The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Asbie Zul, 2023-05-23 21:11:48

AGM sks FLIP

AGM sks FLIP

SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG 43400 UPM Serdang, Selangor [email protected] 22 FEBRUARI 2020 / Sabtu 8.00 pagi – 12.30 tgh hari KANTIN SK Serdang MESYUARAT TAHUN 2020 Dirasmikan Oleh : Encik Asfazian bin Che Ramli Yang Dipertua PIBG SK Serdang KALI KE - 46 AGUNG PIBG


1 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Serdang sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. GURU BESAR HJH NORIZA BINTI HAMID Sekapur Sireh


2 YDP PIBG EN. ASFAZIAN BIN CHE RAMLI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala pujian tertentu bagi Allah, tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta para sahabatnya. Dalam kesempatan ini, ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan SK Serdang. Komitmen yang padu di kalangan anggota PIBG akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa, dan bangsa . Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SK Serdang bagi melahirkan insan kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya. Semua pihak khususnya PIBG haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan murid-murid dan SK Serdang. Marilah kita sama-sama mendokong dan membuat perancangan rapi bagi memajukan PIBG SK Serdang selari dengan perubahan arus perdana hari ini. Usaha-usaha dan penambahbaikan berterusan perlu dilakukan segera agar kita tidak akan ketinggalan. Kesepaduan dalam permuafakatan yang tinggi daripada warga PIBG SK Serdang amat diperlukan bagi menjayakan setiap program yang akan dilaksanakan nanti.Moga budaya kerja cemerlang sentiasa direalisasikan. Akhir kata, saya amat berharap barisan peneraju PIBG yang baru dilantik sesi 2020/2021 bersikap proaktif dalam merangka dan melaksana program PIBG yang mampu menjana kecemerlangan SK Serdang. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama serta memohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan sepanjang saya menerajui PIBG di sekolah ini. Sekian, terima kasih. Seulas Pinang


3 Isi Kandungan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 Tahun 2020 BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Sekapur Sireh Guru Besar SK Serdang 1 2 Seulas Pinang YDP PIBG SK Serdang 2 3 Notis Mesyuarat Agung 4 4 Tentatif Program 5 5 Ahli JawatanKuasa Pelaksana 6 6 Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 8 7 Laporan Kehadiran Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG 9 8 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 10 9 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2019/2020 26 10 Laporan Tahunan Kewangan PIBG Sesi 2019/2020 29 11 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 37 12 Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 38 13 Lampiran 42 14 Anggaran Perbelanjaan Unit Hal Ehwal Murid Tahun 2020 43 15 Anggaran Perbelanjaan Unit Kokurikulum Tahun 2020 44 16 Anggaran Peruntukan Aktiviti Pendidikan Khas Tahun 2020 45


4 Notis Mesyuarat Agung


5 Tentatif Program Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 Tahun 2020 8.00 pagi : Pendaftaran ahli PIBG 8.45 pagi : Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis 8.50 pagi : Bacaan Doa 9.00 Pagi : Ucapan Guru Besar 9.20 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG 9.40 pagi : Ucapan Perasmian 10.00 pagi : Penyampaian sijil dan cenderamata Tentatif Program Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 Tahun 2020 10.30 pagi : Membentang dan menerima minit mesyuarat agung PIBG kali ke-45 Membentang dan menerima laporan tahunan PIBG kali ke-45 Membentang dan menerima laporan kewangan PIBG kali ke-45 : Pemilihan AJK PIBG Sesi 2020/2021 ➢ Membubarkan AJK PIBG Sesi 2019/2020 ➢ Melantik seorang pengerusi mesyuarat sementara ➢ Pencalonan dan pemilihan AJK PIBG Sesi 2020/2021 ➢ Pemilihan dua orang Juru Audit Dalam PIBG Sesi 220/2021 : Membahaskan usul dan cadangan : Hal-hal lain : Ucapan Penangguhan 12.30 tgh hari : Bersurai


6 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pencatat Minit Uma a/p Ramanaidu Afifah Hanani Abdullah Siti Sakinah binti Ab Rahman Nur Amira Adila binti Md Razi Pengira dan Pencatat Undi Azwan bin Mohamad Nor Mohd Isa Bin Mohamed Ali Norhayati bt Abdul Malek Nur Fadhilatul Akmal binti Md Nor Hjh Khiryani binti Hamdi Jamuan Ibu Bapa dan Guru Nurhaizah binti Yaacob Sarina binti Ahmad Rafaii Maisarah Nur Atikah binti Mohd Suhaini Rohaya Rashidah binti Abdul Rashid Jamuan VIP dan AJK Hjh Rujantina binti Ahmad Hjh Nur Liza binti Mohamed Siti Zaleha binti Dollah Backdrop dan Banner Rozila binti Yusoff Masitah binti Mukhtar Noor Azren binti Rebu Nor Hasni binti Mohd Rasdai Norazita binti Abdul Majid Siti Fairuze binti Sabtu Muhammad Ashraf bin Che Mohamad Nor Penyambut Tetamu Asfazian bin Che Ramli Noraihan binti Noordin Hjh Noriza binti Hamid Mohd Syaheed bin Abdul Halim Sarimah bt Baseri Suhada binti Abdul Wahab Hjh.Rafeah binti Alwi Kewangan Norwahidah binti Mohd Rashid En. Mohd Tarmizi bin Mat Asim Jemputan Dan Buku Program Norsakiza binti Ahmad Sabki Asbiatulsadawiah binti Mohd Noh Nurrahmah binti Ab.Rahim Pengacara Majlis Noraihan Binti Noordin Pendaftaran Sima Zaini binti Zainal Hasnah binti Mapppiase Maimunah binti Abdullah Narizah binti Ahmad Nadzri Zaharah binti Ismail Chong Ping Yen Protokol Rahayu binti Mat Aji Ida Ruyani binti Mat Pembaca Doa Saiful Anuar bin Ismail


7 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Siaraya Mohd Yazid bin Yakup Muhammad Kamal bin Mohd Zapor Cenderamata,Sijil dan Cabutan Bertuah Saridah Binti Ahmad Fadzilah binti Fadil Nur Idayu binti Mohd Yusof Norwahidah binti Mohd Rashid Nadiah binti Daud Norhasimah binti Sulaiman Wan Noorshidah binti Wan Hussin Wan Noor Hawani binti Wan Abd. Rahman Persiapan Tempat (Sebelum) Mohd Aizatul Ariffin bin Mohd Nadziman Wan Marzuki bin Wan Mohd Noor Jeevithan a/l Selvakumaran Johari bin Mat Jap Yousni bin Mohamad Jah Mahani binti Mohamad Sudin Amy Azrina binti Abdullah Zawawi Aida Andila binti Jabli Mohammad Bin Ali El Hafiz bin Muhamad Mohd Tarmizi bin Mat Asim Pekerja Swasta Persiapan Tempat (Meja Utama Mesyuarat) Norma binti Salleh Shahzana binti Mat Rasul Mengemas Tempat Mesyuarat Mohd Ramzi bin Abdul Hamid Shaifullah bin Hasan Basri Muhamad Asrulfarid b.Alias Sinthamani a/p K.Karuppiah Fadzlina binti Sha’ari Norziewati binti Yahaya Muhammad Zikry bin Baderol Iskandar Kapten Abdul Malek bin Kamaruddin Izuan Izam bin Ahmad Talal Pekerja Swasta Jurugambar Mohd Khamarul Idzwan bin Othman Mohd Khairul Anwar Bin Mohd Noh Kebersihan Kalaivani a/p Karnanethi Siti Atiqah binti Mohd Orip Pekerja Swasta Dokumentasi Setiausaha Kehormat 2019/2020 E-sarana Norsakiza binti Ahmad Sabki


