96 7. Membuat penilaian kendiri tahap pencapaian sekolah berdasarkan keputusan Pelaporan Sekolah Rendah dan PKSR. 8. Melaksanakan tugas PPS di bawah komponen terlibat untuk mengurus pelaporan SKPMg2. 9. Melaksanakan amalan MMI. PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) 1. Bersama Ketua Panitia merancang ketetapan yang menjadi pegangan Komponen Pengurusan Kurikulum Sekolah. 2. Memastikan semua data pentaksiran setiap tahun dikumpul dan dianalisa untuk digunakan dalam perancangan tahun semasa. 3. Memastikan analisa headcount dibuat untuk digunakan dalam perancangan PdPoleh guru-guru mengikut mata pelajaran. 4. Memastikan pencerapan dijalankan dan menganalisa semua dapatan pencerapan untuk menambah baik pengoperasian PdP. 5. Memastikan guru-guru merancang dan melaksanakan intervensi dalam PdP untuk menghasilkan PdP cemerlang. 6. Memastikan murid-murid yang terlalu lemah dalam kemahiran 3M dirujuk kepada Guru Pemulihan dan membekalkan maklumat mereka apabila diperlukan. 7. Memastikan guru-guru melaksanakan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan di dalam bilik darjah. 8. Memastikan tugasan disemak oleh guru-guru dan pembetulan dilaksanakan sebagai penambah baik PdP. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 1. Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan peperiksaan. 2. Memberikan peluang kepada guru dan murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar pandangan. 3. Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid. 4. Memantapkan matlamat dan hala tuju selepas peperiksaan. 5. Memberikan pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah. 6. Memberikan pendedahan tentang ransangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid. PEMBELAJARAN MAYA 1. Menyelaraskan pelaksanaan segala perancangan pembelajaran menggunakan pelantar maya yang dikuatkuasakan. 2. Mengurus latihan dan kursus dalaman berkaitan aplikasi dan juga kaedah pembelajaran berkaitan penggunaan ICT.
97 3. Merancang aktiviti pembudayaan pembelajaran berasaskan ICT melalui programprogram khas yang melibatkan semua warga sekolah. 4. Menyediakan jadual penggunaan Makmal dan memastikan penggunaan dengan berkesan. 5. Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna mengetahui, memahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan. 6. Mengumpulkan bahan pembelajaran untuk dijadikan koleksi sekolah. PENYELARAS ICT LANTIKAN DALAMAN & AJK RUJUKAN i Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 3/2005: Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi Guru PenyelarasBestari Serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah. 1. Portfolio Penyelaras ICT Lantikan Dalaman (PICTLD (PR11)) diwujudkan di sekolah yang tidak mempunyai Pusat Akses yang diiktiraf oleh BSTP KPM bagi melaksanakan tugas Guru Penyelaras Bestari - HR08. 2. Tugas PICTLD (PR11) bukanlah sepenuh masa sebagaimana Guru Penyelaras Bestari - HR08 kerana fokus utama masih kepada tugas PdP. 3. Waktu mengajar PICTLD - PR11 boleh dikurangkan atas budi bicara PGB. 4. Tugas yang dilaksanakan oleh PICTLD (PR11) boleh dirujuk pada tugas Guru PenyelarasBestari - HR08. 5. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. KETUA PANITIA RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4/1986: Panitia Mata Pelajaran ii. Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Tatacara Permohonan KelulusanTeknikal Inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia. 1. Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaharu atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia. 2. Menyediakan rancangan mengajar untuk setiap penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu kelas dan juga di antara kelas di mana ada kaitan. 3. Memilih dan mencadangkan kepada PGB buku tambahan (jika diperlukan) untuk digunakan oleh murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak standard kandungan dan standard pelajaran yang terdapat dalam DSKP dan tahap kebolehan murid.
98 4. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah. 5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan pentaksiran (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap kelas dan jika perlu menubuhkan bank soalan. 6. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran. 7. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara 'ad hoc' jika perlu. 8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan. 9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain. 10. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. 11. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan. 12. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan murid yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu. 13. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia. 14. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan. 15. Mengurus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk ahli-ahli panitia. 16. Memastikan semua ahli panitia mendapat maklumat terkini tentang mata pelajaran masingmasing. 17. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4/1986: Panitia Mata Pelajaran. ii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 7/2016: Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017). iii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 8/2016: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah. Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat Mulai Tahun 2017. iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2019: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan
99 2017) Pendidikan Seni Visual dan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik Bagi Menggantikan Mata Pelajaran Pendidikan Kesenian mulai 2020. v. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019: Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) di Sarawak mulai 2020. PENGURUSAN PANITIA 1. Menentukan penggunaan DSKP yang dikemas kini. 2. Menentukan penggu Memberi kerjasama kepada jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan. 3. Penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran/pembelajaran yang dikemas kini. 4. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pengajaran Tahunan. 5. Menyelaraskan penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan pemeriksaan kertas kertas jawapan. 6. Menganalisis keputusan peperiksaan dan mengkaji serta mencari jalan untuk memajukan tahap pencapaian dari semasa ke semasa. 7. Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolah (perpustakaan) untuk rujukan guru. 8. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika diperlukan. 9. Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan/buku kerja bagi setiap kelas, jika diperlukan. 10.Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baharu yang diperlukan seperti sukatan baru, kaedah pengajaran dan pembelajaran baru, jika ada. 11. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan dengan persetujuan pihak sekolah. 12.Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekalkan dan meningkatkan prestasi murid-murid. 13. Melaksanakan peraturan-peraturan panitia sedia ada. 14.Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya satu (1) dalam sepenggal atau lebih kerap, jika perlu. 15.Memastikan penyeliaan penyemakan buku latihan murid dilaksanakan sekurangkurangnya dua (2) kali setahun. 16.Merancang dan melaksanakan program-program serta intervensi untuk kemajuan murid dan program di bawah arahan KPM. JAWATANKUASA PEPERIKSAAN & PENILAIAN (PKSR) RUJUKAN i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan10/1998: Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan Dan Sekolah Swasta. ii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 10/1998: Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan Dan Sekolah Swasta.
100 iii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/2007: Garis Panduan Pengoperasian Dasar PemansuhanYuran Peperiksaan Awam. iv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/2010: Pelaksanaan Dasar Menghadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran dan Penambahan Dua (2) Mata Pelajaran Tambahan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. v. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bilangan 3/2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Dan Menengah Rendah Bertarikh 19 Julai 2011. vi. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bilangan 8 Tahun 2013: Pentaksiran Pusat Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Peringkat Menengah Rendah Mulai Tahun 2014. vii. Surat Makluman KPM/KPPM/7 (22) bertarikh 18 Disember 2014: Kadar Bayaran Baharu Bagi Pengurusan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). viii. Lembaga Peperiksaan, KPM (2014): Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). ix. Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bilangan 1/2014: Penambahbaikan Pentaksiran BerasaskanSekolah (PBS). x. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 6 Tahun 2019: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Menengah Atas) dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020. xi. Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, KPM 2019. xii. Surat Siaran KPM.100-1/7/2 Jld.6 (28) bertarikh 11 Januari 2019 :Cetakan Pelaporan PentaksiranBilik Darjah xiii. Surat Siaran KPM Bilangan 14 Tahun 2018 bertarikh 19 Disember 2018: Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) Di Sekolah Rendah KPM Mulai Tahun 2019. xiv. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) ASPEK PENGURUSAN 1. Menubuhkan jawatankuasa penjaminan kualiti PBS yang melibatkan aktiviti pementoran, pemantauan, pengesanan dan penyelarasan. 2. Memastikan semua murid memiliki pelaporan akhir PBS. 3. Memastikan pentaksiran dijalankan sepanjang pengajaran dan pembelajaran. 4. Menyediakan dan memantau perjalanan pentaksiran dan pelaporan dua (2) kali setahun. 5. Memastikan penyelarasan skor di peringkat sekolah dilaksanakan. 6. Memastikan pentaksir memaklumkan skor kepada murid dan ibu bapa/penjaga yang ditaksir dan murid menandatangani borang skor individu bagi setiap pentaksiran.
101 7. Memastikan pentaksir melaporkan tahap penguasaan murid dalam PBD menggunakan templat pelaporan secara luar talian yang digunakan mengikut tahun semasa di peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa. 8. Menyediakan fail pengurusan PBS. 9. Menyediakan laporan pencerapan dan pemantauan. 10. Menyediakan analisis pentaksiran keseluruhan. ASPEK PENJAMINAN KUALITI PBS 1. JK PEMENTORAN a. Memberikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengenai prosedur dan garis panduan kepada guru. b. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru. c. Membimbing dan membantu guru menyelesaikan masalah. d. Meningkatkan profesionalisme dan kualiti kerja guru. 2. JK PEMANTAUAN a. Memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan. b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS. c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS. d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran dalam pelaksanaan PBS. e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan. 3. JK PENGESANAN a. Memastikan instrumen pentaksiran menepati dokumen kurikulum. b. Memastikan item yang dibina sesuai dengan konstruk yang diukur. c. Memastikan item yang dibina menepati prinsip pembinaan item. d. Memastikan item yang dibina sesuai dengan tahap penguasaan murid. e. Memastikan item menggunakan laras bahasa yang sesuai. f. Memastikan masa yang diperuntukkan mencukupi. g. Memastikan kebolehtadbiran dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran. h. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran. 4. JK PENYELARASAN a. Menyelaraskan pengetahuan dan kefahaman guru terhadap panduan penskoran. b. Memastikan guru memeriksa hasil kerja murid berdasarkan panduan penskoran. c. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan sebenar murid. d. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor.
