SEKOLAH AGAMA MENENGAH NURUL IMAN AL-ILTIZAM | JILID KE-5, 2020/2021
ISI KANDUNGAN
AL-ILTIZAM
EDISI
5
● Kata Aluan -3
● Kru Sidang Redaksi-9
● Visi, Misi, Matlamat, Lagu Sekolah, Lencana-13
● Barisan Pentadbir-17
● Barisan Pendidik & Staf Sokongan-19
● Kepimpinan Pelajar 2021-26
● Pencapaian Akademik -SMA, SPM 2020-41
● Tokoh Murid-57
● Kokurikulum-64
● Hal Ehwal Murid-76
● Ilham Pelajar-83
● Cendekiawan 2021-88
● AL-ILTIZAM 2020 -99
● Pencapaian Akademik -PT3, SMA, SPM 2019-100
● Tokoh Murid -126
● Hal Ehwal Murid-128
● Kokurikulum-139
● Cendekiawan 2021 -148
● Autograf -163
2
SEKOLAH AGAMA MENENGAH NURUL IMAN AL-ILTIZAM | JILID KE-5, 2020/2021
SEKAPUR SIREH
3
PENGETUA,
SAM NURUL IMAN
TUAN HAJI MOHD. NORHISAM BIN
AHMAD. PPT
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, pencipta alam semesta. Selawat dan salam atas junjungan mulia Rasulullah
S.A.W. Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah Ta'ala kerana dengan
izin-Nya kita masih diberi kekuatan untuk menyempurnakan tanggungjawab yang telah
diamanahkan.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada warga SAM Nurul Iman
yang telah menjayakan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang sesi 2021. Syabas diucapkan kepada
anak pintar soleh yang terlibat secara langsung dalam pernerbitan majalah Al-Iltizam edisi yang
ke-5 ini. Usaha dan komitmen yang telah dicurahkan untuk menjayakan penghasilan majalah ini
merupakan satu kejayaan besar kerana majalah sekolah bukan sekadar memaparkan aktiviti serta
kejayaan sekolah sepanjang tahun tetapi juga menjadi simbolik kesepakatan komuniti dalam
sesebuah organisasi.
Bidang pendidikan yang bersifat dinamik ini memerlukan guru berfungsi sebagai arkitek sosial yang
bukan sahaja dapat membina kecemerlangan dalam akademik tetapi juga dapat membangunkan
sahsiah dan keperibadian murid yang bersifat versatil serta mampu menjadi model qudwah
hasanah dalam kalangan masyarakat seterusnya berkeupayaan memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran negara. Dalam usaha menzahirkan hasrat tersebut, murid-murid
perlu dilibatkan secara aktif dalam aktiviti berbentuk kolaboratif agar dapat mempengaruhi minda
dan naluri mereka untuk menyumbang buah fikir dan tenaga dalam pelbagai bidang.
Akhirulkalam, saya berharap warga SAM Nurul Iman dapat terus meningkatkan komitmen dan
kerjasama agar dapat menjana kejayaan yang unggul dan cemerlang.
Sekian, terima kasih
TUAN HAJI MOHD. NORHISAM BIN AHMAD. PPT
PENGETUA,
SAM NURUL IMAN
4
YDP PIBG,
SAM NURUL IMAN
MOHAMMAD IDRIS BIN JUMANGIN
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, segala pujian dan syukur ke hadrat Allah Ta’ala atas limpah kurnia-Nya yang telah menzahirkan hasrat murni
untuk menerbitkan majalah Al-Iltizam yang disebar luaskan secara maya ini. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana
memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah pada kali ini.
Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kru Sidang Redaksi Majalah Al-Iltizam atas kejayaan menerbitkan majalah
yang menjadi cerminan bagi wajah SAM Nurul Iman ini. Majalah sekolah ini bukan sekadar mendokumentasikan aktiviti dan
pencapaian yang telah diraih serta menjadi tatapan untuk kenang-kenangan pada masa akan datang sahaja tetapi juga turut
menjadi simbolik kepada kekuatan jiwa warganya dalam mendepani pelbagai cabaran yang tersirat disebalik kejayaan yang
dirakamkan.
Seiring dengan nama majalah sekolah ini iaitu Al-Iltizam menggambarkan perwatakan warganya yang bergerak sederap dan
bahu-membahu dalam memikul mandat yang digalas. Dalam mendepani pelbagai isu pendidikan impak daripada penularan
COVID-19 ini, pihak PIBG SAM Nurul Iman sentiasa memberikan sokongan padu terhadap apa-apa jua pelaksanaan yang telah
dirancang demi memastikan anak pintar soleh SAM Nurul Iman tidak keciciran dalam pelajaran dan sedaya upaya membantu
dalam merealisasikan kemenjadian modal insan yang dicita-citakan.
Kejayaan anak-anak perlu dilakar oleh ibu bapa dengan bantuan guru-guru. Anak-anak pada hari ini yang bakal membentuk
senario masyarakat akan datang perlu dibentuk dengan keperibadian yang unggul dan berminda kelas pertama. Oleh itu, ibu
bapa dan guru-guru perlu bersatu hati ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua kerana hasrat ini tidak mungkin akan
tercapai jika dilaksanakan secara nafsi-nafsi. Semoga dengan wujudnya majalah sekolah secara maya ini, dapatlah disalurkan
informasi berkaitan sekolah seterusnya menyuntik semangat ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti-aktiviti sekolah pada tahun akan datang di samping terus memberikan sokongan kepada pihak sekolah.
Akhirulkalam, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru dan ibu bapa atas kerjasama dalam usaha
memartabatkan nama SAM Nurul Iman di persada pendidikan negara.
