The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN KESIHATAN MENTAL MHPSS PKDKM 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mhpsspkdkm, 2024-04-09 03:50:54

BULETIN KESIHATAN MENTAL MHPSS PKDKM 2024

BULETIN KESIHATAN MENTAL MHPSS PKDKM 2024

ISI KANDUNGAN Tinta Pendahuluan ………………………………………………. 2 Kata Alu-aluan …………………………………………………. 3 - 4 Dari Pena Ketua Pengarang …………………………………… 5 Pasukan Editor Buletin MHPSS PKDKM ……………………. 6 Pasukan MHPSS PKDKM ……………...……………………. 7 – 8 Program Sepanjang Tahun 2023 Program Komunikasi Dengan Kawalan Vokal …………….. 9 Kursus TOT MHPSS PKDKM ………………………………… 10 PFA Taman Seri Impian, Sungai Petani .…………………… 11 Siri Program Minda Sihat …………………………………….. 12 Program Hartaku Milik Siapa ………………………………... 16 Sudut Minda Sihat PKDKM ………………………………… 18 – 19 Edisi Khas : My Mental Health Kit Log Kemarahan ………………………………………………... 21 Serangan Panik ………………………………………………… 22 Low Mood ……………………………………………………….. 23 Lain-Lain Aktiviti : Persembahan Seminar Ketua Unit ………………................ 24 Edisi Khas Akan Datang ……………………………………… 25 Penghargaan Terima Kasih ………………………….............. 26 BULETIN KESIHATAN MENTAL, MHPSS PKDKM


Tinta Pendahuluan Assalamualaikum wbt dan salam Malaysia Madani. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita sama-sama menyambut penerbitan yang pertama untuk Bulletin Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPPS) PKD Kuala Muda, Kedah. Trend peningkatan masalah kesihatan mental di peringkat global mencetuskan kebimbangan serta memerlukan perhatian yang serius. Laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization – WHO) mendapati bahawa isu kemurungan merupakan antara penyebab utama ketidakupayaan seseorang individu itu. Pandemik COVID-19 juga telah mengakibatkan kebanyakan masyarakat terkesan dari segi emosi dan kesihatan mental. Perubahan dan adaptasi dalam norma baharu kehidupan yang membataskan pergerakan serta aktiviti sosial dalam kalangan masyarakat memberi impak terhadap emosi dan kesihatan mental individu yang terlibat. Tidak dapat dinafikan, kesihatan mental di kalangan penjawat awam Kementerian Kesihatan Malaysia sedikit sebanyak terjejas semasa dan selepas Pandemik COVID-19 melanda. Melalui kajian yang dijalankan di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda pada tahun 2022, prevalen sebanyak 5.8% daripada sejumlah 539 penjawat awam (bukan jumlah keseluruhan) di daerah mempunyai masalah kemurungan selepas pandemik COVID-19. Justeru, pihak pengurusan PKD dengan kerjasama pasukan MHPSS telah mengambil langkah dengan mempelbagaikan aktiviti dan intervensi kepada staff-staff di daerah. Hasilnya, maklumbalas di kalangan mereka amat memberansangkan dan aktiviti-aktiviti intervensi ini telah didokumen kan untuk rujukan dan kenangan di masa hadapan. Akhir kata, diucapkan tahniah kepada Pasukan MPHSS PKD Kuala Muda di atas usahausaha ini dan diharapkan agar lebih banyak lagi program dan kajian yang dapat dijalankan secara berkala demi kebaikan staff dan juga pesakit di daerah Kuala Muda. `Kesihatan Mental Untuk Semua, Hentikan Stigma` Selamat Maju Jaya Terima kasih. DR SUZIANA REDZUAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH KUALA MUDA PKD KUALA MUDA BULETIN KESIHATAN MENTAL, MHPSS PKDKM 2


Kata Alu -aluan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pertama sekali, marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT diatas nikmat serta selawat dan salam kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sedikit kata-kata aluan dan penghargaan di kesempatan ini. Syukur Alhamdulillah dan tahniah diatas penerbitan sulung Buletin Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) PKD Kuala Muda, Kedah. Tahniah dan syabas juga kepada semua AJK yang bertungkus- lumus menghasilkan buletin ini walaupun dalam kesibukan tugas hakiki seharian. Buletin sulung ini merupakan dokumen penting untuk menyimpan pelbagai memori dan lakaran hasil usaha serta pencapaian segala aktiviti ahli pasukan dalam menjayakan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial di PKD Kuala Muda, ia akan dipaparkan untuk menjadi memori indah setiap warga PKD Kuala Muda yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Selaras dengan perubahan pesat lagi pantas dalam teknologi dan ekonomi dunia sekarang ini, masyarakat perlu mengimbangi kehidupan dan memastikan kesihatan mental dan fizikal terjaga dengan baik. Inilah peranan utama pasukan MHPSS dalam membantu masyarakat menangani isu kesihatan mental dan memberi panduan, tunjuk ajar dan nasihat terbaik kepada mereka. Pelbagai kaedah dan modaliti perlu diwujudkan bagi memudahkan masyarakat mengakses perkhidmatan MHPSS ini dengan lebih berkesan. Semoga dengan penerbitan sulung buletin ini, ia akan menjadi panduan dan contoh serta menjadi titik tolak untuk pasukan MHPSS bergerak lebih jauh dalam memberi perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat terutamanya kepada warga Kuala Muda. Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan Buletin Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) PKD Kuala Muda, Kedah ini. Semoga usaha dan kerja keras kalian akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Wassalam. `Kesihatan Mental Untuk Semua, Hentikan Stigma` Terima kasih. DR ZAMRI MANSOR PAKAR PERUNDING PERUBATAN KELUARGA PKD KUALA MUDA BULETIN KESIHATAN MENTAL, MHPSS PKDKM 3