102 e. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid. PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT 1. JK hendaklah memastikan infrastruktur dan kelengkapan fizikal bagi pelaksanaan mata pelajaran dengan komponen pentaksiran pusat telah dilengkapkan sebelum menawarkan mata pelajaran berkenaan. 2. Pihak sekolah hendaklah mengendalikan pentaksiran pusat bagi calon sekolah. 3. Calon yang memerlukan pengecualian pentaksiran pusat hendaklah memohon kepada pihak sekolah pada tahun peperiksaan dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti laporan perubatan tahun semasa atau kad OKU. 4. Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan pengecualian pentaksiran pusat kepada Pengarah Pendidikan, JPN. 5. Pihak sekolah dan JPN hendaklah menghantar skor Pentaksiran Pusat ke Lembaga Peperiksaan (LP) mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Skor Pentaksiran Pusat yang dihantar selepas keputusan peperiksaan diumumkan tidak akan diproses. 6. Permohonan Pembetulan Maklumat Calon (PMC) bagi skor Pentaksiran Pusat yang telah dihantar ke LP dikenakan bayaran mengikut kadar yang sedang berkuat kuasa. 7. Tempoh penyimpanan dokumen skor dan bahan bukti ialah enam bulan selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan. Dalam tempoh tersebut, calon boleh mendapatkan bahan bukti daripada pihak sekolah untuk tujuan rasmi dan mengembalikannya setelah selesai digunakan. 8. Selepas tempoh penyimpanan tamat, pihak sekolah boleh menyerahkan bahan bukti kepada calon yang memerlukannya. 9. PGB hendaklah melupuskan bahan bukti yang tidak dituntut oleh calon selepas30 hari tempoh penyimpanan tamat. 10. Bagi calon pindah pusat, sekolah asal hendaklah menyerahkan dokumen skordan bahan bukti mudah alih calon kepada sekolah baharu. Sekolah baharu hendaklah menghantar skor calon kepada LP. 11. Bagi calon menumpang, sekolah asal hendaklah menghantar skor calon kepada LP. 12. Pihak sekolah/JPN hendaklah mengeluarkan pelaporan pencapaian calonselewatlewatnya pada tarikh pengumuman keputusan. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN DALAMAN RUJUKAN i. Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bilangan 1/2014: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. ii. Pelaksanaan Penggunaan Modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Dalam Toolkit Pembangunan Sekolah Bagi Program Pembangunan Sekolah Di Bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, (KPM.NKRA.100- 15/1/1Jld.4(17).
103 iii. Surat Siaran KPM Bilangan 14 Tahun 2018: Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai Tahun 2019. 1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah. 2. Menyelaraskan dan mengedarkan jadual pembina item serta penyedia kertas soalan. 3. Mengurus percetakan, pembahagian, dan tempat menyimpan kertas soalan dan memastikan keselamatannya. 4. Memastikan kertas-kertas soalan dan peraturan pemarkahan disahkan oleh Ketua Panitia dalam masa yang ditetapkan. 5. Memastikan keselamatan dan kerahsiaan kertas soalan yang telah dicetak. 6. Memastikan kertas soalan diedarkan kepada guru pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan. 7. Memastikan jadual waktu penandaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan. 8. Memastikan salinan kertas soalan disimpan sebagai rujukan di dalam bank soalan. 9. Menyelia dan mengurus Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS). 10. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. BIMBINGAN DAN PEMULIHAN RUJUKAN i. Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2012, Bahagian Pendidikan Khas, KPM. ii. Program Pemulihan Khas – Buku Panduan Pengurusan Bahasa Melayu, Bahagian PendidikanKhas, KPM. iii. Program Pemulihan Khas – Buku Penduan Pengurusan Matematik, Bahagian Pendidikan Khas,KPM. iv. Buku Daftar Perbendaharaan Kata Pemulihan Bahasa Melayu, Bahagian Pendidikan Khas, KPM. 1. Menerima pencalonan daripada guru-guru kelas atau guru mata pelajaran. 2. Mengatur dan menjalankan Ujian Saringan Murid Pemulihan. 3. Mencadangkan murid yang layak ke program Pemulihan. 4. Menyarankan murid kepada ibu bapa untuk menyertai program pemulihan. 5. Menyediakan jadual kelas Pemulihan. 6. Menjalankan ujian diagnostik murid-murid pemulihan. 7. Mengurus fail pengurusan murid-murid pemulihan (berkaitan organisasi, AJK, carta alir kerja dan takwim program). 8. Mengurus fail peribadi murid-murid pemulihan (kebenaran ibu bapa, pencalonan, biodata). 9. Mengurus fail data penguasaan murid termasuk Analisa Saringan, diagnostik, tahap penguasaan serta mengumpulkan lembaran kerja yang digunakan.
104 10. Mengurus kelas pemulihan supaya lebih kondusif, bersudut dan selesa untuk pelaksanaan PdP pemulihan. 11. Menjalankan Instrumen Penentu Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) kepada murid-murid yang mempunyai ciri-ciri Murid Berkeperluan Khas (MBK). GURU PEMULIHAN/ GURU PEMULIHAN KHAS 1. Merancang dan melaksanakan Program Pemulihan Khas mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 2. Memastikan murid Tahap 1 dan Tahap 2 menguasai kemahiran asas 3M sebagai sasaran kerja tahunan (SKT). 3. Mentadbir Instrumen Penentu Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) kepada murid yang kebarangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. 4. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam mengenal pasti murid-murid yang perlu mengikuti Program Pemulihan Khas. 5. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibu bapa dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tahap kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid. 6. Menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 7. Mengadakan latihan perkembangan staf mengenai program pemulihan khas di peringkat sekolah. 8. Menghadiri kursus/bengkel/taklimat yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD. 9. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU 1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru. 2. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran. 3. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai. 4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu. 5. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal. 6. Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar. 7. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan 8. Membuat pindaan jika perlu. 9. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada PGB dan dipaparkan untuk makluman semua.
105 JAWATANKUSA PUSAT SUMBER RUJUKAN i. Buku Panduan Tugas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah untuk Guru Perpustakaan & MediaSekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2007 ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10 Tahun 2000 : Tahun Pusat Sumber Sekolah (PSS) 2000 iii. Arahan Perbendaharaan, Bab C (A.P.299) (berkaitan pelupusan/hapus kira) Bahagian IV, Akta Arkib Negara 2003, (Akta 629), Larangan Terhadap Pemusnahan Rekod Awam, Perkara 25 (berkaitan pelupusan/hapus kira) iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 Tahun 2005: Memantapkan Budaya di Kalangan MuridSekolah v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2005: Penyelarasan Waktu Mengajar bagi GuruPerpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) vi. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 : Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan vii. Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil.8/2012, Garis Panduan Pengurusan Kewangan PeruntukanBantuan Persekolahan ke Sekolah Berdasarkan per Kapita dan Enrolmen Murid viii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 Tahun 2021: Pengurusan Kewangan Bagi Peruntukan BantuanPersekolahan Umum Kementerian Pendidikan Malaysia ix. Surat Siaran Buku Teks No Rujukan: KP.BT.8945/Jld.18(62) 6 Mac 2003: Panduan Menerima,Merekod Dan Menyimpan Cd-Rom Yang. Dibekalkan Oleh Bahagian Buku Teks Ke Sekolah – Sekolah x. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/2005 : Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras BestariSerta Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) (KP (BS-DSR) 8787/008/2 (10) bertarikh 18 Julai 2005. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI 1. Sebagai ketua pentadbir pengurus dan mempengerusikan mesyuarat AJK induk PSS. 2. Memastikan PSS berjalan dengan berkesannya demi mencapai objektif- objektif PSS yang telah dirangka. 3. Membentuk dasar yang praktikal mengenai perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan PSS yang lain dengan bantuan Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP). 4. Merancang dan melaksanakan program untuk mendapatkan alat atau media serta kemudahan-kemudahan lain untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang progresif.
106 Menyelaraskan kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat, berbakat dan memerlukan. 5. Mengadakan perbincangan dengan para pegawai USTP pelbagai peringkat mengenal program media pendidikan di sekolah. 6. Merancang belanjawan tahunan dan belanjawan jangka panjang dengan kerjasama AJK PSS lain. 7. Membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber di sekolah. 8. Menjalankan penyelidikan dan percubaan mengenai penggunaan media baharu dan yang selalu digunakan dengan kerjasama USTP. 9. Menyediakan kemudahan membaiki dan mengendalikan alat-alat pengajaran dan pembelajaran. 10. Melahirkan satu budaya yang boleh menggalakkan guru-guru dan murid-murid untuk menggunakan bahan-bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui PSS merentasi kurikulum. 11. Menyebarkan konsep PSS kepada guru-guru, murid-murid dan masyarakat tempatan. 12. Sentiasa peka dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan dan maklumat terkini. 13. Dapat menerima perubahan dalam pendidikan dengan fikiran terbuka dari semasa ke semasa. PENYELARAS PSS 1. Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan memastikan agar dapat dilaksanakan. 2. Membantu menggariskan matlamat, objektif dan perancangan dasar yang akan dilaksanakan oleh PSS. 3. Memantau dan memastikan program-program pembangunan serta perancangan aktiviti agar dilaksanakan dengan cemerlangnya. 4. Menyediakan senarai semak tugas untuk memastikan perkembangan dantindak ikut perancangan dan pembangunan PSS. 5. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS dengan kerjasama semua AJK Kerja PSS. 6. Mengurus dan mengelolakan semua kemudahan fizikal dan perkhidmatan yang disediakan oleh PSS. 7. Memilih dan memesan bahan-bahan perlu dan yang bersesuaian untuk keperluan masyarakat sekolah dengan kerjasama guru-guru. 8. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan. 9. Bekerjasama dengan pihak-pihak bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan program perkembangan staf. 10. Menggalakkan guru dan murid untuk menpelbagai media dalam pendidikan.
107 11. Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurus pembangunan PSS. 12. Menganjurkan sesi promosi yang bersesuaian untuk menggalakkan budaya penggunaan perkhidmatan disediakan oleh PSS. 13. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS. 14. Memastikan penyediaan rekod-rekod yang lengkap untuk tujuan penyemakan oleh pegawai-pegawai pendidikan yang melakukan lawatan. 15. Menyediakan laporan tahunan PSS. 16. Mendapatkan maklum balas dan cadangan-cadangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh PSS. 17. Membuat penilaian dan kaji selidik tentang keberkesanan penggunaan semua perkhidmatan yang disediakan oleh PSS. 18. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan. 19. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. KETUA PANITIA MATA PELAJARAN 1. Merancang supaya dapat membudayakan penggunaan media pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan murid-murid di sekolah. 2. Menyebarkan maklumat-maklumat terkini tentang teknologi pendidikan kepada semua guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 3. Membantu AJK PSS dalam pemilihan bagi mendapatkan alat dan bahan pengajaran yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan murid. 4. Membantu dan merancang agar guru-guru dapat membina alat dan bahan pengajaran dengan menggunakan pendekatan bersistem. 5. Menilai keberkesanan alat dan media pengajaran yang dibeli ataupun yang dihasilkan sendiri. 6. Mewakili PSS dalam semua aktiviti perkembangan kurikulum sekolah. 7. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan. 8. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA GURU PERPUSTAKAAN 1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan. 2. Melatih dan menyelia petugas-petugas perpustakaan untuk membantu pengurusan perpustakaan. 3. Memastikan bahawa perpustakaan diurus dengan teraturnya dan bersistematik.
108 4. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perpustakaan. 5. Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan. 6. Menyimpan rekod-rekod yang berkaitan dengan pengurusan perpustakaan yang bersistem. 7. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru-guru dan murid-murid yang memerlukan. 8. Memperoleh dan menyemak alat-alat perolehan (bibliografi, katalog penerbit, senarai tajuk dan lain-lain) untuk memilih mengetahui jenis-jenis dan tajuk-tajuk buku yang perlu dibeli untuk menambahkan koleksi di perpustakaan. 9. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun. 10. Mengelas dan mengkatalog bahan-bahan dari koleksi. 11. Menyediakan katalog yang dikemas kini untuk kemudahan rujukan guru-guru dan murid-murid yang memerlukan. 12. Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan yang praktikal dan berkesan. 13. Melantik pengawas PSS dan mengadakan program-program latihan yang bersesuaian dengan keperluan. 14. Membantu mengurus semua program media PSS yang berkaitan dengan perkhidmatan perpustakaan. 15. Membantu murid-murid untuk memilih buku-buku dan bahan yang bersesuaian untuk bacaan dan rujukan. 16. Mengadakan sesi tunjuk ajar kepada murid-murid tentang cara-cara memaksimumkan penggunaan perpustakaan demi peningkatan akademik. 17. Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan. 18. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa. GURU NILAM 1. Membantu GPM merancang dan melaksanakan aktiviti program NILAM peringkat sekolah. 2. Menyimpan segala rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat. 3. Menyelaraskan perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan. 4. Mempamer data dan maklumat di Sudut NILAM yang wujud di sekolah. 5. Mengumpulkan maklumat kertas kerja, laporan dan bahan serta menyerahkannya kepada pihak pentadbir. 6. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan kepada pengerusi. 7. Menyemak dan mengesahan rekod bacaan NILAM. 8. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa.
109 GURU BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Mencatatkan semua bekalan alat perkakasan (hardware) dan bahan-bahan perisian (software) yang dibeli atau diterima ke dalam buku stok alat bantu mengajar. 2. Mengelaskan dan mengkatalogkan semua bahan perisian yang dibeli atau diterima. 3. Menyediakan dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan murid-murid yang memerlukan. 4. Mengadakan sesi perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan praktikal serta untuk menggalakkan penggunaan media pengajaran pembelajaran yang bersesuaian oleh guru-guru dan murid-murid. 5. Menasihati dan membimbing guru-guru serta murid-murid tentang kaedah memilih jenis-jenis media yang bersesuaian, praktikal dan berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran. 6. Mewujudkan budaya pinjaman dan penggunaan alat dan bahan bantu mengajar yang sistematik dan berkesan khususnya bagi keperluan pengajaran guru-guru. 7. Mengadakan promosi bagi menggalakkan penggunaan ABM dari semasa ke semasa untuk makluman guru dan murid. 8. Melaporkan sebarang kerosakan alat-alat perkakasan atau perisian kepada Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian dan pembaikan. 9. Menentukan bahawa semua peralatan bantu mengajar agar sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan. 10. Menyediakan buku-buku rekod yang perlu untuk memudahkan penyemakan oleh pihak pengurusan ataupun bagi tujuan semakan oleh pegawai-pegawai pendidikan yang memerlukannya. 11. Menentukan supaya Buku Rekod Penggunaan disediakan untuk kemudahan para pengguna membuat catatan penggunaan yang perlu. 12. Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan. 13. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa GURU PENGENDALI ALAT PANDANG DENGAR/UNIT TEKNOLOGI 1. Menggalakkan pembudayaan penggunaan media teknologi pendidikan terutamanya alat dan bahan tayangan, rakaman serta penggunaan nota-nota yang bersesuaian untuk digunakan. 2. Membina koleksi pita-pita video dan audio atau sumber-sumber teknologi pendidikan yang bersesuaian untuk kegunaan guru dan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Berusaha mengambil tindak ikut untuk mempertingkatkan penggunaan APD. 4. Menyediakan jadual penggunaan, statistik ataupun mempamerkan bahan- bahan yang bersesuaian bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan yang disediakan.
110 5. Menyediakan dan mengedarkan katalog alat bantu mengajar dari semasa ke semasa untuk pengetahuan guru-guru dan murid-murid yang memerlukan. 6. Melaporkan sebarang kerosakan alatan supaya segera dibaik pulih dengan secepat mungkin. 7. Merancang anggaran belanjawan tahunan bagi penyediaan perkhidmatan TV Pendidikan dan Radio Pendidikan. 8. Merancang dan menjalankan progam-program yang bersesuaian untuk meningkatkan penggunaan APD secara berkesan. 9. Menyediakan catatan dalam buku-buku laporan tentang sebarang aktiviti yangtelah dijalankan untuk tujuan penyemakan dan rekod. 10. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan. 11. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa. GURU KHIDMAT KOMPUTER/GURU ICT 1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan komputer termasuk keperluan-keperluan semasanya. 2. Mempunyai catatan (Buku Stok) semua perbekalan alatan atau perkakasan serta perisian (software) seperti komputer, kertas, dakwat dan lain-lain. 3. Bertanggungjawab untuk melatih pelanggan etika penggunaan komputer dan kerahsiaan data serta membudayakan penggunaan komputer melalui program literasi komputer yang bersesuaian. 4. Menggalakkan penggunaan komputer untuk tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran. 5. Berusaha mengelas dan mengkatalog media storan yang dimiliki. 6. Merancang aktiviti unit komputer. 7. Menyediakan keperluan operasi yang sistematik seperti jadual waktu, rekod penggunaan dan lain-lain. 8. Melaporkan sebarang kerosakan supaya dapat dilakukan tindakan baik pulih atau penggantian dengan kadar segera. 9. Menyediakan senarai semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan. 10. Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh PGB/pentadbir sekolah dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA MBMMBI 1. Mengurus stok, inventori dan harta modal peralatan MBMMBI. 2. Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeliling, manual dam lessen perisian. 3. Memproses bahan-bahan sokongan P & P serta bahan sumber perisian khusus. 4. Menyediakan dan menyimpan rekod agihan alat-alat MBMMBI.
111 5. Melaporkan kerosakan kepada pihak berkenaan. 6. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. JAWATANKUASA HIGHLY IMMERSIVE PROGRAM (HIP) 1. Merancang program dan menyelaras program HIP diperingkat sekolah. 2. Memastikan laporan dan ucapan diperhimpunan rasmi menggunakan Bahasa Inggeris pada minggu ke 4. 3. Menggalakkan dan memastikan bilik-bilik darjah ada unsur HIP seperti artikel, keratan Bahasa Inggeris, ‘reading corner’ dan lain-lain. 4. Bekerjasama dengan Panitia Bahasa Inggeris untuk menceriakan kawasan sekolah. 5. Menggalakkan semua warga untuk menggunakan Bahasa Inggeris sekerap yang mungkin. JAWATANKUASA HARI APRESIASI 1. Mengadakan mesyuarat dan menguruskan perjalanan Hari Apresiasi Sekolah. 2. Merancang pengisian dan keperluan kewangan mengikut keperluan majlis. 3. Menetapkan jadual proses kerja pra dan post majlis. 4. Memastikan majlis dilaksanakan dengan teratur dan mengikut masa yang ditetapkan. JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI GURU MATA PELAJARAN 1. Memahami konsep dan tujuan Program Transisi. 2. Menggunakan pelbagai pendekatan terhadap murid yang berbeza. 3. Membantu merancang aktiviti yang memenuhi keperluan JERI murid. 4. Merekod dan mengemaskinikan rekod pembelajaran 3M dan dalam aktiviti prahuruf, pra nombor dan pra warna. 5. Membuat laporan dari semasa ke semasa kepada jawatankuasa mengenai perkembangan setiap murid dalam mata pelajaran mereka. 6. Merangka strategi untuk menyelesaikan tahap penguasaan 3M murid yang berbeza. 7. Menyimpan hasil keputusan penilaian, pemerhatian dan ujian sepanjang tahun. 8. Menjaga dan mengemaskinikan sudut dan ruang mata pelajaran masing-masing. 9. Membuat dan membaiki BBM untuk dipamerkan di sudut atau ruang mata pelajaran. 10. Menyediakan rancangan tahunan bertema dan rangka aktiviti untuk minggu transisi GURU KELAS 1. Memahami konsep dan tujuan Program Transisi. 2. Menyediakan persekitaran kelas yang ada persamaan dengan tadika. 3. Melukis pelan bilik darjah.
