M A J A L A H S I S W A M E L L I N I A IDEAL PENGAJIAN ISLAM (MPU23012) PERGAULAN BEBAS DI POLITEKNIK MALAYSIA Tulisan Nasibku Tiada Maaf Untuk Mu TIADA PELUANG KEDUA Volume05/MEI2023 HARGA RM10.00(SM)RM 14.00(SS) bahagia yang sementara K E R A N A S E B A T A N G R O K O K
ISI KANDUNGAN Prakata Pensyarah 01 Sidang Redaksi Majalah Pengenalan 02 03 Cerpen: Kerana Sebatang Rokok 04 Cerpen: Tiada Maaf Untuk Mu 05 Cepern: Tulisan Nasibku 07 Sean Fraser Faktor-faktor pergaulan bebas 14 Ilustrasi pergaulan bebas 15 Cara-cara mengatasi pergaulan bebas Cepern: Bahagia Yang Sementara 09 16 Cepern: Tiada Peluang Kedua 11 Kesan-kesan pergaulan bebas 17 Rujukan 18 Sajak Membaca 19
Assalamualaikum.. Majalah IDEAL merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi Kursus Pengajian Islam (MPU23012). Tugasan ini telah mengetengahkan konsep penulisan kreatif dan santai bertemakan isu-isu dan cabaran semasa dalam masyarakat & institusi global. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar bagi pengajian sesi 2 2022/2023 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya emajalah ini untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan secara santai ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang cabaran global dunia Islam masa kini. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan secara kreatif dalam merealisasiakan matlamat kerajaan membentuk Agenda Malaysia Madani melalui platform pendidikan. Sekian, terima kasih. Pn Nor Khayati binti Basir Pensyarah Kursus Pensyarah Prakata 1
Pergaulan bebas adalah satu di antara bentuk perilaku interaksi seseorang dengan individu atau kelompok yang menyimpang melewati batas kewajiban,tuntutan,aturan,syarat dan persaan malu.Pergaulan juga difahami sebagai interaksi soscial yang dilakukan oleh seseorang dengan individu lain atau kelompok masyarakat. Isu yang sering didengari di akhbar dan radio ialah seperti isu dadah, zina, dan kecurian menghangatkan lagi masalah pergaulan bebas di negara kita. Majalah ini dikeluarkan bagi mencapai objektifiaitu memberi kefahaman dan kesedaran dalam kalangan umum terhadap isu pergaulan bebas. Selain itu, ia juga mampu memberi peringatan kepada semua tentang bahayanya pergaulan bebas. Seterusnya, mendidik para remaja untuk tidak mudah terpengaruh dengan pergaulan bebas sejak dari kecil. Akhir sekali, ingin menunjukkan kepada semua pembaca agar kehidupan dan kesenangan di dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan sebenar adalah selepas hari kebangkitan. PENGENALAN 2
SIDANG REDAKSI MAJALAH NUR FATIHA ADIRA BT AZHARI 06DPR22F1031 NUR AIN ZUHAILI BINTI ABDUL WAHID 0DPR22R1022 NURUL NADHIRAH BINTI HAMID 06DPR22F1061 NUR NADTRAH NAJWA BINTI MOHD HAFIZ 06DPR22F1019 SAIDATUL MASYITAH BINTI AB KHALIM 06DPR22F1070 PENERBIT PENULIS PEREKA GRAFIK EDITOR PENYUNTING 3
Kurangnya kasih sayang dan pemantauan daripada ibu bapa boleh menyebabkan anak-anak mereka mudah terjebak dalam pergaulan bebas dengan rakan-rakan ataupun orang sekeliling sebagai contoh melakukan perkara yang tidak bagus seperti merokok. Pada zaman kini, kebanyakan remaja banyak mengisi masa lapang bersama rakan-rakan mereka kerana ibu bapa mereka terlalu sibuk dalam pekerjaan sehingga anak-anak mereka tidak dipantau dengan baik. Seorang remaja yang Bernama Haikal yang merupakan pelajar yang cemerlang dan terbaik yang sering mendapat pujian.Pada suatu hari Haikal baru sahaja selesai menduduki minggu peperiksaan dan dia telah mendapat keputusan yang cemerlang. Haikal ingin memberi keputusannya kepada ibu bapanya untuk melihat pencapaian yang telah dia peroleh. Malah, ibu bapanya tidak memberi perhatian kepadanya. Lalu, Haikal berasa sedih kerana ibu bapanya tidak memberi penghargaan dan ucapan tahniah terhadap pecapaian yang diperoleh. Haikal pun keluar rumah untuk berjumpa rakan-rakannya dalam keadaan yang sedih. Kemudian rakan-rakannya bertanya “Haikal, kenapa ko Nampak sedih sahaja ni?”lalu Haikal pun menceritakan apa yang telah berlaku terhadapnya kepada rakan-rakannya dan rakan rakan Haikal mengajaknya untuk melakukan perkara yang tidak diingini iaitu merokok untuk menghilangkan kesedihan yang Haikal hadapi.. KERANA SEBATANG ROKOK S AID A T UL M A S YIT A H Sejak kejadian itu, Haikal mula ketagih untuk merokok sahaja dan Haikal juga sering tidak hadir ke kelas kerana berjumpa dengan rakan-rakannya.Oleh itu, prestasi Haikal di dalam kelas menjadi merosot dan Haikal tersenarai dalam senarai pelajar-pelajar yang bermasalah. Pada suatu hari, ibu bapa Haikal mendapat panggilan daripada guru kelasnya untuk berjumpa dan ibu bapanya telah mendapat tahu atas masalah yang dilakukan oleh anaknya. Akhirnya, ibu bapa Haikal juga telah pun sedar bahawa atas apa yang berlaku terhadap anaknya juga berpunca daripada mereka. Oleh itu, Ibu bapa Haikal mula memberi dan meluangkan masa bersama anaknya untuk memberi perhatian dan pemantauan yang sebaik mungkin agar tidak mengulangi masalah yang telah terjadi. Kita berkawan lah dengan orang yang dapat membawa kita ke jalan benar. 4
