The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Subjek Teori - 31 Wksp Medan AW)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norfaizalzulman0jai, 2022-06-10 07:32:08

IMP

Subjek Teori - 31 Wksp Medan AW)

Maklumat yang ada di dalam manual ini tidak boleh diberi dengan secara langsung
atau tidak langsung kepada akhbar atau kepada sesiapa sahaja
yang tidak berhak menerimanya.

PAMFLET PALAPES IPTA
ILMU MEDAN PERANG
(SEMENTARA)
2010

TERHAD

SYARAT-SYARAT EDARAN
1. Pamflet ini mengandungi maklumat yang berdarjah.
2. Pamflet ini mestilah dilindungi di bawah peraturan standard keselamatan
yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi maklumat yang mempunyai darjah yang sama.
3. Pamflet ini tidak boleh diberi kepada negara lain tanpa kebenaran bertulis
Kementerian Pertahanan.
4. Pamflet ini tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada tujuan ketenteraan.
5. Pamflet ini tidak boleh didedahkan kepada organisasi bukan berbentuk keselamatan
melainkan diberi kebenaran oleh Kementerian Pertahanan.

ii
TERHAD

TERHAD

KATA – KATA ALUAN

Pamflet ini adalah sebagai panduan kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan
Simpanan dari semua Institut Pusat Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam
mempelajari berkenaan pelajaran Ilmu Medan Perang (IMP).

Pamflet ini adalah berpandukan kepada mata pelajaran IMP yang ditetapkan
oleh Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN). Semua pelajaran yang diajar
adalah selaras dengan rangka pelajaran yang diajar kepada Pegawai Kadet Kolej
Tentera Darat (KTD).

Pamflet ini disediakan untuk digunapakai oleh pasukan PALAPES Tentera
Darat sebagai satu bahan rujukan yang standard.

Adalah diharapkan dengan adanya Pamflet ini semua pasukan PALAPES tidak
lagi mengambil rujukan daripada sumber rangka pelajaran yang tidak relevan. Dengan
adanya produk handbook terkini akan menjadi sebagai panduan mengajar oleh semua
Jurulatih dan Pegawai Kadet PALAPES IPTA.

Markas Latihan Tentera Darat
Kementerian Pertahanan

Dikeluarkan Dengan Perintah

DATO’ HJ MD AZMAN BIN HJ ROSLI
Brigedier Jeneral
Pengarah Pengurusan Latihan
Markas Latihan Tentera Darat

iii
TERHAD

TERHAD

SIJIL PINDAAN

1. Segala syor untuk pindaan atau tambahan kepada teks Pamflet ini hendaklah
dibuat melalui saluran-saluran tertentu kepada MK latihan TD, Kementerian
Pertahanan.

Pengarah Pengurusan Latihan
Markas Latihan Tentera Darat
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Senarai Pindaan Dipinda Oleh Catatan
(e)
Perenggan Tarikh Nama Tandatangan

(a) (b) (c) (d)

iv
TERHAD

TERHAD

KANDUNGAN Muka Surat

Bab 1
3
1. Pengenalan 6
2. Pakaian dan Peralatan Perseorangan 8
3. Penyamaran dan Perlindungan 10
4. Pemerhatian Awalan 13
5. Isyarat senyap Medan 15
6. Pergerakan Perseorangan dengan Senjata 18
7. Merentas Halangan 20
8. Mengagak Jarak 24
9. Menunjuk Sasaran 26
10. Mengenal Sasaran Melalui Bunyi 30
11. Perintah Kawalan Tembakan 32
12. Membuat Kad Jarak 35
13. Pengenalan Kerja Waktu Malam/Pemerhatian Waktu Malam
14. Pergerakan dan Pengenalan Bunyi Waktu Malam

v
TERHAD

TERHAD

BAB 1
PENGENALAN
AM
101. Ilmu Medan Perang (IMP) adalah segala kemahiran dan pengetahuan yang
diperlukan oleh seseorang soldadu di medan pertempuran. IMP berkait rapat dengan
latihan senjata. Seseorang soldadu yang telah menguasai pelajaran senjata dan mahir
dengan IMP boleh dikatakan telah menjadi seorang soldadu yang baik. Pelajaran ini
wajib diajar kepada semua soldadu supaya mereka boleh bertempur dengan baik dan
penuh semangat untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu pertempuran ataupun
operasi.
TUJUAN ILMU MEDAN PERANG
102. Tujuan IMP diajar kepada semua soldadu adalah seperti berikut:
a. Bergerak dan melakukan ikhtiar hidup dengan pantas di medan perang.
b. Memerhati dan mengelak diri dari diperhatikan.
c. Menggunakan tanah dan perlindungan.
d. Boleh mengagak jarak.
e. Boleh menunjuk sasaran, tahu lengkok tembakan dan Perintah
Kawalan Tembakan (PKT).
f. Tugas sentri.
g. Pergerakan menggunakan senjata dan peralatan dengan senyap.
h. Sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.
i. Perapungan merentasi halangan sungai.
103. IMP meliputi keperluan-keperluan berikut:
a. Pakaian dan Peralatan Perseorangan.
b. Penyamaran dan Perlindungan.
c. Pemerhatian Awalan.
d. Isyarat Senyap Medan.

1
TERHAD

TERHAD

e. Pergerakan Perseorangan dan Berpasangan Dengan Senjata.
f. Melintas Halangan.
g. Mengagak Jarak.
h. Bantuan Mengagak Jarak.
i. Menunjuk Sasaran.
j. Mengenal Sasaran Melalui Bunyi.
k. Perintah Kawalan Tembakan (PKT).
l. Kad Jarak.
m. Simpulan Tali dan Ikat Mengikat.
n. Mendirikan Khemah Medan.
o. Perapungan Rekaan.
p. Pengenalan Kerja Waktu Malam.
q. Pergerakan Perseorangan Waktu Malam.
r. Mengesan dan Mengenal Bunyi Waktu Malam.
s. Tugas-Tugas Sentri.
t. Menghendap Musuh.

2
TERHAD

TERHAD

BAB 2
PAKAIAN DAN PERALATAN PERSEORANGAN
AM
201. Sebelum melaksanakan sesuatu operasi ataupun latihan, seseorang soldadu
mestilah memastikan bahawa semua kelengkapan persendirian mencukupi mengikut
seperti mana yang ditetapkan. Ini bertujuan untuk menambahkan keyakinan kepada
seseorang soldadu untuk melaksanakan sesuatu operasi ataupun latihan.
202. Pakaian dan peralatan perseorangan ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian
iaitu:
a. Alat kelengkapan pada tubuh.
b. Alat kelengkapan di tali pinggang.
c. Alat kelengkapan di Pack Galas.
d. Peralatan ikhtiar hidup.
e. Peralatan melepaskan diri jika ditawan.
KELENGKAPAN PADA TUBUH
203. Alat kelengkapan pada tubuh yang lazim bagi seseorang askar tempur adalah
seperti berikut:
a. Topi Hutan. Topi Celoreng yang diperuntukkan oleh ATM.
b. Baju Celoreng. Lengan baju mestilah dilepaskan dan butang
dikancing dengan kemas.
c. Seluar Celoreng. Seluar mestilah tidak terlalu longgar atau sempit dan
selesa untuk bergerak. Kaki seluar mestilah dipasang gutters.
d. Spike Boot. Spike boot yang diperuntukkan oleh ATM dan tali kasut
mestilah diikat dengan kemas supaya tidak terbuka.
e. Disc Pengenalan Diri. Tanda pengenalan yang mengandungi butiran
peribadi seperti nama, nombor tentera, agama dan kumpulan darah.
KELENGKAPAN DI TALI PINGGANG (WEBBING)
204. Peralatan berikut mestilah dipasang pada tali pinggang:

