The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minit Mesyuarat Program Bil 3 BARU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Syuhada, 2021-11-21 19:14:13

MINIT MESYUARAT BIL 3

Minit Mesyuarat Program Bil 3 BARU

Lampiran 4
BKU-05-04

MINIT MESYUARAT
PROGRAM TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN

BIL. 3 TAHUN 2021

Tarikh : 20 Jun 2021
Masa : 4.00 – 6.00 Petang
Tempat :
Secara Atas Talian

KEHADIRAN :

Bil. Nama Jawatan

1. Ts. SURIYAH BINTI HASSAN KETUA JABATAN

2. MASTURA BINTI MD HASSAN KETUA PROGRAM

3. NURUL SYUHADA BINTI MAZLINA PENSYARAH

4. SITI ZULAIKHA BINTI ADNAN PENSYARAH

5. NUR SYAFIQAH BINTI HASHIM PENSYARAH

6. MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN DZULKRINAIN PENSYARAH

7. NURUL SYAZA BINTI ROSLI PENSYARAH

8. YUSSALINA BINTI MOHD YUSOP PENSYARAH

9. NAJIHA BINTI HUSSEIN PENSYARAH

10. MOHD HAFIZ BIN MUSTAFA PENSYARAH

11. MOHAMAD NOOR FAHMI RUZAINI BIN MD YUSOFF PENSYARAH

12. MUHAMMAD AMEEN BIN ATAN PENSYARAH

TURUT HADIR :

Bil. Nama Jawatan
Jawatan
1
TIDAK HADIR (dengan kenyataan) :

Bil. Nama

1

TIDAK HADIR (tanpa kenyataan) : Jawatan
Bil. Nama
1 -TIADA-

1

Lampiran 4
BKU-05-04

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Puan Mastura binti Md Hassan mengucapkan selamat datang kepada semua
pensyarah ke mesyuarat program Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan
Aplikasi Web Bil 3 / 2021. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al fatihah.

1.2 Puan Mastura binti Md Hassan juga turut menerangkan tentang agenda mesyuarat iaitu
pengesahan minit Mesyuarat Program Bil 2/Tahun 2021, Perbentangan CLORR
Semester 2 dan Sem 4, Kurikulum Baharu bagi Tahun 2021 dan juga hal – hal lain.

1.3 Beliau turut memaklumkan tentang tentatif bagi mesyuarat yang diadakan pada kali ini.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 2 TAHUN 2021
Pencadang : Puan Yussalina binti Mohd Yusop
Penyokong : Puan Najiha binti Hussein
Pindaan : Tiada

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

- Tiada -

4. ISU –ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 Kaedah Pelaksanaan Pentaksiran Berterusan Secara Atas Talian

4.1.1 Puan Mastura binti Md Hassan menjelaskan bahawa jika mengikut takwim yang
4.1.2 telah disediakan. Sijil Vokasional Malaysia telah berada pada minggu ke 10
4.1.3 pembelajaran. Manakal Diploma Vokasional Malaysia pada minggu ke 8
pembelajaran. Beliau turut menyatakan bahawa jika mengikut Rancangan Sesi
Latihan (RSL) dan Perancangan Kursus (CO) akan terdapat Pentaksiran
Berterusan (PB) yang perlu dilaksanakan mengikut perancangan.
Puan Yussalina binti Mohd Yusop melaporkan pelaksanaan pentaksiran
berterusan telah berjaya dilaksanakan bagi kursus DKA 1253 dan DKA 3212
ialah satu teori dan satu portfolio. Manakala bagi pelaksanaan amali pula
memerlukan pelajar untuk menggunakan wordpress dan plug-in secara atas
talian. Oleh itu, beliau memaklumkan pelajar diberi masa selama 24 jam untuk
menyiapkan amali. Selain daripada itu, beliau juga turut memaklumkan hanya
terdapat dua baki pentaksiran berterusan amali yang belum di laksanakan.
Puan Nurul Syuhada binti Mazlina melaporkan bagi kursus KPD 1043 Principles
and Practice in Database pentaksiran berterusan yang telah dilaksanakan
kepada kelas 1KPD1 dan 1KPD2 adalah satu teori dan satu amali. Kaedah
yang dilaksanakan untuk teori adalah pelajar diberi masa selama satu jam untuk
menjawab soalan yang diberikan dan memuat naik jawapan yang dibuat ke
dalam google classroom. Manakala untuk amali pula, pelajar diberi pilihan
untuk menjawab secara bertulis iaitu menggunakan pen dan kertas atau