TIADA MAAF UNTUK MU Aku dibesarkan di dalam keluarga yang serdehana yang dikurniakn oleh Allah SWT.Aku mmpunyai sorang adik perempuan yang beza umurnya 2 tahun denganku.Kami dibesarkan dengan penuh kasih sayang tanpa ada pilih kasih oleh mama dan abah.Mereka memastikan keperluan kami berdua sentiasa dipenuh dari segi agama,kesihatan,fizikal dan mental.Kami berdua bersyukur kepada Allah SWT kerana memberikan peluang untuk merasai kasih sayang kasih mama dan abah yang tidak semua merasainya.Namun semuanya berubah apabila aku melanjutkan pelajaran di peringkat IPT. Aku mula perasaan perubahan mama dan abah apabila sudah melanjutkan pelajaran di IPT.Mereka seolah-olah memilih kasih antara aku dan adik perempuanku.Mereka hanya menunaikan permintaan adikku daripada aku sendiri.Adakah ini disebabkan kerana aku sudah memilih untuk memulakan hidup di asrama?tetapi itu bukan kehendakku malah tanggungjawabku sebagai seorang pelajar. Kini,aku sudah pulang ke rumah selepas selesai semester 1.Tiba sahaja di rumah,keluargaku menyambutku dengan tangan yang terbuka ,gembira dengan kepulanganku,banyak soalan yang di tanya oleh mama dan abah aku ketika aku berada di sana.Namun setelah 2 minggu di rumah aku mula nampak perubahan abah dan mamaku apabila lebih banyak menunaikan permintaan adiku berbanding denganku, permintaanku seringkali diabaikan oleh abah dan mamaku hanya permintaan tertentu sahaja yang di tunaikan malah setiap permintaan adikku di tunaikan dengan sangat mudah.Aku sudah mula beranggapan abah dan mamaku tidak lagi sayang padaku dan pedulikan pasal diriku lagi.Sejak kebelakangan ini aku mula menghabiskan masa di dalam bilik dengan menonton drama korea dan keluar Bersama-sama dengan kawan baikku. Pada suatu aku bersendiriian di rumah,aku sedang bermain telephone bimbitku sambal membuka youtube.Tiba-tiba secara tidak sengaja di telephoneku terpapar satu iklan aplikasi untuk mencari teman atau mencari jodoh,selepas aku melihat iklan tersebut aku tertarik untuk bermula bermain,sedang aku leka main tiba-tiba ada seseorng lelaki message aku untuk berkenalan denganku.”Nama awak siapa nama saya luqman” lalu aku menjawab “Nama saya intan”.Kemudian dia bertanya bermacam-macam soalan tentangku dan bercerita tentang dirinya dan sebagainya.Setelah beberapa hariku mengenalinya aku mula berasa selesa untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam dalan hatiku sendiri dia sangat memahami aku dan selalu memberiku nasihat.Kemudian genap 2 bulan kami berkenalan luqman telah mengajaku untuk menjadi teman wanitanya lalu aku terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Selepas peristiwa tersebut buat pertama kalinya luqman mengajarku keluar untuk menonton cerita di wayang dan makan bersama-sama dengannya aku berasa sangat gembira kerana ada orang yang memahami diriku.Hari demi hari aku mula merasakan hanya luqman sahaja yang memahami aku berbanding keluargaku sendiri,semua kesedihan dan masalah aku hanya luahkan kepada luqman sahaja kerana dia yang selalu ada waktuku susah dan senang malah memberi kata-kata semangat kepada diriku.Setiap kali aku bersedih mesti luqman akan membawaku keluar dan memberiku hadiah seperti rantai,cincin,chocolate kegembaran aku untuk membuat aku gembira dan melupakan kesedihanku.kesedihanku.Ia membuat aku untuk menyayangi dirinya dengan penuh kasih sayang tanpa berfikir buruk tentang dirinya. PENULIS: NURUL NADHIRAH BINTI HAMID 5
Setelah beberapa minit kami tiba dirumah sewanya,kami pun ke dalam rumahnya.luqman mempelawa untuk menonton filem di ruang tamunya sambil mnghidangkan makanan dan minuman untuk dijamu.Pada awalnya kami menonton dengan sangat gembira.Di tengah-tengah filem aku berasa ingin pergi ke tandas,aku meminta kebenaran luqman untuk menggunakan tandasnya.Selepas mendapat kebenaranya aku pun bergegas ke arah tandas,tetapi masa aku ke sana aku terdengar bisikan dari bilik tidur bersebelahan dengan tandas,malah aku membuat tidak peduli dan teruskan hajatku ke tandas.Namun kali kedua aku melepasi bilik tersebut aku perasan pintu bilik itu terbuka dengan sedikit.Di dalamnya terdapat tiga orang lelaki,namun luqman memberi tahuku bahawa tiada orang lain yang menyewa rumah itu selain dia.Lalu aku bergegas ke luqman untuk menanyakan tentang hal tersebut malah dia menafikannya dan cuba untuk menghalangku keluar dari rumahnya.Namun percubaannya gagal setelah aku menendang kakinya dengan kuat.Aku bergegas keluar dari rumah itu dan pergi ke tempat yang ramai orang.Setelah aku yakin bahawa luqman tidak lagi dapat menjejakiku,aku menghubungi ibu bapaku untuk mengambil aku di satu restoran.Selepas kejadian tersebut baru aku tahu bahawa luqman ingin memerangkapku apabila dia cuba menafikan kehadiran tiga orang lelaki tersebut. Tibalah pada suatu hari luqman mengajak aku keluar untuk makan malam dengannya di sebuah restorant yang mewah,pada mulanya semua keadaan gembira dan tenang,selepas itu kami berjalan-jalan menggelilingi Kuala Lumpur sehingga larut malam,Secara tidak sengaja luqman mengajakku untuk bermalam dirumah sewanya,pada awalnya aku menolak tetapi di pujuk berkali-kali aku pun tanpa berfikir panjang dengan rela hati untuk mengikut luqman pulang ke rumahnya. Aku sedar bahawa tidak semua kita kenali mempunyai niat yang baik dan aku menyesal kerana telah meletakkan kepercayaan dan harapan terhadapnya.Namun begitu aku bersyukur kerana dapat menyelamatkan diriku daripada diperkosa.Lepas kejadian itu aku telah bertaubat kepada Allah SWT dan Kembali semula kepangkuan keluargaku serta memulakan hkdup baru dengan lebih baik. 6
