The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Syair ini mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbirkan negara. Raja Negeri Kembayat amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir negara. Namun begitu, pemerintahan baginda di Negeri Kembayat menjadi huru-hara apabila negeri baginda ditimpa masalah akibat serangan burung garuda.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 896-1-sarah, 2023-02-21 04:21:10

0023_BMA_Syair Bidasari

Syair ini mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbirkan negara. Raja Negeri Kembayat amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir negara. Namun begitu, pemerintahan baginda di Negeri Kembayat menjadi huru-hara apabila negeri baginda ditimpa masalah akibat serangan burung garuda.

Puisi Tradisional : Syair Bidasari Disediakan oleh : Sarah Nabilah binti Mohd Mazni


Sarah 17/2/2023 Sarah


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan. Alhamdulillah. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Hajah Roziah binti Haji Ramli selaku pensyarah yang sudi berkongsi ilmu dan mengajar saya. Di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan tugasan ini. Segala bantuan, semangat, strategi dan kebijaksaan Puan telah banyak mengajar saya untuk menjadi seorang bakal guru Bahasa Melayu dari Insitut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang baik. Ribuan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa yang saya hormati yang sentiasa memberi kasih saying, dorongan, doa, peringatan dan panduan hidup yang amat saya perlukan. Sesungguhnya, segala pengorbanan yang telah dilakukan amat saya sanjungi dan akan saya ingati sepanjang hayat ini. Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih juga kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi dalam dalam penghasilan tugasan ini amat bermakna. Semoga penyelidikan dan tugasan ini juga dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang. Penghargaan


Isi Kandungan


Dahulu, sastera menjadi hak milik bersama akan tetapi pada masa ini, sastera telah berubah menjadi kegiatan yang berkaitan pernyataan diri dan hak cipta. Oleh itu, menurut Azman Rahmat (2022), kesusateraan bermaksud satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Maka, kesusateraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej serta mampu untuk menggambarakan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu mengenai diri sendiri atau sekelompok masyarakat. Pengenalan


Kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden mengikut jenis dan bentuknya. Boleh cikgu terangkan tentang puisi tradisional dengan huraian yang lebih mendalam dan lengkap?


Puisi Tradisional


Puisi Melayu tradisional merupakan ciptaan seni yang menakjubkan kerana mengandungi unsur-unsur emosi, imaginasi dan budi. Menurut Mohd Rosli Saludin (2013), dengan panduan unsur-unsur ini pencipta atau penyair dapat menyampaikan pernyataanpernyataan fikiran, perasaan, harapan, citacita dan mesej serta hubungan manusia sesama manusia, manusia dengan masyarakat atau dunia sekitarya. Puisi Melayu tradisional mengandungi berbagai aspek sosio budaya kehidupan masyarakat. Konsep Puisi Tradisional Menurut Azman Rahmat (2022), puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Hal ini dapat dibuktikan dengan puisi-puisi terbaik digantung di Ka'abah pada zaman jahilliah.


Pantun Syair Talibun Masnawi Rubai Peribahasa Seloka Teka-teki Adat perbincangan Mantera Jenis Puisi Tradisional


Sastera Melayu sangat berguna dan penting zaman dahulu. Hal ini dikatan sedemikan kerana, sastera Melayu merupakan medium antara dua pihak iaitu pihak penegur dan pihak yang ditegur. Hal ini demikian kerana, masyarakat dahulu amat mementingkan kesantunan. Oleh itu, teguran, fikiran atau cadangan mesti diberikan kepada masyarakat secara halus dan berkias. Akan tetapi, fungi kesusasteraan tidak terikat padaaspek nasihat sahaja malahan meliputi semua aspek seperti pendidikan, keagamaan dan hiburan. Fungsi Sastera Melayu


ALAT PENDIDIKAN Pendidikan adalah sangat luas dengan merangkumi ilmu ekonomi, pendidikan, politik dan agama. Penulis atau pengarang menghasilkan karya bagi berkongsi bersama khalayak ilmu yang mereka miliki. Setiap karya yang terhasil dipenuhi dengan pengajaran, moral, dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Pada zaman dahulu, kebanyakan masyarakat tidak ke sekolah, maka ini merupakan satu cara bagi mereka menambah ilmu. Namun, pendidikan zaman kini juga masih mementingkan sastera. Misalnya, muridmurid mempelajari KOMSAS di sekolah menengah. Hiburan adalah perkara yang sangat penting bagi seorang manusia kerana mustahil untuk seseorang itu bersifat serius sepanjang masa. Teknologi pada zaman dahulu tidaklah secanggih kini di mana kita boleh mendapatkan hiburan sepanjang masa melalui televisen dan radio. Oleh itu, mereka menghasilkan karya sastera sebagai sumber hiburan. Contohnya, cerita jenaka seperti cerita Pak Kaduk yang membawa watak seorang yang malang. Di samping menjadi hiburan, terdapat juga banyak pengajaran yang boleh didapati daripada hasil karya sastera ini. HIBURAN


