The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yu Shen Ng, 2022-07-28 09:37:47

1-Nota Wawasan 2020 dan fokus 2021

1-Nota Wawasan 2020 dan fokus 2021

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021

WAWASAN 2020

1. Latarbelakang
 Diisitiharkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 28 Feb 1991.
 Terdapat 9 cabaran bagi menjayakan Wawasan 2020
 Intipati Wawasan 2020 meliputi pembangunan bagi mencapai sebuah negara maju menjelang 2020

2. Apa itu Wawasan 2020
 Wawasan 2020 adalah satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah
negara maju pada tahun 2020.
 Satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang
berlaku diperingkat nasional dan kebangsaan.

3. Mengapa tahun 2020.
 Satu jangkamasa yang munasabah dan praktikal.
 Bersama dalam “megatrend”
 Satu era pamisah pembangunan perindustrian dunia.
 Pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan yang pesat.

4. Matlamat Wawasan 2020.
 Menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian
dan kebudayaan mengikut acuannya sendiri menjelang tahun 2020.

5. Pengisian Penting Wawasan 2020
 Kualiti sumber manusia/ modal insan yang dihasilkan oleh sistem pendidikan/ tenaga kerja.
 Perubahan sikap dan nilai – menjana pemikiran berkelas dunia
 Penekanan kepada Sains dan Teknologi
 Peranan Sektor Swasta yang lebih dinamik

6. Cabaran-cabaran Wawasan 2020.
 Definisi – Cabaran merujuk kepada cabaran atau aktiviti (fizikal atau intelektual) yang seseorang mesti
melaksanakan bagi mengatasi pelbagai jenis kesukaran.
 Matlamat di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai
halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran:- (9 Cabaran)

6.1. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi
bersama-sama.

6.2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dan yakin pada diri sendiri (jati diri)
6.3. Mewujudkan masyarakat demokratik yang matang.
6.4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika tinggi dari kepercayaan beragama.
6.5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur dalam konteks pelbagai kaum.
6.6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif dalam menyumbang kemajuan sains dan teknologi.
6.7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi terhadap orang lain.
6.8. Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sanggup berkongsi kekayaan tanpa

mengira kaum
6.9. Mewujukan masyarakat makmur, dinamik, kental menghadapi cabaran mendatang.

7. Isu-Isu
 5 Isu-isu yang perlu diselesaikan untuk menjadi negara maju:-

7.1. Pembentukan satu negara bangsa Malaysia Halangan bagi mencapai WW2020
7.2. Mewujudkan sebuah negara perindustrian
7.3. Keadilan Ekonomi dan Sosial
7.4. Moral dan Etika
7.5. Pembangunan Masyarakat berdasarkan Sistem Kekeluargaan.

8. Pendekatan Kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020 Page 1
 Melahirkan modal insan kelas pertama
 Menjadikan Malaysia destinasi pelaburan antarabangsa
 Memperkasa sistem pengangkutan awam dan perhubungan domestik dan antarabangsa
 Menwujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi
 Membentuk negara peraindustrian
 Membentuk sebuah negara bangsa
 Keadilan ekonomi dan sosial

Salmiah ramli

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021

9. Strategi untuk mencapai Wawasan 2020.
- (Definisi- cara-cara merancang dan melaksanakan.)

1. Koridor Raya Multimedia (MSC), Sekolah Bestari, Matapelajaran Teknologi Maklumat dan komunikasi dan
Membugarkan Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)

2. Memperkenalkan “ Malaysia Boleh” dan “Program 1Malaysia”
3. Mewujudkan Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
4. Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Prindustrian Bumiputera (MPPB)

10. Faktor penyumbang untuk mencapai Wawasan 2020
1. Gagasan 1Malaysia
2. Pembangunan modal insan
3. Pembangunan teknologi
4. Ekonomi yang mantap dan adil
5. Kedaulatan negara di pelihara
6. Berpegang kepada moral dan etika

SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS WW2020

Ulangan Penggal 2 (STPM 2013)
S7- Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang.
Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat dan budaya penyayang. (5 + 0)

Ulangan Penggal 2 (STPM 2015)
S7-Wawasan 2020 merupakan gagasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju dengan cara tersendiri.
Oleh itu, banyak persediaan yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi mencapai tujuan tersebut.
Bincangkan. (5+0)

Ulangan Penggal 2 (STPM 2016)
S7-Salah satu cabaran bagi merealisasikan Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
Oleh itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut. Huraikan (5 + 0)

(STPM 2018)
S7- Malaysia telah melakukan pelbagai usaha untuk mewujudkan masyarakat yang progresif dan saintifik.
Jelaskan. (5+ 0)

(STPM 2019)
S7- Satu daripada cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat liberal dan bertoleransi. Cabaran
tersebut perlu dihadapi dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Jelaskan. (5 + 0)

(STPM 2020)
S7- Satu daripada matlamat Wawasan 2020 ialah Malaysia maju dalam bidang perindustrian. Pelbagai usaha
telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut. Bincangkan. ( 5 + 0)

SOALAN FOKUS 2021

Malaysia Maju dan Sejahtera/WW2020
1. Kelebihan malaysia untuk mencapai negara maju
2. Kekangan/ Halangan untuk menjadi negara maju
3. Usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat.
4. Pendekatan Kerajaan/usaha untuk mencapai Wawasan 2020
5. Cabaran untuk mewujudkan negara perindustrian.
6. Persediaan rakyat menuju negara industri.
7. Masyarakat bermoral dan beretika- rasional, tindakan, usaha.
8. Masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.- rasional, tindakan, usaha.
9. Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dan yakin pada diri sendiri (jati diri)
10. Kepentingan Mewujudkan Masyarakat Liberal dan bertolak-ansur.
11. Isu 1 : Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.
12. Isu-Isu WW2020.

