The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAZIAH MZAIN, 2019-12-25 01:39:05

MINIT JK KURIKULUM BIL 4/2019

2019_MINIT KURIKULUM BIL 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KLANG
JALAN MERU, 41050 KLANG SELANGOR

MINIT MESYUARAT JK KURIKULUM
BIL. 4/ 2019

Tarikh : 17 Oktober 2019 (Khamis)
Masa : 12.50 tengah hari
Tempat : Balai Warisan, SMK Tinggi Klang
Pengerusi : YM Hjh Raja Rozita binti Raja Hanafi
Kehadiran : 72/80 orang

1 YM Hajah Raja Rozita binti Raja Hanafi Pengetua
2 Pn Hajah Umi Kalsom binti Mohd. Wahi Penolong Kanan Pentadbiran
3 Pn Wan Faizah binti Wan Mahmood Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4 En Mohamed Nizam bin Banaji Penolong Kanan Kokurikulum
5 Pn Norani binti Mohamed Penolong Kanan Petang
6 Pn Hajah Azizah binti Badar Penolong Kanan Tingkatan 6
7 YM Tengku Maryam binti Tengku Mokhtar GKMP Bahasa
8 Pn Hajah H. Fariza binti Othman GKMP Sains & Matematik
9 En Mohammed Najib bin Abdul Rahim GKMP Kemanusiaan
10 Pn Siti Nazura binti Azmi @ Ammi GKMP Teknik & Vokasional
11 Pn Zaleha binti Ismail Setiausaha Tingkatan 6
12 Pn Hajah Norma binti Hamzah Ketua Unit Sains Sosial
13 Pn Mariam binti Haron Ketua Unit Sains
14 Pn Bathma Devi a/p Suppiah Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling
Guru Bimbingan dan Kaunseling
15 Pn Nik Norfarhana binti Nik Yusoff Guru Bimbingan dan Kaunseling
16 En Khairuman bin Mohamed Jais Guru Bimbingan dan Kaunseling
17 Pn Hajah Zuaiza binti Paiman Guru Media
18 Pn Zakia binti Mohsin Penolong Setiausaha Kurikulum
19 Pn Sahidawati binti Ithnin SU Peperiksaan/ Penyelaras Kimia
20 Pn Siti Ashiah binti Abd. Hamid PSU Peperiksaan/ SAPS/ Penyelaras Tasawwur Islam
21 Pn Nor Hafizah binti Misran SU Peperiksaan Tingkatan 6 /Penyelaras Tingkatan 6A
22 Pn Tan Chee Eng Setiausaha STPM
23 Pn Khor Guay Yong Setiausaha SPM
24 Pn Shahrun Niza binti Sofian Setiausaha PBS/ Penyelaras Sains Komputer/ ASK
25 Pn Ariza binti Mohd Nawi Setiausaha MUET
26 Pn Sariah binti Salleh Setiausaha SAPS Arus Perdana
27 Cik Cik Zawiyah binti Razali Setiausaha SAPS (Petang)
28 Pn Loh Soon Keng Setiausaha SAPS Ting.6 / Ketua Panitia Ekonomi
SU Kecemerlangan Akademik / Penyelaras Prinsip Perakaunan
29 Pn Norliza binti Mohamed Basar Setiausaha Kecemerlangan Akademik Tingkatan 6
30 Pn Siti Salbiah binti Ismail SU Penyelidikan
31 Pn Swee Lee Yen Setiausaha Kerja Kursus/ Ketua Panitia Ekonomi
32 En Md Yusri bin Ahjam Setiausaha Jadual Waktu Tingkatan 6
33 Pn Noriyah binti Mohsim Setiausaha Jadual Waktu Arus Perdana
34 Pn Shahniza binti Mohd Shahri Setiausaha SPBT
35 Pn Rohaizah binti Md Rodzi Setiausaha MBMMBI/ Ketua Panitia Bahasa Inggeris
36 Pn Chong Siew Fong Ketua Panitia Pengajian Am Tingkatan 6
37 Pn Margaret Chia Mei Je Ketua Panitia Bahasa Melayu Tingkatan 6
38 Pn Siti Nourbayah binti Abu Bakar Ketua Panitia Sejarah Tingkatan 6
39 Pn Zasmaliza binti Osman Ketua Panitia MUET
40 Pn Zuzaini binti Abu Bakar Penyelaras MP Syariah
41 Pn Hajah Mashitah binti Mahmood Penyelaras MP Seni Visual
42 Tn Hj Aidi Jonli bin Saion Penyelaras MP Biologi
43 En Tasrudin bin Marpongi Ketua Panitia Matematik T
44 Pn Nor Masura binti Masran Penyelaras MP Matematik M
45 Pn Zariah binti Ab Rahman Penyelaras MP Perakaunan
46 Pn Ng Poh Lay
47 Pn Thye Ngit Moi 1