DAKWAH Dakwah adalah satu proses penyampaian yang tertumpu kepada ilmu agama. Sastera terutamanya digunakan sebagai medium penyampaian dakwah setelah kedatangan Islam. Pertembungan antara agama dan kesusasteraan pada dasarnya terlihat dalam realiti. Terdapat pelbagai karya yang dihasilkan bagi mengembangkan pengaruh agama Islam di Kepulauan Melayu. Antaranya adalah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Raja Khandaq, Hikayat Amir Hamzah, dan pelbagai lagi. Semua hikayat ini mengandungi pengajaran dan cara hidup Islam. Setiap kisah atau nukilan yang terhasil dalam sastera adalah perkara realiti yang berlaku dalam kalangan manusia. Sastera dijadikan sebagai medium protes dan kritik kerana ramai yang beranggapan teguran melalui sastera seperti sajak, syair atau gurindam merupakan cara yang paling efektif. Hal ini demikian kerana terdapat banyak susun lapis masyarakat. Misalnya, kedudukan pemimpin yang tinggi adalah sukar untuk rakyat memberi teguran. Oleh yang demikian, sastera boleh digunakan untuk menyampai mesej atau mengkritik cara pimpinanpemimpin tersebut. KRITIK SOSIAL


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, manifestasi bermaksud perbuatan yang memperlihatkan sesuatu. Akal budi pula mencerminkan pemikiran seseorang yang menunjukkan sikap, kebijaksaan dan keindahan. Lazimnya diterjemahkan dalam bentuk karya seni khususnya seni sastera. Mudahnya, manifestasi akal budi merupakan pemikiran yang tinggi, sihat dan bijaksana.Akal budi membantu mentafsir alam sekeliling menggunakan akal fikiran. Oleh itu, intelek merupakan perkataan yang amat penting untuk dirujuk sebagai akal budi Manifestasi akal budi


Dalam perbincangan ini akan difokuskan kepada puisi tradisional jenis syair.


Syair


Konsep Syair Syair ialah karya kreatif lisan genre puisi tradisional. Pada awalnya syair dibawa masuk bersama-sama kedatangan Islam dan digunakan secara meluas di nusantara. Namun, syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian bahasa Melayu Klasik pada ketika itu. Menurut Mohd Yusuf Md. Nor (1985), syair berasal daripada puisi arab iaitu 'sy'ir' tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusateraan Arab. Oleh itu, istilah syair dalam bahasa Melayu sudah menjadi satu istilah yang khusus dimana syair ini tidak beracuankan syair daripada tradiri Arab atau mana-mana puisi Arab-Pasri.


Konsep Syair Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), penulisan sejarah dalam bentuk ‘syair’ dijadikan medium oleh masyarakat Melayu tradisional untuk merakamkan peristiwa yang benar-benar berlaku agar peristiwa tersebut terus diingati pada masa akan datang. Di samping itu, para pengarang dapat menyalurkan perspektif rasionalnya menerusi puisi tersebut terhadap sesuatu peristiwa seperti aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam masyarakat, peristiwa atau gelaja akibat anasir alam, peristiwa seharihari dan sebagainya. Oleh itu, bentuk syair menjadi pilihan para pengarang terutama dalam merakamkan sesuatu ‘peristiwa semasa’ sekitar abad ke-19 Masihi.


Jenis Syair Syair bentuk cerita Syair bentuk bukan cerita


Syair bentuk cerita Syair terdiri daripada syair rekaan pengarang yang berisi cerita yang mengandungi cerita atau hikayat lama. Selain itu, syair juga ada yang menceritakan mengenai sesuatu peristiwa atau sejarah, dan bersifat kiasan atau sindiran. Akhir sekali, ada juga syair yang berisi nasihat dan pengajaran agama. Syair bentuk bukan cerita Syair bentuk bukan cerita mempunyai beberapa rangkat dan setiap rangkap terdiri daripada satu idea yang tersendiri. Walau bagaimanapun keseluruhan syair tersebut mempunyai kesatuan idea yang berkesinambungan.


Boleh. Sekarang cikgu akan berikan contoh syair dan cikgu akan kaitkan dengan pembelajaran kita. Boleh cikgu berikan contoh syair supaya saya lebih memahami tajuk ini?


