“Inovasi Penggerak Komuniti Berkualiti”
Senarai Kandungan Muka Surat
Sidang Redaksi 1
Secubit Rasa Sebaris Kata Menteri Besar Perlis 2
Sekalung Bicara Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Pembangunan Sumber Manusia,
Sains, Teknologi & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Perlis 3
Seuntai Kasih Pengarah Kolej Konuniti Arau Perlis 4
Seungkai Kata Pengarah Pendidikan Perlis 5
Kategori A ( Pembelajaran Dan Pengajaran ) 6 - 34
Kategori B ( Makanan & Minuman (Hospitaliti) 35 - 45
Kategori C ( Fesyen & Kecantikan ) 46 - 52
Kategori D ( Kejuruteraan ) 53 - 72
Kategori E ( Umum ) 73 - 102
PENAUNG YB ROZIEANA BINTI AHMAD
Exco Pendidikan, Pembangunan Sumber
PENASIHAT Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi
PENASIHAT BERSAMA Maklumat Dan Komunikasi
PENGERUSI 1
PENGERUSI 2 ZAINUDIN BIN YAHYA
KETUA EDITOR Pengarah Kolej Komuniti Arau
PENOLONG KETUA EDITOR
NAHARUDEEN BIN OTHMAN
EDITOR BAHASA Pengarah Pendidikan Perlis
EDITOR GRAFIK
ROSLIAH BINTI ABU BAKAR
SURIZAN BIN ROMLI
ALI BIN OTHMAN
NURDILAH BINTI MOHD TAJUDDIN
IDAWATI BINTI AHMAD
MUNIRAH BINTI MANSOR
PUTERI NAZLIN ALAMIN BINTI WAN ZAINAL
ALAMN
WAN MUHAMMAD FITRI BIN WAN ZAHARI
NORHAYATI BINTI MD SHARIF
JEFRI BIN DIN
1
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Saya berbesar hati menzahirkan rasa kesyukuran dan ucapan tahniah kepada Kolej Komuniti
Arau atas penganjuran Pertandingan Inovasi Institusi Pendidikan Negeri Perlis 2020 (PRINTIS
2020) dengan kerjasama penuh Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan
Yayasan Inovasi Malaysia sekaligus menerbitkan Buku Inovasi Produk yang memuatkan
kesemua hasil inovasi peserta ini.
Pertandingan inovasi merupakan usaha penting untuk membudayakan aktiviti penyelidikan
dan inovasi dalam kalangan warga pendidik dan pelajar di mana pendekatan ini membuka
ruang dan peluang untuk meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan dalam bidang
kepakaran masing-masing.
Penyelidikan dan inovasi adalah agenda penting ke arah mengukuhkan institusi pengajian
tinggi di Malaysia. Pendidik merupakan golongan cendekiawan, ilmuan dan intelektual
profesional yang mampu memberi sumbangan kepada anak bangsa serta menabur khidmat
bakti kepada negara. Pendidik juga sering dijadikan penanda aras kecemerlangan individu
berikutan peranan yang besar dalam menerapkan ilmu kepada komuniti amnya. Penyelidikan
dan inovasi bukan sahaja mampu meningkatkan martabat sistem pendidikan, malah turut
menjadi aset penting kepada negara serta menjadi cabang promosi Malaysia di mata dunia.
Melalui tema ‘Inovasi Penggerak Komuniti Berkualiti’, diharap pertandingan seperti ini dapat
menjadi wadah perbincangan intelektual dalam kalangan cendekiawan dalam melahirkan
modal insan yang terbilang dan berkualiti.
Tahniah dan Syabas!
Sekian, terima kasih.
YAB Dato’ Seri Azlan bin Man
Menteri Besar Perlis
2
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya, Pertandingan Inovasi Institusi Pendidikan
Negeri Perlis 2020 (PRINTIS 2020) berjaya dilaksanakan secara norma baharu hasil gandingan
erat Kerajaan Negeri Perlis, Kolej Komuniti Arau dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis serta
sokongan dan khidmat nasihat dari Yayasan Inovasi Malaysia.
Penganjuran PRINTIS 2020 dilihat mampu mengembangkan idea, kreativiti dan inovasi serta
memberi impak positif kepada negara. Kerajaan Negeri Perlis amat menyokong usaha
menyuburkan inovasi dalam kalangan warga pendidik di semua peringkat. Melalui
pertandingan seperti ini, peserta dapat menggarap idea dan menterjemahkan dalam bentuk
yang kreatif dan inovatif. Hasil produk inovasi yang berpotensi untuk dikomersialkan perlu
dipaten bagi memelihara hak cipta pemilik.
Dengan penerbitan Buku Produk Inovasi ini, diharap agar warga Perlis khususnya mendapat
manfaat sebaran pengetahuan mengenai idea inovasi serta dapat mengakses maklumat agar
budaya dan kecintaan terhadap inovasi tersemai dalam diri setiap individu.
Kerajaan Negeri berharap PRINTIS 2020 menjadi platform kepada institusi pendidikan di
Perlis untuk bersaing secara sihat dalam menjana idea-idea baru yang kreatif dalam bidang
kepakaran masing-masing.
Semoga usaha murni ini dapat mewujudkan persekitaran yang menyokong pembangunan
ekosistem inovasi yang mampan dan berterusan selari dengan perkembangan teknologi
Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Sekian. terima kasih.
YB PUAN ROZIEANA BINTI AHMAD
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Pembangunan Sumber Manusia, Sains,
Teknologi & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Perlis
3
Seuntai Kasih
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Saya mengucapkan jutaan tahniah dan syabas atas
penerbitan Buku Produk Inovasi Pertandingan Inovasi Institusi
Pendidikan Negeri Perlis 2020 (PRINTIS 2020) ini.
Sekalung ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Kerajaan Negeri Perlis atas kepercayaan
dan sokongan kepada Kolej Komuniti Arau (KKA) sebagai urusetia PRINTIS 2020. Saya turut
ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan
Yayasan Inovasi Malaysia atas komitmen sebagai rakan kerjasama dalam menjayakan PRINTIS
2020.
Buku ini mengandungi kompilasi maklumat produk inovasi yang dipertandingkan dan boleh
digunapakai sebagai rujukan pihak-pihak yang berkepentingan. Usaha penghasilan dan
penerbitan buku ini penting bagi memartabat dan meningkatkan kualiti pendidikan di
Malaysia setanding di peringkat antarabangsa.
Saya mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada Unit Penyelidikan, Inovasi dan
Komersial KKA atas inisiatif mengangkat pertandingan inovasi ke peringkat yang lebih tinggi.
Produk inovasi yang dipertandingkan di peringkat negeri membolehkan lebih banyak idea
kreatif dan baharu diperkenalkan oleh peserta serta mampu diketengahkan untuk manfaat
komuniti.
Harapan saya agar seluruh warga pendidik dan komuniti mendapat manfaat dari maklumat
produk yang dimuatkan. Penghasilan inovasi secara berterusan dan berimpak tinggi dapat
meningkatkan kecekapan sesuatu proses atau penyampaian perkhidmatan sekaligus
memastikan keberlangsungan dan kemampanan dalam mengharungi cabaran ke arah
menjadi sebuah negara maju.
Semoga institusi pendidikan di Malaysia terus melangkah maju dan menyokong inisiatif
kerajaan dalam usaha mencapai status sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan
tinggi.
Sekian, terima kasih.
ZAINUDIN BIN YAHYA
Pengarah Kolej Komuniti Arau
4
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Kolej Komuniti Arau atas kejayaan menganjurkan
Pertandingan Inovasi Institusi Pendidikan Negeri Perlis 2020 (PRINTIS 2020). Jabatan
Pendidikan Negeri Perlis berbangga dipilih menjadi rakan kerjasama dengan Kerajaan Negeri
Perlis bagi menjayakan pertandingan ini.
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN Perlis) sentiasa memberikan sokongan padu terhadap
usaha mengetengahkan idea-idea baru, kreativiti serta inovasi yang dilaksanakan oleh pelajar
serta warga pendidik di Negeri Perlis. Pertandingan ini merupakan medium terbaik dalam
menyemarakkan kreativiti, meningkatkan ilmu baharu dan menyumbang teknologi kepada
komuniti.
Saya melihat penerbitan buku produk inovasi ini sebagai suatu langkah yang sangat baik
untuk dijadikan sumber rujukan penting khususnya kepada warga pendidik dan pelajar. JPN
Perlis akan terus komited dalam memastikan idea-idea baharu dapat diketengahkan serta
berkeyakinan tinggi bahawa kreativiti dan inovasi sentiasa menjadi motivasi terbaik untuk
penambahbaikan yang berterusan. Harapan saya agar PRINTIS 2020 menjadi salah satu
medan untuk membantu warga pendidik meningkatkan kualiti kerja khususnya dalam bidang
penyelidikan dan memberi ruang kepada
pelajar untuk mengetengahkan inovasi hasil cetusan idea-idea baharu.