2

Lampiran 4
BKU-05-04

4.1.4 menggunakan komputer bagi yang mempunyai komputer riba kerana amali ini
4.1.5 melibatkan lakaran Entity Relationship Diagram.
4.1.6 Puan Nurul Syuhada binti Mazlina turut memaklumkan untuk amali yang
4.1.7 seterusnya pelajar akan melaksanakan secara berkumpulan. Hal ini bertujuan
4.1.8 untuk membantu pelajar yang tidak mempunyai kemudahan komputer riba bagi
melaksanakan arahan Structure Query Language (SQL). Puan Mastura binti
Md Hassan memaklumkan kepada Puan Nurul Syuhada untuk mengubah
Borang Permarkahan Amali (BPA) bagi amali terbabit untuk disesuaikan
mengikut situasi semasa pentaksiran.
Encik Mohd Hafiz bin Mustafa melaporkan bagi kursus KPD 1033, terdapat
pelajar dari kelas 1KPD 1 dan 1KPD2 yang tidak mempunyai komputer riba
untuk membuat amali dan tugasan yang diberikan. Manakala untuk Pentaksiran
Berterusan teori pelajar telah menjawab diatas kertas kosong dan kemudian
pelajar memuat naik ke dalam google classroom yang disediakan. Puan
Mastura binti Md Hassan memberi respon dengan mengatakan kaedah yang
digunakan itu boleh diguna pakai dan pastikan eveden jawapan pelajar di cetak
untuk penandaan.
Encik Mohd Hafiz bin Mustafa turut melaporkan bagi kursus KPD 1013 kaedah
amali yang perlu dilaksanakan oleh pelajar adalah menghasilkan carta Gantt.
Pelajar akan diberi tugasan secara berkumpulan atau amali tersebut akan
dilaksanakan selepas sesi persekolahan dibuka kembali. Ts. Suriyah binti
Hassan memberi pandangan dengan menyatakan supaya pelajar yang tidak
mempunyai komputer riba digandingkan dengan pelajar yang mempunyai
komputer riba agar pelaksanaan amali dapat dilaksanakan secara atas talian
kerana tidak pasti status sesi persekolahan bila akan dibuka.
Manakala bagi kursus KPD 3033, Encik Mohd Hafiz bin Mustafa memaklumkan
semua pentaksiran berterusan telah siap dilaksanakan kecuali bagi amali
kompetensi 1 dan kompetensi 2 yang memerlukan pelaksanaan dilaksanakan
di makmal komputer. Hal ini kerana terdapat penggunaan perisian HFS. Beliau
turut memaklumkan jika sesi persekolahan masih tidak akan dibuka sehingga
akhir semester, beliau akan menggunakan kaedah secara manual iaitu dengan
pelajar bercerita kaedah untuk menggunakan HFS.
Puan Najiha binti Hussein memberikan pandangan untuk pelaksanaan amali
menggunakan kaedah temuduga sepertimana pelaksanaan Penilaian Akhir
SKM secara online dapat dilaksanakan dengan menggunakan platform seperti
google meet, telegram atau whatsapp. Termasuk jam penilaian yang telah
ditetapkan. Dan beliau turut bertanyakan adakah boleh dilaksanakan kepada
pelajar kaedah tersebut. Ts. Suriyah binti Hassan memaklumkan bahawa jika
terdapat penukaran pada jumlah jam penilaian perlu di minitkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa Akademik ataupun pengurusan kolej sebelum

3

Lampiran 4
BKU-05-04

dilaksanakan terutamanya pada peringkat Diploma kerana ianya melibatkan
SLT.
4.1.9 Puan Siti Zulaikha binti Adnan melaporkan bagi kursus KPD 1033 pelajar telah
selesai menjawab dua pentaksiran berterusan teori dan masih terdapat tiga
amali yang belum dilaksanakan. Oleh itu, beliau meminta pandangan apakah
perisian lain yang bersesuaian digunakan untuk melaksanakan amali bagi
kursus KPD 1033. Hal ini kerana, beliau memaklumkan bahawa pelajar perlu
menlaksanakan amali dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan
Adobe Illustrator dan perisian tersebut agak berat saiz untuk dipasang pada
komputer riba pelajar.
4.1.10 Encik Muhamad Noor Fahmi Ruzaini bin Md Yusoff mencadangkan dua
perisian yang boleh digunakan secara atas talian bagi amali kursus KPD 1033.
Sebagai contoh jika ingin menghasilkan wireframe, prototaip dan sketchup
boleh menggunakan Mock Flow. Kemudian perisian untuk menggantikan
Adobe Photshop adalah perisian Photo P.
4.1.11 Beliau juga turut memaklumkan bagi kursus yang memerlukan simulasi
windows boleh menggunakan perisian Onward.net
4.1.12 Encik Muhammad Taqiyuddin bin Dzulkrinain melaporkan bagi kursus
KPD 1023 terdapat dua teori dan satu amali yang perlu dilaksanakan kepada
pelajar. Beliau memaklumkan bahawa amali tidak dapat dilaksanakan kerana
pelajar ingin melaksanakan ketika bersemuka. Untuk amali kompetensi dua
tidak boleh dilaksanakan secara atas talian kerana melibatkan proses
pemasangan perisian pada komputer.
4.1.13 Puan Najiha binti Hussein mencadangkan untuk mewujudkan pentaksiran
berterusan khas bagi pelajar Sijil Vokasional Malaysia dengan menggabungkan
kesemua kompetensi di dalam satu pentaksiran dengan merendahkan
keperluan penilaian. Puan Mastura binti Md Hassan memaklumkan bahawa
tiada garis panduan yang dikeluarkan untuk pelaksanaan pentaksiran
berterusan khas kepada pelajar tersebut berbanding pelajar Diploma
Vokasional Malaysia.
4.1.14 Ts. Suriyah binti Hassan mengingatkan kepada semua pensyarah untuk
memastikan sebarang perubahan kaedah pelaksanaan pentaksiran berterusan
yang telah dicadangkan perlu diminitkan dengan memberikan justifikasi pada
setiap perubahan yang akan dilaksanakan secara jelas dan pelaksanaan
Pentaksiran Berterusan perlu mengikut yang perlu dilaksanakan kepada pelajar
secara kaedah atas talian.
4.1.15 Puan Najiha binti Hussein juga mencadangkan agar amali dilaksanakan
dengan memberi pelajar projek topik yang berkaitan dan pelajar dibenarkan
untuk membuat secara berkumpulan.

4

Lampiran 4
BKU-05-04

4.1.16 Ts. Suriyah binti Hassan memaklumkan bahawa pelaksanaan Pentaksiran
Berterusan bagi kursus Diploma adalah mengikut CLO yang telah ditetapkan
dalam Perancangan Kursus (CO).

4.1.17 Encik Muhammad Noor Fahmi Ruzaini bin Md Yusoff melaporkan untuk kursus
KPD 3024 tidak mempunyai sebarang masalah kerana pelajar boleh membuat
uji lari pada mana – mana platform yang sesuai. Pentaksiran Berterusan yang
dirancang juga telah berjaya diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.

4.1.18 Bagi kursus DKA 1213 Programming I, Puan Mastura memaklumkan bahawa
Pentaksiran Berterusan Teori telah dilaksanakan ketika bersemuka. Beliau juga
turut memaklumkan berdasarkan soal selidik yang dijalankan terdapat dua
pelajar yang mengalami masalah komputer riba yang rosak. Pelaksanaan amali
akan dibuat pada Minggu ke 9 seperti yang telah ditetapkan mengikut CO. Bagi
dua pelajar yang bermasalah telah dimaklumkan awal sekiranya komputer riba
yang rosak dalam proses baikpulih dan boleh dilaksanakan utk PB amali.

4.1.19 Bagi kursus DKA 3042, Ts. Suriyah memaklumkan pentaksiran berterusan
amali telah dilakukan sebelum cuti pertengahan semester bagi kelas 2DKA1
dan 2DKA2. Beliau turut memaklumkan untuk perbentangan tidak mempunyai
masalah untuk dilaksanakan secara atas talian dan ujian bertulis teori juga akan
dijalankan secara atas talian.

4.1.20 Puan Nur Syafiqah binti Hashim menerangkan tentang DKA3052 Projek Tahun
Akhir merujuk kepada jadual yang telah diedarkan pada sebelum ini. Pada
minggu ini pelajar perlu menghantar penulisan Bab 2 kepada penyelia untuk
disemak. Pelajar juga diingatkan untuk berkongsi link url google doc kepada
penyelia.

4.1.21 Puan Siti Zulaikha binti Adnan memaklumkan tidak mempunyai masalah bagi
kursus DKA 3333 Software Testing and Technical Support. Beliau juga turut
memaklumkan bahawa satu PB teori telah berjaya dilaksanakan.

4.1.22 Encik Muhammad Ameen bin Atan melaporkan bagi kursus DKA 3322 Mobile
Programming I, bagi kelas 2DKA1, satu teori telah berjaya dilaksanakan dan
bagi amali berkaitan dengan pemasangan perisian Android Studio. Pelajar
diletakkan kedalam kumpulan. Dan perlu menghasilkan satu laporan dan video
pemasangan. Manakala bagi kelas 2DKA2 mempunyai sedikit masalah untuk
melaksanakan amali secara berkumpulan. Hal ini kerana jumlah pelajar yang
mempunyai komputer riba tidak sama dengan jumlah pelajar yang tidak
mempunyai komputer riba dan spek untuk perisian android memerlukan spek
yang tinggi.

4.1.23 Puan Mastura binti Md Hassan meminta Encik Muhammad Ameen bin Atan
untuk mengubah rubrik PB mengikut kesesuaian untuk tempoh PdPr.
Tindakan : Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat

5

Lampiran 4
BKU-05-04

4.2 Perubahan Rubrik dan Soalan Secara Atas Talian
4.2.1 Puan Yussalina binti Mohd Yusop memaklumkan bagi kursus yang diajar tidak
terdapat sebarang perubahan rubrik yang dilakukan. Hal ini kerana, pelajar
dapat menghasilkan output seperti yang dipelajari.
4.2.2 Ts. Suriyah binti Hassan memaklumkan pensyarah boleh mengubah
rubrik/peraturan permarkahan mengikut kesesuaian keadaan semasa PdPr.
Sebagai contoh bagi permarkahan amali pada bahagian sikap, peraturan dan
keselamatan. Perkara yang dinilai seperti mematuhi peraturan makmal boleh
diubah. Tetapi peratus permarkahan tidak boleh ditukar.
4.2.3 Puan Mastura binti Md Hassan mengingatkan Encik Mohd Hafiz bin Mustafa
untuk mengubah rubrik peraturan pemarkahan pelajar jika kaedah secara
manual dengan membolehkan pelajar bercerita untuk Kursus KPD 3033.
Tindakan : Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat

4.3 Permasalahan Pelajar Sepanjang PdPR
4.3.1 Puan Yussalina binti Mohd Yusop memaklumkan untuk kelas yang beliau ajar,
tiada pelajar yang memaklumkan masalah yang dihadapi.
4.3.2 Puan Mastura binti Md Hassan memaklumkan pensyarah perlu mengisi google
form yang telah disediakan oleh unit Hal Ehwal Pelajar untuk direkodkan dan
mendapat makluman kepada kaunselor kolej. Hal ini juga, bertujuan untuk
membolehkan tindakan di ambil terhadap pelajar yang bermasalah tersebut.
4.3.3 Puan Nurul Syuhada binti Mazlina memaklumkan bagi kelas yang diajar tidak
mempunyai masalah dari ketidak hadiran pelajar. Beliau cuma memaklumkan
bahawa pelajar lambat masuk ke kelas mengikut waktu yang ditetapkan dan
kurang memberi respon.
4.3.4 Puan Nurul Syuhada binti Mazlina memaklumkan terdapat seramai lebih kurang
14 orang pelajar Tahun 1 SVM tidak mempunyai komputer riba. Manakala Puan
Nur Syafiqah binti Hashim memaklumkan bagi pelajar 2KPD Cuma terdapat
seorang pelajar yang mempunyai masalah komputer riba yang rosak.
4.3.5 Encik Mohd Hafiz bin Mustafa memaklumkan bahawa pelajar yang bernama
Ahmad Khusyairy dari kelas 2KPD sering tidak mengikuti kelas secara atas
talian. Beliau turut memaklumkan masih terdapat pentaksiran berterusan yang
belum dilaksanakan oleh pelajar terbabit.
4.3.6 Encik Muhammad Ameen juga memaklumkan pelajar yang bernama Adelia
Aminah dari kelas 1DKA sering tidak masuk ke kelas kerana membantu
keluarga berniaga. Namun begitu, pelajar tersebut sentiasa menghantar
tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Ts. Suriyah binti Hassan memaklumkan bahawa jika terdapat pensyarah yang ingin ke
kolej sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu memaklumkan

6

Lampiran 4
BKU-05-04

kehadiran kepada Timbalan Pengarah Akademik, Puan Zarimah binti Darmo. Hal ini
membolehkan surat kebenaran dikeluarkan. Pensyarah juga diingatkan untuk tidak
datang secara berkumpulan yang terlalu ramai.
5.2 Puan Nur Syafiqah binti Hashim meminta semua pensyarah untuk menghantar laporan
penilaian On-The Job Training kepada wakil program untuk dikumpulkan sebelum
diserahkan kepada Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri.
5.3 Puan Yussalina binti Mohd Yusop memaklumkan akan terdapat perubahan
jawatankuasa tertinggi dan carta organisasi dalam persatuan program pelajar kerana
terdapat masalah di kalangan AJK.
5.4 Puan Mastura memaklumkan penilaian akhir Penilaian Akhir Khas SKM tahap 3 untuk
pelajar kohort 2019 akan berlangsung pada 28-30 Jun 2021 dan pelaksanaan adalah
secara atas talian. Meminta Pegawai Penilai dan Penyelaras Program SKM untuk
mengambil tindakan menguruskan PA tersebut.
Selain itu, untuk persediaan akreditasi MBOT beliau telah berkongsi apa-apa makluman
daripada KJK untuk tindakan semua pensyarah dari segi perkongsian maklumat
penilaian dari Kolej Vokasional yang telah dilawati oleh MBOT. Selain itu beliau telah
memasukkan link dalam Telegram Channel JTM terutamanya tindakan untuk fail kursus
yang perlu di dokumentasikan secara softcopy dan meminta pensyarah memuat naik
bahan tersebut dalam google drive melalui link yang diberi.

Tindakan : Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat
6. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi kepada semua
ahli yang hadir dan tarikh mesyuarat akan datang akan dimaklumkan kelak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..........................................……… ..........................................………
(NURUL SYUHADA BINTI MAZLINA) (MASTURA BINTI MD HASSAN)
Setiausaha Ketua Program
Program Sistem Pangkalan Data dan Aplikasi Web Teknologi Sistem Pengurusan
Jabatan Teknologi Maklumat Pangkalan Data dan Aplikasi
Bertarikh: 20 Jun 2021 Web
Bertarikh: 20 Jun 2021
Disemak oleh:

......................................
(Ts. SURIYAH BINTI
HASSAN)
Ketua Jabatan
Teknologi Maklumat
Bertarikh: 20 Jun 2021

7

Lampiran 4
BKU-05-04

8


Click to View FlipBook Version