8 Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 SK Serdang Penasihat : Hjh. Noriza binti Hamid Yang Dipertua : En. Asfazian bin Che Ramli Naib Yang Dipertua : Pn. Noraihan binti Nordin Setiausaha Kehormat : Pn. Norsakiza binti Ahmad Sabki Bendahari Kehormat : Pn. Norwahidah binti Mohd Rashid AJK Ibu Bapa : 1. En. El Hafiz bin Muhamad 2. Kapten Abdul Malek bin Kamaruddin 3. En. Izuan Izam bin Ahmad Talal 4. Pn. Norhasimah binti Sulaiman 5. Pn. Wan Noorshidah binti Wan Hussin AJK Guru : 1. En. Azwan bin Mohamed Noor 2. En. Mohamad Aizatul Ariffin bin Mohd Nadziman 3. Pn. Saridah binti Ahmad 4. Pn. Fadzilah binti Fadil 5. Cik Nur Idayu binti Mohd Yusof Pemeriksa Kira-kira: 1. En. Mohd Tarmizi bin Mat Asim 2. Pn. Wan Noor Hawani binti Wan Abd. Rahman


9 Laporan Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG SK Serdang Sesi 2019/2020 NAMA JAWATAN MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-1 KALI KE-2 KALI KE-3 22/4/2019 29/8/2019 22/02/2020 En. P. Rangit Singh A/L Pritam Singh Penasihat / / - Pn. Hjh. Noriza binti Hamid Penasihat - - / En. Asfazian bin Che Ramli Yang Dipertua / / / Pn. Noraihan binti Noordin Naib Yang Dipertua / / / Pn. Norsakiza binti Ahmad Sabki Setiausaha Kehormat / / / Pn. Norwahidah binti Mohd Rashid Bendahari Kehormat / 0 / En. El Hafiz bin Muhamad AJK / 0 / Kapten Abdul Malek bin Kamaruddin AJK / / / En. Izuan Izam bin Ahmad Talal AJK / 0 / Pn. Norhasimah binti Sulaiman AJK / 0 / Pn. Wan Noorshidah binti Wan Hussin AJK / / / En. Azwan bin Mohamed Noor AJK / / 0 En. Mohamad Aizatul Ariffin bin Mohd Nadziman AJK / / / Pn. Saridah binti Ahmad AJK / / Pn. Fadzilah binti Fadil AJK / / / Cik Nur Idayu binti Mohd Yusof AJK / / / En. Mohd Tarmizi bin Mat Asim Pemeriksa Kira-kira / / 0 Pn. Wan Noor Hawani binti Wan Abd. Rahman Pemeriksa Kira-kira / 0 0


10 Minit Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Serdang Jalan Utama, Kompleks Pertanian Serdang 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan. No.Tel : 03-89486582 No. Fax : 03-89431066 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45 TARIKH : 24 Februari 2019 HARI : Ahad MASA : 8.00 Pagi TEMPAT : Kantin Sekolah Kebangsaan Serdang KEHADIRAN : (Rujuk Lampiran) AGENDA 1 : UCAPAN PENASIHAT PIBG (GURU BESAR) 1.1 Penasihat PIBG, Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45 bagi sesi 2019/2020. 1.2 Memaklumkan beberapa perkara tentang sekolah dan tindakan yang telah diambil sepanjang 2016 hingga 2018 seperti berikut. ▪ Tahun 2018 menerima peruntukan berjumlah RM80000 untuk membaiki bumbung bangunan kelas dan sudut minda. Seterusnya RM150000 untuk membaiki tandas dan paip air supaya warga sekolah dapat menggunakan tandas dengan lebih selesa. • Jumlah bilangan guru berkurangan daripada 72 orang pada tahun 2018 kepada 70 orang pada tahun 2019 kerana 2 orang guru telah bertukar. Perpindahan guru ini telah menjadikan jumlah kekurangan guru keseluruhan ialah 9 orang. • Bilangan murid telah bertambah dan jumlah keseluruhannya ialah 1093 orang. 50 orang daripadanya adalah murid prasekolah dan 63 orang daripada murid PPKI. • Bilangan kelas PPKI telah bertambah daripada 8 kelas kepada 10 kelas. • Penerima Anugerah sempena Hari Q (Kualiti) 2018 peringkat Dearah Petaling Perdana. i. Johan PK Pendidikan Khas Terbaik- Pn. Hjh Rafeah bt Alwi ii. Naib Johan Pengurusan PPKI iii. Johan Pengurusan 3K • Pencapai Akademik (UPSR) i. Jumlah murid yang mendapat 6A dalam UPSR pada tahun 2016 ialah 6 orang, 2017 ialah 6 orang, 2018 ialah 10 orang dan target 2019 ialah 12 orang ii. Peratus pencapaian Tahap minimum (lulus)UPSR . Pada tahun 2016 ialah 78% , 2017 ialah 84% ,2018 ialah 85.99% dan Target 2019 ialah 90%


11 Minit Mesyuarat PIBG • Program Tahun 6 antara program yang sedang dan akan dijalankan sebahagianya seperti Klinik pagi, Klinik Jumaat , Kelas malam, Bengkel teknik menjawab soalan, Kelas Sabtu dan pelbagai lagi telah dirancangkan. • Pendaftaran tahun 1 sesi 2019. i. Jumlah keseluruhan murid yang mendaftar ialah 166 orang dengan kapasiti bilangan kelas iaitu 4 buah kelas. ii. Bermula Tahun 2019 penempatan murid tahun satu di beri keutamaan kepada murid yang beralamat di Serdang. • Beberapa kejayaan yang dicapai dalam bidang KoKurikulum pada tahun 2018 adalah seperti berikut: i. Pertandingan bercerita Tahap 1 MPSJ Zon 3- Tempat ke3 ii. Pidato Tahap 1 MPSJ Zon 3 – Tempat ke3 iii. MTQ SS Fikah 4 – Naib Johan iv. Kuiz Mahrajan jQaf – Naib Johan v. Lontar peluru Pendidikan Khas- Johan peringkat daerah vi. Olahragawan Pendidikan Khas Petaling Perdana vii.Pertandingan Menulis Khat – Johan Peringkat daerah viii.Pertandingan Nasyid – Johan Peringkat Daerah • Menyampaikan Amanat Tahun Baru Menteri Pendidikan Malaysia. Hala tuju Pendidikan negara iaitu: i. Pendidikan berteraskan nilai, - Bertujuan mengembalikan cinta ke dalam pendidikan melalui pembelajaran sepanjang hayat - P&P berteraskan nilaicinta dan sayang kegembiraan dan kebahagiaan dan saling menghormati - Penguasaan 3M + Manusiawi iaitu memanusiakan manusia, mendidik benar dan salah serta membudayakan sifat ingin tahu ii. Peningkatan kualiti seluruh Sistem - Kemahiran dalam ICT - Ketinggian kualiti melalui kecemerlangan, Relevansi dan Keberkesanan - STREAM iaitu pencapaian dalam Science Teknologi, Reading Engineering dan Mathematics - CSR & Kesukarelawanan - VUCA ( Volatillity, Uncertainty, Complexity, Ambiguity) - Pembelajaran sepanjang hayat