Syair Bidasari


Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Syair Bidasari


Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan , Datanglah beroleh kedudukan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Syair Bidasari


Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana, Membawa diri ke mana-mana. Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, “Gempar ini apakah kurang” Syair Bidasari


Syair berbentuk cerita hikayat Melayu klasik dan bergenre romantik Syair ini berkisar pada Bidasari, seorang puteri raja yang sangat cantik. Dia tidak tahu asal-usulnya, kemudian diambil sebagai anak angkat oleh sepasang pedagang kaya. Ratu negeri yang cemburu akan kecantikanna kemudian bersekongkol membuang Bidasari ke hutan. Di sana dia dipertemukan dengan putera raja yang kemudian mengahwininya. Diceritakan juga bahawa raja tersebut sangat berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah negara dalam susasana aman tapa sedikit pun menghadapi kesukaran.


Hal ini demikian kerana, syair tersebut mempunyai gambaran peristiwa atau cerita dan rangkap syair jarang boleh berdiri kerana antara satu rangkap dengan rangkap yang lain saling berkesinambungan. Contohnya, syair ini mengisahkan tentang cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika mentadbir negara. Di mana, Raja Negeri Kembayat yang pertama amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir urus negara. Contohnya, pada rangkap pertama. Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Terdiri daripada lapan rangkap. Syair ini berbentuk terikat atau tidak bebas. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap.


Bilangan katanya antara tiga hingga lima patah perkataan. Contohnya, pada rangkap kedua, terdapat empat patah perkataan dalam baris pertama, kedua dan keempat. Kemudian, pada baris ketiga terdapat lima patah perkataan. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris. Contohnya, pada rangkap ketiga, terdapat sepuluh suku kata dalam baris pertama, sebelah suku kata dalam baris kedua dan sepuluh suku kata dalam baris ketiga. Akhir sekali, mempunyai sembilan suku kata dalam baris keempat. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa.


Rima akhir syair ini ialah aaaa kecuali rima akhir rangkap ketiga syair ialah aaba. Contohnya, pada rangkap terakhir. Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, “Gempar ini apakah kurang” Pada rangkap ketiga, Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa.


Dalam Syair Bidasari ini, pengarang atau penulis memiliki sejumlah tujuan tertentu. Antaranya, pengarang bertujuan untuk menyampaikan nilai moral dan luhur. Hal ini dapat dibuktikan dengan, sikap pengarang yang menggambarkan seorang Raja yang prihatin dan adil serta mampu mengawal rakyat dan negaranya. Hal ini supaya gambaran ini dapat dijadikan contoh dan perbandingan kepada pembaca. Fungsi Syair Bidasari


Manifestasi akal budi


Rangkapinipenyair telah mengajak orangramaiuntuk mendengar sebuahhikayat ataucerita tentangkisahseorangrajayang memerintah Negeri Kembayat. Rangkap 1 Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Sikaprendah diripadapenyairyang mengarangsyair ini terserlah keranapengarangnyahanya mahu dikenali sebagaifakir sebagai tanda merendah diri. Fakir di sini membawa maksud sebagai individuyangtidak mampu menampung dari segikeperluan hariannya. Tujuanhikayat ini ditulis agar dijadikancontoh danperbandingan kepadapembaca. Akal budi seperti ini sentiasa mengingatkan manusiauntuktidak berasa riak dengankelebihanyangada dalam diri. Sebaliknya, seseorangindividuseharusnya bersifat bersyukur dengankelebihanyangada tanpa bermegah-megah.


Rangkap2 Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Pada rangkapkedua,penyair mengatakan bahawa terdapat seorang raja di sebuahnegeri. Dikatakan bahawa, di sebuahnegeri itu terdapat seorangsultanyanggagahperkasa lagi bijaksana. Baginda raja dahulukalayangcemerlangyang merujukkepada peringkat awal sebelum dilanggargeroda. Keadilan baginda telah menggamitkedatanganparapedagang dan orangsolehiaitu pelajar ilmuagamayang merantauserta orangasingatau orang yang datanguntuk mendalami ilmuagama Islam. Olehitu,negeri ini sangat maju dan disegani oleh orangluar. Akal budi ini sentiasa mengingatkan masyarakatuntuksentiasa mengamalkannilai-nilai murni dalam kehidupanagarkehidupankita disantuni dan dihormati oranglain


Rangkap3 Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Penyair menerangkantentangkehebtanpemerintah dalam rangkapketiga. Kehebatanyangterdapatpadapemerintah tersebut sememangnya menimbulkankehairanan dalam kalangan masyarakatpadaketika itu. Baginda bukansahajagagah, bahkan baginda tidakpernah menghadapi sebarang masalah dalam hidupnya. Bukansetakat itusahaja, baginda juga sangat tenangtanpa risau memikirkankesusahanyang mungkinakan datangpada bila-bila masa sahaja. Di sinikita dapat lihat, apabilaerakecemerlangan negeri Kembayatyangtidakpernah dilanda sebarang musibah sepanjangzamanpemerintahanRaja itu. Hal inikeranaperlakuan danakhlakRaja tersebutyang memerintahsecara berwibawa dan komited menyebabkannegeri ini tidakpernah menghadapi kegagalan dan masalah dalam hidupnya danpemerintahannya.