Penulis : NUR NADTRAH NAJWA BINTI MOHAMAD HAFIZ Jiwaku dipenuhi dengan penyesalan, kebencian, kejijikkan. Ia ibarat telah memakan seluruh jiwaku yang rapuh ini. Namaku Fauzan. Aku merupakan seorang pelajar di institut pengajian tinggi iaitu di politeknik. Aku sering mendapatkan keputusan yang cemerlang pada setiap semester dan sering dipuji oleh pensyarah dan disegani juga oleh pelajar-pelajar lain. Aku berasa amat dihargai dan dihormati pada masa itu namun segalanya telah berubah akibat hanya satu kecuaian. “Kerana Nila Setitk, Rosak Susu Sebelanga”. Itulah katakata yang aku dapat mencerminkan diriku pada masa itu. Waktu itu aku sudah berada pada semester terakhir, aku tidak mempunyai ramai kawan namun ia tidak menghalangku untuk terus belajar. Aku mempunyai impian untuk membanggakan kedua ibu bapaku yang tercinta. Aku tidak mempunyai keberanian untuk memulakan perbicaraan bersama rakan kelasku, dan itulah sebabnya aku suka menyendirikan diri. Aku tidak mengenali dengan lebih dalam tentang peribadi rakan sekelasku. Ia ibarat talam dua muka. Mereka akan sentiasa berubah-ubah sifatnya mengikut tempat. Pada suatu hari, kelasku telah menjalankan kerja krusus secara berduaan dan aku perlu mencari ahli kumpulan dengan segera. Namun apakan daya, mereka tidak ingin aku menjadi ahli kumpulan kerana aku sukar untuk bergaul. Aku hanya mampu mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh mereka. “Hey kau. Aku tengok kau ini macam tidak ada rakan kumpulan lagi. Mahukah kau menyertai aku?” Aku menoleh kebelakang dan melihat seorang rakan sekelasku menepuk bahuku dari belakang sambil berbicara kepadaku. Aku menganggukkan kepalaku sebagai tanda aku setuju. Dia memberikan senyuman yang agak sinis kepadaku lalu kembali ke tempat duduknya. Aku berasa lega setelah mendapat ahli kumpulan. Aku hanya ingin menyelesaikan tugasan ini dengan cepat. Namun, dalam lubuk hatiku mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang lelaki tersebut tetapi aku tidak mengendahkan hal tersebut. Keesokan malamnya, aku berjalan menuju bilik rakan sekumpulanku. Angin yang dingin dan bunyi serangga membuatkan suasana pada malam itu amat tenang. Setelah aku tiba di hadapan bilik rakanku, aku mengetuk lalu memberi salam. “Assalamualaikum, Zarith! Aku sudah sampai!”, aku menunggu dia untuk membuka pintu biliknya. “Oh…Kau rupanya, Fauzan. Masuklah.” Dia hulurkan tangannya memberikan isyarat untuk aku masuk. Aku masuk dan mendapati Zarith hanya tinggal sendirian di dalam bilik. Aku mula mengeluarkan komputer riba dan telefon bimbitku dan mulalakukan tugasan tersebut. Zarith juga mengeluarkan komputer ribanya dan membantu aku menyelesaikan tugasan itu bersama. Setelah beberapa jam berlalu, Zarith mula kebosanan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan duduk di atas katil. Aku hanya mampu berdiam diri dan meneruskan kerja aku. Sudah lebih dari 30 minit Zarith bermain telefon bimbitnya dan aku sudah tidak tahan. “Hei, Zarith. Boleh tak kau siapkan dahulu kerja krusus ini barulah kau main telefon kau itu!” Aku mendekati Zarith yang masih berada di atas katilnya. Aku merampas telefonnya dan lihat apakah yang ditontonya sehingga kata-kataku langsung tidak diendah. “Hoi, bagi balik!” dia teriak. Sebelum aku menyerahkan semula telefon miliknya, aku terlihat satu video lucah yang masih berputar di dalam skrin telefonnya. Aku campak telefonnya lalu beristighfar. Aku amat terkejut dengan apa yang telah kulihat. “Alahh…Acah alim lah kau ini, Fauzan. Aku tahu kau juga menonton perkara ini.” Zarith senyum dan menyimpan semula telefonnya. “Kau jangan nak fitnah aku. Aku takkan tengok benda sejijik begitu.” Kataku kepada Zarith. Kami menyambung semula tugasan kami hingga siap kesemuanya. TULISAN NASIBKU 7
Sesungguhnya Allah amat menyayangi hambahambanya. Dia tidak mahu melihat hambanya berada dalam kemungkaran. Allah akan memberikan peringatan kepada hambanya untuk kembali kepadaNya. Semasa perperiksaan akhir berlangsung, aku tidak mengulangkaji pelajaranku walaupun rakanku Irfan sudah mengingatkan kepadaku berulang kali. Aku tetap dengan tabiat yang kotor itu. Semasa ujian berlangsung, aku bagaikan tunggul. Mindaku ksosng dan tanganku kaku lalu pada akhirnya aku tidak menjawab hampir semua ujian. Beberapa minggu kemudian, keputusan peperiksaan sudah diedarkan pada setiap pelajar. Aku terkejut kerana hamper semua matapelajaranku gagal dan perlu diambil semula pada semester hadapan. Sakit menimpa, sesal terlambat. Aku telah menghampakan kedua ibu bapaku dan pensyarahku. Aku perlu mengulang satu lagi semester sementara rakan-rakanku sudah graduasi. Andai lah aku tidak mengambil telefon Zarith pada waktu itu. Tetapi takdir sudah ditentukan oleh-Nya. Mungkin ada hikmah dari apa yang telah terjadi kepadaku. Aku hanya mampu usaha kembali kepada jalan yang benar dan ْلُمْنَك ِر” kata-kata memegang ُمْر ِباْلَمْع ُروِف َواْنَه َعِن ا ْأ ” yang bermaksud lakukan kebaikan dan hindarkan kemungkaran. Aku berharap agar golongan remaja pada zaman kini mampu menjaga kehormatan diri mereka daripada pengaruh bebas yang tidak baik. Kata-kata itu merupakan suatu doa. Ia akan berbalik kepada kita semula. Fikiranku masih terbayang-bayang akan video yang telah aku lihat secara tidak sengaja. Setiap malam aku tidak dapat tidur kerana peristiwa tersebut. Nafsu bukanlah sesuatu yang kita mampu kawal. Hanya insan yang tinggi imannya mampu mengawal. Namu, aku hanyalah manusia yang biasa. Aku sudah tidak tahan lagi lalu aku ambil telefon bimbitku lalu mencari video itu semula. Aku memutarkan video tersebut dan menontonnya dengan muka yang menjijikkan. Tetapi nafsuku tidak mampu ku kawal. Dengan tiba-tiba aku menekan video seterusnya tanpa ku sedar. Semakin lama aku menonton semakin aku ketagih terhadapnya. Ia ibarat dadah namun di dalam alam maya. Aku mula menonton video-video tersebut setiap malam. Aku sudah mula menangguhkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarahku. Markah Latihan aku juga sudah mula menurun dengan drastik. Bukan itu sahaja, fizikal aku juga sudah berubah. Mataku seperti tidak pernah tidur setahun, muka aku sudah cengkung dan selera makan aku sudah berkurangan. Aku tidak sedar akan perubahan tersebut namun ia disedari oleh seorang rakan sebilikku. Dia cuba untuk menasihatiku namun aku tidak mahu mendengar dan aku masih teruskan menonton video-video jijik tersebut. 8
B A H A G I A Y A N G S E M E N T A R A Sebelum memulakan cerita pendek ini izinkan aku untuk bercerita tentang latar belakang hidup aku terlebih dahulu. Aku merupakan seorang pelajar perempuan yang dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ayah bekerja sebagai seorang nelayan dan ibu pula seorang suri rumah tetap. Aku merupakan anak sulung dan mempunyai adik-adik yang masih bersekolah. Setelah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia aku membuat keputusan untuk menyambung pengajian di Politeknik walaupun keputusan aku ketika itu amat memuaskan. Pada mulanya ayah menyuruh aku untuk menyambung pengajian di institusi yang lain tetapi apabila difikirkan semula aku tetap memilih Politeknik kerana ianya merupakan salah satu institusi yang menawarkan yuran pengajian yang agak rendah. Nur Ain Zuhaili Binti Abdul Wahid Penulis : Setelah mendaftar di Politeknik, bermulalah kisah aku sebagai seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Orang kata kehidupan semasa belajar agak mencabar dan perlu pandai bawa diri. Jadi aku berpegang kepada kata-kata mereka dan perlu berazam untuk tidak melakukan perkara-perkara yang melampaui batas. Kehidupan aku sepanjang satu bulan menjadi seorang pelajar berjalan lancar dan dikelilingi dengan rakan-rakan yang baik dan positif. Mereka banyak membantu aku dari segi pelajaran mahupun kewangan kerana mereka tahu aku berasal daripada keluarga yang sederhana. Aku amat bersyukur dengan rezeki yang tuhan berikan. Tetapi, setelah aku menjadi pelajar semester keempat, kehidupan aku mula berubah. Hidup aku mula serabut kerana ayah dan ibu selalu bergaduh dan bertengkar akibat masalah kewangan. Ibu meminta belanja bulanan daripada ayah seperti biasa tetapi hasil laut pada ketika itu agak kurang dan punca pendapatan ayah terjejas. Ini menyebabkan perbelanjaan aku di Politeknik juga terjejas. Aku mula stres dan perlu mencari jalan penyelesaian. Pada suatu hari aku pergi ke pantai untuk menenangkan diri. Aku banyak menghabiskan masa dengan termenung dan menangis sambil menatap pemandangan pantai. Setelah satu jam berlalu, tiba-tiba aku didatangi seorang lelaki yang entah dari mana menghampiri aku. Dia menyapa aku dengan bertanya,“awak okay ke?”. Aku terkedu kerana aku tidak mengenali dia. Setelah beberapa minit, entah kenapa aku mula bercerita kepada dia tentang masalah yang aku hadapi. Dia mendengar masalah aku dengan penuh fokus dan memberi respon yang agak baik kepada aku. Setelah dia mendengar masalah aku,dia mempelawa dirinya untuk membantu aku dari segi kewangan. Tanpa memikir panjang,aku menerima pelawaan tersebut kerana aku buntu dan amat memerlukan bantuan tersebut. 9
