The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hassanhamat1974, 2022-04-12 10:16:47

PROGRAM IHYA' RAMADHAN

IHYA' RAMADHAN

PELANCARAN
IHYA’ RAMADHAN

1443 HIJRAH / 2022 MASEHI

SK PETALING JAYA

UCAPAN GURU BESAR GURU BESAR
Bismilahirrahmanirahim SK PETALING JAYA
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT bertemu kita lagi dengan bulan Ramadhan Kareem, PN. AZATULAKMAL BINTI ABD RAZAK
bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat islam di dunia. Saya berharap murid-murid SKPJ
berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga serta dapat menjalani ibadah puasa
dengan sempurna.

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Panitia
Pendidikan Islam SKPJ akan melancarkan Program Ihya’ Ramadhan 2022. Program ini bertujuan
meningkatkan penghayatan Ramadhan dikalangan warga SKPJ disamping memupuk semangat
Kerjasama diantara semua warga SKPJ.

Panitia Pendidikan Islam juga telah merancang banyak aktiviti yang bermanfaat
untuk warga SKPJ sepanjang bulan yang mulia ini, disini saya ingin mengajak semua warga SKPJ
bekerjasama menjayakannya. Banyak pertandingan yang dianjurkan untuk murid-murid,
pastinya ada hadiah sebagai penghargaan kepada murid-murid yang berjaya.

Pihak sekolah juga tidak melupakan anak-anak yatim dan murid-murid yang
kurang berkemampuan, oleh itu, kita adakan kutipan sumbangan untuk diagihkan kepada
mereka yang memerlukan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam
kerana telah merancang dan melaksanakan Program Ihya’ Ramadhan, walaupun terdapat
pelbagai SOP yang perlu dipatuhi .

Harapan saya, agar semua warga SKPJ sentiasa berwaspada walaupun berada
dimana, diingatkan juga untuk terus berhati-hati dengan resiko jangkitan COVIC-19 yang masih
belum surut lagi, walaupun kita diberi kelonggaran tetapi kita perlu sentiasa waspada. Marilah
kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya negara kita dilindungi wabak bencana ini, agar kita
dapat hidup dalam keadaaan selamat sejahtera.
“ Marhaban Ya Ramadhan, Pucuk Selasih Bertunas Menjulang, Dahannya Patah Tolong
Betulkan, Puasa Ramadhan Kembali Menjelang, Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan, Selamat
Menunaikan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan 2022/ 1443H.
Sekian , Terima kasih.
#ILOVE SKPJ.

Tazkirah Halwa Infak Bacaan
Ramadhan Ramadhan Ramadhan Yassin

Melukis Poster Buku Skrap Mewarna &
& kuiz Murid Moral Kuiz
Tahap 2
Tahap 1

Ceramah Majlis Khatam
Ramadhan Al-Quran dan
Penutupan Ihya’

Ramadhan



SK PETALING JAYA


Click to View FlipBook Version