The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhasanahasun, 2022-04-04 20:14:45

Peranan Manusia Sebagai Khalifah Untuk Menjamin Aktiviti Kelestarian Alam Sekitar

E -GREEN

PERANAN MANUSIA

SEBAGAI KHALIFAH

“MENJAMIN AKTIVITI
KELESTARIAN ALAM

SEKITAR”

ISI KANDUNGAN

M/S 1 M/S 9
ISI KANDUNGAN TANGGUNGJAWAB
TERHADAP ALAM SEKITAR
M/S 2
SIDANG REDAKSI M/S 10
CABARAN MENANGANI
M/S 3
PENGHARGAAN ALAM SEKITAR

M/S 4-5 M/S 11
PENDAHULUAN PERANAN SEBAGAI
KHALIFAH DALAM MENJAGA

ALAM SEKITAR

M/S 6 M/S 12
DEFINISI KHALIFAH KEPENTINGAN MENJAGA

ALAM SEKITAR

M/S 7 M/S 13
TANGGUNGJAWAB HARAPAN
MANUSIA MENJADI

KHALIFAH

M/S 14
KESIMPULAN

M/S 8
DEFINISI ALAM SEKITAR

M/S 15
SUMBER RUJUKAN

|1

USTAZ MOHD HUSNI BIN ANIS AFIQAH BT MOHD KHAIRUL NIZAM
ABD HALID 17DIB21F1068
PENSYARAH EDITOR 1

INDDAH HAZWANI BT KHAIRUL SALLEH NUR HASANAH BT ASUN
17DIB21F1044 17DIB21F1072
EDITOR 2 PENYELARAS

ALYA NAJWA BT MANAP NUR ADRIANA MAISARA BT
17DIB21F1039
WARTAWAN 1 | 2 MOHD NOR HAIDIN
17DIB21F1014
WARTAWAN 2

PENGHARGAAN

SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH
KURNIA-NYA DAPAT KAMI MENGHASILKAN
SENASKAH MAJALAH TENTANG PERANAN MANUSIA
SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENJAMIN AKTIVITI
KELESTARIAN ALAM SEKITAR INI.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA
PENSYARAH KAMI BAGI SUBJEK PENGAJIAN ISLAM INI
IAITU USTAZ MOHD HUSNI BIN ABDUL HALID DI ATAS
BIMBINGAN DALAM MENGHASILKAN MAJALAH KAMI
INI. TANPA SOKONGAN DAN BIMBINGAN
BELIAU.MUSTAHIL BAGI KAMI DALAM
MENGHASILKAN SENASKAH MAJALAH YANG
BERMAKNA INI.

TERIMA KASIH JUGA KHUSUSNYA KEPADA SEMUA
AHLI KUMPULAN YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS
DALAM MENYELESAIKAN PENGHASILAN MAJALAH INI
SERTA PENGELUARAN IDEA YANG TERBAIK YANG
AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA LAPISAN
MASYARAKAT. SEGALA MAKLUMAT DAN ISI
KANDUNGAN YANG ADA DI DALAM MAJALAH INI
DATANGNYA DARI SUMBER YANG SAHIH DAN
BENAR.SEMOGA MAJALAH INI DAPAT MEMBERI
PANDUAN DAN KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT.

|3

PENDAHULUAN Hakikatnya manusia ialah sebagai hamba Allah s.w.t. bukanlah satu
penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia sebaliknya gelaran
hamba Allah s.w.t. adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada
manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. sendiri di dalam al-
Quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada nabi dan rasul.
Kehambaan diri manusia kepada Allah s.w.t. Maha Pencipta
hakikatnya adalah kemuliaan, keagungan dan kekuatan. Kehinaan
yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia
atau makhluk. Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam
melalui asas atau konsep tauhid. Salah satu dari keistimewaan atau
kemuliaan manusia sebagai hamba Allah s.w.t. yang sebenarnya ialah
manusia telah dianugerahkan tugas/amanah yang tidak dipunyai oleh
seluruh makhluk lain iaitu khalifahtullah dimuka bumi.

