The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilah.syafiqah14, 2022-09-30 12:17:48

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

E-FOLIO PEP (2)

Keywords: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

(MPU 3183)



PANTANG LARANG BUDAYA

PELBAGAI ETNIK
DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN NOR AZLINA ENDUT

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK

NURUL ATIQAH BINTI AZMI 22BT04006

NURAIN BINTI MISLAN 22BI06003

NURUL AISYAH BINTI MOHD NOH 22BT04001

NABILAH SYAFIQAH BINTI PERWIRA 22BT01001

IJAZAH SARJANA MUDA MULTIMEDIA KREATIF (MEDIA INTERAKTIF),

IJAZAH SARJANA MUDA MULTIMEDIA KREATIF (REKA BENTUK DIGITAL)


DAN IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB DENGAN MULTIMEDIA
SESI 1 2022/2023

ISI KANDUNGAN 3
4
PENDAHULUAN 6
PANTANG LARANG BUDAYA KAUM MELAYU 7
8
Perkahwinan 9
Kehamilan/Kelahiran 11
Kematian 13
PANTANG LARANG BUDAYA KAUM CINA 15
Perkahwinan 16
Kehamilan/Kelahiran 17
Kematian 18
PANTANG LARANG BUDAYA KAUM INDIA 19
20
Perkahwinan 21
Kehamilan/Kelahiran 22
Kematian 23
PANTANG LARANG BUDAYA KAUM IBAN 24
25
Perkahwinan 26
Kehamilan/Kelahiran 27
Kematian 28
PANTANG LARANG BUDAYA KAUM KADAZAN 29

Perkahwinan
Kehamilan/Kelahiran
Kematian
PENUTUP
RUJUKAN

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA |3

PENDAHULUAN

Pantang larang merupakan amalan leluhur yang diturunkan daripada satu generasi kepada
satu generasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2008), pantang larang ialah sesuatu
perilaku yang dilarang melakukannya (menurut adat atau kepercayaan). Setiap kaum di Malaysia
berasal dari tempat yang berbeza. Oleh itu, tabiat yang telah diamalkan sejak dahulu secara
turun-temurun dibawa ke negara kita dan menghasilkan berbagai-bagai pantang larang serta
kepercayaan. Setiap bangsa dan masyarakat mempunyai pantang larangnya yang tersendiri, yang
akhirnya menjadi kepercayaan komuniti tersebut.

Setiap adat yang diamalkan bukanlah semata-mata kepercayaan buta, tetapi membawa
tujuan baik kerana ia diwujudkan berdasarkan pengalaman kehidupan orang dahulu. Dalam
aspek kelahiran, setiap kaum perlu mematuhi adat-adat tertentu semasa mengandung, bersalin
dan selepas bersalin untuk memastikan kesihatan ibu dan anak. Pada tahap perkahwinan, pantang
larang dan kepercayaan yang diamalkan adalah untuk menjamin kebahagiaan pengantin. Selain
itu, pantang larang ketika kematian bertujuan untuk orang yang masih hidup meneruskan
kehidupan dengan baik. Akhirnya, pantang larang dalam amalan harian memastikan
kesejahteraan kehidupan.

Pantang larang juga untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat. Jika adat-adat
tersebut dilupakan, maka identiti bangsa akan turut hilang. Demi meneruskan keunikan budaya
dan kepelbagaian masyarakat, rakyat Malaysia harus memahami pantang larang dan kepercayaan
pelbagai kaum supaya dapat hidup bersama dalam keadaan harmoni. Uniknya, terdapat
persamaan antara bangsa, kaum, masyarakat dan negara. Malah, pantang larang turut menjadi
citra kepada sesuatu bangsa. Setiap pantang larang mempunyai kesan positif, misalnya dari sudut
kesopanan, kebersihan dan silaturahim.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 4

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 5

Kaum Melayu sejak dahulu kala telah terkenal dan berpegang teguh dengan adat resam dan pantang
larang yang diwarisi. Adat resam kaum Melayu banyak dipengaruhi oleh agama Hindu yang datang ke
Tanah Melayu seawal kurun ke-3. Namun setelah berkembangnya Islam dengan meluas pada kurun ke-
12, banyak adat dan pantang larang yang tidak boleh diamalkan berikutan bertentangan dengan syariat
Islam. Pantang larang kaum Melayu sebenarnya bertujuan untuk membawa pengajaran tertentu kepada
seseorang ataupun masyarakat seperti anak gadis tidak boleh makan berbaring. Perkara ini menunjukkan
orang Melayu mementingkan adab sopan dan daripada aspek kesihatan juga, ia adalah tidak baik untuk
penghadaman. Antara aspek pantang larang kaum Melayu yang dibincangkan adalah aspek kelahiran,
perkahwinan dan kematian.

