The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NUR AZWA FATIHAH BINTI AHMAD
BAHASA MELAYU 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-11-16 00:29:48

TUGASAN 2: e-PORTFOLIO

NUR AZWA FATIHAH BINTI AHMAD
BAHASA MELAYU 4

TUGA
SAN



e-Portfolio

ISI KANDUNGAN

1 2 3

SEJARAH PERKEMBANGAN SEJARAH PERKEMBANGAN CABARAN DAN MASA
TULISAN DALAM BAHASA BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DEPAN BAHASA MELAYU

MELAYU DAN PASCAMERDEKA PENDIDIKAN
EKONOMI
SISTEM TULISAN PALLAVA PERANAN PEJABAT KARANG PENTADBIRAN KERAJAAN
SISTEM TULISAN KAWI MENGARANG KERANCUAN BAHASA DI
SISTEM TULISAN JAWI PERANAN PAKATAN BELAJAR - MEDIA SOSIAL
SISTEM EJAAN ZA'BA MENGAJAR PENGETAHUAN PERCAMPURAN KOD
SISTEM EJAAN RUMI BAHASA SLANGA
KONGRES PERANAN ASAS 50
PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU DALAM
BAHASA MELAYU SISTEM PENDIDIKAN
PENGENALAN BAHASA MELAYU
MODEN

SEJARAH PERKEMBANGAN
TULISAN DALAM
BAHASA MELAYU

SISTEM TULISAN PALLAVA

Tulisan Pallava berasal dari India dan dibawa oleh orang Hindu semasa mereka tiba di kawasan-kawasan Melayu seperti
Srivijaya dan Palembang.

Tulisan Pallava merupakan tulisan yang paling awal digunakan dan banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit kerana
ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.

Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini terhad dalam kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas
untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis.

Bukti penemuan terawal tulisan Pallava ialah pada tiang batu persembahan (Yupa) di daerah Muara Kaman iaitu
pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala.

Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 (Shamsul Aizuwani, 2021).

Kini, Yupa tersebut disimpan di Muzium Nasional Jakarta.

Tulisan Pallava mengandungi 46 abjad Tulisan Pallava

Sumber: (Syamsul Noor, 2015)

SISTEM TULISAN KAWI Tulisan Kawi

Tulisan Kawi merupakan sistem tulisan selepas Pallava yang wujud dalam kurun ke-8 Masihi. Sumber: (Adi Putri, 2019)

Tulisan ini digunakan untuk menulis serta dituturkan oleh orang Jawa.

Tulisan ini sebenarnya berasal daripada huruf Vangki (Wanggi), iaitu huruf yang dibawa oleh orang-
orang India dari Coromandel

Tulisan Kawi ini ditulis di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam, dan pada
batu bersurat.

Tulisan Kawi mengandungi 47 huruf.

Bukti penemuan tulisan Kawi ialah melalui inskripsi yang dijumpai di Joreng, Tapanuli, Sumatera
Utara.

Tulisan Kawi dikatakan lenyap pada tahun 1400 Masihi dengan runtuhnya kerajaan Majapahit dan
digantikan oleh huruf jawa yang dikembangkan oleh Kekhalifan Demak.

SISTEM TULISAN JAWI

Tulisan Jawi wujud sekitar abad ke-10 Masihi
Kemunculan Tulisan Jawi berkait rapat dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara kerana berasal dari tulisan Arab.
Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga
Aceh pada abad ke-17 (Shahbudin Abdullah, 2021).
Bukti kewujudan tulisan ini adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M.
Peranan tulisan Jawi ini ialah dari aspek pengurusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
Banyak kitab dan buku yang terhasil daripada Tulisan Jawi seperti kitab Bustan al-Katibin yang ditulis oleh Raja Ali Haji.
Sejarah kewujudan tulisan Jawi boleh dilihat pada bahan-bahan seperti:

batu bersurat
manuskrip
batu nisan
duit syiling
Tullisan Jawi telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya
bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu.

