The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN MPU3441 (a) BUKU LOG PANDU PUTERI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 633-13-nazwa, 2024-03-01 23:49:35

BUKU LOG PANDU PUTERI-NAZWA

TUGASAN MPU3441 (a) BUKU LOG PANDU PUTERI

KERJA KURSUS SEMESTER 2 TAHUN 2 (TUGASAN 1) NAMA PELAJAR: NUR NAZWA BINTI JAAFAR ANGKA GILIRAN: 2021142340315 NOMBOR KAD PENGENALAN: 030227081202 KUMPULAN/UNIT: PISMP AMBILAN JUN 2021 (B) BAHASA MELAYU 5 KOD DAN NAMA KURSUS: MPU3441a- UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 NAMA PENSYARAH: DR. HJH. SHOLEHAH BINTI ISMAIL TARIKH HANTAR: 22 FEBRUARI 2024 Pengakuan Pelajar Menerima Maklum Balas Daripada Pensyarah Medium:- Tanda Tangan: Tarikh: 20/02/2024 Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja NO. TUGASAN MARKAH Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 1 2 3 4 JUMLAH Markah Selepas Moderasi Markah dalam 100 % IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA Kumpulan Individu Kuliah √


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, JALAN MAKTAB DURIAN DAUN, 75400 MELAKA TENGAH, MELAKA. BUKU LOG PANDU PUTERI KADET NAMA: NUR NAZWA BINTI JAAFAR UNIT : BAHASA MELAYU 5 ANGKA GILIRAN: 2021142340315


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, JALAN MAKTAB DURIAN DAUN, 75400 MELAKA TENGAH, MELAKA. BIODATA NAMA : NUR NAZWA BINTI JAAFAR NO. KAD PENGENALAN: 030227-08-1202 EMAIL : [email protected] ALAMAT : PARIT 16 A, SUNGAI LAMPAM, STATUS : BUJANG NOMBOR TELEFON : 017-5538639 NAMA BAPA : JAAFAR BIN OSMAN NAMA IBU : HALIJAH BINTI MOHAMED UNIT : BAHASA MELAYU 5 AMBILAN : JUN 2021 B 36000 TELUK INTAN, PERAK. ISHAK


Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Pandu Puteri. Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia. Pakaian Seragam Lagu-lagu Pandu Puteri (lagu dunia, taps siang, taps malam) Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas (lagu- lagu kumpulan berenam) Bendera Malaysia dan maksudnya. Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan maksudnya. Bendera dunia dan maksudnya Istiadat Pandu Puteri Tunas Istiadat Ladam Kuda A. ASAS PANDU PUTERI 01 ISI KANDUNGAN 02 B. SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG PM Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah 03 C. SATU PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS DI SEKOLAH RENDAH YANG MENGANDUNGI SKIM-SKIM LENCANA PANDU PUTERI TUNAS.


BAHAGIAN A: ASAS PANDU PUTERI


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. Pasukan Pandu Puteri Pertama ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Sekolah Menengah (P) Methodist, Kuala Lumpur yang dijaga oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India, dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang. Puan A. Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Tadbir. 1920 Pek Brownie/Pek Tunas Puteri pertama ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur. 1917 1919 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak.


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. Penubuhan Kadet Pandu Puteri di Pulau Pinang. 1923 1928 1929 1924 1925 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan. Ibu Pejabat Pandu Puteri berlokasi di Bangunan Hongkong & Shanghai, Kuala Lumpur. Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Melaka dan penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai ketua Unit Renjer Puteri Malaya. Perkhemahan Pandu Puteri Malaya pertama di Port Dickson. Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberikan sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 1932 1942-1945 1934 1938 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell dan Ketua Pandu Puteri Lady Baden Powell mengadakan lawatan ke Malaya. Ketua Pesuruhjaya Malaya yang pertama iaitu Pn. P.M. Robinson dilantik. Ulangtahun ke-21 Kepanduan di Malaya. Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala kerana perubahan takhta pemerintahan kerajaan iaitu Malaya diperintah oleh Jepun. Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah. Kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. Perkhemahan seluruh Malaya diadakan di Melaka. 1946 Kegiatan kepanduan menjadi aktif semula. Kegiatan ini dihidupkan dengan usaha menggalakkan lebih ramai lagi gadis-gadis remaja untuk menyertai Pandu Puteri apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 1947 1948-1960 1950 Kegiatan kepanduan tergandala disebabkan pengisytiharan darurat di seluruh negara. Penglibatan peringkat antarabangsa bermula. Perwakilan dihantar ke Jambori Antarababgsa di Australia (peserta termasuk DYMM Raja Perempuan Perlis). Jurulatih dari United Kingdom diundang. Cik A. Wilson diganti oleh Cik Mary Bowers. Majlis Kaunsil bersetuju mengasingkan Kaunsil bagi Malaya dan Singapura. Unit Renjer Udara pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur. Puan A.W. Pinnick dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya. 1955 Bangunan Ibu Pejabat baru, Agnes Pinnick Hut didirikan di Kuala Lumpur untuk mengenang jasa beliau memimpin Pandu Puteri. Puan R.C. Heath dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya baharu. 1953


