The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kebaikan dan Keburukan Media Sosial

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thineshni1506, 2022-11-02 22:29:04

NILAI MASYARAKAT MPU23042

Kebaikan dan Keburukan Media Sosial

MPU23042 : NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
SESI 1 2022/ 2023

E-Folio :
Kebaikan dan Keburukan

Media Sosial.

THIRYAHSHNI A/P THIYAGARAJAN ( 26DUP21F2027 )
SIEW CHEN A/P SOMPRON PRONGJIT ( 26DUP21F2026 )

NAMA PENSYARAH : PUAN DINA BINTI ABDUL KHALIK

Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Penghargaan 3

2 Pengenalan 4

3 Objektif 5

4 Definisi 6

5 Jenis - Jenis Media Sosial 7

6 Kebaikan Media Sosial 8-13

7 Keburukan Media Sosial 14-20

8 Statistik 21-23

9 Peranan 24

10 Kesimpulan 25

11 Lampiran 26-29

12 Rujukan 30-31

Penghargaan

Saya Thiryahshni a/p Thiyagarajan dan juga Siew Chen a/p Sompron Prongjit ingin

mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Dina bt
Abdul Khalik iaitu pensyarah kami untuk matapelajaran Nilai Masyarakat Malaysia

(MPU23042), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kita. Selain itu, beliau
juga memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara–cara membuat kerja kursus
mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan
membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Akhir kata saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih sekali.

Pengenalan

● Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat
popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook,”
“Instagram,” “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian
masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman
sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam
kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan
penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk
mengisi kekosongan waktu mereka . Hal ini disebabkan oleh
aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik
perhatian masyarakat di Malaysia.

Objektif

01 Memberikan penerangan tentang maksud
media sosial dengan jelas dan Mengenal pasti tahap pemahaman

tentang media sosial

02 Memberikan penerangan tentang kebaikan dan keburukan media
sosial.

03 Membincangkan tentang pengaruh media sosial sebagai salah
satu faktor berlakunya pergaulan bebas.

04 Membincangkan tentang langkah-langkah untuk mengawal
penggunaan media sosial.

Definisi

Kamus Dewan: Andreas Kaplan
dan Michael
Media bermaksud alat atau pengantara Haenlein :
dalam komunikasi ataupun perhubungan.
Media sosial sebagai "sebuah
Manakala sosial bermaksud segala hal kumpulan aplikasi berasaskan
yang berkaitan dengan kemasyarakatan. internet yang membangun atas
Oleh itu, media sosial secara mudahnya dasar ideologi dan teknologi dan
membawa erti instrumen sosial dalam yang membolehkan penciptaan dan

berkomunikasi. pertukaran
user-generated content.

facebook google+
netflix
whatsapp hangouts

twitter

instagram Jenis - Jenis Media Sosial

kakaotalk wechat

linkedin flickr

deviantart skype telegram

youtube snapchat

Menambah Kebaikan Perkongsian
kenalan yang Media maklumat dan
Sosial
baru . ilmu
Kemudahan
Mengisi masa untuk Pemberi
lapang peluang
menyebarkan
maklumat

Menambah kenalan yang baru

●Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan laman sosial dapat
menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah
lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah
menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka
telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini
digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan
lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang
telah diceburi oleh rakan dan dapat berinteraksi antara satu sama
lain.

Mengisi masa lapang

●Selain itu,ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan
adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan
melayari media sosial. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada
antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial
seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial
tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka.

Menyebarkan Maklumat

●Seterusnya, kebaikan medial sosial ialah kemudahan untuk menyebarkan
maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin mengadakan majlis
perkahwinan perlu mencari alamat rakan masing-masing. Tapi kini dengan
kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh dihantark dan dimaklumkan kepada
rakan-rakan melalui sistem pesanan ringkas, tidak perlu lagi kepada edaran yang
berbentuk kad yang bercetak. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan kecemasan
seperti derma darah untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-
kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras
jenayah.

Perkongsian maklumat dan ilmu.

●Di samping itu, kebaikan media sosial ialah dapat berkongsi maklumat dan
ilmu. Jikalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat
maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan
maklumat . Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk
mengetahui tentang berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah dapat diketahui
dengan serta merta melalui twitter dan laman web tertentu.

Pemberi peluang

●Media sosial bukan sahaja boleh digunakan untuk sirkulasi informasi, tetapi
platform untuk mencipta peluang kepada pelajar-pelajar. Ramai orang sekarang
menggunakan platform media sosial untuk iklankan perniagaan mereka, atau
menggunakan platform ini untuk menjadi selebriti media maya. Malah, peluang
yang dibincangkan di sini juga merangkumi peluang untuk mendapat bantuan
dana atau sebagainya untuk kenalan mereka dengan menggunakan jaringan
kenalan.