SISTEM TULISAN JAWI

Tulisan Jawi berkembang pesat setelah bangsa Melayu menyedari bahawa tulisan Pallava tidak sesuai digunakan sejajar dengan
penyebaran agama baru iaitu agama Islam.
Tulisan Jawi sesuai digunakan kerana agama Islam menggunakan kitab suci al-Quran yang ditulis dengan tulisan Jawi.
Penggunaan tulisan Jawi:

Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia
Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957
Perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak Diraja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Ciri-ciri tulisan Jawi:
bertindan secara menegak
ligatur
berbaris atau mempunyai titik
bersambung

Tulisan Jawi yang digunakan pada batu bersurat Terengganu
Sumber: (Ibnu Arifzah, 2015)

SISTEM TULISAN ZA'BA

Dalam tahun 1918, Za'ba berusaha mengumpulkan perkatan-perkatan Melayu dalam tulisan Jawi.
Za'ba menambah beberapa perkataan dalam penyusunan semula daftar ejaan Rumi Kerajaan Negeri Persekutuan.
mPaednaurtuathusnus19u3na3n-19a3b5ja,dBJelaiawui,mdeanngupbaadha rsaentciaapngpaenrkaastaalnaynaddaleanmgaanbhjaadnyJaawinigiitnumdeibnegreilupaerrksaanmsaeabnuadhendgaafntaerjaaenjaarnumyiannyga.susunannya ialah
Terhasillah Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) pada tahun 1938.

Terdapat sesuatu kekacauan dalam ejaan Jawi.
Beliau mahu menghidupkan semula ejaan lama yang telah beransur mati
Tidak ada sepakat di antara kamus-kamus orang Melayu yang berhubung dengan beberapa huruf Jawi.

Tahap 1 - Ejaan Jawi yang menggunakan tanda-tanda baris dan syaddah
Tahap 2- Ejaan Jawi itu mengekalkan ejaan pada tahap pertama tetapi menanggalkan penggunaan tanda
Tahap 3 - Ejaan Jawi cara Melayu yang menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama.
Tahap 4 - Pengenalan huruf saksi pada suku kata kedua pula bila terdapat ejaan yang hanya menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama itu
mengelirukan kerana ejaan yang sama boleh mewakili dua perkataan.

Ejaan Jawi pada tahap keempat ini menjadi asas kepada sistem ejaan Pakatan Bahasa Johor (1937)
dan sistem ejaan Za'ba (1938)

SISTEM TULISAN ZA'BA

Za'ba melakukan perubahan kepada sistem ejaan Wilkinson dan terhasil pula sistem Ejaan Rumi Za'ba.
Dikenali juga sebagai Ejaan sekolah dan digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu.
Ia merupakan cara untuk melihat kaedah penggunaan lambang huruf yang melibatkan penggunaan tulisan Rumi
sehari-hari.
Penggunaan sistem ejaan ini menjadi lebih sukar kerana masih mempunyai Sistem Ejaan Rumi Wilkinson.
Jadi, beberapa pihak telah menghasilkan sistem ejaan Rumi dalam tempoh 1940-1959.

Menjadi penggerak bahasa.
Menjadi peneroka dan pencipta sistem ejaan
Memberikan titik tolak baru kepada generasi baru untuk menyempurnakan sistem ejaan.

SISTEM EJAAN RUMI KONGRES

Menurut Nur Baiti Nazri (2021), Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah diadakan sebanyak
tiga kali iaitu:

Yang pertama telah diadakan di Singapura pada tahun 1952
Kedua di Seremban pada tahun 1954
Ketiga di Singapura dan Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956

Persetujuan yang telah dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III menghasilkan Ejaan Kongres.

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III membincangkan tentang perkembangan bahasa Melayu.

16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, dua ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan
Jawi telah dibuat oleh Jawatankuasa Ejaan dan bunyi bahasa Melayu.

SISTEM EJAAN RUMI KONGRES

Dalam perbahasan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III, empat dasar pengejaan Bahasa
Melayu dengan huruf rumi telah dirumuskan iaitu:

Ejaan di Malaysia dan Indonesia hendaklah diseragamkan
Peraturan ejaan hendaklah mudah dengan cara sistem fonologi
Pengejaan hedaklah tetap sekata mengikut kaedah yang sama dan seragam
Kata-kata daripada bahasa asing hendaklah dieja mengikut hukum dan sistem fonologi Melayu

Sistem Ejaan Kongres menetapkan peraturan mengeja dalam huruf Rumi menggunakan kaedah yang
berikut:

Vokal dalam sistem ini terdiri daripada a,e,é,i,o dan u. Vokal e terdiri daripada dua bentuk, iaitu e
yang tidak bertanda seperti pada emak, lemak, semak. Vokal ini diberi nama e pepet. Satu lagi vokal
ialah vokal e yang diberi tanda di atas (é) . Huruf e bertanda ini diberi nama e taling misalnya sémak,
lépak, léhér.
Terdapat 17 konsonan dalam sistem ejaan ini

SISTEM EJAAN RUMI KONGRES

Penggunaan vokal dalam bahasa Melayu berlaku apabila:
Sesuatu perkataan terdiri daripada satu suku kata.
Apabila dua huruf vokal yang sama atau tidak sama berdekatan letaknya, maka itu bererti dua
suku kata.
Satu suku kata panjang banyak mengandungi dua konsonan, tetapi tidak lebih daripada satu
vokal.

Penggunaan sempang (-) dalam sistem ejaan ini adalah untuk:

Memisahkan kata apabila kata itu tidak lengkap ditulis kerana sudah sampai ke hujung baris.
Menulis kata ulang
Menyambung beberapa kata majmuk.

PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Satu sistem ejaan baru yang ilmiah dan sesuai untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia tercetus pada 27 Jun 1967 (Sylvester,2020).
Terdapat beberapa perkara yang dibahas dalam rundingan tersebut dengan memerhatikan kenyataan-kenyataan mengenai kedua-dua negara.
Kempen mengenai Ejaan Bersama ini disalurkan ke seluruh negara melalui akhbar, radio, dan ceramah yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP).
Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia tercipta pada tahun 1967 yang telah ditandatangani oleh kedua-kedua pihak.
Sistem Ejaan Baharu Malaysia-Indonesia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein, di Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur pada 16 Ogos 1972.
Sejak dahulu lagi, Malaysia dan Indonesia bercita-cita untuk melancarkan penggunaan sistem Ejaan Baharu ini yang menyediakan satu sistem ejaan
yang sama dengan menggunakan bahasa yang sama serta memberi faedah kepada kedua-dua negara.
Ejaan baru ini menjadi alat yang akan mengawal perkembangan bahasa Malaysia pada masa akan datang.
Ini juga merupakan kejayaan yang besar terhadap bahasa kedua-dua negara.
Dengan adanya ejaan baru ini, masalah tentang sistem ejaan tidak akan terjadi dalam penggunaan semasa di sekolah atau media massa.

PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) menetapkan lima perkara dalam ejaan Rumi bahasa Melayu, iaitu:

Pemakaian huruf

Abjad Rumi bahasa Melayu mengandungi 26 huruf

Lima huruf vokal yang digunakan bagi melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku ialah a, e, i, o dan u.

Tiga diftong yang dilambangkan oleh tiga pasangan huruf vokal, iaitu ai, au, dan oi.

Terdapat 26 huruf konsonan yang digunakan bagi melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan

Senarai gugus konsonan untuk mengeja kata atau istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain dan juga senarai pola

persukuan kata bahasa Melayu.

Penulisan nama khas tempat, orang dan sebagainya disesuaikan dengan pedoman ejaan baharu ini, kecuali jika ada pertimbangan khusus untuk

mengekalkannya.

Kaedah penulisan huruf, iaitu huruf besar yang mempunyai 12 kaedah dan huruf miring yang mengandungi tiga kaedah ejaan.

Penulisan yang terdiri daripada:

- Kata dasar - Kata panggilan

- Kata turunan - Partikel

- Kata gandaan - Kata gabungan

- Kata ganti singkatan - Kata depan

Sistem ejaan yang terakhir ialah berkaitan dengan tanda baca.

Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia telah diterbitkan dan sentiasa dikemas kini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981.

SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA

DAN PASCAMERDEKA

PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG

Pengenalan

Sebuah badan terjemahan yang ditubuhkan pada 1923 di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (MPSI) merupakan
tempat asal Pejabat Karang-mengarang (Mohammad Nazari Abdul Hamid, 2021).
Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) dan O.T Dussek mencadangkan penubuhan Pejabat Karang-mengarang dan mereka menjadi
ketua jabatan kepada penubuhan tersebut.
Pejabat Karang-mengarang ini dapat menimbulkan minat dalam bidang penulisan di kalangan guru serta pelatih di MPSI.
Pejabat Karang-mengarang dipindahkan ke Kuala Lumpur antara tahun 1945-1955 dan diletakkan di bawah jabatan Pelajaran.
Akhirnya, Pejabat Karang-mengarang diletakkan di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956

Tokoh Tugas

Andus Kudus Muhamed Menyediakan buku-buku baru untuk sekolah-sekolah rendah
Abdul Rahman Yusuf Penterjemah
Ahmad Murad Nasaruddin Menyemak semula buku-buku yang diterbitkan
Yazid Ahmad Melatih penulis-penulis baru

PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG

Tujuan dan peranan Pejabat Karang-mengarang

Tujuan dan rancangan jangka pendek:
Menerbitkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayu
Menerbitkan sebanyak mungkin bahan-bahan bacaam umum.

Tujuan dan rancangan jangka panjang:
Menerbitkan jurnal-jurnal bergambar
Mengadakan perpustakaan bergerak yang mampu membawa buku-buku ke kampung-kampung untuk
dijual atau mendirikan sebuah perpustakaan yang besar bagi mengisi buku-buku dalam bahasa Melayu.

Melatih penterjemah-penterjemah baru
Menerbitkan siri buku perpustakaan sekolah serta bacaam umum.

- 64 judul buku telah diterbitkan sehingga tahun 1957

PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG

Tujuan dan peranan Pejabat Karang-mengarang

Menerbitkan buku-buku yang bernama Malay School Series yang berkaitan dengan bidang pelajaran sekolah-sekolah.
Antara buku yang diterbitkan ialah:

buku-buku bacaan sekolah
buku-buku teks mata pelajaran sekolah
buku-buku pekerjaan tangan
buku ilmu Pengakap dan Pandu Puteri
Menerbitkan buku-buku yang bernama Malay Home Library Series yang berkaitan dengan bidang kesusasteraan di kalangan
orang ramai.
Antara buku yang diterbitkan ialah:
Cerita-cerita suka duka Shakespeare (terjemahan Zaaba)
Cerita Robin Hood (terjemahan Ahmad Murad Nasaruddin)
Pulau Karang (terjemahan Yazid Ahmad)
Gua Intan Raja Sulaiman (terjemahan Abdullah Ali)
Buku cerita kanak-kanak juga diterbitkan seperti cerita Aladdin dengan Lampu Ajaib, Ali Baba dengan 40 orang
Penyamun dan Hikayat Taman Ajaib.
Buku-buku tentang muzik dan lakonan seperti lagu-lagu Keroncong Melayu, Topeng Hitam dan Macbeth
Pengaruh Pejabat Karang-mengarang tidak begitu luas kerana hanya terbatas kepada pelajar dan guru sekolah Melayu
sahaja.
Buktinya, penulis-penulis yang datang dari sekolah Inggeris tidak tahu mengenai kewujudan Pejabat Karang-mengarang
Akhirnya, Pejabat Karang-mengarang dibubarkan pada tahun 1957 dan digantikan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERANAN PAKATAN BELAJAR
MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA (PBmpB)

Pengenalan

‌(Hairul Azizi Izili, 2021) menyatakan bahawa "Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) merupakan salah sebuah
badan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebelum merdeka."
Pada tahun 1888, PBmPB ditubuhkan di Johor untuk memajukan bahasa Melayu.
Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak merupakan pengasas pertubuhan ini manakala Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
menjadi pegawai penting dalam pentadbiran negeri Johor.
Dato’ Abdul Rahman menghidupkan kembali kegiatan PBmPB pada tahun 1904 setelah menyedari kegiatan PBmPB agak perlahan.
Pada 14 April 1935, pertubuhan ini telah dikurniakan gelaran ‘Diraja’ oleh D. Y. M. M. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu
Bakar
Nama PBmPB ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor

PERANAN PAKATAN BELAJAR
MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA (PBmpB)

matlamat peranan

m‌ emelihara bahasa Melayu menstandardkan ejaan dan perkataan dalam bahasa Melayu
memperlengkap bahasa Melayu mencipta perkataan baharu
memodenkan bahasa Melayu mengembangkan ilmu pengetahuan dalam kalangan
memelihara tulisan Jawi masyarakat Melayu melalui ceramah-ceramah dan
penyelidikan
menerbitkan Peredar atau jurnal enam bulan sekali
menubuhkan perpustakaan untuk menggalakkan penyebaran
ilmu pengetahuan kepada masyarakat