Kata Alu -aluan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah kurniaNya, saya berpeluang untuk memrakamkan kata aluan dalam Buletin MHSS PKD Kuala Muda. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan MHPSS PKD Kuala Muda atas penerbitan Buletin MHPSS ini. Buletin MHPSS diterbitkan sebagai satu usaha berkongsi maklumat dan meningkatan kesedaran tentang kesihatan minda di kalangan staf kesihatan di daerah Kuala Muda. Saringan minda sihat dan intervensi yang telah dilaksanakan menerusi program MHPSS dapat dikongsi dengan seluruh warga PKD Kuala Muda. Pasukan MHPSS ditubuhkan untuk melaksanakan program kesihatan minda dan intervensi kepada warga PKD Kuala Muda serta menangani stigma berkaitan kesihatan minda dan mempromosikan cara mendapatkan bantuan jika kita mengalami masalah berkaitan kesihatan minda. Kesihatan minda pekerja mempunyai kaitan rapat dengan pihak pengurusan atasan. Majikan yang menjaga kesihatan minda pekerja mampu mempertingkatkan produktiviti pekerja dan syarikat. Majikan yang berfikiran positif dapat mewujudkan persekitaran bekerja yang sihat. Justeru itu, majikan perlu mempunyai persepsi positif terhadap pekerja dan tidak mengabaikan aktiviti-aktiviti yang dapat menggalakkan kesihatan minda di tempat kerja. Program kesihatan minda yang dirancang dan dilaksanakan di PKD Kuala Muda menekankan tentang pelaksanaan persekitaran yang menyokong dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, saringan status kesihatan mental, cara tindak diri dan peranan majikan dalam menyokong persekitaran sihat. Akhir kata, tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan editorial Buletin Kesihatan Mental MHPSS PKD Kuala Muda. Semoga semua usaha dan keringat yang dicurahkan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Kuala Muda. Sekian terima kasih. DR INTAN KARTINA A KARIM PEGAWAI PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA PKD KUALA MUDA 4


Dari Pena Ketua Pengarang Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum WBT Segala puji bagi Allah , Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Saya ingin menzahirkan rasa bersyukur di atas penerbitan sulung Buletin Kesihatan Mental Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda. Di kesempatan ini juga, ingin saya ucapkan penghargaan dan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada semua ahliahli siding redaksi yang terdiri daripada pasukan MHPSS PKDM Kuala Muda. Setinggitinggi penghargaan juga kepada unit NCD Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan juga bahagian pengurusan PKD Kuala Muda, ketua-ketua unit PKD Kuala Muda seterusnya seluruh warga penjawat awam di Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda keran telah memberikan kerjasama dalam menjayakan siri-siri aktiviti dan program di bawah naungan MHPPS PKD Kuala Muda. Idea di mana tercetusnya inisiatif untuk menerbitkan Buletin Kesihatan Mental ini adalah sebagai salah satu peluang untuk mendokumentasikan kejayaan dan juga manfaat program-program berteraskan kesejahteraan minda sihat yang telah dianjurkan dengan jayanya sepanjang tahun 2023. Siri program ini dianjurkan sebagai salah satu langkah dalam memberi perhatian terhadap kesejahteraan kesihatan mental di kalangan penjawat awam, terutamnya selepas fasa pandemik yang telah melanda negara. Kami dapati bahawa penyertaan dan juga maklumbalas terhadap keberkesanan program minda sihat di kalangan penjawat awam PKD Kuala Muda amatlah memberansangkan. Pengenalan terhadap fungsi Sudut Minda Sihat di setiap unit di PKD Kuala Muda juga telah memberi impak positif dari segi membina suasana positif di tempat kerja. Maka, diharapkan suasana yang positif dapat memberi motivasi dalam urusan pekerjaan sehari-harian tanpa sebarang rungutan. Akhir kalam, terima lah naskah sulung kami untuk tatapan dan bacaan santai tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya selaku ketua pengarang mewakili seluruh pasukan sidang redaksi Buletin Kesihatan Mental PKD Kuala Muda ingin menyusun jari memohon maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan di dalam penerbitan ini. Sekian, dan selamat membaca . DR MASNIZA IZANI MD SAPAR PAKAR PERUBATAN KELUARGA KK MERBOK PKD KUALA MUDA 5


Pasukan Editor MHPSS PKDKM Dr. Masniza Izani binti Md Sapar Pakar Perubatan Keluarga KK Merbok Mahiroh binti Abdul Jalil Pegawai Psikologi (Kaunseling) PKD Kuala Muda Nurul Shafiqah binti Abdul Ghani Pegawai Psikologi (Kaunseling) PKD Kuala Muda Mohamad Shafuden bin Othman Pegawai Psikologi (Kaunseling) OSCA KK Bandar Sungai Petani Ku Hezry bin Hakim Penolong Pegawai Perubatan KK Sungai Pasir Dr. Shairah Aimi binti Kamarudin Pegawai Perubatan KK Taman Intan 6


