NO.1 JUN 2024 ISU SEMASA | MANUSIA , FLORA DAN FAUNA EE--MMAAJJAALLAAHH “PENCEMARAN ALAM SEKITAR” “PENCEMARAN ALAM SEKITAR” Falsafah dan Isu Semasa MPU3193 Group 16 | MC-012 kesan dan tindakan IMPLIKASI Nilai Insan Sejahtera Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019
ISI KANDUNGAN E-MAJALAH | Pencemaran Alam Sekitar BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 PENGENALAN 1 2 ISU-ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA 2 3 KAJIAN KES : PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM 3 - 4 4 PERTIMBANGAN FALSAFAH DAN ISU SEMASA 5 5 NILAI INSAN SEJAHTERA 6 6 IMPLIKASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR 7 - 8 7 TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN 9 - 14 8 KESIMPULAN 15 9 RUJUKAN 16
SIDANG REDAKSIEDITOR & PENULIS PEMBANTU EDITOR & PENULIS PENULIS PENULIS PENULIS PENULIS Nur Fatehah Azwa bt Zamri MC230923246 Nur Aidah bt Mohamad MC230923250 Praveena A/P Karuna Moorthy MC240125923 Kavisha a/p Tharma Raj MC230923255 Kalyani A/P Linggam MC230722845 Narmatha Sri A/P Chandra Segaran MC230923388
PENGENALAN Alam sekitar merujuk kepada semua unsur semula jadi yang wujud di sekeliling kita, termasuk tanah, udara, tumbuhan, haiwan, dan hidupan lain. Kepentingan alam sekitar adalah sangat kritikal kerana ia menyediakan sumber asas yang diperlukan untuk kemandirian manusia dan ekosistem lain. Penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar adalah penting untuk memastikan keseimbangan ekologi dan kualiti hidup. Pada Mac 2019, Sungai Kim Kim yang terletak di Pasir Gudang, Johor, Malaysia, menjadi tajuk utama berita apabila berlaku pencemaran kimia yang serius. Insiden ini menyebabkan gangguan kesihatan kepada ribuan penduduk di kawasan sekitarnya, termasuk pelajar sekolah yang mengalami sesak nafas, muntah-muntah, dan simptom-simptom lain yang berkaitan dengan keracunan bahan kimia. Dengan itu, melalui e-majalah ini kumpulan kami akan melakukan analisis kajian terhadap kes Pencemaran Sungai Kim Kim di johor untuk mengetahui apakah punca kejadian itu dan tindakan yang dilakukan ketika berlakunya pencemaran tersebut. Oleh hal yang demikian, berdasarkan analisis kes tersebut kami turut mengutarakan kepentingan nilai sejahtera dengan tanggungjawab dalam penjagaan alam skitar dengan lebih teliti dan berfokuskan nilai yang telus demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan hidup. Pelbagai tindakan, cara dan implikasi yang kami akan utarakan di dalam e-majalah ini dengan lebih terperinci senagai panduan setiap individu dan masyarakat tidak kira usia. 1 Berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia, alam sekitar atau persekitaran bermaksud faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia. la termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi dan juga fakta-fakta sosial. Alam sekitar merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan manusia malah ia berhubung kait dengan semua makhluk ciptaan Allah SWT. Sekalian makhluk atas muka bumi ini memerlukan alam sebagai tempat untuk meneruskan kehidupan dan mendapatkan makanan. Keselesaan hidup manusia bergantung kepada tahap kualiti alam sekitar di sekeliling mereka. Sebagai contoh, udara yang bersih diperlukan untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan pula hidupan lain. Oleh yang demikian, penjagaan alam sekitar perlu diberi penekanan yang lebih agar kehidupan harian manusia tidak terganggu atau terjejas atas sebab pencemaran dan kerosakan alam sekitar.