PERANAN PAKATAN BELAJAR
MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA (PBmpB)

hasil Penerbitan PBmBM antara 1935 hingga 1947:

1. Terdapat 34 buah buku yang telah diterbitkan dan terbahagi kepada dua, iaitu:

- buku ilmu bahasa Me
layu (16 buah buku berkaitan perkamusan, tatabahasa, ejaan dan daftar kata)

- buku-buku lain (18 buah buku berkaitan sejarah dan perjalanan serta perkembangan PBmPB)
2. Penerbitan kamus
3. Penerbitan buku tatabahasa
4. Penerbitan 'guguskatan' iaitu senarai perkataan asing yang telah diserap ke dalam bahasa Melayu
5. Dua buah buku berkaitan ejaan dihasilkan
6. Mencipta perkataan baharu yang digunakan sehingga hari ini

tokoh yang menjadi ahli

Za'ba

Ibnu Zain J
aafar
Dato Onn

Rahim Kajai

Peranan asas 50

Pada 6 Ogos 1950 iaitu selepas tamat Perang Dunia Kedua
, terdapat satu angkatan golongan penulis generasi muda

ditubuhkan dan dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50).
Peranan dan konsep yang dipegang oleh ASAS 50 ialah “seni untuk masyarakat”
Pemuda-pemuda golongan kelas bawahan yang mempunyai cita-cita dan idealisme terhadap masa depan diri,
masyarakat dan negara merupakan ahli-ahli ASAS 50
Terdapat dua golongan penulis yang menjadi anggota pergerakan ASAS 50, iaitu:

golongan yang terlibat dalam kegiatan politik
golongan yang tidak terlibat dalam politik

Matlamat penubuhan

memperluaska
n dan mempertinggikan lagi mutu kesusasteraan dan kebudayaan Melayu
melindungi hak-hak ahli dan juga para pengarang
mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh karya-karya sastera
yang lama

Peranan asas 50


peranan

1. Membangkitkan semangat perjuangan politik bahasa dalam kalangan orang Melayu melalui media radio, akhbar
dan maja
lah
2. Menjadi penggerak utama dan menghimpunkan lebih 20 buah persatuan-persatuan bahasa dan budaya dari
Singapura dan Tanah Melayu dalam Konferensi Sasterawan Setanahair pada 12 April 1952.
3. Menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi untuk membuktikan bahawa potensi bahasa Melayu untuk menjadi
bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran dan bahasa ilmu pengetahuan akan menjadi lebih mudah dicapai dengan
tulisan Rumi.
4.Memastikan bahawa bahasa Melayu akan menjadi bahasa kebangsaan yang sebenarnya di Tanah Melayu dalam
tempoh sepuluh tahun.
5.Mengemukakan pandangan tentang pembentukan Balai Pustaka oleh Kerajaan Tanah Melayu serta penyatuan
bahasa Melayu Malaya dan Indonesia

Peranan asas 50

sumbangan karya


Hasil karya daripada tokoh ASAS 50:

Keris Mas -
cerpen Pemimpin Kecil dari Kuala Semantan, Sepanjang Jalan 111, Kejadian dalam Estet dan Kedai

Sederet di Kampung Kami

Usman Awang - cerpen Pilihanraya, Kenangan Jauh dan Setahun 1948.

Awam Il Sarkam - cerpen Peristiwa Melahirkan Anak

Shafie Abdullah - cerpen Lembu Tua Jadi Mas Kahwin

Antologi cerpen:

Mekar dan Segar

Dua Zaman

Degup Jantung karya Usman Awang

Sajak-sajak yang diantologikan:

Awan Putih dan Warna Suasana, karya Masuri S. N. sekitar tahun 1944 hingga 1951

Gelombang hasil nukilan Usman Awang pada tahun 1949 hingga 1960.

BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

LAPORAN BARNES (1951)

‌Pada tahun 1950, Jawatankuasa ditubuhkan dan L. J. Barnes yang merupakan Pengarah Latihan Sosial dari
Universiti Oxford merupakan pengerusi jawatankuasa tersebut (Munirah Atirah, 2021).
Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu.
Jawatankuasa ini gagal mencadangkan penambahbaikan kepada sekolah Melayu tanpa merombak semula sistem
pendidikan secara keseluruhan.
Laporan Barnes mencadangkan untuk menghapuskan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar.

Cadangan laporan Barnes:
Menubuhkan sekolah dwibahasa di mana bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan
Pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi di sekolah
Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran
Meningkatkan kualiti guru

Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular
Cina.

Perkara ini membawa kepada pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.

BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

LAPORAN FENN-WU 1951

Dr. W. P. Fenn dari Setiausaha Kerja Bersekutu Negara Cina dan Dr. Wu The You dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu sehingga telah menghasilkan Laporan Fenn Wu 1951.
Laporan ini disediakan untuk mengkaji kehendak masyarakat cina yang menganggap Laporan Barnes berhasrat
menghapuskan bahasa dan budaya orang cina.
Sebarang tindakan untuk memaksa rakyat berbilang kaum supaya belajar satu atau dua bahasa sahaja akan
menjejaskan perpaduan antara kaum.

Cadangan laporan Fenn-Wu:
Bahasa Melayu, Bahasa Cina, dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah
vernakular.
Mempertahankan kewujudan sekolah Cina
Kerajaan menambah bantuan kewangan untuk pentadbiran sekolah cina dan menubuhkan Kolej Latihan Guru
dan Latihan Dalam Perkhidmatan di hujung minggu untuk sekolah cina.
Membina maktab perguruan cina

BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

ORDINAN PELAJARAN (1952)

Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara pada 21 November
1952 (Mazri Muhammad, 2021).
Ordinan pelajaran (1952) telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran negara ini.

Matlamat penubuhan: Cadangan Ordinan pelajaran (1952)
membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, Sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui
kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap- pengenalan Bahasa Inggeris secara beransur-ansur di
tiap individu. sekolah-sekolah Melayu.
menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga mula
menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang dikuatkuasakan di sekolah-sekolah cina dan tamil.
bangsa di negara ini. Sekolah jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
membentuk warganegara yang bersatu di seluruh Pendidikan agama diadakan pada waktu persekolahan
negara yang terdiri dari berbagai kaum. untuk murid-murid beragama Islam sama ada dalam
kawasan sekolah mereka atau dikawasan lain yang
berhampiran.

BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

LAPORAN RAZAK (1956)

Kerajaan British telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar
Pelajaran pada tahun 1955.
Jawatankuasa ini diketuai oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak b. Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah
Melayu.
Laporan jawatankuasa ini dikenali Penyata Razak

Bidang tugas: Cadangan Laporan Razak (1956) :
memeriksa dasar pelajaran sedia ada termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua
perkara yang terkandung dalam Ordinan Pelajaran sekolah rendah dan menengah
1952 Bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan bahasa Tamil menjadi
mengesyorkan perubahan dan penyesuaian terhadap bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan.
pendidikan. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan
profesional
Sistem peperiksaan yang berpusat dan sama bagi semua

PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Ho (2021) menyatakan bahawa:

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan di Johor pada tahun 1956,

merupakan sebuah jabatan kecil di dalam Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP menunjukkan hasrat kerajaan

dalam mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957.

Peranan :

Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka: Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang
Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan termasuk sains dan teknologi
Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan
kebangsaan. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang
Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha sesuai dalam bahasa kebangsaan
pencetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul
bentuk-bentuk persuratan lain dalam bahasa kebangsaan Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan
dan bahasa-bahasa lain. berkesan dalam semua bidang
Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal
istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan

PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN

KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN

Dengan mengambil iktibar daripada sejarah perkembangan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, bahasa
Melayu memang boleh diperkasakan sebagai bahasa antarabangsa.

Pada tahun 1972, Malaysia dan Indonesia menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia–Malaysia (MBIM) bagi memulakan era baru dalam
kerjasama kebahasaan peringkat serantau.
Pada tahun 1985 Brunei Darussalam menyertai penubuhan pakatan ini sekaligus MBIM diperluas menjadi Majlis Bahasa Brunei
Darussalam–Indonesia–Malaysia (MABBIM).
MBIM dan MABBIM ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini.
Kerjasama ini telah menghasilkan penyeragaman pedoman ejaan, penyeragaman pedoman pembentukan istilah, dan penyeragaman
istilah-istilah ilmu tinggi peringkat profesional.