112 4. Menyediakan sudut ruang mata pelajaran. 5. Menjaga dan memantau keceriaan dan kebersihan kelas berdasarkan garis panduan yang diberikan. 6. Prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan murid semasa di sekolah dan bertanggungjawab kepada ibu bapa dan penjaga murid. 7. Menyediakan senarai bahan dan peralatan untuk kegunaan bilik darjah. 8. Mengumpul maklumat untuk tujuan perekodan daripada ibu bapa/penjaga murid. 9. Menyimpan rekod profil dan rekod kesihatan murid. 10. Membahagikan murid kepada kumpulan mengikut kecerdasan dan tahap kemampuan murid selepas minggu transisi. 11. Mengumpul dan menyediakan laporan murid tentang penguasaan nilai, rutindan peraturan dalam bilik darjah secara berterusan. 12. Mengutip dan merekod yuran daripada ibu bapa dan penjaga. PENYELARAS TAHUN SATU 1. Merangka dan menyelaraskan aktiviti untuk tiga (3) minggu (sepanjang Program Transisi dijalankan). 2. Merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, majlis suai kenal tahun satu dan majlis penutupan minggu transisi. 3. Mencari sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti yang hendak dirancang. 4. Mengumpul rekod serta laporan untuk dirumuskan kepada pihak pentadbir. 5. Mengemaskinikan fail perlaksanaan program transisi secara berterusan. 6. Membantu menyediakan dan mengedar bahan edaran kepada ibu bapa/penjaga. 7. Membantu memantau sepanjang pelaksanaan program. 8. Bertindak sebagai pakar rujuk. SETIAUSAHA AJK KERJA 1. Mencatat minit mesyuarat dan taklimat yang dilakukan secara formal atau tidak. 2. Membantu merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, minggu transisi, majlis suai kenal murid tahun satu dan majlis penutup minggu transisi. 3. Menyedia dan mengedarkan atur cara bagi setiap majlis formal sepanjang program diadakan. 4. Mengedar surat edaran dan undangan kepada pihak yang berkenaan. 5. Memastikan maklumat disampaikan jelas dan mendapat maklumbalas seperti yang dikehendaki. 6. Menyimpan fail dan rekod pelaksanaan program. 7. Menyediakan laporan bertulis mengenai perlaksanaan program pada akhir tahun.
113 UNIT KURIKULUM PERANCANGAN TAHUNAN 2023/ 2024 BIL TEMPOH SENARAI PROGRAM OBJEKTIF TINDAKAN 1. Mac 2023 hingga Jan 2024 Mesyuarat Panitia 1, 2,3 dan 4 ● Merancang aktiviti/ program ● Pengagihan tugasan. ● Perbincangan perkara berbangkit ● Intevensi ● Makluman informasi terkini ● Ketua Panitia 2. Mac 2023 hingga Jan 2024 Pelancaran Bulan Panitia ● Melaksanakan aktiviti Panitia ● Penghargaan kepada murid- murid yang berjaya dalam aktiviti yang dilaksanakan. ● Ketua Panitia 3. Mac 2023 hingga Jan 2024 Papan Info ● mengemaskini papan kenyataan Unit Kurikulum ● Memastikan info sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa ● Setiausaha Kurikulum ● Ketua Panitia ● AJK Panitia 4. Mac 2023 hingga Jan 2024 Pelaksanaan Program Kecemerlangan Prasekolah, Tahun 1-6 dan PPKi ● Merancang aktiviti/ program ● Pengagihan tuasan. ● Dialog Prestasi ● Intevensi ● Penyelaras Prasekolah ● Penyelaras Tahun 1- 6 ● Ketua Panitia ● Ajk Thun 1 hingga 6 5. Sesi persekolahan 2023/ 2024 Penilaian dan Pelaporan PBS (PBD) Tahun 1 hingga 6 ● Membuat hebahan makluman ● Memastikan pelaporan dihantar ● Penyelaras PBS 6. Jun dan Ogos Dialog Prestasi PBD ● Merancang dan menetapkan analisis serta kpi semasa ● Penyelaras PBD 7. Ogos Program Mari Membaca 1Murid 1 Buku ● Merancang aktiviti/ program ● Pengagihan tugas ● Galakkan murid membaca ● Guru Media ● AJK PSS 8. Sesi persekolahan 2023/ 2024 Pelaksanaan Google Classroom dalam PdPc ● Merancang dan menetapkan jadual penggunaan GC bagi semua kelas ● Penyelaras Google Classroom 9. Mei, Ogos dan Disember Semakan buku tulis dan buku kerja murid prasekolah dan PPKi ● Menyediakan jadual semakan guruguru dan pentadbur ● Setiausaha Kurikulum ● Setiausaha SPSK 10. Mei, Ogos dan Disember Semakan buku tulis dan buku kerja murid Tahun 1 – Tahun 6 ● Menyediakan jadual semakan guruguru dan pentadbur ● Setiausaha Kurikulum ● Setiausaha SPSK
114 CARTA GANTT UNIT KURIKULUM 2023/ 2024 BIL PERKARA MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN 2024 FEB 2024 MAC 2024 1 Mesyurat Pengurusan Sekolah 2 Mesyuarat Induk Kurikulum 3 Mesyuarat Panitia 4 Mesyuarat JK Pemulihan 5 Mesyuarat JK Prasekolah 6 Dialog Prestasi PBD 7 Pelaporan PBS (PBD) 8 Pelaksaan Google Classroom 9 Dialog Prestasi Pemulihan 10 Semakan Buku Tulis dan Buku Latihan Murid 11 Info Papan Kenyataan
115
116 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
117 PENDAHULUAN Unit Hal Ehwal Murid sekolah ini merupakan salah satu unit yang menjadi nadi perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mengharungi liku-liku kehidupan serta menjadi teras untuk menghasilkan warga negara yang terbilang. Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya. Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh unit HEM untuk memastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara guru, murid dan ibu bapa mampu merealisasikan wawasan sekolah ini. MATLAMAT Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan inovatif, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima serta menyuburkan potensi kepimpinan. OBJEKTIF Memahami konsep, peranan dan bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid. Menghasilkan program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah. Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan positif. Menentukan keselamatan murid terjamin dan selesa semasa berada di sekolah.
118 KPI UNIT HEM KPI UNIT HEM Memperkasakan Pengurusan Hal Ehwal Murid ke Tahap Cemerlang Memantapkan sahsiah murid ke tahap maksimum (Sifar Kes Berat) Meningkatkan kehadiran murid mencapai 95% Memastikan kantin bersih, ceria, dan selamat serta menepati ciri-ciri gred A pengurusan kantin. Memantapkan program keselamatan sekolah Memastikan penggunaan Buku Teks secara maksimum dan berkesan Memperkasakan Pengurusan Bantuan Murid (KWAPM, RMT/PSS, BAP dan sebagainya)
119 DASAR DAN PENETAPAN PELAKSANAAN UNIT HEM 1 TENAGA PENGAJAR 1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua (Lo Co Parentis) kepada semua murid. 1.2 Sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat. 1.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa serta penuh kasih sayang. 1.4 Semua tindakan guru adalah berkonsepkan “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”. 1.5 Membudayakan guru supaya benar-benar dapat memainkan peranan sebagai “GURU DISIPLIN” pada setiap masa. 2 KEMASUKAN MURID 2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid warganegara dari pelbagai kaum tanpa sekatan. 2.2 Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku Rekod Pendaftaran dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan sentiasa memastikan data peribadi murid dikemaskini dengan lengkap dan terkini. 2.3 Setiap murid akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik. 2.4 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran dan Orientasi Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah. Aturcara Majlis: 2.4.1 Pengesahan Pendaftaran. 2.4.2 Taklimat oleh pihak pentadbir sekolah. 2.4.3 Pengagihan buku teks.
120 3 PENGUATKUASAAN PERATURAN SEKOLAH 3.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan di dalamnya pada setiap masa. 3.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama. 3.3 Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher semasa perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin. 3.4 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid Tahun 3 hingga Tahun 6. 3.5 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut: 3.5.1 Pencalonan oleh guru kelas / guru dengan persetujuan Guru Besar / GPK HEM. 3.5.2 Temuduga oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin dan Badan Pengawas Sekolah. 3.5.3 Menjalani kursus pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. 3.5.4 Majlis Watikah Pelantikan 3.6 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin Sekolah. 3.7 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat dan Bimbingan” (Unit Bimbingan dan Kaunseling) dalam menangani permasalahan disiplin murid di mana semua murid yang melakukan kesalahan akan dirujuk kepada Guru Kaunselor untuk sesi bimbingan dan hanya akan diambil tindakan selepas tiada perubahan sikap murid terlibat. 3.8 Memastikan murid sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti ‘ponteng sekolah, merokok, perhaduhan, kelakuan lucah, membuli, kurang ajar atau biadap, dan merosakkan harta benda sekolah atau awam (VANDALISME). 3.9 Ibu bapa murid yang melanggar peraturan sekolah akan dipanggil ke sekolah untuk tujuan makluman dan penyelesaian masalah dan laporan akan disediakan bagi tujuan rekod dan rujukan. 3.10 Bagi kesalahan serius pihak sekolah akan meminta nasihat dan merujuk kepada pegawai perhubungan sekolah (Polis) bagi tujuan penyelesaian masalah. 3.11 Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang. Antaranya seperti: 3.11.1 Program Sekolah Penyayang. 3.11.2 Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas dan Sekolah. 3.11.3 Program Sambutan Majlis-majlis Perayaan.