12 Minit Mesyuarat PIBG iii. Autonomi dan akauntabilitiserta ketinggian kualiti - Pemberian autonomi yang hadir bersama dengan sikap bertanggungjawab yang tinggi sekaligus menghasilkan pendidikana yang berkualiti. • Memperkasakan Sarana Sekolah dengan mengadakan aktiviti seperti berikut i. Program Ziarah Cakna guru ii. Berkongsi tingkah laku murid disekolah dengan ibu bapa iii. Sekolah menjalankan dasar pintu terbuka iaitu mengalu –alukan kehadiran ibu bapa secara sukarela untuk bantu sekolah. • Pemansuhan peperiksaan murid Tahap Satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) i. Tiada lagi Peperiksaan pertengahan tahun dan akhir untuk murid tahap 1 ii. Penilaian tetap dilaksanakan tetapi dengan cara yang berbeza seperti bercerita, kuiz, projek, permainan, main peranana dan ujian pendek. • Program STeM adalah penting untuk dasar pendidikan dalam bidang Sains Teknologi , Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dalam konsep sebenar yang bertujuan i. Melahirkan murid yang mampu bersaing diperingkat global ii. Sijil yang diperolehi murid diterima untuk markah PAJSK 1.3 Revolusi Industri 4.0 • Penggunaan internet dalam kalangan anak- anak dijangkakan lebih meluas. Justeru itu berharap penggunaannya di bawah kawalan dan pemantauan ibu bapa . 1.4 Memohon kerjasama ibu bapa dalam membantu pihak sekolah melahirkan SK Serdang melalui perkongsian idea, bantuan kewangan dan tenaga demi kejayaan anak anak SK Serdang. AGENDA 2 : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 2018/2019 2.1 Bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang hadir dan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa pada mesyuarat PIBG kali ke 45. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sokongan ibubapa terhadap aktiviti sekolah sepanjang sesi persekolahan 2018/ 2019. 2.2 Menyeru ibu bapa supaya menyokong dan bersatu padu dalam merealisasikan hasrat ucapan guru besar.


13 Minit Mesyuarat PIBG 2.3 Menasihatkan supaya kesinambungan pembelajaran di sekolah diteruskan di rumah dengan pemantauan ibu bapa. 2.4 Memaklumkan bahawa kes disiplin di SK Serdang masih terkawal dan berharap kerjasama ibu bapa bantu pihak sekolah pantau anak – anak dirumah dan sekiranya masalah yang ada adalah di pihak ibu bapa, pihak sekolah bersedia membantu dan berbincang bersama untuk menanganinya. 2.5 Memaklumkan rancangan untuk membina sebuah dewan terbuka di tapak perhimpunan masih diteruskan dan menunggu keputusan daripada pihak PPD serta JPN. Beliau berharap pembentukan jawatankuasa baru akan berusaha untuk meneruskan rancangan pembinaan dewan terbuka tersebut. 2.6 Mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih pada ibu bapa yang memberi idea, cadangan dan sokongan untuk penambahbaikan PIBG SK Serdang. 2.7 Mewakili ahli PIBG SK Serdang berjanji akan berusaha untuk merealisasikan apa jua idea dan sokongan kepada pihak sekolah untuk kesinambungan dan kebaikan anakanak di SK Serdang. AGENDA 3: PEMBENTANGAN DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 44 3.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44 telah dibentangkan oleh Setiausaha PIBG. Semua ahi sebulat suara menerima dan mengesahkan minit mesyuarat tanpa pindaan Dicadangkan : En. Izwan Izam bin Ahmad Taal Disokong : En. Mat Khairi bin Mat Yusof AGENDA 4: PEMBENTANGAN DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) PIBG SK SERDANG SESI 2018/2019 4.1 Setiausaha PIBG membentangkan laporan Tahunan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) PIBG-G SK Serdang Sesi 2018/2019 Semua ahli sebulat suara bersetuju dan menerima laporan ini tanpa pindaan. Dicadangkan : En. Izwan Izam bin Ahmad Taal Disokong : Pn. Azimah bt Jamaluddin


14 Minit Mesyuarat PIBG AGENDA 5 : MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER TAHUN 2018 5.1 Bendahari Kehormat PIBG telah membentangkan Laporan Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2018. Laporan ini telah disemak oleh dua orang juruaudit. Pertanyaan mengenai Laporan Kewangan pada halaman 25 dan 26 oleh En. Mohd Tarmizi bin Mat Hasim telah diterangkan oleh NYDP. Laporan telah diterima dan disahkan tanpa pindaan. Dicadang : En. Izwan Izam bin Ahmad Talal Disokong : Pn. Azimah binti Jamaluddin AGENDA 6 : PERBINCANGAN USUL 6.1 USUL KURIKULUM 6.1.1 Pn. Akma Izzati mengusulkan agar semua pelajar khatam sebelum keluar darjah 6. Nilai murni atau akhlak ditekankan kepada semua pelajar termasuk kemahiran asas. Maklum Balas : KP Pend. Islam menjelaskan enam masa yang diperuntukkan untuk Pendidikan Islam dibahagikan kepada Al quran, Ulum, Sirah dan Jawi. Guru juga perlu mengikut silibus yang ditetapkan. Waktu Tasmik juga terhad. Selain faktor kekangan masa, ada murid yang tidak ke sekolah agama dan murid tidak mengaji di rumah. Murid Tahun 6 yang masih Iqra ada 10 orang. KPI untuk Khatam Haqiqi tahun ini ialah 39%. 6.1.2 Pn. Norhazmiza binti Mat Amin mencadangkan agar mengadakan kelas komputer supaya pelajar celik IT. Maklum Balas : Kelas komputer tidak boleh dijalankan di waktu sekolah. 6.2 USUL HAL EHWAL MURID 6.2.1 Pn. Nor Azlina bt Ab Rahman mencadangkan sebahagian buku yang dibawa oleh anak-anak boleh diletakkan di sekolah. Maklum Balas : Tidak dibenarkan


15 Minit Mesyuarat PIBG 6.2.2 Pn. Akma Izzati mencadangkan tempat letak beg pelajar. Maklum Balas : Tidak dapat disediakan buat masa ini. 6.2.3 En. Sukri bin Muhamad Nor mencadangkan supaya dapat berikan bantuan sekolah RM100 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Maklum Balas : Syarat kelayakan pendapatan keluarga RM 3000 dan ke bawah. 6.2.4 Pn. Norhazmiza binti Mt Amin dan Pn. Erma Wati binti Mahat memaklumkan barang di kedai buku sekolah tidak mencukupi dan stok buku di koperasi tidak mencukupi setiap kali waktu kemuncak membeli buku-buku tahun baru. Maklum Balas : Akan dimaklumkan kepada pengusaha kedai buku. 6.2.5 En. Mohamad Izrul memohon pagar C dibuka semula pada waktu balik untuk mengelakkan kesesakan di pagar B dan dapat memberi keselesaan kepada murid. Maklum Balas : Tidak dapat dilaksanakan kerana hanya 2 orang pengawal keselamatan. 6.2.6 Pn. Siti Khairiah Yusof mencadangkan adik beradik perlu diutamakan untuk bersekolah di sekolah yang sama. Maklum Balas : Penempatan ini diuruskan oleh PPD. 6.2.7 Pn. Norazura Din mencadangkan supaya peralatan kantin seperti sudu, pinggan perlu dibasuh dengan bersih. Pantau makanan yang dijual di kantin, kerana terdapat makanan yang dijual telah basi. Tandas perlu diselenggara dengan baik seperti pam tandas berfungsi dan ada sabun cuci tangan. Maklum Balas : Pemantauan dari pihak AJK kantin sentiasa diadakan. Tandas pula telah dibaiki dan dinaik taraf. Mohon ibu bapa membantu melatih anak-anak tentang tatacara penggunaan tandas yang betul.