Kelahiran/
Kehamilan

Perkahwinan Kematian

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 7

PERKAHWINAN

Di dalam perkahwinan kaum Melayu, masih ramai lagi yang mengamalkan adat perkahwinan
seperti adat merisik dan meminang, malam berinai, majlis akad nikah, dan majlis kenduri kahwin serta
adat bersanding. Terdapat juga pantang larang yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas
majlis perkahwinan bagi lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Bagi pasangan yang baru berumah
tangga amat digalakkan mempelajari ilmu berkaitan rumah tangga serta mendapatkan petua-petua
daripada orang yang lebih berpengalaman dalam mengharungi cabaran dan alam perkahwinan.

Pasangan yang bakal
Pasangan mempelai tidak boleh
Bakal pengantin lelaki tidak

berkahwin tidak dibenarkan
bercakap ketika bersanding
boleh mencukur kening

kerana akan dipandang tidak

keluar 40 hari sebelum
manis oleh tetamu kerana akan menghilangkan

diijabkabulkan seri wajah

Bakal pengantin tidak boleh
Semasa bertunang tidak boleh

keluar lewat malam bagi
kerap berjumpa dengan keluarga


mengelakkan daripada sihir
bakal mentua lelaki atau
ataupun unsur jahat perempuan untuk mengelakkan



sebarang fitnah

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 6

KEHAMILAN/KELAHIRAN

Antara pantang larang semasa ibu sedang hamil adalah ibu tersebut tidak dibenarkan mencaci, menghina,
bergaduh dengan orang kerana akan menyerupai orang tersebut. Selain itu, ibu yang sedang hamil juga tidak
boleh mendera, memukul atau membunuh binatang kerana bayi akan cacat atau terkenan. Pantang larang ini
sebenarnya mempunyai signifikannya yang tersendiri iaitu supaya ibu-ibu menjaga adab sopan masyarakat
Melayu lebih-lebih lagi ketika mengandung. Seterusnya, mereka kerana dikhuatiri akan membawa kebinasaan
kepada diri.

Ibu hamil juga tidak boleh melangkah anjing atau kucing yang sedang tidur kerana mata bayi boleh
tertutup seperti haiwan tersebut. Semua pantang larang ini adalah agar ibu-ibu yang sedang hamil menjaga
kesihatan dan mendidik diri agar berbudi bahasa dan menjaga akhlak supaya menjadi teladan kepada cahaya
mata mereka.

Seringkali diingatkan oleh orang-orang tua atau masyarakat bahawa wanita selepas bersalin perlu
mengamalkan adat berpantang kerana terdapat juga pantang larang bagi ibu-ibu selepas bersalin iaitu uri bayi
tidak boleh ditanam tepat pada pukul 12 malam dan tidak terlalu dalam kerana dipercayai akan menyebabkan
anak menjadi degil dan keras hati serta lambat bercakap. Terdapat juga larangan bagi ibu-ibu semasa
berpantang agar tidak melakukan kerja rumah tertentu seperti tidak boleh menyapu sampah kerana akan
menyebabkan bentan iaitu ibu bersalin akan mengalami sakit-sakit di badan, pinggang dan bahagian
peranakan. Ia adalah kepercayaan masyarakat Melayu apabila melanggar pantang larang tertentu yang
ditetapkan.

mTeidnagkhdibannoadl,beemnherg
eganancdaoucrhia

ng bimnmaetemamnbgmuuTkneuiundlhdaa
ektraabu,o

leh


Tidak
Tidak boleh

dibenarkan
melangkah

duduk di anjing atau

tangga atau
kucing yang

keluar rumah

seorang diri tidur

Uri bayi tidak boleh

ditanam tepat pada

pukul 12 malam

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 8

KEMATIAN

Terdapat pelbagai pantang larang dan adat kaum Melayu berkaitan kematian namun ia banyak membabitkan
kepercayaan yang syirik semata-mata dan dipengaruhi pelbagai budaya agama lain yang terdahulu seperti agama
Hindu dan Buddha. Akan tetapi terdapat juga adat yang dibenarkan di dalam Islam seperti menziarahi kubur, amalan
menjaga kubur dan sebagainya.

Orang-orang tua dahulu tidak membenarkan jamuan diadakan ketika jenazah masih berada di dalam rumah dan
belum dikebumikan. Jika dilihat daripada aspek adab, adat ini sangat baik bagi menghormati jenazah tersebut dan
tidak sesuai dengan keadaan jamuan yang biasanya bising dan riuh. Adat Melayu yang menekankan adab sopan
menitikberatkan perkara ini hatta sehingga peringkat kematian.