121 3.12 Memastikan semua murid mematuhi dan mengamalkan peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan. 3.13 Membantu murid dalam masalah disiplin supaya menjadi insan yang dihargai oleh semua warga sekolah. 4 PONTENG SEKOLAH 4.1 Bagi murid yang ponteng kelas dan ponteng sekolah secara berkala tindakan akan diambil seperti berikut: 4.1.1 SURAT AMARAN PERTAMA Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk murid yang tidak datang ke sekolah selama tiga (3) hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh (10) murid tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat. 4.1.2 SURAT AMARAN KEDUA Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika murid tidak datang ke sekolah tujuh (7) hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (O) sebanyak dua puluh (20) hari secara berturut-turut. 4.1.3 SURAT AMARAN KETIGA Surat Amaran Ketiga atau Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi tujuh (7) hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk murid yang telah ditandai (O) sebanyak empat puluh (40) hari bukan secara berturut-turut. 4.1.4 BUANG SEKOLAH Selepas tempoh empat belas (14) hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut- turut atau selepas dua puluh (20) hari ditandai (O) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut, murid boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga bahawa murid telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar.
122 4.2 Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut: JENIS SURAT HARI TIDAK HADIR (P) BERTURUTTURUT HARI TIDAK HADIR (P) BUKAN BERTURUTTURUT Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama Amaran Ketiga/ Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturutturut 4.3 Semua surat amaran diisi dan dibuat satu Salinan untuk simpanan dalam Fail Kehadiran murid dan ditandatangani oleh: 4.3.1 Surat Amaran Pertama – Guru Besar / GPK HEM 4.3.2 Surat Amaran Kedua – Guru Besar / GPK HEM 4.3.3 Surat Amaran Terakhir – Guru Besar / GPK HEM 4.3.4 Surat Buang Sekolah – Guru Besar 4.4 Ibu bapa/ penjaga kepada murid yang tidak hadir ke sekolah perlu memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah (guru kelas) atau menelefon ke sekolah untuk memaklumkan sebab tidak hadir. Murid yang tidak hadir tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut akan dicatat sebagai ponteng sekolah. 5 PELAKSANAAN PROGRAM KESIHATAN 5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui programprogram yang dirancang seperti: 5.1.1 Pemeriksaan Gigi dan Mata 5.1.2 Pemeriksaan Kesihatan 5.1.3 Program RMT dan makanan seimbang di kantin 5.1.4 Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 5.1.5 Ceramah dan Kempen 5.1.6 Suntikan 5.1.7 Sambutan Bulan Kecergasan anjuran Panitia PJPK
123 5.2 Memastikan pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan matlamat pelaksanaan seperti berikut: 5.2.1 Bilangan murid yang layak 5.2.2 Pemilihan murid yang tepat 5.2.3 Penyediaan menu yang berkhasiat 5.2.4 Pemilihan dan pemantauan menu yang disediakan oleh penyedia makanan. 5.2.5 Memantau tahap kebersihan dalam penyediaan menu RMT mengikut kriteria yang ditetapkan. 5.3 Memastikan murid menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut: 5.3.1 Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera 5.3.2 Berinteraksi dengan kawan-kawan menggunakan bahasa yang baik dan sopan 5.3.3 Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya. 5.3.4 Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat akses. 5.4 Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih. 5.4.1 Semua pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan 5.4.2 Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti. 5.4.3 Penyediaan tong sampah yang mencukupi keperluan. 5.5 Mewujudkan tabiat sayang dan sukakan kebersihan melalui aktiviti seperti: 5.5.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas 5.5.2 Gotong – royong 5.5.3 Mengutip sampah dan memasukkan ke dalam tong secara spontan apabila menemui sampah. 5.5.4 Kempen “Zero Waste” 5.6 Mendapat maklumat tahap kesihatan murid daripada ibu bapa/ penjaga dan merekodkannya dalam buku rekod kesihatan murid 5.7 Ibu bapa / penjaga akan dihubungi sekiranya murid didapati tidak sihat semasa berada di sekolah.
124 5.8 Memastikan murid di sekolah ini mengamalkan “BUDAYA HIDUP SIHAT” 6 PELAKSANAAN PROGRAM KEBAJIKAN MURID 6.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid adalah berdasarkan data dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 6.2 Antara bantuan yang layak yang diperoleh oleh murid adalah seperti: 6.2.1 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 6.2.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 6.2.3 Program Susu Subsidi (PSS) 6.2.4 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), e-Kasih dan Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) 6.3 Murid-murid yang meghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah. 6.4 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberi apa jua bentuk sumbangan kepada murid di sekolah ini. 6.5 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga maruah murid berkenaan. 6.6 Semua guru terutama guru kelas mesti sentiasa peka terhadap kemurungan, reaksi tidak normal murid bagi mengesan masalah serius yang mungkin dihadapi oleh murid. 7 PELAKSANAAN SESI KAUNSELING DAN MOTIVASI 7.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut: 7.1.1 Sesi Kaunseling Individu 7.1.2 Sesi Kaunseling Berkelompok 7.1.3 Kem Jati Diri 7.1.4 Lawatan khas guru kaunseling ke rumah/Ziarah Cakna 8 PENGGALAKAN PENYERTAAN AKTIVITI LUAR 8.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti: 8.1.1 Menyertai pertandingan melukis dan mewarna 8.1.2 Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar 8.1.3 Menyertai pertandingan sukan dan permainan
125 8.1.4 Menyertai pertandingan ko-akademik 9 PELAKSANAAN PROGRAM 3K 9.1 Meningkatkan pengetahuan dan informasi tentang kebersihan, kesihatan dan keselamatan dengan menerapkan kepada murid dan komuniti setempat. 9.2 Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama. 9.3 Antara aktiviti yang boleh dilaksnakan adalah seperti: 9.3.1 Program Kesedaran dan Kepimpinan Bebas Dadah – Ceramah Anti Dadah 9.3.2 Pertandingan Melukis Poster 9.3.3 Pertandingan Memasak Menu Sihat 9.3.4 Kuiz dan Pameran Kesihatan 9.3.5 Program Kempen Kitar Semula 9.3.6 Ceramah PDRM/ Bomba/ Penjara 9.3.7 Pemeriksaan Kesihatan Warga Sekolah 9.4 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui Latihan Kawad Kebakaran/ Kecemasan. 9.5 Mengadakan sesi ceramah dan pameran dari pihak-pihak tertentu seperti AADK, Pejabat Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam dan PDRM berkaitan perkara berikut: 9.5.1 Keselamatan Jalan Raya 9.5.2 Jenayah juvana 9.5.3 Pertolongan Cemas 9.5.4 Penyalahgunaan Dadah 10 PROGRAM BULAN PATRIOTISME 10.1 Menanam semangat cintakan negara dlam kalangan murid-murid. 10.2 Mengingati semula peristiwa-peristiwa bersejarah tanah air. 10.3 Mengahayati erti kemerdekaan tanah air. 10.4 Menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin negara.