16 Minit Mesyuarat PIBG 6.2.8 Pn. Rafeah Mat Daud meminta kaji harga makanan di kantin sekolah. Maklum Balas : Harga makanan di kantin sekolah mengikut harga tender. 6.2.9 En. Azwan Bin Ab Hamid mencadangkan supaya mengadakan pusat buku-buku yang telah habis digunakan oleh murid-murid supaya dapat digunakan oleh murid-murid yang lain. Maklum Balas : Tiada ruangan di sekolah. 6.2.10 Pn. Rosdalila binti Ahmad mencadangkan supaya panjangkan waktu rehat dalam 30 minit. Maklum Balas : Waktu rehat boleh di panjangkan tetapi murid balik lewat. 6.2.11 En. Azrainie bin Razialli dan Pn. Alina bt Abdul Aziz mengusulkan beg sekolah berat. Maklum Balas : Ibu bapa diminta beli beg yang lebih ringan dan mudah dibawa. Semak buku anak-anak, pantau beg dan kerja rumah. Bawa buku mengikut jadual. 6.2.12 En. Azhar bin Ibrahim meminta sentiasa memantau tahap kebersihan dan kualiti makanan di kantin sekolah agar murid-murid dapat makanan yang bersih dan berkhasiat. Tujuan mengelakkan berlaku kes keracunan makanan. Maklum Balas : Pemantauan sentiasa dijalankan 6.2.13 En. Mohamad Nazawi mencadangkan ibu bapa untuk bersama-sama mengemas atau menceriakan kelas anak-anak masing-masing dan dilakukan pada hari Sabtu atau Ahad. Maklum Balas : Boleh dilakukan atas inisiatif ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa boleh berhubung dengan ibu bapa yang lain


17 Minit Mesyuarat PIBG 6.3 USUL KOKURIKULUM 6.3.1 En. Zaidan bin Muhd Abd Latib mencadangkan menubuhkan kelab catur peringkat sekolah untuk pelajar yang berminat. Maklum Balas : Akan diusahakan. Mohon ibu bapa membantu carikan jurulatih. 6.3.2 En. Mohd Zool Hilmi bin Mahsin bertanya apakah atau kaedah supaya muridmurid yang tidak dapat bersama-sama ikuti Pendidikan Jasmani (cth main bola) kerana mereka tidak pandai main supaya bersama-sama mengikuti program Pendidikan Jasmani tersebut. Tidak hanya duduk di tepi padang melihat rakarakan mereka bermain. Maklum Balas : Guru akan tanya murid sama ada sihat atau tidak. Murid yang tidak memakai pakaian sukan tidak akan turut serta. Tiada diskriminasi daripada guru-guru. Semua murid diberi peluang sama rata. 6.3.3 Pn. Erma Wati binti Mahat mencadangkan guru-guru melibatkan diri Bersama merentas desa bersama pelajar dan ibu bapa. Maklum Balas : Guru-guru bertugas sebagai urusetia semasa acara berlangsung atau sebagai cadangan ibu bapa urusetia, guru-guru berlari. 6.3.4 En. Mohd Nazim mencadangkan supaya memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti sekolah terutamanya sukan sekolah. Sekolah melakukan benchmarking ke sekolah lain bagi penambahbaikan amalan sekolah. Maklum Balas : Akan cuba melibatkan semua murid Tahap 1 dalam acara sukaneka. Bagi murid tahap 2, hanya sukantara yang melibatkan semua murid (wajib). Hari sukan sekolah yang terlibat acara, selebihnya akan masuk perbarisan (acara terhad). Anugerah koko diadakan setiap tahun selain anugerah kehadiran penuh, kelas terbersih dan sahsiah terbaik. Bagi benchmarking pula, setiap sekolah lain cara lain situasi dan akan cuba dilaksanakan.


18 Minit Mesyuarat PIBG 6.3.5 Pn. Alina bt Abdul Aziz mencadangkan Majlis Konvokesyen Tahun 6 dibuat di tempat yang sederhana tetapi meriah. Jadual buku yang lebih khusus yang melibatkan buku yang perlu dibawa oleh pelajar. Isu pelajar bawa buku tulis, buku teks, buku aktiviti dan semua buku yang berkaitan bagi setiap mata pelajaran. Maklum Balas : Akan dibincangkan semasa Majlis Pemuafakatan dan guru-guru akan laksanakan. 6.3.6 En. Ahmad Faizal Abd Ghafar mencadangkan perbincangan dengan pihak Jabatan Pertanian, SJK (T) FES Serdang diadakan segera berkenaan kesesakan lalulintas di waktu pagi dan tengah hari. Maklum Balas : Telah diambil tindakan, 6.3.7 En. Haidir Azhar bin Mohd Ishak mencadangkan hasil mesyuarat antara AJK ibu bapa dan guru harus dibentangkan kepada ibu bapa sama ada melalui whatsapps atau telegram supaya ibu bapa tahu perkembangan isu semasa dari pihak sekolah. Sebelum ini, kami ibu bapa tidak tahu isu yang dibincangkan bersama. Kami sepatutnya tahu kerana kami sebahagian daripada PIBG. Maklum Balas : Ada maklumat yang tidak boleh diwar-warkan pada ibu bapa dan jika ada masalah boleh datang ke pejabat sekolah. 6.3.8 En. Mohd Sharizan bin Saian mencadangkan yuran PIBG dapat dikurangkan atas sebab masalah ekonomi dan banyak tanggunggan keluarga. Maklum Balas : Jika ikut minit mesyuarat kekalkan RM50. Jika tidak mampu boleh berjumpa PK HEM. 6.3.9 Pn. Norshazlinn binti Mohd Daud mencadangkan supaya menetapkan parking motor khas di tepi sisi sekolah supaya tidak mengganggu parking kereta di sebelah bahu jalan. Memasang CCTV di Kawasan menunggu pelajar dan dihadapan jalan pondok jaga. Maklum Balas : Cadangan yang baik. Mohon sumbangan untuk melaksanakannya. Jika ada sumbangan boleh berjumpa dengan Guru Besar di pejabat. CCTV sudah ada dihadapan pondok jaga.


19 Minit Mesyuarat PIBG 6.3.10 Pn. Nur Ain Izzati binti Mohd Zainuddin mencadangkan mewujudkan dewan terbuka (pavilion) seperti SK Saujana Impian Kajang dan mengadakan program Bachaton/Jogathon untuk mengutip dana dewan terbuka. En. Jefri Faizal Jaafar membangkitkan dewan terbuka merupakan isu berbangkit telah dicadangkan 7 tahun yang lalu agar menjadi agenda nombor 1 dalam Mesyuarat Agung PIBG 2019 Maklum Balas : Masih dalam proses. Akan terus diusahakan oleh AJK baharu. Perlu melalui pelbagai proses dan memohon kelulusan dari arkitek dan PPD dan setiap proses ini permohonan memerlukan bayaran. 6.3.11 En. Azizan bin Saring mencadangkan ibu bapa tidak dibenarkan meletak kenderaan motosikal / kereta di laluan keluar pagar. Maklum Balas : Sememangnya tidak dibenarkan. Mohon ibu bapa beri kerjasama. 6.3.12 En. Mohd Firdaus Shahri mencadangkan besarkan atau banyakkan kerusi tempat pelajar menunggu. Maklum Balas : Tiada ruangan yang mencukupi. 6.3.13 En. Khairul Afandi mohon kenderaan jenis kereta yang melalui jalan pintas dari Taman U ke sekolah dan dari sekolah ke Taman U supaya tidak menggunakan jalan pintas ini. Maklum Balas : Telah dilaksanakan dan laluan ini telah ditutup. 6.3.14 En. Norhezrulsham bin Muhammad Nodin minta mewujudkan tabung wakaf untuk pembangunan sekolah. Maklum Balas : Akan diusahakan. YDP setuju dan akan usulkan kepada AJK baharu.


