SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
TAMAN PERLING,JOHOR BAHRU
DISEDIAKAN OLEH:
KEERTIKAA A/P VIGNESH
TINGKATAN:
2 PEARL
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
24/12/2022
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN
1) PENGHARGAAN GURU MATA PELAJARAN GEOGRAFI M/S
DAN PENGETUA SEKOLAH 1
3
2) OBJEKTIF KAJIAN 1
2
3) PENDAHULUAN
5
4) JADUAL KERJA
6,7,8
5) KAEDAH KAJIAN
i) PEMERHATIAN
ii) SOAL SELIDIK
iii) RUJUKAN
iv) TEMU BUAL
6) HASIL KAJIAN
I. MENJELASKAN KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI
HIJAU
II. MENGENAL PASTI 3 JENIS DAN CONTOH TEKNOLOGI
HIJAU YANG TERDAPAT DI TAMAN PERLING,JOHOR
BAHRU.
III. MENYERAIKAN 4 KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU 6,7,8
IV. MENGHURAIKAN 4 PUNCA AMALAN TEKNOLOGI HIJAU
TIDAK DITERAPKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
V. MENCADANGKAN 4 LANGKAH-LANGKAH ATAU
STRATEGI YANG BOLEH DIBUAT BAGI MENINGKATKAN
PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU YANG SESUAI.
7) PENYELESAIAN MASALAH
7.1] INDIVIDU
7.2] MASYARAKAT
7.3] PIHAK BERKUASA
8) KESIMPULAN / KONKLUSI / RUMUSAN 9
9) BAHAN/SUMBER RUJUKAN 10
10) LAMPIRAN 11,12,13,14,15
PENGHARGAAN
SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA GURU MATA
PELAJARAN GEOGRAFI SAYA IAITU PUAN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN YANG
SUDI MEMBERIKAN ILMU PENGETAHUAN KEPADA KAMI YANG BELAJAR DI
KELAS 2 PEARL. JASA CIKGU AMAT DIHARGAI BAGI PENYIAPAN KERJA
LAPANGAN KERJA KURSUS TINGKATAN 2 INI.
SELAIN ITU, SELAKU MURID SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN
ISMAIL SAYA JUGA INGIN MEMBUKA KECIL TAPAK TANGAN TETAPI NYIRU
SAYA TADAKAN KEPADA PENGETUA SEKOLAH IAITU ENCIK RAZALI BIN
TAMADI. TANPA USAHA BELIAU DALAM MENTADBIR SEKOLAH, SAYA PASTI
KAMI TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN AKTIVITI YANG SERONOK SEPERTI INI.
AKHIR SEKALI, MENGHORMATI IBU BAPA MERUPAKAN ANTARA IKRAR
HIDUP SAYA OLEH SEBAB MEREKALAH YANG MELAHIRKAN KITA DAN
MEMBESARKAN KITA DENGAN SEELOKNYA DENGAN HARAPAN KITA DAPAT
BERJAYA SERTA MENJADI SEORANG YANG BERGUNA DALAM MASYARAKAT
INI. KELAHIRAN SAYA JUGA MERUPAKAN KURNIAAN TUHAN DENGAN
ADANYA KAWAN- KAWAN YANG SUDI MENOLONG SAYA APABILA SAYA
MEMERLUKAN BANTUAN.
PENDAHULUAN
SAYA KEERTIKAA A/P VIGNESH DARI KELAS 2 PEARL. SAYA AKAN
MENJALANKAN KERJA KHUSUS SAYA DI KAWASAN KEDIAMAN SAYA IAITU
TAMAN PERLING. SAYA TELAH MENGGUNAKAN TEMPOH SELAMA SEMINGGU
UNTUK MENYIAPKAN KERJA KHUSUS INI
KERJA KHUSUS INI MELIPUTI PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU YANG
MEMBOLEHKAN MEREKA MENYELESAIKAN MASALAH ALAM SEKITAR YANG
DIHADAPI DI KAWASAN KEDIAMAN MEREKA. SEBAGAI CONTOH,
PEMASANGAN PANEL SOLAR DI ATAS BUMBUNG RUMAH UNTUK
MENJIMATKAN KEBANYAKAN TENAGA ELETRIK YANG DIGUNAKAN. USAHA
INI BUKAN SAHAJA BOLEH MENDATANG KEBAIKAN KEPADA ALAM SEKITAR
BAHKAN JUGA KEPADA KITA SENDIRI JUGA. KITA TIDAK DAPAT MENAFIKAN
BAHAWA BUMI KITA SEDANG MENGHADAPI CABARAN YANG AKAN
MENGUNDANG KEMUSNAHAN SEMUA BENDA HIDUP TIDAK KIRA KECIL
ATAU BESAR. BUMI YANG BERUSIA 4.54 BILION TAHUN INI HARUSLAH
DILINDUNGI SEHINGGA AKHIRAT. SETIAP USAHA YANG DILAKUKAN PASTI
AKAN BERBUAH JUGA JIKA KIA BERSATU DAN MEMILIKI MATLAMAT YANG
SAMA. OLEH ITU, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MELAKSANAKAN
TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SEORANG PENDUDUK BUMI DALAM
MENJAGA BUMI DENGAN SEELOKNYA AGAR BERKEKALAN.