ISU-ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA PENCEMARAN AIR Pencemaran sungai merupakan salah satu isu pencemaran alam yang paling signifikan di Malaysia. Di mana ia sering tercemar disebabkan sisa industri, domestik, sampah sarap dan pertanian. Sungai Klang dan Sungai Gombak di Kuala Lumpur merupakan salah satu contoh sungai yang mengalami oencemaran serius, yang menjejaskan kualiti air dan ekosistem. PENCEMARAN UDARA Pencemaran udara seperti jerebu adalah masalah tahunan di Malaysia, yang disebabkan pembakaran terbuka dan pelepasan industri. Kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Selangor sering mengalami masalah pencemaran udara yang tinggi. PEMBALAKAN HARAM Aktiviti ini melibatkan penebangan pokok secara tidak sah tanpa kebenaran atau melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pembalakan haram ini menyebabkan degradasi hutan dan kehilangan biodiversiti. Hutan tropika seperti di Sabah dan Sarawak terancam oleh aktiviti ini. PEMBUANGAN SISA Pengurusan sisa yang lemah membawa kepada pencemaran tanah dan air. Terdapat kes-kes di mana tapak pelupusan sampah tidak diurus dengan baik, menyebabkan pencemaran yang menjejaskan penduduk tempatan. 2
02 01 Sungai Kim Kim terletak di Pasir Gudang, Johor. KAJIAN KES : PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM LOKASI PEMBUANGAN SISA KIMIA PUNCA KEJADIAN 11 Mac 2019. 106-207 mangsa yang telah dimasukkan ke hospital sebelum kes meningkat kepada lebih 1,000 mangsa. GELOMBANG KEDUA 05 TARIKH KEJADIAN 03 7 Mac 2019 04 KES PERTAMA Beberapa pelajar dan pekerja kantin dari dua sekolah berhampiran sungai mula jatuh sakit dan mengadu kesukaran bernafas. Mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail. KESAN LAIN Pembuangan sisa itu turut mengeluarkan asap toksik, kemudian menjejaskan 6,000 orang 06 dan 2,775 menerima rawatan. 07 GELOMBANG KETIGA 20 Jun 2019, beberapa pelajar dari sekolahsekolah di kawasan Pasir Gudang mula mengadu mual, pening dan muntah. Pihak berkuasa kemudian mengesahkannya sebagai gelombang ketiga keracunan udara akibat sungai tidak dibersihkan sebaiknya. 08 SEKOLAH DITUTUP Sekolah-sekolah berhampiran diarahkan tutup. 3
09 Sisa yang dibuang telah dikenalpasti sebagai metana, benzena, toluena, xilena, dan hidrogen sianida. Sisa ini merupakan bahan kimia yang sangat berbahaya dan toksik. KAJIAN KES : PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM JENIS SISA Lebih daripada 4,000 orang, termasuk pelajar sekolah dan penduduk tempatan, terjejas. kESAN PENCEMARAN 11 10 TINDAKAN 10 orang telah ditahan. Mereka adalah suspek utama yang berperanan dalam mengatur pengangkutan bahan toksik tersebut. 2 daripada suspek adalah pemilik syarikat dan seorang pekerja syarikat. 12 LANGKAH PEMULIHAN Pihak berkuasa telah mengambil langkah segera untuk membersihkan kawasan sungai dan memberikan rawatan perubatan kepada penduduk yang terjejas. Pemasangan alat pengawasan kualiti air di sungai-sungai dan pengetatan undangundang. Kempen kesedaran turut dilancarkan. 13 Kerosakan serius telah berlaku ke atas ekosistem persekitaran. SIMPTOM Sesak nafas, muntah-muntah, sakit kepala, kerengsaan mata dan kulit, 4