3
TERHAD

TERHAD

a. Pouches kiri dan kanan.
b. Kelopak dan Peluru.
c. Parang tajam.
d. Patrol Pack dan rangsum kecemasan.
e. Alat pencuci dan minyak senjata.
f. Field Dressing.
g. Botol air.
205. Peralatan yang dinyatakan di atas mestilah dipasang dengan kemas supaya tali
pinggang boleh dipakai dengan keadaan yang selesa.
PACK GALAS
206. Kelengkapan yang mesti dipastikan di dalam pack galas adalah seperti berikut:
a. Rangsum dan alat memasak.
b. Pakaian Celoreng.
c. Hammock.
d. Pisau cukur.
e. Beg air.
f. Alat jahitan.
g. Tuala mandi.
h. Ubat air dan bedak kaki.
i. Ponco.
j. Berus gigi, ubat gigi dan sabun.
k. Bateri lampu dan lampu suluh.
l. Entrenching Tool.

4
TERHAD

TERHAD

PERALATAN IKHTIAR HIDUP
207. Peralatan tambahan untuk ikhtiar hidup yang perlu dipertimbangkan untuk
dibawa semasa melaksanakan sesuatu operasi adalah seperti berikut:

a. Pisau serba guna.
b. Alat menyalakan api.
c. Alat membuat pancing dan jerat.
d. Tali.
e. Garam.
f. Alat bantuan cahaya (cermin atau asap)
g. Kelengkapan pencuci senjata.
h. Peralatan-peralatan yang difikirkan perlu.
PERALATAN MELEPASKAN DIRI JIKA DITAWAN
208. Jika ditawan oleh musuh, peralatan berikut boleh digunakan untuk melepaskan
diri:
a. Peta dicetak di atas kain.
b. Kompas kecil.
c. Pisau kecil.
d. Dawai lembut/kepingan besi keras.
e. Tali sepanjang tali kasut.
209. Peralatan ini boleh diselitkan/disembunyikan di dalam lipatan atau jahitan
seluar/baju.

5
TERHAD

TERHAD

BAB 3
PENYAMARAN DAN PERLINDUNGAN
AM
301. Penyamaran dan Perlindungan adalah salah satu aspek yang amat penting
dalam melaksanakan sesuatu operasi. Oleh itu, semua soldadu perlu dilatih supaya
bijak dan mahir menyamarkan diri dan peralatan.
PENYAMARAN
302. Penyamaran boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
a. Sumber Semulajadi. Contohnya daun, tanah, arang dan sebagainya.
b. Sumber Buatan Manusia. Contohnya krim penyamaran, jaring
penyamaran dan sebagainya.
303. Perkara-perkara yang perlu disamarkan adalah seperti berikut:
a. Penyamaran pada tubuh.
b. Penyamaran pada peralatan.
304. Cara-cara penyamaran:
a. Tubuh. Bahagian yang terdedah dan bercahaya perlu disamarkan
dengan krim atau arang mengikut keadaan sekeliling. Pakaian yang dipakai
juga mestilah bersesuaian dengan keadaan sekeliling.
b. Peralatan. Peralatan mestilah disamarkan dengan daun-daun atau
jaring penyamaran yang dicipta mengikut keadaan sekeliling.
PERLINDUNGAN
305. Perlindungan boleh dibahagikan kepada dua jenis:
a. Perlindungan yang kukuh dan kalis tembakan.
b. Perlindungan yang tidak kukuh dan tidak kalis tembakan.
306. Perlindungan boleh diperolehi sama ada daripada sumber semulajadi ataupun
sumber buatan manusia.
307. Penyamaran dan perlindungan yang baik boleh diperolehi dengan cara:

6
TERHAD

TERHAD

a. Samarkan diri dengan tumbuhan, pastikan dapat melihat keadaan
sekeliling dari tempat perlindungan.
b. Jika terpaksa memerhati dari kedudukan perlindungan, elakkan
bayang-bayang dapat dilihat oleh musuh.
c. Elakkan mengambil perlindungan yang berlatarbelakangkan
persekitaran yang cerah/terang.
d. Menggunakan perlindungan dan penyamaran yang sama dengan
persekitaran.
e. Menggunakan perlindungan yang dilindungi oleh bayang-bayang
pokok.
f. Menggunakan perlindungan yang tidak dapat dikesan semasa bergerak.
g. Mengelak daripada mengambil perlindungan yang ganjil.
h. Bergerak perlahan-lahan dan berhati-hati supaya keselamatan lebih
terjamin.

7
TERHAD

TERHAD

BAB 4
PEMERHATIAN AWALAN
AM
401. Pemerhatian Awalan bertujuan menentukan keadaan muka bumi dan
tumbuhan yang penting di kawasan tanggungjawab. Pemerhatian yang teliti
memerlukan penumpuan penglihatan yang baik. Keselamatan akan terancam jika
pemerhatian tidak dilakukan dengan teliti.
PERKARA-PERKARA TERSEMBUNYI YANG DAPAT DIKESAN
402. Sebab perkara-perkara yang tersembunyi dapat dikesan adalah seperti berikut:
a. Pergerakan.
b. Bentuk yang berlainan.
c. Penyamaran yang kurang dan tidak sesuai.
d. Habuk, debu ataupun asap.
e. Benda-benda yang bercahaya.
f. Bunyi.
403. Terdapat beberapa faktor yang membolehkan kita membuat penglihatan iaitu:
a. Bentuk. Sesuatu yang membayangkan bentuk.
b. Bayang. Bayang yang terhasil akibat cahaya matahari.
c. Bayangan. Keganjilan dari keadaan sekeliling.
d. Permukaan. Kaki langit dan permukaan air.
e. Jarak. Jarak penglihatan atau jarak dari sesuatu benda.
f. Gerak-geri. Gerak-geri yang dibuat dengan tiba-tiba.
CARA-CARA PEMERHATIAN
404. Cara-cara pemerhatian yang boleh digunakan untuk memerhati benda-benda di
atas muka bumi adalah seperti berikut:

8
TERHAD

TERHAD
a. Membahagikan permukaan bumi kepada petak-petak kecil.
b. Memerhati dari satu petak ke satu petak.
c. Pandang dari kiri ke kanan berbentuk Z.
d. Penglihatan mestilah dibuat dengan teliti.
e. Cari benda-benda yang berlainan.
f. Fikir dan buat perbezaan apakah benda itu.

