The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pastel Triangles Quote Notebook eBook Cover

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rahimah_rosli_ba21, 2022-06-12 23:28:31

pengurusan berorganisasi

Pastel Triangles Quote Notebook eBook Cover

DIARI SEBAGAI
SEORANG
PEKERJA

RAHIMAH BINTI ROSLI
BA21110078

PENGENALAN

Jururawat dalam bidang penjagaan kesihatan, adalah
seseorang yang bertugas sebagai penjagaan profesional.
Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan
menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan
kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani
kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa
dalam semua bidang penjagaan kesihatan.

Sebenarnya saya memang berminat untuk menjadi
jururawat sejak daripada bangku sekolah lagi. Saya
merasakan bahawa karier ini sesuai dengan jiwa saya dan
sudah tentu memilih kerjaya yang bertepatan dengan
minat itu penting supaya kita kurang berasa tertekan
apabila bekerja dan sentiasa happy. Selain itu saya juga
suka merasakan yang bekerja sebagai jururawat akan
memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada
masyarakat.

PANDANGAN TERHADAP KERJAYA JURURAWAT

YPandangan saya terhadap kerjaya jururrawat ini ialah yang pertama
streotype yang seorang jururawat mestilah seorang yang cantik. Ia
seolah-olah satu perspektif seksis yang tidak tepat bagi saya. Kedua, ramai
yang beranggapan seorang jururawat tidak boleh jatuh sakit, walhal kami
juga manusia biasa, sama seperti orang lain. Ada juga segelintir masyarakat
yang berfikiran semua jururawat mesti punya kemahiran mengurut, saya
kadang-kadang hairan bagaimana boleh timbulnya perspektif seperti ini.
Akhir sekali, saya selalu dengar tentang personaliti jururawat yang sering
dikaitkan dengan sifat garang, percayalah itu hanya streotype yang sudah
lapuk.

Selain itu, ramai juga yang salah anggap yang kesibukan bekerja sebagai
seorang jururawat akan menyebabkan kami sukar untuk menguruskan
keluarga dan rumah tangga, streotype ini juga salah, hakikatnya kerja
sistem syif seperti kami menyebabkan kami punya lebih masa untuk fokus
pada urusan rumahtangga waktu orang lain sibuk bekerja. Seperkara lagi,
saya juga tidak setuju dengan segelintir pandangan masyarakat yang
menganggap kerja yang dilakukan kami kotor dan seolah-olah seperti kuli
dan beri label “tak standard” kepada karier jururawat.

love or not

Apabila ramai yang menanyakan sama ada saya suka yang saya ada sekarang
atau pun tidak. jawapannya ialah semestinya yes, I love my job. Tambahan
pula saya sekarang ditempatkan di unit rawatan kanak-kanak dan saya
seorang yang sukakan kanak-kanak. Walaupun perlu bekerja di bawah
tekanan yang tinggi, tetapi itu semua berbaloi bagi saya, satu perasaan yang
indah apabila melihat pesakit yang sudah sembuh pulang ke rumah sambil
senyum dan mengucapkan “terima kasih” kepada kami. Itu merupakan satu
kepuasan bagi saya apabila dapat membantu orang lain dan secara tidak
langsung, perkara tersebut dapat menjadi refleksi kepada diri saya sendiri
supaya tidak mudah berputus asa dalam kehidupan kerana sebenarnya
banyak lagi individu yang terpaksa “berjuang” untuk terus hidup walaupun
untuk hanya tempoh sehari.

EXPERIENCE

Sebagai jururawat, menjadi satu kegembiraan bagi saya
apabila melihat kesihatan dan keadaan pesakit yang saya
rawat semakin beransur pulih dan akhirnya mereka boleh
pulang ke rumah dan datang semula ke hospital untuk follow
up dalam kesihatan yang baik. Ia satu perasaan indah yang


saya tidak dapat huraikan dengan kata-kata.

Pernah sekali, saya merawat seorang pesakit yang berusia 5
tahun yang dimasukkan ke wad kerana terkena tumpahan air
panas. Apabila sudah sembuh dan boleh pulang ke rumah, dia
datang kepada saya dan berikan satu lukisan kartun
Spongebob dengan tulisan ‘Thank You Nurse” dan dia turut beri
saya sebotol minuman Yakult. Itu momen paling manis yang
saya simpan kerana kita tahu kanak-kanak bersifat jujur dan
merea ikhlas dalam menghargai orang yang berbuat baik
kepada mereka.

Cabaran sebagai seorang jururawat

Cabaran utama bagi saya adalah dari segi kekangan masa.
Selain itu saya merasakan cabaran seorang jururawat hari
ini adalah dalam menghadapi pesakit yang jauh lebih
berpengetahuan sekarang. Sekarang maklumat semuanya
berada di hujung jari, dan kadang-kadang pesakit punya
pengetahuan yang lebih luas daripada kami. Selain itu,
cabaran yang paling ketara adalah bilangan pesakit yang
semakin meningkat, jumlah pesakit kini sudah semakin
meningkat namun kuota katil tetap sama dan begitu juga
dengan tenaga pekerja. Walaubagaimanapun, kami tetap
harus memberi perkhidmatan sebaik mungkin.

Bagi saya, jururawat hari ini berhadapan dengan pesakit
yang lebih berpelajaran dan bijak dan semestinnya mereka
punya exposure yang lebih baik berbanding pesakit dahulu.
Jadi, jururawat sekarang perlu sentiasa update pengetahuan
dan kemahiran mereka sehari-hari.

Nasihat kepada individu

yang ingin menceburi bidang ini


Mereka yang ingin menceburi bidang

jururawat bagi saya haruslah mempunyai
kekuatan mental datn fizikal yang kuat.
Seorang jururawat harus mempersiapkan
diri untuk bekerja di bawah tekanan,
menepati masa dan sentiasa cergas.
Seorang jururawat juga harus pandai
mengawal emosi, sentiasa terbuka dalam
menerima perubahan dan sentiasa alert
dengan keadaan sekeliling kerana satu
perubahan kecil pun boleh memberi kesan
yang besar kepada nyawa pesakit.

Kepimpinan berwibawa
memperkasakan perkhidmatan

klinikal.


Click to View FlipBook Version