126 11 PROGRAM KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN 11.1 Program diatur bersama Panitia Pendidikan Islam setiap kali sambutan harihari kebesaran Islam seperti: 11.1.1 Awal Muharram 11.1.2 Ihya Ramadhan 11.1.3 Maulidur Rasul 11.1.4 Israk dan Mikraj 11.1.5 Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha 11.2 Program sambutan hari istimewa seperti: 11.2.1 Hari Bapa 11.2.2 Hari Ibu 11.2.3 Hari Guru 11.2.4 Hari Jadi Murid 11.2.5 Hari Kanak-kanak Sedunia
127 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK UNIT HAL EHWAL MURID PENGERUSI ABD RAHMAN BIN RAMLY (Guru Besar) NAIB PENGERUSI 1 NIK ZUBAIDAH BT NIK MAT (GPK HEM) NAIB PENGERUSI 2 MOHD TAJUDDIN BIN HUSSAIN (GPK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI 3 MURNIZA BT YUNUS (GPK KOKURIKULUM) SETIAUSAHA ZARITH NELLISA BT ZULKIFLEE BIMBINGAN & KAUNSELING GAITHRI A/P BALAKRISHNAN PROGRAM PPDa WAN MOHD ZAIMEE B WAN OMAR PROGRAM GURU PENYAYANG GAITHRI A/P BALAKRISHNAN RMT & BAP KHADIJAH BT HARON @ HASSAN PSS & KWAPM SITI ZUBAIDAH BT DZULKIFLI KANTIN & KEDAI BUKU IZZAH ATIRAH BT MAZLAN BADAN PENGAWAS MAZIDAH BT MOHD SHAARI LEMBAGA DISIPLIN & DATA SSM AZLAWATI BT HASSAN PENYELARAS DATA SUZY BT SARJOH
128 KESELAMATAN & KEBAKARAN MOHD NORKALAM BIN MAJURI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) NUR SYASYA BT MHD DAUD PROGRAM 3K UMAR OTHMAN BIN MOHAMMAD ILIYAS KEBERSIHAN & KECERIAAN PARIDAH HANUM BT MD DAUD KESIHATAN & BILIK RAWATAN NURUL HUDA BTMOHAMAD ELAUN MURID KHAS (EMK) SURINA BT SUARA SARANA SEKOLAH ZARITH NELLISA BT ZULKIFLEE PENCEGAHAN DENGGI MAIZATTUL AQILAH BT NORDIN
129 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK UNIT HAL EHWAL MURID PENGERUSI ABD RAHMAN BIN RAMLY (Guru Besar) KESIHATAN & BILIK RAWATAN NURUL HUDA BT MOHAMAD KEBERSIHAN & KECERIAAN PARIDAH HANUM BT MD DAUD PROGRAM 3K UMAR OTHMAN BIN MOHAMMAD ILIYAS SARANA SEKOLAH ZARITH NELLISA BT ZULKIFLEE PSS & KWAPM SITI ZUBAIDAH BT DZULKIFLI KANTIN & KEDAI BUKU IZZAH ATIRAH BT MAZLAN BADAN PENGAWAS MAZIDAH BT MOHD SHAARI LEMBAGA DISIPLIN & DATA SSDM AZLAWATI BT HASSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS NUR SYASYA BT MHD DAUD PROGRAM GURU PENYAYANG GAITHRI A/P BALAKRISHNAN PROGRAM PPDa WAN MOHD ZAIMEE BIN WAN OMAR SETIAUSAHA HEM ZARITH NELLISA BT ZULKIFLEE NAIB PENGERUSI 2 MOHD TAJUDDIN BIN HUSSAIN (GPK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI 1 NIK ZUBAIDAH BT NIK MAT (GPK HEM) NAIB PENGERUSI 3 MURNIZA BT YUNUS (GPK KOKURIKULUM) PENYELARAS DATA SUZY BT SARJOH BIMBINGAN & KAUNSELING GAITHRI A/P BALAKRISHNAN KESELAMATAN & KEBAKARAN MOHD NORKALAM BIN MAJURI PENCEGAHAN DENGGI MAIZATTUL AQILAH BT NORDIN RMT & BAP KHADIJAH BT HARON @ HASSAN ELAUN MURID KHAS (EMK) SURINA BT SUARA
130 JAWATANKUASA INDUK UNIT HAL EHWAL MURI PENGERUSI : ABD RAHMAN BIN RAMLY GURU BESAR NAIB PENGERUSI 1 : NIK ZUBAIDAH BINTI NIK MAT PENOLONG KANAN HEM NAIB PENGERUSI 2 : MOHD TAJUDDIN BIN HUSSAIN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN NAIB PENGERUSI 3 : MURNIZA BINTI YUNUS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SETIAUSAHA : ZARITH NELLISA BT ZULKIFLEE AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN MURID UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING GAITHRI A/P BALAKRISHNAN PROGRAM GURU PENYAYANG GAITHRI A/P BALAKRISHNAN PROGRAM PPDa WAN MOHAMMAD ZAIMEE BIN WAN OMAR LEMBAGA DISIPLIN AZLAWATI BINTI HASSAN BADAN PENGAWAS MAZIDAH BINTI MOHD SHAARI KANTIN & KEDAI BUKU IZZAH ATIRAH BINTI MAZLAN SARANA SEKOLAH ZARITH NELLISA BINTI ZULKIFLEE PENDAFTARAN MURID & DATA APDM SUZY BINTI SARJOH RMT & BAP KHADIJAH BINTI HARON@HASSAN PSS & KWAPM SITI ZUBAIDAH BINTI DZULKIFLI ELAUN MURID KHAS SURINA BINTI SUARA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) NUR SYASYA BINTI MHD DAUD PENYELARAS PROGRAM (3K) UMAR OTHMAN BIN MOHAMMAD ILIYAS KESIHATAN DAN RAWATAN NURUL HUDA BINTI MOHAMAD KESELAMATAN SEKOLAH MOHD NORKALAM BIN MAJURI KEBERSIHAN DAN KECERIAAN PARIDAH HANUM BINTI MD DAUD PENCEGAHAN DENGGI (SEDAR) MAIZATTUL AQILAH BINTI NORDIN
126 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA UNT HEM 1 Penyelaras Jawatankuasa 3.1 Mengurus jawatankuasa dengan terancang. 3.2 Merancang dan melaksanakan program / aktiviti dengan lancar dan jaya berpandukan takwim sekolah dan Perancangan Tahunan JK. 3.3 Sentiasa berbincang dan melapor perkara berkaitan JK dengan PK HEM dari semasa ke semasa. 3.4 Sentiasa proaktif dan dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab. 3.5 Mengendalikan mesyuarat JK. 3.6 Memastikan semua dokumen dihantar mengikut tempoh yang ditetapkan. 3.7 Laporan / Dokumentasi perlu dihantar selepas 2 minggu sesuatu aktiviti / program dalam bentuk hardcopy dan CD termasuk gambar-gambar. 3.8 Memastikan semua kertas kerja / laporan / dokumentasi die-mail ke [email protected]. 3.9 Mengemaskini fail JK pada setiap awal bulan (minggu pertama) 3.10 Memastikan fail dan folder JK sentiasa dikemaskini. 3.11 Dokumen ke PPD: JK Data, Kantin, Kesihatan - Menyerahkan dokumen sebelum 3hb setiap bulan berserta surat lampiran. 3.11.a Softcopy surat lampiran akan dibekalkan. 3.11.b Dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh PPD/JPS perlu disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 3.12 Menyediakan senarai tugas semua AJK untuk diedar dan dibentang dalam Mesyuarat JK HEM pertama. 3.13 Sentiasa berusaha mendapatkan maklumat tentang JK dari pelbagaisumber. 2 Setiausaha Jawatankuasa 2.1 Mesyuarat JK 2.1.a Menyediakan surat panggilan mesyuarat 2.1.b Mengambil kehadiran mesyuarat 2.1.c Menyediakan minit mesyuarat dan maklum balas 2.1.d Memasukkan minit ke dalam folder pengurusan JK 2.2 Program / Aktiviti JK 2.2.a Menyediakan kertas kerja aktiviti / program JK 2.2.b Menyediakan laporan aktiviti / dokumentasi program 2.2.c Laporan / dokumentasi perlu disiapkan dalam tempoh 2 minggu. 2.3 Mengambil alih tugas sebagai PENYELARAS JAWATANKUASA sekiranya penyelaras bercuti atau berkursus. 2.4 Menguruskan dan mengemaskini Folder Pengurusan JK dan folder-folder lain. 3 Ahli Jawatankuasa 3.1 Sentiasa membantu dalam menjayakan aktiviti / program JK dengan komitmen yang tinggi. 3.2 Memberi idea dan pandangan dalam menjayakan JK. 3.3 Salah seorang AJK akan dipilih untuk mengambil alih tugas SETIAUSAHA sekiranya terdapat kes pengambilalihan tugas PENYELARAS JK.
127 LEMBAGA DISIPLIN DAN BADAN PENGAWAS PENYELARAS : AZLAWATI BINTI HASSAN GURU DISIPLIN/PENYELARAS SSDM SETIAUSAHA : MUHD UBAIDILLAH BIN YAACOB AHLI JAWATANKUASA : MAZIDAH BINTI MOHD SHAARI GURU PENGAWAS : GAITHRI A/P BALAKRISHNAMURTY GURU BNK : SEMUA GURU KELAS BIDANG TUGAS 1.1 Membantu Guru Besar merangka dan menyediakan peraturan sekolah. 1.2 Membuat kajian dari semasa ke semasa bagi tujuan menyempurnakan pelaksanaan peraturan sekolah 1.3 Membantu lembaga pengawas melantik pengawas-pengawas. 1.4 Mengsyorkan tindakan tatatertib / disiplin tertentu ke atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid untuk pertimbangan Guru Besar. 1.5 Menentukan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh pengawassekolah. 1.6 Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid supaya dapat membentuk sahsiah dan tingkah laku murid yang baik. Dalam menangani masalah disiplin. 1.7 Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhui. 1.8 Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku murid. 1.9 Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/ penjaga. 1.10 Mencatat semua kes disiplin yang diambil tindakan dalam buku laporan disiplin. 1.11 Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan HEM pada setiap bulan. 1.12 Menangani dan membedung masalah ponteng serta dating lewat ke sekolah dengan menghubungi ibu bapa/penjaga dan mengeluarkan surat amaran. 1.13 Menyelaras jadual tugasan pengawas sepanjang tahun. 1.14 Menjalankan program/aktiviti/ceramah ke arah membentuk amalan baik dan sahsiah murid. 1.15 Menyediakan Buku Kawalan Kelas (BKK) dan Pas Keluar Kelas(PKK) untuk setiap kelas dan memastikan buku tersebut di hantar untuk semakan pada setiap minggu. 1.16 Menjalankan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa ke atas murid.
128 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING PENYELARAS : GAITHRI A/P BALAKRISHNAN GURU KAUNSELING/PROGRAM GURU PENYAYANG SETIAUSAHA : IZZAH ATIRAH BINTI MAZLAN : WAN MUHAMMAD ZAIMEE BIN WAN OMAR PROGRAM PPDa AHLI JAWATANKUAS A : MAZIDAH BINTI MOHD SHAARI AZLAWATI BINTI HASSAN MUHAMMAD UBAIDILLAH BIN YAACOB BIDANG TUGAS 2.1 Merancang, mengurus dan menyelia program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling peringkat sekolah dalam seminar, kursus, talimat dan maklumatterkini. 2.2 Bekerjasama dengan guru disiplin member khidmat nasihat, bimbingan dan kaunseling kepada muridmurid bermasalah disiplin atau ibu bapa / penjaga mereka. 2.3 Program Khas Motivasi kepada murid dan Pembimbing Rakan Sebaya. 2.4 Mengadakan Program Pemuafakatan dengan PIBG dan jabatan / agensi kerajaan dan swasta bagi meningkatkan pembelajaran di sekolah. 2.5 Merancang, mengurus dan menyelia program dan aktiviti bimbingan kerjaya khusus kepada muridmurid tahun 6 melalui seminar, kursus, taklimat dan maklumat terkini. 2.6 Mengadakan program motivasi khas mengenai bidang kerjaya kepada murid-murid tahun 6. 2.7 Menyediakan laporan berkala dan tahunan. 2.8 Merancang, melaksanakan dan mengawal selia serta menilai program/aktiviti pendidikan, kerjaya, pencegahan dadah dan merokok. 2.9 Mengenal pasti keperluan, menyelaras, melaksanakan dan menilai program/aktiviti pembangunan murid seperti kolokium, motivasi, kem jati diri, ketatanegaraan dan sebagainya.