9
TERHAD

TERHAD

BAB 5
ISYARAT SENYAP MEDAN
AM
501. Isyarat Senyap Medan yang diterangkan di bawah ini adalah untuk kegunaan
semua soldadu ATM. Tujuan utama untuk mengelakkan daripada membuat bising
semasa menjalankan operasi. Semua Isyarat Senyap Medan hendaklah diberi dengan
menggunakan tangan.
CARA-CARA ISYARAT SENYAP MEDAN
502. Cara-cara Isyarat Senyap Medan adalah seperti berikut:
a. Isyarat disampaikan dengan tangan.
b. Senjata sedia ditangan.
c. Isyarat yang diberi mestilah disampaikan melalui seorang demi
seorang.
d. Pastikan isyarat yang diberi jelas dan dapat diperhatikan.
e. Pastikan isyarat itu difahami oleh semua.
ISYARAT-ISYARAT SENYAP MEDAN
503. Isyarat Senyap Medan yang biasa digunakan adalah seperti berikut:
a. Tangan Genggam, Ibu Jari Ke Atas. Bagi Kumpulan Tinjau
bermakna jejak telah disahkan atau semuanya baik (okay sign).
b. Tangan Genggam, Ibu Jari Ke Bawah. Kehadiran musuh telah
dipastikan.
c. Tangan Terbuka Dan Dibengkokkan, Menunjukkan Ke Atas, Ibu
Jari Disebelah Luar. Menunjukkan jerangkap samar.
d. Tangan Lurus, Kedua-Dua Jari Telunjuk Dan Jari Tengah
Disilangkan. Menunjukkan terdapat halangan dihadapan.
e. Tangan Terbuka, Jari Lurus Dan Rapat, Menunjukkan Ke
Bawah, Tapak Tangan Menghala Ke Dalam. Bermakna betulkan
kedudukan.

10
TERHAD

TERHAD

f. Tangan Genggam Paras Bahu. Bermakna, Kumpulan Senjata
Bantuan yang dikehendaki.

g. Kedudukan Tangan Dihayunkan Dari Belakang Ke Hadapan.
Bermakna Mara.

h. Tangan Genggam, Dua Jari Dilekapkan Di Lengan. Bermakna
Ketua Seksyen dikehendaki ke hadapan.

i. Tangan Genggam, Jari Telunjuk Diluruskan Paras Bahu.
Bermakna Kumpulan Tinjau dikehendaki.

j. Tangan Genggam, Tiga Jari Diluruskan Dilekapkan Ke Lengan.
Bermakna Platun Sarjan dikehendaki.

k. Tangan Genggam Dua Jari Diluruskan Dan Diletakkan Di Atas
Bahu. Bermakna pegawai dikehendaki.

l. Tapak Tangan Dirapatkan Di Telinga. Bermakna berhenti untuk
mendengar.

m. Tangan Genggam, Diletakkan Berhampiran Telinga. Bermakna
berhenti untuk berhubung dengan alat radio.

n. Tangan Diluruskan, Diletakkan Diparas Hidung. Bermakna
bersiap untuk serang hendap.

o. Tangan Genggam, Dua Jari Berupa V Ke Mata. Bermakna
Kumpulan Penjejak dikehendaki.

p. Tangan Genggam, Jari Telunjuk Dilurus Ke Hidung. Bermakna
bersiap untuk serang hendap, anjing pengesan dikehendaki.

q. Tangan Berupa Teropong, Diletakkan Ke Mata. Bermakna
Kumpulan Tinjau akan menjalankan tugas.

r. Tangan Genggam, Dua Jari Diluruskan, Diletakkan Ke Bibir.
Bermakna berhenti untuk menghisap rokok (masa akan diberi melalui isyarat
jari tangan dibuka tutupkan).

s. Kelima-Lima Jari Dikuncupkan Dan Diletakkan Ke Mulut.
Bermakna berhenti untuk makan.

t. Tangan Ditepuk Di Atas Kepala, Semua Jari Dirapatkan.
Bermakna orang yang memberi isyarat berkehendakkan perlindungan.

11

TERHAD

TERHAD

u. Tangan Terbuka Dipusing-Pusingkan Mengikut Muka Jam Paras
Pinggang. Bermakna Pusing Belakang.
v. Lengan Diluruskan Daripada Bawah Paras Bahu Dan Dihayunkan
Ke Hadapan Dan Ke Belakang, Semua Jari Dikembangkan. Bermakna
Deploy (Mengambil Kedudukan).
w. Tangan Genggam, Jari Telunjuk Dan Jari Kelingking Diluruskan
Menghala Ke Langit (Seperti Telinga Arnab) Di Paras Bahu. Bermakna
Grened.
x. Tapak Tangan Dikenakan Pada Senjata Dan Dinaikkan Perlahan-
Lahan Buat Beberapa Kali. Bermakna Menjaga Jarak.
y. Kedua-Dua Belah Tangan Diluruskan Ke Belakang Berupa Huruf
V. Bermakna Formasi Anak Panah.
z. Kedua-Dua Belah Tangan Diluruskan Ke Paras Bahu. Bermakna
Barisan Melintang.
504. Untuk mencapai keberkesanan penggunaan Isyarat Senyap Medan, semua
soldadu di dalam sesuatu kumpulan tersebut mestilah memahami secara keseluruhan
Isyarat Senyap Medan yang digunakan.

12
TERHAD

TERHAD

BAB 6

PERGERAKAN PERSEORANGAN DENGAN SENJATA

AM

601. Pergerakan di medan pertempuran dilakukan dalam beberapa cara untuk
mengelakkan daripada tembakan dan pandangan musuh. Cara-cara pergerakan ini
digunakan mengikut kesesuaian keadaan tanah dan perlindungan. Sungguh pun,
pergerakan-pergerakan ini dilihat mudah tetapi memerlukan latihan dan kepintaran.

CARA MENGAMBIL PERLINDUNGAN

602. Perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan ketika mengambil
perlindungan ataupun persembunyian:

a. Sebelum bergerak pilih satu tempat perlindungan supaya apabila
bergerak tidak dapat dilihat musuh.

b. Semasa bergerak berhati-hati dan mengawasi kawasan serang hendap
kiri dan kanan.

c. Fikirkan cara pergerakan yang sesuai untuk bergerak ke perlindungan.

d. Pistol grip sentiasa dipegang supaya mudah bertindak.

e. Gunakan kesempatan dari bunyi angin, hujan dan bunyi-bunyi
binatang supaya pergerakan tidak dapat dikesan.

JENIS-JENIS PERGERAKAN

603. Jenis-jenis pergerakan perseorangan dengan rifel adalah seperti berikut:

a. Lari Kera. Pergerakan ini perlu menggunakan tangan dan lutut. Sesuai
digunakan di sebalik perlindungan yang tingginya lebih kurang 2 kaki.

b. Merangkak Harimau Bintang. Pergerakan cara ini adalah
menggunakan siku dan lutut. Sesuai digunakan di sebalik perlindungan yang
rendah.

c. Mengguling/Berguling. Paling sesuai digunakan dari kawasan yang
tinggi ke kawasan yang rendah.

d. Berjalan/Jalan Hantu. Berjalan dengan keadaan siap sedia dan
sentiasa berwaspada.

13

TERHAD

TERHAD
604. Pergerakan berpasangan dengan Mesin Gun Ringan (MGR) boleh dilakukan
dengan cara berikut:

a. Merangkak Harimau Bintang Cara 1. Serupa dengan pergerakan
menggunakan rifel.
b. Merangkak Harimau Bintang Cara 2. Serupa dengan cara 1 tetapi
berpasangan.
c. Merangkak Sebelah Badan. Baring mengiring disebelah kiri atau
kanan.
d. Merangkak Dengan Lutut. Bergerak dengan menggunakan lutut.

14
TERHAD

TERHAD

BAB 7
MERENTAS HALANGAN
AM
701. Semasa melaksanakan sesuatu operasi kita pasti akan menemui halangan.
Halangan-halangan ini biasanya dalam bentuk jalan raya, parit besar, tanah paya,
batang kayu besar dan seumpamanya. Apabila merentas halangan kita perlulah
berhati-hati kerana biasanya halangan-halangan ini merupakan tempat yang sesuai
untuk musuh membuat serang hendap. Elakkan halangan seberapa yang boleh dan
sekiranya terpaksa juga merentasinya, maka haruslah dilakukan dengan pantas dan
selamat untuk mengurangkan kecederaan.
JENIS-JENIS HALANGAN
702. Jenis-jenis halangan yang biasa ditemui adalah seperti berikut:
a. Dawai Concertina/Kawat Berduri.
b. Pintu Pagar Berduri.
c. Tembok.
d. Jalan Raya dan Lorong.
e. Parit dan Anak Sungai.
f. Kawasan Terbuka.
g. Pokok Mati Yang Besar.
CARA-CARA MERENTAS HALANGAN
703. Berikut merupakan cara-cara merentas halangan:
a. Kawat Berduri.
(1) Hantar Kumpulan Pelindung.
(2) Potong kawat yang di bahagian bawah.
(3) Merangkak di celah kawat berduri.
(4) Merentas seorang demi seorang.

15
TERHAD

TERHAD

b. Pagar dan Pintu Pagar.
(1) Hantar Kumpulan Pelindung.
(2) Potong kawat yang di bahagian bawah.
(3) Merangkak di celah kawat berduri.
(4) Merentas seorang demi seorang.

c. Tembok.
(1) Hantar Kumpulan Pelindung.
(2) Panjat tembok, badan rapat dengan tembok.
(3) Jika tembok tinggi cara bantu-membantu perlu dilakukan.

d. Jalan Raya Dan Lorong.
(1) Hantar Kumpulan Pelindung.
(2) Gunakan selekoh jalan/lorong.
(3) Rentas dengan pantas seorang demi seorang.

e. Parit dan Anak Sungai.
(1) Hantar Kumpulan Pelindung.
(2) Gunakan selekoh.
(3) Rentas dengan pantas seorang demi seorang.

f. Pokok Tumbang.
(1) Hantar Kumpulan Pelindung.
(2) Awasi Jerangkap Samar.
(3) Cari jalan lain jika ada.
(4) Jika tiada jalan lain, merentasinya dengan berhati-hati.

16
TERHAD

TERHAD
g. Kawasan Terbuka (kawasan yang terdedah kepada musuh dan
tiada perlindungan).

(1) Hantar Kumpulan Pelindung.
(2) Cari kawasan yang sesuai.
(3) Bergerak berhati-hati seorang demi seorang.
(4) Bergerak pada waktu malam sekiranya perlu.
704. Tiap-tiap halangan mestilah dianggap merbahaya. Soldadu perlu berhati-hati
dan mengambil tindakan yang betul dan pantas apabila merentas halangan.

17
TERHAD

TERHAD

BAB 8
MENGAGAK JARAK
AM
801. Seseorang soldadu perlulah mengetahui cara-cara mengagak jarak dengan
betul. Jarak yang betul dan tepat boleh membantu soldadu menggunakan senjatanya
dengan lebih efektif untuk memusnahkan musuh.
CARA-CARA MENGAGAK JARAK
802. Terdapat 2 kaedah yang biasa digunakan untuk mengagak jarak iaitu:
a. Unit Ukur (Unit of Measure).
b. Cara Mengenal Rupa (Appearance Method).
803. Untuk mengagak jarak Unit Ukur adalah seperti berikut:
a. Bayangkan jarak 100 m di atas tanah. Anggarkan berapa unit 100 m
boleh dimasukkan di antara anda dengan objek tersebut mengikut arah
pandangan. Sekiranya objek itu 3 unit, bermakna jaraknya ialah 3 kali 100 m
bersamaan 300 m.
b. Cara ini tidak berkesan sekiranya:
(1) Kita dapat melihat keseluruhan tanah di antara pemerhati
dengan objek itu.
(2) Jaraknya tidak boleh melebihi 400 m.
804. Mengagak jarak cara mengenal rupa adalah seperti berikut:
a. Lihat bentuk rupa sesuatu benda itu.
b. Melihat jarak sesuatu benda itu melalui keadaan sekeliling.
805. Keadaan yang melibatkan bentuk benda adalah seperti berikut:
a. Sebab-sebab benda jauh kelihatan dekat:
(1) Cahaya terang atau matahari memancar dari hadapan
pemerhati.
(2) Benda itu lebih besar dari keadaan sekeliling.

18
TERHAD

TERHAD
(3) Terdapat tanah rendah atau tanah mati di antara kita dengan
benda itu.
(4) Pemerhati memerhati dari bawah ke atas bukit atau tanah
tinggi.
b. Sebab-sebab benda dekat kelihatan jauh:
(1) Cahaya tidak baik atau matahari memancar dari belakang
pemerhati.
(2) Benda-benda itu lebih kecil daripada keadaan sekeliling.
(3) Pemerhati memerhati dengan cara mengiring.
(4) Memerhati benda di celah-celah lorong pokok atau lurah.

19
TERHAD

TERHAD

BAB 9
MENUNJUK SASARAN
AM
901. Sesuatu keadaan tanah, jika telah dibentuk dengan susuncara ‘Lengkok
Tembakan’, ianya akan memudahkan seseorang ketua/penembak menunjuk sasaran.
Hasil kajian, cara ini mudah difahami dan dapat diketahui dengan cepat oleh si
penembak.
TUJUAN
902. Bab ini akan memberi garis panduan untuk membolehkan tiap-tiap sasaran
dapat ditunjukkan mengikut peraturan dengan cara yang betul dan tepat.
MENGATUR LENGKOK TEMBAKAN
903. Lengkok Tembakan (Arc of Fire) mestilah diberi dengan membahagikan tanah
seperti berikut:
a. Paksi, sempadan kiri dan kanan.
b. Pembahagian tanah:
(1) Tanah dekat.
(2) Tanah tengah.
(3) Tanah jauh.
c. Tanda panduan.
904. Menunjuk paksi, sempadan kiri dan kanan:
a. Contoh perintah menunjuk paksi:
“ SEKSYEN – PANDANG HADAPAN – POKOK RIMBUN –
TERUS KEHADAPAN – ITU ADALAH PAKSI.”
b. Contoh perintah menunjuk sempadan kiri atau kanan:
“ SEKSYEN – PANDANG KIRI/KANAN – POKOK MATI –
TERUS KEHADAPAN – ITU ADALAH SEMPADAN
KIRI/KANAN.”

20
TERHAD

TERHAD

905. Menunjuk pembahagian tanah:

a. Contoh perintah tanah dekat:

“ SEKSYEN – PANDANG KIRI – JARAK 200 M – POKOK
PINANG --- MELINTANG KEKANAN ITU IALAH TANAH
DEKAT”.

b. Contoh perintah tanah tengah:

“ SEKSYEN – PANDANG KIRI – JARAK 400 M – RUMAH
BERATAP BIRU – MELINTANG KEKANAN ITU IALAH TANAH
TENGAH”.

c. Contoh perintah tanah jauh:

“ SEKSYEN – PANDANG KIRI – RUMAH BERATAP BIRU –
MELINTANG KEKANAN – TERUS KEHADAPAN ITU IALAH
TANAH JAUH”.

906. Menunjuk Tanda Panduan. Tanda panduan merupakan benda-benda yang
statik, dipilih di kawasan lengkok tembakan untuk memudahkan panduan bagi
menunjukkan sasaran. Untuk memudahkan menunjuk sasaran, ganti nama boleh
diberi kepada tanda panduan.

a. Contoh perintah menunjuk tanda panduan:

(1) “ SEKSYEN – PANDANG SEPARUH KANAN – JARAK
200 M – RUMAH – TIANG YANG DISEBELAH KIRI – DIKENALI
SEBAGAI TIANG”.