PERTIMBANGAN FALSAFAH DAN ISU SEMASA Tanggungjawab Etika dan Refleksi Heurektik Manusia Pencemaran alam sekitar merupakan isu yang memerlukan tanggungjawab moral daripada semua pihak. Falsafah etika alam sekitar menekankan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab moral untuk menjaga alam sekitar kerana. Saling bergantung Semua kehidupan di bumi saling bergantung. Kerosakan separa boleh menjejaskan keseluruhan ekosistem secara negatif. Sebagai contoh, pencemaran air boleh memusnahkan habitat akuatik, yang seterusnya menjejaskan populasi ikan dan spesies lain yang bergantung kepada mereka.Sebagai contoh pemandu lori yang menjadi antara suspek utama kejadian pencemaran Sungai Kim Kim di Johor perlu sedar akan tanggungjawab saling bergantung tentang kesan buruk pencemaran terhadap alam sekitar dan manusia akan berfikir dua kali sebelum membuang sisa toksik secara haram. Mereka akan memahami bahawa tindakan mereka boleh memusnahkan ekosistem dan menjejaskan kesihatan manusia. Pendidikan dan Kesedaran Awam Pengajaran dan kesedaran orang ramai penting untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kesan buruk pencemaran menunjukkan pentingnya pendidikan dan kesedaran awam dalam menghalang kejadian serupa pada masa akan datang. Sebagai contoh, kerajaan telah menyediakan pendidikan dan kempen kesedaran akan implikasi dan langkah-langkah mencegah pencemaran kepada semua penduduk yang berdekatan Sungai Kim Kim di Johor. Dengan program pendidikan yang menyeluruh dan kempen kesedaran, masyarakat boleh diajar tentang kepentingan tindakan individu dan kolektif dalam menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar secara menyeluruh. Tanggungjawab Kolektif Tanggungjawab menjaga alam sekitar bukan hanya terletak pada individu, tetapi juga melibatkan masyarakat, organisasi, dan kerajaan. Masyarakat perlu bertanggungjawab dengan meningkatkan kesedaran dan mengambil tindakan proaktif untuk menjaga alam sekitar mereka. Sebagai contoh, sekiranya syarikat-syarikat yang beroperasi berdekatan sungai seperti syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kes Sungai Kim Kim di Johor perlu memastikan sisa industri dibuang dengan selamat untuk menjaga sungai dan menjalankan tanggungjawab sosial korporat, pencemaran tersebut tidak akan berlaku dan tiada individu yang akan terkesan. Selain itu, kerajaan juga harus memperketat penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang mencemarkan alam sekitar. Dengan bekerjasama, kita dapat mengurangkan risiko pencemaran, memperbaiki daerah yang terkesan, dan menjaga alam sekitar kita agar tetap menjadi sumber kehidupan yang bersih dan aman bagi semua. 5
Nilai Insan Sejahtera Kesihatan dan Kesejahteraan Kesedaran Alam Sekitar Tanggungjawab sosial dan ekologi Kesedaran tentang kepentingan menjaga dan melindungi alam sekitar adalah langkah pertama ke arah membina nilai insan sejahtera rakyat Malaysia. Ini melibatkan pemahaman bagaimana tindakan harian kita mempengaruhi alam sekitar dan membuat pilihan yang lebih bijak untuk mengurangkan jejak ekologi kita. Kesedaran akan kepentingan menjaga alam sekitarmembantu individu memahami peranan pentingnya dalam ekosistem dan kehidupan masyarakat setempat. Mengambil tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar adalah aspek penting untuk mencapai nilai insan sejahtera. Insan sejahtera memainkan peranan penting dalam merealisasikan kesejahteraan negara. Ini bermakna setiap individu, komuniti dan organisasi mesti memainkan peranan yang aktif dalam melindungi dan memelihara