Selain itu, semasa majlis pengebumian, antara pantang larang masyarakat Melayu ketika wanita yang
kematian suami adalah wanita dilarang mengiringi jenazah arwah suaminya. Biarpun dilihat agak pelik namun
sekiranya diteliti daripada aspek lain kemungkinan bertujuan agar wanita tidak meratapi dan dikhuatiri meraung atau
pengsan di kawasan perkuburan. Masyarakat Melayu yang mementingkan adab sopan tidak meninggalkan pantang
larang ketika di kawasan perkuburan seperti tidak boleh sesiapa pun menulis atau menembok di atas kubur, berjalan
atau melangkah di atas kubur.

Tidak boleh menulis,
Tidak boleh membuat

menembok, berjalan
jamuan ketika jenazah

atau melangkah di atas
masih berada di rumah

kubur

Tidak boleh sesiapa
Wanita yang kematian

duduk atau berdiri di
suami adalah dilarang


atas kubur mengiringi jenazah

arwah suaminya

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 9

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 10

Setiap bangsa di dunia mempunyai pantang larang atau taboo yang tersendiri. Ini termasuklah bagi
kaum cina yang tinggal di bumi Malaysia. Jika diperhatikan, pantang larang setiap bangsa berbeza-beza
antara satu sama lain. Perbezaan ini wujud disebabkan cara hidup, agama, dan kepercayaan masing-
masing. Masyarakat cina juga mempunyai pantang larang mereka tersendiri yang unik di mana ia
dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling. Mereka juga sangat bergantung kepada nasib dan
tak hairanlah jika tukang tilik memainkan peranan yang penting dalam hidup mereka. Tukang tilik akan
sentiasa dirujuk dalam segala hal bermula dari kelahiran, hidup seharian, perkahwinan dan juga
kematian. Warisan dan peninggalan nenek moyang mereka ini ada yang masih lagi sesuai dan ada yang
sudah tidak relevan dengan zaman moden ini.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 11

PERKAHWINAN

Upacara perkahwinan sangat penting bagi masyarakat cina dan mereka akan menjaga pantang
larang dengan baik bagi memastikan rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat dan
tidak dilanda musibah. Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang
membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan
institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain.

Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.
Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit
iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit
iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untukmemilih
pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi
peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

MERISIK

Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak, dan tingkah
laku si gadis kerana ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan.
Perkahwinan yang mempunyai nama keluarga
yang sama ditegah kerana pasangan pengantin
dikhuatiri bersaudara. Cara merisik terpulang
kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa
pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan
taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.
Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar
mengadakan perbincangan tersebut di restoran-
restoran dengan disertai saudara mara lain.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 12

BERTUNANG

Semasa hari pertunangan, pengantin perempuan dilarang bunuh angsa pemberian pengantin lelaki
kerana angsa tersebut mewakili pengantin perempuan. Hari pertunangan dilakukan berdasarkan
kalendar Cina yang bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua-dua pasangan tersebut. Khidmat
tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su
kerana jika dilakukan pada waktu tidak sesuai seperti bulan ‘hantu’ atau ‘qin min’ dipercayai dapat
mendatangkan malang.

MAJLIS PERKAHWINAN

Majlis perkahwinan mestilah mengikut protokol kerana jika tidak, perkahwinan dianggap tidak
sah. Wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara-mara tidak digalakkan
terlibat dengan majlis perkahwinan mahupun menyentuh pakaian pengantin kerana moyang-
moyang masyarakat cina percaya bahawa orang yang baru kematian saudara-mara akan membawa
nasib buruk kepada majlis perkahwinan tersebut. Pakaian pula sebaik-baiknya bewarna putih,
merah atau kuning. Dilarang memakai baju hitam, biru, dan kelabu kerana dipercayai warna-warna
tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 13

Sekiranya terdapat kematian dalam kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu
mesti ditangguhkan hingga tahun hadapan ataupun selama 100 hari. Orang yang kematian ahli
keluarga juga tidak boleh memberi angpow/hadiah kepada bakal pengantin atas rasa hormat dan
simpati kepada ahli keluarga si mati untuk menggunakannya bagi majlis pengebumian.

