TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI PERAK :-
ISTANA KELLIE
DISEDIAKAN OLEH : NUR DAMIA TSARA BINTI TARMIZI
TINGKATAN : 1 DUKE
NOMBOR MAKTAB : CP211123
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
TAJUK KAJIAN 1
ISI KANDUNGAN 2
KAEDAH KAJIAN 3,4
OBJEKTIF KAJIAN 5,6
MENGUMPUL MAKLUMAT 7
KERANGKA KASAR KAJIAN 8
GAMBAR BANGUNAN 9
PENGENALAN BANGUNAN 10
SEJARAH BANGUNAN
PERANCANGAN DAN PEMBINAAN 11,12,13
AWAL BANGUNAN 14
RUMUSAN KAJIAN
TARIKAN PELANCONG 15
RUJUKAN KAJIAN 16
PENGHARGAAN 17
18
KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah yang saya telah gunakan dalam
melengkapkan tugasan ini. Antaranya termasuklah seperti berikut:-
1. Melayari Internet
Melalui kajian ini, saya telah mencari maklumat-maklumat tentang
bangunan Kellie’s Castle ini dengan melayari internet. Banyak
maklumat yang telah saya perolehi dengan menggunakan kaedah ini.
Antara laman web yang telah saya layari ialah Wikipedia.
2. Media
Saya telah menganalisis media massa dan media seperti internet yang
berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bangunan yang
telah saya pilih dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai bangunan
yang telah saya pilih ini dan mendapat kefaham yang jelas
mengenainya.
3. Kaedah Lisan
-Mengaplikasikan kaedah ini dengan menemubual responden iaitu ahli
keluarga.
-Mendapat maklumat dan latar belakang tajuk dengan bantuan ibu
bapa.
4. Kaedah Bertulis
Saya menggunakan bahan-bahan yang telah diperoleh daripada ahli
keluarga saya dan telah merekodkannya.
5. Buku Rujukan
-Mencari maklumat daripada buku rujukan di rumah.
-Membuat kajian dan menganalisis maklumat serta butiran tentang
bangunan yang dipilih.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan satu kajian tentang satu tempat bersejarah yang
dipilih oleh saya iaitu Kellie’s Castle.Kajian ini merangkumi objektif-
objektif seperti berikut :-
1.Menambah pengetahuan tentang tempat bersejarah yang dipilih oleh
saya.
2.Saya dapat memperolehi beberapa iktibar dan pengajaran mengenai
tempat bersejarah yang dipilih oleh saya.
3.Saya dapat menjelaskan pengenalan tentang tempat yang telah saya
pilih.
4.Saya dapat menerangkan latar belakang Bangunan Istana Kellie.
5.Saya dapat menghuraikan sebab-sebab bangunan Istana Kellie dibina.
6.Saya dapat memupuk semangat patriotism dalam diri dan juga
kalangan generasi melalui kajian ini.
7.Saya dapat menguasai kemahiran, mencari, mengumpul, merekod
dan menganalisis maklumat.
MENGUMPUL MAKLUMAT
INTERNET
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Kellie
ORANG SUMBER
2. Nama: Tarmizi
Umur: 38 tahun
2. Nama: Noraslinda
Umur: 38 tahun
KERANGKA KASAR KAJIAN
BIL. PERKARA HURAIAN
1 TAJUK KAJIAN -Bangunan Bersejarah
-Istana Kellie
2 NAMA PENULIS -Nur Damia Tsara Binti Tarmizi
3 TINGKATAN DAN -Tingkatan 1
NOMBOR MAKTAB -CP211123
4 PENGENALAN -Nama Bangunan
-Lokasi Bangunan
5 SEJARAH -Sebab-sebab bangunan dibina
6 PERANCANGAN DAN -Proses pembinaan bangunan
PEMBINAAN AWAL
7 RUMUSAN -Perasaan
8 TARIKAN PELANCONG -Sebab menjadi tarikan
pelancong
9 RUJUKAN -Carian internet
10 PENGHARGAAN -Berterima kasih
BANGUNAN ISTANA KELLIE
PENGENALAN
Kellie's Castle adalah sebuah istana yang terletak di Batu Gajah, Daerah
Kinta, Perak, Malaysia. Rumah besar yang belum selesai dan musnah,
dibina oleh seorang penanam Scotland bernama William Kellie-Smith.