Pasukan MHPSS Daerah Kuala Mulda Perkhidmatan MHPSS yang dilaksanakan adalah seperti berikut: ● Memberi pendidikan kesihatan mental atau psychoeducation melalui lisan, risalah, dan melalui talian sokongan sosial. ● Melaksanakan sesi Psychological First Aid (PFA) secara individu atau berkumpulan kepada petugas kesihatan. ● Menjalankan PFA melalui tele-kaunseling kepada pesakit dan petugas yang disyaki menghidap COVID-19 dan yang berisiko di hospital dan Stesen Kuarantin seluruh negara; ● Memberikan sokongan emosi, sokongan psikososial, psiko-spiritual dan grief counseling kepada keluarga pesakit COVID-19 yang meninggal dunia; ● Melaksanakan intervensi kaunseling yang bersesuaian kepada petugas kesihatan dan pesakit serta ahli keluarga mereka yang terkesan akibat pandemik COVID -19; dan ● Menyampaikan maklumat mengenai psikologi dan emosi berkaitan kesan COVID-19 melalui pelbagai media seperti Whatsapp dan, talian psikososial Antara pengalaman yang pernah dilalui melibatkan pasukan MHPSS Kuala Muda adalah Ketika COVID-19 melanda dan pasca COVID-19, tragedi kepala air yang berlaku di Yan Kedah, tragedi banjir yang berlaku di Baling kedah, kebakaran rumah staf PKD Kuala Muda dan juga menganjurkan kursus dan juga aktiviti minda sihat di peringkat klinik dan juga daerah. Secara keseluruhan berbekalkan pengalaman yang pernah dilalui menjadikan pasukan MHPSS Daerah Kuala Muda sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga untuk bertugas memberikan perkhidmatan PFA dan juga menganjurklan lebih banyak program minda sihat untuk kakitangan dan juga masyarakat. Pasukan Mental Health and Psychosocial Support Services (MHPSS) daerah Kuala Muda ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mac 2020. Setiap klinik yang berada di Daerah Kuala Muda telah di wujudkan satu pasukan MHPSS yang terdiri daripada 5 orang wakil iaitu pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, penyelia jururawat, jururawat dan pemandu. Semua ahli pasukan MHPSS telah didedahkan dengan kemahiran asas menolong ketika berlaku bencana alam atau kemalangan. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang pernah dilalui sejak COVID -19 melanda negara, pelbagai aktiviti telah di susun kepada kakitangan dan juga masyarakat luar. TOT Pasukan MHPSS Klinik Kesihatan & PFA PKDKM di Damai Park Resort Pasukan MHPSS PKDKM - PFA Banjir di Baling Pasukan MHPSS KK Merbok – PFA Rumah Waris Awak-Awak Jatuh Laut, Tanjung Dawai Pasukan MHPSS KK Bedong – PFA Kepala Air Gurun 7 Disediakan oleh : Mohamad Shafuden bin Othman


PEGAWAI KESIHATAN DAERAH Dr. Suziana Binti Redzuan Dr. Masniza Izani Binti Md Sapar Dr Hasniza Hasim Dr Abbi Mudhayana Md Zin Mohamad Shafuden Othman Mahiroh Abdul Jalil Mohd Nadzri Ishak Nazia Abdul Malik Khairil Fizuni Abd Rahman Firdaus Muhamad Dr. Intan Kartina Binti A Karim KKKKM Dr Haniza Hashim Dr Navin Vijay Mahiroh Abdul Jalil Mohd Shamsul Zainul Abidin Zanariah Zainol Nazatulshila Saadin Mat Zani Dr Zorina Binti Abdullah Nurul Shafiqah Abdul Ghani Fakhrul Amir Hassan Azira Osman Norliza Hussain Mohd Faizali Idris Dr Zamri Bin Mansor Dr Shairah Aimi Kamarudin Nurul Shafiqah Abdul Ghani Muhammad Sobri Hassan Roselaily Hassan Syazwani Yahya Ismail Said KK SUNGAI PASIR Dr Logeswari Natchiar Dr Nisha Maneevasagam Mahiroh Abdul Jalil Noorashikin Rofiee Yogeswari Subramaniam Noor Azliza Mat Nor Suhail Shoib Dr Noriza Wahab Dr Nazrin Mohd Najib Nurul Shafiqah Abdul Ghani Mohd Shazwan Amir Zakaria Nurul Fateha Udin Sazarultaty Ramli Mohd Amini Othman Dr Masniza Izani Md Sapar Dr Nadia Abdul Kadir Nurul Shafiqah Abdul Ghani Mohd Nur Shafik Mohd Shawal Nooryati Sulaiman Hasanah Hussain Roslan Din KK BANDAR SP KK TAMAN INTAN KK MERBOK KK KOTA KUALA MUDA KK BUKIT SELAMBAU KK SUNGAI LALANG KK BEDONG Dr. Wan Zafirah Wan Yahya Nurul Shafiqah Abdul Ghani Ku Hezry Hakim Norshahiera Raslan PAKAR PERUBATAN KELUARGA PEGAWAI EPID NCD DAERAH CARTA ORGANISASI PASUKAN MHPSS PKD KUALA MUDA 8 Disediakan oleh : Mohamad Shafuden bin Othman