Salmiah ramli Page 2

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021

ISU-ISU UTAMA WW2020

ISU 1 :
“PEMBENTUKAN SATU NEGARA BANGSA MALAYSIA”

Ciri-ciri Bangsa Malaysia yang bersatupadu:

 Setiap rakyat dengan nyata dan ikhlas menerima negara Malaysia sebagai tanahair yang tunggal
dengan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.

 Setiap rakyat merasa komited untuk menjayakan cita-cita negara. Ini bermakna matlamat negara telah
dikongsi bersama oleh setiap rakyat.

 Setiap rakyat dengan rasa bangga mengidentifikasikan diri sebagai warga Malaysia dan tidak sebagai
golongan sesuatu etinik, ras atau penghuni dari sesuatu wilayah atau daerah. Adalah amat ideal kalau
semuanya mengamalkan cara hidup atau berbudaya Malaysia dan menghapuskan ciri-ciri yang
menonjolkan pengenalan mereka sebagai berketurunan tertentu. Pendek kata mereka berjiwa Malaysia
dan berupa Malaysia. Namun walaupun masih ada ciri-ciri keturunan dan kedaerahan yang diwarisi,
mereka tidak akan membiarkannya menjadi sentimen sehingga mencetuskan persengketaan.

 Setiap rakyat berpegang kepada nilai-nilai murni yang tidak bercanggah di antara satu sama lain dan
tidak merasa perlu untuk berperang-perangan bagi menegakkan sesuatu pegangan hidup yang mungkin
berbeza dengan orang lain. Di sini tetap wujud sikap bertolak ansur demi keharmonian bersama

Negara Bangsa :
 Negara bangsa ialah negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa.
 Negara bangsa membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu, berkeyakinan, harmoni,
mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai semangat patriotik yang kental.
 Rakyatnya akan menikmati kehidupan berasaskan persamaan hak, keadilan dan mempunyai keyakinan
yang tinggi terhadap sistem pemerintahan negara

Salmiah ramli Page 3

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021

ISU 1 :
“PEMBENTUKAN SATU NEGARA BANGSA MALAYSIA
Soalan 1:
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara. Walau bagaimanapun terdapat
pelbagai kekangan dalam usaha pembinaan negara bangsa. Jelaskan. (5+0)

Pengenalan:
Pembinaan negara bangsa dianggap penting dan menjadi prasyarat kepada pemodenan negara. Sekiranya
warganegara kita tidak mempunyai matlamat yang sama amat sukar untuk mencapai kemajuan sesebuah
Negara.Oleh itu segala halangan perlu diatasi bagi menjayakan pembentukannya.

IDEA HURAIAN

Kekangan Dalam Usaha Pembinaan Negara Bangsa:

1. Masyarakat majmuk masyarakat kita yang berbilang bangsa sukar untuk menerima budaya dan cara
 hidup bangsa lain

 mereka menganggap budaya hidup melayu tidak berkaitan dan tidak sesuai dengan
mereka.

situasi ini menjadi penghalang wujudnya satu Negara bangsa Malaysia yang bersatu
padu harmoni dan aman.

2.Pelbagai Agama  setiap kaum di Malaysia mewakili agama yang berlainan.Melayu beragama
Islam,Cina agama Buddha,India agama Hindu,agama Kristian dll.

 Ketiga-tiga agama terbesar ini amat berbeza dari segi kepercayaan dan amalannya.
 masing-masing menganggap agama dan kepercayaan mereka yang terbaik.
 perbezaan ini menghalang proses integrasi sosial antara kaum.
 seterusnya menjadi penghalang mewujudkan Negara bangsa.

3. Ketidakseimbangan  penjajahan British telah mewujudkan kegiatan ekonomi berasaskan kaum.
Ekonomi
 kaum Melayu,Cina dan India dibiarkan menjalankan aktiviti ekonomi yang berlainan.

 pengasingan kegiatan ekonomi ini mewujudkan jurang dari segi social dan jurang
pendapatan yang tidak seimbang

 jurang ekonomi yang ketara ini menyebabkan tanggapan negatif dan rasa tidak puas
hati antara kaum.

 suasana sosioekonomi ini telah mengancam proses pembinaan Negara bangsa ini.

4.Kewujudan parti  akibat dasar pecah dan perintah British dahulu
politik berasaskan  Dasar British tidak mengambil langkah menyatupadukan kaum dan tidak langsung
kaum
mengambil kira masa depan Malaysia.

 selepas merdeka pun kita masih terikat dengan pemerintahan berasaskan identiti
kaum masing-masing dan wujudnya parti-parti politik berdasarkan kaum di Sabah
dan Sarawak

5.Sistem pendidikan  Aliran pendidikan yang berbeza antara kaum di Malaysia menjadi menghalang
yang berasingan kepada usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum.

 sekolah dan pendidikan yang sepatutnya menjadi medium utama pembentukan
Negara bangsa masih gagal untuk disatukan kerana wujud kepentingan, prasangka
dan tiada unsur penerimaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan
seterusnya mengekang pembentukan Negara bangsa yang berjaya.

6. Semangat  merupakan antara penghalang mewujudkan Negara bangsa
Nasionalisme semakin  Mereka tidak bangga menjadi rakyat Malaysia dan tidak menunjukkan sayang dan
terhakis hormat kepada lambang Negara seperti jalur gemilang,Lagu Negara Ku dll.

 selagi rakyat Malaysia tidak mengamalkan sikap “di mana bumi dipijak ,di situ langit
dijunjung” maka pembentukan Negara bangsa sukar untuk direalisasikan.