Menurut kisah yang berbeza, itu adalah hadiah untuk isterinya atau
rumah untuk anaknya. Kellie's Castle terletak di sebelah Sungai Raya,
yang merupakan anak sungai kecil ke Sungai Kinta.
SEJARAH
Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1905
oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William
Kellie Smith. Bangunan tingkat dibina mengikut reka bantuk sebuah
istana Moghul di Bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan
tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang
dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith
tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau
bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang
telah memenangi konsesi dari pemerintahan Negara untuk meneroka
360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat
daripada perniagaan bersama (“bisnes venture”) dengan Alma Baker,
Smith mula menanam pohon getah dan menceburi 11ndustry
perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik
Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudian mereka kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan
orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu
pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan
anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun
selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith
terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk
mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-
tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki
bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat
awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi
merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk
memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan
istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas
(Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah dan
terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina
Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis
berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London
Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas
House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur
Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal
dunia di pelabuhan Lisbon, Portigal untuk mengambil lif yang ditempah
pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan ‘sedang
dibina’ telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana
keunikannya.
PERANCANGAN DAN PEMBINAAN AWAL
Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India,
Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang
Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia
turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya
untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan
ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi
jambatan yang melintasi sungai.
Sedemikianpun, bukan kos mengimport bahan dan buruh dari luar
negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong
tempatan dan asing. Antara hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie
ialah lif yang pertama di Malaya yang menghubungkan sayap kanan
sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur ke
bawah sungai berdekatannya. Salah satunya ialah terowongan yang
menghubungkan beberapa candi Hindu yang tidak jauh dari rumah
utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah
lapangan tenis dalaman - sebuah projek yang bercita-cita tinggi
walaupun dibandingkan dengan piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi,
ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat
berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya.
Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tanggal
15 September 1911.
RUMUSAN KAJIAN
Dengan membuat kajian ini, saya telah memperoleh pelbagai info
mengenai tempat bangunan bersejarah yang dipilih oleh saya iaitu
Istana Kellie. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usulnya,
seterusnya ia dapat membantu saya mengetahui dengan lebih
mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku di Istana Kellie itu.
Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai pelbagai kemahiran.
Antara kemahiran tersebuat ialah kemahiran mencari, mengumpul dan
menganalisis maklumat mengenai bangunan itu.
Kesimpulan yang saya dapati dalam hasil kajian ini ialah saya telah
dapat mengkaji dan mengenali sejarah-sejarah tentang bangunan
Istana Kellie itu dengan lebih mendalam.
TARIKAN PELANCONG
Tempat bersejarah ini telah dijadikan pusat tarikan pelancong. Sebuah
jambatan menyeberangi Sungai Kinta dibina untuk pelawat agar mudah
ke Istana Kellie. Sebuah kedai makan dan kedai cenderamata dan tapak
meletak kereta telah dibina oleh Majlis Daerah Kinta Barat pada tahun
1990.
RUJUKAN
1. Tak Ming, Ho (2005). Generations – The story of Batu Gajah.
MPH. ISBN 98340556 5 X.
2. Tourism Malaysia - Kellie's Castle Diarkibkan 2018-03-24
di Wayback Machine
3. Kellie's Castle, Perak Diarkibkan 2017-07-01 di Wayback
Machine at Journey Malaysia
4. Cameron Highlands Malaysia - Kellie's Castle
5. A documentary video about Kellies Castle at
TourMalaysia.com
6. Kellies Castle at TraveltoPerak.com
PENGHARGAAN
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada ibu bapa, guru-guru, dan rakan-rakan yang telah
menolong saya dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk saya
menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya
tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini.
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja ini pada masa yang
telah ditetapkan. Insya Allah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan
banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman
semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua pihk yang terlibat dalam menolong
saya menyiapkan kerja kursus ini.
Saya juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya
terdapat sebarang kesalahan yang tak disengajakan di dalam kerja
kursus ini. Sekian sahaja dari saya, terima kasih.