Penyertaan sekolah menengah di negeri Perlis dalam
pertandingan ini menunjukkan bahawa idea dan kreativiti banyak
dicetuskan oleh anak-anak seawal peringkat remaja lagi.
Saya berharap agar PRINTIS 2020 menjadi laluan perintis
kepada penyuburan inovasi di negeri Perlis khususnya.
NAHARUDEEN BIN OTHMAN
Pengarah Pendidikan Perlis
5
1 POCKETBOOK SENI GUBAHAN DAN UKIRAN JUNAIDAH BINTI MOHD JAN JANG MUKA SURAT
6
2 MY CODING BODY NOR FADZILAH BINTI RAZALI 7
8
3 M-ALT NUR SYAZALINA BINTI HANAFI
9
4 AR4KK : PENGGUNAAN AR DALAM KURSUS TEKNOLOGI MOHD NOOR ARIF ABDULLAH
RANGKAIAN 10
11
5 RESISTOR VALUE CHECKER (RV CHECKER) Tc. MOHD RIZWAN BIN ABD HALIM 12
13
6 SMART Tourism:TOURIST GUIDING TECHNIQUE NURASYIKIN BINTI MOHD SALLEH 14
7 ELECTRICAL ACCESSORIES TESTER (EAT) SHMENI BIN SHARIFF 15
8 IOT CLIENT PLATFORM TESTER KU MOHAMMAD YUSRI BIN KU IBRAHIM 16
9 SMART VEGETABLE CUT POSTER (SMART VCP) RABIATUL ADAWIYAH BINTI ISMAIL 17
10 CLEAR AND EASY TO UNDERSTAND CIRCUIT NOR ZAIDAH BINTI MOHD ZAHARI 18
CONNECTION (CETU2C) 19
11 MARKETING FUN GAMES SITI LIYANA BINTI ISMAIL 20
12 PEMBANGUNAN PIC ( PROGRAMMABLE INTERGRATED AHMAD FAKHRUL ZAMAN BIN MOHD ARIFFIN 21
CONTROLLER BOARD ) 22
23
13 IOT TRAINER KU MOHAMMAD YUSRI BIN KU IBRAHIM 24
25
14 MINI PIZZA RING IRNA JANNAH BINTI MOHAMAD 26
15 APPS MODUL PENDIDIKAN ISLAM & MORAL KOLEJ MOHD FUAD BIN KASSIM 27
KOMUNITI (AMPI)
28
16 SCOOP LADDER-STRETCHER SHAHRUL RADZI BIN MAD ZAKI @ ABDULLAH
29
17 SMART TECHNICAL DRAWING RULER AZLIA BINTI MOHD NAZLI
30
18 DES OUTILS BOX MOHD SHARIN BIN SUJOR
31
19 LAMINATED PASTRY KIT SITI AIESYAH BINTI MOHD DAUD 32
33
20 ROT'RULER MOHD HAKIMI BIN ABD HADI 34
21 EZY FLIP NURDILAH BINTI MOHD TAJUDDIN
22 SMAPPS: SMART APPS DTH2023 – FOOD AND AZHAN BIN NAWI
BEVERAGE SERVICE
23 APLIKASI TELEFON PINTAR TN4U UNTUK PDP KURSUS FARIZA BINTI ISHAK
DEP30083
24 MIND YOUR MOVE INTERACTIVE BOARD GAME AINUL MARDHIYAH BINTI MAT YUSOFF
25 FUEL GAUGE MOHAMED SAIFUDDIN KHAN BIN MOHAMED
YACOB
26 PETAMA - PERMAINAN PETA MALAYSIA AHMAD ZAKI BIN ABDUL KASLI
27 RG TRAINER VERSI 1 SAFINAH BINTI RAMLI
28 SMART MAP: TRADITIONAL FOOD IN PERLIS BALQIS BINTI AHMAD SHAHAR
29 PROVERB NAFISAH BINTI ABDULLAH
POCKETBOOK –
SENI GUBAHAN DAN UKIRAN
KETUA PENYELIDIK
Junaidah Binti Mohd Jan Jang , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
Seni Gubahan dan Ukiran adalah pengetahuan dan kemahiran tentang asas kesenian dapur
yang meliputi gubahan bunga, ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran, kemahiran menghias
kek, pembuatan coklat dan ukiran styrofoam. Seni gubahan dan ukiran ini penting dalam
industri hotel dan katering dimana dapat menambah dan meningkatkan nilai komersil
seseorang “Chef”. Selaras dengan keperluan politeknik, pelajar perlu mengikuti Kursus Seni
Gubahan dan Ukiran, maka terhasillah buku “Pocketbook – Seni Gubahan & Ukiran”. Buku ini
dihasilkan untuk kegunaan pensyarah dan pelajar politeknik terutamanya kepada pelajar yang
mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan (Deaf and Mute). Dengan adanya buku ini,
ianya dapat memberi pendedahan kepada teknik asas seni gubahan dan ukiran serta dapat
mengaplikasikan teknik yang dipelajari dalam penyedian dan persembahan makanan. Selain
itu, buku ini sangat menarik dan interaktif kerana mempunyai QR Code bagi setiap topik yang
membolehkan pelajar mengakses informasi tambahan di dalam laman sesawang yang
disediakan sejajar dengan perkembangan teknologi terkini. Di dalam laman sesawang
tersebut, terdapat video interaktif yang mempunyai jurubahasa isyarat yang menterjemahkan
setiap isi kandungan. Dengan ini, pelajar dapat memahami isi kandungan dengan lebih
mendalam dan dapat meningkatkan pemahaman serta membuat latihan-latihan yang
disediakan dalam buku ini.
6
KETUA PENYELIDIK MY CODING BODY
ASAS KOD ARAHAN HTML, ASAS SAINS
KOMPUTER TINGKATAN 1
Nor Fadzilah binti Razali , Sek. Men. Syed Alwi, Kangar, Perlis
Abstrak
Mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) adalah satu mata pelajaran yang dianggap susah
oleh majoriti murid-murid yang mengambil ASK di SMK Syed Alwi terutamanya dalam
melaksanakan kod segmen atur cara. Oleh itu, satu inovasi yang dikenali sebagai My Coding
Body adalah satu inovasi menggunakan anggota badan seperti jari untuk memudahkan pelajar
memahami kod atur cara yang terlibat sekali gus dapat memupuk minat murid tingkatan 1
terhadap pengaturcaraan Asas Kod Arahan HTML. Kegunaan kod arahan HTML adalah untuk
membina laman web. Inovasi yang dihasilkan ini adalah untuk membantu murid menjawab
soalan dalam peperiksaan dan memudahkan murid belajar asas pengaturcaraan HTML dengan
mengingati tag asas yang terdapat dalam HTML tersebut.
My Coding Body menggunakan jari untuk mencipta kod segmen atur cara. My Coding Body
diperbuat daripada bahan terpakai seperti kotak/manila kad/kertas yang keras. Terlebih
dahulu murid perlu melakar bentuk jari sendiri. Kemudian, murid-murid akan potong lakaran
jari tersebut dan seterusnya memasukkan segmen kod atur cara dalam jari tersebut. Dalam
Kod Arahan HTML tingkatan 1, murid menggunakan “notepad” untuk membina laman web.
Contoh notepad:
Notepad ibarat seperti kertas kosong tidak mengandungi apa-apa. Dengan memasukkan kod
segmen aturcara, murid boleh membina laman web yang menarik. Terdapat 5 tag utama iaitu
<html> dan </html>, <head></head>, <title></title>, <body></body> dan <p></p>. Untuk
memasukkan banner, pelajar dikehendaki memasukkan tag <banner></banner>. Untuk
membuat tajuk atau sub tajuk yang berbeza saiz, murid boleh meletakkan tag <h1></h1>,
<h2><h2>, <h3></h3>, <h4></h4>, <h5></h5> dan <h6></h6>. Selain itu, murid juga boleh
memasukkan tag bagi “image” menggunakan <img src=”photo1.jpg”>. Untuk membuat
“bullet” murid boleh masukkan tag <ul><li></li></ul>. Tag yang banyak ini boleh mengelirukan
murid. Diharapkan dengan menggunakan My Coding Body murid boleh mencipta laman web
yang menarik dan kreatif
7
NORMA BAHARU PENILAIAN BERTERUSAN
KURSUS STS 3084 - ASAS LUKISAN TERUKUR :
MODEL ASAS LUKISAN TERUKUR (M-ALT)
KETUA PENYELIDIK
Nur Syazalina binti Hanafi, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
Konsep pembelajaran kendiri di rumah merupakan satu tuntutan dalam menghadapi norma
baharudi Malaysia. Pelajar perlu belajar dan membuat eksplorasi dengan bantuan daripada
tenaga pengajar secara atas talian. Kaedah ini juga di aplikasikan dalam pentaksiran prestasi
pelajar seperti Pentaksiran Berterusan (PB). Pelajar Semester 3 Program Sijil Teknologi
Senibina (STS) di Kolej Komuniti Arau (KKA) perlu membuat pengukuran bangunan sebagai
salah satu aspek penilaian amali di dalam Kursus STS 3084 - Asas Lukisan Terukur. Walau
bagaimanapun, kekangan dari segi perlu mengikut Standard Operating Procedure (SOP) dan
perlu membuat penjarakan sosial untuk membuat lawatan tapak menjadi satu persoalan.