Mengurangkan Keburukan Ketagihan
fokus Media
Sosial Gangguan
Gangguan kesihatan
oleh individu Lalai daripada
yang tidak Tanggungjawab

dikenali Pergaulan
bebas

Kurang fokus

●Bukan sahaja golongan muda, malahan golongan dewasa juga sudah
"ketagih" dengan media sosial ini. Jika buku memerlukan fokus dari
pelajar untuk membaca dan memahaminya, media sosial pula direka
supaya ia menarik perhatian orang ramai kepadanya. Notifikasi yang
menarik perhatian dan juga reaksi teman-teman kepada pos mereka
sendiri amatlah mengasyikkan, dan ia menyebabkan pelajar leka dengan
"ketagihan" tersebut.

Ketagihan

●Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial sehingga sukar untuk berenggang daripadanya. Ia
boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak
mustahil ada yang menjadi gila disebabkan ketagihan terhadap laman sosial. Ada yang
mengurung diri dalam bilik selama beberapa hari berhadapan dengan komputer untuk melayari
website yang digemari. Selain itu, pelajar kebanyakannya mempunyai masa lapang yang lebih
lama berbanding golongan dewasa yang bekerja. Oleh sebab yang demikian para pembangun
aplikasi media sosial mengetengahkan ciri-ciri yang menarik minat pelajar yang merupakan
pengguna aktif mereka. Contohnya, penstriman video kini menjadi lebih mudah dan pelbagai
aktiviti interaktif yang melibatkan penggunaan media sosial untuk menghabiskan masa di laman
maya tersebut.

Lalai daripada Tanggungjawab

●"Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga
menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu
tugas sama ada hakiki mahupun tugasan harian yang mengganggu
tumpuan terutamanya menyertai"games”, "group provokasi” , “gosip'
dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan
produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh
daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan
mengabaikan pelajaran mereka.

Gangguan Kesihatan

●Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan sama ada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana
terlalu khusyuk mengadap komputer atau gajet mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.
Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi
komputer atau gajet merupakan Fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman
web sosial. Kadang-kadang remaja menghabiskan banyak masa di media sosial sehingga mereka
kehilangan tidur yang berharga. Sebenarnya, satu kajian British yang diterbitkan dalam Journal of Youth
Studies meninjau 900 remaja antara umur 12 dan 15 tentang penggunaan media sosial mereka dan kesannya
terhadap tidur. Apa yang mereka dapati adalah bahawa seperlima dari remaja berkata mereka "hampir
selalu" bangun pada waktu malam dan log masuk ke media sosial. Kajian itu juga mendedahkan bahawa
kanak-kanak perempuan lebih berkemungkinan besar daripada kanak-kanak lelaki untuk bangun dan
memeriksa media social di telefon mereka.

Gangguan oleh individu yang tidak dikenali

●Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh laman
peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka
memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya
sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ia
memalukan mangsanya.

Pergaulan bebas

●Budaya hidup masyarakat kini semakin berubah seiring dengan perkembangan teknologi dan
media baharu lebih-lebih lagi dalam tempoh negara dilanda pandemik Covid-19. Penggunaan aplikasi
media sosial dilaporkan meningkat apabila Malaysia merekodkan 28 juta pengguna media sosial atau
86 peratus daripada penduduk negara ini.Laman facebook Public Health Malaysia baru-baru ini
berkongsi senarai aplikasi media sosial popular seperti Tinder, WeChat, Dating.com, Hornet,
Tumbler, Grindr, Bigo Live, TikTok, PUBG, Mobile Legends dan pelbagai lagi yang perlu diawasi
penggunaannya dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja. Perubahan trend dan gaya
hidup norma baharu menyaksikan umat Islam semakin terdedah kepada kegiatan maksiat dan
menyalahi syariat melalui kaedah dan medium yang berbeza. Tanpa menafikan manfaat yang
diperolehi hasil perkembangan teknologi dan aplikasi terkini, medium tersebut juga boleh
mengundang mudarat apabila segelintir masyarakat menggunakannya bagi tujuan melakukan
perbuatan dosa dan maksiat sehingga berbangga serta mempromosikannya kepada masyarakat umum.

Statistik penggunaan media-sosial

Laporan berkenaan turut mendedahkan jumlah
pengguna Internet meningkat sembilan peratus
berbanding tahun 2017, menjadikan Malaysia
sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman
sosial.
Malaysia juga berada di tangga ke-5 dunia dari
segi pengunaan e-dagang terbanyak, dengan 40
peratus penduduk Malaysia pernah mengadakan
transaksi atas talian.