Rangkap 4 Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri. Seterusnya, digambarkan bahawa Sultanyang bijaksana bertambah berseri apabila menempuhalam perkahwinan. Selang beberapa bulan,permaisuripunhamil. Khabar ini menandakankehidupanRaja selepas berkhawinlebih gembira denganhadirnya bayi daripada darah dagingnya sendiri.


Rangkap 5 Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan , Datanglah beroleh kedudukan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Setelah beberapa tahunRaja memerintah Negeri Kembayat dengan bahagia danamansentosa. Akhirnya,pada suatuhari, dugaan malapetaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana dan meninggalkannegerinya. Maka,kita seharusnya sentiasa bersedia dengan dugaan dengan melakukanperancanganrisiko dalam kehidupanagarkita tidak panik dan bijak menguruskan masalah dalam kehidupan.


Rangkap 6 Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Dikisahkanpada suatuhariyanglain, secara tiba-tiba Negeri Kembayat telah diserang oleh burungraksaksayang amat besar danganas. Burungraksasa ini terbang melayang di ruangangkasanegeri Kembayat. Burungitu dikenalpasti sebagai Burung Geroda, iaituhelang besaryangsama seperti dalam epik Hindu, iaitu Visynu. Seranganini telah banyak mendatangkankemusnahan di Negeri Kembayat. Kesimpulannya,kitaperlulah sentiasa berwaspada dan berusahauntuk meningkatkankeselamatannegara agar kehidupanrakyat dan masyarakat sesebuahnegara tersebut dapat dilindungi.


Rangkap 7 Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana, Membawa diri ke mana-mana. Kemudian, Geroda melakukanserangan dengansuarayang bergema luar biasa. Hal ini telah menggemparkansekalian rakyatnegeri Kembayat. Semua rakyat digambarkan berada dalam keadaanhuru-hara dankekalutan. Seluruhnegeri dilanda duka lara danlesu, rakyat jelata lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri masing-masingtanpa arahtujuan. Akal budi ini menceritakantentang sifat manusiayangakan berusaha bersungguh-sungguhuntuk menyelamatkan diri masing-masing. Kita seharusnya menghargainyawayang dikurnaikan olehtuhankerananyawa merupakansatu anugerah.


Rangkap 8 Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, “Gempar ini apakah kurang” Akhir sekali,pada rangkapkelapanpenyair mengatakan bahawa Rajayang bersikapprihatinterhadaprakyat jelata. Hal ini dapat dibuktikanapabila rakyat datang menghadaprajauntuk mengkhabarkantentangsuasanahuru-hara di dalam Negari Kembayat. Raja denganperasaan marah menyatakanrasa terkejutnya dan menanyakankepadapembesarcarauntuk menangani malapelataka itu. Perkara ini dapat dibuktikan bahawaRaja sangatprihatin tentangsituasiyang melandanegara dankesusahanrakyatnya Olehitu, pemimpinseharusnya mempunyai sikapprihatiuntuk menjaga rakyat dannegarayang diperintahnya agarnegara tidak dipijak olehpenjajahasingyanghanya akan membawakerugian kepadanegara.


Konklusinya, jelaslah bahawa kesusasteraan Melayu dalam masyarakat Melayu telah lama wujud bersama-sama bangsa Melayu. Selain itu, kewujudan sastera Melayu telah membuktikan bahawa segala yang digambarkan dengan cukup menarik dan keindahan yang terletak pada gaya bahasa. Melalui cerita-cerita teladan kita dapat melihat kesinambungan budaya masa lalu dengan masa kini. Seterusnya, perkembangan budaya tahap demi tahap membentuk peradaban atau tamadun manusia dari satu zaman ke zaman seterusnya. Fungsi sastera Melayu dapat mewujudkan pemikiran yang bijaksana sentiasa memimpin manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai untuk kesempurnaan hidup. Izharlah, pemikiran dimaksudkan itu masih kekal utuh dan murni walaupun diletakkan dalam mana-mana zaman yang sering berubah. Penutup


Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Azman bin Rahmat, Dr. Mahd Nazi bin Zainuddin, Shamsudin bin Abu Bakar, Haji Abdul Rani bin Hassan & Dr. Hasnah binti Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan Md. Nor, Mohd. Yusof. (1985). Puisi Melayu tradisi. Penerbit Fajar Bakti. Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1–13 .https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/arti cle/view/3227 Muhammad Yusoff Hashim. (1988). Pensejarahan Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Teks Publishing Rujukan


Click to View FlipBook Version