Manusia sebagai hamba Allah s.w.t. dilantik menjadi khalifah Allah dan
perlantikkan itu adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang
jawatan tersebut. Antara kelayakan tersebut ialah bahawa diantara
hamba-Nya maka manusialah yang lebih hampir dengan Alllah s.w.t.
Sebagai hakikatnya, hamba-Nya dan kkhalifah-Nya maka manusia
tidak berhak mencipta yang diizinkan.

Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan
kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk
diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini bahawa bukan setiap
hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga
bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan
sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu
hamba dan khalifah Allah s.w.t. , namun dari segi konsep dan
perlaksaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak
dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan
konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dan telah melaksanakan
konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. dalam 4 ciri tersebut. a)
Akidah b) Akhlak c) Ibadah d) Syariat

|4

Terkandung dalam pengertian khalifah ialah
menguasai dan memerintah ataupun mempunyai
sifat "al-siyadah @ ketuanan". Sifat ini di akui oleh

Allah s.w.t. seperti yang termaktub dalam
perlembagaan suci al-Quran untuk menjadi "Tuan"
keatas segala makhluk dan segala ciptaan di atas
muka bumi. Tetapi sifat ini bukan menjadi sifat yang

istimewa dan asasi dalam tugas khalifah. Sifat
tersebut hanya sebagai alat atau jalan kepada
manusia untuk melaksanakan tugas khalifah. Jika
ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan untuk
melaksanakan tugas khallifahtullah dimuka bumi
maka manusia itu tidak lagi lulus sebagai khalifah

tetapi manusia yang menentang, melawan
menderhaka dan memberontak kepada Allah s.w.t.
serta kepada kekuasaan, pemerintahan, kesultanan

dan kehakiman Allah s.w.t. , alangkah kerdilnya
manusia untuk melakukan perbuatan tersebut.



Dari sini jelaslah bahawa bukannya setiap hamba
Allah s.w.t. itu dengan sendirinya atau semestinya
khalifah ialah menjadi khalifah. Walaupun manusia
pada hakikatnya adalah hamba tetapi oleh kerana ia
tidak melaksanakan konsep pengabdian kepada
Allah s.w.t. dalam hidupnya maka dengan sendirinya
ia bukan khalifah Allah s.w.t. Jadi manusia layak dan
berhak menjadi khalifatullah ialah manusia yang
menerima kehambaan dirinya dan melaksanakan
konsep pengabdian. Tegasnya konsep penyerahan

diri kepada Allah s.w.t.

|5

DEFINISI KHALIFAH

MAKSUD KHALIFAH MENURUT BAHASA

Khalifah yang berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu khalafa bererti ganti.
iaitu seseorang yang menggantikan seseorang yang lain dengan melaksanakan sama
ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya ketika
ketiadaannya.

► Ianya termasuklah:

1. Menggantikan orang yang tiada.
2. Mwnggantikan orang yang telah mati.
3. Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya.
4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.

MAKSUD KHALIFAH MENURUT ISTILAH

Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh allah s.w.t. sebagai
pengganti-nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan

.syariah allah s.w.t. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa

|6

TANGGUNGJAWAB
MANUSIA MENJADI

KHALIFAH



MANUSIA DI BERI BANYAK KELEBIHAN
OLEH ALLAH S.W.T. JIKA DIBANDINGKAN
SECARA UMUMNYA DENGAN MAKHLUK

YANG LAIN SEPERTI ALAM BENDA,
TUMBUHAN, HAIWAN, JIN DAN PARA

MALAIKAT.



ANTARA KELEBIHANNYA IALAH:



1. KESEIMBANGAN KEJADIAN



2. ANUGERAH AKAL FIKIRAN



3. MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN

|7

DEFINISI ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan segala benda
hidup dan bukan hidup yang wujud
secara semula jadi di permukaan bumi,
atau sebahagian daripadanya. Alam
sekitar juga boleh dipanggil flora dan
fauna. Alam sekitar meliputi beberapa
komponen utama:

Unit landskap yang berfungsi sebagai
sistem semula jadi tanpa penglibatan
manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan,
haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta
fenomena semula jadi yang berlaku
Sumber sejagat semula jadi serta
fenomena fizikal yang tidak mempunyai
batasan tertentu seperti udara, air, dan
iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik,
dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil
daripada aktiviti manusia.

