The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitiezdelima56, 2021-10-07 20:36:53

Heimlich Maneuver

Heimlich Maneuver

Keywords: PBB

HEIMLICH MANEUVER

SMK SULTAN IDRIS SHAH II
PASUKAN BADAN BERUNIFORM

Panduan Menolong Orang yang Tersedak dengan Heimlich Maneuver

Makan terburu-buru boleh membuat anda tersedak, apalagi sambil berbicara atau tertawa
terbahak-bahak. Pada kebanyakan kes, makanan yang tersangkut mudah dikeluarkan
dengan cara dibatukkan. Namun, saat anda melihat seseorang tersedak dan kesulitan untuk
mengeluarkan makanan, segera lakukan pertolongan pertama sesegera mungkin dengan
teknik Heimlich maneuver.
Meski kelihatannya susah, namun pertolongan pertama saat tersedak dapat mencegah risiko
berbahaya bahkan menyelamatkan nyawa. Berikut panduan menolong orang yang tersedak
dengan teknik Heimlich maneuver.
Apa itu Heimlich maneuver?
Heimlich maneuver adalah istilah gerakan pertolongan pertama untuk membantu orang
yang tersedak dengan cara menekan perutnya kuat-kuat.
Gerakan pertolongan pertama ini akan menghasilkan tekanan besar pada perut dan dada
orang tersebut sehingga benda asing yang tersangkut di saluran napas dapat dikeluarkan.

Heimlich maneuver adalah pertolongan pertama yang dapat anda lakukan pada semua
orang yang mengalami tersedak, termasuk bayi dan wanita hamil.
Bagaimana saya tahu kalau seseorang sedang tersedak?

Tersedak terjadi ketika sedang makanan, minuman, atau ada benda asing dan tersangkut
di dalam leher mahupun saluran udara.
Hal ini boleh membahayakan nyawa karena benda asing yang tersangkut boleh
menghalangi aliran udara dan menghalang oksigen ke otak.

Umumnya, orang yang sedang tersedak akan mencengkam leher dengan kedua tangannya
dan refleks mengalami batuk untuk mengeluarkan benda asing tersebut.

Pada kes tersedak yang ringan, orang yang tersedak biasanya masih bisa berbicara
meskipun sulit dan mengeluarkan sendiri benda asing dari lehernya.

Namun, jika benda asing tidak boleh dikeluarkan lebih dari 4-6 minit dan keperluan oksigen
berkurang drastik, kerosakan otak boleh mulai berlaku.

Oleh itu, perhatikan juga tanda-tanda tersedak lainnya yang dijelaskan seperti di bawah :
• tidak mampu bersuara atau berbicara,
• kesulitan bernafas atau suara nafas yang perlahan,
• tidak boleh batuk saat diminta batuk,
• kulit, bibir, dan kuku yang membiru atau kehitaman, dan
• hilang kesedaran.

Segera lakukan pertolongan kecemasan dengan Heimlich maneuver pada orang tersebut.
Teknik ini dapat menyelamatkan nyawa apabila dilakukan dengan tepat.
Heimlich maneuver pada anak dan dewasa

Sebelum melakukan gerakan Heimlich Maneuver, pastikan mangsa tersedak masih dalam
keadaan sedar. Kemudian, ikuti langkah pertolongan pertama Heimlich maneuver berikut ini:

1. Berdiri di belakang orang yang tersedak dan lingkarkan kedua tangan anda di sekitar
pinggangnya seperti posisi memeluk.

2. Jika orang tersebut dalam posisi berdiri, tempatkan salah satu kaki anda di antara
kedua kakinya agar anda dapat memegang mangsa jika dia pengsan.

3. Kepalkan salah satu tangan anda, pastikan ibu jari anda masuk ke dalam kepalan
tersebut. Letakkan kepalan tangan sedikit di atas pusar orang tersebut, tapi di bawah
tulang dada.

4. Posisikan sisi luar dari ibu jari menghadap perut orang tersebut. Genggam kepalan
anda dengan rapat dengan satunya tangan.