Kursus Komunikasi Berkesan Melalui Kawalan Vokal Kursus Komunikasi Berkesan telah dianjurkan buat julung kalinya kepada staf PKD Kuala Muda. Melalui kerjasama Pasukan MHPSS dengan Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga PKDKM, satu kelainan telah dilakukan pada kursus komunikasi kali ini. Kursus komunikasi pada kali ini menekankan aspek kawalan vokal untuk komunikasi seharian terutamanya ketika staf berada di tempat kerja. Kursus komunikasi ini juga telah membuat satu penampilan istimewa dengan menjemput Cikgu Siti Hajar yang merupakan perunding vokal yang tidak asing lagi dalam dunia seni di Malaysia. Siri 1 Kursus Komunikasi Berkesan Melalui Kawalan Vokal telah dilaksanakan di Dewan Pusat Khidmat Setempat OKU, Bedong pada hari Khamis, 22 Jun 2023. Jumlah kehadiran peserta adalah seramai 60 orang yang terdiri daripada wargakerja PKD Kuala Muda. Oleh kerana permintaan penyertaan daripada staf amat menggalakan, maka kursus komunikasi ini dilaksanakan lagi pada siri 2. Semua peserta telah memberi respon yang sangat baik pada kedua-dua siri kursus komunikasi yang telah dianjurkan. Antara komen peserta yang mendapat perhatian adalah “Sgt bagus dengar ceramah positive talk daripada penceramah motivasi cikgu siti hajar.. tak pernah tahu cara utk ubah intonasi suara sebelum ni.memang letih bila bercakap dalam keadaan marah , sebab tu yang berlaku setiap hari.. tapi bila dpt tips daripada cikgu, baru sedar sebenarnya bila hati dan minda tenang, suara automatik jadi lembut dan rasa tak penat pon bekerja”. Semoga kursus komunikasi yang telah dilaksanakan ini dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam kehidupan masing-masing. PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2023 Manakala bagi Siri 2 Kursus Komunikasi Berkesan Melalui Kawalah Vokal telah dilaksanakan di Dewan Auditorium Hospital Sultan Abdul Halim pada hari Rabu, 26 September 2023. Jumlah penyertaan bertambah kepada 70 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja PKD Kuala Muda. Pada siri ke 2 kursus ini juga, slot kursus turut ditambah kepada slot kaunselor dan lebih kepada sesi praktikal kawalan vokal. Kursus Komunikasi Siri 1 Kursus Komunikasi Siri 2 Sesi soal jawab Siri 1 Sesi praktikal lantunan vokal Siri 2 9 Disediakan oleh : Mahiroh binti Abdul Jalil


Kursus Training of Trainers (TOT) Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) Siri 1/2023 Sesuatu bencana atau tragedi seperti tanah runtuh dan banjir boleh memberikan kesan kepada pelbagai aspek termasuk dari segi psikologi, iaitu melibatkan kesihatan mental. Selain menerima bantuan rawatan perubatan, mangsa juga sangat memerlukan bantuan dari sudut sokongan psikososial bagi membantu menghadapi kesan dan implikasi akibat sesuatu bencana atau tragedi yang dilalui. Oleh itu, pasukan Mental Health And Psychosocial Support Team (MHPSS) daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda yang diketuai oleh Dr Masniza Izani Md Sapar (Pakar Perubatan Keluarga), telah menganjurkan Kursus Training of Trainers (TOT) Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) Siri 1/2023 pada 4 Oktober 2023 di Damai Park Resort, Merbok yang terdiri daripada beberapa orang ahli setiap Klinik Kesihatan di daerah Kuala Muda. Pengarah Projek bagi kursus yang diadakan pada julung-julung kali ini adalah Puan Nurul Shafiqah Binti Abdul Ghani, Pegawai Psikologi (Kaunseling), Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri kursus dan 10 orang urusetia daripada pelbagai unit terlibat dalam menjayakan kursus ini. Peserta telah diberikan pendedahan dengan topik yang pelbagai dan menarik untuk membantu mereka memahami mengenai kepentingan pasukan MHPSS. Untuk mencapai objektif kursus, kursus ini diselitkan dengan slot untuk memberikan pendedahan dan membantu pasukanpasukan daripada klinik masing-masing akan persediaan fizikal dan mental yang perlu dilakukan sebelum melakukan Psychological First Aid (PFA). Psikoedukasi yang diberikan ini untuk membantu agar setiap kakitangan yang hadir dapat memahami tugasan yang perlu dilakukan dengan bimbingan awal yang diberikan agar tidak berlaku kekeliruan dan ketidakpastian semasa menjalankan PFA. Peserta juga diberikan ruang untuk melakukan roleplay berdasarkan situasi kejadian untuk mendedahkan mengenai keadaan sebenar yang perlu dihadapi semasa tragedi atau bencana berlaku. Pasukan MHPSS PKD Kuala Muda berharap pendedahan mengenai kemahiran dan aktiviti yang dilakukan juga boleh dimanfaatkan dengan melakukan PFA di klinik masing-masing apabila diperlukan dan meneruskan kesinambungan intervensi untuk melatih komuniti setempat apabila diperlukan. Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial Sajian Topik Yang Menarik Pengenalan MHPSS & Persediaan & Kesan Bencana/Tragedi Kepada Kesihatan Mental Dr Shairah Aimi Psychological First Aid & Kemahiran-Kemahiran Asas PFA Puan Mahiroh (Pegawai Psikologi (Kaunseling) Aplikasi Teknik SOLER & Aktiviti-Aktiviti Psikososial Puan Nurul Shafiqah (Pegawai Psikologi (Kaunseling) Aktiviti Relaksasi – Teknik Regangan Puan Nurul Huda & Cik Azura (Jurupulih Perubatan Anggota) SesI roleplay situasi bencana Aktiviti Relaksasi – Teknik Urutan Puan Rosmawati, En Yusran & Cik Aishah (Jurupulih Perubatan Cara Kerja) 10 PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2023 Disediakan oleh : Nurul Shafiqah binti Abdul Ghani


