The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niagaraponpon, 2021-02-04 07:37:37

TUGASAN KIKS BM

AMIR HAKIMI

Suatu Malam

“Kling......kling.....kling” aku mendengar banyak bunyi aneh pada malam ini...
tapi..kenapa? Apa bezanya malam ini dengan malam-malam yang lain.
“Kruk...kruk...klang!!” Bunyi itu semakin kuat seolah- olah sesuatu makhluk
berhampiran aku. Jam menunjukkan 2.30 pagi, aku masih tidak dapat tidur. Hari
ini aku keseorangan di rumah kerana ibu dan ayah berada di Melaka untuk
berkerja. “Ssk.....ssk....btom!!!” Jantung aku berdegup dengan pantas,badan aku
mengalir dengan peluh... Aku takut. Takut akan apa yang sedang menghampiri
aku. Aku melihat sekeliling bilik aku tetapi tiada apa-apa. Tidak lama kemudian,
bunyi itu sudah hilang dan hati aku berasa tenang. Akhirnya, aku dapat lelapkan
mata. “BTOOM!!!!!” Bunyi yang sangat kuat mengejutkan aku. Aku lekas bangun
dan aku ternampak....... sesuatu di hujung katil aku. Aku cuba menghampirinya.
Tiba-tiba, badan aku beku! Aq tidak boleh bergerak ataupun berkata-kata. Aku
melihat benda itu bergerak dan mula memanjat aku. Aku cuba sedaya upaya
untuk jerit tetapi suara aku tjdak keluar. Akhirnya, aku mula memberontak, aku
cuba menendang ‘benda’ itu. Kemudian, ‘benda’ itu mula ketawa. Ketawanya
amat sinis dan mengerikan. ‘Benda’ itu perlahan-lahan menunjukkan wajahnya.
Apa yang aku nampak ialah.... aku? “ARRRGGGGHHHHH!!!!!!!!” Aq menjerit
sehingga aku terjaga. Jam menunjuk pukul 7.00 pagi. Sehingga hari ini aku tidak
tahu bahawa apa yang berlaku pada malam itu hanya sekadar mimpi ataupun
realiti

Tadi tu siapa?

“Kriinggg...” Loceng waktu rehat telah berbunyi. “Jom pergi makan,” aku mengajak rakan-rakan
aku. Aku, Syazwan, Faiz dan Aiman mula bergerak ke dewan selera. Kami berjalan sambil
berborak hingga ke dewan selera. Kami mengambil kuih dan makan seperti biasa. Tetali selepas
makan, aku merasakan ada benda yang aneh dalam situasi kami. Aku tidak menghiraukannya
dan terus pulang ke kelas. Tibanya kami di kelas, kami perasan bahawa kipas berpusing.
“Alamak, mesti ada orang lupa matikan kipas,” aku berkata. Aku masuk ke kelas dan terkejut
melihat Aiman yang berada di dalam kelas sedang tidur. “ Aik... tadi bukan kita makan dengan
Aiman ke?” Faiz berkata. Ya, tadi kami makan bersama Aiman tapi kenapa Aiman sedang tidur
di dalam kelas seolah-olah? Dia tidak keluar kelas semasa waktu rehat? Aneh....sungguh aneh.

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN
KERTAS CADANGAN PERMOHONAN MENGADAKAN
PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
1.0 TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada
Pengetua MRSM Transkrian. Program tersebut akan dijalankan
pada 12 Jun 2026 yang akan bertempat di Dewan Ibnu Sina,
MRSM Transkrian, Nibong Tebal ,Pulau Pinang. Program ini adalah
anjuran daripada Badan Kepimpinan Pelajar MRSM Transkrian

2.0 MATLAMAT

Tujuan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dijalankan adalah
untuk:

1. Menyambut bulan kebesaran Islam

2. Menanamkan sifat pemaaf dan pemurah antara orang Islam

3. Memberi peluang kepada semua warga sekolah berkongsi
kegembiraan dalam menyambut hari raya bersama-sama.

4. Melalui Sambutan Hari raya Aidilfirti ini pelajar dapat melahirkan
sifat- sifat mahmudah.

5. Dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar

3.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 12 Jun 2026

Hari : Isnin
Masa : 3.00 petang hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Ibnu Sina MRSM Transkrian

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid, guru dan warga S K Kampong Raja, Pagoh.

6.0 ANJURAN

Badan Kepimpinan pelajar MRSM transkrian
7.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
1. Peruntukan KWK-BBTP ( Pendidikan Islam )

RM 3.50 x 144 Murid = RM 504.00

JUMLAH = RM 504.00

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
2. Makanan Murid

RM 3.50 x 144 Murid = RM 504.00

JUMLAH = RM 504.00

9.0 JAWATAN KUASA PROGRAM
Rujuk Lampiran 1

10.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

11.0 PENUTUP

Program Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat memberi kesan yang
positif kepada para pelajar dalam menghayati bulan yang istimewa
ini. Diharapkan juga pelajar-pelajar dapat menyambut dalam
keadaan yang gembira. Akhir sekali, semoga Aidilfitri yang diraikan
ini dapat merapatkan silaturahim warga MRSM Transkrian.

Disediakan oleh, Disemak oleh,
Disahkan oleh,

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Mengumumkqn ketibaan Encik Malik Bin Katun, Pengetua SMK Danau
Saujana diiringi oleh timbalan-timbalan pengetua dan para guru.

Bismillahhir Rahmannir Rahim...
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang berusaha, Encik Malik Bin Katun, Pengetua SMK Danau Saujana,
Puan Mariam Binti Mansor, Timbalan Pengetua kecermelangan
Akademik,
Puan Zuraida Binti Yusoff, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar
Encik Ghazali Bin Ismail, Timbalan pengetua Kokurikulum
Dan para guru
Guru-guru,
Dan rakan-rakan pelajar sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang indah ini.
Hadirin yang dihormati,
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah kita bersama-sama
mengaminkan bacaan doa pembuka majlis yang akan dipimpin oleh
Saudara Shafiq Ikhwan Bin Faizal. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
-DOA

Aamin, Amin, Ya Robbal ‘ Aalamiin..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudara Shafiq Ikhwan Bin
Faizal atas bacaan doa tadi.

Hadirin yang dikasihi,

Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Encik Malik Bin Katun, Pengetua SMK Danau Saujana
untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

-UCAPAN-

Hadirin yang dihormati,

Agenda majlis pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah
kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Dijemput Encik Malik Bin Katun diiringi oleh Puab Mariam Binti
Mansor bagi sesi penyampaian hadiah kepada pelajar yang telah
berjaya memperolehi keputusan cemerlang pada peperiksaan semester
2 baru-baru ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan

-PENYAMPAIAN HADIAH-

Majlis mengucapkam terima kasih kepada Encik Malik Bin Katun atas
penyampaian hadiah itu tadi.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka majlis kita
sudah sampai ke hujungnya.

Para guru dibenarkan bersurai, manakala para pelajar, sila kekal di
dalam dewan.


Click to View FlipBook Version