The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN OLEK KITO 2.0 PPD SEREMBAN 2023 UPDATED1.docx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuntasn9, 2023-10-12 05:06:38

GARIS PANDUAN OLEK KITO 2.0 PPD SEREMBAN 2023 UPDATED1.docx

GARIS PANDUAN OLEK KITO 2.0 PPD SEREMBAN 2023 UPDATED1.docx

GARIS PANDUAN & SYARAT PERTANDINGAN PROGRAM OLEK KITO 2.0 (HARI TERBUKA PPD SEREMBAN) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN TAHUN 2023 Disediakan oleh: AHLI JAWATANKUASA, PERTUBUHAN TADIKA SWASTA NEGERI SEMBILAN (TUNTASN9) Berdasarkan format Pertandingan Karnival Tadika Swasta Peringkat Negeri oleh: JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023 0


PENGENALAN 1. Berikut adalah senarai pertandingan yang dipertandingkan. Bil Acara (Akan turut dipertandingkan di peringkat Negeri – Karnival Tadika Swasta Negeri Sembilan) 1 Nyanyian solo 2 Bicara Berirama 3 Kolaj 4 Mewarna Bil Acara (Tidak dipertandingkan di peringkat Negeri) 1 Fesyen Pakaian 2 Tarian Tradisional Penyertaan pertandingan adalah peserta berumur dari 4 tahun hingga 6 tahun yang berdaftar di tadika swasta. 2. Setiap daerah menghantar wakil ke peringkat negeri mengikut ketetapan berikut : BIL ACARA DAERAH / BILANGAN PENYERTAAN (L/P/TERBUKA) SEREMBAN A SEREMBAN B JEMPOL/ JELEBU PORT DICKSON TAMPIN KUALA PILAH REMBAU 1 NYANYIAN SOLO 2 peserta 2 peserta 2 peserta 2 peserta 2 peserta 2 peserta 2 peserta 2 BICARA BERIRAMA 1 kumpulan 1 kumpulan 1 kumpulan 1 kumpulan 1 kumpulan 1 kumpulan 1 kumpulan 3 KOLAJ 3 kumpulan 3 kumpulan 3 kumpulan 3 kumpulan 3 kumpulan 3 kumpulan 3 kumpulan 4 MEWARNA 15 peserta 15 peserta 15 peserta 15 peserta 15 peserta 15 peserta 15 peserta JUMLAH BESAR ORANG MURID * Dibenarkan bergabung dengan tadika lain dalam daerah yang sama. Bilangan peserta bagi acara kumpulan. Bicara Berirama : 9 + 1 orang Kolaj : 3 orang 3. Pemenang peringkat daerah akan layak bertanding di peringkat negeri. 4. Ibubapa digalakkan menghantar peserta ke lokasi pertandingan. Tarikh Acara Dipertandingkan 28 Oktober 2023 (Sabtu) Tarian Perpaduan, Kolaj & Fesyen 29 Oktober 2023 (Ahad) Bicara Berirama, Mewarna & Nyanyian Solo 1


SYARAT PERTANDINGAN A. NYANYIAN SOLO TEMA Tema nyanyian adalah BEBAS PAKAIAN PESERTA Pakaian peserta mestilah sempurna dan sopan. Aksesori tambahan dibenarkan. SUARA Penghakiman suara adalah daripada aspek kualiti ton, ketepatan pic, nada, frasa, sebutan, dinamik, keseimbangan dan harmoni. LAGU Setiap penyanyi solo dikehendaki mempersembahkan sebuah lagu sahaja. LIRIK 1. Peserta boleh menggunakan lirik yang sedia ada di pasaran. 2. Lirik lagu boleh menggunakan Bahasa Melayu ATAU Bahasa Inggeris secara sepenuhnya atau secara gabungan antara kedua-dua bahasa tersebut. Lirik BAHASA INDONESIA TIDAK DIBENARKAN. 3. Salinan lirik lagu perlu dibawa semasa pertandingan dan diserahkan kepada juri. PERSEMBAHAN 1. Persembahan penyanyi solo bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik (berdasarkan ketetapan yang ditentukan oleh juri). 2. Hanya pergerakan yang bersesuaian dengan lagu, lirik dan muzik yang disampaikan dan tidak keterlaluan dibenarkan. Pergerakan yang tidak keterlaluan bermaksud tiada unsur tarian dan unsur yang mengganggu sensitiviti masyarakat umum. 3. Setiap penyanyi solo dilarang mempersembahkan unsur puisi, sajak, pentomen dan seumpamanya dalam persembahan. MUZIK 1. Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara minus one. 2. Minus one perlu dibawa semasa pertandingan yang disimpan di dalam pen drive. 3. Peserta perlu memastikan minus one yang dibawa dalam format MP3. 4. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya minus one yang dibawa corrupt atau tidak boleh dimainkan. 2