1
BIL TARIKH PERKARA
1. 4/12/2022 Menghadiri taklimat yang dijalankan oleh guru matapelajaran Geografi
berkaitan dengan penulisan tugasan kerja lapangan ini menerusi PdPc.
2. 5/12/2022 Membuat persediaan awal dan merancang jadual kerja dengan teratur.
3. 7/12/2022 Mengenal pasti objektif kajian dan menentukan kaedah kajian yang
sesuai.
4. 9/12/2022 Menyediakan boring soal selidik
5. 10/12/2022 Mula mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti
Internet,buku teks,buku rujukan,majalah dan akhbar.
6. 12/12/2022 Mendapatkan responden di kawasan kajian berkaitan dengan Amalan
Teknologi Hijau yang boleh dilakukan.
7. 13/12/2022 Menganalisis maklumat yang diperolehi dan tafsiran dengan bimbingan
dan tunjuk ajar guru
8. 15/12/2022 Mengenal pasti takrif dan konsep Teknologi Hijau yang dilakukan di
kawasan kajian.
9. 16/12/2022 Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
kawasan kajian.
10. 18/2/2022 Mengenal pasti 4 kepentingan dan 4 punca amalan Teknologi Hijau.
11. 20/12/2022 Mencadangkan 4 langkah atau strategi
OBJEKTIF KAJIAN
2
KAJIAN KES INI
DILAKSANAKAN DENGAN
BEBERAPA OBJEKTIF YANG PERLU DICAPAI. BERIKUT MERUPAKAN OBJEKTIF-
OBJEKTIF TERSEBUT
1) MENJELASKAN KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU
2) MENGENAL PASTI 3 JENIS DAN CONTOH TEKNOLOGI HIJAU YANG
TERDAPAT DI TAMAN PERLING,JOHOR BAHRU.
3) MENYERAIKAN 4 KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU
4) MENGHURAIKAN 4 PUNCA AMALAN TEKNOLOGI HIJAU TIDAK
DITERAPKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
5) MENCADANGKAN 4 LANGKAH-LANGKAH ATAU STRATEGI YANG
BOLEH DIBUAT BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
HIJAU YANG SESUAI.
3
KAJIAN KES:
TAMAN PERLING,
JOHOR BAHRU,JOHOR
KAWASAN KAJIAN DAN LATAR BELAKANGNYA
Kawasan kajian saya ialah Taman Perling,Johor Bahru.Saya memilih kawasan kajian ini
kerana berdekatan dengan rumah saya.Taman Perling terletak di kawasan Tampoi
Indah.Taman Perling merupakan kawasan perumahan dan perbandaran yang terletak di
Iskandar Puteri Daerah Johor bahru,Johor,Malaysia.
Projek pembangunan tersebut dibangunkan oleh syrikat Pelangi Berhad.Pembangunan ini
merangkumi keluasan 922 ekar (3.73 km2) dan mempunyai lebih 10,000 unit
perumahan .Mercu tanda utama bagi kawasan pembangunan Taman Perling adalah Perling
Mall yang mempunyai keluasan 2 tingkat dan lebih kurang 100 unit kedai.
Perling ditadbir oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT). Dalam kawasan
pilihanraya, Perling terletak di bawah kawasan DUN Pengkalan Rinting di dalam kawasan
Parlimen pulai.
terletak di kawasan Tampoi Indah.Taman Perling merupakan kawasan perumahan dan perbandaran yang
terletak di Iskandar Puteri, Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Projek pembangunan tersebut dibangunkan
oleh syarikat Pelangi Berhad, yang merangkumi keluasan 922 ekar (3.73 km2) dan mempunyai lebih 10,000
unit perumahan. Mercu tanda
PETA KAWASAN KAJIAN bagi kawasan pembangunan Taman Perling adalah Perling Mall, yang
PETA mempunyai keluasan 2 tingkat dan lebih kurang 100 unit kedai.