KELAHIRAN

SEBELUM KELAHIRAN
(semasa mengandung)

Perabot bilik ibu tidak boleh diubah-ubah, terutamanya katil. Ibu mengandung dilarang
menyentuh barang-barang tajam (gunting, pisau, pengetip kuku) dan tidak dibenarkan
memaku/memahat kerana dikhuatiri bayi akan mengalami kecacatan. Ibu juga perlu mengawal
tingkah laku (tidak berkata-kata kesat) bagi menghindari bayi daripada badi, iaitu kesan buruk
yang dialami oleh seseorang (sakit, demam) kerana mendekati mayat, bangkai, sesuatu yang
dianggap keramat. Ibu mengandung dilarang menyidai baju untuk mengelakkannya daripada gagal
mengimbangi badan dan jatuh sehingga mengalami masalah kandungan.

Dari segi pemakanan, terdapat beberapa jenis makanan yang dilarang untuk makan antaranya
ialah:

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 14

1. Arnab – Bimbang bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.
2. Daging anjing – Bimbang bayi yang dilahirkan akan suka menggigit orang terutamanya masa

menyusu.
3. Daging ayam jantan – Bayi akan menangis pada tengah malam.
4.Ketam – Bayi akan asyik mengeluarkan air liur.
5. Makanan yang bersifat sejuk seperti aiskrim dan tembikai – Berkemungkinan membawa

kepada masalah keguguran bayi

SELEPAS KELAHIRAN

Sepanjang pantang, ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat
bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya untuk mengelakkan
perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Bagi masyarakat Cina, pusat bayi
yang tenggelam dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang manakala pusat yang tersembul
dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Telinga lebar dan tebal bakal menjalani kehidupan yang
kaya dan sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan
tidak mendengar kata.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 15

KEMATIAN

Si mati tidak boleh dipakaikan pakaian bewarna merah dan ahli keluarga tidak boleh memakai
barang kemas. Semasa menghadiri upacara pengebumian, tetamu dilarang memakai pakaian
berwarna selain warna hitam, apatah lagi warna merah yang diperkatakan mempersenda si mati
dan keluarganya. Semua cermin dalam mestilah ditutup dengan kain/kertas. Mereka dilarang
meratapi terlalu lama atau kerap. Jika tidak, roh si mati akan sukar bersemadi kerana tidak
tenteram dan rasa terseksa. Mereka juga dilarang melihat si mati ketika keranda ditutup kerana
boleh membawa malang.

Kucing dilarang mendekati keranda dan si mati kerana masyarakat Cina percaya sekiranya
kucing hitam yang melangkahi mayat, mayat tersebut akan bangun dan mengamuk sehingga boleh
membunuh mereka yang berada di situ. Selepas pengebumian, orang Cina akan mandi dengan air
yang dicampur daun limau Bali untuk menolak bala. Tarian singa, pembakaran mercun,
penyambutan Tahun Baru Cina, pesta, dan keramaian tidak dibenarkan selepas upacara
pengebumian.

Ahli keluarga si mati perlu berkabung selama 1 hingga 3 tahun (ikut suku dialek) dan dilarang
menyambut perayaan. Dalam tempoh tersebut, mereka tidak memberi angpau semasa Tahun Baru
Cina atau memberi hadiah kepada pengantin serta dilarang memakai barang kemas dan pakaian
berwarna cerah. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat barulah
pakaian warna lain boleh dipakai. Meskipun begitu, bagi isteri yang kematian suami atau suami
yang kematian isteri, perlu memakai baju hitam tersebut lebih lama sebagai tanda berkabung.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 16

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 17

Apabila kita bercakap mengenai budaya sesuatu kaum, pasti setiap satunya mempunyai
keunikan dan perbezaannya yang tersendiri. Ini termasuklah bagi budaya atau pantang larang
kaum India. Tidak ramai daripada kita yang mungkin mempunyai pendedahan berkenaan
pantang larang kaum India. Perkahwinan kaum India di Malaysia diklasifikasikan kepada
beberapa jenis iaitu Tamiltirumanam, eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam. Terdapat
banyak adat dan pantang larangperlu diikut oleh kaum India semasa perkahwinan.

Tuan rumah tidak membenarkan tetamu
melakukan kerja membasuh pinggan di
dapur. Pantang larang merisik adalah
dimana bakal pasangan akan saling
membalas kunjungan ketika merisik. Jumlah
tetamu hendaklah nombor yang ganjil.

Perkahwinan Kad jemputan perkahwinan
memainkan peranan yang utama
dalam perkahwinan masyarakat
India. Sebelum perkahwinan, kad
jemputan perkahwinan perlu
disediakan dan dibuat tanpa
kesilapan

Pohon pisang merupakan simbol untuk
menolak bala. Sekiranya pokok pisang
tersebut tumbang akibat angin kencang
atau kerana tidak diikat dengan baik maka
generasi tua beranggapan kejadian itu
membawa alamat buruk.

