The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farrisyafitrina, 2023-04-11 22:56:01

Masjid Jamek Tg. Rambutan

Masjid Jamek Tanjung Rambutan

Masjid Jamek Tg. Rambutan


Raja Muhamad Aiman Haikal


Mohammad Adam


Nur Farrisya Fitrina


Kajian sejarah lisan mengenai Masjid Jamek Tanjung Rambutan yang terletak di Perak. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenali lebih dalam lagi masjid-masjid yang ada di Perak. Tujuan kajian ini juga untuk untuk mendapat dan memelihara rekod-rekod sejarah yang semakin berkurangan dan sudah hilang. Hal ini kerana, terdapat kekurangan sumber-sumber bertulis bagi masjid-masjid yang ada di Perak yang dikaji kerana sumber lisan adalah satu-satunya sumber yang boleh diperolehi untuk mengenali lagi masjid yang ada di Perak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk memelihara pengetahuan-pengetahuan sejarah melalui pengkisahan Pengenalan


Kaedah ini merangkumi proses wawancara dan merakam ke dalam pita tentang keteranganketerangan sumber lisan. Masjid Jamek Tanjung Rambutan ini juga berusian 109 tahun dan masjid yang pertama dibina di Kawasan Tanjung Rambutan. Oleh itu pastinya terdapat banyak peristiwa atau kejadian yang berlaku namun tidak diungkap atau tidak diketahui oleh orang ramai. Kajian ini telah menemu bual En. Janahuddin bin Jalaluddin iaitu pengerusi bagi Masjid Jamek Tanjung Rambutan


Latar Belakang Masjid Jamek Tanjung Rambutan terletak di Pekan Lama Tanjung Rambutan, Perak. Tanah tapak masjid ini telah digazetkan pada tahun 1911 oleh Residen Inggeris ketika itu. Bangunan masjid mula dibina pada tahun 1914. Pemimpin ketika itu diketuai oleh Allahyarham Tuan Hj Mohd Tahir. Pada tahun 1962, ahli jawatankuasa ketika itu yang diketuai oleh Allahyarham Tuan Hj Abd Rahman telah membina semula bangunan masjid yang pada ketika itu telah usang. Berlaku banjir besar pada tahun 1967 dimana air Sungai Kinta yang berada disebelah masjid telah melimpah masuk ke dalam masjid. Walaubagaimanapun tiada kerosakan pada bangunan cuma peralatan memasak seperti kawah periuk dan lain-lain perkakas dihanyutkan oleh air.


Latar Belakang Binaan bangunan asal Masjid Jamek Tanjung Rambutan ini bercirikan reka bentuk melayu ketika itu dan kemudian dibangunkan semula seperti yang ada sekarang yang mempunyai ruang solat serta tiada kubah dan hanya mempunyai menara yang sederhana tinggi. Masjid ini juga telah diubahsuai sebanyak tiga kali dan mendapat sumbangan dana daripada kerajaan dan juga orang ramai. Masjid Jamek Tanjung Rambutan ini juga telah membuat pelbagai aktiviti yang mampu menarik orang ramai untuk datang ke masjid contoh seperti aktiviti “Kembali ke Sekolah” , aktiviti untuk anugerah akademik Sijil Pelajaran Malaysia dan juga aktiviti berbuka puasa di masjid. Selain itu, baru-baru ini juga masjid ini telah mengadakan Majlis Berkhatan tahun 2023 dan seramai 20 kanak-kanak yang terlibat.


P e r an an M a sj i d J am e k Tg. R amb ut an Ahli Jawatankuasa menyediakan pelbagai aktiviti bertujuan untuk membantu masyarakat setempat terutamanya dalam hal-hal agama dan membantu masyarakat yang dalam kesusahan. Antara perkara yang dilaksanakan di Masjid Jamek Tanjung Rambutan adalah meyediakan tempat bekalan makanan di masjid itu. Sesiapa sahaja boleh mendermakan makanan seperti beras, gula, telur dan sebagainya dan orang yang memerlukan makanan boleh mengambil barang keperluan mereka dari situ. Selain itu, masjid ini juga menyediakan kelas mengaji. Kelas mengaji ini terbuka kepada semua peringkat umur daripada kanakkanak sehingga warga emas. Kelas mengaji ini membantu golongan dewasa yang baru hendak belajar mengaji. Seterusnya, masjid ini juga ada melaksanakan majlis berkhatan setiap hujung tahun. Majlis berkhatan ini membantu kanakkanak merasai pengalaman yang baru seperti bermain air sebelum majlis dimulakan. Hal ini juga membatu kanak-kanak untuk berkhatan dengan kurang rasa takut. Jadi jelaslah bahawa Masjid Jamek Tanjung Rambutan mempunyai peranan yang penting pada masyarakat Tanjung Rambutan.