Sebuah kejadian kebakaran yang berlaku di Taman Seri Impian, Sungai Petani yang berlaku pada 22 November 2023 sekitar jam 2:30 pagi menyebabkan kerosakan harta benda dan rumah penduduk. Salah sebuah rumah yang terlibat merupakan rumah kepada seorang kakitangan di Klinik Kesihatan Bukit Selambau. Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Taman Seri Impian turut dibuka berdekatan dengan tempat kejadian untuk menempatkan seramai 20 mangsa daripada 6 keluarga pada jam 9:00 pagi. Setelah kesemua maklumat yang diperlukan diterima oleh Ketua Pasukan Mental Health And Psychosocial Support Team (MHPSS), Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda yang diketuai oleh Dr Masniza Izani Md Sapar (Pakar Perubatan Keluarga), gerak kerja telah diaturkan keesokan harinya untuk Pasukan MHPSS PKD Kuala Muda lakukan persediaan sebelum bergerak untuk melakukan PFA pada 26 November 2023 jam 2:00 petang kepada semua mangsa di tempat kejadian. Ubat-ubatan & peralatan saringan kesihatan dan bahan-bahan intervensi psikososial disediakan oleh ahli Pasukan MHPSS, PKD Kuala Muda sebelum ke lokasi kejadian. Selepas briefing dilakukan oleh Ketua Pasukan, PFA diberikan dari rumah ke rumah bermula dengan rumah kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Selambau yang terlibat. Kesemua mangsa diberikan PFA dan juga saringan kesihatan oleh petugas kesihatan untuk memastikan tahap kesihatan mangsa-mangsa dalam keadaan baik dan keperluan ubatubatan yang diperlukan dapat diberikan kepada mangsa yang memerlukan. Turut bersama ketika intervensi PFA dilakukan adalah Kaunselor daripada JKM Kuala Muda iaitu Puan Huda, YM KK Bukit Selambau, Dr Azlina dan juga Sister dari Bukit Selambau serta 2 orang petugas JPAM. Pelbagai luahan dan cerita diceritakan oleh mangsa-mangsa ketika kejadian dan selepas kejadian berlaku. Kejadian ini memberikan kesan kepada diri mereka dari segi emosi dan psikologi. Mereka kehilangan harta benda tetapi masing-masing saling membantu antara satu sama lain untuk melancarkan proses pembersihan kawasan perumahan mereka. Pasukan MHPSS PKD Kuala Muda sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk membantu memberikan bantuan asas psikologi dan perubatan kepada mangsa kebakaran yang terlibat. Persediaan Bantuan Asas Psikologi (PFA) Bantuan Asas Psikologi (PFA) Bantuan Asas Psikologi Mangsa Kebakaran di Taman Seri Impian, Sungai Petani Intervensi Bantuan Asas Psikologi (PFA) - (Look) Intervensi Bantuan Asas Psikologi (PFA) - (Listen) Turut bersama Pasukan MHPSS PKD Kuala Muda bersama JKM, JPAM, YM & Sister KK Bukit Selambau Bantuan Awal Perubatan - Saringan Kesihatan Mangsa Kebakaran oleh FMS, MO & AMO, SN Intervensi Bantuan Asas Psikologi (PFA) (Link – Klinik Kesihatan yang terdekat & JKM) 11 PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2023 Disediakan oleh : Nurul Shafiqah binti Abdul Ghani


SENAMROBIK BERSAMA PASUKAN WELLNESS HUB Bersempena dengan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera “Wellness Month” yang berlangsung sepanjang bulan September, Pasukan Wellness Hub PKDKM telah dijemput untuk mengetuai senamrobik dan ‘chairobic”. TERAPI URUTAN Dengan urutan yang betul, ia dapat menghilangkan tekanan dan keletihan badan, mengurangkan masalah kemurungan, mengawal hormon dan memperbaiki kualiti tidur. Teknik urutan relaksasi ini diajarkan oleh Encik Faris Fisioterapi KKTI. LATIHAN PERNAFASAN Latihan pernafasan dalam mengaktifkan saraf parasimpatetik sekaligus menurunkan kadar denyutan jantung, menurunkan tekanan darah, mengurangkan kerisauan dan rasa sakit, meningkatkan tumpuan, ketenangan dan membantu masalah insomnia. Acara ini dipimpin oleh Puan Nurul Huda Fisioterapi KK Merbok. TERAPI SENI EKSPRESIF Terapi mewarna diketengahkan dalam Program Minda Sihat pada tahun ini sebagai langkah intervensi. Ia membantu menstabilkan emosi, meningkatkan keupayaan kognitif dan membentuk tingkah laku adaptif. Aktiviti ini dikendalikan oleh Cik Shafiqah Kaunselor KKTI. “YOU WILL SMILE AGAIN” Peserta dapat belajar cara-cara menangani masalah kehidupan seharian di rumah dan tempat kerja dengan lebih positif, serta mengawal emosi agar kekal tenang dalam pelbagai situasi. KOMEN POSITIF TAHNIAH Program ini banyak membantu dalam gerak kerja seharian saya. Terima kasih kerana memilih saya dalam program seperti ini. Kalau boleh jemput lagi. Siri pertama Program Minda Sihat telah dimulakan oleh Klinik Kesihatan Bedong dan Klinik Kesihatan Sungai Lalang. Program telah dilaksanakan dengan jayanya pada 23 Ogos 2023 di Klinik Kesihatan Bedong dengan penyertaan staf seramai 35 orang. You Will Smile Again SIRI 1 CME BERSAMA DR NAVIN (PAKAR PSIKIATRI HSAH) 12 Program Minda Sihat PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2023 Disediakan oleh : Dr Shairah Aimi binti Kamarudin


Are You Okay? 1“WALK FOR MENTAL HEALTH” Sambil berjalan sejauh 5km, para peserta mencari 7 barang bertemakan “Finding Rainbow” dan 12 gambar untuk “Photo Hunting”. Acara ini dirasmikan oleh Dr Zamri Mansor FMS KKTI dan dikawal selia oleh Pegawai Trafik PDRM. 2 MENCARI HARTA KARUN 5 kumpulan berusaha mencari 3 harta tersembunyi dengan menghuraikan makna tersirat daripada 3 pantun sebagai petunjuk. 2 kumpulan berjaya manakala 3 kumpulan lagi tidak berjaya merungkai misteri. Idea bernas ini dirancang oleh Dr Karu KKTI. Aktiviti berkumpulan ini meningkatkan semangat kerjasama serta menambahkan keterujaan di kalangan peserta. TERAPI URUTAN & YOGA KETAWA Melepaskan tekanan dengan ketawa manakala urutan pula meringankan otot-otot yang tegang. Para peserta lebih ceria dan tenang selepas sesi terapi ini yang dikendalikan oleh Encik Faris Fisioterapi KKTI. 4 TERAPI MUZIK & CERAMAH MOTIVASI Peserta mengupas makna lirik dan menghayati lagu “Jiwa yang Bersedih” dengan bimbingan daripada Puan Shafiqah, Pegawai Psikologi (Kaunseling). Dalam terapi muzik, lontaran suara dalam bentuk nyanyian dapat membantu peserta meluahkan perasaan dan tekanan. 5 TERAPI SENI MEWARNA Mewarna dapat meningkatkan tumpuan dan fokus. Ketenangan yang hadir apabila bermain dengan cat berwarna-warni ini sekaligus menaikkan semangat dan keyakinan diri lebih- lebih lagi setelah lukisan berjaya disiapkan dan dipamerkan di Sudut Minda Sihat. Aktiviti ini dikendalikan oleh Dr Shairah KKTI. “Coffee Talk” bersama Dr Zamri Mansor yang berkongsi pengalaman beliau bekerja selama 20 tahun. Semua peserta juga memberikan 1 tips gembira hadir ke tempat kerja. “Memberi manfaat kepada minda, memberangsangkan, sangat bagus, memupuk semangat berpasukan, beriadah bersama rakan berlainan jawatan dan klinik, menghilangkan stress seketika di tempat kerja dan perlu diadakan lagi secara berkala .” -maklum balas positif pesertaMENCARI KESERONOKAN DALAM BEKERJA Siri kedua Program Minda Sihat telah dijalankan oleh Klinik Kesihatan Taman Intan dan Klinik Kesihatan Ibu Anak Sungai Petani. Program telah dilaksanakan dengan sangat meriah pada 14 September 2023 di Klinik Kesihatan Taman Intan dengan penyertaan staf seramai 44 orang. 3 6 13 PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2023 Disediakan oleh : Dr Shairah Aimi binti Kamarudin SIRI 2 Program Minda Sihat


It’s Okey Not To Be Okay Acara dimulakan dengan senaman aerobic berirama diketuai oleh Puan Nurul Huda dengan mengajak para peserta membuat gerakan tangan dan kaki serta mengeluarkan tenaga dengan hembusan suara (Ha-Ha-Ha) mengikut rentak muzik. SENAM ROBIK Puan Nurul Shafiqah, Pegawai Psikologi (Kaunseling) memberikan ceramah motivasi cara-cara penjagaan kendiri dalam meningkatkan kesejahteraan mental dan emosi dalam diri. Antaranya adalah berjalan, memberi kata-kata magis kepada diri, berkongsi dengan seseorang, melukis atau menulis jurnal perasaan, serta melakukan aktiviti yang spiritual dan digemari. CERAMAH MOTIVASI Kupas dan kukur kelapa, isi air dalam botol dan batu seremban. Sukan tradisional yang merapatkan ukhwah antara peserta di samping keseronokannya mengimbau kenangan zaman ketika kanak-kanak dahulu. SUKA SUKI SUKAN RAKYAT Menjadi satu cabaran untuk membuatkan orang ketawa. Namun, dengan kehadiran beberapa peserta yang secara semulajadinya mudah ketawa, menjadi penarik kepada peserta lain untuk sama bergelak tawa. Fenomena ini meningkatkan hormon endorfin yang memberikan rasa tenang, gembira dan bahagia. TERAPI SENI KETAWA “Antara aktiviti lain daripada yang lain dan sangat menarik.” Komen positif daripada peserta yang seronok mewarna di kawasan terbuka ditemani angin sepoi dan suasana nyaman di tepi pantai. TERAPI MEWARNA Bebanan tugasan anggota kesihatan semakin bertambah. Jadi amatlah penting kesihatan mental anggota kesihatan dititikberatkan. Mohon adakan lagi program begini untuk anggota kesihatan yang belum pernah hadir. Siri ketiga Program Minda Sihat telah dijalankan oleh KK Kota Kuala Muda dan KK Sungai Pasir. Program telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21 September 2023 di Dataran Tsunami dengan penyertaan sebanyak 50 orang. Harapan Peserta 14 PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2023 Disediakan oleh : Dr Shairah Aimi binti Kamarudin SIRI 3


