOVINTHAN A/L PERUMALL SJK(T) BANDAR SEGAMAT HADIR
74 PREMA A/P RAMAKIRISNAN SJK(T) LADANG SG MUAR HADIR
75 MEKALAH A/P THANGAYAH SJK(T) LDG SG SENARUT HADIR
76 P.GOVINDASAMY A/L PERUMAL SJK(T) BATU ANAM HADIR
77 LEELA A/P N.GOPALAN SJK(T) LADANG GOMALI HADIR
78 SAHILA A/P MUNIANDY SJK(T) LADANG FORTROSE HADIR
79 MAGESVANI A/P JAYARAMAN SJK(T) LADANG NAGAPPA HADIR
8
9