5. Beri sentakan kuat dari genggaman tangan anda ke dalam perut orang yang tersedak
dengan keras dan cepat mengarah ke atas.

6. Anda mungkin memerlukan tenaga lebih untuk orang yang besar dan lebih sedikit
tenaga untuk anak-anak atau orang dewasa yang bertubuh kecil.

Anda mungkin perlu mengulangi prosedur beberapa kali sebelum benda asing yang
menyebabkan tersedak tersebut boleh dikeluarkan.

Apabila anda telah melakukannya berulang kali dan tidak terjadi apa-apa, segera
menghubungi kecemasan (999). Jika orang yang tersedak sedang hamil, cara menolongnya
sedikit berbeza.
Untuk wanita hamil, kepalan tangan anda harus diletakkan lebih sedikit ke atas, iaitu di
sekitar dasar tulang dada. Langkah selanjutnya sama seperti nomor 2-3 pada panduan di
atas.

Bagaimana jika orang yang tersedak tidak sedarkan diri?

Apabila mangsa tidak sedarkan diri sebelum melakukan Heimlich maneuver, baringkan
orang tersebut. Cuba keluarkan benda asing dari saluran pernafasannya dengan jari secara
perlahan-lahan dan berhati-hati.
Apabila anda tidak dapat melepaskan benda asing yang menyangkut, lakukan CPR.
Bagaimanapun apabila benda asing boleh dikeluarkan, tetapi individu tersebut masih tidak
sedarkan diri, anda boleh memberikan CPR dengan menggunakan tangan.

Melakukan Heimlich maneuver pada bayi

Apabila anak yang tersedak berusia di bawah 1 tahun, anda perlu untuk mengikuti langkah-
langkah berikut:

1. Ambil posisi duduk, kemudian tampung badan bayi dengan lengan dan telengkupkan
dirinya di atas kedua paha dengan posisi condong ke depan. Posisi kepala bayi akan
lebih rendah dari dadanya.

2. Tahan posisi bayi yang tersedak dari depan dengan mantap menggunakan salah satu
telapak tangan agar posisi kepala bayi tidak lemah terkulai di paha anda.

3. Berikan 5 pukulan lembut di antara kedua tulang belikat bahu anak dengan bahagian
hujung tapak tangan anda.

4. Apabila tidak berhasil, balikkan posisi tubuh bayi menjadi telentang dan sandarkan
kepalanya pada lengan dan paha anda sehingga kepala bayi lebih rendah daripada
tubuhnya.

5. Letakkan 2 jari pada bahagian tengah tulang dada dan lakukan 5 kali tekanan cepat
pada dada.

Ulangi pukulan lembut pada punggung dan dorongan pada dada. Lakukan hal ini hingga
benda asing tersebut keluar dan bayi dapat bernafas atau batuk dengan sendirinya.

Melakukan Heimlich maneuver pada diri anda sendiri
Apabila anda tersedak dan tidak ada siapapun di sekeliling anda, anda dapat mengikuti
langkah-langkah berikut:

1. Kepalkan tangan dan letakkan sedikit di atas pusat, ibu jari menghadap ke dalam.
2. Genggam kepalan anda dengan rapat dengan satu tangan dan tolak ke dalam dan ke

atas secara bersamaan.
3. Lakukan 5 kali tolakan perut, dan ulangi lagi sehingga benda asing keluar dan anda

dapat bernafas atau batuk dengan sendirinya.
Saat Heimlich maneuver boleh mengatasi keadaan tersedak, sebaiknya anda tetap mencari
pertolongan perubatan atau berjumpa doktor.
Hal ini bertujuan untuk memastikan tidak ada benda asing yang tertinggal serta memeriksa
adanya gangguan pada saluran pernafasan, seperti kesan dari tersedak.

SEMOGA BERMANFAAT DAN
SELAMAT MAJU JAYA

UNIT KOKURIKULUM SMKSIS II
PASUKAN BADAN BERUNIFORM


Click to View FlipBook Version