TELEFON BURUK Permainan Telefon Buruk yang diketuai oleh En.Shafuden, Pegawai Psikologi (Kaunseling) OSCA bertujuan memberi kesedaran tentang kesan dan akibat penyampaian maklumat dengan baik dan sempurna terutama di kalangan penjawat awam selain mengeratkan hubungan sesama peserta. LATIHAN PERNAFASAN DALAM DAN TENANG Para peserta mendapat ketenangan dengan mengawal emosi melalui pernafasan dalam yang diajar oleh Puan Rosma OT KKBSP bersama Pn. Huda Fisioterapi KK Merbok. SENAM ROBIK BERIRAMA Pasukan Wellnes Hub telah mengetuai acara senam robik berirama. Aktiviti kecergasan ini menambahkan kecergasan fizikal serta membantu mengurangkan stress yang dihadapi. TERAPI SENI MEWARNA Hasil lukisan para peserta yang berjaya disiapkan untuk dipamerkan di Sudut Minda Sihat. Para peserta sangat komited dalam tugasan ini sehinggakan mereka menggunakan waktu rehat untuk menyiapkannya. SENAMAN MINDA En. Yusran OT KKBSP mengajar peserta latihan pergerakan untuk memberi stimulasi kepada otak. Aktiviti ini meningkatkan daya tumpuan dan ingatan, emosi lebih positif, menambahkan daya berfikir dan bertindak. Pasukan MHPSS KKBSP di bawah naungan Dr Hasniza Hasim FMS KKBSP dan diketuai oleh Dr Abby Mudhayana telah berjaya melaksanakan Program Minda Sihat dengan penyertaan teramai iaitu 88 orang peserta dan melibatkan gabungan KK Bandar Sungai Petani, KKIA Bandar Sungai Petani dan Unit Kesihatan Sekolah. Program ini dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sesi 1 untuk terapi seni mewarna yang diadakan tiga hari sebelum hari kemuncak. Manakala sesi 2 dan 3 melibatkan kesemua peserta yang dipecahkan kepada kumpulan sesi pagi dan sesi petang supaya aktiviti ini tidak mengganggu kelancaran klinik yang beroperasi seperti biasa. Program telah dilaksanakan pada 5 Oktober 2023 di Wellneshub PKDKM. Take A Break, Balance It Out PERASMIAN Dr Hasniza FMS KKBSP menyampaikan amanat dan ucapan semangat kepada anak-anak buahnya sekaligus merasmikan. Program Minda Sihat Peringkat KKBSP “Memberi semangat dan motivasi dalam diri.” “ Memberi impak positif kepada anggota kesihatan kerana menjadi lebih terbuka” “Dapat Mengendali stress dengan lebih baik. “ -Maklum balas positif peserta15 PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2023 Disediakan oleh : Dr Shairah Aimi binti Kamarudin SIRI 4


Kesihatan Mental Milik Semua Hentikan Stigma Sambutan Hari Kesihatan Mental peringkat PKD Kuala Muda, telah dilaksanakan pada 26 Oktober 2023 sebagai acara penutup Program Minda Sihat dan buat pertama kalinya diadakan dengan kolaberasi bersama Jabatan Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Ia telah diterajui oleh Dr Masniza FMS KK Merbok bersama Pasukan MHPSS KK Merbok, KK Bukit Selambau dan Pentadbiran PKDKM yang diketuai oleh Dr Nadia Kadir dengan jumlah peserta seramai 68 orang. Program ini telah mendapat tajaan dan keprihatinan daripada YB Dr Taufik Parlimen Sungai Petani, ADUN Tanjung Dawai, Masjid Al-Busyra Merbok, Stesen Minyak Merbok, dan beberapa orang perseorangan. SEMBANG SANTAI Dr Masniza FMS KK Merbok sebagai moderator untuk segmen sembang santai bersama Dr Shamsunniah Pakar Psikiatri HSAH dalam mengupas topik Harmoni Di Tempat Kerja. Banyak tips dipelajari peserta dalam mengendalikan pelbagai situasi di tempat kerja. TERAPI URUTAN Antara tanda fizikal stress adalah sakit kepala, bahu dan badan. Urutan anti-stress mengurangkan hormon cortisol, meningkatkan kadar serotonin dan dopamine lalu memberi kesan euphoria dan mengurangkan ketegangan otot. SEJENAK BERSAMA KAUNSELOR En. Shafuden, Pegawai Psikologi (Kaunseling) OSCA membawa peserta merasai pengalaman menaiki “Roller Coaster” dalam permainan” Angin & Tiba-tiba” Peserta juga diberi masa untuk menghasilkan tali yang panjang daripada sehelai kertas yang boleh memuatkan seramai mungkin sahabat-sahabat di dalamnya. TERAPI MEWARNA Saat tangan memegang berus mewarnai lukisan, fikiran ditumpukan kepada masa sekarang tanpa gangguan atau kerisauan kerana peserta tidak perlu berfikir tentang apa yang perlu dilukis. Santai dan tenang sambil mendengar alunan muzik SENAM ROBIK Selama 2 jam para peserta memerah keringat melakukan Senaman. Suasana gunung-ganang, hutan belukar, deruan air terjun dan suara ungas, cukup menenangkan. Udara disedut penuh kesegaran. Ini antara pengalaman yang berbeza dengan pekerjaan seharian peserta. 16 PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2023 Disediakan oleh : Dr Shairah Aimi binti Kamarudin SIRI 5