20 Minit Mesyuarat PIBG 6.3.15 En. Jefri Faizal Jaafar mencadangkan dibuatkan zebra crossing line depan pintu utama sekolah dan pintu ke 2 untuk keselamatan pelajar melintas. Maklum Balas : Usul dipanjangkan kepada Jabatan Pertanian. Peruntukan diperlukan dan akan dilaksanakan oleh AJK baharu. 6.3.16 En. Nasrul Amri Selamat mencadangkan tapak atau Kawasan padang berumput bagi menjamin keselamatan murid sewaktu kelas PJ atau menaik taraf Kawasan sedia ada untuk dijadikan atau diletakkan rumput palsu. Maklum Balas : Tiada ruangan yang sesuai. 6.3.17 En. Muhammad Izuddin bin Mohamad Akhbar memohon pasang CCTV, e-memo, tindakan kepada penjaja makanan ringan luar sekolah dan mobile phone apps sekolah. Maklum Balas : Sekolah telah mempunyai CCTV dan telah diwujudkan Whatapps kelas dan penggunaan VLe Frog untuk penyampaian maklumat kepada ibu bapa. Manakala untuk melarang penjaja menjual makanan pihak sekolah hanya mampu menasihatkan murid supaya jangan membeli dan berharap ibu bapa sama – sama menasihati anak-anak agar tidak membeli kerana peniagaan berada di luar kawasan sekolah. 6.3.18 Pn. Nor Akman Hashim mencadangkan mewujudkan jalan sehala. Maklum Balas : Ambil maklum. 6.3.19 En. Mohd Zainuddin bin Mat Nawi mencadangkan pasang kipas angin di tempat menunggu murid di bawah bangsal. Mohon tar baru atau gotong royong untuk mencantikkan jalan di belakang sekolah. Sementara boleh guna simen dan pasir. Maklum Balas : Mohon sumbangan daripada ibu bapa untuk projek tersebut. akan diusahakan.


21 Minit Mesyuarat PIBG 6.4 LAIN-LAIN USUL 6.4.1 En. Mohd Idzhar bin Idris mencadangkan untuk memberi ruang pada van sekolah di tepi pagar A atau B. Maklum Balas : Guru Besar akan panggil pengusaha van untuk berbincang dan gazetkan tempat menunggu van. Cadangan yang baik AGENDA 7: PEMILIHAN JAWANTAKUASA PIBG SESI 2019/2020 Yang Dipertua : En. Asfazian bin Che Ramli Naib Yang Dipertua : Pn. Noraihan binti Noordin Setiausaha Kehormat : Pn. Norsakiza bt Ahmad Sabki Bendahari Kehormat : Pn. Norwahidah bt Mohd Rashid AJK Ibu Bapa : 1. Pn. Wan Noorshidah bt Wan Hussin 2. Kapten Abdul Malek bin Kamaruddin 3. En. Izwan Izam bin Ahmad Taal 4. En. El-Hafidz bin Muhamad 5. Pn. Norhashimah bt Sulaiman AJK Guru :. 1. Azwan bin Mohamad Noor 2. Fadzilah bt Fadil 3. Saridah bt Ahmad 4. Nur Idayu bt Mohd Yusof 5. Mohd Aizatul Ariffin bin Mohd Nadziman Pemeriksa Kira – kira : 1. En. Mohd Tarmizi bin Mat Asim 2. Pn. Wan Noorhawani bt Wan.Ab Rahman


22 Minit Mesyuarat PIBG AGENDA 8: HAL – HAL LAIN 8.1 Mesyuarat bersetuju dan menetapkan bayaran sumbangan PIBG pada tahun ini ialah sebanyak RM50.00 untuk satu keluarga. 8.2 Mesyuarat bersetuju dan menetapkan yuran majalah sekolah dikekalkan iaitu sebanyak RM13.00. 8.3 Mesyuarat bersetuju sebulat suara dan menetapkan sumbangan RM10 ( RM5 keceriaan kelas dan RM5 jamuan akhir tahun bagi setiap murid. 8.4 esyuarat bersetuju dan menetapkan bayaran modul Bahasa Inggeris seperti berikut: Tahun 1 hingga 3 – RM2.00 Tahun 4 – RM5.00 Tahun 5 – RM5.50 Tahun 6 – RM5.00 8.5 Mesyuarat bersetuju dan menetapkan bayaran modul Sains bagi murid Tahun 6 dengan harga RM10. 8.6 Mesyuarat menerima maklumat perbincangan antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar tahun 6 yang telah bersetuju dengan anggaran bayaran iaitu:- i. Program Intensif RM443.00 ii. Kelas Tambahan RM560 AGENDA 9 : UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 YDP PIBG Mengucapkan Syabas Dan Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 yang baharu dilantik. Beliau berharap ibu bapa sentiasa memberi sokngan dan pandangan yang berterusan demi kejayaan murid – murid sekolah ini. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 t/hari. Urus Setia Pencatat Minit Mesyuarat PIBG kali ke 45 SK Serdang Tarikh : 1 Mac 2019


23 Minit Mesyuarat PIBG 1. P. Rangit Singh a/ l Pritam Singh 2. Mohd Syaheed bin Abdul Halim 3. Sarimah binti Baseri 4. Salahuddin bin Md Jahi 5. Rafeah binti Alwi 6. Ahmad Nizam bin Sulaiman 7. Aida Andila binti Jabli 8. Asbiatulsadawiah binti Mohd Noh 9. Azwan bin Mohamad Noor 10. Chong Ping Yen 11. Fadzilah binti Fadil 12. Johari bin Mat Jap 13. Kalaivani a/ p Karnanethi 14. Khiryani binti Hamdi 15. Mahani binti Mohamad Sudin 16. Maimunah binti Abdullah 17. Mohammad bin Ali 18. Mohd Khamarul Iszwan bin Othman 19. Mohd Ramzi bin Abdul Hamid 20. Mohd Yazid bin Yakup 21. Muhammad Kamal bin Mohd Zapor 22. Nadiah binti Daud @ Haji Ahmad Zawawi 23. Narizah binti Ahmad Nadzri 24. Noor Azren binti Rebu 25. Nor Hasni binti Mohd Rasdai 26. Norazita binti Abd Majid 27. Norma binti Salleh 28. Norsakiza binti Ahmad Sabki 29. Norwahidah binti Mohd Rasyid 30. Norziewati binti Yahaya 31. Nur liza binti Mohamed 32. Nurhaizah binti Yaacob 33. Nurrahmah binti Ab Rahim 34. Rahayu binti Mat Aji 35. Rohaya Rashidah binti Abdul Rashid 36. Rozila binti Yusoff 37. Rujantina binti Ahmad 38. Saiful Anuar bin Ismail 39. Saridah binti Ahmad 40. Sarina binti Ahmad Rafaii 41. Shahzana binti Mat Rasul 42. Shaifullah bin Hasan Basri 43. Sima Zaini binti Zainal 44. Sinthamani a/ p K. Karuppiah 45. Siti Sakinah binti Ab Rahman 46. Siti Zaleha binti Dollah 47. Suhada binti Abdul Wahab 48. Uma a/ p Ramanaidu 49. Wan Marzuki bin Mohd Noor 50. Yousni bin Mohamad Jah 51. Zaharah binti Ismail 52. Zaimah binti Omar 53. Mohd Aizatul Ariffin bin Mohd Nadziman 54. Norhayati binti Abdul Malek 55. Maisarah Nur Atikah binti Mohd Suhaimi 56. Afifah Hannani Abdullah 57. Amy Azrina binti Abdullah Zawawi 58. Fadzlina binti Sha’ari 59. Farhatul Khalidah binti Sapian 60. Hasnah binti Mappiase 61. Masitah binti Mukhtar 62. Muhamad AsrulFarid bin Alias 63. Ruhanah binti Nordin 64. Siti Fairuze binti Sabtu 65. Yohana Unyang Juren TIDAK HADIR 1. Ida Ruyani binti Mat Bersebab 2. Mohd Isa bin Mohamed Ali Bersebab 3. Siti Atiqah binti Mohd Orip Bersebab 4. Jeevithan a/ l Selvakumaran Cuti Sakit 5. Nur Fadhilatul Akmal binti Cuti Md Nor bersalin Md Nor 6. Nur Idayu binti Mohd Yusof Bersebab MESYUARAT AGUNG PIB-G SK SERDANG KALI KE 45/2019 KEHADIRAN GURU