48 Pn Rafidah binti Nawi Ketua Panitia Bahasa Melayu
49 En Te Choon Kiong Penyelaras Bahasa Cina
50 Pn Naru Malar a/p Patmanathan Penyelaras Bahasa Tamil
51 En Akram Hijri bin Abdullah Akhili Penyelaras Bahasa Arab
52 Pn Norhanita binti Othman Ketua Panitia Sains
53 Pn Zanaria binti Arifin Ketua Panitia Matematik
54 En Nasruddin bin Zakaria Ketua Panitia Fizik
55 Pn Siti Norasikin binti Basri Ketua Panitia Biologi
56 Pn Wan Mastura binti Wan Abas Ketua Panitia Matematik Tambahan
57 En Masalinorreza bin Mohd Sharif Ketua Panitia Pendidikan Moral
58 Cik Hajah Norhayati binti Mohamad Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
59 En Khairulsyapawi bin Sawbri Ketua Panitia PJPK
60 Pn Anis Atiras binti Yazid Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
61 Pn Faiza Suhaida binti Mohd Salleh Penyelaras Ekonomi

62 Pn Nik Rahimah binti Jusoh Penyelaras Grafik Komunikasi Teknikal (GKT)

63 Pn Kheryani binti Matori Penyelaras Pertanian
64 Pn Nurliena binti Mohammad Penyelaras Perniagaan
65 Cik Haneitha a/p Mohana Krishnan Penolong Ketua Panitia Bahasa Inggeris
66 Pn Juraida binti Jariah Penolong Ketua Panitia Sejarah
67 Pn Nurul Farihah binti Mad Razali Penolong Ketua Panitia Pendidikan Islam
68 Pn Noor Zakirah binti Zarawi Penolong Ketua Panitia Pendidikan Moral
69 En Syed Syaqiel bin Syed Sharifuddin Penolong Ketua Panitia Geografi
70 En Wan Ahmad Rumaizi bin Wan Abd Fatah Penolong Ketua Panitia PJPK
71 Pn Shakina binti Ismail Penolong Ketua Panitia RBT

TIDAK HADIR BERSEBAB Guru Penyelaras Bestari SPM
1 Cik Nir Azmin binti Adnan Setiausaha PBD/ Ketua Panitia RBT Mesyuarat Penskoran
2 Pn Noor Jasniwati bt. Mat Ghani Ketua Panitia Sejarah Mesyuarat Penskoran
3 Cik Noorashikeen binti Hussin Ketua Pendidikan Islam Mesyuarat Penskoran
4 Pn Norhasifah binti Mohamad Salleh Ketua Panitia Geografi Mesyuarat Penskoran
5 Pn Nurdiyana binti Ali Penolong Ketua Panitia Matematik
6 Pn Nik Nur Sajidah binti Nik Osthman Penolong Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual SPM
7 Pn Suriani binti Mohd Noor Setiausaha Program Intervensi/ Pen Ketua Panitia Bahasa SPM
8 Pn Nor Fazliyatun binti Sobiren Melayu Cuti kuarantin

Urus Setia Mesyuarat: Setiausaha Kurikulum
Cik Maziah binti Mohd Zain

2

AGENDA:
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat sejahtera dan salam ukhuwah dan mengalu-alukan kehadiran
semua ahli JK Kurikulum Bil.4/2019. Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab dan
mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang telah memberi komitmen
yang padu untuk mencapai Visi dan Misi sekolah.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mulai tahun hadapan, aliran Sains dan Sastera bagi tingkatan
empat akan dibubarkan dan murid boleh memilih subjek mengikut pilihan masing-masing. Pemilihan
subjek bukan lagi ditentukan oleh guru-guru sebagaimana sebelum ini. Guru-guru hanya diberi kuasa
untuk menentukan senarai subjek yang akan diperkenalkan oleh sekolah berdasarkan beberapa faktor
seperti keputusan PT3, kemudahan sekolah, sumber tenaga pengajar dan lain-lain