Pada zaman moden sekarang ramai kaum India juga terus mematuhi adat dan pantang larang
yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional, budaya dan unik
terhadap kaum India

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 18

Bagi masyarakat India, masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari.
Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi
yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia
terkejut. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang ibu yang
hamil.

Dalam tempoh 2 bulan

Dilarang tidur pada selepas bersalin, si ibu
waktu siang atau tidur
berlebihan perlu menghindarkan diri

daripada melakukan

kerja-kerja yang berat

Kelahiran

Dilarang keluar rumah Dilarang melakukan
berseorangan pada
waktu malam perbuatan buruk seperti

mengumpat, membuat fitnah,

bergaduh, menyembelih

haiwan dan sebagainya.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 19

Upacara vaaikkarisi perlu dijalankan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan, iaitu sedikit
makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir. Mayat dimasukkan ke dalam
keranda sebaik sahaja selepas dimandikan dan dihias dengan cantik bersama kapur barus supaya
mayat tidak berbau.

Kaum perempuan amat dilarang turut serta di
tanah perkuburan

Lampu minyak dinyalakan di bekas tempat
pembaringan mayat. Ahli keluarga
dikehendaki mandi untuk membersihkan diri

Gambar si mati tidak boleh digantung secara
formal mesti digantung secara terbalik

Ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri. Makanan dan sayuran dan ikan
dihidangkan. Sebaldi air diletakkan di hadapan rumah sementara lampu minyak sentiasa
dinyalakan. Ahli keluarga perlu menyentuh garam dan debu suci kemudian menyapunya pada
dahi sebelum memasuki rumah.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 20

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 21

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000 iaitu 40%
daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak.
Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan
sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan
berkomunikasi antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian
sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri
kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

PERKAHWINAN

Menurut kepercayaan nenek moyang dulu kala, perkahwinan yang terhasil daripada ‘Jadi Mali’ akan
mengundang bencana besar seperti ‘kudi’ atau tanah runtuh. Kehidupan pasangan yang jadi mali juga
tidak tenteram atau tidak sihat dan kurang mendapat rezeki dalam kehidupan seharian. Jika mereka di
kurniakan anak, kemungkinan anak mereka akan lahir dengan cacat anggota badan atau otak.

‘Jadi Mali’ atau perkahwinan terlarang ini boleh kita definisikan sebagai perkahwinan di antara dua
orang yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi mempunyai hubungan kekeluargaan yang sangat dekat
seperti ibu/bapa saudara yang hendak mengahwini anak saudaranya ( anak kepada adik atau kakak /abang
).

Oleh itu, adat mandi darah khinzir di lakukan
untuk membatalkan semua bencana tersebut.
Bagaimanapun, seiring peredaran zaman yang
semakin moden dan canggih adat ini sehingga kini
masih di lakukan oleh masyarakat iban.

Adat mandi darah khinzir ini juga turut di sertakan dengan hukuman berupa sebuah kebuk, piring kaca,
dan duit hukuman dalam jumlah RM200-300 mengikut berapa dekatnya jarak hubungan kekeluargaan di
antara pasangan tersebut. Walau bagaimana pun perkahwinan di antara sepupu tidak termasuk dalam
kategori ‘Jadi Mali’ dalam masyarakat iban.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 22

KELAHIRAN

Kaum Iban amat menekankan pantang larang sewaktu mengandung dan selepas bersalin. Pantang
larang sewaktu mengandung bukan sahaja dikenakan kepada wanita yang sedang mengandung malah si
suami turut dikenakan pantang larang.

Mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana
dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan.

KETIKA Mereka dilarang memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana
MENGANDUNG dikhuatiri bayi cacat.

Mereka juga dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi
tersangkut semasa dilahirkan.

Bakal ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut
kerana dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah.

SELEPAS BERSALIN

Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun
pemakanan selama 30 hari dan berdiang selama 40 hari. api. Unggun api perlu menggunakan kayu api yang dikhaskan,
Semasa berpantang makanan, si ibu hanya dibenarkan iaitu kayu malam dan kayu langsat. Hal ini demikian kerana kayu
memakan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Sepanjang tempoh 40
paku atau buah pulur. Makanan tersebut pula perlu dicampur hari ini, si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah
dengan air rebusan halia bagi memanaskan badan si ibu. sebagai penandahari. Tujuan bersalai adalah menghilangkan
penyakit ibu yang baru bersalin.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 23

KEMATIAN

Setelah mayat dibaringkan dengan baik :

Api kecil dinyalakan di pendiang tempuan berdekatan kaki si
mati. Api tersebut tidak boleh dipadamkan sehingga upacara
pengebumian berakhir. Mayat dibiarkan selama dua hari atau
lebih bagi menunggu ketibaan saudara si mati.