(2) “ SEKSYEN—PANDANG SUKU KIRI – JARAK 300 M –
POKOK RIMBUN – PANGKAL YANG DISEBELAH KANAN –
DIKENALI SEBAGAI MERAH”.

CARA MENUNJUK SASARAN

907. Terdapat 3 cara menunjuk sasaran:

a. Menunjuk sasaran cara terus.

b. Menunjuk sasaran cara menggunakan tanda panduan.

c Menunjuk sasaran menggunakan muka jam.

21

TERHAD

TERHAD

908. Cara Terus.

a. Sasaran ditunjuk dengan ringkas, nyata, jelas dan boleh ditunjuk
dengan pantas.

b. Dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai masa yang cukup.

Contoh:

(1) “SEKSYEN – PANDANG SETENGAH KIRI – 300 M –
POKOK MATI, DI SITU ADA MUSUH”.

(2) “SEKSYEN – PANDANG HADAPAN – 100 M – DI SITU
ADA MUSUH”.

909. Cara Tanda Panduan. Pilih benda atau tumbuhan semulajadi yang tidak
bergerak diberi nama bagi memudahkan menunjuk sesuatu sasaran dengan jarak yang
diketahui.

Contoh:

a. “ SEKSYEN—PANDANG SETENGAH KIRI – 200 M—POKOK
MATI SEDIKIT KANAN – RUMPUN HIJAU – DISITU ADA MUSUH”.

910. Cara Muka Jam.

a. Letakkan muka jam di tengah-tengah tanda panduan.

b. Sasaran yang sukar ditunjuk dengan cara terus atau tanda panduan.

Contoh:

(1) “SEKSYEN – PANDANG SEPARUH KANAN – 300M –
PONDOK BURUK – PUKUL TIGA – DERETAN POKOK MATI –
POKOK YANG DI SEBELAH KANAN SEKALI – DISITU ADA
MUSUH”.

SASARAN YANG SUKAR DIKENALI

911. Menunjuk dengan Tembakan. Peluru Pengesan boleh digunakan untuk
menunjuk sasaran yang sukar dikenali tetapi harus mendapat kebenaran daripada
ketua. Contoh perintah menunjuk sasaran dengan tembakan adalah seperti berikut:

a. “ SEKSYEN PANDANG HADAPAN/KANAN/KIRI – 400M –
LIHAT PENGESAN INI – DIMANA KENA DISITU ADA MUSUH”.

22

TERHAD

TERHAD
912. Kawad Kegagalan Mengenal Sasaran yang Ditunjuk. Sekiranya sasaran
yang ditunjuk gagal dikenali oleh soldadu, perkara berikut perlu dilakukan:

a. Jika sasaran yang ditunjuk tidak nampak hendaklah menjerit `TIDAK
NAMPAK’, sasaran akan ditunjuk sekali lagi.
b. Jika menunjuk sasaran cara pertama gagal atau sasaran tak nampak,
tukar kepada cara yang lain.
913. Prosedur atau perintah Menunjuk Sasaran itu hendaklah digunakan sebagai
satu kawad supaya soldadu yang menerima dapat mengenali sasaran dengan mudah
dan tidak membuang masa.

23
TERHAD

TERHAD

BAB 10
MENGENAL SASARAN MELALUI BUNYI
AM
1001. Selalunya dalam situasi Peperangan Melawan Insurgensi (PMI), musuh
menembak dari tempat persembunyian dan sukar untuk mengagak kedudukan mereka.
Disebabkan masalah ini, latihan mengenal dan mengagak sasaran melalui bunyi
amatlah penting kepada semua soldadu. Cara mengesan dan mengagak kedudukan
musuh adalah dengan menggunakan kesemua pancaindera:
a. Mata.
b. Telinga.
c. Hidung.
d. Lidah.
e. Tangan.
1002. Cara mengesan bunyi yang paling berkesan adalah dengan menggunakan
penglihatan (cahaya tembakan, asap, pergerakan, debu dan lain-lain). Jika tidak
kelihatan maka pendengaran adalah lebih berkesan.
MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI DARI BUNYI CRACK DAN TUMP
1003. Apakah yang dikatakan Crack dan Tump. Crack dan Tump adalah bunyi
letupan berpunca dari ketukan pin peletup dan anak peluru meninggalkan laras.
1004. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bunyi Crack dan Tump adalah:
a. Bunyi Crack dikesan sebelum letupan. Bunyi desingan perjalanan anak
peluru dapat dikesan dari mana arah datangnya peluru.
b. Bunyi Tump dapat dikesan sebelum anak peluru meninggalkan laras.
c. Lanjut atau singkat bunyi Tump menunjukkan jauh atau dekat dengan
sasaran itu dan jenis senjata.
d. Lebih jauh jarak tembakan lebih panjang atau bunyi Tump.
1005. Cara-cara mengesan sasaran melalui bunyi:

24
TERHAD

TERHAD
a. Dengan lama masa bunyi Crack dan Tump, cuba anggarkan jarak
letupan senjata itu.
b. Dengar bunyi Tump, anggarkan jarak dan arah datang bunyi Tump.
c. Lihat arah bunyi Tump tadi, cari kesan-kesan asap, habuk, cahaya atau
pergerakan daun-daun.
d. Cari kedudukan yang dijangka musuh berlindung atau bersembunyi
dengan cara pemerhatian awalan.

25
TERHAD

TERHAD

BAB 11

PERINTAH KAWALAN TEMBAKAN

AM

1101. Sebagai seorang soldadu, tidak kira apa jua pangkat, anda boleh menjadi ketua
sesuatu kumpulan tembakan. Oleh yang demikian semua soldadu mestilah tahu dan
memahami Perintah Kawalan Tembakan (PKT).

1102. PKT mestilah diberi dengan cara-cara tertentu dan mengikut peraturan.
Perintah mestilah diberi dengan kuat dan terang untuk mudah didengar dan difahami
oleh semua soldadu yang terlibat.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIFIKIRKAN SEBELUM MEMBERI
PKT

1103. Orang yang memberikan PKT perlu membuat kajian terhadap perkara-perkara
berikut:

a. Adakah jarak sasaran boleh/sesuai ditembak dengan senjata yang ada.

b. Adakah lebih baik menunggu sehingga sasaran sesuai ditembak.

c. Jenis tembakan (Tubi-tubi/biasa).

d. Apakah senjata terbaik yang perlu digunakan.

e. Adakah tembakan sesuai menggunakan senjata rifel atau Mesingan
Ringan (MGR).

f. Apakah jenis tembakan yang sesuai (sebutir-butir/semburan).

g. Apakah tembakan yang sesuai untuk perlindungan bagi pasukan mara
menyerang atau memusnah musuh.

PERATURAN-PERATURAN MEMBERI PKT

1104. Peraturan-peraturan memberi PKT adalah seperti berikut:

a. Kumpulan. Sebagai contoh “PLATUN” / “SEKSYEN” /
“KUMPULAN RAIFAL” / “KUMPULAN BANTUAN” / “KUMPULAN
TINJAU” atau lain-lain lagi.

b. Jarak. Bertujuan menetapkan pejera dan sejauh mana keperluan
mencari sasaran. Contoh “DUA RATUS” / “EMPAT RATUS” / “ENAM
RATUS” atau lain-lain lagi.

