Panduan ini dibina sebagai panduan kepada ibubapa/
penjaga, guru, serta Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
untuk melatih murid-murid berkeperluan khas (MBK)
menggunakan tandas di sekolah dan di rumah.
Jadual latihan dan gambar juga disediakan bersama
panduan ini
PUSAT PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS KELANTAN
SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Terima kasih kerana berminat menggunakan bahan aktiviti ini. Bahan ini boleh digunakan dan
disebarluas namun penggunaan bahan ini yang melibatkan perjualan adalah dilarang sama sekali dan
tidak mendapat kebenaran penulis.
Sebarang cadangan penambahbaikan atau persoalan boleh diajukan ke emel [email protected].
.
Bahan ini disediakan oleh:
Siti Wan Aminah binti Wan Norudin (Psikologi Pendidikan)
Siti Nasuhah bnti Razman (Terapi Carakerja)
16 Mei 2020.
BAHAGIAN 1
PANDUAN BAGI GURU DAN PEMBANTU
PENGURUSAN MURID DI SEKOLAH
Latihan menggunakan tandas
PANDUAN BERLATIH MENGGUNAKAN TANDAS
UNTUK MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
Pendahuluan
Latihan menggunakan tandas boleh menjadi perkara yang sukar untuk murid-murid
berkeperluan khas (MBK) seperti autisme. Ia memerlukan pelaburan awal yang besar dari
segi masa daripada ibu bapa, guru, dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM).
Murid-murid mempunyai kesediaan yang berbeza untuk memulakan latihan
menggunakan tandas dan kebanyakan murid-murid autisme belajar untuk membuang air
kecil dan besar pada usia yang sedikit lewat dari murid-murid tipikal (Tsai, Stewart, &
August, 1981). Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan latihan ke tandas
menjadi perkara yang sukar kepada MBK. Antaranya:
1. Fizikal: Terdapat kemungkinan masalah fizikal atau masalah perubatan yang
menyebabkan latihan menggunakan tandas menjadi kesukaran untuk MBK.
Sekiranya guru atau PPM mengesyaki terdapat masalah perubatan yang
menyebabkan kesukaran untuk murid membuang air besar atau kecil, maklumkan
kepada ibu bapa atau penjaga murid agar merujuk kepada doktor untuk
pemeriksaan perubatan.
2. Pakaian: Ada murid-murid yang mengalami kesukaran untuk
menanggalkan atau memakai kembali seluar.
3. Kiu badan: Ada murid-murid yang tidak sedar mereka perlu ke tandas walaupun
seluar mereka telah basah.
4. Takut: Ada juga murid-murid yang takut untuk duduk di atas tempat duduk tandas
atau mendengar bunyi flush air.
5. Bahasa: Murid-murid autisme mengalami kesukaran dalam pemahaman dan
pertuturan bahasa. Jangan jangkakan mereka akan minta untuk ke tandas.
6. Keperluan rutin: Ramai murid-murid autisme mempunyai cara mereka sendiri
untuk membuang air kecil dan besar mengikut kebiasaan mereka sendiri walaupun
cara tersebut mungkin tidak sesuai. Memperkenalkan rutin baharu boleh menjadi
pengajaran yang sukar untuk mereka.
2
Latihan menggunakan tandas
Berikut merupakan petanda umum murid-murid bersedia untuk latihan menggunakan
tandas:
1. Murid-murid menunjukkan rasa tidak selesa ketika basah atau kotor.
2. Murid-murid boleh kekal kering untuk sekurang-kurangnya selama 2 jam.
3. Murid-murid boleh rasa/ menunjukkan reaksi untuk membuang air kecil atau besar.
4. Murid-murid tiada halangan untuk pergi ke tandas, iaitu boleh berjalan untuk ke
tandas.
5. Murid-murid boleh membuka dan memakai baju dan seluar dengan sendiri.
Berikut merupakan prasyarat umum sebelum memulakan latihan menggunakan tandas
kepada murid-murid:
1. Murid-murid harus selesa dan tidak takut untuk berada di tandas.
2. Latih murid untuk duduk pada tandas duduk dengan selesa.
3. Bagi sesetengah murid-murid, tempat duduk pada tandas duduk mungkin terlalu
besar. Akibatnya, mereka mungkin berasa takut akan tergelincir dari lubang itu.
Untuk mengelakkan ini, gunakan alat duduk kanak-kanak untuk diletakkan di atas
tempat duduk biasa.
Rajah 1. Contoh tempat duduk tambahan.
3
Latihan menggunakan tandas
Berikut cadangan pelaksanaan latihan menggunakan tandas di sekolah:
1. Buat perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga murid mengenai latihan
menggunakan tandas di sekolah. Ibu bapa perlu maklum agar ibu bapa/ penjaga
juga memulakan latihan menggunakan tandas di rumah.