Model Asas Lukisan Terukur (M-ALT) dibangunkan supaya pelajar dapat membuat kerja
pengukuran bangunan di kediaman masing-masing. Model ini berkonsepkan rupa bentuk
binaan sebenar dengan menggunakan skala yang lebih kecil agar lebih mudah dibawa dan
dikendalikan. 30 orang pelajar telah diberi tugasan pengukuran menggunakan M-ALT. Pelajar
memberi laporan pengukuran melalui hasil lakaran untuk dinilai oleh pensyarah selepas 3 hari.
Pelajar juga ditemubual secara atas talian bagi mendapatkan tindak balas pelajar. Hasil
temubual mendapati bahawa, M-ALT memberi kesan positif kepada pelajar dalam lebih
memahami pengukuran menggunakan skala melalui eksplorasi model berskala kecil. Data yang
diambil daripada hasil pengukuran model tersebut telah berjaya dipindahkan kepada lakaran
untuk menghasilkan lukisan berskala sebenar menggunakan perisian AutoCAD
8
KETUA PENYELIDIK AR4KK :
Penggunaan AR dalam kursus Teknologi
Rangkaian
Mohd Noor Arif Abdullah, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
Teknologi Rangkaian merupakan kursus yang wajib diambil oleh pelajar Sijil Sistem Komputer
dan Rangkaian di Kolej Komuniti di Malaysia. Namun tidak semua pelajar dapat memahami
dengan mudah penggunaan perkakasan dan amali pendawaian yang terlibat dalam kursus ini.
Berdasarkan kajian rintis yang dilakukan, sebanyak 69.2% pelajar mengalami masalah dalam
penggunaan perkakasan rangkaian yang betul dan kesukaran memahami amali yang
dilaksanakan yang memerlukan kepada waktu tambahan belajar dengan membuat
pembelajaran kendiri. Justeru itu sebuah aplikasi pembelajaran mobil (mobile learning)
berasaskan augmented reality yang dikenali sebagai AR4KK telah dibangunkan sebagai
alternatif agar pelajar dapat belajar tanpa batasan masa dan tempat melalui paparan video
dan model 3D menggunakan teknik augmented reality. Augmented reality merupakan
penggabungan objek-objek yang ada di dunia maya ke dalam dunia nyata dalam bentuk dua
dimensi ataupun tiga dimensi. Penggabungan ini kemudian dimaksimakan dengan kemampuan
berinteraksi secara langsung dengan objek tersebut. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah
dilaksanakan ke atas 40 orang pelajar semester 1 Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) di
Kolej Komuniti Arau yang mengambil kursus Teknologi Rangkaian bagi melihat sejauh
manakah minat, motivasi dan kecekapan kendiri pelajar terhadap penggunaan teknologi
augmented reality menerusi AR4KK dalam mempelajari kursus ini. Ujian pra dan pasca telah
dijalankan untuk membandingkan jumlah markah yang telah diperoleh oleh responden
sebelum dan selepas teknologi ini digunakan. Dapatan menunjukkan peningkatan markah
sebanyak 31.2% dari 50.8% dalam ujian pra ke 82% dalam ujian pasca. Kajian yang meluas
pada masa hadapan juga boleh diadakan khususnya dalam mengatasi masalah yang telah
dikenalpasti serta menambah baik peluang yang sedia ada bagi memantapkan lagi
penggunaan teknologi augmented reality dalam pembelajaran.
9
RESISTOR VALUE CHECKER(RV CHECKER)
KETUA PENYELIDIK
Tc. Mohd Rizwan bin Abd Halim , Giatmara, Kangar
Abstrak
Resistor Value Checker (RV Checker) dihasilkan bagi mempercepatkan proses menentukan nilai
perintang (resistor value) yang mana pada ketika ini melalui pembelajaran dan pengajaran
(P&P) penggunaan carta kod warna perintang yang masih diamalkan dikatakan agak lambat
dan sukar untuk diterjemahkan dengan nilai-nilai perintang yang pelbagai. Resistor Value
Checker (RV Checker) direka khas bagi semua golongan tidak kira muda atau berusia sama ada
pelatih, pelajar, pengajar, pekerja dalam bidang elektronik/elektrikal.
Kewujudan inovasi ini ekoran daripada masalah kelaziman pada semua orang dalam bidang
elektronik/elektrik dari segi ingin menukar atau menterjemahkan nilai mengikut warna pada
badan perintang tersebut. Justeru, produk ini bertujuan memberi kemudahan kepada mereka
dengan kaedah yang cepat dan menjimatkan masa. Produk ini dihasilkan dengan
menggunakan bahan yang diperbuat daripada PVC. Selain ianya dikatakan lasak bahan ini juga
adalah kalis air. Maka dengan itu ianya sesuai tahan dan kekal lama dari segi penggunaan
secara berterusan.
Terdapat tiga jenis resistor value checker iaitu untuk perintang jenis 4 jalur warna (4 band), 5
jalur warna (5 band) dan 6 jalur warna (6 band). Setiap jalur warna direka khas dengan roda
berputar yang mewakili setiap warna yang ada pada kod warna perintang. Oleh itu pilihan
warna jalur pada setiap perintang akan berfungsi untuk menunjukkan nilai tertentu mengikut
warna yang dipilih.
Impak daripada produk ini membawa kepada kaedah menukar warna kepada nilai yang lebih
cepat daripada kebiasaanya dan seterusnya dapat menjimatkan masa untuk mengetahui nilai
sesuatu perintang. Fungsinya yang boleh digerakkan secara manual untuk setiap jalur dan
ringkas serta mampu memberikan tahap kefahaman yang lebih tepat bagi mereka yang baru
mempelajari berkaitan komponen pasif seperti perintang dalam bidang elektronik/elektrik.
Inovasi ini dapat membantu menyerlahkan tahap keyakinan diri dalam kebolehan menentukan
nilai perintang. Oleh kerana perintang mempunyai pelbagai warna dan pelbagai nilai perintang
dalam pasaran alat ganti, ianya dapat diterjemahkan dengan mudah sama ada melalui P&P
atau untuk membaikpulih peranti elektronik/elektrik yang kebanyakkannya menggunakan
banyak komponen pasif seperti perintang dalam sesuatu litar elektronik/elektrik.
10
SMART Tourism: Tourist Guiding Technique
KETUA PENYELIDIK
Nurasyikin Binti Mohd Salleh , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
SMART Tourism dihasilkan bagi memenuhi keperluan kursus DTM 3033 - Tourist Guiding
Technique. Kursus ini merupakan kursus wajib bagi pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan
semester 2. Kursus ini memerlukan pelajar mengurus dan menyampaikan komentar semasa
lawatan serta mempunyai pengetahuan tentang produk pelancongan di dalam negara
khususnya di Perlis. Berdasarkan kepada penggunaan telefon pintar secara meluas, idea ini
dihasilkan secara tidak langsung bagi memudahkan maklumat dicapai oleh pelajar. Selain itu,
ia juga merupakan inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam kelas.
Penghasilan produk ini ekoran daripada masalah pelajar kurang berminat untuk
menyampaikan komentar dengan berkesan. Justeru SMART Tourism bertujuan memberi
kemudahan kepada pelajar dalam membantu meningkatkan pengetahuan serta teknik
penyampaian komentar. Malah ia juga memberi tambahan maklumat berkenaan produk
pelancongan yang ada di Perlis. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan QR Code yang
boleh di imbas dari telefon pintar yang diedarkan QR Code kepada pelajar. Objektif inovasi ini
adalah untuk membangunkan SMART Tourism sebagai salah satu pemudahcara dalam PdP.
Objektif kedua, bagi meningkatkan pengetahuan produk pelancongan di kalangan pelajar.
Akhir sekali, inovasi ini juga dihasilkan bagi memberi motivasi kepada pelajar dalam
menyampaikan komentar. Impak daripada produk ini,pelajar mendapat tambahan maklumat
serta membantu membina keyakinan diri dalam melakukan komentar.
11
ELECTRICAL ACCESSORIES TESTER (EAT)
KETUA PENYELIDIK
Shmeni Bin Shariff, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
Electrical Accessories Tester (EAT) dibangunkan untuk untuk menguji aksesori elektrik seperti
suis dan soket secara cepat dan selamat. Kaedah biasa mengambil masa lebih lama kerana
pengguna perlu membuat tetapan terlebih dahulu pada Multimeter, terminal perlu diuji satu
per satu, peralatan perlu dipegang dengan betul dan keputusan perlu diambil daripada bacaan
Multimeter. Penguna EAT dapat menjimatkan masa pengujian kerana semua terminal dapat
diuji serentak, melancarkan proses pengujian litar hidup kerana aksesori telah diuji sebelum
pemasangan dalam litar dan dapat menggelakkan pengguna mengunakan aksesori yang rosak.