26

TERHAD

TERHAD

c. Menunjuk Sasaran. Supaya mengetahui arah dan sasaran yang
ditunjukkan. Contohnya “POKOK MATI” / “RUMAH BERATAP BIRU
SEDIKIT KANAN” / “ PUKUL SEMBILAN POHON RIMBUN” atau lain-
lain lagi.

d. Jenis Tembakan. Samada sasaran ditembak cara semburan atau
sebutir-sebutir. Contohnya “TEMBAK” / “TUBI-TUBI TEMBAK” /
“APABILA MUSUH KELUAR TEMBAK” / “PERHATI DAN TEMBAK”
atau lain-lain lagi.

1105. Contoh PKT yang lengkap dan mengikut peraturan adalah seperti berikut:

“NO. 1 SEKSYEN—PAKSI – TIGA RATUS – RUMAH BERATAP BIRU –
PUKUL TIGA POKOK RIMBUN – DIBAWAH ADA MUSUH—TUBI-
TUBI TEMBAK”.

JENIS TEMBAKAN DAN KEDERASANNYA

1106. Contoh jenis tembakan dan kederasannya adalah seperti berikut:

a. “TEMBAK”. Tembak dengan serta merta dengan kederasan biasa.

b. “TUBI-TUBI TEMBAK”. Tembak dengan serta merta dengan
kederasan tembakan bertubi-tubi.

c. “PERHATI DAN TEMBAK”. Tembak dengan sendiri bila nampak
musuh di tempat yang telah ditunjukkan.

d. “TUNGGU PERINTAH SAYA”. Bersedia untuk menembak tetapi
jangan memulakan tembakan sehingga arahan diberi.

e. “TERUSKAN”. Teruskan tembakan dengan kederasan biasa
melainkan perintah “TUBI-TUBI TEMBAK, TERUSKAN” diberi.

1107. Perintah-perintah tambahan atau susulan yang harus diberi semasa menembak
adalah seperti berikut:

a. “BERHENTI”. Berhenti menembak tetapi terus memerhati.

b. “BUAT SELAMAT”. Keluarkan peluru dan isikan semula dengan
kelopak penuh. Biasanya perintah diberi bila bersedia untuk mara.

c. “TERUSKAN TEMBAKAN”. Tembak semula dengan kederasan
PKT sebelumnya. Pada masa yang sama ketua akan memberi perintah lain
untuk mengawal tembakan bagi mengelakan pembaziran peluru. Contohnya:

27

TERHAD

TERHAD

(1) “ KUMPULAN BANTUAN HENTI, KUMPULAN RIFEL
TEMBAK” / “KUMPULAN TINJAU HENTI, KUMPULAN
BANTUAN TEMBAK” / “NO. 1 SEKSYEN HENTI, NO. 2
SEKSYEN TEMBAK” atau lain-lain lagi.

(2) “ KUMPULAN RIFEL DAN TINJAU TEMBAK,
KUMPULAN BANTUAN HENTI - KUMPULAN BANTUAN
TEMBAK, KUMPULAN RIFEL DAN TINJAU HENTI”.

(3) “NO. 1 SEKSYEN TEMBAK, NO. 2 SEKSYEN HENTI –
NO. 2 SEKSYEN TEMBAK, NO 1 SEKSYEN HENTI”.

(4) “NO. 1 PLATUN TEMBAK, NO. 2 PLATUN HENTI – NO. 2
PLATUN TEMBAK, NO. 1 PLATUN HENTI”.

UNDANG-UNDANG PKT

1108. Undang-undang PKT adalah seperti berikut:

a. Terang dan jelas.

b. Kuat.

c. Sebagai Perintah.

d. Perenggan atau berhenti.

JENIS-JENIS PKT

1109. Jenis-jenis PKT adalah seperti berikut:

a. PKT Penuh. Diberi apabila mempunyai masa yang mencukupi dan
keadaan sasaran yang tidak begitu jelas. Contohnya:

“KUMPULAN RIFEL – PANDANG SEPARUH KANAN – ENAM RATUS
– POKOK MATI – DIBAWAHNYA ADA MUSUH – SIAPA NAMPAK
TUBI-TUBI TEMBAK”.

b. PKT Ringkas. Diberi apabila sasaran di jarak yang dekat atau jelas
dan mempunyai masa yang singkat.

Contohnya:

“MUSUH KIRI TEMBAK”.

c. PKT Bertangguh. Digunakan apabila tindakan musuh dapat dijangka.

28

TERHAD

TERHAD

Contohnya:
“ SEKSYEN – PANDANG SETENGAH KANAN – DUA RATUS –
RUMAH PUTIH – DIHADAPAN ADA JALAN RAYA – MUSUH AKAN
MUNCUL DARI KIRI KE KANAN – APABILA MUSUH MUNCUL TUBI-
TUBI TEMBAK”.
d. PKT Perseorangan. Diberi bila musuh kelihatan dalam masa yang
singkat dan memberi peluang kepada orang perseorangan menembak dengan
cepat.
Contohnya:
“ SEKSYEN – PANDANG SETENGAH KIRI – DUA RATUS – DERETAN
RUMAH – MUSUH BERADA DIKAWASAN ITU – SIAPA NAMPAK
TUBI-TUBI TEMBAK”.
e. PKT Peluru Pengesan. Digunakan bila sasaran tidak dapat
ditunjukkan melalui PKT.
Contohnya:
“ SEKSYEN – PANDANG SUKU KIRI – EMPAT RATUS – DERETAN
POKOK RIMBUN – DISITU ADA MUSUH – IKUT PELURU PENGESAN
SAYA – DI MANA JATUH–TUBI-TUBI TEMBAK”.

29
TERHAD

TERHAD

BAB 12
MEMBUAT KAD JARAK
AM
1201. Kad Jarak adalah satu cara untuk mendapatkan penyatuan antara anggota-
anggota seksyen dan platun dalam lengkok tembakan tanggungjawab kawasan
pertahanan masing-masing. Dalam latihan ataupun operasi, kad jarak mesti disediakan
apabila menduduki satu-satu kawasan dalam tempoh masa yang lama untuk
memudahkan menunjuk sasaran dan memberi PKT.
KEPERLUAN-KEPERLUAN YANG PERLU ADA DI DALAM KAD JARAK
1202. Keperluan atau data-data yang perlu ada di dalam kad jarak adalah seperti
berikut:
a. Keadaan tanah serta bentuk muka bumi atau tumbuh-tumbuhan yang
dijadikan tanda panduan serta jarak yang telah diketahui.
b. Arah atau kawasan yang dijangka musuh akan datang.
c. Menyukat dan mencatat jarak ke setiap tanda panduan yang diambil.
d. Tanda panduan yang diubah nama dicatatkan.
e. Tanda-tanda panduan untuk paksi, sempadan kanan dan kiri tidak
boleh berubah di atas tanah.
CARA-CARA MEMBUAT KAD JARAK
1203. Cara-cara membuat kad jarak adalah seperti berikut:
a. Lukiskan 6 garisan setengah bulatan di atas kertas dan dibalut dengan
plastik.
b. Adakah sedikit ruang dibahagian bawah untuk rujukan.
(1) Rujukan Grid.
(2) Cara-cara menyukat jarak.
(3) Siapa yang membuat.
(4) Tarikh dibuat.

30
TERHAD

TERHAD

c. Pembuat mestilah boleh menghuraikan/menerangkan dengan tepat apa
jua yang tercatat dalam Kad Jarak.
d. Letakkan jarak pada tiap-tiap bulatan seperti terdapat atas tanah yang
sebenar.
e. Lukiskan tanda panduan pada tiap-tiap jarak.
f. Tuliskan nama-nama pada tanda panduan yang betul.
TUJUAN MEMBUAT KAD JARAK
1204. Kad Jarak dibuat untuk mencapai tujuan-tujuan berikut:
a. Menentukan sempadan kawasan tembakan perseorangan dan seksyen.
b. Mengawasi kawasan hadapan yang dipertanggungjawabkan.
c. Memudahkan mencari sasaran dan mengubah pejera bagi mendapat
ketetapan menembak.
d. Memusnahkan sasaran mengikut jarak-jarak membunuh senjata yang
ada.

(1) Paksi. Garisan bayangan dari hadapan pemerhati kepada
tanda panduan yang membahagikan sempadan kanan dan kiri lengkok
tembakan.
(2) Panduan Kanan Dan Kiri. Satu garisan bayangan disebelah
kanan dan kiri lengkok tembakan pemerhati bagi had melepas
tembakan.
(3) Lengkok Tembakan. Kawasan bahagian hadapan yang
dipertanggungjawab kepada perseorangan, seksyen dan platun bagi
mengawasi dan memusnahkan musuh yang muncul serta boleh
menunjukkan sasaran.
(4) Tanda Panduan. Tanda panduan adalah benda-benda yang
tidak bergerak yang terdapat di atas tanah bagi memudahkan
menunjukkan sasaran dan panduan jarak.

31
TERHAD

TERHAD

BAB 13

PENGENALAN KERJA WAKTU MALAM/PEMERHATIAN WAKTU
MALAM

AM

1301. Sesuatu penugasan yang dilakukan di dalam operasi, bukanlah terhad kepada
waktu siang tetapi dilakukan pada waktu malam. Walaupun Night Vision Goggle
(NVG), boleh digunakan tetapi peralatan ini bukanlah sentiasa diperolehi. Oleh
kerana itu setiap soldadu perlu dilatih supaya dapat menggunakan pancaindera dengan
efektif pada waktu malam.

FUNGSI MATA

1302. Mata berfungsi seperti kamera. Setiap manusia mempunyai 2 sel cahaya yang
sensitif untuk melihat iaitu:

a. Sel mata untuk melihat waktu siang hari dipanggil Sel Kon. Ianya
boleh melihat warna, boleh membezakan dengan jelas dan boleh melihat
bentuk.

b. Sel mata untuk malam dipanggil Sel Rod yang terletak di sekeliling
kawasan kon. Sel ini boleh melihat warna putih, hitam dan bayang kelabu.
Untuk penglihatan yang berkesan pada waktu malam Sel Rod akan berfungsi.

1303. Sel Kon memerlukan cahaya terang seperti lampu, cahaya bulan dan lain-lain,
manakala Sel Rod bekerja apabila tidak mempunyai cahaya terang seperti cahaya
lampu, bulan atau matahari.

1304. Waktu malam pandangan tidak boleh tepat pada sesuatu benda yang dilihat
oleh kerana sel mata malam berada di sekeliling mata hitam. Lama masa yang diambil
bagi menyesuaikan mata dalam gelap bergantung kepada jasmani seseorang biasanya
dalam masa 30 saat.

PRINSIP-PRINSIP MELIHAT WAKTU GELAP

1305. Prinsip-prinsip melihat dan melakukan kerja pada waktu malam adalah seperti
berikut:

a. Penyesuaian malam dalam gelap.

b. Penglihatan serong.

c. Melihat dengan cara meninjau.

d. Yakin.

32

TERHAD

TERHAD

1306. Penyesuaian Mata Dalam Gelap.
a. Sebelum gelap, sesuaikan penglihatan mengikut keadaan yang terdapat
pada tanah.
b. Jika terjaga dari tidur, jangan terus bergerak, sesuaikan penglihatan
mata selama 30 saat.
c. Jika terkena pancaran cahaya lampu atau suaran penglihatan akan
menjadi rabun. Jangan bergerak sesuaikan penglihatan selama 30 saat.
d. Untuk mengelak rabun daripada terkena pancaran lampu dan suaran
pejamkan sebelah mata.
e. Seseorang mesti berada di dalam gelap terlebih dahulu untuk membuat
penyesuaian mata.

1307. Penglihatan Secara Serong.
a. Memandang sesuatu 100 ke 180 mils dari benda yang dilihat.
b. Untuk membolehkan Sel Rod berfungsi.
c. Sesuatu benda waktu gelap dilihat dengan tepat beberapa saat
penglihatan tidak jelas. (Tidak boleh dilihat dengan tepat).
d. Untuk membolehkan Sel Rod menyimpan penglihatan yang jelas
adalah dengan mengerakkan mata ke atas dan ke bawah serta ke kiri dan ke
kanan.

1308. Meninjau.
a. Penglihatan mata yang pantas di sekitar kawasan yang dilihat.
b. Alihkan penglihatan mata antara 4-10 saat dari benda yang dilihat.
c. Meninjau dengan penglihatan mata yang serong.
d. Sel Rod akan melihat perbezaan keadaan benda yang dilihat.
e. Menggunakan penglihatan yang maksima.

1309. Yakin.
a. Mestilah yakin dengan apa yang dilihat pada waktu malam.

33
TERHAD

TERHAD

b. Penglihatan waktu malam terhad jaraknya dan perlu berhati-hati.
c. Benda yang dilihat waktu malam adalah samar-samar, pemerhatian
yang fokus akan memberi keyakinan diri.
d. Kemahiran mengenal benda-benda pada waktu malam perlu dipelajari.
e. Mengetahui sepenuhnya prinsip-prinsip melihat waktu malam.
1310. Cara-cara mengelak dari dikesan ketika melakukan kerja pada waktu malam
adalah seperti berikut:
a. Sentiasa berhati-hati dan elakkan dari bunyi bising yang boleh dikesan.
b. Gunakan gergaji lipat jika memotong kayu.
c. Jika memotong kayu dengan parang jangan takuk berturut-turut dan
jauh dari tempat duduk sebenar.
d. Jika batuk atau bersin, tutup mulut dengan topi hutan atau lain-lain
kain.
e. Jangan berjalan terlalu pantas dan menghentak kaki ke tanah.
f. Cahaya api atau lain-lain ditutup dengan topi hutan atau benda-benda
lain supaya cahaya tidak keluar jauh.
g. Lampu suluh yang digunakan dibalut dengan daun-daun kayu dan
tebuk lubang kecil untuk cahaya keluar.
h. Bergerak perlahan-lahan, jangan memijak ranting atau kayu yang mati.