Penutup :
Membina sebuah Negara bangsa yang sempurna bukanlah tugas yang mudah terutamanya bagi Negara berbilang
kaum seperti Malaysia yang berlatarbelakangkan agama,budaya dan kepercayaan yang berbeza. Setiap warganegara
hendaklah bersedia menerima dan mengiktiraf kewujudan kaum-kaum lain

Jawapan: 5+0 Page 4

Salmiah ramli

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021

CABARAN KEDUA WW2020

“Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan
apa-apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.”

Soalan 2:
Masyarakat yang berjiwa bebas merupakan antara sifat yang perlu ada pada setiap bangsa Malaysia supaya dapat
membina sebuah negara yang maju dalam pelbagai bidang. Bincangkan.
Jawapan:1 + 4

Pendahuluan:
Wawasan 2020 merupakan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Selain
masyarakat yang berjiwa bebas, terdapat beberapa ciri lain untuk mencapai matlamat tersebut.

Bil Isi/Idea Huraian

Sifat yang perlu ada pada setiap bangsa Malaysia supaya dapat membina sebuah negara yang maju

1. Berjiwa bebas  Jiwa yang tidak terkongkong dan terbelenggu dengan sesuatu fahaman
( Idea wajib ) hingga menolak pembaharuan dan kemajuan.

 Akibat dari cengkaman penjajah kita telah menyaksikan bagaimana rakyat
begitu memandang tinggi kepada dunia barat

 Penjajah telah berjaya sedikit sebanyak membunuh keyakinan rakyat
terhadap diri sendiri

 Sikap ini pernah disifatkan sebagai berjiwa hamba.

2. Mempunyai fikiran dan  Ketenteraman jiwa adalah sesuatu yang amat berharga dan boleh
perasaan yang tenteram dianggap sebagai kebahagiaan.

 Seseorang amat memerlukan ketenteraman jiwa dan fikiran bagi
menghadapi pelbagai cabaran di dalam dunia moden ini.

 Ketenteraman jiwa juga berkait rapat dengan pembentukan akhlak
dan penyuburan iman supaya sentiasa tidak hilang pedoman hidup

 Ketenteraman dan ketenangan fikiran juga akan memungkinkan
pelbagai penemuan idea dan inovasi yang meningkatkan lagi taraf
kehidupan manusia.

3. Gagah atau tabah  Kegagahan juga bererti ketahanan fizikal dan mental, serta kekuatan dari
menghadapi pelbagai segi kerohanian dan kejiwaan
masalah
 Kekuatan jasmani dan rohani perlu diseimbangkan dengan akal dan emosi

 Rakyat perlu mempunyai jiwa yang kuat dan tahan bagi menjamin
kekuatan negara lebih-lebih lagi ketika dunia sedang berhadapan
dengan pelbagai anasir yang negatif.

4. Memiliki keyakinan  Rakyat perlu membina kekuatan di bidang ilmu pengetahuan, ekonomi
terhadap kebolehan diri dan kejiwaan
sendiri
 Dengan penguasaan ilmu, kita akan bebas untuk mengendalikan teraju
negara kita sendiri dan mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju di dunia

 Sebaliknya, kelemahan akan menyebabkan kita terus bergantung
kepada negara lain

 Penguasaan ilmu juga akan membebaskan kita daripada pergantungan
sepanjang masa dari segi ilmu, kebolehan dan kekayaan negara-negara
maju

 Kita yakin terhadap kebolehan diri sendiri dan kita tidak mudah
tunduk kepada kuasa asing

5. Merasa bangga dengan apa  Dengan terbinanya masyarakat Malaysia yang gagah, kita akan menguasai
yang dicapai.
teknologi dan tidak ketinggalan di belakang

 Masyarakat Malaysia bergerak maju dengan penuh daya saing dan

dinamik

 Rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka sentiasa bersedia untuk

menerima perubahan dan kemajuan

 Dapat menilai dan menyesuaikan perubahan dengan nilai hidup yang

unggul

 Merasa bangga dengan kejayaan Malaysia dan dihormati oleh rakyat

negara lain

Salmiah ramli Page 5

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021

CABARAN KELIMA

“Mewujudkan Masyarakat Liberal dan bertolak-ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,
kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa sama meletakkan kesetiaan mereka

kepada satu negara”

Soalan 3:
Cabaran kelima Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi. Bincangkan
kepentingan cabaran Wawasan 2020 yang kelima itu dan tindakan yang boleh dilakukan oleh rakyat bagi
menangani cabaran tersebut. (3 + 2/ 2+ 3)

Pendahuluan
Cabaran kelima Wawasan 2020 adalah untuk membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan
toleran. Rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan
pada masa yg sama, meletakkan kesetiaan mereka kpd satu negara. Cabaran ini mempunyai beberapa kepentingan
tertentu. Setiap rakyat perlu memastikan cabaran tersebut dapat ditangani dengan baik (3+ 2)

Isi Huraian Isi

Kepentingan Mewujudkan Masyarakat Liberal dan bertolak-ansur.

1. Menjamin keharmonian  Akan melahirkan anggota masyarakat yg boleh berfikir secara rasional
dan kemakmuran negara  tidak bertindak secara melulu demi kepentingan bersama

 akan berfikiran luas - sentiasa menimbangkan secara saksama setiap tindakan
yg dilakukan - perselisihan faham dpt dihindari dan sikap saling menghormati

kepelbagaian kaum dpt dipupuk

2. Mengukuhkan kestabilan  Masyarakat Msia mengamalkan sikap toleransi
politik
 bersedia bekerja dengan individu lain yg berbeza aspirasi, kehendak dan
idealisme

 amalan sikap toleransi dan kematangan dlm berfikir berjaya melahirkan parti
politik gabungan pelbagai kaum seperti Parti Gabungan Barisan Nasional.

 keseimbangan antara kaum dlm sesebuah parti politik akan mewujudkan sifat
persaingan secara adil - mengurangkan konflik antara kaum

3. Melahirkan anggota  Semua anggota masyarakat akan berfikiran terbuka utk menerima
masyarakat yang dapat pengetahuan baru dan idea orang lain - sentiasa bersedia utk menerima
menerima pendapat orang sesuatu perkara yg baru demi kebaikan semua pihak tanpa ada perasaan syak
lain wasangka - sikap mencemuh atau memaki hamun idea pihak lain
terutamanya yg berbeza ideologi dpt dihindari

Tindakan/Usaha yang boleh dilakukan oleh rakyat bagi menangani cabaran kelima [STPM 2019-ESEI]

Memupuk nilai liberal dan  Harus mendidik diri dan ahli keluarga supaya berpegang kpd nilai agama dan
toleransi moral

 Dapat membantu mereka agar bersikap liberal dan toleransi tanpa mengira
keturunan dan agama

 setiap agama menitikberatkan keperluan bekerjasama, bersatu padu dan
menjauhi persengketaan

Menambahbaik tahap  Harus meningkatkan pendidikan mereka
pendidikan.  hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dgn ilmu pengetahuan dan

kemahiran tertentu agar mampu menjadi individu yg matang, liberal dan

toleransi

 individu yg berpendidikan akan bertoleransi antara kaum dan agama

 menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai kepelbagaian yg wujud

Meningkatkan perpaduan  Membolehkan masy pelbagai kaum mengeratkan perpaduan dengan

mengamalkan adat dan kepercayaan kaum masing-masing.

 Pemahaman mengenai kepercayaan dan cara hidup sesuatu kaum

membolehkan kerjasama dalam aspek, sosial, ekonomi, politik dan budaya.

Kesimpulan
Usaha untuk mewujudkan masyarakat yg matang, liberal dan bertoleransi ini amat penting bagi merealisasikan
Wawasan 2020 dan utk menghindari tragedi 13 Mei 1969 drp berulang. Jika masyarakat Msia telah matang, bersikap
liberal dan bertoleransi, maka tiada masalah bagi rakyat utk bekerjasama demi kemajuan negara

Salmiah ramli Page 6

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021

Soalan 4
Salah satu matlamat Wawasan 2020 ialah menjadikan Malaysia maju dalam bidang perindustrian mengikut acuan
sendiri. Oleh itu usaha perlu diambil bagi merealisasikan hasrat tersebut. Bincangkan. (5 + 0) (STPM 2020)

Pendahuluan
Sektor perindustrian memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara dan dapat menyumbang
kepada pendapatan dan pertumbuhan pesat ekonomi serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pelbagai usaha
perlu diambil bagi mencapai hasrat tersebut.

Bil Idea Huraian

Usaha menjadikan Malaysia maju dalam bidang perindustrian

1. Melaksanakan dasar-dasar  Mengubah tumpuan ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian
kerajaan.  Dasar negara tidak bergantung kepada komoditi utama semata-mata

 Mengubal plan induk perindustrian, memberi taraf perintis,

menubuhkan zon perdagangan bebas

 Industri gantian import dan industri berorietasikan eksport.

2. Menggalakkan kemasukan  kerajaan menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pelabur asing
pelabur asing.  pemberian taraf perintis iaitu pengecualian cukai 5-10 tahun

 mewujudkan kawasan perdagangan bebas

 melengkapkan prasarana

 keselamatan terjamin.

3 Menyediakan tenaga buruh  Bekalan tenaga buruh yang mencukupi akan menjadi tarikan pelabur
mencukupi. asing

 tenaga mahir dan pakar sentiasa ditingkatkan menerusi pelbagai skim
latihan kepakaran dan pengambilan pelajar jurusan sains ke IPT

ditambah

 tahap kepakaran yang tinggi dapat meningkatkan kualiti dan

produktiviti serta meminimumkan kos pengeluaran.

4. Meluaskan pasaran.  menjalinkan hubungan dagangan yang erat dengan negara lain
 menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan menyertai
5 Meningkatkan Penyelidikan
dan Pembangunan (R & D) ekspo antarabangsa bagi mempromosi barangan
 Kerajaan meneroka pasaran baru di peringkat antarabangsa.
6 Meningkatkan kemudahan
infrastruktur.  Bidang R&D penting bagi menghasilkan inovasi baru dan meningkatkan
kualiti produk yang dikeluarkan agar dapat bersaing dipasaran
7 Memajukan industri antarabangsa
hiliran/sokongan.
 Melalui penyelidikan dapat menghasilkan teknologi yang canggih
8 Menjamin kestabilan dan  Dapat kurangkan kos dan tingkatkan produktiviti
keamanan dalam negara  Teknologi juga dapat di jual kepada negara-negara lain.

9 Mengalakkan pemindahan  dapat mewujudkan iklim pelaburan yang menggalakan
teknologi moden.  segala kemudahan infrastruktur seperti perhubungan dan

pengangkutan menjadi daya tarikan kepada pelabur
 kawasan pelaburan disediakan dengan mengambilkira segala keperluan

dan kemudahan asas.

 sektor industri sokongan seperti IKS menjadi pemangkin kepada
perkembangan sektor perindustrian negara.

 memberi insentif kepada IKS seperti bantuan kewangan,latihan dan
pasaran.

 mempelbagaikan asas sector pembuatan dan perkilangan

 peranan kerajaan dan rakyat mengekalkan keamanan negara.
 aktiviti ekonomi dapat berjalan lancer
 mewujud kan iklim pelaburan yang sihat
 projek pembangunan dapat dijalankan dengan lancer dan tidak

tergendala

10 Pemberian dana
penyelidikan.

11 Pemberian modal/bantuan Page 7
kewangan.

12 Mengadakan pameran diluar
negara/peringkat
antarabangsa

Salmiah ramli

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021

PENDEKATAN YANG DILAKSANAKAN UNTUK MENCAPAI WAWASAN 2020

Konsep Wawasan 2020 mula diperkenalkan bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian dan negara
maju sepenuhnya menjelang 2020 secara menyeluruh. Antara pendekatan yang harus dilakukan ialah melalui
beberapa perkara di bawah ini :

Soalan 5:
Wawasan 2020 merupakan agenda kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 mengikut acuannya
sendiri. Oleh itu, beberapa pendekatan telah dilaksanakan bagi mencapai wawasan tersebut. Bincangkan.