Pusat pengajian Melayu yang pertama telah ditubuhkan di Leiden, Belanda pada tahun 1876, dan
sehingga kini pusat itu telah diiktiraf sebagai pusat utama bagi kajian budaya Melayu di peringkat
antarabangsa.
Usaha pengembangan bahasa dan sastera Melayu di dunia seharusnya terus dipertingkatkan,
manakala pusat-pusat pengajian Melayu yang sedia ada terus diperkukuh melalui program kerjasama
kebahasaan, kesusasteraan, penerbitan dan persuratan.

CABARAN DAN MASA DEPAN
BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN

1.Persaingan dengan Bahasa Inggeris sebagai bahasa 2. penggunaan bahasa melayu dalam teknologi maklumat
pengantar di instituti tinggi
Bahasa Inggeris merupakan bahasa berpengaruh bagi bahasa teknologi malumat.
Cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu bermula sejak lulusnya Akta Hal ini menunjukkan bahawa bahasa Inggeris telah menjadi bahasa terpenting
Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 (Nazarina Nawawi, 2012) kerana penggunaannya yang maksimum dalam pelbagai bidang.
Bermulanya penggunaan bahasa Inggeris di IPTS sebagai bahasa pengantar. Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang teknologi maklumat dianggap tidak
IPS mempunnyai kebebasan dalam menentukan penggunaan bahasa pengantar. bertaraf antarabangsa.
Kebebasan ini menyebabkan martabat bahasa Melayu direndahkan sekaligus
melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga mampu menggalas tanggungjawab
Laporan Razak mewajibkan bahasa Inggeris dipelajari di sekolah. penting untuk menyebarkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat.
Penggunaan bahasa Melayu dalam internet juga perlu dipertingkatkan agar
Rakyat mestilah yakin dengan kemampuan bahasa kebangsaan iaitu bahasa seiring dengan penggunaan bahasa-bahasa utama lain di dunia.
Melayu. Laman sesawang yang dibina oleh badan kerajaan dan badan bukan kerajaan
kita mestilah bangga dengan bahasa Melayu kerana masih kekal sehingga hendaklah menggunakan bahasa Melayu agar maklumat tersebar dalam
sekarang walaupun ramai yang lebih suka bertutur bahasa Inggeris bahasa Melayu.
Kita boleh menggunakan bahasa Inggeris tetapi mengikut kesesuaian keadaan.
Kita hendaklah memperluaskan bahasa Melayu dengan memperkenalkannya di
peringkat antarabangsa.

EKONOMI

Ramai rakyat Malaysia mempelajari bahasa Inggeris untuk meraih peluang ekonomi.
Penggunaan bahasa Inggeris sangat penting dalam peluang pekerjaan serta peluang perniagaan.
Rata-rata tempat kerja mahukan pekerja yang fasih berbahasa Inggeris.
Perniagaan yang menggunakan bahasa Inggeris dipandang tinggi di sisi masyarakat.

Kerajaan perlu melonggarkan syarat untuk penerimaan pekerja yang pandai bahasa Inggeris
sahaja.
Aktiviti perniagaan dijalankan dengan menggunakan bahasa Melayu.
Memperkenalkan aktiviti perniagaan di peringkat antarabangsa menggunakan bahasa Melayu.

PENTADBIRAN KERAJAAN

Perkara ini bermula sejak penjajahan British lagi iaitu sesiapa yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris
sahaja akan dapat menjawat jawatan tinggi dalam pekerjaan (Sharifah DarmiaSharif Adam, 2014).
Terdapat golongan tertentu yang tidak boleh menguasi bahasa Melayu menyekat penggunaan bahasa kebangsaan
dalam pentadbiran.
Terdapat pegawai pentadbiran yang tidak mahu menggunakan bahasa kebangsaan dalam tujuan surat-menyurat