alam sekitar. Tanggungjawab ini termasuk mengurangkan pembaziran, menggunakan sumber secara mampan, dan menyokong inisiatif pemuliharaan alam semula jadi. Kebersihan dan pemuliharaan alam sekitar penting untuk menjaga kesihatan masyarakat setempat, termasuk penggunaan untuk mandi, minum, dan aktiviti harian lain. Pemuliharaan alam sekitar ini merupakan inisiatif nilai insan sejahtera setiap individu dalam masyarakat. Keseimbangan ekosistem alam sekitar memberi perlindungan kepada kepelbagaian hidupan liar dan kestabilan alam sekitar yang memberi manfaat kepada keseluruhan kawasan. 6
"Cintailah Alam Sekitar Anda. " Pencemaran alam sekitar merupakan isu yang semakin serius dan memberi impak besar kepada pelbagai aspek kehidupan. Kes pencemaran Sungai Kim Kim di Johor yang berlaku pada Mac 2019 adalah salah satu contoh yang jelas menunjukkan betapa seriusnya kesan pencemaran ini. Dalam karangan ini, kita akan membincangkan impilikasi pencemaran alam sekitar dari tiga perspektif utama: kesan terhadap individu, kesan terhadap alam sekitar, dan kesan kepada masyarakat. IMPLIKASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR KESAN TERHADAP INDIVIDU Pencemaran alam sekitar memberi kesan langsung kepada individu. Salah satu contoh kesan ini adalah melalui pencemaran udara, di mana kehadiran bahan kimia berbahaya seperti sulfur dioksida dan zarah halus boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit pernafasan, alahan dan juga penyakit jantung. Individu yang terdedah kepada pencemaran ini juga mungkin mengalami pengurangan kualiti hidup dan produktiviti akibat kesan buruk terhadap kesejahteraan fizikal dan mental mereka. Pencemaran alam sekitar mempunyai kesan langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan individu. Dalam kes Sungai Kim Kim, ramai penduduk di kawasan sekitar mengalami masalah kesihatan seperti sesak nafas, pening, muntah, dan kerengsaan kulit akibat terdedah kepada gas toksik yang dikeluarkan. Lebih 2,775 orang, termasuk pelajar sekolah, terpaksa menerima rawatan hospital. Pencemaran ini juga menyebabkan gangguan emosi seperti kebimbangan dan tekanan akibat ketidakpastian tentang kesihatan jangka panjang mereka. Pencemaran alam sekitar mempunyai kesan langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan individu. Dalam kes Sungai Kim Kim, ramai penduduk di kawasan sekitar mengalami masalah kesihatan seperti sesak nafas, pening, muntah, dan kerengsaan kulit akibat terdedah kepada gas toksik yang dikeluarkan. Lebih 2,775 orang, termasuk pelajar sekolah, terpaksa menerima rawatan hospital. Pencemaran ini juga menyebabkan gangguan emosi seperti kebimbangan dan tekanan akibat ketidakpastian tentang kesihatan jangka panjang mereka. KESAN KEPADA ALAM SEKITAR Pencemaran juga mempunyai kesan yang serius terhadap alam sekitar semula jadi. Pencemaran udara, air dan tanah boleh menyebabkan kerosakan kepada ekosistem tempatan. Sebagai contoh, pencemaran air boleh menyebabkan kematian flora dan fauna akuatik, mengancam kepelbagaian biologi dan daya tahan sumber semula jadi. Sementara itu, pencemaran tanah boleh merosakkan kesuburan tanah dan menjejaskan hasil tanaman dan kaesihatan penduduk yang bergantung kepada sumber makanan tempatan. Seperi yang berlaku di Sungai Kim Kim, Johor, alam sekitar di kawasan berdekatan juga terjejas teruk akibat pencemaran ini. Sungai yang tercemar mengandungi bahan kimia berbahaya seperti metana, ammonia dan hidrogen sianida yang merosakkan ekosistem akuatik. Hidupan akuatik seperti ikan dan tumbuhan akuatik mati atau rosak teruk, mengganggu rantai makanan dan keseimbangan ekosistem. Pencemaran ini juga menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi, yang mengancam kepelbagaian biologi di kawasan tersebut. 7
IMPLIKASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR KESAN KEPADA MASYARAKAT Pencemaran alam sekitar memberi kesan yang signifikan kepada msyarakat.Kesan pencemaran terhadap masyarakat adalah meluas dan berpanjangan. Dari sudut pandang kesihatan, sudah tentu mereka turut terjejas. Disebabkan kesihatan yang terjejas, aktiviti harian mereka terganggu. Dari sudut ekonomi pula,- pencemaran ini menjejaskan aktiviti komersial penduduk di kawasan sekitar terutamanya seperti pertanian dan pertanian di mana pencemaran ini boleh menjejaskan hasil dan kualiti produk masyarakat, seterusnya menjejaskan pendapatan mereka. Dalam hal yang telah berlaku di Sungai Kim Kim, Johor, para petani dan nelayan telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka akan sumber ekonomi mereka turut terjejas. Dari sudut sosial, pencemaran alam sekitar boleh menjejaskan aktiviti harian seperti yang berlaku di Sg Kim Kim, Johor. Pencemaran sungai tersebut telah menyebabkan sekolahsekolah di kawasan berdekatan tutup. Hal ini telah menjejaskan sesi pembelajaran penduduk di sana. Pencemaran alam sekitar tidak dinafikan memberikan kesan signifikan kepada masyarakat. Oleh sebab itulah, pihak bertanggungjawab perlu memainkan peranan penting untuk mengurangkan implikasi risiko yang berlaku. KESAN KEPADA KERAJAAN Pencemaran alam sekitar turut memberikan kesan kepada kerajaan. Kesan ini termasuklah dalam peningkatan kos kesihatan, kerugian ekonomi serta tekanan politik dan sosial. Kerajaan mengalami kerugian ekonomi di mana sektor ekonomi seperti pertanian dan perikanan penduduk setempat terjejas. Di mana pencemaran sungai mengurangkan hasil ikan dan pencemaran udara menjejaskan hasil pertanian. Hal ini secara tidak langsung mengurangkan pendapatan dan meningkatkan kos sara hidup. Tambahan pula, kerajaan juga akan terkesan melalui tekanan politik dan sosial. Di mana penduduk setempat yang terkesan dan terjejas boleh menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan rakyat dan membawa kepada protes dan gerakan sosial. Ini boleh menimbulkan tekanan politik kepada kerajaan untuk mengambil tindakan segara. Oleh yang demikian, kerajaan perlulah melakukan inisiatif segera untuk mengelakkan kesan-kesan ini berlarutan. 8
TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN TINDAKAN DARIPADA KERAJAAN 9 Kerajaan boleh menangani pencemaran alam sekitar dengan membuat undang-undang, memberi insentif dan menjalankan program pemuliharaan. Sebagai contoh, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal pencemaran udara dan air. Selain itu, kerajaan mempunyai keupayaan untuk memberikan insentif kewangan kepada sektor perniagaan yang menggunakan teknologi yang lebih mesra alam dan lestari. Program pemulihan sungai seperti "River of Life" di Kuala Lumpur adalah contoh usaha kerajaan untuk membersihkan sungai dan ekosistem akuatik yang tercemar untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk dan menarik pelancong.