Ustaz: saya dah bersara 9 tahun, 1901 kot. Ha, ya betul 1920. Masjid ini sudah berumur 103 tahun. Masjid ni orang kata sudah kategori heritage la, apa orang kata ha kategori masjid warisan Cuma nak masuk kategori warisan macam masjid Ulu Kinta tu susah la, perlukan banyak dokumen kerana akan ada peruntukan dari kerajaan negeri. Sebab itu, masjid Ulu Kinta itu cantik. Jadi, rasanya masjid ini kali ketiga dah dia punya binaan. Maksudnya, asalnya di tepi sungai sahaja dengan jenis atap zink, dinding papan macam rumah. Selepas itu, saya difahamkan masjid ini pernah ditiup angin tapi saya lupa dah tentang kejadian itu dan sekarang sudah dibina baru. Ini yang paling baru berbanding dulu binaan yang lebih lama mengikut tradisi di mana binaannya tinggi. Sudah tengok di dalam kan ? ha banyak ciri binaan kayu kayu yang masih ada dan gaya binaan kubah dan bahagian dalamnya seakan kubur , kan ? macam batu nisan tu kan. Jadi, di peringkat awalnya binaan ini semua ditanggung sendiri oleh orang orang yang menyumbang dana berlarutan sehingga sekarang. Kerajaan pada masa itu hanya memberi sedikit sumbangan seperti Menteri Besar Perak pada waktu itu memberi bantuan RM 130 000 terhadap kerosakan atap masjid tetapi masih tidak mencukupi kerana jumlah kerosakan sebanyak RM 170 000. Jadi, bila kami dapati tak cukup kami teruskan dengan buat all out la dengan buat bahan untuk saluran derma. Alhamdulillah, orang simpati dan dapat dana yang mencukupi dengan jumlah keseluruhan RM 500 000 sehingga dapat menambah lagi bahagian depan masjid ini yang dulunya tiada yang berjumlah RM 15 000. Cara kami buat ni dengan barang barang mahal kami akan beli, jadi kami bagi upah je pada pekerja. Kerana bendahari kami ini kira pakar jugalah dan dia pun pandai berbahasa mandarin. Jadi, kerja menjadi lebih mudah untuk mendapat bahan-bahan. Seterusnya, fasa kedua pulak ni insyallah kami akan cuba buat surat dengan parlimen Tambun. Transkripsi


Raja: Jadi ustaz nak renovate lagi bahagian masjid ini ? Ustaz: ha ye betul, kerana kalau kamu perasan bahagian depan masjid ini dulunya penuh dengan rumah sewa sedangkan itu sepatutnya tapak masjid. Jadi, lepas saya ambik alih sebagai pengerusi, kami ambil inisiatif untuk beli tanah dari mereka kerana mereka berdegil untuk keluar dan kemudian kami jadikan kawasan lapang itu sebagai tempat parking dan tempat beraktiviti. Sukar untuk mengarahkan orang di kawasan hadapan masjid ini keluar dan cerita sebenarnya penduduk ini malah berhutang dengan masjid lebih kurang RM 4000. Jadi, kami bereaksi tak mengapalah , kami biarkan sahaja janji dapat keluar dari kawasan masjid pun cukuplah untuk jaga nama surau eh masjid ni la. Nanti apa pula kata orang dan dulu pada peringkat awalnya masjid ini hanya satu sahaja yang dibina di Tanjung Rambutan. Hanya satu satunya kerana seingat saya sewaktu saya bersekolah disini lebih kurang pada tahun 1968 seingat saya saya bersekolah di darjah 1, saya sudah bersembahyang disini. Jadi, sudah lama la kan. Di bahagian depan tu, di mana sungai masih kekal di mana sungai tu dahulunya cantik tetapi sekarang dah banyak projek, jadi tak cantiklah dan saya teringat lagi masa saya sekolah, di sini ada lubuk , di depan tu ada lubuk gajah memang dalam selepas saya (tidak jelas) kan. Selepas habis solat jumaat kami mandi, sampai merah mata, tunggu kedai gunting rambut india tu dah clear baru balik. Seterusnya, uniknya masjid ini pada awalnya masjid ini punya tandas dy satu je memanjang dari sungai Transkripsi