Sekian, terima kasih.
MOHAMMAD IDRIS BIN JUMANGIN,
YDP PIBG,
SAM NURUL IMAN
5
GURU PENYELARAS
MAJALAH AL-ILTIZAM,
SAM NURUL IMAN
SITI ROSNI BT. MAD HASHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah atas segala Nikmat dan kurniaannya. Selawat dan salam
atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah Ta'ala
kerana dengan izin-Nya kita masih diberi kekuatan untuk menyempurnakan amanah yang diberikan
ini kepada kami team sidang redaksi 2021.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada warga SAM Nurul Iman
yang telah memberikan kerjasama yang erat sepanjang proses penerbitan majalah ini walaupun
akhirnya diterbitkan secara maya. Syabas diucapkan kepada guru-guru sidang redaksi dan AJK
murid yang bertungkus lumus menyelesaikan semua tugasan untuk majalah Al-Iltizam edisi yang
ke-5 ini. Banyak kekangan yang telah dihadapi sepanjang tahun 2021 yang mana era pandemik
telah menghalang semua proses dan prosedur biasa untuk menghasilkannya, namun, demi melihat
dokumentasi tahunan sekolah ini diselesaikan sebaiknya, kami berjuang dengan apa cara agar
ianya dapat direalisasikan.
Sebuah gambar menceritakan seribu makna, itulah moto kami agar setiap yang diperjuangkan
untuk sekolah dapat dilakarkan sebagai kenangan yang indah sebagai memori dan sejarah. Jika
hari ini dilihat peritnya perjuangan, maka suatu hari nanti sebuah kejayaan adalah sesuatu yang
manis untuk dikenang.
Akhir kalam, kami dari meja sidang redaksi mohon maaf atas apa sahaja kekhilafan yang tercoret
dalam naskah ini. Harapan kami agar edisi seterusnya akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik
lagi.
Sekian, terima kasih
SITI ROSNI BT. MAD HASHIM,
PENYELARAS,
MAJALAH AL-ILTIZAM 2021,
SAM NURUL IMAN
6
KETUA UMUM
SAM NURUL IMAN
2021
MUHAMMAD FARIZ BIN ISMAIL
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya hasrat untuk menghasilkan
majalah sekolah Al-Iltizam edisi ke-5 ini menjadi kenyataan. Sekalung terima kasih saya utuskan kepada
Sidang Redaksi Majalah Sekolah Agama Menengah Nurul Iman kerana memberi peluang kepada saya
untuk berbicara sepatah dua kata dalam majalah Al-Iltizam ini.
Peluang ini merupakan satu penghormatan besar dan keistimewaan kepada saya dalam berkhidmat
sebagai Ketua Pengawas bagi sesi 2021/22. Sudah tentu saya berasa bangga dilantik sebagai Ketua
Pengawas dan menghargai kepercayaan dan keyakinan sekolah kepada saya. Bagaimanapun, peranan
ini tidak mudah kerana ia adalah penting untuk Organisasi Pengawas membantu sekolah untuk
mengekalkan suasana kondusif agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancer.
Julung sekali saya memijakkan kaki saya ke dalam perkarangan sekolah ini, saya tidak menyangka
bahawa saya akan dilantik sebagai seorang Ketua Pengawas. Tugas sebagai seorang pengawas sekolah
tidak semudah yang disangkakan oleh kebanyakan orang. Seorang pengawas bertanggungajawab untuk
menjaga disiplin pelajar dan membantu guru dalam hal-ehwal sekolah serta memastikan pencapaian
akademik peribadi tidak terjejas. Seorang pengawas bukanlah polis sekolah. Sebaliknya, seorang
pengawas merupakan suri teladan atau ‘role model’ dan pendorong kepada pelajar-pelajar lain ke arah
kebaikan.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua warga SAM NURUL IMAN atas sokongan
dan komitmen yang diberikan dalam memastikan kelangsungan biah solehah dapat dikekalkan dan
dipertingkatkan. Saya juga hendak menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf kepada guru-guru dan
para pelajar jikalau saya telah melakukan kesilapan sepanjang saya berada di sekolah. Pengalaman ini
akan tersemat di jiwa saya buat selama-lamanya.
Tidak ada sesiapa yang dilahirkan berdisiplin. Kita belajar berdisiplin daripada seseorang atau daripada
sesuatu pengalaman. Teruskan pembelajaran!
MUHAMMAD FARIZ BIN ISMAIL
KETUA UMUM
SAM NURUL IMAN 2021
7
KETUA EDITOR
MAJALAH AL-ILTIZAM
AHMAD FUAD BIN AZIZ
ار
Sayembara selaungan kasih saya laungkan menyapa seluruh warga
SAM Nurul Iman yang dicintai, ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Meniti masa, perjuangan para murabbi melentur warga desa ke arah
komuniti berpendidikan semakin mencabar dan banyak ujiannya. Tetapi
alhamdulillah 2021 dapat kita lalui dengan penuh cemerlang. Diakui
bahawa proses pembinaan satu kompleks memorial berbentuk majalah
ini adalah satu ujian tetapi saya selaku ketua editor majalah Al Iltizam
bagi tahun 2021 sangat berbesar hati mempersembahkan karya para
penyunting yang beriltizam dalam penghasilan majalah ini. TAHNIAH.
Akhir kalam, yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang lemah
hadir dek kedhaifan saya sendiri.
“MAJULAH AL-ILTIZAM, WACANA KITA BERSAMA”
AHMAD FUAD BIN AZIZ
KETUA EDITOR
MAJALAH AL-ILTIZAM
8