|8

Tanggungjawab terhadap

MEMELIHARA ALAM DAN
MENGENDALIKAN DENGAN

BAIK

TANGGUNGJAWAB TERHADAP
TUMBUHAN IALAH TIDAK
MENEBANGNYA DENGAN SESUKA
HATI DAN
MENJAGA TUMBUHAN DENGAN
BAIK

MELAKSANAKAN
HUBUNGANNYA DENGAN

BINATANG

MANUSIA DILARANG DARI
MEMBUNUH DAN MENYEKSA

HAIWAN SESUKA HATI



|9

CABARAN MENANGANI
ALAM SEKITAR

Isu-isu alam sekitar semakin hari semakin mencabar Justeru, bagi meningkatkan lagi keberkesanan
dan usaha-usaha untuk menanganinya memerlukan penguatkuasaan, Kerajaan dalam waktu terdekat
kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua akan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
pihak. Masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, bagi memperkukuhkan lagi penguatkuasaan
pencemaran air, pembuangan sisa pepejal dan toksik, terhadap masalah pencemaran. Namun begitu,
penebangan hutan yang tidak terkawal atau secara kita perlu sedar bahawa penguatkuasaan undang-
haram, pengurangan sumber semula jadi dan undang dan peraturan sahaja tidak mencukupi
sebagainya, telah mengakibatkan berlakunya untuk membendung semua masalah alam sekitar.
ketidakseimbangan kepada alam sekitar. Tragedi tanah Setiap lapisan masyarakat tidak kira tua atau
runtuh, banjir kilat, pencemaran udara, air dan darat, muda, berpendidikan tinggi atau tidak, perlu
pemanasan global dan perubahan iklim dan sebagainya berganding bahu dan bersatu tenaga untuk
adalah kesan ketidakstabilan ekosistem yang berpunca memulihara dan melindungi alam sekitar. Kita
daripada aktiviti manusia yang sering kali dikaitkan hidup dalam lingkungan alam sekitar yang sama,
dengan ‘pembangunan’. Isu-isu alam sekitar inilah yang menghirup udara yang sama, berkongsi
merupakan antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi menggunakan sumber asli yang sama. Oleh itu,
dan ditangani oleh kita semua. kita tidak ada tempat selain bumi ini. Jika bumi
hancur, maka hancurlah manusia. Maka
Kerajaan memang komited terhadap perlindungan dan janganlah kita berpeluk tubuh membiarkan bumi
pemuliharaan alam sekitar negara. Pelbagai dasar dan menahan segala pencerobohan alam sekitar. Saya
perundangan termasuk peraturan-peraturan serta menyeru agar kita sama-sama berganding bahu
program telah diperkenalkan bagi mengimbangi memikul tanggungjawab menjaga bumi ini.
pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Antara
dasar-dasar ialah Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar
Perhutanan Negara, Dasar Kepelbagaian Biologi
Kebangsaan, Dasar Mineral Negara dan Dasar
Perubahan Iklim Negara. Manakala undang-undang
termasuk Akta Kualiti Alam Sekeliling, Akta
Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan
Liar juga dikuatkuasakan. Dasar, perundangan dan garis
panduan sedia ada ini memberi panduan kepada semua
pihak termasuk agensi Kerajaan Persekutuan dan
Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, sektor industri dan
masyarakat bagi memastikan sumber asli negara
digunakan secara lestari, di samping memelihara alam
sekitar kita.

| 10

PERANAN SEBAGAI KHALIFAH DALAM

MENJAGA ALAM SEKITAR

Al-Quran dan sunah telah memberikan satu penekanan yang serius mengenai
penjagaan alam sekitar di mana kedua-dua sumber rujukan umat Islam ini
menyeru setiap manusia untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu
kurniaan atau nikmat Allah SWT yang agung.



Ia sama sekali melarang sebarang pencemaran dan kemusnahan alam sekitar
disamping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam ini dengan
sebaiknya untuk kebaikan bersama disamping memeliharanya. Sesungguhnya

usaha murni ini amat disanjung mulia disisi agama Islam bahkan dianggap
sebagai ibadat yang agung disisi Allah SWT.



Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal
semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar dan ekosistem memberi

kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup dan ianya
mestilah selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran yang dikecapi.



Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur
terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi. Ajaran Islam pula

menjelaskan kedudukan alam sekitar yang kudus dan tertib. Itulah
rasionalnya alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras konsep Islam

Hadhari.



Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan
tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan hadis diantaranya Allah SWT
berfirman yang bermaksud:



"...(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam
keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan
bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan
sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka." (Surah Ali-

Imran : 191).



Ayat ini menunjukkan bahawa secara fizikal, alam sekitar dan seluruh
cakerawala ini adalah tanda kebesaran Allah SWT Yang Maha Pencipta. Orang-

orang yang beriman perlu sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar
terpelihara dan bersih, bukan saja dalam keadaan aman, malah didalam apa

jua situasi.

| 11



Alam sekitar merupakan khazanah yang
tercipta ratusan malah ribuan tahun namun

dimusnahkan oleh manusia hanya dalam
beberapa tahun. Maka, setiap diantara kita

perlu bermuhasabah dan mula mencari
jalan dalam memulihara serta memelihara
alam sekitar demi menjamin kepentingan

alam sekitar. Sebagai contoh, kerajaan
telah menguatkuasakan undang-undang.
Selain itu, memberi kesedaran kepada
orang ramai dengan mengadakan kempen

"Mari Melestarikan Alam Sekitar "

KEPENTINGAN :-
-HABITAT FLORA DAN FAUNA TERPELIHARA.
-EKOSISTEM MENJADI STABIL.
-KESIHATAN MANUSIA TERJAMIN.
-MENARIK KEDATANGAN PELANCONG.
-MENJAMIN BEKALAN SUMBER ALAM.
-DEMI KELANSUNGAN HIDUP GENERASI AKAN DATANG.

| 12

HARAPAN

Alam sekitar fizikal antara komponen utama yang
terjejas susulan penularan virus dan ini
menyumbang kepada kematian manusia hampir di
seluruh dunia. Oleh itu, komitmen kerajaan dalam
memulih dan masyarakat. menguruskan alam
sekitar perlu seiring antara Kerajaan Pusat dan
negeri Kerjasama erat harus dilakukan terutama
membabitkan kepentingan sebagal agenda penting
negara. kawasan hutan, sumber air, tanah dan
galian.Kerjasama dan persefahaman sebegini dapat
membendung kemerosotan kualiti alam sekitar
daripada terus meningkat.

Rakyat sebenarnya menaruh harapan tinggi

terhadap kerajaan baharu agar meningkatkan

ekosistem alam sekitar negara. Selain memperkasa

pendidikan alam sekitar kepada semua lapisan

masyarakat, undang undang berkaitan wajar

disemak semula selari perubahan masa. sekitar

yang sihat akan menyumbang kepada kesejahteraan

hidup , Kerajaan seharusnya memperkasakan alam

sekitar dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu

memainkan peranan tersendiri dan tidak

memandang ringan terhadap isu utama yang akan

selalu menjadi tajuk utama dalam kalangan

masyarakat | 13

NALUPMISEK KESIMPULANNYA, SETIAP
MANUSIA MEMPUNYAI
TANGGUNGJAWAB YANG
TERTENTU YANG MESTI
DITUNAIKAN UNTUK
MEMPEROLEHI KEDAMAIAN
HIDUP, DUNIA DAN AKHIRAT.
WALAU DI MANA MEREKA
BERADA DAN DI ZAMAN
MANAPUN
MEREKA HIDUP, MEREKA TIDAK
BOLEH LARI DARI
TANGGUNGJAWAB TERSEBUT.

| 14

SUMBER RUJUKAN

HTTPS://PREZI.COM/P/YF http://www.relaks
5Q4PB47P7V/ISU-DAN- minda.com/2014/
CABARAN-ALAM- 09/menjaga-dan-
SEKITAR-ABAD-KE-21/
memelihara-
alam-sekitar.html

https://www.ipendidi https://ms.wiki
kan.my/kepentingan- pedia.org/wiki/

menjaga-alam- Alam_sekitar
sekitar.html

http://ctu101.blogspot.co https://www.slideshare.n
m/2008/04/manusia- et/adibramli/manusia-
sebagai-khalifah-allah- sebagai-khalifah-allah-
di-muka.html?m=1
di-muka-bumi

| 15


Click to View FlipBook Version