Skema: (5 + 0)

Isi Huraian

Pendekatan-pendekatan yang dijalankan bagi mencapai Wawasan 2020:-

1. Melahirkan modal  Modal insan mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga,
insan kelas
masyarakat, negara dan dunia.
pertama
 Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif,

kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama

 Dalam RMK-9 diumumkan khusus untuk institusi pendidikan bagi memberi latihan

dalam usaha memperkasa modal insan berteraskan ilmu pengetahuan

 Supaya modal insan iaitu golongan belia negara mempunyai pemikiran kelas pertama

yang boleh menguasai sebarang kepakaran ilmu pengetahuan

 Tidak bergantung sepenuhnya dengan kepakaran luar.

 Kesannya , mampu meletakkan malaysia sebagai sebuah negara berdaya saing dari
semua segi.

2. Menjadikan  Sekiranya Malaysia muncul sebagai sebuah destinasi pelaburan yang strategik dan
Malaysia sebagai menguntungkan serta sebagai negara yang menarik untuk kehidupan rakyat, akan
destinasi menarik pelabur untuk melabur dan menambah dana untuk pembangunan negara.

pelaburan  Sebagai contohnya, jika hasrat untuk menjayakan Wawasan 2020 tercapai, Malaysia
antarabangsa sudah menghampiri status negara maju dan berdaya saing.

 Oleh itu, peranan pelaburan asing sebenarnya aset penting ke arah meletakkan Malaysia
sebagai sebuah negara yang kompetatif.

3. Mewujudkan  Malaysia mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi
persekitaran
kondusif  Hal ini kerana, Kemudahan seperti premis perniagaan, perusahaan, pentadbiran dan
segala kemudahan awam yang mencukupi bukan sahaja menggalakkan pelaburan dari
luar negara tetapi juga memberi imej positif kepada negara luar.

 Persekitaran kondusif membolehkan Malaysia bersaing dengan negara luar dari segi
persekitaran dalam negara. Oleh itu, faktor kepelbagaian etnik boleh dijadikan satu
elemen kejayaan negara di arena antarabangsa

4. Memperkasakan  Sistem pengangkutan yang maju dan selamat dan mesra alam dan berteknologi tinggi
sistem penting untuk menjadi sebuah negara maju yang kompetatif.
pengangkutan
awam dan  Oleh itu, Malaysia perlu memperkasakan sistem perhubungan supaya misi berstatuskan
perhubungan negara maju tercapai
domestik dan
antarabangsa.  Sebagai contoh, pelaksanaan projek mega mass Rapid Transit tinggi yang menjadi ikon
kepada pembangunan negara

 Malaysia perlu membangunkan jaringan perhubungan tanpa sempadan secara domestik
dan juga perhubungan dan pengangkutan yang maju, barulah Malaysia mampu berdaya
saing dan mengejar negara maju lain

5. Membentuk satu  Negara bangsa ialah negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa.
negara bangsa
 Negara bangsa membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu,
berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai semangat
patriotik yang kental.

 Rakyatnya akan menikmati kehidupan berasaskan persamaan hak, keadilan dan
mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap sistem pemerintahan negara.

 Faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan negara bangsa ialah lingua franca,
integrasi, kewarganegaraan, patriotisme dan demokrasi.

 Kerajaan memfokus dan melaksanakan strategi iaitu memperkasakan Bahasa
Kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk
kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta membina jati diri dan
semangat patriotik dalam diri individu.

Salmiah ramli Page 8

6. Membentuk SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021
masyarakat
bermoral dan  Pembentukan sebuah negara bangsa menjadi prasyarat kepada kemajuan negara kerana
beretika tinggi rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa. Tanpa
penyatuan pemikiran dan kerjasama, kemajuan negara tidak akan tercapai

 Malaysia sebuah negara maju berdasarkan acuannya sendiri tanpa meniru cara dan
corak negara-negara maju yang wujud sekarang.

 Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna dan tidak hanya diukur
daripada sudut pembangunan materialistik sahaja.

 Masyarakat yang sempurna seharusnya berpegang teguh kepada falsafah moral dan
etika yang tinggi demi untuk kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara.

 Menghayati dan mengamalkan falsafah moral dan etika adalah penting kerana kemajuan
daripada segi kebendaan sahaja akan menyebabkan sesebuah masyarakat dan negara itu
pincang.

 kerajaan bertekad untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sempurna berlandaskan
kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi.

 Jika sesebuah masyarakat mengamalkan nilai baik, masyarakat tersebut mampu hidup
harmoni dan berkembang maju .

 Negara dapat berkembang maju dan pesat tanpa gangguan.

Salmiah ramli Page 9

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021

Isu-isu Wawasan 2020

Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi
bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju.

Isu-isu ini ialah pertama, pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Konsep satu negara bangsa
mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat
didefinisikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-
syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa,
sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan
negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.

Kedua, Negara Perindustrian. Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya
daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan
rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana
pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan
transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi,
ekonomi, sosial dan kebudayaan. Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan
kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi
ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian
pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor
perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga
kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah
besar kerana ia akan menjadi jentera pertumbuhan.

