Pusat Sumber
SK Panglima Adnan
mempersembahkan
PAMERAN BERTEMA
Awal Muharram
Dihasilkan Oleh Unit PSS
SK PANGLIMA ADNAN, PORT DICKSON
SEJARAH BULAN MUHARRAM
• Bulan Muharram ) المحرمberasal dari kata haram ) ) حرمyang ertinya suci atau
terlarang. Dinamakan Muharram, kerana sejak zaman dulu, pada bulan ini dilarang
berperang dan membunuh. Larangan itu terus berlaku hingga zaman kedatangan
Islam. Bahkan bulan Muharram termasuk dalam salah satu bulan haram.
• Orang-orang Arab baik sebelum zaman Rasulullah mahupun pada zaman baginda
tidak memiliki angka tahun. Mereka biasa menamakan tahun dengan peristiwa
besar yang terjadi pada tahun tersebut.
• Misalnya ada tahun yang disebut tahun gajah (amul fil) kerana pada tahun
tersebut terjadi peristiwa pasukan gajah di bawah pimpinan Abrahah yang akan
menghancurkan Ka’bah. Ada tahun yang disebut sebagai tahun fijar (amul fijar)
kerana saat itu terjadi perang fijar. Ada tahun yang disebut tahun nubuwah kerana
pada tahun itu Rasulullah menerima wahyu.
2
SEJARAH BULAN MUHARRAM
• Pada tahun ketiga zaman pemerintahan Umar bin Khattab r.a, ketiadaan angka
tahun menjadikan sebahagian pejabat pemerintah mengalami kesukaran.
• Umar kemudian menerbitkan kalender Islam. Setelah bermusyawarah dengan
para sahabat terkemuka, Umar memutuskan bahwa awal kalender Islam dimulai
dari tahun hijrahnya Rasulullah. Kerananya kalender Islam dikenali dengan nama
kalender hijriyah.
• Seterusnya, bulan apa yang dijadikan bulan pertama tahun hijriah? Uthman bin
Affan mencadangkan Muharram. Mengapa? Sebab sejak dulu orang Arab
menganggap Muharram adalah bulan pertama. Kedua, umat Islam telah
menyelesaikan ibadah haji pada bulan Dzulhijjah. Ketiga, bulan Muharram
merupakan bulan munculnya tekad hijrah ke Madinah setelah pada Dzulhijjah
terjadi Baiat Aqabah II.
• Maka jadilah Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender hijriyah. 1
Muharram adalah tahun baru hijriyah.
3
PERISTIWA PENTING BERLAKU DALAM
BULAN MUHARRAM
• Beberapa peristiwa penting pada bulan Muharram sebelum zaman
Rasulullah S.A.W adalah seperti berikut:
1. Nabi Adam ‘alaihis salam bertaubat kepada Allah dan Allah menerima
taubatnya.
2. Kapal Nabi Nuh ‘alaihis salam berlabuh di bukit Zuhdi setelah banjir dahsyat
yang menenggelamkan majoriti penduduk bumi saat itu.
3. Selamatnya Nabi Ibrahim ‘alaihis salam dari siksaan api Raja Namrud.
4. Nabi Yusuf ‘alaihis salam bebas dari penjara Mesir.
5. Keluarnya Nabi Yunus ‘alaihis salam dari perut ikan dengan selamat.
6. Allah menyembuhkan Nabi Ayyub ‘alaihis salam dari penyakitnya.
7. Allah menyelamatkan Nabi Musa ‘alaihis salam dan menenggelamkan
Fir’aun.
4
PERISTIWA PENTING BERLAKU DALAM
BULAN MUHARRAM
• Manakala peristiwa penting pada bulan Muharram yang terjadi zaman Islam
antaranya adalah seperti berikut:
1. Pada Muharram 1 H, muncul tekad untuk berhijrah ke Madinah sehinggalah pada
Dzulhijjah terjadi Baiat Aqabah II.
2. Pada Muharram 7 H, terjadi perang Khaibar. Kaum muslimin menang dengan
gemilang.
3. Pada 1 Muharram 24 H, Umar bin Khattab dimakamkan setelah syahid dibunuh
oleh Abu Lu’lu’ah seorang Majusi.
4. Pada 10 Muharram 61 H, terjadi musibah besar. Husain, cucu Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, dan keluarganya dibunuh di Karbala.
