The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farrisyafitrina, 2023-04-06 03:51:36

Masjid Jamek Tg. Rambutan

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

Pengenalan Kajian sejarah lisan mengenai Masjid Jamek Tanjung Rambutan yang terletak di Perak. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenali lebih dalam lagi masjid-masjid yang ada di Perak. Tujuan kajian ini juga untuk untuk mendapat dan memelihara rekod-rekod sejarah yang semakin berkurangan dan sudah hilang. Hal ini kerana, terdapat kekurangan sumber-sumber bertulis bagi masjid-masjid yang ada di Perak yang dikaji kerana sumber lisan adalah satusatunya sumber yang boleh diperolehi untuk mengenali lagi masjid yang ada di Perak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk memelihara pengetahuan-pengetahuan sejarah melalui pengkisahan. Kaedah ini merangkumi proses wawancara dan merakam ke dalam pita tentang keterangan-keterangan sumber lisan. Masjid Jamek Tanjung Rambutan ini juga berusian 109 tahun dan masjid yang pertama dibina di Kawasan Tanjung Rambutan. Oleh itu pastinya terdapat banyak peristiwa atau kejadian yang berlaku namun tidak diungkap atau tidak diketahui oleh orang ramai. Kajian ini telah menemu bual En. Janahuddin bil Jalaluddin iaitu pengerusi bagi Masjid Jamek Tanjung Rambutan


Latar belakang Masjid Jamek Tanjung Rambutan Masjid Jamek Tanjung Rambutan terletak di Pekan Lama Tanjung Rambutan, Perak. Tanah tapak masjid ini telah digazetkan pada tahun 1911 oleh Residen Inggeris ketika itu. Bangunan masjid mula dibina pada tahun 1914. Pemimpin ketika itu diketuai oleh Allahyarham Tuan Hj Mohd Tahir. Pada tahun 1962, ahli jawatankuasa ketika itu yang diketuai oleh Allahyarham Tuan Hj Abd Rahman telah membina semula bangunan masjid yang pada ketika itu telah usang. Berlaku banjir besar pada tahun 1967 dimana air Sungai Kinta yang berada disebelah masjid telah melimpah masuk ke dalam masjid. Walaubagaimanapun tiada kerosakan pada bangunan cuma peralatan memasak seperti kawah periuk dan lainlain perkakas dihanyutkan oleh air. Binaan bangunan asal Masjid Jamek Tanjung Rambutan ini bercirikan reka bentuk melayu ketika itu dan kemudian dibangunkan semula seperti yang ada sekarang yang mempunyai ruang solat serta tiada kubah dan hanya mempunyai menara yang sederhana tinggi. Masjid ini juga telah diubahsuai sebanyak tiga kali dan mendapat sumbangan dana daripada kerajaan dan juga orang ramai. Masjid Jamek Tanjung Rambutan ini juga telah membuat pelbagai aktiviti yang mampu menarik orang ramai untuk datang ke masjid contoh seperti aktiviti “Kembali ke Sekolah”, aktiviti untuk anugerah akademik Sijil Pelajaran Malaysia dan juga aktiviti berbuka puasa di masjid. Selain itu, baru-baru ini juga masjid ini telah mengadakan Majlis Berkhatan tahun 2023 dan seramai 20 kanak-kanak yang terlibat.


Peranan Masjid Jamek Tanjung Rambutan Ahli Jawatankuasa menyediakan pelbagai aktiviti bertujuan untuk membantu masyarakat setempat terutamanya dalam hal-hal agama dan membantu masyarakat yang dalam kesusahan. Antara perkara yang dilaksanakan di Masjid Jamek Tanjung Rambutan adalah meyediakan tempat bekalan makanan di masjid itu. Sesiapa sahaja boleh mendermakan makanan seperti beras, gula, telur dan sebagainya dan orang yang memerlukan makanan boleh mengambil barang keperluan mereka dari situ. Selain itu, masjid ini juga menyediakan kelas mengaji. Kelas mengaji ini terbuka kepada semua peringkat umur daripada kanak-kanak sehingga warga emas. Kelas mengaji ini membantu golongan dewasa yang baru hendak belajar mengaji. Seterusnya, masjid ini juga ada melaksanakan majlis berkhatan setiap hujung tahun. Majlis berkhatan ini membantu kanak-kanak merasai pengalaman yang baru seperti bermain air sebelum majlis dimulakan. Hal ini juga membatu kanak-kanak untuk berkhatan dengan kurang rasa takut. Jadi jelaslah bahawa Masjid Jamek Tanjung Rambutan mempunyai peranan yang penting pada masyarakat Tanjung Rambutan.