Raja: Jadi ustaz nak renovate lagi bahagian masjid ini ? UInterviewer: Jadi, sebab dekat dengan sungai jadi pernah jadi apa-apa bencana alam tak ? Ustaz: ha pernah. Sekali je. Itu pun sekeliling semua kena cuma masjid ini sikit je kena. Hanya di level tangga je. Pastu dulu di peringkat awalnya, pengerusi masjid ini iaitu pewaris tanah ini dilantik menjadi pengerusi. Jadi, ada lagi ke ? Interviewer: baiklah kita back to soalan basic pulak. Apa nana penuh ustaz ? dan latar belakang ustaz ? Ustaz: ha nama penuh Janahuddin bin Jalaluddin. Saya pernah bekerja di jabatan kerajaan pada 1977 dan bersara pada 20/3/2014. Ha hari lahir saya harini lah. Hari temubual ni. Saya pun dah banyak uban dah. Jadi saya pernah bekerja dalam jabatan polis jadi EO kerana telah lama dalam bidang itu. Saya dilantik jadi pengerusi pun pada 4 tahun lepas iaitu 2019. Di mana pelantikan dilakukan 3 tahun sekali sepatutnya. Seterusnya, bab perbelanjaan masjid ini saya lihat bermula 2022-2023 ni sebanyak RM 1.5 juta dan pembangunan ni hanya menggunakan berapa ribu sahaja. Dan system perlantikan ini dahulu hanya menggunakan sistem mengundi di mana hanya memilih dengan angkat tangan je tapi sekarang pelantikan dilakukan dengan penghanteran nama ke ahli jawatankuasa, penghulu dan EO Transkripsi


Interviewer: jadi jawatan yang ustaz pegang sekarang ialah ? Ustaz: penegerusi lah. Interviewer: bermula dari awal awal dahulu jawatan apa yang ustaz pegang ? Ustaz: ha bermula hanya sebagai ahli jawatankuasa mewakili surau lain Ketika itu. Jadi saya bermula sebagai pengerusi pun di surau Taman Bahagia, surau Taman Desa Jaya. Jadi apa lagi ? Interviewer: jadi berapa lama dah jadi pengerusi ni ustaz ? Ustaz: kiranya dah 4 tahun la, dulu pelantikan orang sama sahaja sehinggalah kerajaan bertukar barulah pengerusi masjid dapat berubah kedudukan. Jadi 2018, saya jadi ketua kampung merangkap pengerusi masjid. Jadi nak cerita pun lucu juga, seperti say ani merampas la kedudukan orang lama tu. Ha ni antara kita jela tau cerita ni. Ahli jawatankuasa ni total semua ada 14. Terdiri daripada 2 wanita , imam dan lain lain. Jadi, kami akan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dan mesyuarat tahunan tanpa pelantikan paling awal hujung bulan 3 la. Last kami tak dapat buat mesyuarat pun masa pkp. Su saya aktif jadi saya suka la dan bendahari saya pun seorang yang tegas di mana dia seorang kerana bank sebelum ini tetapi dia agak kedekut sedikit. Antara aktiviti lain kami lakukan seperti dapat dilihat ialah gerobok rezeki. Selain itu, masa spm sape yang terbaik 5A kea ta kami akan bagi ganjaran sebanyak RM50 satu A. kami ambik je bukan islam atau sape sape untuk buka minda sedkit kan. Transkripsi


