The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Elarani, 2022-05-04 06:16:02

PENENTANGAN DATO'MAHARAJA LELA DI PERAK KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3 V.ELAKKIYAA

Boleh rujuk semasa membuat kerja kursus

Minggu 1 2 3 4
Proses Kerja
Menerima tugasan
dan membuat
rujukan/lawatan/temu

bual
Menyusun maklumat
Menganalisis
maklumat dan
menulis laporan
Pembentangan
Objektif kajian

(a)Menjelaskan latar belakang Dato’Maharaja Lela Pandak di Perak.

(b)Menerangkan faktor-faktor yang membawa kepada penentangan

Dato’Maharaja Lela Pandak.

(c)Menghuraikan peristiwa penentangan Dato’Maharaja Lela.

(d)Menjelaskan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa penentangan
Dato’Maharajalela

e)Mencadangkan usaha-usaha menghargai perjuangan tokoh-tokoh
tempatan di negara kita.


(f)Menghargai jasa perjuangan tokoh tempatan

(g)Menguasai kemahiran mencari,mengumpul,merekod dan menganalisis
maklumat.

(h)Memupuk rasa cinta dan bangga terhadap Bangsa dan Negara.

Kaedah Kajian


Saya telah menggunakan 3 kaedah untuk melaksanakan kerja kursus
sejarah ini.

Kaedah rujukan dan penyelidikan

Saya memilih kaedah ini untuk mengumpul maklumat melalui sumber
sekunder.Melalui kaedah ini,saya memperolehi maklumat yang telah diolah dan

ditafsir serta dikemaskini oleh pakar-pakar.

Untuk menjalankan kaedah ini,saya juga telah melayari internet berkali-
kali untuk merujuk pelbagai laman sesawang.Saya juga telah menggunakan
buku ilmiah dan majalah iaitu buku aktiviti sejarah tingkatan 3 untuk
mendapatkan maklumat berkenaan kajian saya.Melalui kaedah ini,saya telah
mengetahui banyak maklumat berkenaan tajuk kajian saya.

Kaedah temu bual

Kaedah temu bual merupakan kaedah yang kedua saya gunakan.Untuk
menjalankan kaedah ini saya telah membuat temu janji melalui talian dengan
Cikgu Riduan.


Kaedah Rujukan Buku Teks dan Akhbar Tempatan

Saya juga turut merujuk buku teks sejarah tingkatan 3 untuk memastikan
kesahihan fakta yang ada.Membaca akhbar tempatan dan mencari keratan
akhbar lama yang berkaitan dengan penentangan Dato’Maharajalela di Perak.



Latar Belakang Penentangan Dato’Maharaja Lela


Nama sebenar Dato’Maharaja Lela ialah Pandak Limo Bin Machang Lela
Tok Mahmud.Pandak Lam ialah keturunan Daeng Saili anak Raja Bugis yang
berasal dari daerah Luwuk,Sulawesi.Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar

Shah III datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta beliau juga
dianugerahkan gelaran ‘Dato Maharaja Lela Tan Lela’ dengan kuasa boleh

memancung tanpa bertanya.Tujuan Dato’Maharaja Lela menentang ialah kerana
Residen British mengambil alih kuasa,Sultan,pengambilan hak mengutip cukai
dan Residen British yang mencabuli adat resam orang Melayu.

Datuk Maharajalela bersama-sama Dato Bahaman dengan pemimpin-
pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja.Beliau merancang dan
membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfire Birch

(J.W.W.Birch).Keputusan diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang
dipengerusikan oleh Sultan Abdullah pada 21 Julai 1875.Beliau didapati
bersalah terhadap pembunuhan J.W.W Birch pada 2 November 1875 di Pasir
Salak.Pandak Lam kemudian telah menjadi antara sebagai individu yang paling
dikehendaki untuk ditangkap.

Pihak British telah mengeluarkan tawaran hadiah sebanyak $6,000 pada

13 tarikh Januari 1876 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Dato’Maharaja
Lela.Dato’Maharaja Lela $ 3,000 untuk sesiapa yang menangkap Dato Sagor.

Pandak Lam ditangkap dan dibicarakan di mahkamah undang-undang itu
telah dipengerusikan Sultan Idris.Perbicaraan dalam mahkamah telah
menyebabkan Pandak Lam didapati salah dan telah dijatuhi hukuman gantung
mati.Pada tahun 1877,Dato’Maharaja Lela,Dato’Sagor,Pandut Indut dan

Siputum dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British.Akhirnya,Sultan
Abdullah,Raja Ismail dan Ngah Ibrahim dibuang negeri.