Hartaku Milik Siapa Pengurusan Kewangan & Kesihatan Mental Wang Adalah Segalanya Pencapaian 2023 Tuntutan dan perbelanjaan wang masa kini adalah lebih tinggi berbanding masa dahulu. Penjawat awam pula sering menjadi sasaran dan tumpuan oleh agensi-agensi kewangan yang disogok dengan pelbagai produk seperti pembelian asset dan pinjaman kewangan peribadi. Keadaan ini memberi kesan dari susut kesihatan mental penjawat awam setelah terjebak dengan membuat pinjaman melebihi kemampuan untuk membayar balik. Keadaan ini menyebabkan penjawat awam sering dihimpit dengan pelbagai masalah seperti konflik rumah tangga, konflik di tempat kerja, konflik pemilikan asset, isu untuk perbelanjaan harian, dan isu ingin menambah pendapat yang boleh membawa kepada stress yang boleh menjejaskan kesihatan mental peminjam dan akhirnya membawa masalah yang lebih serius kepada jabatan apabila penjawat awam mula terlibat dengan gejala rasuah, ponteng kerja dan jenayah mencuri asset kerajaan. Akibat keterhutangan serius membuatkan peminjam berada dalam keadaan beremosi, hilang pertimbangan dan boleh mengambil Tindakan yang salah seperti meminjam wang dengan penyedia-penyedia pinjaman tidak berlesen, dan akhirnya menjurus kepada isu kesihatan mental yang lebih parah apabila sentiasa berada dalam ketakutan, penyesalan dan emosi yang tidak stabil Ketika di rumah atau tempat kerja sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental mereka.. Untuk itu, satu program pengurusan kewangan tahun 2023 untuk anggota kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda telah diadakan secara menyeluruh dan holistik dengan melibatkan agensi berkaitan kewangan agar anggota kesihatan dapat menambah pengetahuan dan boleh menyelesaikan isu berkaiatan pengurusan kewangan mereka Buat pertama kali TEAM MHPSS Daerah Kuala Muda menganjurkan program HartaKu Milik Siapa : Pengurusan Kewanngan Dan Kesihatan Mental sebanyak dua siri. Penyertaan peserta daripada pelbagai gred jawatan sebanyak 95 orang peserta. Maklum balas peserta sangat positif, dan ada dalam kalangan peserta berkongsi pengalaman ditipu oleh penjual kereta sehingga mendorong beliau mengalami kerugian yang lebih parah, di hubungi oleh agensi kewangan sehingga dibawa ke peringkat mahkamah. Pserta memohon supaya kursus seperti ini di adakan lagi di masa hadapan supaya mendapat lebih banyak ilmu berkaiatan kewangan dan dapat menghindarkan diri daripada tertipu oleh scammer yang sedang berkembang dengan taktik yang semakin licik untuk memperdaya mangsa mereka. Slot Wasiat & Hibah Peserta menjawab soalan Pre Test sebelum slot ceramah bermula Slot Pengurusan Kewangan dari AKPK Sesi soal jawab bersama pegawai dari AKPK 17 PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2023 Disediakan oleh : Mohamad Shafuden bin Othman


18 PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2023 Disediakan oleh : Ku Hezry bin Hakim


19 PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2023 Disediakan oleh : Ku Hezry bin Hakim


20 Edisi khas kali ini menampilkan ' My Mental Health Kit ' yang diharapkan dapat membantu pengurusan emosi kepada semua staf dalam melakukan kerja harian. Kita memahami bahawa dalam tugasan yang berhadapan dengan manusia, kawalan emosi adalah amat penting dalam mendepani pelbagai karenah manusia. Justeru, kami menyediakan kompilasi First Aid Mental Kit kepada semua staff untuk mejadi rujukan pantas di klinik. Penerangan ringkas untuk menguruskan kemarahan, panik dan kemurungan disajikan dalam bentuk yang mudah dan menarik. Jom kita cuba tangani emosi abnormal kita dengan tips-tips ini . Disediakan oleh : Dr Masniza Izani binti Md Sapar MY MENTAL HEALTH KIT


21 KIT 1 Disediakan oleh : Mohamad Shafuden bin Othman MY MENTAL HEALTH KIT


22 KIT 2 MY MENTAL HEALTH KIT Disediakan oleh : Mahiroh binti Abdul Jalil


https://www.youtube.com/watch?v=F9l61cXa6Gg Title: Self Care: Managing Anxiety and Low Mood Channel Youtube: York Health and Care Partnership https://www.youtube.com/watch?v=qKcRUOWYQ9w Title: Self-Help for Low Mood and Depression Channel Youtube: NHS https://www.youtube.com/watch?v=CSHO9VdVRfg Title: How to Manage Your Mood with Food Channel Youtube: Mind, The Mental Health Charity https://www.youtube.com/watch?v=MwkbSlrSp_E Title: Low Mood – Things You Can Do Channel Youtube: Every Mind Matters https://www.youtube.com/watch?v=Nvwo0g4_n7A Title: ThinkNinja: Low Mood Channel Youtube: Healios https://youtube.com/shorts/IxxydxS8veY?si=_VQg Smc24CUApO0P Title: Do You Struggle with Low Mood & Energy Channel Youtube: AmenClinics Setiap individu akan merasa tidak bersemangat dari masa ke semasa. Ianya tidak bermakna bahawa sesuatu tidak kena. Perasaan tidak bersemangat adalah perkara biasa selepas peristiwa yang menyedihkan atau perubahan besar dalam kehidupan, tetapi kadangkala tempoh mood yang rendah berlaku tanpasebab yang jelas. Anda mungkin berasa letih, kurang keyakinan, kecewa, marah dan bimbang. Tetapi mood yang rendah selalunya akan berlalu selepas beberapa hari atau minggu dan terdapat beberapa tips mudah yang boleh anda lakukan untuk membantu meningkatkan mood anda. Jika anda masih berasa sedih atau tidak lagi merasai keseronokan daripada sesuatu untuk kebanyakan hari dan ini berlangsung selama beberapa minggu, anda boleh segera mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda ataupun menghubungi talian HEAL di talian 15555. Pautan dibawah sepatutnya membantu andaketika mengalamikeadaan dimana mood yang rendah. 23 KIT 3 Disediakan oleh : Nurul Shafiqah binti Abdul Ghani MY MENTAL HEALTH KIT


24


25


26


Click to View FlipBook Version