Pihak kerajaan berusaha mengembangkan bahasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan dengan menetapkan bahawa
semua urusan rasmi yang melibatkan penulisan surat, perbicaraan dalam mesyuarat, dan penyediaan laporan
hendaklah dilakukan dalam bahasa Melayu.
Pihak kerajaan perlu menyediakan kakitangan awam yang mempunyai pengetahuan bahasa kebangsaan.
Pihak kerajaan mengadakan suatu kursus bahasa kebangsaan kepada pegawai dan kakitangan awam.
Pegawai-pegawai kerajaan yang bukan berbangsa Melayu juga perlu mempelajari bahasa kebangsaan supaya tidak
mengalami kerugiaan pada masa akan datang

KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL

Terdapat ramai orang terutamanya remaja yang merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan,
ayat, istilah, dan menggunakan bahasa rojak di media sosial.
Penggunaan bahasa singkatan yang berleluasa dalam laman sosial.
Terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar mesej (SMS) atau menulis
sesuatu di media sosial. Contohnya:

kang (nanti)
a’kum (assalamualaikum)
maner (mana)

Pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran melalui media sosial untuk memartabatkan bahasa Melayu
kerana media sosial merupakan satu komponen yang paling mudah untuk menyebarkan informasi (Azhar Ariffin,
2021).
Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan budaya membaca sejak kecil kerana anak-anak akan terdedah
dengan bahasa-bahasa yang tidak baik melalui kehidupan harian mereka.

PERCAMPURAN KOD

Muhammad Zahiruddin (2021) menyatakan bahawa:
Dalam percampur kod, penutur menggunakan dua mod. Mod pertama digunakan sewaktu bertutur dalam satu bahasa. Mod yang kedua digunakan dalam
perbualan yang memerlukan lebih daripada satu kod bahasa. Umpamanya, orang yang sedang bercakap dalam bahasa Melayu memasukkan unsur bahasa
Inggeris. Penutur beranggapan bahawa pendengar juga sepertinya, yakni faham dan fasih dalam kedua-dua bahasa. Percampuran kod telah dianggap
sebagai suatu norma penggunaan bahasa dalam setiap komuniti dwibahasa. Percampuran kod dikenali sebagai alterasi bahasa. Fenomena ini menunjukkan
bahawa anggota masyarakat menggunakan lebih daripada satu bahasa semasa berhubung antara satu sama lain.

Menurut Aida et al., (2016), "penutur lazimnya menggunakan percampuran kod Semua individu mestilah memelihara bahasa Melayu agar
untuk mengatasi masalah komunikasi dan bahasa ". dapat memartabatkan bahasa Melayu.
Hal ini kerana, terdapat bangsa berbilang kaum di negara kita serta bahasa Kita hendaklah menghayati bahasa Melayu dengan lebih
Inggeris menjadi bahasa kedua. mendalam.
Guru-guru di sekolah menggunakan percampuran kod bahasa Inggeris - bahasa Kita mestilah memupuk rasa cinta kepada bahasa Melayu
Melayu dalam proses pembelajaran dan pengajaran bertujuan memudahkan serta sedar tentang pentingnya bahasa kebangsaan.
proses pengajaran guru dan pemahaman para pelajar.
Pengaruh pelbagai bahasa yang berlainan
Kanak-kanak telah didedahkan lebih awal mengenai pencampuran kod yang dilihat
daripada media elektronik.
Terdapat pelbagai jenis dialek yang terdapat di Malaysia menyebabkan
percampuran kod berlaku.

SLANGA

Slanga ialah kata-kata atau ungkapan yang tidak tergolong dalam bahasa baku yang kebiasaannya
digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu dalam situasi yang tidak rasmi.

Media sosial mempunyai pengaruh yang luas dalam Bahasa Melayu harus ditekankan dalam diri golongan
menyebar bahasa slanga remaja.
Terdapat pelbagai jenis asal usul serta susur galur Masyarakat perlu sedar tentang penggunaan bahasa yang
keturunan di Malaysia. sopan yang bukan sahaja digunakan pada masa tertentu,
Ramai orang menganggap bahasa slanga lebih santai untuk malah digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
kegunaan sehari-hari. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk
menggunakan bahasa yang betul sejak anak-anak masih
kecil agar tidak mempengaruhi anak sehingga meningkat
dewasa

RUJUKAN

RUJUKAN


Click to View FlipBook Version