2. Ceritakan mengenai latihan menggunakan tandas menggunakan ‘social story’
(rujuk lampiran 1) kepada murid secara individu agar murid memahami apa
yang akan dilakukan semasa latihan menggunakan tandas.
3. Pastikan murid tidak memakai lampin ketika berlatih menggunakan tandas.
4. Tetapkan berapa kali kali lawatan ke tandas untuk sehari semasa murid berada di
sekolah, contohnya 4 kali lawatan ke tandas semasa di sekolah. Pada permulaan,
‘lawatan’ ke tandas adalah singkat (sekurang-kurangnya 5 saat) dan seterusnya
masa ‘lawatan’ dipanjangkan contohnya, berada di tandas sehingga 10 minit).
Dokumenkan rutin lawatan ke tandas seperti di lampiran 2.
5. Perkara yang perlu dilakukan semasa ‘lawatan’ ini adalah meminta murid duduk
di atas bekas najis/ lubang najis. Benarkan murid untuk keluar daripada tandas
sejurus dia membuang air kecil/ besar.
6. Jangan tanya. Bagitahu. Bagitahu dan bawa murid ke tandas. Jangan tunggu
untuk murid memberitahu bahawa dia perlu menggunakan tandas atau berkata
‘ya’ untuk ke tandas.
7. Jadikan latihan menggunakan tandas sebagai sebahagian daripada rutin harian di
sekolah. Buat jadual dan tetapkan masa yang sama untuk digunakan setiap hari.
8. Guna ayat yang ringkas sebagai arahan murid perlu menggunakan tandas.
Isyarat badan atau gambar akan lebih membantu murid-murid memahami
bahasa yang merujuk kepada penggunaan tandas.
9. Teruskan mencuba. Ada orang mengatakan untuk sesuatu perkara menjadi
rutin, ia mengambil masa selama 3 minggu. Sebaik-baiknya, latihan
menggunakan tandas perlu konsisten setiap hari agar pemahaman murid boleh
dibina dengan dengan baik.
10. Buat jadual visual seperti pada contoh di lampiran 3. Gambar boleh membantu
murid menjangkakan apa yang perlu dibuat semasa latihan menggunakan
tandas.
11. Kenalpasti ganjaran. Fikirkan satu benda yang mudah untuk diberikan
kepada murid anda sejurus dia berjaya membuang air kecil/ besar di dalam
tandas seperti makanan kegemaran murid.
4
Latihan menggunakan tandas
12. Selepas murid anda berjaya, terus berikan ganjaran namun jika dia tidak
berjaya, jangan berikan ganjaran. Ganjaran tersebut perlulah spesifik dan
hanya diberikan apabila dia berjaya membuang air kecil/ besar di dalam
tandas.
Berikut adalah tips untuk meningkatkan kejayaan murid menggunakan tandas.
1. Dokumenkan rutin latihan murid menggunakan tandas pada jadual. Contoh
jadual boleh dilihat pada muka surat 7 dan 8. Berdasarkan jadual, guru atau PPM
boleh menilai kekerapan murid membuang air kecil/ besar.
2. Gunakan analisis tugasan pada muka surat 6 untuk menilai perkembangan murid
dalam latihan menggunakan tandas.
3. Dapatkan maklumat diet/ corak pemakanan murid di rumah. Sedikit perubahan
dalam rutin pemakanan seperti penambahan pemgambilan minuman dan makanan
berfiber seperti produk gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran boleh
menambahkan keperluan untuk penggunaan tandas.
4. Pastikan keadaan tandas adalah selesa untuk murid. Sekiranya murid tidak mahu
duduk di atas mangkuk tandas, gunakan bekas najis. Murid perlu tahu tempat
duduk untuk membuang air kecil/ besar.
5. Fikirkan tentang keperluan sensori murid. Adakah murid yang menjalani latihan
menggunakan tandas mempunyai sensitiviti dengan bunyi atau benda yang terdapat
di dalam tandas seperti lampu yang tidak terang? Jika ya, tukar atau buang barang
tersebut.
6. Gunakan jadual visual seperti yang disediakan di lampiran. Terangkan kepada
murid dan tampal pada dinding tandas.Laminate gambar tersebut agar tahan lama.
7. Gunakan ganjaran yang digemari murid anda dan hanya berikan ganjaran tersebut
apabila dia berjaya membuang air kecil/ besar di dalam tandas.
5
Latihan menggunakan tandas
ANALISIS TUGASAN BERLATIH MENGGUNAKAN TANDAS DI SEKOLAH
Nama murid: _________________________________ Umur: ____________
Catatkan pada ruang di bawah tarikh latihan dijalankan dan pantau perkembangan setiap
minggu untuk menilai perkembangan murid.