IUstaz:Kita bagi dah mereka kritik sebab bagi pada orang bukan Islam, jadi mereka masih berfikiran berkelompok dan mereka mempunyai sikap rasis. Tujuan kami nak buka kepada semua. interviewer:Macam mana ustaz buat daya tarikan dekat masjid ini? Ustaz:Semasa saya ambil alih jawatan, kami tidak curi tulang, tidak curi duit jadi orang sekeliling menjadi simpati. Itu merupakan tarikan sehingga ada orang yang mahu saya memegang lama jawatan ini dan jika saya tak dapat, dia akan menghadap sultan sehingga ke tahap itu kerana tidak mahu beri jawatan kepada orang lain. Dan kami jenis bekerja tidak macam orang yang dulu dimana bukan sahaja curi tulang, tapi curi duit sekali. Sebab kalau kita nak curi duit pun, kita dah ada duit pencen sendiri yang ada kerja sendiri macam guru besar, jurutera dan ini tak jadi masalah tentang duit. Ustaz: Satu perkara dekat sini kita adakan program “Back to School” pada setiap tahun iaitu beri bantuan kepada pelajar miskin. Kita peruntukkan Rm150 seorang iaitu macam baju, seluar, beg, kain tudung, anak tudung,kasut, stokin. Pada awalnya dalam 10 orang, 20 orang dan sekarang alhamdulillah dapat dalam 47 orang. Ustaz: Di samping itu, pada hari Sabtu kita beri makan kepada jemaah supaya mereka ke masjid pada waktu lepas isyak. Kita: Dekat sini pun ada orang belajar mengaji, ya? Ustaz:Kelas ngaji ni selepas Subuh memang ada. Sini ada kelas mengaji secara percuma, bilal masjid ini yang mengajar mengaji dan tajwid. Disebabkan itu, ramai orang datang ke masjid ni. Saya cukup suka sebab yang datang kelas mengaji ni pun ada juga orang-orang tua yang mahu belajar ... Alhamdulillah walaupun perlahan tapi tidak apa janji mereka nak belajar. Transkripsi


IUstaz:Kami dapat peruntukan dari pejabat agama kepada fakir miskin, setiap orang dapat Rm 250 dan kami ada senarai nama, tahun lepas ada dalam 174 orang dan pada tahun ni makin naik. Kalau ikutkan, kami beri orang dalam kawasan ini sahaja tapi ada juga orang yang datang dari kawasan lain tapi kami bagi sahaja. Kita:Ustaz asalnya memang orang sini la? Ustaz:Ya betul. Saya lahir pada tahun 1956 pada waktu tu ayah saya bekerja di sini sebagai attendance di hospital. Saya keluarga ramai ada 10 orang. Saya memang anak jati kawasan ni dan ada juga orang ingat saya orang luar yang bukan asal dari sini Kita:Kiranya, waktu ustaz kecil masjid ni memang dah ada. Ustaz: Tu yang kita kata, pejabat agama memerhati dia bagi sebulan lepas pkp tu 30 set barang makan macam contoh beras. interviewer: Ustaz kan dah lama dekat sini, jadi apa harapan ustaz untuk masjid ni pada masa akan datang? Ustaz:Kami punya perancangn, nak buat fasa ke 2 dan buat ubah suai struktur masjid tapi masih kekalkan yang asal. Pada jalan kita akan tar dan kami dah tulis surat kepada ahli parlimen tambun yang kita nak buat dewan terbuka dekat kawasan masjid ni Transkripsi


Kawasan Masjid www.reallygreatsite.com


Aktiviti Masjid www.reallygreatsite.com


Link: Sesi temu bual Cabaran semasa melakukan temu bual https://youtu.be/SBxS9bBRFn4 https://drive.google.com/file/d/1YMEh7 cgb5V2_meFKbxIs2YPxQxHGNkp/view?usp=sharing


Rumusan Masjid Jamek Tanjung Rambutan masih berdiri kukuh dan terdapat ramai penduduk setempat yang datang untuk solat berjemaah. Masjid ini juga amat membantu masyarakat setempat dengan adanya progrom khidmat masyarakat. Pihak pengurusan masjid ini juga cuba mendapatkan lagi dana untuk menambah baik fasiliti masjid


Terima Kasih "Semoga apa pun yang kamu perjuangkan hari ini Allah berikan kelancaran, sehingga berakhir dengan hasil yang memuaskan. "


Click to View FlipBook Version