24 Minit Mesyuarat PIBG 1. Mohd Yazid bin Yakup 2. Mahani binti Mohamad Sudin 3. Fadzlina binti Sha’ari 4. Mohammad bin Ali 5. Suhada binti Abdul Wahab 6. Rosidawati binti Ali 7. Siti Zailani binti Mohd Nor 8. Mohd Idzhar bin Idres 9. Fadhilah binti Ahmad 10. Hasmawati binti Abdul Malik 11. Mohd Zool Hilmi bin Mahsin 12. Nurul Hilyani bte Nazaruddin 13. Wan Zaki bin Wan Mamat 14. Zuhairi bin Arifin 15. Masnah binti Bahrin 16. Tan Kweng Tea 17. Mohd Tarmizi bin Mat Azmi 18. Aida Suhana 19. Siti Mashitah binti Abd Wahab 20. Shahzuraime bin Asaat 21. Intan Shameha binti Abdul Razak 22. Mohd Anuar 23. Arizad bin Azizan 24. Norizah binti Selamat 25. Abdul Razak bin Abdul Mawan 26. Rozaini bin Jumadi 27. Sa’diah binti Ibrahim 28. Norhashimah binti Sulaiman 29. Muhd Gadaffi bin Nordin 30. Muhd Nazim Mohtar 31. Nurul Laila binti Haidzir 32. Muhamad Rizal Yaakop 33. Nurashimah binti Mohd Isa 34. Ruhaida binti Mohd Yusuf 35. Norlela binti Mohd Yosof 36. Mohd Riduan bin Ibrahim 37. Aidah binti Jumali 38. Nor Paridah binti Baba 39. Uma a/ p Ramanaidu 40. Halizah binti Hamzah 41. Mohd Inuddin 42. Erma Wati binti Mahat 43. Roaslinda binti Rosdi 44. Mohd Reduan bin Suhaimi 45. Wan Hasliza binti Wan Ahmad 46. El- Hafidz 47. Siti Hajar binti Othman 48. Hashmi bin Minhad 49. Astura binti Mahdon 50. Adi Yasran bin Abdul Aziz 51. Mohd Subri bin Pa’pden 52. Nur Syazwani binti Halimuddin 53. Khairunisaa’ binti Abu Hassan 54. Zurita bin Ab.Rahman 55. Mohamad Hafiz bin Hashim 56. Aziyah binti Abd Karim 57. Nurshalikani Akmal 58. Shamsul Nizam bin Mat Asom 59. Norhasimah binti Mohamad 60. Ahmad Nizam bin Sulaiman 61. Mohd Suhaili bin Sirun 62. Azean binti Tajudin 63. Muhamad Akmal bin Ashaari 64. Nurhaslina binti Hashim 65. Norizah binti Abu Hassan 66. Nadia Nurakila binti Abu Bakar 67. Asmawati binti Mantah 68. Azimah binti Jamaludin 69. Mohd Rahimi bin Ramli 70. Amiruddin bin Nazar 71. Rosla binti Zawawi 72. Siti Maria binti Jamaludin 73. Rahimah binti Salimin 74. Mohd Sofian bin Abd Manan 75. Mohd Khairil Izani\ 76. Nur Mazrah binti Mat Isa 77. Sayuti bin Jamaludin 78. Mohd Sofian bin Mohd Arif KEHADIRAN SARANA IBU BAPA KEHADIRAN SARANA IBU BAPA


25 Minit Mesyuarat PIBG 79. Ruwaida binti Abdul Wahid 80. Zainal bin Hassan 81. Mohd Sharizan bin Sahin 82. Mohd Nazri bin Yasin 83. Jefri Faizal bin Jaafar 84. Kartina binti Mohd Baijori 85. Mohamad Farid bin Haron 86. Abdul Hanif bin Jamalludin 87. Ahmad Haniff bin Jaafar 88. Mohd Arif 89. Noor Azren binti Rebu 90. Afifah Hannani Abdullah 91. Maimunah binti Abdullah 92. Norhayati binti Abdul Malek 93. Asbiatulsadawiah binti Mohd Noh 94. Mohd Izuddin bin Mahamad Nazir 95. Razali bin Kasim 96. Raja Nurazura binti Raja Yacob 97. Shahzana binti Mat Rasul 98. Mohd Ramzi bin Abdul Hamid 99. Paiman bin Bawon 100.Haslinda binti Sarip 101.Mustazah bin Mohamed 102.Muhd Zaidani bin Muhd Abd Latib 103.Narizah binti Ahmad Nadzri 104.Sima Zaini binti Zainal 105.Alina binti Abdul Aziz 106.Mad Kairi bin Mad Yusop 107.Nadiem bin Suhairi 108.Izuan Izam bin Ahmad Talal 109.Roslee bin Sari 110.Rozila binti Yusoff 111.Siti Zaleha binti Dollah 112.Latifah binti Mohd Hanan 113.Dzulkarnain bin Abu Bakar 114.Mat Rasid bin Ishak 115.Nur Ain Izzati bin Mohd Zainudin 116.Rohaya Rashidah binti Abdul Rashid 117.Abdul Rahman bin Mohamed 118.Ab Haffiz bin Ab Jalil 119.Mohd Fazliy bin Md Jaffar 120.Siti Aminah bin Sulaiman 121.Zahariah binti Esa 122.Asfazian bin Che Ramli 123.Nor Sabrina binti Abdul Wahab 124.Muhammad Zamri bin Abd Hamid 125.Khairul Nizam bin Awang Abu 126.Norlinawati binti Abd Halim 127.Nor Haslinda binti Zalil 128.Roslinda binti Ngah 129.Farhatul Khalidah binti Sapian 130.Mohd Nazrulhadri bin Azfar 131.Muhammad Mustaqim bin Azis 132.Suriati binti Hashim 133.Noor Zalinah binti Zaffar 134.Mohd Shahrulrizal 135.Ahmad Redzuan bin Abdul Hadi 136.Noraihan binti Noordin 137.Wan Noorhawani binti Wan Ab. Rahman 138.Jorauviah bin Deraman 129.Wan Nor Farihan binti Wan Ramli 130.Sahadah binti Zakaria 131.Abd Malek bin Kamaruddin 132.Rosnizah binti Mohd Basri 133.Mohammad Abid bin Ahmad 134.Wan Noorshidah binti Wan Hussin 135.Siti Zaheran binti Ramli 136.Sahrir bin Mokte 137.Fatimah Zaura binti Jali @ Ramli 138.Mohd Roslan bin Che Soh 139.Hazri bin Mohd Ghazali 140.Norarlina binti Abd Rahman 141.Roslina binti Mohamed Razali 142.Zakky Yamanie bin Jamiauddin 143.Mohd Hafiz bin Mohd Razali