5
AMALAN BULAN MUHARRAM
1. Memperbanyak puasa sunnah
• Amalan sunnah pertama pada bulan ini adalah memperbanyak puasa
sunnah. Sebab puasa sunnah paling utama adalah puasa sunnah di bulan
ini sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
• أَ ْف َض ُل ال ِ ِّصيَا ِم بَ ْع َد َر َم َضا َن َش ْه ُر َّلهل ِا ا ْل ُم َح هر ُم
• Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan adalah (berpuasa) di
bulan Allah, Muharam. (HR. Muslim)
• Ibnu Rajab mengisyaratkan, puasa yang dimaksudkan adalah puasa sunnah
mutlak, bukan puasa sunnah muqayyad. Umar, Aisyah dan Abu Tholhah
termasuk para shahabat yang banyak berpuasa di bulan-bulan haram
termasuk bulan Muharram.
6
AMALAN BULAN MUHARRAM
3. Puasa Tasu’a
• Berpuasa pada tanggal 9 Muharram. Rasulullah berazam untuk
mengerjakannya, meskipun beliau tidak sempat menunaikan kerana wafat
sebelum waktu itu tiba. Lalu para sahabatnya menjalankan puasa
tasu’a seperti keinginan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
إذا كان العام المقبل صمنا يوم التاسع
• “Apabila tahun depan (kita masih diberi umur panjang), kita akan berpuasa
pada hari tasu’a (kesembilan).” (HR. As-Suyuthi; shahih)
8
AMALAN BULAN MUHARRAM
4. Membantu orang lain
• Amalan sunnah seterusnya adalah memberikan kelapangan kepada
keluarga, termasuk isteri dan anak-anak, di hari asyura. Memberikan
kelapangan ini maksudnya adalah membantu mereka dan menyenangkan
hati mereka. Misalnya buka bersama di rumah makan, memberikan hadiah,
dan sebagainya.
• Sayyid Sabiq dalam Fiqih Sunnah membuat judul khusus التوسعة يوم
(عاشوراءBagaimana merayakan hari Asyura). Sayyid Sabiq mencantumkan
hadith ini di bawah judul tersebut:
• َم ْن َو هس َع َعلَى َن ْف ِس ِه َوأَ ْه ِل ِه يَ ْو َم َعا ُشو َرا َء َو هس َع َّلهلاُ َعلَ ْي ِه َسائِ َر َسنَ ِت ِه
• “Barangsiapa memberi kelapangan bagi dirinya dan bagi keluarganya pada
hari Asyura, maka Allah akan memberi kelapangan baginya sepanjang
tahun itu” (HR. Baihaqi) 9
DISUNATKAN MEMBACA
DOA AKHIR TAHUN
DAN
AWAL TAHUN
10
DOA AKHIR TAHUN
• Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
• Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun
ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang
sebentar sahaja.”
•
•.
11
DOA AKHIR TAHUN
12
MAKSUD DOA AKHIR TAHUN
13
DOA AWAL TAHUN
• Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
• Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini
daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat
memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
•.
• “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat
memeliharanya pada tahun itu.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
• Doa Awal Muharram ini boleh dibaca setiap hari sehingga hari ke 10 Muharam (Hari
Asyura). Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani,
menyatakan; “Hendaklah dibaca doa ini sebanyak tiga kali pada setiap hari
selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan
sepanjang tahun itu.”
• Untuk menonton bacaan doa awal tahun ini, boleh ke link berikut: Doa Akhir Tahun -
SQ.wmv - YouTube 14
DOA AWAL TAHUN
15
MAKSUD DOA AWAL TAHUN
16
Semoga kita sama-sama
mendapat keberkatan dan keredhaan-
Nya dengan keikhlasan amalan yang
dilakukan seperti di atas.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
17
Sumber Rujukan
• Bulan Muharram: Sejarah, Peristiwa, Keutamaan dan Amalan Sunnah
(bersamadakwah.net)
• Apa itu Awal Muharram ? (mrhanafi.com)
• Bacaan doa akhir awal tahun hijrah 1443 dan amalan sunat (mysumber.com)
• Istimewa Awal Muharram | Apa Itu Awal Muharram? | Omar & Hana –
YouTube
• DOA AWAL.TAHUN DAN AKHIR TAHUN MUHARRAM DAN KELEBIHAN
– YouTube
18
Sumber Template Powerpoint
• https://poweredtemplate.com/ramadan-kareem-background-with-lanterns-
powerpoint-template-54337/
19
Sekian
Terima Kasih
Setulus Ikhlas dari Unit PSS
untuk WARGA SKPA
20