Mayat tidak boleh dipijak atau dilangkah kucing atau anjing
kerana diipercayai akan menyebabkan roh si mati tidak
tenteram dan akan sentiasa memburu orang yang masih
hidup. Justeru, mayat sentiasa dijaga rapi oleh para wanita
yang berumur sehingga mayat dikebumikan.

Pantang larang dalam tempoh berkabung pula ialah tidak
boleh menjerit apabila melewati perkarangan rumah
panjang si mati. Sebarang upacara tidak boleh diadakan
namun sekiranya perlu juga maka sigi panding (denda)
sebanyak RM2.00, dikenali sebagai pemampul (sebagai
pendinding) dikenakan.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 24

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 25

Kaum ‘kadazan-dusun’ merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai barat sabah dan
kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah
iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum
‘Kadazan’ dengan kaum ‘Dusun’ satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini
iaitu ‘Kadazan-Dusun’. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah.

PERKAHWINAN

Masyarakat Kadazan hanya membenarkan perkahwinan yang tidak mempunyai talian persaudaraan.
Justeru, penglibatan ibu bapa dalam menentukan jodoh anak-anak mempunyai signifikan dalam
mencegah perkahwinan seperti ini. Ketidakpatuhan terhadap adat dan norma masyarakat dipercayai
akan mengundang bencana kepada pasangan dan kepada keluarga serta seluruh masyarakatnya.

Antara pantang larangnya termasuklah larangan
melangsungkan pertunangan semasa hari ke-15 dan
hari-hari seterusnya dalam bulan tersebut. Sekiranya
bermimpi tidak baik, majlis pertunangan perlu
ditunda pada hari lain yang sesuai mengikut saiz
bulan. Seterusnya, dilarang melangsungkan
pertunangan jika terdengar bunyi burung belatuk
jantan (hokiu) (sekali sahaja bunyi) yang dipercayai
merupakan kopizo gazo atau alamat tidak baik
semasa memulakan perjalanan. Oleh sebab itu, wakil
akan dihantar untuk memaklumkan pihak keluarga
perempuan (mooi ponuko). Semasa majlis
pertunangan, dilarang menggunakan pinggan
mangkuk dan gelas yang retak di tepi untuk
menghidangkan makanan dan minuman kerana
dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian ikatan
pertunangan.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 26

KELAHIRAN

Sebelum kelahiran anak, wanita hamil perlu mematuhi beberapa pantang larang yang
berkaitan diri mereka. Antaranya termasuklah :

Duduk di anak tangga Dilarang makan sambil
pula ditegah kerana berjalan kerana dipercayai
dipercayai anak lahir anak akan menjadi nakal dan
dalam keadaan songsang.
tidak peramah.
Wanita hamil juga dilarang
mengusik orang yang cacat KETIKA Mereka juga tidak dibenarkan
kerana bimbang bayi yang MENGANDUNG memakan sotong kerana

dilahirkan cacat. dipercayai sukar atau lambat
melahirkan anak.

Wanita hamil juga dilarang
menziarahi keluarga yang ada
kematian kerana dipercayai
kandungan tidak akan sihat.

Masyarakat ini melarang seisi SELEPAS Mereka juga dilarang
keluarga pergi bertani atau BERSALIN membawa bayi keluar rumah
bercucuk tanam pada hari selama seminggu sejak hari
kelahiran bayi untuk Bayi juga tidak boleh dibawa kelahiran untuk mengelakkan
mengelakkan kopupusod, ke dapur untuk mengelakkan
iaitu segala yang ditanam bau kuat seperti bawang dan bayi “masuk angin”.

tidak menjadi atau terbantut. menjadi ovingkat atau
menghidap penyakit “masuk

angin”.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 27

KEMATIAN

Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang di panggil
mogombiruoh. Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua
penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli
masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.

Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang larang, dalam soal kematian juga pantang
larang itu amat dititikberatkan.

Setiap anggota masyarakat kadazan
tidak boleh melakukan apa apa pekerjaan.
Pekerjaan menanam padi amat dilarang
kerana ditakuti malapetaka dan penyakit
akan menimpa. Pantang larang itu hanya
dikenakan kepada mereka yang tinggal
dikawasan yang berhampiran sahaja.
Manakala yang tinggal berjauhan masih
boleh melakukan sebarang pekerjaan.