Peranan setiap pihak bagi mengawal
penggunaan Media Sosial

INDIVIDU IBU-BAPA

•Disiplin kendiri. •Memantau penggunaan media sosial anak-
•Mengawal ketagihan media sosial dengan anak .
melakukan aktiviti lain yang lebih menarik. •Mengajar anak-anak cara memanfaatkan
kebaikan media sosial.
MASYARAKAT
KERAJAAN

•Melaporkan jenayah siber yang berlaku. •Menguatkuasakan undang-undang
•Mengamalkan budaya positif dalam media •Mengenakan hukuman kepada pelaku
sosial. jenayah siber.
•Mengadakan kempen penggunaan media
sosial yang sihat.

Media sosial merupakan satu medium yang sangat berguna dan boleh
memberikan banyak kelebihan kepada pengguna-pengguna media sosial.
Walau bagaimanapun, kelebihan tersebut haruslah digunakan secara waras
dan berhati-hati.Adalah menjadi tanggungjawab setiap pengguna untuk
menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyalahgunakan
kemudahan teknologi yang ada. Apa yang membimbangkan ialah sikap
pengguna media sosial kini yang gemar menularkan sesuatu isu atau situasi
yang tidak sahih kebenarannya.Amalan tular menular sekiranya tidak dikawal
akan mendatangkan impak yang cukup besar serta memberi kesan buruk
kepada masyarakat.

lampiran

• Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di
segenap penjuru dunia ini tentang isu kebaikan dan keburukan
media baru. Jadi, apakah yang dimaksudkan sebenarnya dengan
media baru? Media baru Ini merupakan sebuah istilah yang tidak
difahami oleh masyarakat konvensional masa kini. Media baru ialah
istilah yang digunakan untuk menerangkan kemunculan teknologi
baru era digitalisasi ini seperti komputer atau jaringan teknologi
informasi dan komunikasi.Media baru secara ringkas adalah media
yang terbentuk daripada interaksi antara manusia dengan internet
secara khususnya.

• Pastikan anda tidak masukkan segalanya
di dalam laman web sosial anda kerana
apa yang anda paparkan akan menjadi
terbuka kepada awam. Ketahui setelah
anda masukan ke dalam web (contoh:
facebook)anda pasti tidak dapat
mengawal.

• Fenomena Facebook adalah seperti fenomena
internet yang melanda dunia ketika mula-
mula diperkenalkan lebih sedekad yang lalu.
Antara ketakutan terhadap impak negatif dan
harapan terhadap kesan baiknya, mahu tidak
mahu kita harus menerima masuk teknologi
tersebut. Begitu juga dengan Facebook.
Dalam masa beberapa tahun ke depan
bilangan penggunanya pasti akan berlipat
kali ganda.

• Semoga para ibu bapa akan memandang
lebih serius terhadap perkara ini. Jangan
sampai berlaku lebih banyak kes seperti
kanak-kanak perempuan berusia 14
tahun lari dari rumah di Kangar, Perlis
untuk bertemu kekasih/kawan di Pulau
Pinang.

Sumber Rujukan

Aina Umairah Dato'Seri Zainal Rahim Karina Listya Widyasari. Teuku Iskandar. Kamus
Ansari, 400 Adab bin Seman. Memaksimalkan Dewan Edisi Keempat
di Media Sosial Penerapan Etika Penggunaan Media Sosial (2005). Kuala Lumpur:
(2021). Penggunaan Media Dalam Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka
Putrajaya : PTS Sosial Dalam Sektor Pemerintah(2019).
Publishing House. Awam(2022). Indonesia: Direktorat
Kuala Lumpur: Sk Jenderal Informasi dan
Setapak Komunikasi Publik

rujukan

• https://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/PMSDDTS1812201
7.pdf

• http://kasyfialawinews.blogspot.com/2018/01/malaysia-negara-ke-9-paling-
aktif-media.html

• https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/04/50765/otak-remaja-tidak-
perlu-bantuan-alatan-digital

• https://lipis-zaini.blogspot.com/2010/05/etika-rangkaian-sosial.html
• http://darnurulzahra.blogspot.com/2011/10/ketagihan-internet-kanak-kanak-

serius.html?m=1
• https://232678.weebly.com/facebook/archives/09-2014
• https://news.uthm.edu.my/ms/2021/02/keratan-akhbar-pengguna-perlu-

bijak-kongsi-sebar-maklumat-di-media-sosial/
• https://id.scribd.com/doc/59223171/Kebaikan-Dan-Keburukan-Media-Baru
• https://borneocorner.wordpress.com/2015/03/25/borneo-corner-vs-

dreamingirls-kajian-media-sosial/


Click to View FlipBook Version