Penjimatan masa akan berlaku kerana keputusan pengujian boleh didapati serentak untuk
kesemua terminal (Life, Neutral atau Earth). Kos penghasilan EAT juga rendah kerana peralatan
boleh dihasilkan daripada bahan kitar semula. Kendaliannya juga mudah kerana tidak perlu
tetapan tambahan tetapi hanya perlu menyambungkan pada terminal dan terus menekan suis
ON. Kaedah pengujian dilakukan dengan menguji keterusan litar antara terminal masukan dan
terminal keluaran bagi setiap aksesori elektrik yang diuji. Jika kesemua terminal memperolehi
keterusan yang baik maka aksesori tersebut adalah dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Penambahbaikan boleh dilakukan dengan menambah penggunaan bunyi buzzer sebagai
penunjuk kedua kerana kaedah sedia ada hanya menggunakan LED. Semoga inovasi ini dapat
membantu pensyarah dan pelajar melaksanakan pengujian ke atas aksesori secara cepat dan
selamat.
12
IOT CLIENT PLATFORM TESTER
KETUA PENYELIDIK
Ku Mohammad Yusri Bin Ku Ibrahim, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
Akhir-akhir ini banyak servis laman sesawang membangunkan platform IOT (Internet of Thing)
yang mengintegrasikan kesemua fungsi-fungsi penting yang diperlukan bagi membangunkan
system IOT. Projek inovasi yang dijalankan oleh kami iaitu IOT Client Platform Tester adalah
bertujuan untuk membangunkan satu platform yang dapat menguji komunikasi perkakasan
atau projek pelajar melaui platform internet. Inovasi ini memainkan peranan sebagai peralatan
penyedia dan pemula yang bijak, yang mana boleh digunakan untuk melengkapi sesuatu
projek pelajar dengan kawalan jauh dan fungsi pemantauan masa nyata melalui internet.
Inovasi ini dihasilkan dengan pembangunan pelayan yang dilengkapi dengan MQTT (MQ
Telemetry Transport). Ia direka sebagai pengangkut pesanan penerbitan/langganan. Platform
ini dibangunkan sebagai salah satu alat bantu mengajar bagi kursus Projek (DEE40082).
Penggunaan platform ini adalah bagi memudahkan para pelajar khususnya bagi program
Diploma Teknologi Komputer (DTK) untuk membuat pengujian projek mereka yang
menggunakan sistem Internet of Thing (IOT) yang mana melibatkan komunikasi antara
perkakasan dan juga internet.
13
SMART VEGETABLE CUT POSTER
KETUA PENYELIDIK
Rabiatul Adawiyah Binti Ismail , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
14
Clear & Easy to Understand Circuit Connection
(CETU2C)
KETUA PENYELIDIK
Nor Zaidah Binti Mohd Zahari , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
Clear & Easy to Understand Circuit Connection (CETU2C) adalah sebuah Kit Pembelajaran yang
dibangunkan untuk memudahkan demonstrasi penyambungan komponen-komponen
elektronik dibuat di atas papan litar dan juga cara pengukuran dibuat. CETU2C dilengkapi
dengan papan litar, sumber bekalan kuasa, perintang serta model analog multimeter berskala
besar bagi menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran ketika amali dijalankan. Ia
dibina dalam skala yang besar agar mudah dilihat dan difahami oleh pelajar ketika demonstrasi
dijalankan. Ia digunakan kepada pelajar semester satu khususnya bagi kursus-kursus asas
elektrik iaitu Electrical Technology (DET10013) dan Measurement (DET10012). Saiz papan litar,
model analog multimeter dan perintang yang besar dapat menampung kapasiti pelajar 40
orang dalam satu kelas. Struktur binaan papan litar yang lutsinar dapat membantu pelajar
melihat sambungan sebenar sebuah papan litar. Oleh itu, pelajar akan lebih jelas lagi tentang
cara penyambungan litar sesiri, selari dan siri-selari di atas papan litar dan seterusnya
pengukuran bagi voltan, arus dan rintangan dapat dilakukan dengan betul. Kesan penggunaan
CETU2C di dalam kelas mendapati, pelajar sangat teruja menggunakannya seterusnya
meningkatkan tahap kefahaman pelajar berkenaan sambungan litar semasa amali dijalankan.
Hasilnya, CETU2C dapat membantu pensyarah melakukan demonstrasi dengan lebih mudah
dan menarik serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bersistematik dan
berkesan.
15
MARKETING FUN GAMES
KETUA PENYELIDIK
Siti Liyana Binti Ismail, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
16
PEMBANGUNAN PIC (Programmable Intergrated
Circuit) BOARD
KETUA PENYELIDIK
Ahmad Fakhrul Zaman Bin Mohd Ariffin
Abstrak
Programmable Integrated Circuit (PIC) Board merupakan satu peralatan yang dihasilkan untuk
menguji keberhasilan pengaturcaraan yang dibina dalam latihan amali bagi kursus Embedded
System Application (DEC40053). Alat ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap
konsep dan aplikasi sebenar ‘embedded system’ dimana keberhasilan pengaturcaraan dapat
dilihat secara nyata. Ia merupakan pembelajaran efektif yang boleh menarik minat dan
memudahkan pelajar untuk lebih memahami konsep dan kaedah yang digunakan dalam
kursus Embedded System Application. Tujuan modul ini dibangunkan adalah salah satu usaha
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada serta boleh
membantu pelajar dalam melakukan latihan amali dengan lebih berkesan. Pembangunan alat
ini menggunakan pengawalmikro PIC18F45K22 dan digabungkan bersama komponen masukan
dan keluaran seperti suis, perintang bole laras, buzzer dan led yang dilihat bakal memberi
impak yang lebih positif terhadap proses pembelajaran. Alat ini telah digunapakai pada sesi
semasa iaitu Sesi Disember 2019 bagi kursus Embedded System Aplication. Dengan adanya alat
iniia dapat membantu memudahkan proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran
kepada pelajar semester 4 yang mengambil kursus ini di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Polieknik Tuanku Syed Sirajuddin.
17
IOT TRAINER
KETUA PENYELIDIK
Ku Mohammad Yusri Bin Ku Ibrahim, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
18
MINI PIZZA RING
KETUA PENYELIDIK
Irna Jannah Binti Mohamad, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
Mini Pizza Ring dihasilkan bertujuan untuk membantu proses PdP khususnya bagi Modul Satu
(1) Pemprosesan Roti dan Pastri bagi Program Sijil Asas Pemprosesan Makanan, kursus SPK
1044 Pemprosesan Kek dan Roti bagi Program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
dan kursus pendek bagi Unit Pendidikan Berterusan di Kolej Komuniti Arau. Idea rekaan alat
ini adalah sebagai langkah menggantikan cara biasa yang digunakan dalam menghasilkan
produk penghasilan roti. Terdapat beberapa isu yang menjadi kelemahan apabila menjalankan
amali pemprosesan roti piza iaitu (1) tempoh masa penghasilan produk mengambil masa yang
lama. Kaedah tradisional menggunakan pembaris atau dengan menggangar kelebaran doh
tersebut memerlukan tempoh masa yang lebih lama menyebabkan kelas terpaksa melebihi
masa seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual waktu. (2) Hasil produk yang tidak
seragam. Kaedah yang digunakan sebelum ini menghasilkan produk yang tidak sama saiz. (3)
Kawalan kualiti semasa penghasilan produk kerana pelajar masih belum mahir menguruskan
doh dengan baik. Idea rekaan alat ini adalah acuan yang berbentuk bulat berukuran 6 inci.
Acuan ini diwujudkan sebagai langkah menggantikan cara yang biasa dilakukan iaitu
menggunakan pembaris ataupun hanya sekadar menganggar kelebaran doh piza tersebut.
Acuan ini dihasilkan bagi memudahkan proses penghasilan roti piza bagi mendapatkan saiz
hasil yang sama dan mempercepatkan proses PdP.
19
APPS MODUL PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
KOLEJ KOMUNITI (AMPI)
KETUA PENYELIDIK
Mohd Fuad Bin Kassim, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
Inovasi ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu aplikasi yang dapat membantu proses
PdP khususnya bagi kursus Pendidikan Islam dan Moral di Kolej Komuniti. Masalah yang
dihadapi ialah pelajar tiada rujukan atau buku nota khusus untuk kursus tersebut. Aplikasi ini
direkabentuk agar dapat memudahkan pelajar mengakses bahan rujukan atau nota dan juga
dapat menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan. Di samping itu juga, aplikasi ini mudah
diakses dengan menggunakan telefon pintar sesuai dengan saranan Kementerian Pengajian
Tinggi iaitu menjalankan proses PdP secara atas talian. Aplikasi ini terdiri daripada 4 modul
kursus iaitu MPU 1311 Pendidikan Islam 1, MPU 1321 Pendidikan Moral 1, MPU 1331
Pendidikan Islam 2 dan MPU 1341 Pendidikan Moral 2. Hasil daripada inovasi ini mendapati
bahawa aplikasi ini boleh digunapakai oleh semua pelajar kolej komuniti di seluruh Malaysia.