26 Laporan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti PIBK Sesi 2019/2020 1. KEHADIRAN IBU BAPA DALAM LIMA (5) AKTIVITI UTAMA 2. AKTIVITI PIBG BERSAMA SEKOLAH 3. SUMBANGAN DANA IKHLAS IBU BAPA KEPADA PIHAK SEKOLAH 3.1 Sumbangan dana ikhlas untuk: 3.1.1 Murid yatim dan miskin sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 3.1.2 Kem Bestari Solat 3.1.3 Solat Hajat Perdana 3.1.4 Gotong-Royong (Banjir Lumpur) 3.2 Sumbangan air mineral, alat tulis, amakn dan minum untuk calon UPSR. 3.3 Sumbangan empat unit televisyen untuk kegunaan murid-murid Tahun 6. Aktiviti Tarikh Kehadiran Peratus Pendaftaran Tahun 1 2019 28 Disember 2019 152 96.20% Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 45 24 Februari 2019 209 29.23% Hari Pelaporan 19 Jun 2019 880 90.09% Hari Sukan Tahunan 23 April 2019 283 95.64% Hari Anugerah Cemerlang 21 November 2019 153 100% Aktiviti Tarikh Catatan Study Group SUKeSS FebruariSeptember 2019 Kumpulan Sokongan Ibu bapa Tahun 6 Gotong Royong (Banjir Lumpur) 02 April 2019 Ibu bapa, MPSJ, Palapes UPM, Syarikat Mudajaya Group Berhad, Putra Bakti. Sumbangan 1 Keluarga 1 Rim A4 04 – 30 April 2019 437 rim Solat Hajat Perdana 29 Ogos 2019 Ibu bapa Tahun 6 Karnival Ceria Komuniti Prihatin SK Serdang 10 November 2019 Ibu bapa murid SK Serdang,Komuniti setempat,


27 Laporan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti PIBK Sesi 2019/2020 4. SUMBANGAN DAN PENGLIBATAN KOMUNITI KEPADA PIBG SEKOLAH AKTIVITI TARIKH Catatan Perkhidmatan Pasukan Perubatan dan ambulan untuk acara merentas desa dan hari sukan sekolah, 12 Januari 2019 23 April 2019 Pusat Kesihatan Universiti UPM, Pemuafakatan antara PDRM dan pihak sekolah. 18 Februari 2019 Insp. Aziman bin Anas, Pegawai Perhubungan Sekolah Program Ceramah Motivasi Kepimpinan 22 Februari 2019 Puan Norizai binti Mohamad Noor,UPM Pameran kesihatan dan Aktiviti Interaktif (Minggu PPDa) 21 Februari 2019 Profesor Madya Dr. Zalinah Ahmad, pasukan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Pameran, ceramah dan program kesihatan. (Minggu PPDa) 21 Februari 2019 AADK Daerah Petaling , MPSJ dan IPD Serdang. Perkongsian Ilmu dan Pengalaman Kerjaya sebagai Seorang Arkitek dan pameran kerjaya 08 Mac 2019 Dr Shafizal Maarof. Pameran Model rekabentuk dan senibina 08 Mac 2019 Wakil ibu bapa daripada Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM. Program Motivasi in SUKSES UPSR: Future In Your hand 10 Mei 2019 Dr Azlina binti Mohd Khir, pelajar Fakulti Ekologi manusia,UPM. Taklimat Antidadah dan Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah 04 Julai 2019 Unit K9,Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Bukit Aman


28 Laporan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti PIBK Sesi 2019/2020 Perkongsian Ilmu dan Pengalaman Kerjaya sebagai Jurutera Penyelidik . 11 Oktober 2019 Dr Ahmad Safuan bin Bujang, Demonstrasi Aplikasi Teknologi dalam pertanian 11 Oktober 2019 Pasukan daripada Pusat Penyelidikan Kejuruteraan MARDI. Projek kesihatan sekolah (Pemakanan Sihat) 04 November 2019 Pelajar Fakulti pengajian Pendidikan UPM di bawah kelolaan Prof Dr. Kim. Soh Geok. Taklimat Persediaan ke Tingkatan 1 05 November 2019 Puan Moganambal A/P Muniady, Kaunselor SMK Sri Serdang Projek kesihatan sekolah (Pendidikan Kekeluargaan) 11 November 2019 Pelajar Fakulti pengajian Pendidikan UPM di bawah kelolaan Prof Dr. Kim. Soh Geok. Kemudahan dewan seminar MARDI untuk program-program sekolah. Sepanjang tahun 2019 MARDI .


29 Laporan Kewangan 2019


30 Laporan Kewangan


31 Laporan Kewangan


32 Laporan Kewangan


33 Laporan Kewangan


34 Laporan Kewangan


35 Laporan Kewangan


36 Laporan Kewangan


37 Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 SK Serdang Penasihat : Yang Dipertua : Naib Yang Dipertua : Setiausaha Kehormat : Bendahari Kehormat : AJK Ibu Bapa : 1. 2. 3. 4. 5. AJK Guru : 1. 2. 3. 4. 5. Pemeriksa Kira-kira: 1. 2.


38 Pembentangan Usul BIL USUL KURIKULUM JAWAPAN 1. Membaikpulih kemudahan di tandas seperti pam air yang lebih efektif. MOHD AKMAL BIN AZMI Tandas perlu diselenggara dengan lebih elok dan disediakan dengan tandas duduk. MOHD ZULKIFLI BIN AWANG Penambaikan tandas di sekolah NUR AMALIEYAH BT SHAFIE Sedang diusahakan oleh AJK PIBG. 2. Buku dan bahan- bahan pdp serta baju PJPK perlu ada dikedai buku ketika sesi sekolah belum bermula dan mencukupi untuk keperluan semua pelajar. NOR YASMIN MOHD BANI Akan dipantau oleh pihak sekolah. 3. Mengadakan perjumpaan ibubapa dan guru pada atau selepas peperiksaan akhir tahun. NUR SYAZWANI BINTI HALIMUDDIN Kekangan masa 4. Mewujudkan perjumpaan bulanan bersama guru kelas. SAIFUL RAMADZAN Kekangan masa 5. Membuat kursus kaunseling dan kursus bina semangat untuk penglibatan murid dan ibu bapa MOHD AKMAL HAFEEZ BIN MOHD KAMAL Boleh diadakan tetapi tiada peruntukan


39 Pembentangan Usul BIL USUL HAL EHWAL MURID JAWAPAN 6. Air minuman agak mahal. Cth: milo tabur berharga RM 2.00. (Boleh dikecilkan kuantiti agar dapat harga yang munasabah). MOHD AKMAL BIN AZMI Mempelbagaikan penjualan makanan berkhasiat terutama buah-buahan di kantin sekolah. HELMI BIN RAZALI Perbanyakkan menu makanan di kantin sekolah. FIZRAL IZWAN BIN MUSTAPA Kantin sekolah perlu dibaiki lagi SYAHHANIE AKHLYNNIEZA Pengusaha kantin perlu memaparkan tanda harga setiap barang jualan. SAIFUL RAMADZAN Jualan air minuman milo tabur sudah dihentikan. Buah-buahan memang ada dijual mungkin kuantiti yang tidak banyak. Menu sudah dipelbagaikan dari semasa ke semasa. Masih dalam pengubahsuaian Tanda harga sudah dipaparkan 7. Penyediaan rak buku di kelas bagi mengatasi masalah beg berat. HELMI BIN RAZALI Menyediakan locker/box dengan kadar sewa RM10 untuk janaan wang sekolah. MOHD FADZLI MUSTAFA Meringankan beban murid membawa buku yang banyak. MARZUKI BIN MOHD Loker /rak untuk buku teks / buku aktiviti NOR YASMIN MOHD BANI Usul yang diberi tidak dapat dipenuhi kerana a)ruang kelas yang sempit. Tindakan: 1) Jadual waktu akan ditulis mengenai buku yang perlu dibawa setiap hari mengikut mata pelajaran. 1) Semua buku aktiviti atau buku kerja tidak dibenarkan bawa balik.