4
KAEDAH KAJIAN
Saya telah memilih 4 jenis kaedah kajian dan telah berjaya melaksanakan semua kaedah
dengan sempurna sekali
A) PEMERHATIAN
Saya telah melawat kawasan kajian saya bagi membuat pemerhatian tentang penggunaan
teknologi hijau dan usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan penggunaan teknologi
hijau.
B) SOAL SELIDIK
Saya telah menjalankan soal selidik terhadap 10 orang responden di Taman Perling bagi
mengenal pasti latar belakang responden, kesan jika tidak mengamalkan amalan penggunaan
teknologi hijau dan usaha mereka meningkatkan penggunaan teknologi hijau.
C) RUJUKAN
Saya telah merujuk kepada beberapa sumber untuk mengetahui lebih lanjut tentang kawasan
kajian saya iaitu Taman Perling.Antara sumber yang telah saya gunakan ialah laman
web,buku teks dan ibu bapa saya.
D) TEMU BUAL
Saya telah melakukan perbualan dengan salah satu responden yang berkaitan dengan
penggunaan teknologi hijau.
Saya: Selamat pagi,Puan Retania.Saya sedang menyiapkan kajian kes Geografi tentang usaha
penggunaan teknologi hijau di Taman Perling.Saya dapat tahu bahawa kamu merupakan
salah satu orang yang menggunakan teknologi hijau yang banyak.
Puan Retania: Selamat pagi,Keertikaa.Baiknya kamu mengaji kawasan ini.Ya,saya
menggalakan diri untuk menggunakan teknologi hijau.Hal ini kerana,perkara tersebut
mempunyai banyak manfaat.
Saya:Saya setuju,Puan Retania.Apakah teknologi hijau yang anda gunakan?
Puan retania:Saya menggunakan panel solar bagi menjimatkan bil elektrik.Selain itu,kos
penyelenggaran panel solar ini sangat rendah.Saya juga menanam pokok di sekeliling rumah.
Saya:Saya amat bangga akan kamu kerana menggalakan penduduk lain untuk menggunakan
teknologi hijau.Terima kasih atas maklumat tadi.
Puan Retania:Sama-sama,Keertikaa.
5
HASIL KAJIAN
A) KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk
memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada aktiviti
seharian untuk spesies bangsa keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah teras
kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira
aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
-WIKIPEDIA
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem
yang memenuhi kriteria-kriteria
-CETREE USM
Teknologi hijau merujuk pembangunan produk,peralatan dan sistem untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.Aplikasi teknologi hijau selaras dengan
konsep pembangunan lestari.Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan
semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan.
-BUKU TEKS GEOGRAFI TINGKATAN 2
B ) 3 JENIS DAN CONTOH TEKNOLOGI HIJAU YANG TERDAPAT DI TAMAN
PERLING,JOHOR BAHRU
(i) JENIS:TENAGA
Kawasan kajian saya mempunyai teknologi hijau yang berkaitan dengan tenaga.Sebagai
contohnya, penggunaan kereta hybrid,kenderaan elektrik dan panel solar.Kereta hybrid dan
kenderaan elektrik mengurangkan penggunaan bahan api fosil.Panel solar pula
mengurangkan kehilangan elektrik dan menjimatkan bil elektrik.
(ii) JENIS: SOSIAL
Penduduk kawasan kajian saya mengamalkan amalan 5R iaitu “refuse , reuse , reduce ,
recycle , recovery”. Mereka berusaha untuk mewujudkan tong kitar semula di rumah.Dengan
ini,mereka mengasingkan sampah mengikut tong kitar semula yang telah disediakan.Selain
itu,mereka juga guna semula bahan yang tidak digunakan dengan cara yang kreatif.
(iii) JENIS: ALAM SEKITAR
Kebanyakkan orang di kawasan kajian saya menggalakkan masing-masing untuk
memperoleh produk hijau.Contoh produk hijau ialah plastik yang boleh dibiodegradasikan
dan bekas makanan daripada ubi kayu.Mereka mengutamakan penggunaan bahan mesra alam
yang telah dinyatakan.Tempoh biodegradasi bahan-bahan itu adalah dari tiga bulan sehingga
maksimum 5 tahun.
6
C ) KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU
Berdasarkan lawan web yang telah kaji iaitu “WIKIPEDIA”,terdapat 4 kepentingan teknologi
hijau.Antaranya ialah :-
(i) MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
Teknologi hijau mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.Contoh gas rumah hijau ialah
karbon dioksida, klorofluorokarbon dan metana.Peningkatan gas-gas ini boleh menyebabkan
penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau.Oleh itu,masyarakat daripada pelbagai lapisan
harus menerima sumbangan yang diberikan oleh teknologi hijau ini.