Kajian selanjutnya boleh dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan aplikasi
ini di kalangan pelajar kolej komuniti khususnya dalam proses PdP.
20
SCOOP LADDER-STRETCHER
KETUA PENYELIDIK
Shahrul Radzi Bin Mad Zaki @ Abdullah
Abstrak
Scoop Ladder-Stretcher (SLS) adalah alat bahan bantu mengajar ABBM bagi kursus badan
beruniform Pasukan Institusi Pertahan Awam (PISPA) di bawah bimbingan Angkatan
Pertahanan Awam (APM). Produk ini dibangunkan sebagai alatan kecemasan dan
penyelamatan disebabkan oleh masalah kekurangan peralatan ketika PdP serta kesukaran di
dalam kerja-kerja menyelamat disebabkan ketiadaan peralatan menyelamat dalam Emergency
Response Team (ERT) ketika berlaku kecemasan. Justeru Scoop Ladder- Stretcher dihasilkan
dengan menggabungkan dua fungsi iaitu tangga dan pengusung. SLS telah dijadikan sebagai
ABBM semasa sesi latihan menyelamat anggota PISPA ketika aktiviti kokurukulum. Ia juga
telah digunakan oleh anggota PISPA yang bertugas setiap hari jika berlaku kecemasan di
kamsis seperti digunakan untuk mengangkut pelajar pengsan dan sukar berjalan. Walaupun
SLS telah memberi impak positif, namun ia masih perlu dibuat penambahbaikan seperti
menggunakan bahan lebih ringan dan kuat serta dibuat pengubahsuaian supaya ketinggian
tangga dapat dilaraskan. Impak daripada produk ini telah menjadikan PdP PISPA menjadi lebih
menarik dan realistik.
21
SmarTDR
KETUA PENYELIDIK
Azlia Binti Mohd Nazli
Abstrak
Smart Technical Drawing Ruler (SmarTDR) dihasilkan bagi memenuhi keperluan pengguna
masa kini yang menitikberatkan ketepatan ukuran dan kefahaman tentang lakaran teknikal
dalam proses menghasilkan rekaan. Selain daripada itu, pengguna mudah menggambarkan
perincian pada rekaan serta boleh melakukan pengubahsuaian rekaan dan perincian ke atas
lakaran bagi menjimatkan masa. Smart Technical Drawing Ruler (SmarTDR) direka khas bagi
pelajar dan semua golongan pengguna di dalam bidang Rekaan Fesyen. Kewujudan produk ini
adalah ekoran daripada masalah pelajar Sijil Fesyen Dan Pakaian dalam melakar lukisan
teknikal dan mentafsir rekaan. Secara objektifnya, pengguna dapat memahami cara mentafsir
peletakan rekaan. Produk ini ringan dan kecil serta mudah disimpan. Kegunaan Produk Inovasi
ini sangat mudah, pengguna memindahkan garis struktur badan manusia seperti garis bahu,
garis dada, pinggang dan punggung dengan ketepatan yang tepat dan memasukkan perincian
rekaan. Impak daripada produk inovasi ini, pengguna memahami kriteria rekaan kepada
proses penghasilan jahitan yang tepat, teliti dan kemas.
22
DES OUTILS BOX
KETUA PENYELIDIK
Mohd Sharin Bin Sujor, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
Des Outils Box adalah satu inovasi dalam bidang penyajian makanan dan minuman yang direka
khas bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi pensyarah dan pelajar.
Produk inovasi ini adalah sebuah kit mobil yang dilengkapi dengan peralatan untuk menyusun
peranggu meja (table setting). Peranan inovasi ini adalah untuk membantu pensyarah dan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama untuk mengetahui cara yang
betul, mengingati, melatih dan menyusun peranggu meja dengan cara dan mengguna
peralatan yang tepat. Masalah dalam mengenalpasti jenis peralatan, jenis susunan peranggu
meja mengikut jenis menu, limitasi masa dan kesukaran meminjam alatan adalah antara
masalah yang kerap timbul. Ini membuatkan pelajar sering mengeluh kerana hilang fokus dan
hilang minat dalam topik ini. Bagi pihak pensyarah pula faktor pembaziran masa, tenaga dan
kesulitan mencari alatan sewaktu proses menyediakan alat bantu mengajar (ABM) adalah
cabaran yang sering berlaku. Situasi ini menyukarkan pensyarah dan pelajar. Atas kesulitan
yang sering berlaku, tercetuslah idea inovasi ini. Kit mobil ini adalah satu kotak penyimpanan
peralatan yang berpusat atau one stop center di mana semua alatan utama berkaitan peranggu
meja disimpan. Ini akan memudahkan proses demonstrasi susunan oleh pensyarah dan juga
pelajar pula mudah berlatih latihan amali dalam menyusun peranggu meja dengasn lebih
mudah. Sejajar dengan arus perkembangan teknologi telefon pintar, aplikasi QR kod juga
diguna pakai sebagai penambahbaikan dalam proses menambah pengetahuan pelajar dalam
latihan menyusun peranggu meja. Inovasi ini juga telah diperkenalkan kepada pensyarah dari
Kolej Vokasional dalam bidang Katering, dia ia telah terbukti membantu dalam proses
pembelajaran dan pengajaran pelajar. Inovasi ini sudah tentu menjadi satu kaedah terbaik
dalam meningkatkan kemahiran pelajar sebagai objektif utama sasaran selaras tercetusnya
idea inovasi ini. Akhir kata diharap inovasi ini akan membantu proses pengajaran dan
pembelajaran pada masa akan datang.
23
LAMINATED PASTRY KIT
KETUA PENYELIDIK
Siti Aiesyah Binti Mohd Daud, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
Laminated Pastry Kit dihasilkan bertujuan untuk membantu proses PdP khususnya bagi kursus
SPK 3094 Pemprosesan Konfeksionari di Kolej Komuniti Arau. Penghasilan pastri merupakan
salah satu topik yang terdapat dalam kursus ini. Masalah yang selalu dihadapi ketika
menjalankan amali pastri ialah pelajar tidak dapat mencanai doh menjadi bentuk segi empat
tepat dengan sempurna semasa proses laminasi doh. Proses laminasi ini penting bagi
menghasilkan pastri naik dan pastri peram yang berkualiti. Apabila doh tidak dicanai dengan
baik, kebiasaannya lebihan doh yang telah dipotong tidak dapat dibentuk mengikut bentuk
yang dikehendaki dan seringkali juga berlaku pembaziran doh. Alat ini direkabentuk agar dapat
memudahkan proses mencanai, membentuk dan menentukan ketebalan doh dengan lebih
baik. Laminated Pastry Kit terdiri daripada 2 keping acuan pencanai yang mempunyai saiz yang
bersesuaian dengan doh yang akan dicanai dan 1 set acuan penerap. Bahan daripada stainless
steel dipilih untuk menghasilkan alat ini kerana mempunyai ketahanan selain mudah untuk
dibersihkan dan disanitasi. Hasil daripada inovasi ini mendapati, para pelajar dapat
menggunakan alat ini dalam kursus SPK 3094 Pemprosesan Konfeksionari dengan baik malah
lebihan doh dapat dikurangkan kepada 10 - 20%. Pelajar juga dapat menghasilkan produk 2
kali ganda daripada sebelumnya.
24
ROT’RULER
KETUA PENYELIDIK
Mohd Hakimi Bin Abd Hadi, Kolej Vokasional Kangar
Abstrak
Rot’ruler dihasilkan bagi memenuhi keperluan pelajar yang ingin menguasai subtopik Putaran.
Putaran merupakan salah satu ciri penjelmaan bagi mata pelajaran Matematik. Konsep
putaran mempunyai banyak kaedah untuk diselesaikan dengan menggunakan bantuan alatan
mahupun formula. Antara kaedah yang sedang digunakan adalah rumus, penggunaan kertas
surih, protraktor dan pembaris. Kaedah yang digunakan ini memperuntukkan masa yang lama
untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan konsep putaran. Oleh itu, alat Rot’ruler ini
adalah satu alternatif yang telah diinovasi daripada kaedah sedia ada dalam membantu pelajar
mahupun guru dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan konsep putaran. Secara amnya,
pelajar sukar memahami konsep dan keliru arah putaran dan sukar menentukan objek dan
imej yang ingin dihasilkan. Rot’ruler ini dapat membantu pelajar mengenalpasti arah sudut
900 dan 1800, menjimatkan masa untuk mendapatkan jawapan dan dapat membantu pelajar
dapat menyelesaikan soalan putaran dengan tepat dan cepat Manakala, guru dapat
menerangkan dengan lebih mudah bagi subtopik putaran. Produk ini boleh diperbuat daripada
thermoplastic elastomer. Ciri-cirinya adalah mudah lentur, ringan dan selamat digunakan.