MASA Setiap penyanyi solo diberi masa antara 3 hingga 5 minit sahaja untuk mempersembahkan lagu. 1. Masa dikira bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik (berdasarkan ketetapan yang ditentukan oleh juri). 2. Pemotongan markah berlaku sekiranya masa kurang atau lebih dari yang telah ditetapkan. PENILAIAN JURI Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut: Suara (50 markah) i.Ketepatan pic, nada dan frasa - 10 markah ii.Keseimbangan/harmoni - 10 markah iii.Dinamik - 10 markah iv.Kualiti ton - 10 markah v.Kejelasan sebutan - 10 markah Persembahan (50 markah) i.Koreografi - 15 markah ii.Ketepatan gaya - 10 markah iii.Pakaian dan aksesori - 08 markah iv.Ekspresi - 05 markah v.Bonus - 02 markah Keputusan pertandingan akan ditentukan sepenuhnya oleh panel juri yang telah dipilih dan bersifat muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 3


BORANG PENJURIAN NYANYIAN SOLO PROGRAM OLEK KITO 2.0 (HARI TERBUKA PPD SEREMBAN) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN TAHUN 2023 Nama peserta: Tajuk lagu: Suara (50 markah) Penilaian Persembahan ( 50 markah) Penilaian Ketepatan pic, nada dan frasa 10 markah Koreografi 15 markah Keseimbangan/harmoni 10 markah Ketepatan gaya 10 markah Dinamik 10 markah Pakaian dan Aksesori 8 markah Kualiti ton 10 markah Ekspresi 5 markah Kejelasan sebutan 10 markah Bonus 2 markah JUMLAH JUMLAH Jumlah Markah Nama Juri Tandatangan 4


B. BICARA BERIRAMA TEMA Tajuk bicara berirama yang disampaikan mestilah menepati tema yang telah ditetapkan iaitu “MALAYSIA MADANI”. JUMLAH PESERTA 1. Maksima peserta adalah 9 orang peserta dan seorang konduktor (9+1). 2. Minimum peserta adalah 4 orang peserta dan seorang konduktor. (4+1) BAHASA Penyampaian bicara berirama dibenarkan dalam BAHASA MELAYU sahaja. PERSEMBAHAN Tempoh persembahan adalah antara 4 hingga 6 minit. Markah akan dipotong sekiranya persembahan tidak mematuhi tempoh yang ditetapkan. PENILAIAN JURI Bahagian I : Kupasan bicara, susunan ujaran dan penceritaan (50 markah) Peserta akan diadili dari segi: i. Kupasan bicara berdasarkan tema yang jelas dan tepat - 20 markah ii. Kaedah penceritaan dan persembahan ujaran yang menarik - 15 markah iii. Susunan ujaran yang kemas dan mudah difahami - 15 markah Bahagian II: Penyampaian, persembahan, tatasusila penyampaian (45 markah) Peserta akan diadili dari segi: i. Gaya persembahan (kepelbagaian intonasi suara, kesan bunyi, Bahasa tubuh, mimik muka) – 20 markah ii. Ritma dan tempo – 10 markah iii. Penggunaan laras bahasa (ketepatan tatabahasa, tahap penggunaan bahasa, pengaplikasian bahasa baku) – 10 markah iv. Sebutan bahasa yang jelas – 5 markah Nota: 5 markah (maksimum) akan dipotong sekiranya menyentuh isu sensitif dan terdapat penggunaan gaya bahasa tubuh atau bahasa yang kurang sopan. 5


Bahagian III: Konduktor (5 markah) Peserta akan diadili dari segi kepemimpinan sepanjang persembahan, keselarasan gerak tangan dan tempo. Keputusan pertandingan akan ditentukan sepenuhnya oleh panel juri yang telah dipilih dan bersifat muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 6


BORANG PENJURIAN BICARA BERIRAMA PROGRAM OLEK KITO 2.0 (HARI TERBUKA PPD SEREMBAN) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN TAHUN 2023 NOMBOR PESERTA : ……………………………… Bahagian I : Kupasan bicara, susunan ujaran dan penceritaan (50 markah) Penilaian BIL PERKARA MARKAH 1 Kupasan bicara berdasarkan tema 20 2 Kaedah penceritaan dan persembahan ujaran 15 3 Susunan ujaran 15 Bahagian II: Penyampaian, persembahan, tatasusila penyampaian (45 markah) Penilaian BIL PERKARA MARKAH 1 Gaya persembahan 20 2 Ritma dan tempo 10 3 Laras bahasa 10 4 Sebutan 5 Bahagian III: Konduktor (5 markah) Penilaian 1 Peserta akan diadili dari segi kepemimpinan sepanjang persembahan, keselarasan gerak tangan dan tempo. 5 JUMLAH KESELURUHAN 100 Jumlah Markah Nama Juri Tandatangan 7