1.3 Pengerusi memaklumkan pihak pengurusan SMK Tinggi Klang mengambil langkah mengedarkan
borang soal selidik melalui aplikasi Google Form kepada murid tingkatan 3 (2019). Murid akan memilih
mata pelajaran elektif Tingkatan Empat yang disenaraikan berdasarkan minat. Guru-guru tingkatan 3
khususnya diminta memasukkan Google Form ini ke dalam WhatsApp kelas masing-masing. Hasil
dapatan soal selidik ini memudahkan pihak pengurusan kesan minat murid terhadap pakej mata
pelajaran elektif dan keperluan guru mata pelajaran berkaitan, sama ada seimbang dan bersesuaian.
Di dalam Google Form itu murid perlu sertakan keputusan Matematik dan Sains semasa Program
Peningkatan Prestasi Tingkatan 3 (PPPT3) yang lepas.

Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat JK Kurikulum Bil.3/ 2019 dibentang, diterima sebulat suara dan disahkan tanpa pindaan.

Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Rujuk maklum balas minit mesyuarat bilangan 3/2019.

Tindakan : Makluman

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU /LAPORAN

4.1 Analisis Program Peningkatan Prestasi Tingkatan 3
4.1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua panitia yang mencapai peningkatan bila
dibanding dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019. Terdapat hanya empat sahaja
mata pelajaran yang tidak mencapai peningkatan iaitu :
 Bahasa Melayu
 Matematik
 Asas Sains Komputer
 Bahasa Cina.

4.1.2 Pengerusi meminta semua Ketua Panitia untuk segera menyiapkan analisis post mortem
Program Peningkatan Prestasi Tingkatan Tiga (PPPT3) bersama kuadran penyelesaian
masalah untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan selewat-lewatnya pada 31 Oktober.

3

4.1.3 Pencapaian Program Peningkatan Prestasi Tingkatan 3 (PPPT3) berbanding Pentaksiran
Sumatif Pertengahan Tahun 2019

Tindakan : Ketua Panitia/ Penyelaras Panitia

4.2 Analisis Peperiksaan Percubaan SPM 2019
4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peperiksaan Percubaan SPM telahpun berlangsung pada
8 Ogos hingga 13 September 2019. Keputusan percubaan SPM telah pun diisi dalam SAPS
‘online’. Berikut dilampirkan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2019.

TOV GRED PURATA PERATUS LAYAK MENDAPAT
SEKOLAH (GPS) SIJIL (LMS)

7.25 48.08%

PPT 2019 7.01 52.05%
SPMc 2019 (2018=6.78) (2018=44.05%)
ETR SPM 2019
6.67 53.30%
(SPMc 2018=6.54) (SPMc 2018=57.7%)

5.39 88.20%
(SPM 2018 = 5.5) (SPM 2018=84.96%)

4

4.2.2 Pengerusi menyatakan pencapaian GPS peperiksaan percubaan SPM ialah 6.67 berbanding
ETR 5.39 manakala dari segi peratus lulus ialah 53.30% berbanding ETR 88.20%.
Pengerusi memaklumkan bahawa pencapaian tahun 2018 adalah lebih baik berbanding
tahun 2019. Oleh itu, Pengerusi meminta semua guru untuk merancang rawatan yang lebih
berkesan sementara masa masih ada. Pengerusi juga meminta semua Ketua Panitia/
Penyelaras untuk menyiapkan post mortem percubaan SPM bersama kuadran
penyelesaian masalah selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2019.
Tindakan: Semua guru dan Ketua Panitia/ Penyelaras

4.2.3 Pengerusi juga memaklumkan peratus lulus percubaan Bahasa Melayu tahun ini rendah
(2019 : 80.38%) berbanding tahun 2018 iaitu ( 2018 : 81.74%) manakala bagi subjek Sejarah
juga jauh berbeza (2019 : 55.39%) berbanding (2018 : 63.29%). Pengerusi meminta semua
guru Bahasa Melayu dan Sejarah meningkatkan lagi peratus pencapaian subjek masing-
masing kerana dua subjek ini penting dan wajib lulus dalam SPM.