Secara keseluruhan, inovasi ini juga dapat meransang pemikiran guru dalam menjana kaedah
pengajaran dan pemudahcaraan.
25
EZY FLIP
KETUA PENYELIDIK
Nurdilah Binti Mohd Tajuddin, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
Proses pembelajaran dan pengajaran bagi program Sijil Asas Pemprosesan Makanan adalah
sepenuhnya secara hands-on. Kebanayakan pelajar berkeperluan khas bagi program ini adalah
terdiri daripada pelajaran yang mengalami masalah pembelajaran (slow learner). Di samping
itu, pelajar yang hadir untuk program ini juga kebanyakan mempunyai masalah dari segi
psikomotor iaitu moto kasar. Idea inovasi ezy flip ini tercetus apabila kebanyakan pelajar gagal
melipat kulit popia untuk menghasilkan kuih samosa dengan baik. Oleh yang demikian,
penghasilan ezy flip ini dapat membantu pelajar khususnya pelajar berkelainan upaya dalam
melatih aktiviti melipat kulit popia menjadi bentuk kuih samosa yang cantik dan kemas. Alat
ini juga dihasilkan dengan bahan tahan karat bagi memudahkan proses pembersihan
disamping dapat menjaga tahap sanitasi yang tinggi semasa proses pembelajaran dan
pengajaran berlangsung. Produk inovasi ini juga berjaya membuka minda para pensyarah
dalam mencetus kelainan dan kreativiti dalam menjalankan proses pembelajaran dan
pengajaran khususnya kepada pelajar berkelainan upaya di Kolej Komuniti Arau
26
SMAPPS : SMART APPS DTH2023- FOOD AND
BEVERAGE SERVICE
KETUA PENYELIDIK
Azhan Bin Nawi, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
Sebahagian besar pelajar kurang berminat dengan pengajaran di dalam kelas dan sukar
mencari nota untuk mengulang kaji pelajaran. Objektif penghasilan SMAPPS yang bersifat
aplikasi pintar ini adalah untuk mengembangkan strategi pembelajaran mudah alih atau alat
pembelajaran interaktif yang lebih berkesan, untuk menarik pelajar kepada kaedah
pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif dan menarik minat pelajar untuk lebih fokus
semasa proses pembelajaran berlangsung. Kaji selidik juga telah dilakukan menggunakan
kaedah kuantitatif dan tinjauan dinilai dengan menggunakan teknik soal selidik. Populasi
adalah pelajar yang mengambil kursus DTH2023 - DTH2023 – Food and Beverage Service
seramai 150 orang dan 136 orang telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini mengumpulkan data
responden yang merupakan pelajar semester 2 dan semester 4 yang mengambil kursus
DTH2023 - Food and Beverage Service sahaja. Tujuan utama aplikasi ini diwujudkan adalah
bagi membolehkan penggunaan Aplikasi Pintar kepada pelajar untuk memudahkan pelajar
membaca nota di mana sahaja. Berdasarkan analisis dan dapatan dari kajian yang dijalankan,
pelajar lebih cenderung kepada video animasi dan gambar yang terdapat di dalam video yang
akan menarik minat pelajar untuk lebih berminat dalam mempelajari kursus ini. Item "Boleh
meningkatkan kemahiran pelajar dalam DTH2023" dikumpulkan skor min tertinggi iaitu 4.57.
Kajian ini dapat memberi gambaran yang baik di politeknik mengenai kepentingan dan faedah
proses SMAPPS sebagai alat pengajaran. Kesimpulannya, kaedah yang telah dihasilkan ini
dapat membantu pensyarah dalam menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
pelajar di politeknik kerana kaedah pembelajaran pintar dapat digabungkan dengan teknik
pembelajaran konvensional semasa proses pembelajaran berlangsung.
27
APLIKASI TELEFON PINTAR TN4U UNTUK PDP
KURSUS DEP30083
KETUA PENYELIDIK
Fariza Binti Ishak, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PDP) adalah amat penting bagi memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan dengan
kursus yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik. Ini kerana kebanyakkan kursus teknikal
menghadapi masalah semasa proses PDP dilaksanakan seperti kekangan masa, peralatan
terhad dan tidak terkini serta pelajar berasa bosan dan tidak menunjukkan minat serta susah
untuk memahami teori pembelajaran. Bersesuaian dengan perkembangan teknologi pada
masa kini, penggunaan aplikasi telefon pintar sebagai ABBM adalah satu alternatif kepada
pensyarah untuk melaksanakan proses PDP dengan lebih menarik dan pelajar dapat
memahami apa yang dipelajari di dalam kelas dengan mudah dan berkesan. Justeru itu aplikasi
TN4U ini dihasilkan dan proses membangunkan kandungan aplikasi TN4U ini adalah
berbantukan teknologi web 2.0 iaitu Padlet, Quizizz serta laman penyimpanan video Youtube.
Aplikasi TN4U ini dibangunkan dalam bentuk aplikasi Android menggunakan perisian MIT
Apps Inventor agar dapat digunapakai menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini direkabentuk
sebagai ABBM, bagi membolehkan pelajar menonton video demontrasi amali dan mencapai
nota interaktif berkaitan. Pelajar juga boleh berkomunikasi secara dua hala dengan pensyarah
sebelum atau selepas sesi pembelajaran di atas satu platform pembelajaran iaitu Padlet serta
membuat penilaian kendiri melalui kuiz atas talian menggunakan aplikasi yang boleh dimuat
turun ke dalam peranti mudah alih masing-masing iaitu Quizizz. Penghasilan aplikasi telefon
pintar TN4U ini diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas di samping meningkatkan kefahaman pelajar. Hasil aplikasi TN4U yang dibangunkan ini
dapat memberikan pilihan kepada pensyarah untuk meningkatkan kefahaman pelajar secara
beransur-ansur melalui pendekatan yang sistematik dan berkesan. Aspek persepsi pelajar
terhadap pengajaran guru yang positif dapat dipupuk serta ditingkatkan dari semasa ke
semasa Supaya ianya menjadi salah satu pendorong untuk pelajar meminati kursus DEP30083
Telecommunication Network
28
MIND YOUR MOVE (INTERACTIVE BOARD GAME)
KETUA PENYELIDIK
Ainul Mardhiyah Binti Mat Yusoff, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
29
FUEL GAUGE
KETUA PENYELIDIK
Mohamed Saifuddin Khan Bin Mohamed Yacob
Abstrak
Pemandu kenderaan pasti melihat dahulu meter minyak untuk memastikan minyak yang
mencukupi sehingga sampai ke destinasi. Meter minyak kenderaan di Malaysia menggunakan
tolok minyak yang memberi gambaran kuantiti minyak yang ada di dalam tangki kenderaan.
Kekurangan sistem ini ialah tolok minyak kereta tidak konsisten. Jika anda baru mengisi
minyak, anda akan dapati tolok minyak lambat turun. Apabila tolok minyak mencecah separuh
meter, anda akan dapati penurunan laju pula. Untuk mengatasi masalah ketepatan meter
minyak ini, kumpulan SMKBes menginovasikan tolok minyak kepada meter digital. Komponen
utama projek ini adalah microcontroller PIC16877A. Prototaip ini berfungsi apabila bekalan
kuasa 12V dibekalkan kepada motor untuk memindahkan minyak dari tangki pertama ke
tangki kedua (proses penggunaan minyak oleh kenderaan). Semasa proses ini, pelampung
minyak akan menurun. Microcontroller akan berfungsi dan menghantar output kepada 7-
segment display yang memaparkan kuantiti minyak sebenar di dalam tangki.
30
PETAMA – PERMAINAN PETA MALAYSIA
KETUA PENYELIDIK
Ahmad Zaki Bin Abdul Kasli, SMK Dato’ Ali Mohd Sharifuddin
Abstrak
Permainan Peta Malaysia (PETAMA) dihasilkan untuk meningkatkan tahap kemahiran murid
berkaitan peta Malaysia. Inovasi ini tercipta secara langsung semasa mengajar tajuk lakaran
peta Malaysia. Dengan menggunakan beberapa contoh soalan berdasarkan peta Malaysia,
PETAMA dapat membantu murid menyatakan nama tempat dalam peta Malaysia dan penting
kepada murid yang merupakan warganegara Malaysia. Tambahan pula, terdapat video yang
tular di media sosial apabila ada sesetengah warganegara Malaysia yang tidak boleh
melabelkan atau menyatakan kedudukan negeri dalam peta Malaysia. Perkara ini sangatlah
serius sekiranya tidak diatasi semasa murid di sekolah.