Selepas kejadian tersebut,hubungan kami mulai rapat. Hampir setiap hari kami berbual melalui aplikasi “Whatsapp”. Selepas beberapa hari,dia mengajakku keluar untuk bersiar-siar. Dia mempelawa dirinya untuk membelanjaku makan di satu restoran yang agak mewah bagiku. Setelah selesai makan,dia menunaikan janjinya iaitu dengan memberikan wang yang berjumlah RM 200. Mungkin jumlah ini sedikit bagi pemikiran orang lain tetapi bagi aku tidak kerana aku betul-betul memerlukan wang pada ketika itu. Kemudian dia menghantarku pulang semula ke Politeknik. Untuk pengetahuan, dia juga merupakan seorang pelajar Politeknik tetapi mendiami rumah sewa. Dia sering memberiku wang pada setiap bulan dengan jumlah yang agak banyak bagiku. Persoalannya, dari manakah dia dapat duit sebanyak itu? .Dia pernah memberitahuku bahawa dia membuat kerja sambilan sebagai seorang “trader”. Jadi,tidak hairanlah dia boleh memberiku duit dengan jumlah yang banyak.Tetapi setelah beberapa bulan aku mengenalinya,dia mula mengajakku untuk melepak bersama rakan-rakannya yang lain.Pada mulanya aku agak janggal apabila bersama mereka.Namun,aku sudah terbiasa dengan perkara itu,kerana hampir setiap minggu aku bersama mereka.Berdasarkan pandanganku mereka mempunyai sikap yang negatif seperti merokok dan berborak perkara-perkara yang tidak sopan tetapi mereka tetap baik bagiku. Namun,bermulalah hidupku dengan penuh trauma,apabila dia mula melakukan perkara yang tidak senonoh terhadapku.Hari Ahad merupakan hari dimana kejadian tersebut berlaku kerana perkara itu terpahat dihatiku.Kisah ini bermula apabila dia mengajakku untuk ke rumahnya kerana katanya ada majlis rumah terbuka,tetapi apabila aku tiba dirumahnya rumah itu kelihatan kosong.Setahu aku majlis rumah terbuka mestilah meriah.Tanpa berfikir panjang aku terus menuju ke pintu rumahnya untuk berjumpa dengannnya. Dia mengajakku masuk terlebih dahulu kerana katanya orang akan mulai hadir selepas satu jam.Aku pun masuk kerumahnya tanpa memikir sebarang perkara yang tidak sepatutnya kerana aku mempercayainya.Dia menghidangkan aku segelas air kerana kasihan katanya aku datang terlalu awal.Tanpa aku sedari,dia telah meletakkan ubat tidur di dalam minumanku. Selepas beberapa minit,kepala aku seakan berpusing-pusing akibat minuman tersebut.Aku mulai rebah dan tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.Setelah sedar daripada tidur,aku melihat tubuhku berada di atas sebuah katil tanpa seurat benang sekalipun. Fikiranku bercelaru kerana aku tidak ingat apa yang berlaku pada hari semalam.Aku baru tersedar yang aku berada di rumah lelaki tersebut apabila melihatnya berdiri dihadapan pintu bilik tersebut.Lelaki itu memandangku dengan penuh senyuman dan seakan-akan dia tidak bersalah.Aku yakin dia yang melakukan perkara itu terhadapku.Aku terus bergegas memakai pakaianku dan berlalu pergi dengan perasaan marah yang menggunung tanpa mengeluarkan sepatah kata pun kepadanya. Sejak kejadian tersebut semangatku mulai luntur. Aku banyak mengalirkan air mata kerana menyesal apabila memikirkan semula perkara yang berlaku di rumah lelaki tersebut.Aku agak terkilan dengan perbuatan yang dia lakukan terhadap diriku kerana sepanjang aku mengenalinya dia bersikap baik.Apabila difikirkan semula,rupanya ada udang di sebalik batu,kerana dia membantuku sehingga aku mempercayainya dengan niat ingin memuaskan nafsunya sendiri pada akhirnya.Sejak dari itu,aku mulai fobia dengan mana-mana lelaki yang ingin mengenaliku dan kepercayaanku terhadap lelaki sudah pudar.Kepada pembacapembaca cerpen ini,ambillah iktibar daripada kisah yang aku ceritakan ini supaya tidak menyesal di kemudian hari.Tuntutlah ilmu agama sehingga engkau lebih mengetahui hukum-hakam pergaulan di antara lelaki dan perempuan agar tidak tersasar daripada landasannya. 10
TIADA PELUANG KEDUA PENULIS : NUR FATIHA ADIRA BT AZHARI C E R P E N N A S I H A T "FARAH, boleh Anis tinggal sementara di sini?" esak tangis Anis kedengaran."Tapi.. Bagaimana dengan kedua ibu bapa Anis? Apakah mereka tidak mahu mencari jalan penyelesaian hidup Anis?" Farah memberikan pengharapan kepada Anis."Mereka sudah tidak memperdulikan hidup Anis lagi Farah, untuk apa Anis hidup lebih lama, jika kehidupan ini sentiasa diburu dengan bayang-bayang hitam yang menyelubungi hidup ini." Anis seolah sudah berputus asa untuk meneruskan hidupnya. "Beristighfar Anis, ini semua ada jalan penyelesiannya, jangan bertindak terburu-buru, ini akan lebih berdosa, dosa yang satu belum terhapus, malah dosa seterusnya lagi yang ingin diperbuat, jangan kufur Anis. Sedarlah dengan apa yang kita miliki di dunia fana ini, dunia yang hanya dipinjamkan sementara kepada kita." Farah seolah berkhutbah di depan Anis. Kini khutbahnya betulbetul didengar oleh Anis."Benar Farah, dunia fana ini telah banyak mengajar erti kehidupan, hanya makhluknya saja yang tidak tahu mengukur dan menilai apa yang diciptakan oleh Tuhan, Anis telah memalukan keluarga Anis, lebih-lebih lagi dengan papa, Anis sudah mencoreng arang di muka keluarga Anis sendiri, tiada gunanya Anis hidup lagi Farah.""Taubat Anis, semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Bagaiman kita cari Malik? dan selesaikan masalah ni bersama. Adakah Malik sudah tahu yang Anis mengandung anaknya ?" Farah memberi saranan agar Anis tidak membuat