Mayat akan disimpan dirumah selama beberapa hari iaitu selama 3, 5 atau tujuh hari sebelum
dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada
binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Sekiranya kucing hitam yang melangkah mayat
akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada disitu.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 28

PENUTUP

Pantang larang merupakan warisan budaya setiap kaum yang perlu dihargai dan dipelihara
dengan sebaiknya. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang majmuk dan kaum utama di
Malaysia adalah kaum Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. Melalui kertas kerja ini, kami telah
membincangkan pantang larang budaya pelbagai etnik di Malaysia. Pantang larang dan kepercayaan
adalah berbeza mengikut kaum dan etnik. Pengetahuan tentang adat dan pantang larang antara kaum
perlulah dipelajari supaya kita saling menghormati antara satu sama lain dan hidup harmoni bersama.
Meskipun pantang larang ini hanyalah kepercayaan tradisi nenek moyang kita namun ia merupakan
sebahagian daripada identiti setiap kaum dan sewajarnya kita perlu mengkaji dan memelihara serta
menghayati pantang larang, adat dan petua kerana sekiranya diteliti terdapat kearifan dan sumbangan
yang bermanfaat serta kepentingan tradisi dan budaya untuk generasi masa depan.

3 aspek utama yang telah dibincangkan iaitu daripada aspek kelahiran, perkahwinan dan
kematian daripada kaum utama di Malaysia. Aspek pertama yang dibincangkan adalah daripada
aspek kelahiran. Perkara ini amat dititikberatkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan ibu dan
bayi. Aspek seterusnya yang dibincangkan adalah daripada aspek perkahwinan. Aspek terakhir
adalah aspek kematian, bagi kaum Melayu tidak boleh mengamalkan adat yang syirik dan sekiranya
dilihat daripada sudut Islam, Islam membenarkan pengamalan adat asalkan tidak bertentangan
dengan hukum syariat. Bagi kaum lain, golongan muda dan berpendidikan tidak mengambil berat
tentang adat dan pantang larang kerana perkara ini dilihat remeh dan tidak moden.

Akhir kata, syukur kepada Allah SWT dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya,e-folio ini
dapat disiapkan dengan baik. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan buat pensyarah subjek
Penghayatan Etika dan Peradaban kami, Puan Nor Azlina Binti Endut, yang banyak membantu kami
sepanjang menyiapkan e-folio ini dan juga kepada rakan-rakan sekumpulan yang sangat memberikan
kerjasama yang terbaik dan saling membantu. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama
ada secara langsung ataupun tidak. Kami berharap agar e-folio ini dapat memberikan manfaat kepada
semua dan masyarakat.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 29

RUJUKAN

Anak Malaysia Sihat. (t.t). Pantang Larang dan Kepercayaan Semasa Hamil. Didapatkan dari Anak Malaysia SIhat:

https://anakmalaysiasihat.my/?page_id=1381

Ama Mn. (2012, November 29). Pantang-larang setiap kaum di Malaysia. Dimuat turun daripada

https://prezi.com/rkbj_da1wnxu/pantang-larang-setiap-kaum-di-malaysia/

Anis Syaherah. (2016). Adat Resam &amp: Pantang Larang Kaum India. . Dimuat turun daripada

https://prezi.com/df_czimi5ris/adat-resam-amp-pantang-larang-kaum-india/

Baharuddin, M. N. (t.t). Penutup. Didapatkan dari Tugasan Projek EDU 3053:

https://muhamadnaufalbadarudin.weebly.com/penutup.html

Che Zaharah Abdullah, Z. Y. (2015). Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu, Kesejajarannya Dengan Nilai Islam:

Kajian Di Shah Alam. ICOMHAC2015 eproceedings (hlm. 622-635). UiTM Kedah-INSPIN.

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (t.t). Adat Resam Dan Pantang Larang Suku Kaum Di Sabah. Didapatkan dari

Academia.edu: https://www.academia.edu/6606413/Adat_Resam_dan_Pantang_Larang

Jurnalis Baitul Jannah. (t.t). Pantang Larang Bakal Pengantin Melayu. Didapatkan dari Redaksi:

https://redaksi.com/829-pantang-larang-bakal-pengantin-melayu

Mohd Zahari Ishak, Z. Z. (2000). Adat dan Pantang Larang. Penerbit Pinang SDN. BHD.

Muhammad Yusri bin Yusof@Salleh, M. A. (2020). Kearifan Tempatan Dalam Adat Kematian Masyarakat Melayu

Dari Perspektif Uruf. Journal of Fatwa Management and Research, 21-37.

Musliana, I. (2016). 27 Adat Resam dan Pantang Larang Melayu, Orang Masih Buat Lagi Ke? Didapatkan dari Sos

Cili: https://soscili.my/adat-resam-pantang-larang-melayu-beranak-kahwin-mati/

Maimanah Binti Murad. (2013). Perkahwinan Masyarakat India. Open University Malaysia.

Muhammad Firdaus Abdul Jalil, M. A. (2013). Kesedaran Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia. Didapatkan dari

SlideShare: https://www.slideshare.net/dausjalil/pantang-larang-kaum-sabah

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 30

RUJUKAN

Mohd, Z., Zabri, Z. (2000). Adat Dan Pantang Larang. Penerbit Pinang Sdn. Bhd.

Nor, R., Nur, A., Nurainin, H., Teo, K., Tiew, K. (2018). Pantang Larang Dan Kepercayaan Pelbagai Kaum Di

Malaysia. Universiti Sains Malaysia. Penang

Nor Rizan Abu Osman@Mahyuddin, Nur Afiqah Ahmad Saad, Nurainin Hafizah Jamil, Teo Ka Meng dan Tiew

Keyue. (2018). Laporan Praktikum Kumpulan 18: Pantang Larang dan Kepercayaan Pelbagai Kaum Di Malaysia.

Dimuat turun daripada https://www.studocu.com/my/document/universiti-sains-malaysia/chemical-

engineering/laporan-pantang-larang-dan-kepercayaan-pelbagai-kaum-di-malaysia/15306936

Nana, R. (2017). Ketahui 18 Pantang Larang Sebelum Berkahwin. Didapatkan dari

Pesona Pengantin: https://www.pesonapengantin.my/ketahui-18-pantang-larang-sebelum-berkahwin/

Nor Rizan Binti Abu Osman@Mahyuddin, N. A. (2018). Laporan Pantang Larang dan Kepercayaan Pelbagai Kaum

Di Malaysia. Didapatkan dari Studocu: https://www.studocu.com/my/document/universiti-sains-malaysia/chemical-

engineering/laporan-pantang-larang-dan-kepercayaan-pelbagai-kaum-di-malaysia/15306936

Sabihah, N. (2019). 6 Pantang Larang Harian Masyarakat Melayu - Masih Relevan atau Tidak? Didapatkan dari

iProperty.com: https://www.iproperty.com.my/bm/panduan-hartanah/pantang-larang-harian-masyarakat-melayu-

masih-relevan-atau-tidak-malayoc-34794

Wa'iz, M. (2022). Bentan Sebab Langgar Pantang? Ini 5 Bentan Yang Selalu Ibu Alami Lepas Bersalin. Didapatkan

dari hellodoktor: https://hellodoktor.com/kehamilan/penjagaan-ibu-hamil/selepas-bersalin/bentan-selepas-bersalin/

Yacob, N. H. (2015). Pantang Larang Tradisional di Kalangan Masyarakat Melayu. Didapatkan dari ResearchGate:

https://www.researchgate.net/publication/316096048_Pantang_Larang_Tradisional_di_Kalangan_Masyarakat_Mel

ayu

Zuraiha Binti Mohd Zain, N. B. (2021). Adat Resam Masyarakat Malaysia. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

PANTANG LARANG BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA | 31

RUJUKAN

Zuraiha Binti Mohd Zain, N. B. (2021). Adat Resam Masyarakat Malaysia. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN). (2022). Adat Resam dan Budaya Masyarakat Cina: Selepas

Kelahiran – Berpantang. Dimuat turun daripada https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/122

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN). (2022). Adat Resam dan Budaya Masyarakat Cina: Perkahwinan

- Majlis Perkahwinan. Dimuat turun daripada https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/121

Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN). (2022). Adat Resam dan Budaya Masyarakat Cina: Kematian -

Semasa & Selepas Pengkebumian. Dimuat turun daripada https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/116

Hazeyzul. Isu Pertembungan Budaya Dalam Aspek Pantang Larang Antara Kaum Di Malaysia. Dimuat turun

daripada

https://www.academia.edu/38726075/ISU_PERTEMBUNGAN_BUDAYA_DALAM_ASPEK_PANTANG_LAR

ANG_ANTARA_KAUM_DI_MALAYSIA

Kamek Miak Sarawak. (2018). Pantang Larang Adat Perkahwinan Kaum Iban Yang Anda Perlu Tahu. Didapatkan

dari Kamek Miak Sarawak: https://kamekmiaksarawak.com/pantang-larang-adat-perkahwinan-kaum-iban-yang-

anda-perlu-tahu/


Click to View FlipBook Version