Bil. Perkara Tarikh
1 Murid duduk di atas bekas najis
selama 2-3 minit.
2 Murid membuang air kecil ke
dalam bekas najis/ tandas.
3 Murid menunjukkan bila dia
perlu pergi ke tandas.
4 Murid pergi ke tandas
sendirian bila perlu tanpa
peringatan.
5 Murid menjirus tandas/
tempat
membuang air kecil/ besar)
dengan air sendiri, tanpa
peringatan.
6 Murid boleh membasuh alat
kemaluan selepas membuang
air kecil dengan air dengan
pemantauan orang dewasa.
7 Murid boleh membasuh alat
kemaluan selepas membuang
air kecil dengan sendiri.
8 Murid boleh menggunakan
tandas untuk membuang air
kecil/ besar tanpa bantuan.
6
Latihan menggunakan tandas
CONTOH REKOD LATIHAN MENGGUNAKAN TANDAS
Nama : Ahmad bin Ali
Umur : 8 tahun
Tarikh mula : 1 Mac 2020
Berjaya : Murid membuang air kecil/ besar di tandas.
Tidak berjaya : Murid tidak membuang air kecil/ besar di tandas.
Accident : Murid membuang air kecil/ besar bukan di tandas.
Tarikh Masa Tempoh Pilih satu Meminta Catatan
5 Mac masa di untuk ke
tandas Berjaya Tidak Accident tandas
berjaya Ya Tidak
/
8 pagi 10 minit / /
10 minit / /
9 pagi 10 minit /
10.30 10 minit / /
pagi 10 minit / /
11 pagi
12 t.hari
7
Latihan menggunakan tandas
REKOD LATIHAN MENGGUNAKAN TANDAS DI SEKOLAH
Nama : _____________________
Umur : _____________________
Tarikh mula : _____________________
Berjaya : Anak membuang air kecil/ besar di tandas.
Tidak berjaya : Anak tidak membuang air kecil/ besar di tandas.
Accident : Anak membuang air kecil/ besar bukan di tandas.
Tarikh Masa Tempoh Pilih satu Meminta Catatan
masa di untuk ke
tandas Berjaya Tidak Accident tandas
berjaya Ya Tidak
8
Latihan menggunakan tandas
BAHAGIAN 2
PANDUAN UNTUK IBU BAPA
MELAKSANAKAN LATIHAN MENGGUNAKAN TANDAS DI RUMAH
9
Latihan menggunakan tandas
PANDUAN LATIHAN MENGGUNAKAN TANDAS DI RUMAH
Latihan menggunakan tandas boleh menjadi perkara yang sukar untuk kanak-kanak
berkeperluan khas seperti autisme. Ia memerlukan pelaburan awal yang besar dari segi masa
daripada ibu bapa/ guru. Ibu bapa perlu bersedia dari segi emosi dan masa untuk melakukan
perkara ini. Sekiranya anda amat sibuk, tunggulah sehingga anda mempunyai lebih banyak
masa sebelum memulakan prosedur latihan kepada anak anda.
KESEDIAAN ANAK
Fizikal Bahasa
Jika anak ada masalah fizikal atau Majoriti kanak-kanak autisme
masalah perubatan yang menyebabkan mengalami kesukaran dalam
pemahaman dan pertuturan bahasa.
latihan ke tandas sukar, Berbincang Jangan jangkakan mereka akan minta
dengan doktor anda terlebih dahulu.
untuk ke tandas.
Emosi Keperluan Rutin
Ada juga kanak-kanak yang takut Ibubapa perlu memperkenalkan rutin
untuk duduk di atas tempat duduk ke tandas secara berperingkat bagi
tandas atau mendengar bunyi flush air. membiasakan anak.
PETANDA UMUM ANAK SUDAH BERSEDIA
Anak rasa tidak selesa ketika basah dan kotor.
Anak boleh kekal kering sekurang-kurangnya 2 jam.
Anak menunjukkan reaksi ketika buang air
kecil/besar.
Anak tiada halangan ke tandas.
Anak boleh membuka baju dan/atau seluar sendiri.
10
Latihan menggunakan tandas
TIPS
Dokumenkan rutin anak Gunakan seluar dalam. Pantau pemakanan anak.
dalam jadual (rujuk Pertambahan fibre dan
contoh jadual) . air akan ubah jadual ke
tandas.
Penuhi keperluan sensori Pastikan tandas selesa
anak. Jika anak sensitif untuk anak. Guna bekas
dengan cahaya, tukar najis/tangga ke mangkuk
lampu.
tandas jika perlu.
JOM MULA!
Tetapkan lawatan ke tandas 6 kali sehari. Minta anak untuk duduk di bekas najis/lubang najis.