Pengerusi memaklumkan ‘Near Miss’ bagi Bahasa Melayu dan Sejarah melibatkan seramai
53 orang murid. Guru perlu mencari 21 murid lain (10%) supaya ETR sekolah tercapai.
Situasi ini agak sukar dibuat perbandingan kerana muridnya berbeza. Guru mata pelajaran
perlu buat headcount dan memberi intervensi kepada murid yang telah dikenalpasti

Percubaan SPM 2019 PERATUS LAYAK MENDAPAT SIJIL
‘Near Miss’ BM & SEJ (LMS)
Jika ‘near miss’ telah lulus
113/212 = 53.30%
ETR SPM 2019 53 orang

113+53 = 166, 166/212 = 78.3%
88.20%

BAHASA SPM Gred Purata MP Peratus
MELAYU 2018
TOV 4.79 98.23%
PPT
2019 6.04 67.32%
SPMc 5.87 63.64%
(PPT 2018=5.38) (PPT 2018=80.86%)
2019 5.42 80.38%

(SPMc 2018=5.47) (SPMc 2018= 81.74%)

SEJARAH SPM Gred Purata MP Peratus
2018
TOV 5.24 85.33%
PPT
2019 7.98 35.44%
7.24 51.0%
SPMc (PPT 2018=7.17 (PPT 2018=48.34%
2019 6.84 55.39%

(SPMc 2018= 6.58 (SPMc 2018=63.29%

Tindakan: Makluman

5

4.2.4 Pengerusi memaklumkan bahawa mulai tahun hadapan, setiap mata pelajaran hendaklah
membuat analisis item bagi tingkatan satu hingga tingkatan lima selepas Analisis Post
Mortem satu-satu peperiksaan/pentaksiran dijalankan. Sekiranya tapak belum ada, panitia
perlu membuat bengkel membina tapak analisis itu.

Tindakan: Makluman
4.2.5 Pengerusi meminta semua Ketua Panitia/ Penyelaras supaya berkongsi analisis dengan guru

lain dalam panitia masing-masing dan melaksanakan segera Dialog Prestasi setiap kali
kesan isu.

Tindakan: Makluman

4.3 Pentaksiran Sumatif Akhir Tahun Tingkatan Satu dan Dua (PSAT 2019), Peperiksaan Akhir
Tahun Tingkatan Empat (PAT 2019)

4.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peperiksaan akhir tahun tingkatan empat sedang
berlangsung mulai 12 September hingga 31 Oktober 2019. Pada tahun ini, majoriti soalan
menggunakan Modul Pintas daripada JPNS.
Tindakan : Makluman

4.3.2 Pengerusi turut memaklumkan bahawa pentaksiran sumatif tingkatan satu dan dua telah
diadakan pada 1 hingga 9 Oktober 2019 yang lepas. Semakan kertas jawapan sedang
dilakukan oleh guru-guru mata pelajaran.
Tindakan : Makluman

4.3.3 Hari Bertemu Pelanggan untuk Tingkatan 1,2 & 4 adalah pada 22 November 2019 (Jumaat)
iaitu hari terakhir persekolahan dan semua murid Tingkatan 1 & 2 hadir sebelah pagi.
Diharapkan semua guru dapat melayan ibu bapa/penjaga dengan berhemah dan membina
hubungan yang baik supaya dapat memperbaiki isu ‘mutual distrust’ terutamanya berkaitan
dasar KPM.

Tindakan : Makluman

4.4 Program Kecemerlangan Akademik (Tingkatan 3 dan Tingkatan 5)

4.4.1 Gerak Kilat
4.4.1.1 Pengerusi memaklumkan Gerak Kilat telah dilaksanakan pada 18 Ogos hingga 20
September 2019 yang lalu. Markah Gerak Kilat perlu dihantar kepada Ketua Panitia/
Penyelaras. Seterusnya Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) masing-masing akan
melengkapkan analisis.
Tindakan : Ketua Panitia/ Penyelaras

4.4.1.2 Pengerusi menegaskan supaya Gerak Kilat ini dilaksanakan di semua tingkatan dan
soalan yang disediakan hendaklah mengikut format sebenar PT3 atau SPM.