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 1957 1958 Lady Baden Powel melawat Malaysia dalam lawatannya ke negara-negara Timur. Puan L. Navaratnam menjadi orang tempatan pertama dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya. DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dirasmikan sebagai Penaung DiRaja dan Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai Yang di Pertua. Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. Malaysia diterima sebagai Ahli Tenderfoot oleh WAGGGS. Persidangan Renjer Kebangsaan yang pertama diadakan di Kuala Lumpur dari 8-13 Disember. 1960 1962 Malaysia menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pemimpin Kebangsaan Rantau Asia (National Leaders of the Asia Area of the World Association)


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 1964 1967 Malaysia menjadi ahli penuh kepada WAGGGS dalam Persidangan Dunia yang diadakan di Tokyo, Jepun. Pada masa itu, terdapat 94 ahli penuh dan 38 ahli gabungan. Tahun Jubli Emas Kepanduan di Malaysia. Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Renjer diterjemah ke bahasa Melayu sempena Kursus Pentadbiran pada 9-13 April. Persatuan Pandu Puteri Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura didaftarkan pada 8 Disember. 1974 Malaysia menjadi tuan rumah bagi Seminar Renjer bagu Rantau Asia-Pasifik. Negara-negara New Zealand, Filipina, Sinagpura dan Thailand turut serta. 1973 Okt 1966 1975 Tahun Jubli Intan Kepanduan di Malaysia.


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 1982 1987 Pertukaran reka bentuk pakaian Brownies Malaysia, bertukar gelaran menjadi Tunas Puteri dan lambangnya ditukar daripada pari-pari kepada bunga-bunga tempatan. 70 tahun kepanduan di Malaysia. Persidangan Renjer Kebangsaan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru pada 12-17 April. Persidangan Ketua-ketua Pesuruhjaya Negaranegara Komanwel di UPM Serdang pada 4-8 Jun. Persidangan Dunia di Singapura. Seminar Renjer diadakan di Kangar Perlis pada 7-11 Ogos. 1991 Penubuhan Majlis Renjer Puteri Kebangsaan di Sekolah Tun Fatimah, JB. Seminar Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan di Tropical Inn, JB. 1990 1992 Perayaan 75 tahun kepanduan di Malaysia dimeriahkan dengan Larian Kepanduan dia Seremban, Negeri Sembilan dan Ekspedisi Muhibah berkereta menjelajah Semenanjung Malaysia. 1985


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 1993 1997 Skim Jurulatih PPPM diiktiraf oleh WAGGGS. Kem Cabaran di Ulu Bendul, Negeri Sembilan sebagai Kem Latihan untuk Commanwealth Camp 98 (CC'98). Perayaan 80 Tahun Kepanduan di Malaysia. Acara kemuncak Kuiz Kepanduan sempena Majlis Renjer Puteri di Meru, Selangor. Perjumpaan OBPS (Olave Baden Powell Society) diadakan di KL. Pengarah Biro Dunia, Lesley Bulman, melawat Wisma Pandu Puteri. Perkhemahan Komanwel '98 di Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Lawatan tinjauan oleh Jan Holt, Pengarah Biro Dunia dan Mokama Ngapodiso, AJK Lembaga Dunia, ke Malaysia. 1998 1996


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 1999 2000 8-15 Feb Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas PPPM oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahab Jalur GemilangKetua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web PPPM Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000/ International Brownies Festival 2000 di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat ke Arah Kesejahteraan Sedunia (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20-26 Nov Aktiviti Antarabangsa 'Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers' Program Pertukaran MalaysiaChina. Program Lima Tahun Kepanduan dilaksanakan di sekolahsekolah. Perancangan Strategik 1999-2003 bagi PPPM dibentangkan. Pelancaran Khidmat "Titian Emas" di Wisma Pandu Puteri. Majlis Menjunjung Kasih untuk DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Aishah. Pelancaran laman web PPPM di MAT Kuantan, Pahang oleh Tengku Makhota Pahang (www.panduputeri.org.my). Majlis Renjer Puteri di Sabah.