Jangan tanya. Terus beritahu dan bawa anak ke tandas.
Jadikan ke tandas rutin yang berjadual. Rekodkan seperti di muka surat 13 dan 14.
Guna arahan ringkas, gambar dan isyarat badan.
Konsisten dengan latihan.
Guna jadual visual (rujuk lampiran) untuk bantu pemahaman anak.
Berikan ganjaran ringkas jika anak berjaya membuang air kecil/besar di tandas.
Rajah 1. Contoh tempat duduk tambahan. 11
Latihan menggunakan tandas
ANALISIS TUGASAN BERLATIH MENGGUNAKAN TANDAS DI RUMAH
Nama anak: _________________________________ Umur: ____________
Catatkan pada ruang di bawah tarikh latihan dijalankan dan pantau perkembangan setiap
minggu untuk menilai perkembangan anak.
Bil. Perkara Tarikh
1 Anak duduk di atas bekas najis
selama 2-3 minit.
2 Anak membuang air kecil ke
dalam bekas najis/ tandas.
3 Anak menunjukkan bila dia
perlu pergi ke tandas.
4 Anak pergi ke tandas sendirian
bila perlu tanpa peringatan.
5 Anak menjirus tandas/ tempat
membuang air kecil/ besar)
dengan air sendiri, tanpa
peringatan.
6 Anak boleh membasuh alat
kemaluan selepas membuang
air kecil dengan air dengan
pemantauan orang dewasa.
7 Anak boleh membasuh alat
kemaluan selepas membuang
air kecil dengan sendiri.
8 Anak boleh menggunakan
tandas untuk membuang air
kecil/ besar tanpa bantuan.
12
Latihan menggunakan tandas
CONTOH REKOD LATIHAN MENGGUNAKAN TANDAS DI RUMAH
Nama : Ahmad bin Ali
Umur : 8 tahun
Tarikh mula : 1 Mac 2020
Berjaya : Anak membuang air kecil/ besar di tandas.
Tidak berjaya : Anak tidak membuang air kecil/ besar di tandas.
Accident : Anak membuang air kecil/ besar bukan di tandas.
Tarikh Masa Tempoh Pilih satu Meminta Catatan
5 Mac masa di untuk ke
tandas Berjaya Tidak Accident tandas
berjaya Ya Tidak
/
8 pagi 10 minit / /
10 minit / /
9 pagi 10 minit /
10.30 10 minit / /
pagi 10 minit / /
11 pagi
12 t.hari
13
Latihan menggunakan tandas
REKOD LATIHAN MENGGUNAKAN TANDAS DI RUMAH
Nama : _____________________
Umur : _____________________
Tarikh mula : _____________________
Berjaya : Anak membuang air kecil/ besar di tandas.
Tidak berjaya : Anak tidak membuang air kecil/ besar di tandas.
Accident : Anak membuang air kecil/ besar bukan di tandas.
Tarikh Masa Tempoh Pilih satu Meminta Catatan
masa di untuk ke
tandas Berjaya Tidak Accident tandas
berjaya Ya Tidak
14
SENARAI RUJUKAN
Buku
1. Deller, Robert. (1991). Panduan Kurikulum untuk mengajar murid-murid
kelewatan perkembangan. Edisi Bahasa Malaysia Julai 2013. Kuala Lumpur:
Malaysian Care.
Website
1. http://www.myhealth.gov.my/latihan-ke-tandas/
2. https://www.autismspeaks.org/tool-kit/atnair-p-toilet-training-guide
3. https://iautism.my/resources/
15
LAMPIRAN
Kad gambar menggunakan tandas
Cerita sosial latihan menggunakan tandas
16
Tanggalkan seluar dalam dan seluar Lap dengan tisu
1 5
Duduk dan cuba kencing/ berak Tekan pam air
2 6
Cuci dengan air sehingga bersih Basuh tangan dengan sabun sehingga bersih
3 7
Ambil tisu Yeah, saya berjaya!
4 8
Sumber bahasn/ ilustrasi : Permata Kurnia
Disediakan oleh : Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Kelantan, Sektor Pendidikan Khas JPN Kelantan.
Tanggalkan seluar dalam dan seluar Lap dengan tisu
1 5
Duduk dan cuba kencing/ berak Tekan pam air
2 6
Cuci dengan air sehingga bersih Basuh tangan dengan sabun sehingga bersih
3 7
Ambil tisu Yeah, saya berjaya!
4 8
Sumber bahasn/ ilustrasi : Permata Kurnia
Disediakan oleh : Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Kelantan, Sektor Pendidikan Khas JPN Kelantan.
CERITA SOSIAL LATIHAN MENGGUNAKAN TANDAS
2
3
4
5
6
7