(ii) KEHIDUPAN MANUSIA
Penggunaan teknologi hijau meningkatkan taraf kehidupan manusia dari pelbagai
aspek.Antaranya dari aspek kualiti udara dan tahap suhu.Penggunaan kenderaan elektrik dan
kereta hybrid boleh menghasilkan kualiti udara yang bagus.Hal ini kerana,bahan api fosil
tidak perlu digunakan.
(iii) EKONOMI
Teknologi hijau juga menyumbang kepada ekonomi negara.Ia merupakan penyumbang
kepada industry fotovolta.Foto Volta ialah penukaran tenaga daripada cahaya matahari
kepada tenaga elektrik.Selain itu,dapat meneroka peluang mengeksport produk hijau.Hal ini
meningkatkan taraf negara.
(iv) MENJANA TENAGA
Produk teknologi hijau seperti periuk induksi dan kenderaan elektrik dapat mengurangkan
gantungan manusia kepada tenaga yang tidak dapat diperbaharui.Gas asli dan petroleum
merupakan salah satu sumber yang tidak boleh diperbaharui.Teknologi hijau membuktikan
kecekapan tenaga yang selamat dan mesra pengguna.
7
D) PUNCA AMALAN TEKNOLOGI HIJAU TIDAK DITERAPKAN DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN.
(i) KURANG KESEDARAN DAN KEFAHAMAN.
Kebanyakkan orang telah membiasakan diri dengan produk bukan teknologi hijau.Oleh
itu,mereka kurang pengetahuan atau kesedaran tentang kebaikan teknologi hijau.
(ii) KOS
Negara kita diliputi dengan pelbagai jenis masyarakat.Oleh itu,terdapat juga orang yang tidak
berkemampuan untuk melaksanakan usaha peningkatan teknologi hijau.
(iii) KURANG PENGUATKUASAAN
Penggunaan produk teknologi hijau tidak digalakkan dalam kalangan masyarakat.Hal ini
kerana,pihak yang sesuai tidak menguatkuasakan penggunaan produk teknologi hijau.
(iv) KURANG KEPAKARAN
Ramai orang dan pekerja tidak pakar dan tidak sedar kegunaanya secara mendalam.
(E) LANGKAH-LANGKAH ATAU STRATEGI YANG BOLEH DIBUAT BAGI
MENINGKATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU YANG SESUAI.
(i) Mengadakan program kesedaran atau mensiarkan iklan di media sosial serta televisyen.
(ii) Pihak yang berkuasa perlu mengurangkan kos ataupun membantu orang yang tidak
mampu.
(iii) Pihak yang bertanggungjawab harus menguatkuasaan penggunaan teknologi hijau.
(iv) Menyediakan maklumat dan arahan untuk pemasangan dan penggunaan teknologi hijau
seperti panel solar.
8
RUMUSAN
Secara keseluruhannya,setelah menjalankan kerja
lapangan ini,saya mendapati beberapa sumber
yang berkaitan dengan teknologi hijau di kawasan
Taman Perling,Johor Bahru.Antaranya ialah beg
plastik mesra alam,kereta hybrid,bekas mesra alam
dan sebagainya.Kajian ini juga membantu saya
memahami dengan lebih mendalam tentang kesan-
kesan pengabaian teknologi hijau.Antara kesan
yang dapat dilihat ialah kesan rumah hijau dan
penipisan lapisan ozon.Langkah-langkah
mengusahakan penggunaan teknologi hijau yang
piawai ialah mengadakan kempen dan
penguatkuasaan penggunaan teknologi hijau.
Dengan itu,saya berharap penduduk di kawasan
Taman Perling,Johor Bahru akan mengamalkan
sikap penggunaan teknologi hijau dan
menggalakan orang lain juga.Hal ini akan
menceriakan masa hadapan kita.
9
SUMBER RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
https://ms.wikipedia.org/wiki/Fotovoltan
https://prezi.com/n7rru1jggods/kesan-teknologi-hijau/
https://online.anyflip.com/vthh/jyrs/mobile/
https://question.pandai.org/note/read/gf-08-05-02/kssm-f2-gf-05/teknologi-hijau
10
LAMPIRAN
https://forms.gle/aGRQ1EdfnumAzan86 (borang soal selidik)
ANALISIS YANG DIPEROLEHI DARIPADA SOAL SELIDIK YANG DIEDARKAN
KEPADA 10 RESPONDAN.
LATAR BELAKANG RESPONDEN:
11
1213
JENIS,PUNCA,KESAN TEKNOLOGI HIJAU SERTA USAHA-USAHA YANG
PERLU DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
HIJAU.
14
15