The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Saluran Rasmi SMK Tengku Budriah, 2019-08-24 22:07:11

Ikan Gapi

Ikan Gapi

Ikan Gapi

Nama Saintifik : Poecilia reticulata

Pengenalan :

Merupakan salah satu ikan air tawar yang paling popular dibela sebagai ikan hiasan
serta sebagai makanan ikan pemangsa seperti haruan dan arowana. Ikan Gupi berasal daripada
Brazil, Guyana, Venezuela dan Kepulauan Caribbean. Ikan gupi mula-mulanya telah
diperkenalkan di negara-negara Asia untuk mengawal populasi nyamunk terutamanya nyamuk
aedes.

Ikan Gapi yang jantan mempunyai tompok atau belang yang berwarna kuning, jingga,
biru, merah , atau hitam (saiz antara 2-3cm) tetapi yang betina berwarna kelabu (saiz antara 2-
7cm). Ikan Gupi jika dibela dalam keadaan kualiti air kurang baik berserta jika suhu air tiba-tiba
naik atau turun akan mengakibatkan penurunan daya tahanan imunisasi terhadap infeksi
bakteria merupakan salah satu punca kematian ikan gapi.

Ikan kecil yang mempunyai pelbagai warna, corak dan mudah dibela.Ianya tahan lasak
dan mudah membiak menjadikannya sebagai pilihan kebanyakkan peminat.Antara warna biasa
ialah merah,kuning, oren,hijau biru dan hitam.Gapi juga mempunyai pelbagai bentuk ekor
menjadikan gapi sebagai ikan hiasan yang sangat banyak variasinya.saiz ikan dewasa adalah
antara 2 hingga 5 cm.Ikan ini juga sangat mesra dan sesuai dipelihara dalam jumlah yang
banyak.

Makanan
Ikan gapi adalah ikan omnivor, ia makan tumbuhan dan haiwan kecil lain. Makanan

buatan seperti micropellet boleh diberikan kepada ikan ini.
Terdapat juga pallet khusus utuk ikan jenis ini, bagaimanapun pallet bersaiz besar yang
dihancurkan juga boleh digunakan. Ikan gapi juga mengamalkan kanibalisme(dewasa makan
anak). Dengan memberi makanan yang kerap dan cukup mampu mengurangkan sifat kanibal
ini.

Air
Air yang biasa digunakan untuk ikan gapi ialah air tawar walaupun ikan ini boleh hidup

dalam air masin, bagaimanapun terdapat pendapat mencadangkan air sedikit payau untuk
ikan jenis ini(1 sudu makan untuk 20 liter air), ikan ini lebih digalakkan dipelihara pada suhu
25.5 dan 27.8 °c

Sesetengah penternak ikan hiasan ini menternak ikan gapi dalam air masin,ini kerana
dikatakan dalam air masin ikan ini dikatakan lebih susah dihingapi penyakit air tawar,akibatnya
apabila ikan ini (yang diternak dalam air masin) tidak mempunyai imuntasi yang cukup untuk
ringtang penyakit ikan air tawar. Antara tanda-tanda nya ialah ikan yg baru dibeli mengalami
tekanan atau mati apabila dimasukkan kedalam akuarium...
kestabilan suhu air adalah amat penting untuk ikan gapi, kekuatan sistem imuntasi ikan ini akan
mendadak merosot jika suhu air berubah mendadak,keadaan ini seringkali mengakibatkan
ikan gapi mati beramai-ramai akibat jangkitan kuman atau kulat.

Hiasan
Ikan gapi biasanya tidak menhadapi masalah dengan hiasan dalam akuarium,

dicadangkan menggunakan batu-batu kecil dan sederhana dibahagian dasarnya .Batu-batu yang
bersaiz sederhana pula dapat menyediakan celah-celah untuk pesembunyian ikan gapi yang
baru lahir.

Penggunaan tumbuhan air juga digalakkan, ini dapat mengurangkan tekanan pada ikan
gapi kesayangan anda serta memberi tempat membesar yang sihat untuk anak gapi yang baru
lahir. Penggunaan tumbahan hidup yang terapung juga digalakkan, ini kerana ikan gapi yang
baru lahir tidak mahir berenang dan akan berenang di pemukaan air selama sekitar 2 jam
pertama sebelum mahir berenang dan menyelam sepenuhnya. Bagaimanapun, tumbuhan air
yang terapung janganlah menutupi lebih separuh dari pemukaan akuarium untuk
menggalakkan pengudaraan berlaku

Pengunaan pam angin untuk pengudaraan juga amat digalakkan bagaimanapun,
penggunaan pam air untuk tujuan penapis air perlu dielak. Kuasa sedutan pam air mampu
menyedut dan membunuh ikan gapi yang berharga anda,gunalah penapis air yang
menggunakan penggerakan buih untuk menyedut air, penapis jenis ini kurang berkuasa tapi
selamat untuk ikan gapi anda.

Bagaimana nak tahu jantan dan betina?
- Yang jantan biasanya berekor kembang dan warnanya lebih cantik berbanding yang betina.
Yang betina ekornya kecil dan warnanya tidak colourful macam jantan.

Mengawan, Persenyawaan, Bunting dan Melahirkan
- Ikan gapi/ guppy akan masuk usia matang dan ada sifat untuk mencari pasangan sekitar 2-4
bulan. Kalau tengok ikan betina perutnya mengening bulat, bolehlah asingkan. Dan setelah lahir
semua anak ikan, ibunya perlu diasingkan dari anak-anaknya kerana ikan dewasa ada tendency
untuk makan anak-anak yang baru lahir ni.

Sentiasa Minta Makan
- Rasanya memang feel ikan begitu. Dia akan minta makan sentiasa, kelihatan seperti kuat
makan dan kelaparan. Hakikatnya, kita perlu memberi makan dalam skala/ jadual. Dicadangkan
memberi makanan ikan 2-4 kali sehari, dalam kuantiti yang sedikit.


Click to View FlipBook Version