Tindakan : Makluman

6

4.4.2 Jadual Anjal Berfokus dan Final Touch

4.4.2.1 Pengerusi memaklumkan program kecemerlangan akademik untuk PT3 telah
bermula mulai 9 September hingga 20 September 2019 yang melibatkan :

 Minggu 1: Jadual Anjal Berfokus
 Minggu 2: Final Touch (Diskusi Dan Solusi)

4.4.2.2 Pengerusi juga memaklumkan untuk murid Tingkatan 5, akan bermula pada 14
Oktober hingga 1 November 2019 dan proses kerjanya sama selama dua minggu
iaitu seperti calon PT3 yang lepas.
 Minggu 1: Jadual Anjal Berfokus
 Minggu 2: Final Touch (Diskusi Dan Solusi)

4.4.2.3 Jadual bagi pelaksanaan Jadual Anjal dan Final Touch telah disediakan oleh
Setiausaha Kecemerlangan. Semua guru diminta untuk mengikut jadual yang
disediakan. Sekiranya ada guru tidak dapat melaksanakan pada hari yang ditetapkan,
guru boleh menukar dengan guru yang lain.

Tindakan: Makluman

4.4.3 Hari Bertemu Pelanggan Calon SPM
4.4.3.1 Pengerusi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru tingkatan
dan mentor sempena bahawa Hari Bertemu Pelanggan Tingkatan Lima yang telah
diadakan pada 11 Oktober 2019 (Jumaat) di kelas masing-masing. Pengerusi
berharap semua guru telah melayan ibu bapa/penjaga dengan berhemah. Guru
tingkatan/mentor diharapkan juga selain berbincang tentang pencapaian percubaan
SPM, perbincangan aspek berikut juga ada disebutkan :
i) Kutipan sumbangan Majalah dan PIBG
ii) Pemulangan Buku Teks Tingkatan Lima bermula pada 25 November 2019 hingga
28 November 2019. Tarikh tambahan pemulangan buku teks sebelum buka
sekolah ialah pada 19 Disember 2019 (Khamis)

Tindakan: Makluman

4.4.4 Program Kerlipan Permata, Gilapan Permata dan Permataku Sayang
4.4.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Program Kerlipan Permata, Gilapan Permata dan
Permataku Sayang telah diadakan dengan jayanya selama 3 hari di Hotel Merrida
pada 15 hingga 17 Julai 2019 yang lalu,melibatkan subjek Bahasa Melayu dan
Sejarah. Program ini mendapat sambutan baik daripada murid dan mereka memberi
maklum balas dan komen yang positif. Pembiayaan ini ditaja sepenuhnya oleh PIBG
sekolah.

Tindakan: Makluman

7

4.5 Pencerapan Standard 4 dan SKPMg2
4.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pencerapan guru pada bulan Ogos hingga November
2019 telah lama bermula. Pengerusi mengingatkan semua guru supaya segera membuat
temujanji dengan pencerap dan menggunakan kelas yang sesuai untuk dicerap.

4.5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa SKPMg2 masih diteruskan pada tahun ini dan tahun
hadapan tetapi hanya audit peringkat dalaman sahaja.

4.5.3 Pengerusi meminta guru yang telah mendapat borang edaran penilaian SKPMg2 kali ke 3
memulangkan semula kepada Cik Nir Azmin sebelum 12 Oktober 2019.

Tindakan : Makluman

4.6 Keberhasilan dan PBPPP
4.6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru boleh mula berjumpa dengan Penilai Pertama
& Kedua berkaitan keberhasilan. Eviden pencapaian atau pengurusan kurikulum , aspek
pengurusan dan pencapaian HEM/Kokurikulum /pentadbiran perlulah dibawa bersama
semasa sesi berjumpa penilai masing-masing. Tarikh akhir ialah pada 31 Oktober 2019.
Semua guru hendaklah mematuhi tarikh – tarikh yang telah dinyatakan. Ini kerana Penilai
Pertama perlu memasukkan markah pada 3 hingga 11 November 2019. Guru akan
mendapat slip PBPPP pada 18 hingga 22 November 2019 manakala PPD akan membuat
semakan pada 15 November 2019