Tindakan yang boleh diambil oleh pihakpihak berkepentingan Dengan mengurangkan penggunaan plastik, mengamalkan kitar semula dan menggunakan sumber tenaga yang lebih bersih, masyarakat boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sebagai contoh, penduduk sebuah bandar boleh menganjurkan program kitar semula di rumah masing-masing dan menyokong aktiviti komuniti seperti pembersihan pantai atau sungai secara berkala. Pihak berkuasa tempatan boleh menempatkan tong kitar semula di kawasan awam dan mengadakan kempen kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Selain itu, perniagaan boleh mengurangkan jejak karbon mereka dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia berbahaya dan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui. Sebagai contoh, sebuah kilang boleh memasang panel solar untuk menghasilkan tenaga dan menggunakan sistem pengurusan sisa yang lebih baik. Pencemaran alam sekitar boleh dikurangkan dengan kerjasama semua pihak. Tindakan daripada masyarakat 10
TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PIHAKPIHAK BERKEPENTINGAN TINDAKAN DARIPADA INDIVIDU Menanam pokok TMenanam pokok akan meningkatkan tahap oksigen di atmosfera dan mengurangkan karbon dioksida di udara melalui proses fotosintesisnya. Dengan ini kita akan dapat bekalan oksigen yang mencukupi untuk bernafas dan mampu mengelak pelbagai penyakit. Selain untuk bernafas, terdapat banyak faedah menanam pokok. Seperti kejadian kes pencemaran yang berlaku di Sungai Kim Kim, Johor, gelombang kedua yang berlaku disebabkan oleh pencemaran udara hasil lebihan sisa toksik yang tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Penduduk setempat mengalami sesak nafas yang kronik. Dengan menanam pokok-pokok, kadar pencemaran udara kemungkinan boleh dikurangkan. Selain karbon dioksida, pokok-pokok meresap gas lain seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang mampu membawa banyak penyakit kepada kita. Selain itu, dengan menanam pokok, kita dapat mengurangkan hakisan dan pencemaran air. Hal ini kerana pokok membantu melindungi kualiti air dengan menangkap, menyimpan dan menggunakan hujan. Ini mengurangkan jumlah air larian yang membawa pencemaran dari landskap dan ke sungai dan tasik berdekatan. Ia juga mengurangkan kadar dan isipadu air ribut yang mengalir melalui pembetung ribut tempatan. 11
TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PIHAKPIHAK BERKEPENTINGAN TINDAKAN DARIPADA INDIVIDU Pendidikan dan kesedaran TIndividu perlu bertanggunjawab dengan meningkatkan kesedaran akan kepentingan menjaga dan mengelakkan pencemaran alam sekitar melalui pendidikan. Umur tidak banyak mempengaruhi kesedaran dan sikap terhadap pencegahan dan pemuliharaan pencemaran. Namun begitu, tahap pendidikan amat mempengaruhi tahap kesedaran dan sikap masyarakat terhadap pencegahan dan pemuliharaan pencemaran.Hal ini merupakan nilai etika dan tanggungjawab individu. Melalui kesedaran ini, individu boleh membantu diri sendiri serta mampu menyebarkan kepentingan penjagaan dan langkah-langkah pemuliharaan alam sekitar. Sekiranya pemandu lori yang juga suspek utama kejadian di sungai kim kim Johor yang membuang sisa toksik mempunyai kesedaran dan pendidikan akan cara yang betul dalam membuang sisa toksik tersebut dan kesan dripada tindakannya, pencemaran tersebut dapat dielakkan. Kecuaian dan kurang kesedaran seorang telah mengakibatkan kemerosatan kepada ramai. Pendidikan atau kesedaran mengenai alam sekitar meningkatkan kesedaran dan menggalakkan sikap positif terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Selain tanggungjawab menjaga alam sekitar, kita saling dikait dengan alam sekitar. Maka, tindakan kita yang mengancam alam sekitar akan menjejaskan kehidupan kita juga pada masa akan datang. 12
TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN NGO turut memainkan peranan penting dalam mencegah dan mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Pihak NGO boleh menganjurkan kempen dan acara untuk mendidik orang ramai untuk lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kempen tersebut boleh dijalankan di sekolah, institusi pendidikan, tempat kerja dan tempat awam seperti hospital. TINDAKAN DARIPADA NGO Menjalakan kempen kesedaran Kempen ini juga boleh dianjurkan di Industri - Industri yang perlu melakukan pembuangan sisa toksik kilang. Inisiatif kempen - kempen ini boleh membantu memberi kesedaran serta pendidikan kepada orang awam, masyarakat dan organisasi-oeganisasi yang terlibat. Seperti kes pencemaran di Sungai Kim Kim Johor, terdapat beberapa pihak NGO melakukan kempen kesedaran di negeri Johor dan seluruh Malaysia. Inisiatif daripada pihak NGO berikut patutlah dicontohi kerana ia adalah tanggungjawab etika masyarakat terhadap alam sekitar. 13
TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN Selain daripada melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan , pihak NGO juga boleh bertindak dalam melaksanakan projek-projek pemuliharaan ekosistem yg terjejas akibat pencemaran. Sebagai contoh melakukan aktiviti sukarelawan dalam melaksanakan gotong-royong dan pembersihan. Dengan inisiatif ini, alam sekitar yang dicemari dapat dipulihkan. Tindakan pemuliharaan alam sekitar ini mampu menjamin akan kesejahteraan alam sekitar malah untuk jangka masa yang panjang. TINDAKAN DARIPADA NGO Projek pemuliharaan Tindakan NGO itu membantu mempercepatkan proses pembersihan malah boleh membantu mengurangkan bilangan orang yang terjejas. Tidak dinafikan NGO memainkan peranan penting dalam membantu melindungi alam sekitar kita malah tindakan dan inisiatif mereka juga memberi implikasi positif kepada alam sekitar dan mengelakkan pencemaran alam sekitar daripada berlaku. Selain itu, NGO juga boleh bekerjasama dengan pihak kerja dan pihak lain yang berkepentingan untuk bekerjasama dalam menangani isu ini. Sebagai contoh, berdasarkan isu pencemaran Sungai Kim Kim yang telah berlaku, NGO mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam melakukan aktiviti kesukarelawanan untuk membersihkan sisa toksik yang masih ada. 14
Konklusinya, pencemaran alam sekitar ini semakin hari semakin kronik. Isu ini sebenarnya, berpunca daripada kerakusan manusia sendiri dalammengejar pembangunan. Perbuatan manusia seperti ini terhadap alam sekitar, amatlah bahaya kepada semua hidupan di muka bumi ini. Kita sebagai manusia yang bertanggungjawab perlulah menghargai dan menyayangi ciptaan tuhan serta memeliharanya demi kelangsungangenerasi yang akandatang. Segala bentuk pembangunan perlu berlandaskan kesejahteraan alam. Kita harus bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak patut meletakkan masalah ini pada bahu pihak kerajaansemata-mata. Kerjasama yang erat antara manusia lebih bermakna dan hasilnya kelak sudah pasti akan memuaskanhati semua orang. Akhir kata, kesedaran menjaga alam sekitar perlu dipupuk dalam diri setiap orang sejak kecil lagi.Jika setiap pihak mengambil langkah yang proaktif persis mutiara kata, ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni, sudah pasti kemelutini dapat diatasi denganberkesan. KESIMPULAN 15
RUJUKAN Kesan Pencemaran Alam Sekitar.docx. (2023, April 9). SlideShare. https://www.slideshare.net/slideshow/k esan-pencemaran-alamsekitardocx/257257745 Asm. (2021, January 22). Lessons from Sungai Kim Kim, Pasir Gudang - Official Portal Academy of Sciences Malaysia. Official Portal Academy of Sciences Malaysia. https://www.akademisains.gov.my/asmpublication/lessons-from-sungai-kimkim-pasir-gudang/ Iktibar Bencana Sungai Kim Kim. (2019, April 8). Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). https://www.ikim.gov.my/index.php/201 9/04/08/iktibar-bencana-sungai-kimkim/ Pencemaran Alam (2017,Mac 20). http://smartpenggunabijak.blogspot.co m/2017/03/definisi-pencemaran-alamsekitar.html? m=1#:~:text=Pencemaran%20merupaka n%20kemasukan%20bahan%20pencem ar,ameniti%20dan%20kepenggunaan% 20alam%20sekitar. 16