PETAMA adalah satu kaedah PDPc dalam bentuk permainan yang diasaskan berdasarkan
inovasi yang sebelum ini iaitu Buzom Game. Selain itu, PETAMA disasarkan kepada semua
murid yang mempelajari mata pelajaran geografi sama ada peringkat menengah rendah atau
menengah atas dan juga meliputi aras kefahaman murid yang berbeza-beza iaitu tingkatan 1,
2,3,4 dan 5 meliputi KSSM dan juga KBSM. Kaedah ini sesuai digunakan kepada semua murid
yang mempelajari tajuk yang berdasarkan peta Malaysia.
PETAMA ini juga dapat membantu murid yang lemah, sederhana dan cemerlang untuk
meningkatkan pengetahuan dalam tajuk berkaitan peta Malaysia dengan betul dan mudah.
Bahan asas yang dihasilkan menggunakan modeling paper, digital printing dan digital sticker.
PETAMA dapat membantu murid menyelesaikan masalah dan memudahkan memahami
konsep serta meningkatkan kefahaman murid mengikut konstruk mengingat, memahami, dan
mengaplikasi terutamanya dalam perletakan negeri dan nama ibu negeri di Malaysia serta
soalan yang berkaitan dengan mata pelajaran geografi.
31
RG TRAINER VERSI 1
KETUA PENYELIDIK
Safinah Binti Ramli, Giatmara Kangar
Abstrak
RG TRAINER VERSI 1, Sebagai alat bantuan mengajar kepada Tenaga Pengajar dalam melatih
pelajar mencari titik refleksologi pada tapak kaki manusia seterusnya mengesan titik
rangsangan yang tepat pada badan berbanding secara manual. Kewujudan produk ini ekoran
dari masalah tenaga pengajar, para pelajar dan pegawai fisioterapi sukar mencari titik
refleksologi pada kaki manusia juga mengambil masa yang lama mengenalpasti titik
rangsangan yang tepat pada badan. Justeru, produk ini amat sesuai dengan objektif
pendidikan iaitu mendidik pelajar dengan kaedah yang lebih kreatif dan inovatif. Malah ia
adalah kaedah pembelajaran yg lebih mudah, cepat dan selesa. Berdasarkan kajian oleh
Interligent SPAS Malaysia berhasrat untuk mewujudkan 3540 pekerjaan dengan pendapatan
negara kasar sebanyak RM374.1 juta menjelang 2020, di bawah rancangannya untuk
mengembangkan industri ini sebagai sebahagian daripada bidang ekonomi utama
pelancongan. Ini membayangkan industri spa dan refleksologi yang rancak sebagai cara untuk
meningkatkan pendapatan dari pelancong dengan hasil tinggi. Berikutan daripada kenyataan
ini maka terciptalah RG Trainer versi 1 ini. Secara teknikal bagi produk ini, Casing diperbuat
daripada acrylic warna hitam yang lebih tahan kerana ketebalan 4mm. Gambarajah body
daripada kayu nipis yang dipasang pada kerangka besi kosong dan kotak paparan skrin
daripada PVC. Impak dari produk ini membawa kepada kualiti sosial iaitu mengurangkan
tekanan kepada pengajar dan pelajar sewaktu pembelajaran berlaku. Ia Juga telah
meningkatkan kualiti hidup di mana lebih praktikal sekaligus menjimatkan masa
, lebih efisyen, ergonomik, meningkatkan prestasi kerja bertepatan dengan kata kunci Press-N-
See
32
SMART MAP: TRADITIONAL FOOD OF PERLIS
KETUA PENYELIDIK
Balqis Binti Ahmad Shahar, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
An effective teaching and learning (PnP) process needs to be supported by effective facilities
and equipment towards comprehensive education. Thus this innovation aims to transform
traditional maps from static to dynamic maps. The main objective of this study is to provide
easy access to information on traditional food in the state of Perlis which is increasingly
forgotten and no longer exists. Augmented reality was used in making the smart map to
provide a livable and an interactive experience for the users and also to make the map easier
to access. While the data were obtained through questionnaires and interviews among the
people around the state of Perlis that differ in terms of social background. A total of 20
respondents were selected to participate in this study and based on the analysis of information
obtained, in terms of percentage shows the knowledge of the population on this traditional
food is very low. Traditional foods in the state of Perlis needs to be studied and further refined
so that students know the existence of this food and then give exposure to the people of Perlis
and the community in general.
33
PROVERB
KETUA PENYELIDIK
Nafisah Binti Abdullah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
34
1 MINI LEPAT LIAT FROZEN NORZIANA BINTI ABU SAMAH MUKA SURAT
SITI NUR SAFIAH BINTI NIZAM 35
2 EASY BRIX 36
MUHAMMAD NOOR IZAD
3 PASTA CHEESY BALL: AN ALTERNATIVE OF HEALTHY 37
FOOD CHOICE FOR KIDS NURUL NAJWA BINTI MAT ISA
QAYYIM SYAFIQ 38
4 CANDY DATE LUQMANUL HAKIM BIN ISMAIL 39
FATIN HANISAH BINTI ABD HAMID 40
5 OKARA PIE CRUST KASMAWATI ABU KASIM 41
NURDIYANAH FATIN BINTI RUSLAN 42
6 MARMALAD PITAYA NURAINA ALIA BINTI JASIN 43
SUHAILA BINTI ISHAK 44
7 SHOYU NUGGET 45
8 OnFoND: ONLINE FOOD NUTRIENTS DIARY
9 MUSHRAYA PATTY
10 LEKORZILLA KOREAN CHESSE
11 PADDY CRUJIDO
MINI LEPAT LIAT SAVOURY FROZEN
KETUA PENYELIDIK
Norziana Binti Abu Samah , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
Innovation is the creation, development and implementation of a new product, process or
service, with the aim of improving efficiency, effectiveness or competitive advantage. In oder
to promote requirement of innovation we decided to introduce Lepat Liat Savoury to the
public. In order to make a different version to rebranding and make it unique in promoting and
accepted by the public. This Lepat Liat Frozen has gone through the lab test and the result
shown that Mini Lepat Liat Savoury per 100g contain calories 243g protein, 4.5g carbohydrates,
and 6.0g fats. We conducted the research by distributing questionnaires in order to get a
response of market in accepting the changes of the product. The result shown, 11% disagrees,
22.22% not interested and 66.66% agreed Mini Lepat Liat Savoury can be commercialize into
the market. The conclusion is, we hope that our products can enter the market all over
Malaysia and known worldwide.
35
EASY BRIX
KETUA PENYELIDIK
Siti Nur Safiah Binti Nizam, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
Darjah Brix (simbol °Bx) adalah kandungan gula daripada larutan akueus. Satu darjah Brix
adalah bersamaan dengan 1 gram sukrosa dalam 100 gram larutan dan mewakili kekuatan
larutan tersebut sebagai peratusan mengikut berat (% w / w). °Bx digunakan secara meluas
dalam industri wain, gula, jus buah-buahan dan madu. Untuk menentukan °Bx bagi sesuatu
produk, para pelajar perlu membuat pengiraan yang agak rumit dan meperlukan masa yang
panjang untuk menyelesaikannya. Oleh itu, aplikasi Easy Brix ini dibina bagi memudahkan
pelajar mendapatkan nilai °Bx dengan tepat dan dalam jangkamasa yang lebih singkat. Selain
itu, sistem ini juga boleh digunakan oleh pensyarah dan pelajar pada bila-bila masa.
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, hampir kesemua responden mengalami masalah
untuk menghafal formula bagi pengiraan Brix. Selain itu, mereka juga tidak dapat membuat
pengiraan Brix dengan cepat dan tidak pasti sama ada pengiraan yang dibuat adalah tepat atau
sebaliknya. Setelah menggunakan Easy Brix ini, responden mendapat jawapan yang cepat dan
tepat dengan lebih mudah.
36
PASTA CHEESY BALL: AN ALTERNATIVE OF
HEALTHY FOOD CHOICE FOR KIDS
KETUA PENYELIDIK
Muhammad Noor Izad Bin Zailani, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
Pada masa ini, produk makanan yang diproses beku boleh didapati dengan mudah dari mana-mana pusat
membeli-belah, pasar raya atau kedai sejuk beku di Malaysia. Kepelbagaian pilihan makanan sejuk beku
telah diproses di pasaran telah menarik perhatian pengguna yang sibuk untuk lebih cenderung memilih dan
menjadikannya sebagai makanan harian disebabkan oleh kesuntukan masa. Manusia memerlukan makanan
yang seimbang dan sihat untuk mendorong pertumbuhan dan mengekalkan status kesihatan yang baik.