Faktor-faktor yang membawa kepada penentangan Dato’Maharajalela

Bagi memenuhi tugasan PT3,saya telah mengkaji peristiwa penentangan
Dato’Maharaja Lela di Perak.Hasil dapatan saya Dato’Maharaja Lela adalah
pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi

dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Kelemahan Perjanjian Pangkor

Kelemahan Perjanjian Pangkor adalah sebab utama kepada pembunuhan
Birch pada tahun 1875.Perjanjian Pangkor tidak menyelesaikan masalah tentang
perebutan takhta Perak antara Raja Abdullah.Pembesar Perak dan ramai rakyat
Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultan kerana baginda dilantik

mengikut adat resam.Di samping itu,Raja Abdullah tidak mempunyai alat-alat
kebesaran yang diperlukan dalam perlantikan Sultan.Ramai pembesar dan
rakyat Perak masih menganggap Raja Ismail sebagai Sultan kerana baginda
dilantik sebagai Sultan Perak pada tahun 1871 selepas kemangkatan Sultan
Ali.Selain itu,Raja Ismail masih lagi menyimpan alat-alat kebesaran diraja yang

diterima semasa perlantikannya pada tahun 1871.Walaupun,Perjanjian Pangkor
ditandatangani pada 20 Januari 1874,tetapi Birch dilantik sebagai residen yang
pertama pada 1 November 1874,iaitu selama 10 bulan,Bagi British perlantikan
Raja Abdullah sebagai Sultan dianggap sebagai satu kesilapan kerana Raja
Abdullah dikatakan tidak mengetahui hal pentadbiran moden.Raja Abdullah
dianggap tidak menerima pembaharuan yang cuba dilaksanakan di
Perak.Kelemahan Perjanjian Pangkor juga terbukti kerana perjanjian ini tidak

mengiktiraf Sultan Ismail kerana beliau amat berpengaruh ketika itu.

Kelemahan Birch

Kelemahan Birch juga merupakan faktor yang penting membawa kepada
berlakunya Perang Perak pada 1874-1875.British menganggap perlantikan
Birch sebagai Residen lebih-lebih lagi sebagai Residen Pertama sebagai satu

kesilapan.Birch tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak
memahami dan menghormati adat resam orang Melayu.Birch merupakan
seorang yang degil dan tidak berganjak dari kemahuannya.Beliau tidak
berdiplomasi dan tidak bertolak-ansur.Birch mahu melaksanakan pembaharuan
secara tergesa-gesa tanpa memikirakna kepentingan Sultan dan
pembesar.Kelemahan peribadi Birch lebih ternyata daripada peristiwa Ogos

1875 apabila Sultan Abdullah serta pembesar-pembesar mengunjungi tempat
kediaman dengan tujuan mendapat ganti rugi akibat penghapusan beberpa
keistimewaan.

Tindakan Sir William Jervais

Tindakan Sir William Jervais yang menggantikan Andrew Clarke sebagai
Gabenor Negeri-negeri Selat pada Mei 1875 juga membawa kepada berlakunya
Perang Perak 1875.Selepas melawat Perak,William Jervois tidak puas hati

terhadap pentadbiran Birch secara tidak langsung di Perak.Beliau mahukan
pentadbiran British dijalankan secara langsung di Perak di mana pentadbiran
dijalankan oleh pegawai-pegawai British.Beliau mahukan Sultan dan pembesar
dibayar wang persaraan supaya menyerahkan kekuasaan kepada British.Pada 2
Oktober 1875,Sultan Abdullah telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian
menyerahkan pentadbiran kepada British.Beliau telah mengugut sekiranya

beliau enggan menandatangani perjanjian tersebut.Sultan Abdullah akan
disingkirkan dan Raja Yusof akan dilantik sebagai Sultan.Akibatnya,Sultan
Abdullah terpaksa menandatangani persetujuan tersebut.

Ekonomi

Dari segi ekonomi,pemodenan dan pembaharuan British tela menjejaskan

kepentingan Sultan dan pembesar.Sultan dan pembesar dilarang memungut
cukai seperti yang dilakukan sebelumnya.Arahan ini menjejaskan pendapatan
Sultan dan pembesar kerana Birch tidak membayar ganti rugi akibat
penghapusan keistimewaan tersebut.

Peristiwa Penentangan Dato’Maharajalela Di Perak.

Februari 1875 Dato’Maharaja Lela bantah campur tangan British yang dibuat di
Pasir Salak. Pada 16 Oktober 1874,Sultan Abdullah dan pembesar Perak

mengupah R.C Woods,peguam dari Pulau Pinang untuk memansuhkan
Perjanjian Pangkor.Namun begitu,usahanya gagal.

Rentetan itu,beberapa masyarakat sulit diadakan antara Sultan Abdullah dengan
pembesarnya bagi membincangkan pakatan menghapuskan J.W.W Birch. Pada
21 Julai 1875,mesyuarat antara Dato’Maharaja Lela dan para pembesar Melayu
di Durian Sebatang.Pada 12 September 1875,Dato’Maharaja Lela setuju untuk

bunuh Birch. Pada 2 November 1875,J.W.W Birch diiringi oleh Leftenan
Abbott,Mat Arshad,jurubahasanya dan sepasukan tentera tiba di Pasir Salak
untuk menampal perisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh
British.Pada masa itu J.W.W Birch dibunuh. Pada 13 November British serang
Pasir Salak & Kawasan yang terlibat.Dato’Maharaja Lela &Sagor lari ke Kota

Lama.