Ketiga, Keadilan Ekonomi dan Sosial. Pewujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi pewujudan satu
negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu
golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir. Pernyataan Wawasan ini adalah
merupakan penegasan semula ke atas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian
kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar
dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah
tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah
menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidakadilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap
keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional (DPN ) dan
dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Keenam.

Keempat, Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih
bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah
moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting kerana
kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian
yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan
kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.

Kelima, Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. Wawasan ini telah
mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga
menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud
bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat.
Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti
individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai
dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan
dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan
institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga dan
masyarakat yang sempurna.

Salmiah ramli Page 10

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021

5 Cabaran Yang Telah Digariskan Oleh Kerajaan Di Dalam Usaha
Mencapai Matlamat Wawasan 2020.

2.0 Cabaran 1:Membentuk Sebuah Negara Bangsa Yang Bersatu Padu
Cabaran bagi membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu ini memberikan kepada kita definasi bahawa ia
merupakan cabaran untuk membentuk satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia yang meliputi seluruh
rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Cabaran ini adalah paling yang utama dan paling asas di dalam
mengharungi cabaran menuju ke arah negara maju pada tahun 2020. Ini kerana jika tiada perpaduan dan rasa sama
rata di bawah naungan satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia, maka segala usaha – usaha yang telah
dirancang oleh kerajaan bagi mencapai matlamat wawasan 2020 ini adalah sia – sia.
Tidak ada gunanya jika kerajaan kerap kali menyeru rakyatnya untuk maju ke arah wawasan 2020 sekiranya ia tidak
disertai, disokong atau diambil peduli oleh rakyat Malaysia sendiri. Kerajaan telah melakukan berbagai cara di dalam
usahanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju pada tahun 2020. Pembentukan sebagai
sebuah negara yang bangsanya bersatu padu adalah satu perkara yang sangat berat dan sukar untuk dilakukan
kerana ia boleh menimbulkan ketegangan akibat dari beberapa perkara yang sensitif Sejarah juga menunjukan
bahawa pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan sejak dari dahulu lagi. Apatah lagi di dalam pembentukan sebuah
bangsa Malaysia, penilitian yang telus perlu dilakukan. Cabaran ini dilihat sebagai satu cabaran yang berterusan
kerana setiap kaum di Malaysia ingin mengekalkan identiti mereka yang tersendiri dari masa ke semasa.
Negara yang boleh kita ambil contoh di mana ia dapat menyatupadukan rakyatnya yang berbilang kaum dan suku
ialah Indonesia. Jika kita tanya apakah bangsa mereka, sudah tentu mereka menjawab mereka berbangsa Indonesia.

Pihak kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif di dalam usahanya untuk memupuk semangat jati diri dan minat
seluruh rakyat untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia menjelang tahun 2020.
Antara inisiatif yang diambil ialah dengan memperkenalkan satu sistem persekolahan baru yang dikenali sebagai
Sekolah Wawasan. Sekolah ini akan mengintegrasikan semua keperluan pendidikan setiap lapisan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum di bawah satu bumbung.
Sekolah wawasan ini merupakan pemangkin utama di dalam usaha kerajaan di dalam melahirkan bangsa Malaysia
yang bersatu padu yang dapat hidup aman dan damai tanpa rasa tertindas di dalam arus kemajuan yang ingin
dicapai. Inisiatif ini dilihat sebagai satu inisiatif yang sangat kritikal dan penting kerana semangat dan minat untuk
menjadi satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia haruslah dipupuk di hati setiap lapisan masyarakat yang
tinggal di Malaysia ketika usia mereka masih muda. Bersesuaian dengan pepatah Melayu yang menyebut ‘Melentur
buluh biar dari rebungnya’.

Pada hari nii, jika kita melalui kawasan – kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan baru, pasti kita
dapat lihat banyak sekolah wawasan ini dibina.Usaha ini dilihat sebagai satu usaha yang berterusan di mana tiada
noktah harus diletak untuk diukur kejayaan usaha kerajaan ini. Hanya semangat yang ditunjukan oleh para pelajar di
sekolah – sekolah ini boleh kita ambil kira di dalam keberkesanan inisiatif ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menyokong perlaksanaan sekolah wawasan ini. Ini kerana jika kita sebagai
rakyat Malaysia tidak menyokong perlaksanaan ini, maka sia- sia sahajalah usaha kerajaan di dalam usahanya
menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju pada tahun 2020. Sokongan yang dimaksudkan ialah dengan
menghantar anak – anak kita untuk mendapatkan pendidikan mereka di sekolah wawasan ini. Walaubagaimanapun,
masih ada segelintir atau sekumpulan kecil dari masyarakat kita yang masih enggan untuk menerima perlaksanaan
sekolah wawasan ini.

3.0 Cabaran 2: Melahirkan Sebuah Masyarakat Malaysia Yang Bebas, Teguh Dan Mempunyai Keyakinan Diri
Cabaran ini dilihat sebagai lanjutan cabaran yang diutarakan terdahulu. Jika masyarakat Malaysia yang bebas, tegus
dan mempunyai keyakinan diri dapat dilahirkan, maka sudah tentu cabaran – cabaran yang digariskan di dalam 9
cabaran ke arah wawasan 2020 ini dapat di atasi dengan mudah. Ini kerana dengan mempunyai masyarakat yang
mempunyai keyakinan diri yang tegus dan tinggi, kita sebagai rakyat Malaysia dapat menjadi lebih peka terhadap
persekitaran yang boleh mempengaruhi dan sering berubah – ubah di dalam menghadapi pelbagai cabaran baru
menjelang tahun 2020.