Memilih pilihan produk makanan sejuk beku yang salah yang mengandungi diet dan pemakanan yang tidak
seimbang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan. Obesiti adalah salah satu masalah kesihatan yang
muncul sebagai kesan jangka panjang akibat pengambilan makanan sejuk beku yang tidak sihat sebagai diet
harian. Objektif inovasi ini adalah untuk mencipta makanan sejuk beku yang diproses dan mengandungi
khasiat lengkap sebagai diet harian serta bersesuaian dimakan oleh pelbagai pengguna. Selain itu, ia turut
dapat menjadi variasi baru bagi produk makanan sejuk beku terproses yang sedia ada di pasaran pada hari
ini, di mana mampu membawa kelebihan daya saing dalam industri makanan serta memberikan pilihan yang
baik bagi pengguna untuk memiliki makanan yang sihat dalam jangka waktu yang singkat tanpa membuang
dan menghabiskan waktu yang lama untuk menyediakan makanan. Pasta Cheesy Ball ini mengandungi
nutrien lengkap seperti protein, karbohidrat, kalsium, vitamin dan serat makanan. Saiz Pasta Cheesy Ball
direka untuk memenuhi keperluan pengguna dan sesuai untuk golongan kanak-kanak di mana ia
menawarkan ciri-ciri mudah dipegang. Pasta Cheesy Ball dihasilkan dalam bentuk sejuk beku untuk memberi
kemudahan kepada pengguna bagi proses menyimpanan sebagai stok dan bertanggungjawab untuk
memanjangkan jangka hayat produk. Pengujian dari segi saiz, tekstur, rasa dan penampilan fizikal produk
makanan telah dilakukan semasa proses pembangunan produk. Sampel makanan telah diedarkan dengan
tinjauan soal selidik secara rawak untuk mendapatkan tindak balas terhadap tahap penerimaan pengguna.
Soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu kualiti makanan, penerimaan dan pengkomersialan. Hasil
kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 80% pengguna bersetuju dengan rasa dan kesesuaian saiz,
dimana mempunyai rasa yang enak dan mengekalkan rasa tempatan yang asli serta mudah untuk dipegang.
Dari segi penyediaannya, lebih daripada 90% bersetuju bahawa ia mudah disediakan dan dapat
mengurangkan masa penyediaan. Selain itu, pengkomersialan produk menunjukkan bahawa lebih daripada
90% responden turut bersetuju bahawa produk tersebut sesuai untuk berada di pasaran Malaysia yang
boleh diletakkan di pasar raya. Kemudian, 74% responden juga percaya bahawa produk ini dapat menarik
perhatian golongan pengguna yang mementingkan kesihatan. Dari segi kebolehpasaran dan
pengkomersialan,
Pasta Cheesy Ball dilihat sebagai pilihan
yang baik untuk mana-mana pengguna
yang sibuk atau golongan pengguna yang
lebih mementingkan makanan sihat.
Pasta Cheesy Ball dipercayai dapat menembusi
pasaran produk makanan terproses sejuk beku
sedia ada, ini disebabkan oleh kerana ketiadaan
produk pasta di pasaran yang mempunyai
keistimewaan sebegini.
37
CANDY DATE
KETUA PENYELIDIK
Nurul Najwa Binti Mat Isa, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
Candy Date merupakan kandi yang diperbuat daripada buah kurma, oat dan coklat gelap.
Penghasilan Candy Date ini adalah bertujuan untuk mempelbagaikan snek yang menggunakan
bahan buah kurma. Selain itu, kandi ini tidak mengandungi gula tambahan dan memilik
gluten. Walaupun kita sedia maklum bahawa buah kurma ini kurang digemari di kalangan
kanak- kanak dan remaja. Kemudian, kami melakukan beberapa inovasi dengan mengubah
buah kurma menjadi Candy Date. Candy Date ini dicipta agar dapat menarik perhatian kanak-
kanak dan remaja yang kurang mengemari buah kurma. penghasilan Candy Date ini juga dapat
mengurangkan pembaziran yang dilakukan oleh kanak- kanak dan dewasa. Untuk
menghasilkan Candy Date ini ialah kurma dipisahkan dari biji dan direndam ke dalam air panas
sehingga kembang.Selain itu, badam serta oat dikisar sehingga halus. Seterusnya kurma dikisar
bersama badam dan oat yang dihancurkan. Kemudian, bentukkan ke dalam acuan coklat dan
membuat salutan coklat. Penghasilan inovasi ini dapat menarik minat kanak- kanak dan
remaja yang mengenai buah kurma. Hasil inovasi ini juga dapat dijadikan snek yang berkhasiat,
kanak- kanak dan remaja dapat menerima daripada buah kurma dan oat secara tidak langsung.
Penghasilan Candy Date ini juga dapat mengurangkan pengambilan snek yang memudaratkan
diri. Produk ini dilihat berpotensi untuk dipasarkan ke pasaran tempatan dan juga
antarabangsa. Menghasilkan produk yang lebih menarik perhatian kanak- kanak dan remaja.
Contohnya, memperbanyakkan bentuk seperti bulat, bunga atau love. Selain itu, dapat
dipelbagaikan dengan perisa seperti strawberi, oren atau epal. Kesimpulannya, kami dapat
menghasilkan produk Candy Date ini dengan baik, kami juga dapat mengenalpasti masalah
yang berlaku dan tercetuslah idea ini untuk mengasilkan produk Candy Date yang berkhasiat
ini. Selain itu, kita semua hendaklah mempunyai keberanian diri untuk mencuba dalam
menghasilkan sesuatu yang baru supaya dapat memajukan negara.
38
OKARA PIE CRUST
KETUA PENYELIDIK
Qayyim Syafiq Bin Kamal, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
39
MARMALAD PITAYA
KETUA PENYELIDIK
Luqmanul Hakim Bin Ismail, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
40
SHOYU NUGGET
KETUA PENYELIDIK
Fatin Hanisah Binti Abd Hamid , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak
Makanan berasaskan kacang soya terkenal diAsia sejak beribu tahun dahulu dan ia tidak hanya
diiktiraf sebagai makanan tradisi tetapi mempunyai potensi untuk kesihatan. Mengikut
Peraturan Makanan 1985: Peraturan ke-357 menyatakan susu kacang soya hanyalah minuman
ringan yang diperbuat melalui pengekstrakan daripada kacang soya (dikenali Glycine max).
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kadar penggunaan produk
hampas kacang soya dan mengkaji kadar penerimaannya di kalangan penguna. Ubahsuai
penggunaan hampas kacang soya telah di maksimumkan dengan menghasilkan inovasi produk
fozen yang diberi nama shoyu nugget. Shoyu nugget ialah gabungan antara hampas kacang
soya dengan beberapa jenis sayur dan tepung. Misi utama penghasilan produk ini adalah
untuk menarik minat masyarakat setempat untuk memakan makanan sihat dan berkhasiat
disamping mengurangkan kadar pembuangan hampas kacang soya. Selain itu, inovasi produk
ini merupakan langkah awal bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan
pengambilan pemakanan yang seimbang di negara ini.
41
OnFoND : Online Food Nutrients Diary
KETUA PENYELIDIK
Kasmawati Binti Abu Kasim, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
OnFoND: Online Food Nutrients Diary adalah sistem buku harian nutrisi makanan dalam talian
untuk kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Arau menyimpan catatan harian permakanan
mereka. OnFoND boleh digunakan untuk mengawasi pengambilan makanan dan memastikan
pengguna mendapat cukup nutrien yang betul. Ini adalah kaedah untuk mengesan
pengambilan kalori dan boleh berguna untuk menurunkan dan menambah berat badan. Salah
satu ciri OnFoND adalah buku harian yang selamat kerana tiada siapa dapat mengaksesnya
kecuali pengguna sendiri. Selain itu, data boleh diakses pada bila-bila masa pengguna
memerlukannya dan semua rekod disimpan dengan selamat di dalam pangkalan data
berasaskan SQL.
42
MUSHRAYA PATTY
KETUA PENYELIDIK
Nurdiyanah Fatin Binti Ruslan, Kolej Komuniti Arau
Abstrak
Mushraya Patty dihasilkan daripada gabungan tiga bahan utama iaitu sayur seperti cendawan,
bijian seperti Okara (hampas soya) dan buah iaitu Kulit Buah Naga. Idea penghasilan produk
ini tercetus apabila terdapat lebihan Okara dari kelas SPK 1024 Pemprosesan Hasilan Bijian
selepas pemprosesan produk hasilan kacang soya. Disamping itu, penggunaan kulit buah naga
juga tidak dioptimumkan sedangkan kandungan Dalam Kulit Buah Naga tersebut kaya dengan
nutrien dan antioksidan. Cendawan digunakan bagi memberi tekstur kenyal kepada produk ini.
Penghasilan produk ini mengadaptasi teknik pemprosesan Patty Vegan Burger yang terdapat di
pasaran dan diolah mengikut kesesuaian. Hasil produk ini menunjukkan rasa yang enak, bau
yang sedap, warna yang seakan patty daging kerana gabungan warna cendawan yang
berwarna coklat gelap dan Kulit Buah Naga yang berwarna merah. Cuma tekstur patty tidak
sekenyal patty yang diperbuat daripada daging. Kajian selanjutnya boleh dijalankan untuk
mengenalpasti jenis bahan lain yang mungkin lebih sesuai digunakan bagi memberi
kekenyalan yang lebih baik pada tekstur produk.
43