C. KOLAJ TEMA Setiap pasukan akan di berikan 1 helai kertas saiz A3 bergambar Flora dan Fauna yang disediakan oleh pihak penganjur. JUMLAH PESERTA 1. Pertandingan adalah secara berpasukan. 2. Setiap pasukan terdiri daripada 3 peserta. 3. Pasukan dikehendaki bekerjasama menampal dan gam dengan menggunakan teknik kolaj BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIBAWA PESERTA 1. Peserta perlu menyediakan bahan kolaj sendiri mengikut kreativiti peserta sama ada daripada a. bahan terbuang seperti kertas surat khabar, majalah, kotak atau plastik b. bahan daripada bahan semula jadi seperti kapas atau daun *Nota : pastikan bahan kolaj mudah digam. 2. Peserta juga perlu membawa sendiri keperluan seperti berikut : a. Gam b. Gunting c. Pensil d. Pembaris e. Tisu *Nota : Peralatan lain (tikar, meja dll) yang difikirkan perlu. Pisau dan peralatan tajam yang bahaya TIDAK DIBENARKAN. MASA Setiap pasukan akan diberikan tempoh masa 1 jam 30 minit untuk mempersembahkan hasil masing-masing. KRITERIA PEMARKAHAN Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut : a) Kekemasan, - 25 markah b) Kreativiti - 25 markah c) Menepati Syarat Bahan Yang Digunakan - 25 markah d) Kesesuaian Warna/ Bahan Dengan Tema - 25 markah Keputusan pertandingan akan ditentukan sepenuhnya oleh panel juri yang telah dipilih dan bersifat muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 8


BORANG PENJURIAN KOLAJ PROGRAM OLEK KITO 2.0 (HARI TERBUKA PPD SEREMBAN) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN TAHUN 2023 NAMA PESERTA 1. 2. 3. TADIKA KRITERIA MARKAH PENILAIAN Kekemasan 25 Kreativiti 25 Menepati Syarat Bahan Yang Digunakan 25 Kesesuaian Warna/ Bahan Dengan Tema 25 Jumlah 100 Jumlah Markah Nama Juri Tandatangan 9


D. MEWARNA BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIBAWA PESERTA 1. Peserta akan diberikan satu cetakan kosong bergambar bersaiz A4 dengan tema Keselamatan Jalan Raya. 2. Peserta perlu membawa sendiri pensil warna. 3. Peserta dibenarkan membawa meja kecil dan kerusi untuk memudahkan peserta mewarna. 4. Ibu bapa dilarang sama sekali membantu peserta sama ada dari dalam atau dari luar kawasan penyertaan. 5. Penyertaan kanak-kanak akan dibatalkan sekiranya tidak mematuhi arahan. 6. Kreativiti dan kekemasan di utamakan. 7. Setiap peserta hanya layak untuk satu kertas untuk mewarna sahaja. MASA Setiap pasukan akan diberikan tempoh masa 1 jam 30 minit untuk mempersembahkan hasil masing-masing. KRITERIA PEMARKAHAN 1. Kualiti produk mewarna secara keseluruhan - 20 markah 2. Kreativiti - 45 markah 3. Kebersihan dan kekemasan - 20 markah 4. Ketepatan warna yang digunakan - 15 markah Keputusan pertandingan akan ditentukan sepenuhnya oleh panel juri yang telah dipilih dan bersifat muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 10


BORANG PENJURIAN PERTANDINGAN MEWARNA PROGRAM OLEK KITO 2.0 (HARI TERBUKA PPD SEREMBAN) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN TAHUN 2023 NAMA PESERTA TADIKA DAERAH KRITERIA MARKAH PENILAIAN Kualiti produk mewarna secara keseluruhan 20 Kreativiti 45 Kebersihan dan kekemasan 20 Ketepatan warna yang digunakan 15 Jumlah 100 Jumlah Markah Nama Juri Tandatangan 11