34
TERHAD

TERHAD

BAB 14
PERGERAKAN DAN PENGENALAN BUNYI WAKTU MALAM
AM
1401. Pergerakan perseorangan pada waktu malam memerlukan pengawasan yang
lebih teliti kerana tiap-tiap pergerakan akan memberikan cahaya atau bunyi yang
mana dapat dikesan oleh musuh dari jarak jauh. Walaupun kegelapan malam boleh
memberi perlindungan daripada pandangan tetapi ia juga mudah memdedahkan
kehadiran kita kepada musuh jika tidak diawasi.
PERSIAPAN SEBELUM BERGERAK MALAM
1402. Perkara-perkara berikut perlu dilakukan sebelum bergerak pada waktu malam
adalah:
a. Samarkan semua peralatan yang dibawa yang boleh mengeluarkan
cahaya.
b. Samarkan semua kulit muka dan badan yang bercahaya.
c. Gunakan luminous dikaki atau di pack/topi untuk panduan.
CARA-CARA MENGURANGKAN BUNYI BISING
1403. Cara-cara mengurangkan bunyi bising semasa bergerak pada waktu malam
adalah:
a. Ikatkan tali di sekeliling pergelangan kaki seluar bagi mengelak kaki
seluar dari bergesel.
b. Jika ada botol minyak senjata dalam udi tentukan tidak bergoncang.
c. Peralatan di pack dan tali pinggang diikat dengan kemas.
d. Kelopak dan peralatan di dalam pouches pastikan tidak mengeluarkan
bunyi.
e. Jika memakai helmet balistik, penyamaran hendaklah dibuat.
PERATURAN BERGERAK PADA WAKTU MALAM
1404. Peraturan am yang perlu diikuti untuk mengurangkan bunyi bising adalah:

35
TERHAD

TERHAD

a. Pergerakan hendaklah berhati-hati kerana waktu malam musuh akan
lebih mendengar dari melihat.
b. Gunakan kasut spike bagi mengurangkan bunyi semasa berjalan.
c. Bergerak, berhenti, dengar dan bergerak semula.
d. Setiap kali berhenti dan mendengar, mestilah di sebalik perlindungan
atau di sebalik pancaran cahaya.
e. Meniarap di atas tanah apabila terkena suluhan lampu.
f. Apabila terdengar bunyi-bunyi yang disyaki, diamkan diri sebentar
kemudian bergerak mencari perlindungan.
g. Meniarap dan letak telinga di atas tanah bagi mengesan bunyi berjalan
atau berlari.
h. Hendaklah bergerak di kawasan yang tidak ada ranting kayu bagi
mengelakkan bunyi dan dapat sepenuhnya membuat pemerhatian ke hadapan.
i. Ambil kesempatan untuk bergerak daripada bunyi seperti bedilan
artileri, kapal terbang, angin, hujan dan lain-lain yang bergerak.
j. Elakkan daripada berlari, kecuali perlu.
CARA-CARA BERGERAK
1405. Pergerakan pada waktu malam mestilah mengikut cara-cara yang betul untuk
mengurangkan bunyi bising. Terdapat dua cara yang efektif untuk bergerak pada
waktu malam iaitu:
a. Berjalan.

(1) Berjalan dengan cara menimbang berat badan menggunakan
tapak kaki belakang (tumit) diangkat tinggi bagi mengelak terpijak
ranting-ranting.
(2) Letak hujung kaki hadapan perlahan-lahan ke tanah.
(3) Tukarkan berat badan dengan cermat di kaki yang sebelah
hadapan.
b. Merangkak.

36
TERHAD

TERHAD

(1) Merangkak menggunakan tangan dan lutut sama seperti
pergerakan siang. Di waktu malam tangan menyapu dan membuang
ranting-ranting kayu.

(2) Jangan merangkak badan atas tanah kerana akan mengeluarkan
bunyi.

(3) Merangkak dengan menggunakan perut kaki ke bawah, senjata
dipegang jauh ke hadapan.

(4) Pegang senjata dengan tangan kiri, tangan kanan membuang
ranting-ranting kayu.

(5) Gerak badan ke hadapan dengan hujung kaki, angkat badan dari
tanah dan gerakan badan ke hadapan dengan perlahan-lahan letak atas
tanah.

TINDAKAN APABILA TERKENA CAHAYA

1406. Perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila terkena suaran atau lampu
daripada musuh adalah:

a. Jika ada perlindungan bergerak ke belakang perlindungan dengan
pantas dan senyap.

b. Jika tanah lapang, diam dan rebahkan diri ke tanah dan matikan diri.

c. Jika kawasan belukar seeloknya-eloknya berdiri dan diamkan diri di
sebalik perlindungan kerana mungkin musuh berada berdekatan.

d. Biarkan satu mata tertutup untuk mengelakkan diri menjadi rabun
selepas suluhan cahaya bagi penyesuaian mata pada waktu malam.

e. Bunyi letupan suaran selalunya akan memberikan amaran beberapa
saat sebelum cahaya menjadi terang. Kesempatan ini digunakan untuk
merebahkan badan, berhenti dari berjalan, ambil perlindungan dan pejam
sebelah mata.

MATLAMAT MENGESAN BUNYI

1407. Mengesan bunyi dapat membantu perkara-perkara berikut:

a. Menentukan samada bunyi itu dibuat oleh binatang, pasukan sahabat
atau musuh.

b. Menentukan arah datangnya bunyi.

37

TERHAD

TERHAD

c. Menentukan jarak.
d. Menentukan jenis senjata apabila berlaku letupan.
CARA-CARA MENGENAL BUNYI
1408. Dalam situasi ini, telinga akan mengambil peranan mata sebagai alat untuk
menentukan tempat dan arah terutamanya di kawasan hutan belantara. Untuk
memperolehi pendengaran yang baik, perkara-perkara berikut perlu dipatuhi:
a. Berdiam diri dan condongkan sedikit badan ke hadapan serta mulut
separuh terbuka.
b. Halakan sebelah telinga ke arah bunyi dan letak tapak tangan di
belakang telinga dengan cara dicorong.
c. Baringkan badan ke tanah dan sebelah telinga dilekapkan di atas tanah
untuk mendapatkan pendengaran yang lebih jelas.
d. Semasa mengenal dan mengesan bunyi jangan memakai topi.
BUNYI-BUNYI YANG SERING BERLAKU
1409. Bunyi yang sering berlaku dan senang dikesan adalah:
a. Berbual atau berbisik-bisik.
b. Mematah ranting pokok.
c. Memotong atau menebang.
d. Menggali lubang.
e. Mengetuk pokok.
f. Menukar kelopak peluru.
f. Mencekah senjata.
h. Senjata jatuh.
i. Bunyi siulan atau bunyi binatang.
j. Bunyi letupan atau tembakan.
k. Lain-lain bunyi yang dibuat oleh manusia.

38
TERHAD

TERHAD

KESIMPULAN DARI BUNYI
1410. Kesimpulan yang boleh dibuat hasil dari pendengaran adalah seperti berikut:

a. Memotong Kayu. Musuh atau pasukan sahabat membuat pengkalan.
b. Bunyi Senjata Dicekah. Mencuci senjata atau mengeluarkan peluru.
c. Siulan. Sebagai isyarat.
d. Mengetuk Pokok. Sebagai isyarat.
e. Bercakap/Batuk. Pangkalan sementara.
f. Ranting Patah. Menandakan musuh menghampiri.
g. Cahaya Bergerak. Musuh bergerak taktikal waktu malam.
1411. Tindakan apabila terdengar bunyi-bunyi seperti di atas adalah:
a. Berhenti dan ambil perlindungan, perhati dan dengar dengan teliti.
b. Halakan senjata ke arahnya, pastikan bunyi dengan teliti.
c. Tumpukan perhatian ke arah bunyi dari sebalik perlindungan.
d. Anggarkan jarak dan arah bunyi datang, cuba bergerak ke
perlindungan lain untuk mencari bunyi tersebut.
e. Sebelum bertindak, pastikan benar-benar musuh atau pasukan sahabat.
f. Jika benar-benar musuh, bertenang dan terus ambil tindakan.

39
TERHAD


Click to View FlipBook Version