Kesempatan tersebut digunakan oleh Dato’Maharaja Lela dan pengikutnya
untuk membunuh J.W.W Birch. Pada tahun 1877,Dato’Maharaja
Lela,Dato’Sagor,Pandak Indut dan Siputum dijatuhi hukuman gantung sampai

mati oleh British. Akhirnya,Sultan Abdullah,Raja Ismail dan Ngah Ibrahim
dibuang negeri.Kesan penentangan Dato’Maharaja Lela dan Dato’Sagor,Pandak

Lam,Seputum &Pandak Indut kena gantung.Sultan Ismail dibuang negeri ke
Johor manakala Sultan Abdullah,Menteri Ngah Ibrahim,Syahbandar serta

Laksamana dibuang ke Pulau Seychelles.British kuasai Perak sepenuhnya.
Iktibar yang diperoleh daripada peristiwa penentangan Dato’Maharaja Lela.

Kita perlu mencontohi kesungguhan dan semangat juang yang tinggi


• yang ditonjolkan oleh Dato’Maharaja Lela dan pengikutnya dalam
mempertahankan hak dan kedaulatan tanah air.

• Kita harus mencontohi sifat pemimpin tempatan iaitu Dato’Maharaja Lela
yang mempunyai disiplin yang tinggi.

• Kita hendaklah mengamalkan sikap bermuafakat kerana perpecahan
hanya akan melemahkan perjuangan menentang penjajah.


• Kita haruslah bekerja keras mempertahankan kemerdekaan negara
sebagai tanda penghargaan terhadap perjuangan pemimpin tempatan.

• Kita harus cekal menghadapi cabaran.

• Kita haruslah bijaksana mengatur strategi

• Kita harus memiliki sikap berani menentang musuh.

• Kita harus mengenepikan kepentingan diri.


• Kita juga perlulah menanam sikap benci terhadap kuasa asing yang telah
bertindak sewenang

Usaha-usaha menghargai perjuangan tokoh-tokoh tempatan di negara kita.

1)Menyiarkan dokumentasi dan rancangan-rancangan khas berbentuk
Pendidikan melalui media massa.

2)Mengadakan lawatan sambil belajar kepada para murid ke muzium atau

tempat-tempat bersejarah dalam negara bagi menyemai sikap menghargai
sumbangan tokoh-tokoh tempatan dan memberikan maklumat kepada murid di
usia muda lagi.

3)Belajar dengan tekun untuk mencapai masa depan yang cerah.

4)Memperingati peristiwa-peristiwa penting.

5)Mengabadikan nama-nama pejuang tokoh tempatan pada tempat-tempat yang
sewajarnya seperti bangunan,sekolah,jalan raya dan sebaginya agar nama
mereka kekal terpahat dalam ingatan rakyat.


6)Saling menghormati dan menghargai satu sama lain

7)Menjalankan pascasila dan peraturan lainnya.

Rumusan

Pengetahuan:Peristiwa penentangan Dato’Maharaja Lela memaparkan
kesungguhan dalam mengembalikan hak rakyat serta kekuasaan para pembesar
yang telah dirampas oleh British.


Pengenalan:Pengambilan hak mengutip cukai dan Residen British mencabuli
adat resam orang Melayu mendorong Dato’Maharaja Lela bangkit membela
nasib penduduk tempatan dengan membunuh J.W.W.Birch.

Nilai:Kesungguhan dan kegigihan menentang penjajah sehingga sanggup
bersetuju untuk dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British demi

mempertahankan kedaulatan tanah air.

Unsur patriotisme:Sebagai warganegara Malaysia,kita bertanggungjawab
memelihara keamanan dan kemerdekaan negara yang dicapai hasil perjuangan
pemimpin terdahulu.Kita juga perlulah bersatu-padu dan mengukuhkan
perpaduan kaum agar kuasa asing tidak berpeluang untuk campur tangan di
negara kita.

Harapan:Oleh itu,kita haruslah menghapuskan system pentadbiran barat yang

mengancam kehidupan sosial masyarakat tempatan.permuafakatan amat penting
untuk memastikan perjuangan penentangan ketidakadilan dapat
dicapai.Akhirnya,masyarakat dan negara dapat menikmati kehidupan yang
aman dan sentosa kekal selama-lamanya.

Rujukan.


(a) Buku teks:

Dr.Azharudin bin Mohamed Dali,Ridzuan bin Hasan & Muslimin bin
Fadzil.2018 Sejarah Tingkatan 3 Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet:

https://anyflip.com/hdoyk/eqqr/basic

https://www.scribd.com/doc/19261908/kerja-kursus-sejarah-tingkatan2-dato-

maharaja-lela

https://mypt3.com/contoh-folio-sejarah-pt3-2015

https://www.pinterest.com/pin/597219600556708618/

Artikel:


https://www.scribd.com/presentation/409085652/Dato-Maharaja-Lela

Noridah,Nariah dan Nor Hasimah:Perjuangan Dato Maharaja Lela Di Perak.

https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/


Click to View FlipBook Version