Tindakan : Makluman

4.7 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan PBD
4.7.1 Pengerusi mengingatkan semua guru yang mengajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 supaya
menyiapkan urusan pengisian markah PBS sebelum 31 Oktober 2019 dan menyimpan
rekod murid terbabit dengan baik , termasuk juga rekod PBD yang dijalankan oleh guru
tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Tindakan : Makluman

4.7.2 Pengerusi juga meminta Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
(PJPK) memastikan aktiviti dan markah SEGAK mematuhi tempoh yang ditetapkan oleh
PPD Klang. Difahamkan folder baharu untuk tujuan menyimpan data ini telahpun diuruskan
oleh En Khairulsyapawi dengan sangat baik.

Tindakan : Ketua Panitia PJPK

4.7.3 Pengerusi mengingatkan Guru Bimbingan & Kaunseling (GBK) supaya melengkapkan folder
Pentaksiran Psikometrik selain urusan mengisi data dalam sistem atas talian. Sekiranya ada
pemantauan semua fail telah lengkap.

Tindakan : Guru Bimbingan & Kaunseling

8

4.8 Semakan Buku Latihan dan Kerja Murid ( BLKM )
4.8.1 Pengerusi memaklumkan agar semakan buku ini dilakukan secara berterusan dan bagi yang
belum menghantar semakan BLKM (borang SPSK PK 06/2) pada penggal ke - 2, diminta
segera bertindak. Ketua Panitia diminta menyemak guru yang tidak pernah hantar pada
tahun ini. Ketua Panitia dianggap tidak memantau dengan berkesan tugasan guru di
bawahnya jika hanya menunggu dan tiada tindakan. Semakan borang PK 06/1 (senarai 25
nama murid) juga perlu dihantar kepada GKMP untuk tujuan simpanan fail dan rujukan. Guru
dinasihati menyimpan salinannya di dalam folder rekod mengajar.

Tindakan: Makluman

4.9 Pelan Strategik 2019 & 2020
4.9.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Ketua Panitia yang telah
melengkapkan Jadual 2 hingga Jadual 5 dalam Pelan Strategik 2019.
4.9.2 Pengerusi mengingatkan Ketua Panitia supaya program Profesional Learning Community
(PLC) untuk guru perlu ditambahbaik pada tahun 2020 nanti.
4.9.3 Pengerusi juga meminta Ketua Panitia/ Penyelaras untuk menambah program Highly
Immersive Programme (HIP) dalam Pelan Strategik 2020 dan hendaklah menghantarnya
sebelum 22 November 2019.

Tindakan : Ketua Panitia/ Penyelaras Panitia

4.10 Kajian Tindakan
4.10.1 Pengerusi meminta semua guru yang terlibat dengan Kajian Tindakan menghantar
Laporan Kajian kepada Penyelaras Kajian Tindakan, En. Md Yusri bin Ahjam atau
Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh Umi Kalsom binti Mohd Wahi selewat-lewatnya
pada 31 Oktober 2019. Terdapat 15 orang guru yang terlibat iaitu :

Bil. Mata Pelajaran Nama Guru Tajuk
Rosmawi bin Model Plug & Play : Meningkatkan penguasaan
REKA BENTUK & Zakaria proses kerja dalam sistem fertigasi untuk mata
1 TEKNOLOGI pelajaran RBT dalam kalangan murid 1 Setia.

(Tingkatan 1)

2 MATEMATIK Norizwan bin Kad asas: meningkatkan kefahaman konsep
(Tingkatan 5) Anuar pendaraban dua matriks (Matematik) dalam
kalangan murid Tingkatan 5 Seni Visual.

Meningkatkan Kemahiran Mengingat Ciri-ciri

3 BAHASA MELAYU Azizah binti Badar Ayat Dasar dan Ayat Tunggal Menggunakan
(Tingkatan 6) Teknik Nyanyian Dalam Kalangan Murid
Md Yusri bin Tingkatan 6.
Ahjam
Hanafisah binti Meningkatkan Kemahiran Menulis Pengenalan
BAHASA MELAYU Ahmad Esei Bahasa Melayu Menggunakan Teknik '5
4 (Tingkatan 6)
JARI' dalam kalangan Murid 6 SS4/1 SMK
Tinggi Klang

Mengatasi Kecuaian Murid Semasa
PENGAJIAN AM Menganalisis Jadual Perubahan Dengan
5 (Tingkatan 6)
Menggunakan Teknik 'Ada' Dalam Kalangan
Murid 6 S4/3 SMK Tinggi Klang

9

Mengatasi Kecuaian Murid Dalam Melukis Graf
Dengan Menggunakan Kaedah 'Traffic Light's
6 PENGAJIAN AM Zaleha binti Ismail dan 'Surat Saman Kesalahan' Dalam
(Tingkatan 6)
Kalangan Murid 6SS1/2 SMK Tinggi Klang

7 PENGAJIAN AM Roslina binti Membezakan Graf Bar Menggunakan
(Tingkatan 6) Abdullah Kaedah 'Rumah Kondo dan Rumah Teres'
Dalam Kalangan Murid SS3/2 SMK Tinggi
Klang

8 MUET Fathlin binti Steps Taken In Enhancing Reading
(Tingkatan 6) Ab.Bahar Understanding In Form 6 Students By Using
Highlighting Technique

9 MUET (Tingkatan 6) Subasree a/p Using Personalised Dictionary (Perdict) To
Unnikumaran Teach Vocabulary In Reading For Upper Six
Students

10 MUET Swee Lee Yen The Effectiveness of Using Dialogue
(Tingkatan 6) Technique to Enhance Communicative Skill for
MUET Speaking Component among the Form
Six Sosial Science of SMK Tinggi Klang

11 BIOLOGI Nor Masura Binti Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Tajuk
(Tingkatan 6) Masran Respirasi Menggunakan Kaedah 5M Dalam
Kalangan Murid 6 S3/2 SMK Tinggi Klang

12 SYARIAH Aidi Jonli Bin Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan
(Tingkatan 6) Saion Pembahagian Harta Pusaka Menggunakan
Teknik 'Kotak' Dalam Kalangan Murid Tingkatan
Enam SMK Tinggi Klang

13 SEJARAH Maziani binti Meningkatkan Kemahiran Menjana Idea bagi
(Tingkatan 6) Ismail Esei Sejarah 940/1 Menggunakan Kaedah 5H
Dalam Kalangan Murid 6SS4/1 SMK Tinggi
Klang

14 SEJARAH Kavitha a/p G. Memantapkan kemahiran menulis esei Sejarah
(Tingkatan 6) Arumugam STPM menggunakan ‘sarang’ dalam kalangan
murid Tingkatan 6SS2/2 SMK Tinggi Klang

Meningkatkan kemahiran murid menjawab
soalan kuantitatif bagi subtopik keluk
15 EKONOMI Noriyah binti kemungkinan pengeluaran dengan
(Tingkatan 6) Mohsim
menggunakan kaedah ‘intensif cemerlang’

Tindakan: Guru Penulis Kajian Tindakan

10

4.11 Pengurusan Jadual Waktu KSSM 2020
4.11.1 Pengerusi memaklumkan bahawa mulai tahun hadapan, KSSM untuk pelajar tingkatan
empat telah bermula. Semua guru tingkatan empat diminta bersedia dengan silibus baru
KSSM pada tahun hadapan. Guru perlu menghayatinya dan merancang dengan berkesan
supaya sukatan dikuasai dan mencapai matlamat Destiansi Julai juga.
Tindakan: Makluman

4.12 PCG dan ABM
4.12.1 Pengerusi mengingatkan Ketua Panitia agar merancang setiap pembelian. Setakat ini PCG
dilaporkan bersih oleh audit. Cuma terdapat teguran yang melibatkan SUWA. Anggaran
Belanja Mengurus (ABM) untuk tahun 2020 perlu diserahkan selewat-lewatnya pada 4
November 2019 ini.
4.12.2 Pengerusi mengingatkan Ketua Pantia berkenaan proses pembelian pada tahun hadapan.
Semua KP diminta memanfaatkan sekurang-kurangnya 70% hingga 80% wang PCG. Ini
kerana pada tahun ini terdapat panitia yang berbelanja sekitar 20%-30% sahaja daripada
duit yang diterima. Perbelanjaan perlu dirancang dengan rapi. Sebarang program perlu ada
kertas kerja dan adalah lebih baik dihantar awal untuk tujuan penilaian. Untuk tahun
hadapan juga hanya pembelian drastik dan kecemasan sahaja boleh dituntut dalam Panjar
Wang Runcit (PWR). Bagi perbelanjaan runcit, pihak audit meminta semua pembelian
menggunakan PCG dan mesti disertakan 3 sebut harga sepertimana ia mula dilaksanakan
tiga tahun yang lalu. Perlu ditaip secara ringkas sahaja dan serah kepada En. Hazwan b
Bagowai. Jika tiada dokumen ini pihak audit akan membuat teguran.
Tindakan : Ketua Panitia/ Penyelaras

4.13 Jom Baca Buku (NILAM 2019)
4.13.1 Pengerusi memaklumkan tentang data Jom Baca Kategori Sekolah Menengah yang akan
dihantar ke PPD Klang

11

Pengerusi memaklumkan rumusan data Jom Baca 2019 tanpa mengambil kira data
Tingkatan Enam , bilangan yang membaca 20 buku atau lebih hanya seramai 62 orang murid
sahaja (5.6%) berbanding 236 (16.45%) . Pengerusi berharap data ini akan meningkat lebih
baik pada tahun 2020 nanti. Untuk tahun hadapan ,data arus perdana sahaja yang akan
dihantar ke PPD Klang

Tindakan: Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Folder Rekod Mengajar
5.1.1 Pengerusi menegaskan tentang kepentingan menghantar Buku/Folder Rekod Mengajar
(FRM). Guru tiada alasan untuk tidak menghantar FRM dalam tempoh sembilan bulan ini.
Kesalahan tidak menghantar FRM boleh menyebabkan guru dibuang kerja atau “exit
policy”,selain dikenakan denda sebanyak RM 500 dan dikenakan tindakan tata tertib jika
berterusan tidak tulis/ hantar.

5.1.2 Pengerusi memaklumkan tindakan tegas akan diambil selain memberi surat tunjuk sebab
kepada guru yang tidak menghantar FRM. Jumlah penghantarannya akan dibandingkan
dengan jumlah markah sebenar dan markah prestasi PBPPP akan bergantung kepada itu.
Penghantaran FRM yang tidak mencapai 50% , akan memperolehi markah dibawah
50%.
Tindakan : Makluman

5.2 Pengawasan SPM
5.2.1 Pengerusi meminta dan berharap semua guru SPM mengawas dengan penuh integriti sama
ada yang bertugas di luar ataupun dalam sekolah sendiri. Tahun ini SMK Tinggi Klang
menyumbang tenaga sebanyak 17 orang guru dalam pengurusan SPM di sekolah lain.

5.2.2. Pengerusi meminta Guru Bimbingan & Kaunseling dan Guru Disiplin berada di sekolah
sepanjang tempoh peperiksaan SPM berlangsung. Murid yang keluar awal akan dikuarantin
di bilik yang ditetapkan supaya mereka boleh mengulangkaji untuk peperiksaan yang
seterusnya selain mencegah bilangan murid yang keluar awal daripada tempoh sepatutnya.

5.2.3 Pengerusi menegaskan bahawa guru yang bertugas hendaklah memakai pakaian rasmi
dan tidak dibenarkan sama sekali memakai t-shirt dan berselipar.

Tindakan : Makluman

5.3 Post Mortem PT3 2019
5.3.1 Pengerusi meminta semua Ketua Panitia/ Penyelaras supaya hadir pada 12 Disember 2019
semasa keputusan PT3 diumumkan dan terus buat analisis, postmortem serta kuadran
penyelesaian masalah.
Tindakan : Ketua Panitia/ Penyelaras

12

5.4 RPT dan JAMPI 2020
5.4.1 Pengerusi mengingatkan semua guru yang menyediakan RPT dan JAMPI 2020 hendaklah
menyerahkannya kepada Ketua Panitia sebelum cuti sekolah. Dua dokumen ini nanti perlu
hantar ke pejabat untuk ditandatangani oleh pengetua.
Tindakan : Makluman

6.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang dan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
semua guru yang hadir ke Mesyuarat Kurikulum Bil 4/2019.

Urus Setia Mesyuarat :
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
SMK Tinggi Klang
Tarikh : 21 OKTOBER 2019

13


Click to View FlipBook Version