40 Pembentangan Usul Penyediaan peti buku bagi murid-murid untuk mengelakkan murid-murid membawa beg yang berat setiap hari. HADIJAH BINTI HASSAN Loker bertingkat setiap kelas. Anak-anak boleh simpan buku nanti. AHMAD HANIFF JAAFAR Menempatkan ruang meletakkan buku di kelas bagi mengatasi masalah beg berat. FATHEEN NABILA BINTI GHAZALI 8. Kelas anak-anak dikekalkan sehingga tamat sekolah NADIA NURAMINA ABU BAKAR Tiada pertukaran kelas dari tahun 1 hIngga Tahun 6 9. Baiki water cooler Adakan kelas robotik, silat dan ukulele NURULFIZA MAT ISA Sekolah tiada water cooler Penyertaan tiada sambutan kerana bayaran yuran tinggi untuk jurulatih luar 10. Saya cadangkan buku aktiviti di tinggalkan di dalam kelas. NORAZLINA ABD RAHMAN Buku aktiviti sememangnya ditinggalkan di dalam kelas. Sudah dimaklumkan kepada semua guru. 11. Keselamatan murid lebih ketat ketika keluar atau masuk sekolah. FIZRAL IZWAN BIN MUSTAPA Peringatan sentiasa dimaklumkan pada murid dan pengawal keselamatan. Ibu bapa juga perlu main peranan atau kerjasama. 12. Tolong bina dewan atau pasang bumbung (awning) di tapak perhimpunan. SITI ASMAH ABDUL RAZAK Kos yang tinggi


41 Pembentangan Usul 13. Penjualan alat tulis yang bersifat ‘aksesori’ di larang atau di pantau di kedai buku sekolah. ALINA BINTI ABDUL AZIZ Mohon kedai buku tidak menjual barang-barang atau keperluan selain daripada keperluan sekolah. MOHD HAFIZ BIN HASHIM Pihak sekolah sentiasa membuat pemantauan.. 14. - Pasang aircond - wujud sekolah 2 sesi - kutipan untuk kebersihan tandas murid FAZRUL NASIR Prasarana atau struktur bangunnan kurang tidak sesuai. BIL USUL LAIN-LAIN JAWAPAN 15. Yuran PIBG diturunkan MOHD FIRDAUS BIN HOLEK Akan diputuskan dalam mesyuarat 16. Menyediakan parking khas untuk van sekolah. Tahun lepas sudah diusulkan dan Tuan Guru Besar maklumkan akan buat permohonan untuk digazetkan. Jadi kami ibu bapa nak tahu perkembangan kerana sudah setahun berlalu tanpa ada sebarang info berkenaan hal ini. MOHD IDZHAR BIN IDRES Dalam proses kerana sekarang pengurusan baharu. 17. Penukaran akaun bank PIBG dari CIMB kepada MAYBANK cawangan Sri Serdang. ASFAZIAN BIN CHE RAMLI Telah dipersetujui dalam mesyuarat AJK PIBG kali ke 2 sesi 2019/2020 . 18. Meluputkan harta yang tersenaraikan dalam nota 1 penyata kewangan 2019. ASFAZIAN BIN CHE RAMLI Akan diputuskan dalam mesyuarat.


42 LAMPIRAN


43 Anggaran Perbelanjaan Aktiviti Sekolah Unit Hal Ehwal Murid Tahun 2020 BIL PERKARA TARIKH PERLAKSANAAN ANGGARAN SUMBANGAN MURID/IBU BAPA SUMBANGAN PIBG CATATAN 1 HADIAH KECERIAAN KELAS FEB-OKT RM500.00 Tiada RM500.00 Tahap 1 Tahap 2 PPKI 2 SOLAT HAJAT UPSR SEPTEMBER RM1500.00 Tiada RM1500.00 Murid Islam Tahun 6 3 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK OKTOBER RM1000.00 Tiada RM1000.00 Semua Murid 4 PENYELENGGARAAN KEROSAKKAN JAN-OKT RM1000.00 Tiada RM1000.00 Lampu Tandas Cat JUMLAH RM4000.00 RM4000.00


44 Anggaran Perbelanjaan Aktiviti Sekolah Unit Kokurikulum Tahun 2020 BIL PERKARA TARIKH PERLAKSANAAN ANGGARAN SUMBANGAN MURID SUMBANGAN PIBG CATATAN 1 SUMBANGAN PENYERTAAN MSSD & KO AKADEMIK DAN LAIN (Tiada peruntukan daripada wang PCG) JAN - NOV RM2500. Ikut keperluan RM2500 Menampung perbelanjaan untuk Yuran penyertaan makan dan minum murid 2 SUKANEKA 28 FEBRUARI RM3500. Tiada RM1500 Menampung perbelanjaan untuk • khemah, • peralatan sukaneka • makanan tambahan murid 3 TEMASYA SUKAN TAHUNAN 12 APRIL RM6400. Tiada RM2500 Menampung perbelanjaan untuk • Sewa khemah 7 buah • Bayaran Sewa stadium • Pegawai pelepas • Pembersihan 4 PEMBANGUNAN AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM JAN HINGGA NOV RM3000. Tiada RM1500 Menampung perbelanjaan untuk pembangunan bakat murid dalam aktiviti kokurikulum sukan dan keseniaan • program/ kursus /ceramah • Pakaian@ costum murid 5 PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM JUN RM12000 Anggaran RM100.00 seorang RM1000 Menampung perbelanjaan untuk pengangkutan • Penginapan • Konsultan • Peralatan • Makan & minum • Pengurusan modul dan aktiviti 6 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN ( Tiada peruntukan daripada Wang PCG) NOVEMBER RM3000 Tiada RM3000 Perbelanjaan untuk Hadiah penerima anugerah • Makanan dan minuman • Persiapan pentas • Perbelanjaan runcit


45 Anggaran Perbelanjaan Program Pendidikan Khas Integrasi Tahun 2020 BIL PROGRAM SUMBANGAN PIBG (RM) 1 Sumbangan aktiviti Pendidikan Khas Daerah PPD Petaling Perdana 69 X RM10.00 = RM690.00 2 Kem Motivasi Jati Diri 1,500.00 3 Sambutan Hari Raya 1,000.00 JUMLAH 3,190.00


Cucur badak di kedai nenek, Murahnya harga dapat berjimat; Ajar budak akhlak yang baik, Dunia dibangga, akhirat selamat Pulang pemburu dengan riangnya, Dapat menghambat si anak rusa; Berjuang guru dengan ilmunya, Menobat martabat si anak bangsa. Ayu semarak di sisi bonda, Kekal berseri jambangan gelora; Guru pencorak generasi muda, Bakal mengisi kepimpinan negara.


Click to View FlipBook Version