129 JAWATANKUASA PROGRAM KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN (3K) PENYELARAS : UMAR OTHMAN BIN MOHAMMAD ILIYAS SETIAUSAHA :ALIF FAHMI BIN MOHD POUJI PARIDAH HANUM BINTI MD DAUD KEBERSIHAN & KECERIAAN - TANDAS/KELAS SEMUA GURU KELAS MOHD NORKALAM BIN MAJURI KESELAMATAN DAN KEBAKARAN ROYANDI BIN MOMIN AHLI JAWATANKUA SA : NURUL HUDA BINTI MUHAMMAD IDAZURA BINTI MOHD SHAHARI MAIZATTUL AQILAH BINTI NORDIN PEKERJA KEBERSIHAN KESIHATAN DAN RAWATAN PENCEGAHAN DENGGI BIDANG TUGAS UNIT 3K 3.1 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K peringkat sekolah 3 kali setahun. (Januari, Jun dan September) 3.2 Merancang dan mengemaskinikan Progam 3K. 3.3 Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong pelaksanaan Program 3K. 3.4 Menyediakan pelaksanaan Program 3K peringkat sekolah. 3.5 Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K peringkat sekolah. 3.6 LAPORAN SEGERA kes aduan mengikut tempoh 1:3:7 kepada Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan. (1 hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap, 7 hari kes dianggap selesai) 3.7 Melaksanakan aktiviti-aktiviti khas bagi Program 3K: 3.7.1 Mengelola pemeriksaan kesihatan murid. 3.7.2 Audit/Penarafan Keselamatan Sekolah. 3.7.3 Gotong-royong Perdana KPM. 3.7.4 Penyelenggaraan tandas murid.
130 BIDANG TUGAS UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS & TANDAS 4.1 Segala aktiviti yang dirancang perlu menyeluruh dan melibatkan semua guru dan murid secara berterusan mengikut perancangan. 4.2 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kalisetahun. 4.3 Mencari inisiatif dan berdaya kreatif untuk memperindah kawasan sekolah. 4.4 Menganjurkan pertandingan kebersihan dan keceriaan antara kelas. 4.5 Memastikan setiap kelas ceria dan dihias untuk merangsang suasana pembelajaran dan pembelajaran yang selesa. 4.6 Memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dan indah. Tindakan segera perlu dibuat sekiranya didapati keadaan persekitaran sekolah tidakmemuaskan. 4.7 Memastikan keadaan sampah sarap berada di tahap terkawal. 4.8 Memastikan pekerja kontrak sekolah membersihkan kawasan sekolah seperti yang ditetapkan. Laporan tentang kebersihan dan keceriaan sekolah perlu dibuat untuk diambil tindakan susulan. 4.9 Memastikan semua papan kenyataan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum sentiasa kemas, dihias dan dikemaskini. Papan kenyataan perlu dilekat/ditampal dengan bahan atau artikel yang bersesuaian dan terkini. Sekiranya terdapat mana-mana papan kenyataan dalam keadaan tidak memuaskan, tindakan melapor perlu diambil kepada guru berkenaan dan Penolong Kanan yangbertanggungjawab. 4.10 Mengingatkan / menasihati murid tentang kepentingan menjaga kebersihan kawasan sekolah, kelas dan tandas semasa di perhimpunan atau di bilik darjah dengan kerjasama semua guru. 4.11 Menyedia, menerang dan melaksanakan peraturan penggunaan tandas murid dan guru. BIDANG TUGAS UNIT KESIHATAN DAN RAWATAN MURID 5.1 Segala aktiviti yang dirancang perlu menyeluruh dan melibatkan semua guru dan murid secara berterusan mengikut perancangan. 5.2 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kalisetahun. 5.3 Memberi bantuan dan rawatan ringan kepada murid yang kurang sihat dan mendapat luka ringan. 5.4 Guru DILARANG MEMBERI MAKAN sebarang jenis ubat-ubatan kepada murid. Hanya rawatan luaran badan sahaja dibenarkan. 5.5 Membawa murid yang benar-benar memerlukan rawatan ke klinik atau hospital dan menghubungi keluarga murid berkenaan. 5.6 Memastikan serta mengawal bekalan ubat di dalam peti pertolongan cemas yang disediakan oleh pihak sekolah supaya tidak tamat tarikh luput, hilang serta digunakan secara membazir. 5.7 Memeriksa peti pertolongan cemas setiap bulan bagi menentukan ubat mencukupi ketika diperlukan. 5.8 Meletakkan peti pertolongan cemas di tempat yang senang dilihat dan mudah diambil apabila diperlukan. 5.9 Menyusun dan mengemas kini buku kesihatan/kad gigi murid. Berhubung dengan guru kelas untuk mendapatkan maklumat bagi murid yang kehilangan buku kesihatan/kad gigi. 5.10 Membantu Pegawai Perubatan yang menjalankan tugas di sekolah seperti menyusun dan memanggil murid mengikut kelas. 5.11 Memastikan kebersihan bilik rawatan. 5.12 Memastikan tidak ada kawasan atau takungan yang boleh menghasilkan pembiakan nyamuk dan mencemarkan kesihatan murid.
131 5.13 Membuat penyeliaan dari semasa ke semasa di kawasan sekolah dan menyediakan Laporan Bulanan Kajian Aedes yang lengkap untuk dihantar ke PPD sebelum 5 haribulan setiap bulan sehingga bulan Disember. 5.14 Mengurus surat atau borang kebenaran untuk murid mendapatkan rawatan di luar. 5.15 Member pesanan atau nasihat kepada murid di perhimpunan sekolah atau dalam bilik darjah dengan kerjasama guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tentang penjagaan kesihatan. 5.16 Merekod kes-kes kecemasan dan tindakan yang telah diambil. BIDANG TUGAS UNIT KESELAMATAN MURID & SEKOLAH 6.1 Segala aktiviti yang dirancang perlu menyeluruh dan melibatkan semua guru dan murid secara berterusan mengikut perancangan. 6.2 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 6.3 Merancang langkah-langkah keselamatan bersama-sama Guru Besar / Penolong Kanan HEM. 6.4 Menyedia dan mengedarkan pelan dan peraturan mengosongkan bangunan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran untuk pengetahuan semua warga sekolah. 6.5 Mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya dua kali setahun dengan meminta kerjasama pihak bomba dan polis. Boleh juga diadakan demonstrasi cara memadamkan kebakaran oleh pihak bomba. 6.6 Mengenalpasti tempat serta kawasan yang berisiko dan mungkin mendatangkan bahaya dan menjadi punca kemalangan kepada murid seperti kawasan pembinaan, terdapat haiwan berbisa dan lain-lain. 6.7 Penyeliaan kawasan berisiko perlu dilakukan dari semasa ke semasa dan laporan perlu dibuat untuk tindakan dan susulan. 6.8 Ibu bapa / Penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan guru / murid di bilik darjah atau di bilik guru kecuali dengan kebenaran. 6.9 Memastikan pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah menandatangani buku pelawat dan mengambil pas pelawat di pondok pengawal. 6.10 Jurujual dikehendaki berurusan dahulu dengan pejabat dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada Guru Besar untuk berjumpa dengan guru. 6.11 Mengawal keselamatan murid terutamanya semasa mereka berada di dalam kawasan sekolah iaitu pada waktu rehat dan balik. 6.12 Meletakkan tanda ‘BAHAYA’ di tempat-tempat berbahaya. 6.13 Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas di tampal di bilik dan di dalam buku latihan murid. 6.14 Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kesesakan. 6.15 Memastikan pengawal keselamatan sentiasa menutup pintu / gate utama dan kenderaan guru sekolah ini sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali lori penghantaran barang / Jemaah Nazir / pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri Selangor / Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama. 6.16 Menyimpan rekod cara murid datang ke sekolah.
