SEKOLAH MENENGAH AGAMA ITTIFAKIAH Menjiwai Kecemerlangan
JALAN HAJI WAN LATIF ,
MUTUAL MIND AND INTENTION
22000 JERTEH , TERENGGANU
CG FARIZA CG NAZILA
#KITAJAGAKITA SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF DENGAN GURU KAUNSELING ANDA
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF
SMK SENAI SMK SENAI
#STAYATHOME
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF
Kawan-kawan dan murid-murid nak tahu tak, menggenggam jari menjadi salah satu
cara mengendalikan emosi anda
IBU JARI KELINGKING
Pejamkan mata, genggam ibu jari anda dalam Sekiranya anda dalam keadaan yang putus asa,
2-5minit. Tarik nafas dalam-dalam, dan merasa tidak berdaya atau stress berlebihan, cubalah
hembus. Ianya akan membantu menggenggam jari kelingking anda. Diyakini ianya
menghilangkan stres dan cemas. Jika denyutan dapat meningkatkan kemampuan berfikir yang positif
jari lemah ertinya empsi sudah dilepaskan dan konsentrasi
TELUNJUK JARI TENGAH JARI MANIS
Bayangkan perasaan negatif yang keluar Pegang salah satu jari tengah. Tarik nafas dalam-dalam Jari ini dianggap jari saling berkait dengan
di hujung jari, Bayangkan pula anda untuk meredakan rasa marah mengurus emosi. Jika sedih atau ada
menghirup rasa aman semasa menarik sesuatu yang menyedihkan, cubalah
nafas dan melepaskan perasaan negative
semasa menghembus nafas genggam salah satu jari manis.
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF
Latihan Pernafasan
Satu latihan secara mendalam yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon
dioksida di dalam sel tubuh.
Anda boleh melegakan stres dengan melakukan langkah-langkah berikut:
Berdiri dengan
Pejamkan mata dan menjarakkan kaki, dan
biarkan kepala tunduk ke longlaikan tangan di sisi.
hadapan
Tarik nafas perlahan-lahan Hembus nafas
melalui hidung sedalam- perlahan-lahan melalui
dalamnya dengan kiraan hidung . Tetapkan perasaan
lega setiap kali hembus nafas
10
Ulangi langkah-langkah di atas Akhirnya buka mata
sebanyak 5 kali sehingga anda anda perlahan-lahan
merasa tenang dan rileks
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF
Ambil nafas dalam-dalam apabila kita memerlukannya – Anda tidak perlu
menyelesaikan setiap masalah dalam hidup untuk menikmati hidup yang aman.
Menjaga kewarasan dan rasional kita – Kadang-kadang kita perlu mengatakan
“tidak” kepada perkara-perkara yang baik untuk dapat untuk mengatakan “ya”
kepada perkara-perkara penting. Kita tidak dapat melakukan semuanya. Kita harus
sentiasa sedar dan membuat pilihan dengan bijak.
Amalkan rasa syukur – Jika kita mencari sebab untuk jadi pemarah, kita akan
mendapat sebab untuk itu. Lihatlah sebaliknya, cari sebab-sebab untuk bersyukur,
dan lihatlah ia di mana-mana. Ingatkan diri kita bagaimana kita bernasib baik masih
lagi bernafas pada masa ini di sini, sekarang. Lebih banyak kita menghargainya, ia
akan menjadi lebih baik.
Buang tabiat mudah terguris hati – Jika anda mengambil segala-galanya secara
peribadi, anda akan kekal tersinggung untuk sepanjang hayat anda. Apa yang orang
lain sering lakukan adalah kerana mereka sendiri, bukan anda.
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF
SMK SENAI SMK SENAI
Hanya lakukan yang terbaik dan menghargainya – Tidak kira apa yang berlaku
hari ini, ingat, anda tidak akan menikmati hidup anda jika anda tidak menikmati
cabaran anda. Dan cabaran yang paling sukar pernah anda lalui, anda akan
merindui dan berterima kasih kepadanya apabila anda sedar betapa ia telah
membawa anda sejauh ini.
Fokus kepada perkara positif – Pemikiran positif bukanlah mengharapkan yang
terbaik berlaku setiap masa – ia mengenai menerima apa yang berlaku dalam
setiap masa, dan membuat yang terbaik terhadapnya.