keputusan terburu-buru. "Tidak mungkin Farah, Malik telah jauh meninggalkan Anis. Malik telah kembali kepada keluarganya di Australia. Anis kesal Farah, semua ini terjadi dari keluarga Anis sendiri, papa dan mama telah mengabaikan tanggung jawab mereka pada Anis, yang hanya mereka mampu berikan hanyalah kemewahan, tapi pendidikan moral, akhlak, agama, semua itu tidak ada pada Anis.""Daddy, Anis bosanlah cuti sem ni duduk rumah je, boleh tak daddy belikan Anis sebuah kereta sport untuk Anis, nanti Anis boleh keluar jalan-jalan, mummy and daddy jarang sekali ada di rumah, Anis bosanlah. Please.." Sejak Anis bertemankan sport wagon, Anis sudah jarang berada di rumah, malah hampir setiap malam baru Anis pulang. Begitu juga dengan kedua ibu bapanya, masing-masing sibuk dengan tugas dan bisnes.kini Anis sudah mula mengenal pergaulan bebas, malah sudah berani mencuba gaya atau perwatakan sosial yang sepatutnya tidak dilakukan oleh gadis timur seperti dia. Anis merupakan seorang anak remaja yang lingkungan sembilan belas tahun iaitu merupakan pelajar di Politeknik Port Dickson. Ayah Anis adalah salah seorang ahli perniagaan besar dan maju dalam bidang perbisnesannya. Ibunya pula mempunyai beberapa buah cawangan butik terkenal di Malaysia. Anis adalah satu-satunya anak tunggal di sebuah keluarga mewah. Hendak dikata, semua permintaan Anis pasti akan tertunai dari ibu bapanya."Pit.. Piiiit.." Bunyi hon sport wagon Anis kedengaran di halaman rumah Farah.Farah yang baru pertama kali mendengar jeritan yang menyengat di halaman rumah terus meluru ke beranda. Dia mendapati Anis melambai-lambai tangan memaksanya turun."Farah.. cepatlah turun, kita jalan-jalan, cepatlah.." teriak Anis dari dalam sport wagonnya.Farah bergegas keluar pintu rumah dan meluru masuk ke dalam sport wagon mewah Anis. "Eh.. Anis, ini kereta siapa pulak?" Tanya Farah hairan."Eh.. Farah , jangan banyak cakaplah, ini hadiah dari ibu bapa Anis. Kita jalan-jalan ya." Pujuk Anis.Farah diam saja dan akur. Sport wagon berwarna merah garang berlalu meninggalkan halaman rumah Farah menuju destinasi-destinasi yang tidak menentu arah tujuannya. Ke mana saja Anis memandunya, ke situlah perginya sport wagon itu."Kita nak ke mana ni Anis?""Ke mana sajalah Farah, lagi pula kita kan dah cukup remaja, kita bebas, malah ibu bapa Anis tak pernah mengongkong ke mana saja Anis pergi, mereka sibuk dengan bisnes mereka, dan Anis.. bebas!" Anis sudah pandai menguasai bahasa yang sudah sepatutnya tidak terkeluar dari mulutnya."Astaghfirullah Anis, ibu bapa mana yang tidak terurus dengan anak tu ha.. sepatutnya Anis bersyukur, Anis masih punya ibu dan bapa, dan Farah.. Farah hanya ada kakak yang melindungi hidup Farah, bersyukurlah Anis."Nasihat yang keluar dari mulut Farah mungkin tidak didengar oleh Anis. Kebisingan dari CD player di dalam sport wagon yang sangat kuat, Farah terpaksa menyaringkan nada suara yang tinggi. Namun sia-sia sahaja Farah berkhutbah di depan Anis. 11
""Anis! Kurangkan sikitlah, memekak saja dari tadi.""Apa?"Farah terus mematikan CD player."Hantar aku pulang sekarang, tiada gunanya kita ke sana ke mari tanpa tujuan," ujar Farah dengan tegas."Sabarlah dulu Farah, kita pergi minum-minum di cafe dulu, nak ?" Anis cuba memujuk hati Farah yang sedang marah itu.Farah terpaksa akur dengan Anis.Sport wagon berhenti di hadapan sebuah cafe di bandar."Cepatlah turun Farah, di sini kita ramai kawan, kita boleh bertukar-tukar fikiran dengan mereka yang ada di sini."Anis dan Farah meluru masuk ke ruangan cafe yang suasananya penuh dengan musik-musik rock. Farag terkaku. Farah terlihat ramai anak-anak remaja saling bermesraan. Ada yang berpegangan tangan, duduk berpasangan seperti belangkas yang tidak tahu adat. Malah pakaian mereka yang turut memainkan peranan menzahirkan sifat mereka terlalu bebas dalam pergaulan. Di sudut lain, sepasang remaja memadu kasih dan saling bermanja-manjaan. Farah jijik melihat semua yang ada. Farah ingin saja keluar dari ruangan, namun Anis melarangnya Farah."Eh.. Farah, tunggulah. Anis baru nak order air, duduklah dulu."Anis mendapatkan dua gelas air yang berbuih."Minumlah Farah, kita bersenang-senang dulu, kita buang stress. Kan kita baru saja selesai jawab test final, sekurang-kurangnya fikiran kita akan tenang dan bebas bagai merpati terbang di angkasa tinggi." "Tapi.. Farah tidak pandai minum minuman beralkohol macam ni." "Ah.. sekali-sekala Farah, come on.. cheers.." Anis terus melagakan gelasnya dengan Farah. Anis meneguknya seperti biasa. Farah menghidu air digelas dan menghirupnya. Farah terbatuk-batuk. Baunya hanyir, membuatkan tekak Farah loya. Farah terus meluru ke tandas dan tidak tahan dengan rasa perit di tekaknya."Farah, kau okay?" Anis merasa cemas dengan Farah. Anis tahu Farah baru pertama kali cuba meminumnya. Tapi Anis sudah biasa baginya."Kita pulang saja Anis, nanti kakak Farah cari pula, tengok dah dekat pukul 4.00 petang." Farah cuba memujuk Anis."Sekejap lagilah Farah, kan tujuan kita ke sini nak enjoy." Anis dan Farah berlalu dari tandas.Tiba-tiba datang seorang pemuda kacak berkulit putih kemerahan dan berbadan tegap menghampiri mereka dan membuatkan Anis lemah semangat.‘Wow! It’s fantastic.. It’s the first time I see the handsome man infront of me.’ Degup jantung Anis bergetar bila saja badan mereka bergeser dan menyebabkan air minuman di tangan seorang pemuda kacak berkulit putih kemerahan dan berbadan tegap tertumpah di baju Anis."Oops! Sorry girl.." Pemuda kacak berkulit putih kemerahan dan berbadan tegap terus meminta maaf."Oh.. never mind.." Anis terpinga-pinga. Untung saja pemuda kacak berkulit putih kemerahan dan berbadan tegap kacak, malah Anis memberikan senyuman manis. 'Oh.. my god, he’s very handsome. I don’t want to waste my time, ini kesempatan buat aku untuk mengenalnya lebih dekat.’ Kata hati Anis sudah agak setengah gila bayang dengan pemuda kacak berkulit putih kemerahan dan berbadan tegap. Kekacakan Malik benar-benar menggugat perasaannya. Malik jelas seperti seorang selebriti.Hidung Malik mancung,penampilan berpakaian ada sedikit gaya barat. Tiba-tiba pemuda kacak berkulit putih kemerahan dan berbadan tegap memberikannya sehelai sapu tangan untuk mengeringkan baju Anis yang basah. "Em.. I’m Anis, you can call me Anis." "I’m Malik, nice to meet you." "Hmh!" Farah menyergah Anis dan Malik."Oh!.. Malik, please lets you know, she’s Farah, my close friend."Malik dan Farah bersalaman."Farah.." "Malik.." "Well, kalau macam tu, kita balik dulu ya." Farah mengerling mata Anis. Namun Anis seolah belum puas untuk mengenali lebih lanjut lagi dengan Malik. "Malik, kami dah nak balik ni, em.. this is my phone number, please contact me ya." Anis sempat mencatat nombor telefon bimbitnya dikertas kecil."Ok.. thanks Anis, I call you later, see you." Malik puas dengan kerenah Anis."Ok.. Malik, bye.." Anis berlalu meninggalkan cafe dengan sebuah kenangan yang tidak akan dilupakannya. Setelah sebulan berlalu, Anis pun pulang ke kamsis Politeknik Port Dickson untuk meneruskan semester yang seterusnya. Semasa hari pendaftaran , Anis dan Farah mendapat bilik yang sama. Setelah selesai mendaftar , Anis pun kemas barang-barangnya sehingga tertidur. Keesokkan harinya, terdengar suara Farah mengejut Anis . “Anis bangun, Anis bangun!” Farah kejut dengan tegas. “Ha iya lagi 5 minit” jawab Anis yang sedang mamai.“Okay, aku dah nak pergi kelas tau” kata Anis sambil tergesa-gesa.“Awalnya kau pergi kelas” Anis berkata sambil matanya melihat jam di dinding. “Alamak dah pukul 8” kata Anis dengan cemas. Anis pun bergegas mandi dan bersiap untuk pergi ke kelas. Semasa perjalanan pergi ke kelas, Anis berlari sehingga terlanggar seorang jejaka yang sangat tampan . “Eh sorry sorry, eh Malik ke?” tanya Anis sambil terkejut kerana dia terjumpa Malik di Politeknik.“It’s okay, Anis belajar dekat sini ke? tanya Malik sambil tersenyum melihat Anis.“Iya Malik, tapi Anis harus pergi sebab Anis dah terlambat” kata Anis yang tengah ak tentu arah kerana takut dimarahi oleh pensyarahnya.“Okay baik Anis, hati-hati ya!” kata Malik sambil lambai kepada Anis. Anis bergegas pergi masuk ke dalam kelas. Anis bernasib baik kerana pensyarahnya belum tiba. Anis terlihat Farah dan terus duduk disebelah Farah. Anis pun cerita kepada Farah apa yang berlaku sebentar tadi. Setelah habis kelas , Anis terus bergegas pulang ke bilik kerana dia ingin hubungi dengan Malik.Selepas sebulan berkenalan dengan Malik, begitulah kehidupan arus moden Anis. Sejak Malik di hatinya, Anis sering keluar bersama-sama Malik, malah Farah sudah jauh terpinggir bagai melukut di tepi gantang. Teman sejatinya yang dulu sudah diketepikan sejak adanya Malik. Malik telah dapat menggait hati Anis dengan mudah, dan Anis juga mudah cepat jatuh cinta dengan pemuda yang belum dikenali sepenuhnya. 12
"Pergaulan bebas Anis dengan Malik sudah tidak terbatas lagi, malah Anis sekarang sudah ada trend baru, rambutnya yang dulu panjang paras bahu kini dipotong pendek dan berwarna warni. Kedua belah telinganya bersubang, hidung pula seperti kerbau dicucuk hidung, dan t-shirt yang dikenakannya paras pusat memperlihatkan keindahan perutnya. Tiada siapa yang melarangnya. Farah pula selaku teman karibnya sudah tidak dapat menguasai jiwa Anis. Malik merasakan puas dengan perubahan Anis kini. "Well.. you like nicely my sweet heart, I love you so much." "Thanks Malik, I love you too. Anis tidak mahu kehilangan Malik, of course apa yang Malik nak perubahan Anis, Anis akan ikut, asalkan Malik masih tetap di hati Anis." "Of course, tiada siapa yang menghalang cinta kita Anis, kita bebas buat apa saja, asalkan Anis sentiasa disamping Malik."Masa-masa terindah Malik dan Anis berlalu bagai arus di pergigian pantai. Malik telah memerangkap jiwa Anis, cinta Malik rupanya hanya sementara untuk kepuasan nafsu durjana sahaja."Farah, Malik telah pergi meninggalkan Anis, dia telah pergi selama-lamanya dalam hidup Anis, Malik bukanlah orang yang Anis harapkan selama ini, dia