132 JAWATANKUASAUNITSKIMPINJAMANBUKUTEKS(SPBT) PENYELARAS : NUR SYASYA BT MHD DAUD BUKU STOK SETIAUSAHA : MAISARAH BINTI MOHAMED KHALIB BUKU STOK AHLI JAWATANKUA SA : ROSLIZA BINTI OTHMAN PELUPUSAN & INVENTORI : PENYELARAS PEMULANGAN : SEMUA GURU KELAS DAN AGIHAN BIDANG TUGAS 7.1 Mengemaskini bilik BOOS dari semasa ke semasa 7.2 Mengemaskini fail-fail dan buku stok dari semasa ke semasa. 7.3 Mengemaskini Borang G setiap kelas. 7.4 Membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa. 7.5 Mengawasi pengagihan buku-buku bantuan kepada semua murid dengan kerjasama guru kelas. 7.6 Mengawasi murid-murid supaya menjaga keselamatan buku bantuan yagditerima. 7.7 Mengisi maklumat / data dari Kementerian /Jabatan. 7.8 Membuat pelupusan buku teks yang telah mendapat kelulsan pelupusan. 7.9 Menyediakan senarai murid yang tidak memulangkan buku bantuan
133 JAWATANKUASA UNIT KANTIN DAN KEDAI BUKU PENYELARAS : IZZAH ATIRAH BT MAZLAN PEMANTAUAN KENDIRI SETIAUSAHA : SITI QURRATUL AINI ULFA BINTI RODIN JAYA PEMANTAUAN KENDIRI AHLI : SUGANIYA A/P JAYABALAN KEBERSIHAN & KECERIAAN JAWATANKU ASA NUR SYASYA BINTI MHD DAUD KEBERSIHAN & KECERIAAN BIDANG TUGAS 8.1 Bertanggungjawab membantu Guru Besar dalam usaha menyelia kantin dan memastikan: 8.1.1 Kebersihan kemudahan, alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin. 8.1.2 Kebersihan, mutu, khasiat dan keselamatan makanan dan minuman yang dijual. 8.1.3 Harga berdasarkan perjanjian. 8.1.4 Keselamatan di kantin sekolah. 8.1.5 Kesopanan, kebersihan dan kesihatan pengendalian makanan. 8.1.6 Menyediakan laporan harian kantin dan Program Kendiri Kantin Sekolah. 8.1.7 Murid sentiasa berdisiplin, bersopan santun dan mengamalkan budi pekerti yang baik semasa berada di kantin. 8.1.8 Makanan dan minuman yang dijual mencukupi. 8.1.9 Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisyen. 8.2 Menerima dan menyampaikan maklum balas dan cadangan daripada pihak murid, guru, staf sokongan, ibu bapa kepada Guru Besar tentang pengurusan kantin. 8.3 Menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan kantin. 8.4 Memastikan pelaksanaan Program KendiriKantin sekolah dilaksanakan dengan baik.
134 JAWATANKUASA UNIT BANTUAN DAN KEBAJIKAN MURID PENYELARAS : KHADIJAH BINTI HARON@HASSAN BAP DAN RMT SETIAUSAHA : SITI ZUBAIDAH BINTI DZULKIFLI PSS DAN KWAPM : NUR NAJWA BINTI MOHD ROSLI RMT/PSS PPKI AHLI : SURINA BINTI SUARA ELAUN MURID KHAS JAWATANKU ASA : SEMUA GURU KELAS BIDANG TUGAS 9.1 Segala aktiviti yang dirancang perlu menyeluruh dan melibatkan semua guru dan murid secara berterusan mengikut perancangan. 9.2 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kalisetahun. 9.3 Melaksanakan program-program (jika ada) : 9.3.1KWAPM 9.3.2RMT 9.3.3SPBT 9.3.4Program Susu Sekolah 9.3.5Bantuan Awal Persekolahan 9.3.6Bantuan Khas Kerajaan 9.4 Mengenalpasti dan menyimpan rekod murid miskin, yatim / yatim piatu untuk memudahkan urusan agihan bantuan khas yang diterima daripada KPM / Kerajaan. 9.5 Segala aktiviti yang dirancang perlu menyeluruh dan melibatkan semua guru dan murid secara berterusan mengikut perancangan. 9.6 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kalisetahun. 9.7 Menjalankan kutipan derma khas sekiranya ada kes-kes tertentu atau berlaku kemalangan, kebakaran dan perkara-perkara yang berkaitan. 9.8 Mengenalpasti dan menyimpan rekod murid miskin, yatim / yatim piatu untuk memudahkan urusan agihan derma atau sumbangan yang diterima daripada pihak tertentu. 9.9 Melaksanakan program-program bagi murid miskin dan anak yatim seperti sumbangan Hari Raya, Perayaan dan lain-lain yang bersesuaian. 9.10 Mengenalpasti dan menyimpan rekod murid OKU bagi tujuan membantu dan menyelesai sebarang masalah atau kesulitan yang timbul. 9.11 Mengelola sambutan Hari Kanak-kanak peringkatsekolah.
135 JAWATANKUASA UNIT PENDAFTARAN MURID & DATA APDM / SMM PENYELARAS : SUZY BINTI SARJOH DATA APDM SETIAUSAHA : MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL MALIK DATA APDM AHLI JAWATANKU ASA : : GURU KELAS TAHUN 6 TEKUN GURU KELAS 6 RAJIN PENDAFTARAN TINGKATAN 1 : SEMUA GURU KELAS e- KEHADIRAN (APDM) : : : ROFIDAH BINTI MOHAMED PARIDAH HANUM BINTI MD DAUD IZZAH ATIRAH BINTI MAZLAN PENDAFTARAN TAHUN 1 : : LEE MEI FENG UMAR OTHMAN BIN MOHAMAD ILIYAS PENDAFTARAN PRASEKOLAH BIDANG TUGAS 10.1 Menyediakan data enrolmen murid mengikut kelas, kaum dan jantina. 10.2 Menyediakan data / maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan lain-lain. 10.3 Menyediakan penyata bulanan murid dan penyata bulanan butiran. 10.4 Menyediakan datar latar belakang murid tentang ekonomi, tempat tinggal penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah, agama yang dianuti dan lain-lain. 10.5 Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik / kokurikulum murid. 10.6 Menyediakan data murid yang menerima biasiswa. 10.7 Menyemak buku kedatangan murid pada setiap hujung minggu. 10.8 Memastikan buku pendaftaran murid dijaga dengan rapi. 10.9 Memastikan setiap murid baru diberi nombor pendaftaran sekolah. 10.10 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
136 JAWATANKUASA SARANA SEKOLAH PENGERUSI : ABD RAHMAN BIN RAMLY GURU BESAR NAIB PENGERUSI 1 : NIK ZUBAIDAH BINTI NIK MAT GPK HEM NAIB PENGERUSI 2 : MOHD TAJUDDIN BIN HUSSAIN GPK PENTADBIRAN NAIB PENGERUSI 3 : MURNIZA BINTI YUNUS GPK KOKURIKULUM SETIAUSAHA : ZARITH NELLISA BINTI ZULKIFLEE SETIAUSAHA HEM BENDAHARI : ROFIDAH BINTI MOHAMAD KETUA PEMBANTU TADBIR AHLI JAWATANKUASA : : GURU DATA SU KURIKULUM SU KOKURIKULUM SU SUKAN SU PIBG GURU DISIPLIN SU PROGRAM 3K
137
138 PENGURUSAN KOKURIKULUM
AJK INDUK PENGURUSAN SU SK BANDAR BAR DATA SETIAU WAN MOHD ZAIMEE BIN WAN OMAR NURUL HANA BT M NAIB SETIA IZZAH ATIRAH PENYELARAS SUKAN / PERMAINAN PENYELARAS UNIT BERUNIFORM PENY AZLAWATI BIN HASSAN ROSLIZA BT OTHMAN MA BOLA SEPAK PANDU PUTERI TUNAS MOHD NORKALAM BIN MAJURI NUR SYASYA BT MHD DAUD K BOLA JARING PUTERI ISLAM SUZY BINTI SARJOH SITI ZUBAIDAH BT DZULKIFLI AI RAGBI TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PENDIDI ALIFF FAHMI BIN MOHD PAUJI MUHD UBAIDILLAH B. YAACOB NUR S BADMINTON PENGAKAP CEGA KHAIRUL AZMI BIN ABD RAHIM PARIDAH HANUM BT MOHD DAUD NUR SEPAK TAKRAW PENGAKAP (PPKI) WAN MOHD ZAIMEE B. WAN OMAR NUR NAJWA BT MOHD ROSLI ZARIT BOLA TAMPAR SENI IZZAH ATIRAH BT MAZLAN SU CATUR MUHAMMADAFIQ BIN ABD MALIK ID PING PONG (PPKI) ZIYANNA BT MOHAMAD SABAROM PENGE ABD RAHMAN GURU B NAIB PENGERUSI 2 MOHAMMAD TAJUDDIN BIN HUSSAIN PK PENTADBIRAN NAIB PEN MURNIZA PK KOKUR
139 UKAN DAN KOKURIKULUM 2023 RU SRI DAMANSARA USAHA SETIAUSAHA SUKAN MUHD MAKHTAR ROYANDI BIN MOMIN AUSAHA H BT MAZLAN NAIB SETIAUSAHA ALIF FAHMI BIN MOHD PAUJI YELARAS KELAB/ PERSATUAN PENYELARAS RUMAH SUKAN AIZATTUL AQILAH BT NORDIN ROYANDI BIN MOMIN KATERING RUMAH PERIDOT HADIJAH BT HARON @ HASSAN MAISARAH BT MOHAMED KHALID AGAMA ISLAM RUMAH TOPAZ IZATUL SHAHIMA BT AMRAN SITI QURRATUL AINI ULFA BT RODIN JAYA IKAN KESELAMATAN JALAN RAYA RUMAH ZIRCON SYAFIQAH ‘IZZATI BT RODIN JAYA GAITHRI A/P BALAKRISHNAMURTY AH JENAYAH & RUKUN NEGARA RUMAH GARNET R FARISSA ELYNA BINTI ZAHIDI AMAL BT ABDULLAH BAHASA TH NELLISA BT ZULKIFLEE I KEBUDAYAAN & PERPADUAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN GANIYA A/P AJAYABALAN PKJR (PPKI) DAZURA BT MOHD SHAHARI ERUSI N BIN RAMLY BESAR GERUSI 1 A BT YUNUS RIKULUM NAIB PENGERUSI 3 NIK ZUBAIDAH BT NIK MAT PK HAL EHWAL MURID UNIT LAWATAN PENYELARAS LAWATAN (1) GAITHRI A/P BALAKRISHNAMURTHY PENYELARAS LAWATAN (2) NURUL HANA BTMUHD MAKHTAR