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 2001 2003 2002 April- Majlis Menjunjung Kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja PPPM. Sambutan menyambut sempena 85 tahun kepanduan di Malaysia Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 7-12 Sep Kem Integrasi 2001: Disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM-Fiji GGA:Lend A Hand 2002


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. PPPM dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek Intamational Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004)-290 ahl Pancu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik, Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Теrengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia"


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 2005 21-23 Februari-Pada pertama kalinya "GirlGuides" Summit diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 106 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan” turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 “Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16-17 April- Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos- Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 150 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos- Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al- Mutawakkil 'Allah Sultan Iskandar AH-Hj. D.K.: D.K. (Johor: S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang. SeptemberMesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 OktoberYABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang DiPertua PPPM kembali ke Rahmatullah.


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 2006 Januari-Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit Perlis dihadiri 600 orang peserta. 1-6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Samapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah Penaung Di Raja PPPM. Nama Lama Nama Baru Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Pandu Puteri Romaja Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puler PPPM mendapat hadiah Penyertaan Terbanyak. 9 Jun - Perlembagaan baru PPPM dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru “Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan” telah disempumakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah bin Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai-Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober-Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 2007 2Januari-Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia Januari & Februari- Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking” diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari-Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara 1 April-PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 3-9 Jun-Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering”. Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort can dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ka Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun-Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun-Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM 6 September-Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdulah, Yang DiPertua baru PPPM 9 Oktober-Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri 25 November-Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke- 90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. 2008 19 Januari-Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan” di Sungai Petani, Kedah. 6-12 Julai-Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011. 17-22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kanas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong can United Kingdom SEHINGA KINI Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru. Kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak, sama ada sacara langsung atau pun tidak, PPPM akan terus memajukan serta meningkatkan kepimpinan dan penglibatan gadis dan wanita dalam aktiviti- aktiviti tempatan dan antarabangsa.


P E R L E M B A G A A N PANDU PUTERI MALAYSIA MATLAMAT Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab, berdikari, berdidiplin, berkemahiran melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. OBJEKTIF: Melahirkan ahli yang mempunyai pengetahuan dalam kepanduan. Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan. Menampilkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni, sihat dan berguna sebagai warganegara.


VISI Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. MISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja, dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.


P E R L E M B A G A A N PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA 1- NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.


PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang dilhamkan oleh Pengasasnya, Robert BadenPowell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan UndangUndang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut : “Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersedia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi UndangUndang Kepanduan” Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puter sentiasa taat dan setia 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan


Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: i. Komitmen melalui Persetiaan dan Undang-Undang ii.Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat vi. Akiviti luar vi. Simbolisme Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut: 1.AHLI AKTIF Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi: 2.1 KAEDAH 2.2 KEANGGOTAAN


2. AHLI TIDAK AKTIF Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat den pembangunan serta teknologi maklumat. 2. AHLI KEHORMAT Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahl-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu-individu termasuk PesuruhjayaPesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahi Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan.


PERLETAKAN JAWATAN DAN PEMBATALAN KEANGGOTAAN Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang- kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour’ adalah muktamad. Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia .Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu: A) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip- Prinsip Asas; B) melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluangpeluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; C) menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia; D) untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 3- TUJUAN DAN OBJEKTIF


USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan "Persatuan Pandu Puteri Malaysia" di dalam bulatan di sekeliling bawahnya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. PERKARA 4- LENCANA PERKARA 5- PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia menandatangani dan menganugerahkan setiap Siji Pandu Puteri Raja menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia


Lembaga Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menunaikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu PERKARA 6- LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6.1 KEAHLIAN LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN 6 PESURUHJAYA BAHAGIAN KEBANGSAAN 1.Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2.Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3.Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4.Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5.Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6.Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 PESURUHJAYA PERKEMBANGAN KEBANGSAAN 1.Pesuruhjaya Antarabangsa 2.Pesuruhjaya Program & Latihan 3.Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4.Pesuruhjaya Keahlian 5.Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6.Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan USUL 7; Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa.


Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu.. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 6.2 TEMPOH JAWATAN DAN KRITERIA PEMILIHAN


Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun, dan 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.


Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang- undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh,, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang- Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurangkurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 6.4 KORUM DAN KUASA PENGUNDIAN Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 6.3 KEKERAPAN MESYUARAT


Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan: 1. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik 2. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti 3. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan pengawasan pelaksanaan tugas personal utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang 4. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam 5. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 6. 7.mencalonkan Ketua Pesuruhjaya 8.USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia 6.5 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN


Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 7- BADAN UNDANGAN Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18-35 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi: 7.1 KEANGGOTAAN MAJLIS KEBANGSAAN


Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 7.3 KEKERAPAN MESYUARAT Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 7.2 TEMPOH JAWATAN DAN KRITERIA PEMILIHAN 7.4 KORUM DAN KUASA PENGUNDIAN Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil sekiranya karum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah.


Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: Memajukan tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia 1. 2. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting 3. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; 4. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan 5. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya 6. Membuat pindaan ke atas Parlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini 7. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaanpindaan susulan 8. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia 9. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan. 7.5 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MAJLIS KEBANGSAAN Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Bisa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada manamana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. 1. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. 2. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masingmasing.Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandacangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga ke 31 Disember. PERKARA 8- KEWANGAN


Cawangan Persatuan terdiri daripada: Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. 1. 2.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. 3.USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara 4.Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tingi Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawaipegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 9-CAWANGAN PERSATUAN


Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANGUNDANG KECIL PERKARA 11 - PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan,, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, clan diterima oleh Majes Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disamas pada 30 Mei 2007.


Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang pandu puteri. PERSETIAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG PPAANNDDUU PPUUTTEERRII 01 02 Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 03 04 05 Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun.


06 07 Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memeliharakan alam sekitar. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 08 09 10 Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG UNDANG-UNDANG PPAANNDDUU PPUUTTEERRII


COGAN KATA SELALU SEDIA MAKSUD: Setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.


logo PANDU PUTERI malaysia Reka bentuk lencana Pandu Puteri Malaysia diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Lencana dicipta oleh Cik Mary Bowers, Pesuruhjaya Latihan di Ibu Pejabat. Terdiri daripada tiga rangkaian daun yang melambangkan tiga bahagian dalam ikrar Pandu Puteri atau persetiaan dan juga melambangkan persaudaraan Pandu Puteri di negara ini. Bintang pecah 14 di bahagian tengah cantuman daun melambangkan perpaduan antara 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di negara Malaysia.Hal ini kerana Pandu Puteri mementingkan perpaduan setiap ahli. Pemimpin akan menyematkan lencana pada skaf ahli semasa upacara pelantikan yang diadakan setelah lulus Ujian Pra Persetiaan.


Ketiga-tiga kelopak pepina (Trefoil) melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. Simbol Api pada bahagian pangkal melambangkan api kecintaan terhadap kemanusiaan. Jalur atau urat menajam ke atas melambangkan jarum kompas yang sentiasa menjadi pedoman atau petunjuk ke jalan yang benar dalam kepanduan. Dua bintang melambangkan Persetiaan dan Undangundang yang menjadi pedoman hidup kita. Bulatan mengelilingi logo melambangkan Persatuan Sedunian (WAGGGS). Warna kuning emas Pepina yang berlatarbelakangkan warna biru melambangkan sinaran cahaya suria ke atas semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. lencana dunia


BENTUKKAN DUA BARISAN, MENGHADAP SATU SAMA LAIN (Tangan di pasar sikut, tapak tangan berhadapan) BENTUKKAN DUA BARISAN (Tangan lurus dan mendepa ke hadapan) LURUSKAN BARISAN (Tangan dan jari lurus ke hadapan, tapan tangan terlangkup ke bawah) BENTUKKAN SEPARUH BULATAN (CARA 1) (Pandangan dari atas, hayun tangan paras bahu bentuk separuh bulatan dari depan ke sisi) isyarat pandu puteri


BENTUKKAN BULATAN MENGELILINGI SAYA (Tangan di paras siku, tapak tangan berhadapan) BERSURAI (Tangan terbuka bertemu di dada, siku mengepak) BENTUKKAN BULATAN MENGHADAP SAYA (Tangan mendepa lurus ke sisi) BENTUKKAN SEPARUH BULATAN (CARA 2) (Tangan lurus di sisi, hayun tangan membentuk separuh bulatan). PERGI KE SANA (Jari telunjuk menunjuk arah) LARI (Tangan digenggam, gerak geri berlari ATAU tangan digengam, hayun cepat ke atas & bawah)


BERHENTI/DIAM/PERHATIAN (Tangan diangkat tinggi, tapak tangan lurus, jari rapat) TAK MENGAPA/ KEMBALI ASALL (Tangan dihayun depan muka, tapak tangan terbuka) DUDUK/ SEMBUNYI (Tapak tangan ke bawah, gerak geri menekan) MARI MASUK/MARI SINI (Tangan dihayun tinggi, kanan dan kiri) BERDIRI DALAM BARISAN, KETUA DI HADAPAN SAYA (Tangan digenggam menghala ke hadapab, siku dilipat) TERUSKAN/ PERGI JAUH (Tangan dihayu/ dikuak dari belakang ke depan)


hormat pandu puteri Digunakan semasa: i.seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri. ii.seseorang ahli Pandu puteri membaharui ikrar. Caranya adalah seperti berikut: 1.Pandu Puteri berada dalam keadaan sedia. Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri (di sisi) dirapatkan lurus ke badan. 2. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan. 3. 4.Kira msa 1,2,3 dan turun 3,2,1. HORMAT PANDU PUTERI Tabik Pandu Puteri yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan sesama ahli kumpulan. Tabik juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. Ibu jari yang diletakkan di atas kelingking menunjukkan yang kuat membantu yang lemah.


Click to View FlipBook Version