ACARA TAMBAHAN YANG DIADAKAN DI PERINGKAT DAERAH SEREMBAN (TIDAK DIPERTANDINGKAN DI PERINGKAT NEGERI) SYARAT PERTANDINGAN A. FESYEN PAKAIAN TEMA Tema fesyen adalah BEBAS PENYERTAAN Terbuka kepada kanak-kanak tadika swasta berumur 4 hingga 6 tahun PERSEMBAHAN 1. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kemalangan sebelum, semasa dan selepas pertandingan. 2. Juri berhak memotong markah mana-mana peserta pertandingan yang tidak mengikut tema yang ditetapkan. 3. Lagu dan muzik iringan akan disediakan oleh pihak penganjur. 4. Penggunaan props mestilah tidak berbahaya dan bersesuaian. 5. Pihak tadika perlu menyediakan skrip berkaitan fesyen yang diperagakan tidak melebihi 50 patah perkataan secara bertaip (font Arial saiz 12, jarak 1.5 dan diserahkan semasa pendaftaran) MASA Masa yang diperuntukkan ialah minimum 2 dan maksimum 3 minit PAKAIAN PESERTA 1. Peralatan dan pakaian adalah tanggungan sendiri atau pihak tadika. 2. Ketetapan tema pakaian yang dipakai, kreativiti persembahan, gaya peragaan dan elemen penerokaan juga diambil kira dalam pemarkahan. 3. Pakaian dan aksesori hendaklah bersesuaian dan sopan. PENILAIAN JURI Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut: Persembahan (100 markah) i.Busana/pakaian - 30 markah ii.Tatarias - 20 markah iii.Kreativiti - 20 markah iv.Kesantunan dan keyakinan - 15 markah v.Penggayaan - 15 markah Keputusan pertandingan akan ditentukan sepenuhnya oleh panel juri yang telah dipilih dan bersifat muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 12


BORANG PENJURIAN FESYEN PAKAIAN PROGRAM OLEK KITO 2.0 (HARI TERBUKA PPD SEREMBAN) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN TAHUN 2023 Persembahan ( 100 markah) Penilaian Busana/pakaian 30 markah Tatarias 20 markah Kreativiti 20 markah Kesantunan dan Keyakinan 15 markah Penggayaan 15 markah JUMLAH Jumlah Markah Nama Juri Tandatangan 13 Nama peserta:


B. TARIAN TRADISIONAL TEMA : Tema tarian adalah perpaduan PENYERTAAN 1. Terbuka kepada kanak-kanak tadika swasta berumur 4 hingga 6 tahun. 2. Penyertaan secara berkumpulan yang terdiri daripada 8 orang. 3. Peserta boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran. LAGU/IRINGAN MUZIK 1. Lagu berbentuk medley. 2. Lagu dan muzik iringan bersesuaian dengan tema. 3. Instrumental atau muzik yang mengandungi suara adalah dibenarkan. 4. Minus one perlu dibawa semasa pertandingan yang dibawa dalam format MP3 dan disimpan di dalam pen drive. 5. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya lagu yang dibawa corrupt atau tidak boleh dimainkan. PERSEMBAHAN 1. Peserta hendaklah mempamerkan tarian rakyat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 3 kaum yang ada di Malaysia dalam bentuk medley. 2. Tarian yang tidak keterlaluan bermaksud tiada unsur tarian yang mengganggu sensitiviti masyarakat umum. MASA 1. Setiap persembahan diberi masa antara 5 sehingga 8 minit sahaja untuk mempersembahkan tarian 2. Masa dikira bermula daripada mula muzik hinggalah berakhir muzik (berdasarkan ketetapan yang ditentukan oleh juri) 3. Pemotongan markah berlaku sekiranya masa kurang atau lebih dari yang telah ditetapkan PAKAIAN PESERTA 1. Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah bersesuaian dan sopan. 2. Props yang digunakan mestilah tidak berbahaya dan bersesuaian. PENILAIAN JURI Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian aspek berikut. i.Koreografi - 30 markah ii.Teknik tari dan koordinasi muzik - 25 markah iii.Kesantunan dan ketepatan - 20 markah iv.Pola lantai - 15 markah v.Busana dan tata rias - 10 markah Keputusan pertandingan akan ditentukan sepenuhnya oleh panel juri yang telah dipilih dan bersifat muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. BORANG PENJURIAN 14


TARIAN TRADISIONAL PROGRAM OLEK KITO 2.0 (HARI TERBUKA PPD SEREMBAN) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN TAHUN 2023 TADIKA KRITERIA MARKAH PENILAIAN Koreografi 30 Teknik tari dan koordinasi muzik 25 Kesantunan dan ketepatan 20 Pola lantai 15 Busana dan tatarias 10 JUMLAH 100 Jumlah Markah Nama Juri Tandatangan 15


Click to View FlipBook Version