buaya bertopengkan manusia. Anis benci! Benci! Benci!" Esak tangis Anis membuatkan hati Farah sedih.Teman rapatnya hanya dipermainkan hidup oleh pemuda durjana, pemuda yang tidak beretika, senang dan mudah saja merosak akhlak remaja seperti Anis, kini Anis terpaksa menanggung beban sendiri."Anis takut Farah.." Suara Anis tersentak."Takut.. apa yang Anis takutkan?" Tanya Farah."Anis takut dengan kedua ibu bapa Anis.""Kan dulu Anis pernah kata, kedua ibu bapa Anis tidak pernah perduli dengan apa yang Anis lakukan, sekarang mengapa pula Anis takut?""Farah, please.. fahamilah Anis, Anis sekarang bukan Anis yang Farah kenal seperti dulu, Anis sudah terlanjur dengan Malik, apa jua yang kami perlakukan sudah lebih terbatas dalam pergaulan bebas. Anis mengandung Farah.." Tangis hiba Anis dan terus memeluk Farah."Astaghfirullah Anis, mengapa Anis lakukan semua ini, ini zina namanya, dosa besar, hidupmu di akhirat akan direjam, lagi pula ini menconteng arang di muka sendiri." Farah turut bersedih dengan apa yang menimpa hidup Anis. "Tolonglah Anis, bagaimana nak menyelesaikan masalah ini? Please.. Farah, Anis sudah tidak dapat hubungi Malik. Lagi pula kalau Malik tahu Anis mengandung, tentu dia tidak mahu bertanggung jawab ke atas apa yang terjadi ini." Anis semakin pusing memikirkan hidupnya. Kearusan yang mengejarnya dalam kegetiran hidup telah membuatkan dirinya kini sedar. Tambahan lagi memikirkan bagaimana hendak bersemuka dengan kedua ibu bapanya."Daddy.. Mummy.. maafkan Anis, Anis mengaku bersalah." "Tidak Anis.. Daddy dan mummy bertungkus lumus mencari harta untuk kehidupan Anis, malah Anis membuat pekerjaan tidak senonoh di luar sana, Anis nak minta apa saja, semua Daddy berikan, tapi inikah balasan Anis pada kami.. pergi!.. pergi kau dari sini!" sebuah tamparan di muka Anis dan membuatkan Anis menangis."Sudahlah bang, bukan jalan ini penyelesaiannya, kita cari pemuda bernama Malik tu, kita nikahkan saja mereka." Aminah cuba menenangkan fikiran suaminya. Namun apa yang diluahkan Aminah kepada Hisyam tidak berbaloi."Tidak! Aku tidak mahu bermenantukan orang yang kita tidak tahu asal usulnya, tidak setarap dengan darjat kita, kita ada darjat! darjat! darjat! Di mana identiti kita?" Hisyam dengan angkuh menyebut-nyebut status dan darjat yang dia ada. Harta yang dikumpulnya untuk satu-satu anak tunggalnya tidak dapat menjamin hidup Anis seutuhnya, malah Anis kini hidup terombang ambing, ibarat perahu karam dan tiada kemudinya. Kemudi telah hanyut di bawa arus sungai yang mengalir deras. Perahu pula karam dan berlabuh di sungai dengan untung nasibnya. "Tuk.. Tuk.." "Assalammualaikum..?" Kedengaran suara dari luar rumah."Waalaikumussalam." Suara dari dalam rumah.Ibu Anis terus membuka pintu dan mendapati Farah tercegat di depan pintu dengan wajah hiba."Mak cik, saya Farah teman rapat Anis, Anis kini berada di rumah sakit, keadaannya sekarang lemah, baik mak cik pergi segera sekarang."Ibu dan bapa Anis mendapatkan Anis yang sudah tidak bernyawa lagi. Ruang wad kecemasan di rumah sakit dipenuhi dengan suasana hiba."Maafkan mummy sayang, mummy yang salah dalam semua hal ini, kalau mummy tidak sibuk dengan urusan mummy, hidup Anis tidak akan terbiar dan menjadi begini, mummy bersalah Anis, mummy bukanlah seorang ibu yang baik, mummy pentingkan diri sendiri, mummy mengabaikan anak mummy satu-satunya ini.""Mak cik, Anis sudah menggugurkan kandungannya melalui bidan kampung tanpa pengetahuan Farah, Anis banyak mengeluarkan pendarahan dan akhirnya membawa padah kepada dirinya sendiri." "Maafkan daddy Anis.. daddy khilaf.. Daddy hanya mengejar kekayaan dunia, Daddy hipokrit.. Daddy bukan seorang ayah yang bertanggungjawab dalam keluarga ini.." Hisyam menangis dan memeluk sekujur tubuh Anis yang sudah kaku. 13
FAKTOR-FAKTOR PERGAULAN BEBAS Kurangperhatiandaripadaibubapa terhadapanak Kurangnyadidikanagama Pengaruhmediamassa Pengaruhrakansebaya Imanyanglemah 14
ILUSTRASI PERGAULAN BEBAS 15
KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS Kemerosotan pelajaran Hubungan keluarga menjadi renggang Pembuangan bayi Mudah mendapat penyakit yang berjangkit 16
Cara-cara Mengatasi Pergaulan Bebas Mendalami ilmu agama Bimbingan Orang Tua dan Instansi Pendidik berpikir untuk masa depan 17
RUJUKAN http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04/faktorpergaulan-bebas.html (dicapai pada 13 Mei 2023) https://www.merdeka.com/sumut/cara-mengatasi-pergaulan-bebaspada-remaja-orang-tua-wajib-tahu-kln.html (dicapai pada 13 Mei 2023) https://www.google.com/search? q=kesan+pergaulan+bebas+dalam+kalangan+remaja&source=lmns&hl =ms&sa=X&ved=2ahUKEwjjk9G4hPXAhVbktgFHcd5AocQ_AUoAHoECAEQAA (dicapai pada 12 Mei 2023) https://www.bola.com/ragam/read/5097167/pengertian-pergaulanbebas-ketahui-faktor-penyebabnya (dicapai pada 11 Mei 2023) http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspot.com/2014/04/kesankesan-pergaulan-bebas.html?m=1 (dicapai pada 10 Mei 2023) 18
19
Terima kasih K E R A N A M E M B A C A 20