Lantaran dengan cabaran yang digariskan ini, pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan satu program yang
dikenali sebagai Program Latihan Khidmat Negara. Program ini dibentuk bagi kumpulan sasaran yang berumur 18
tahun ataupun golongan lepasan SPM. Program ini direka khas dengan mengambil kira usaha kerajaan di dalam
meningkatkan keyakinan diri yang teguh di kalangan kumpulan sasar ini, rasa bangga dengan apa yang dicapai serta
gagah di dalam menghadapi pelbagai cabaran dan masalah yang bakal mendatang.
Jika kita lihat dengan usia kumpulan sasar bagi program latihan khidmat Negara ini iaitu kumpulan remaja, ia amat
bersesuaian kerana pada peringkat usia inilah kebanyakan dari mereka bakal dan akan diajar dengan pelbagai
cabaran dari segi fizikal dan mental. Ia penting kerana kebanyakan peserta akan meneruskan segala usaha mereka
bagi mencapai cita – cita mereka sama ada menyambung pelajaran mereka ke menara gading atau ada yang ingin
terus bekerja selepas persekolahan. Pada peringkat inilah mereka akan menempuhi pelbagai cabaran yang boleh
membantutkan usaha mereka di dalam mencapai cita – cita mereka.

Salmiah ramli Page 11

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia menyokong penuh dengan langkah kerajaan yang dengan memperkenalkan
program latihan khidmat negara ini. Melalui program ini, kita bukan sahaja dapat meingkatkan ketahanan minda dan
jiwa kita malahan melalui program ini kita dapat menanam sifat cintakan negara kita iaitu Malaysia. Sudah tentu jika
saya mempunyai saudara atau anak yang layak menyertai program ini, saya pasti akan menggalakan mereka bagi
menyertai program ini. Perkara ini bukan saya seorang sahaja malahan seluruh rakyat Malaysia seharusnya
menyokong usaha ini dengan menggalakan remaja – remaja menyertai program latihan khidmat negara ini.
Walaupun setelah hamper 2 tahun program ini dilaksanakan, masih lagi terdapat golongan yang mempertikaikan
keberkesanan dan kewujudan program ini.

4.0 Cabaran 3: Membentuk Masyarakat Yang Bersifat Sains Serta Progresif
Menurut kebanyakan bahan rujukan yang dirujuk bagi tugasan ini, cabaran ini bukan mengkehendaki rakyat
Malaysia supaya menerima dan menggunapakai sains dan teknologi malahan mengkehendaki mereka untuk menjadi
penyumbang kepada tamadun teknologi dunia masa kini. Dewasa ini jika kita lihat, bukanlah sukar bagi sesebuah
negara untuk menakluk sebuah negara lain. Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, hanya dengan menekan satu
butang computer sahaja, sesebuah negara itu dapat melancarkan serangan tidak kira dari segi ketenteraan malahan
dari segi ekonomi sesebuah negara lain. Disebabkan perkara ini lah , kerajaan kita telah menggariskan cabaran untuk
membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif di dalam 9 cabaran ke arah wawasan 2020.

Pelbagai inisiatif telah di ambil oleh pihak kerajaan di dalam membentuk masyarakat yang bersifat sains serta
progresif. Antara inisiatif yang di ambil ialah membangunkan sebuah bandar pintar yang dikenali sebagai
Cyberjaya, pengurangan cukai pendapatan melalui pembelian computer dan juga cadangan untuk
menghantar rakyat Malaysia ke angkasa lepas. Pembangunan Cyberjaya ini bersama dengan insfrastruktur yang
canggih, kerajaan juga telah mewujudkan satu hub iaitu dikenali dengan Koridor Raya Multimedia atau Multimedia
Super Corridor (MSC) yang terletak di antara Cyberjaya dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Syarikat – syarikat yang
mempunyai ibu pejabat di koridor ini layak untuk memohon status syarikat MSC yang diberi beberapa keistimewaan
baik dari segi kewangan ataupun penempatan pekerja.

Usaha ini dilihat dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk mempelajari sains dan teknologi dengan kemasukan
syarikat – syarikat asing yang boleh menawarkan gaji yang lumayan kepada mereka. Dengan ini, hasrat kerajaan
untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan progresif ini dapat dijayakan. Hasrat kerajaan untuk
menghantar angkasawan rakyat Malaysia juga telah mata seluruh rakyat Malaysia tentang betapa seriusnya kerajaan
kita di dalam membentuk masyarakat yang bersifat sains & progresif.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menyokong langkah kerajaan ini di dalam membentuk masyarakat yang
bersifat sains dan progresif ini. Kejayaan di dalam mengatasi cabaran ini sudah dapat dilihat dengan ramainya anak –
anak tempatan yang berkhidmat dan memegang jawatan penting di beberapa syarikat berstatus MSC. Penghasilan
beberapa perisian computer yang canggih seperti perisian penentu arah kiblat di angkasa lepas oleh sekumpulan
pelajar di University Kebangsaan Malaysia juga dilihat bahawa cabaran ini sedang di atasi dan membuktikan bahawa
rakyat Malaysia juga mampu menjadi penyumbang kepada dunia sains pada hari ini.

5.0 Cabaran 4: Membentuk Masyarakat Berbudi Dan Berbudaya Penyayang
Cabaran ini dipilih untuk dimuatkan di dalam kertas tugasan saya ini kerana Beranggapan bahawa cabaran ini juga
penting di dalam mengejar matlamat kerajaan untuk menjadi Malaysia maju pada tahun 2020. Di dalam menghadapi
pelbagai cabaran di dalam arus pembangunan, kebajikan rakyat dan individu juga harus tidak ketinggalan untuk
dipertingkatkan. Sejajar dengan budaya timur yang diterapkan oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia pada hari ini,
seharusnya budaya ini perlu diterapkan lagi walaupun Malaysia sedang giat di dalam usahanya untuk menjadi maju
pada tahun 2020 agar rakyat Malaysia tidak terikut – terikut dengan budaya barat.

Oleh hal yang sedemikian, bagi mengatasi cabaran ini kerajaan telah mewujudkan satu kementerian khusus bagi
memantau dan melaksanakan beberapa langkah di dalam memastikan rakyat Malaysia menerapkan nilai berbudi dan
berbudaya penyayang. Kementerian yang dimaksudkan ialah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga
yang diketuai oleh Dato’ Shahrizat Jalil. Sebagaimana yang kita tahu, keluarga adalah asas kepada pembentukan
masyarakat manakala masyarakat adalah asas bagi pembentukan sesebuah negara.

Kesemua kemajuan yang ingin dikecapi dari segi ekonomi, social, kemasyarakatan, teknologi dan kerohanian ini
haruslah seimbang agak tidak ada satu pun di antaranya ketinggalan. Pada hari ni, banyak kita baca di akhbar –
akhbar tempatan yang melaporkan tentang kerendahan moral dan kurangnya budi masyarakat kita. Kita dikejutkan
dengan insiden kes buli di kalangan pelajar sekolah yang menyebabkan kematian seorang pelajar yang tidak berdosa.
Di sinilah, kesimbangan dari segi mental dan rohani rakyat harus diseimbangkan agar negara kita maju di samping
rakyatnya mempunyai budi pekerti yang tinggi nilainya.

Bermula dengan kempen berbudi bahasa di kalangan kakitangan kerajaan, beberapa langkah telah mula diatur
bagi menerapkan nilai berbudi dan berbudaya penyayang di kalangan rakyat Malaysia. Melalui kempen berbudi
bahasa ini, kakitangan kerajaan telah dinasihatkan agar lebih mesra kepada pelanggan mereka yang terdiri dari
pelbagai lapisan masyarakat. Kempen keluarga penyayang juga diperkenalkan bagi menerap nilai murni dan mesra

Salmiah ramli Page 12

SOALAN TARGET WAWASAN 2021 edisi 2021

di kalangan keluarga masyarakat Malaysia. Jika institusi kekeluargaan Malaysia tidak aman bagaimana pula hendak
mencapai matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia maju menjelang tahun 2020.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang ingin melihat negara kita maju di tahun 2020 di samping ingin melihat institusi
masyarakat kita disegani dengan nilai budi pekerti yang tinggi dan berbudaya penyayang ini haruslah menyokong
usaha kerajaan ini. Caranya ialah dengan memulakan usaha – usaha ini dengan keluarga kita sendiri.Ini kerana
keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat dan masyarakat adalah asas kepada pembentukan keluarga.

6.0 Cabaran 5: Menjamin Pembentukan Masyarakat Yang Adil Ekonominya
Cabaran ini merupakan cabaran yang besar kerana pengwujudan masyarakat yang adil ekonominya sangat penting .
Ini bagi memastikan supaya Malaysia sebagai sebuah negara maju pada 2020 tidak wujud keadaan di mana ada
segolongan rakyat yang tercicir di era kemajuan negara. Cabaran ini mengkehendaki Malaysia agar dapat atau
berjaya mengagihkan kekakayaan negara sama adil dan sama rata kepada seluruh rakyatnya. Ini bermakna tidak ada
rakyat pun ada merasakan mereka tertindas di sebalik kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia.

Langkah kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara atau lebih dikenali dengan nama barunya Dasar
Wawasan Negara pada Rancangan Malaysia Keenam ini, dilihat sebagai titik tolak kepada keadilan dalam sosio
ekonomi rakyat Malaysia ini. Antara sasaran dasar ini ialah pemilikan ekuiti sebanyak 30% oleh bumiputra
menjelang tahun 2020.Ini dilihat dapat meningkatkan tahap ekonomi kaum bumiputra sebagai memelihara ketuanan
kaum ni di dalam menuju ke wawasan 2020.

Dasar Wawasan Negara ini juga mengkehendaki syarikat – syarikat agar mempunyai sekurang – kurang 30%
dari keseluruhan warga kerja mereka adalah terdiri dari golongan kaum bumiputra. Ini dilihat sebagai satu
usaha untuk memperseimbangkan golongan professional di kalangan rakyat Malaysia. Keseimbangan ini dapat
menjamin kemajuan dikecapi dapat dirasai oleh setiap orang yang berlainan bangsa di negara kita.
Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharuslah mempertikaikan mengenai usaha kerajaan ini, sebaliknya perlulah
menggangap bahawa ia merupakan langkah yang terbaik di dalam memperbaiki ketidak-seimbangan yang berlaku
selama ini di Malaysia. Saya sendiri bersetuju dengan langkah kerajaan ini kerajaan ini bukan kerana saya adalah
kaum bumiputra tetapi atas nama bangsa Malaysia yang ingin melihat kestabilan ekonomi dan social dapat
dikekalkan walaupun setelah Malaysia digelar sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.

7.0 Rumusan
Jika kita lihat, Wawasan 2020 ini bukan satu wawasan yang mementingkan hanya mementingkan kemajuan negara
sahaja malah ia juga mementingkan kemajuan insaniah di kalangan rakyatnya sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan
cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang dan berbudi di samping ingin mewujudkan masyarakat
yang berteraskan sains.
Ini jelas menunjukan komitmen kerajaan yang juga mementingkan elemen kemanusiaan di dalam mengejar arus
kemajuan negara. Wawasan 2020 ini bukanlah omongan kosong sahaja tetapi ia harus menjadi cita – cita setiap
lapisan masyarakat Malaysia. Melalui merekalah, impian untuk melihat Malaysia sebagai negara maju dapat
direalisasikan.

Salmiah ramli Page 13


Click to View FlipBook Version