Transkripsi Ustaz: saya dah bersara 9 tahun, 1901 kot. Ha, ya betul 1920. Masjid ini sudah berumur 103 tahun. Masjid ni orang kata sudah kategori heritage la, apa orang kata ha kategori masjid warisan Cuma nak masuk kategori warisan macam masjid Ulu Kinta tu susah la, perlukan banyak dokumen kerana akan ada peruntukan dari kerajaan negeri. Sebab itu, masjid Ulu Kinta itu cantik. Jadi, rasanya masjid ini kali ketiga dah dia punya binaan. Maksudnya, asalnya di tepi sungai sahaja dengan jenis atap zink, dinding papan macam rumah. Selepas itu, saya difahamkan masjid ini pernah ditiup angin tapi saya lupa dah tentang kejadian itu dan sekarang sudah dibina baru. Ini yang paling baru berbanding dulu binaan yang lebih lama mengikut tradisi di mana binaannya tinggi. Sudah tengok di dalam kan ? ha banyak ciri binaan kayu kayu yang masih ada dan gaya binaan kubah dan bahagian dalamnya seakan kubur , kan ? macam batu nisan tu kan. Jadi, di peringkat awalnya binaan ini semua ditanggung sendiri oleh orang orang yang menyumbang dana berlarutan sehingga sekarang. Kerajaan pada masa itu hanya memberi sedikit sumbangan seperti Menteri Besar Perak pada waktu itu memberi bantuan RM 130 000 terhadap kerosakan atap masjid tetapi masih tidak mencukupi kerana jumlah kerosakan sebanyak RM 170 000. Jadi, bila kami dapati tak cukup kami teruskan dengan buat all out la dengan buat bahan untuk saluran derma. Alhamdulillah, orang simpati dan dapat dana yang mencukupi dengan jumlah keseluruhan RM 500 000 sehingga dapat menambah lagi bahagian depan masjid ini yang dulunya tiada yang berjumlah RM 15 000. Cara kami buat ni dengan barang barang mahal kami akan beli, jadi kami bagi upah je pada pekerja. Kerana bendahari kami ini kira pakar jugalah dan dia pun pandai berbahasa mandarin. Jadi, kerja menjadi lebih mudah untuk mendapat bahan-bahan. Seterusnya, fasa kedua pulak ni insyallah kami akan cuba buat surat dengan parlimen Tambun. Raja: Jadi ustaz nak renovate lagi bahagian masjid ini ? Ustaz: ha ye betul, kerana kalau kamu perasan bahagian depan masjid ini dulunya penuh dengan rumah sewa sedangkan itu sepatutnya tapak masjid. Jadi, lepas saya ambik alih sebagai pengerusi, kami ambil inisiatif untuk beli tanah dari mereka kerana mereka berdegil untuk keluar dan kemudian kami jadikan kawasan lapang itu sebagai tempat parking dan tempat beraktiviti. Sukar untuk mengarahkan orang di kawasan hadapan masjid ini keluar dan cerita sebenarnya penduduk ini malah berhutang dengan masjid lebih kurang RM 4000. Jadi, kami bereaksi tak mengapalah , kami biarkan sahaja janji dapat keluar dari kawasan masjid pun cukuplah untuk jaga nama surau eh masjid ni la. Nanti apa pula kata orang dan dulu pada peringkat awalnya masjid ini hanya satu sahaja yang dibina di Tanjung Rambutan. Hanya satu satunya kerana seingat saya sewaktu saya bersekolah disini lebih kurang pada tahun 1968 seingat saya saya bersekolah di darjah 1, saya sudah bersembahyang disini. Jadi, sudah lama la kan. Di bahagian depan tu, di mana sungai masih kekal di mana sungai tu dahulunya cantik tetapi sekarang dah banyak projek, jadi tak cantiklah dan saya teringat lagi masa saya sekolah, di sini ada lubuk , di depan tu ada lubuk gajah memang dalam selepas saya (tidak jelas) kan.


Kawasan Masjid


Majlis Berkhatan 2023


Sesi temu bual


Click to View FlipBook Version