Lepaskan apa yang tidak ada lagi – Melepaskan sering kali membawa kita satu
langkah ke hadapan. Kadang-kadang kita perlu bersedia mengelakkan diri
daripada apa kita hajatkan, untuk mencari apa yang anda benar-benar
perlukan. Jadi jangan biarkan ketakutan dan kesakitan masa lalu anda
mempengaruhi pandangan anda pada masa kini.
Merendah diri. Jadilah boleh diajar – Fikiran yang terbuka akan sentiasa kurang
tertekan. Ingat, dunia adalah lebih besar daripada pandangan anda tentang dunia
itu sendiri. Selalu ada ruang untuk idea baru, langkah baru … satu permulaan
baru.
Tanggalkan topeng anda – Cukuplah berpura-pura. Biar orang disekeliling
anda melihat anda sebenar, tidak sempurna, aneh, pelik, cantik dan betapa
istimewanya anda. Itu sudah cukup. Tidak perlu lagi memikirkan apa
pandangan orang lain.
Percaya pada gerak hati – kita tak perlu untuk menerangkan kepada orang
lain tentang isi hati kita. Percayakan kepada bisikan hati kita kerana ia
selalunya tahu apa yang terbaik untuk kita.
Lepaskan pemikiran yang tidak menyenangkan – pada saat ini, fikiran
sedang menetapkan hala tuju untuk hari anda. Pilih pemikiran yang
membawa kepada sesuatu yang paling anda ingini untuk hari ini.
Tegas membuat keputusan apa yang penting dan apa yang tidak – tekanan
atau stress berpunca daripada bagaimana kita memberi reaksi, bukan
daripada kehidupan kita. Pengertian untuk setiap perkara dalam hidup
kita adalah diberikan oleh anda sendiri. Ketenangan jiwa bermula disaat anda
memilih untuk sedar, dengan tidak membiarkan orang lain atau sesuatu
peristiwa untuk menguasai emosi kita.
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF
Ambil langkah harian yang kecil – Berfikir terlalu lama mengenai sesuatu perkara
yang ingin dilakukan merupakan salah satu sebab ia tidak akan dilakukan. Tidak
perlu untuk terus sempurna dan hebat. Hanya lakukan perkara asas setiap
hari. Binalah tabiat positif dalam hidup. Jadilah gigih. Berseronok. Berpegang teguh.
Percaya diri.
Mengamalkan disiplin diri – Jika anda mengelakkan diri daripada disiplin diri ia
menghukum anda. Apabila anda menerima disiplin diri ia membolehkan anda
untuk mencapai perkara yang luar biasa. Contoh disiplin diri paling mudah? Solat.
Jangan pernah tinggalkan solat. Jangan melewatkan solat.
Sabar dalam mengejar keinginan – Dalam budaya masyarakat sekarang yang
mudah tergoda dengan kepuasan segera, kita mesti belajar nilai kesabaran dan
ketabahan. Bersabar dan berpegang teguhlah. Good things come to those who wait
Menyemai rasa cinta – Tekanan, kebimbangan, kekecewaan, dan sakit hati sering
timbul kerana kita tidak melihat dunia, orang lain, atau bahkan diri kita layak untuk
mendapat cinta. Lihatlah kebaikan dimana-mana. Semailah rasa cinta dan
bersangka baiklah kepada semua orang.
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF
Luangkan masa bersama orang yang penyayang dan sentiasa memberi
sokongan – Kegembiraan kita secara langsung berkaitan dengan kualiti orang-
orang yang paling rapat mengelilingi kita setiap hari.
Menjauhkan diri daripada drama secara terhormat – Di mana sahaja di dunia ini
terdapat banyak drama, ada banyak berdusta, manipulasi dan ruang untuk
mencetuskan tekanan. Lebih baik elakkan diri.
Tidur di atasnya – Jika segala-galanya gagal, nasihat yang terbaik yang saya boleh
beri adalah “tidur di atasnya.” Berikan diri anda rehat yang diperlukan. Segala-
galanya berubah pada waktu pagi seterusnya.
Buka hati kita dan terima segala yang
berlaku
pada waktu ini.
Pada waktu sekarang.
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF