The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by piwahida, 2023-03-28 02:38:53

E-MIMBAR RAMADHAN 1444H-MAC 2023

MIMBAR RAMADHAN-MAC 2023 (1)

B I L . 5 7 - R A M A D H A N 1 4 4 4 H - M A C 2 0 2 3 EE- -MMI IMMBBAARR "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan AlQur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" -Surah Al-Baqarah ayat 185 ففووسستت إسسالالم ..


Dalam Wadah Malaysia Madani Ramadhan di USM sudah tidak asing lagi kepada semua kerana ia adalah tradisi budaya bergotong royong dalam mengimarahkan masjid, universiti dan kemanusiaan dengan nilai ukhwah, budaya berpasukan dan juga menyebarkan kemuliaan Ramadhan bermula sejak tahun 1983 hingga kini yang mencecah sambutan 40 tahun Masjid USM. Tanpa kita sedar, inilah yang memberi makna kepada sebuah kejayaan USM sebagai Universiti APEX pada tahun 2008 sebagai penarafan tertinggi universiti awam dalam Program Pemacuan Kecemerlangan (Accelarated Programme for Excellence) pada tahun 2008 oleh Kementerian Pengajian Tinggi. USM KAMI MEMIMPIN Sudah tentu ada rahsia dan ramuan keramat di sebalik kejayaan status APEX ini. Dan kejayaan tanpa pengorbanan serta dibina tanpa asas nilai yang kukuh boleh diibaratkan sebuah bangunan yang bakal roboh kerana tiada asas dan nilai kelestarian. Menjelang Ramadhan Al Mubarak kini, ramuan dan remidi dalam melahirkan insan terbaik sebagai bakat pemimpin masa depan yang selari dengan tagline “KAMI MEMIMPIN” semakin terserlah melalui penghayatan formula Ramadhan dalam membina keinsanan. Antara yang mendokong asas dan kecemerlangan USM secara berterusan ialah Rukun Nilai APEX. Dalam gabungan perkataan yang mudah difahami dan diingati maka QALBU ( ‘Qalbun Saleem’ @ Pureness of Heart, Amanah, Lisan, Bersih dan Ukhwah) telah dirancakkan melalui penghayatan ibadah dan budaya kerja berpasukan di USM ini serta lebih tertonjol dengan ketara ketika penghayatan Ramadhan Al Mubarak. Naib Canselor USM E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 2


Sebagai renungan Ramadhan Al Mubarak, marilah kita mengambil iktibar tamadun lampau dengan binaan yang gah seperti piramid di Mesir, tamadun Iram yang memiliki tian kukuh dan kuat, tamadun Aad yang mengukir gunung menjadi istana di Jordan serta tamadun awal dunia di Kedah Tua, India dan juga eropah, akhirnya ke manakah perginya ketamadunan yang diwariskan.? Apa yang masih berbaki? Bukankah yang tinggal hanya sejarah lampau dan nilai keinsanan sejagat sahaja yang boleh diukir dalam tinta sejarah kecemerlangan manusia.? Kebijaksanaan (WISDOM), kearifan dan berhemah dalam tindakan dan kehidupan. Mementingkan Kebenaran (TRUTH) dengan sentiasa berlaku adil, mempertahankan yang benar dan menolak yang batil. (QALBU) yang mempunyai kesucian hati, jujur, ikhlas, berdedikasi dan bertanggungjawab; Komunikasi - mempunyai kemahiran dalam komunikasi, telus dalam segala tindakan dan urusan dengan mementingkan kebersamaan, keterbukaan dan kesejahteraan. Kemanusiaan (HUMANITY) Kemanusiaan mempunyai nilai yang tinggi dengan sentiasa prihatin dan berperikemanusiaan. Keindahan (BEAUTY) - menjaga nilai keindahan estetika, menyenangkan dan membawa kesejahteraan. Kepentingan penghayatan 5 Rukun Nilai yang diperkenalkan sejak tahun 2015 juga dapat mensinergikan semua pendekatan nilai dalam institusi iaitu; 1. 2. 3. 4. 5. Rukun Nilai ini akan saling menyokong dan melengkapi 9 Teras APEX yang sedia ada. Hakikatnya rukun Nilai APEX dan juga Nilai MALAYSIA MADANI yang terdiri daripada 6 aspek (kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan) adalah instrumen inovasi dalam membangun visi serta suntikan nilai agar kualiti generasi masa depan bakal menjadi pemimpin yang lebih dibanggakan dalam kesejahteraan membina ketamadunan fizikal dan keinsanan yang diseimbangkan. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 3


STUDENT FUN di Bulan Ramadhan E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 4 PROFESOR DR. SHAHARUM SHAMSUDDIN PENGARAH KAMPUS KESIHATAN


Sujud syukur merupakan satu cara bersyukur kepada Allah kerana nikmat umur, sihat dan rezeki. Beramal di bulan Ramadhan adalah istimewa kerana ganjaran berganda dan ibadah sunat diganjari pahala fardhu. Janji Allah Taala dan janji Rasulullah SAW iaitu pahala berbuka puasa akan dapat sama seperti pahala orang berpuasa. Berbeza dengan duit di bank, apabila kita mengambil dan memberi kepada orang berkurangan tetapi dengan pahala berbuka mendapat seperti pahala berpuasa. Iktibar sahabat dari kisah baginda SAW ketika menaiki mimbar dan mengaminkan doa kecelakaan dengan 3 Amin. 1) siapa yang mendapat Ramadhan dan tidak diampunkan. 2) mendapat kemaafan dan keredhaan kedua ibu ayah serta insan insan lain untuk memohon maaf dan mendapat kemaafan. 3) jika mendengar selawat maka disusuli dengan selawat kepada baginda SAW. Memburu malam yang besar dan hebat iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 malam lailatul Qadar. Kita perlu Istiqamah untuk mendapat kelebihan malam lailatul Qadar. Semoga kita mendapat keberkatan dan mendapat iktibar serta niat yang terbaik untuk mendapat kehebatan Ramadhan kali ini. Semoga semua diberkati Allah. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 5 Prof. Dr. Nor Azazi Zakaria Pengarah Kampus Kejuruteraan Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. R A M A D H A N R A M A D H A N


Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah: Ibadah puasa mempunyai banyak kelebihan dan manfaat yang dapat diamalkan oleh setiap individu. Terdapat sesetengah individu menjadikan Ramadhan peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah, melakukan amal kebajikan, bersedekah dan tak terkecuali ada yang ingin menjadikan Ramadhan sebagai batu loncatan ke arah perubahan diri. Kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit. Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik. Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda. Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman. Berat Badan E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 6


Bagaimana pula dengan Rahim Ramadhan yakni kasih sayang Ramadhan buat orang Mukmin sahaja?. Melalui semua pakej ibadah untuk mempertingkatkan martabat muslim dan mukmin hingga ke darjat tertinggi di kalangan para hamba iaitu taqwa sepertimana mesej ilahi Surah Al Baqarah ayat 183: yang bermaksud (Wahai orang beriman, difardhukan ke atas kamu berpuasa seperti umat sebelum kamu, mudah mudahan kamu bertakwa). Allah SWT bukanlah bermaksud mendera dan menyiksa muslim berpuasa melalui lapar dan dahaga namun falsafah ibadah ini ialah wujudnya kasih sayang Allah kepada mukmin berpuasa agar menghayati rasa lapar dahaga sesama makhluk lain secara mendalam serta memanistasikan rasa ihsan dan berkasihan belas kepada manusia dan makhluk yang lain. Benar sabda Nabi Muhammad SAW bahawa (bagi yang berpuasa ada 2 kegembiraan, bergembira ketika berbuka dan bergembira ketika bertemu Allah di akhirat kelak). Kenapa Allah berkehendak untuk kita bergembira ketika bertemuNya di akhirat? Sudah tentu kerana bagi muslim yang berpuasa akan memasuki syurga melalui Pintu Ar Rayyan iaitu pintu yang dikhaskan buat hamba yang berpuasa. Ramadhan adalah bulan rahmat Allah yang Maha Luas yang dihayati oleh semua manusia di alam ini. Tidak kira samada muslim mahupun non-muslim tetap meraikan Ramadhan melalui cara tersendiri. Sebagai inspirasi semua, Profesor Lee Kiat Tong seorang pensyarah terkenal di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM adalah seorang penyumbang tetap secara konsisten ke Tabung Aktiviti Ramadhan sejak dulu lagi. Namun jika ditanya kenapa? Jawapan beliau mudah sahaja kerana bulan ini Pusat Islam memasak dan menjamu makan semua pelajar di masjid-masjid USM di semua kampus tidak kira samada muslim mahupun none muslim. Inilah salah satu inspirasi rahman yakni Kasih Sayang Allah yang meliputi semua makhlukNya tanpa mengira agama dan bangsa di dunia ini. Tn. Hj. Mohammad Shukri Osman Pengarah Pusat Islam USM Rahman & Rahim Semoga rahman Allah kepada semua manusia dan rahim Allah khas untuk muslim melalui ibadah Ramadhan ini akan mensejahterakan USM khasnya dan Malaysia amnya melalui rahman dan rahim Ramadhan tahun ini. Semoga rahman Allah kepada semua manusia dan rahim Allah khas untuk muslim melalui ibadah Ramadhan ini akan mensejahterakan USM khasnya dan Malaysia amnya melalui rahman dan rahim Ramadhan tahun ini. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 7


uatu ketika para sahabat berada di dalam masjid bersama Rasulullah saw, datang seorang badwi lalu kencing di ruang masjid. Para sahabat cuba menghalang namun ditegah oleh Rasulullah saw sehingga selesai badwi itu menunaikan hajatnya. Lalu Rasulullah saw menegur badwi tersebut dengan menerangkan bahawa masjid adalah tempat suci bukan tempat untuk dikotori. Kisah ini memberi satu mesej tentang bagaimana seorang pemimpin di masjid harus bertindak apabila berdepan dengan situasi yang tegang seperti ini. Menurut Ibn Taimiyyah, seseorang yang melaksanakan seruan kebaikan dan mencegah kemungkaran perlu ada padanya tiga perkara iaitu ilmu, sifat lemah lembut dan sifat sabar. Daripada ilmu datangnya kebijaksanaan dalam bertindak. Bayangkan jika badwi itu tibatiba lari sedang beliau belum selesai kencing, pastilah kemudaratan yang lebih besar akan berlaku. Begitulah dalam tindakan seorang yang berilmu dia menjangkakan kesan akibat daripada sesuatu perbuatan sebelum perbuatan itu dilaksanakan. Masjid membawa imej agama yang bersih, sejahtera dan selamat. Masjid yang mesra jemaah adalah cerminan dari masyarakat yang prihatin, bertanggungjawab serta bijaksana. Seorang pengurus masjid juga perlulah berfikiran terbuka menerima kritikan dan pandangan serta bersedia membuat perubahan yang lebih baik. Ini kerana para jemaah sentiasa mengharapkan sesuatu yang istimewa dalam rumah Allah selain ketenangan beribadah. Masjid perlulah menyediakan kemudahan2 awam yang selesa bagi menarik orang datang ke masjid. Masjid membawa imej agama yang bersih, sejahtera dan selamat. Masjid yang mesra jemaah adalah cerminan dari masyarakat yang prihatin, bertanggungjawab serta bijaksana. Dengan kecintaan yang tinggi kepada rumah Allah, setiap orang pastikan inginkan masjid mereka dikenali kerana hebat pengurusannya, lengkap kemudahannya serta indah dan tenang saat menziarahinya. Inilah ciri masjid mesra jemaah yang dinantinanti. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 8 Dalam masa yang sama sifat lemah lembut dan sabar menjadi pakaian bagi orang yang menjaga rumah Allah agar memelihara segala adab di dalamnya. Malah seorang pengurus masjid sentiasa menjadi perhatian atas tindakannya bagi pengunjung yang pelbagai tahap pemikiran mereka. Maka sebab itulah penting agar sifat lemash lembut dan sabar ada dalam diri para pengurus masjid. S Oleh: Ust. Zayd Zhari Timb. Pengarah Pusat Islam Sektor


Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah) E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 9 Oleh: Ustzh. Amira Sattar Timbalan Pengarah KAMPUS


Berakhirnya Ramadhan.. Berakhirnya Ramadhan.. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 1 0 Oleh: Ustzh. NorFadhilah Wahabkampus Timbalan Pengarah Mandi sunat hari raya Menjamah makanan sebelum keluar ke masjid Memperbanyakkan takbir Mengucapkan selawat dan mendoakan antara satu sama lain Memakai pakaian terbaik yang ada Berjalan kaki ke masjid dan melalui jalan yang berbeza pergi dan balik Menunaikan solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah Berziarah dan merapatkan hubungan baik dan ukhwah sesama muslim Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal Meneruskan amalan yang dilakukan semasa bulan Ramadhan khususnya qiyamulai


HADHANAH TRANSIT Ramadhan tiba lagi bagi tahun 1444H bersamaan 2023M. Jawatankuasa Induk Aktiviti Ramadhan melalui Sektor Pendidikan dan Kesejahteraan Keluarga Pusat Islam dalam usaha membantu ibu bapa dan waris yang ingin mengerjakan solat tarawih di Masjid al-Malik Khalid USM dengan menghantar anakanak yang berusia 3 tahun sehingga 6 tahun bermula jam 8.30 mlm sehingga 10.30 malam di Tadika Islam Pusat Islam USM. MASJID USM MESRA JEMAAH Oleh:Ust.IswandiAbdulMokmin PenolongPengarahKanan Sektor E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 1 1 Program ini dijalankan agar ibu bapa dapat mengerjakan ibadah dalam keadaan tenang dan khusyuk kerana anak-anak mereka akan diasuh dan dijaga oleh pengasuh yang berpengalaman. Terdapat 12 orang pengasuh yang bertugas sepanjang bulan Ramadhan dan 3 orang yang bertugas pada setiap hari. Kanak--kanak yang hadir turut diberikan beberapa aktiviti pembelajaran di samping jamuan ringan berupa roti dan air. Semoga dengan adanya Hadhanah Transit Ramadhan ini dapat menyemarakkan lagi aktiviti di Masjid Al-Malik Khalid di bulan yang mulia ini.


01 02 03 WAKTU PERKHIDMATAN BULAN RAMADHAN 8.30 - 10.30 MALAM MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: UST. ISWANDI ABDUL MOKMIN (010-4622468) CIKGU RAFIDAH RIDZWAN (012-4633976) E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 1 2


“Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa sempat dengan kedua orang tuanya tetapi tidak berlaku baik kepada meraka. Kemudian dia meninggal maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat kepadaku, maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin” Ibadah Puasa Ramadhan merupakan sebuah anugerah tuhan kepada seluruh manusia. Melalui pensyariatan ibadah ini, pelbagai kelebihan dan kenikmatan dapat dirasai oleh segenap manusia samaada mengenai peningkatan ekonomi, juadah istimewa, penjagaan kesihatan, peningkatan ibadah, tadarus al- quran dan pelbagai lagi aktiviti yang dapat dilakukan di bulan mulia ini. Bagi mereka yang beriman sudah pasti ternanti-nanti bulan ini kerana mereka ingin melakukan ibadah sebanyak mungkin, manakala mereka yang sebaliknya, sudah pasti ingin memperolehi keuntungan keduniaan berlipat ganda. Walau apa pun niat seseorang, pastikan kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang rugi di bulan suci ini. Beberapa hadis dan sirah boleh dijadikan sandaran untuk kita sentiasa berwaspada dalam melayari bulan yang mulia lagi berkat. Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 1 3 kampus Oleh: Ust. Mohd Mohsin Sirun Penolong Pengarah Kanan


DAKWAH D I G I T A L I S A S I Konten dakwah yang mudah dan ringkas menjadi minat dan keutamaan generasi terkini menjadikan dunia dakwah menjadi penuh warna dan menarik. Keperluan platform digital dalam dunia dakwah pada zaman ini menjadi kemestian berikutan penggunaan media sosial yang amat meluas terutamanya anak muda zaman sekarang dan generasi yang akan datang. Banyak dakwah pendek yang siarkan di facebook, tiktok dan Instagram menjadi mudah didengari dan dihayati oleh pengguna media social menjadikan dakwah dapat disebarluaskan tanpa sempadan. Rata-rata pendakwah telah ramai mewujudkan akaun media sosial sebagai salah satu pentas dakwah selain daripada berkuliah di masjid dan bersemuka. Selain itu, kutipan infaq, wakaf, sumbangan, derma dan sebagainya menggunakan platform digital dapat memudahkan capaian kepada pengguna media sosial walaupun tidak berada dalam satu-satu kariah atau tempat yang sama. Sebagai contoh iklan infaq sesebuah masjid yang berada di negeri Pulau Pinang juga dan dicapai dan ditonton oleh penyumbang daripada mereka yang berada di negeri Johor atau negeri yang lain dan platform digital ini. Oleh itu, menjadi keperluan untuk dakwah dan sebaran hal ehwal islam ini harus diperluaskan melalui saluran digital mengikut keperluan semasa dan relevan untuk keperluan dunia masa kini. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 1 4 Oleh: Ust. Nukman Ahmad Zakir Penolong Pengarah Kanan sektor


Meningkatkan modal insan dalam menjaga kebajikan warga USM Memberi manfaat kepada warga USM terutama dalam aspek kewangan Menyalurkan bantuan kepada warga USM yang kurang berkemampuan dalam kalangan asnaf Menjalankan aktiviti dakwah dan promosi bagi meningkatkan kesedaran umat Islam tentang berzakat Memperkasakan pengurusan zakat USM Tanggal pada 31 Januari 2020, Pejabat Zakat, Waqaf dan Infaq USM telah distrukturkan semula di bawah Pusat Islam USM. Kini pejabat tersebut telah dijelmakan semula dengan identitinya yang baharu iaitu Sektor Zakat, Kecemerlangan Perkhidmatan & Korporat Pusat Islam USM. Sektor ini digerakkan oleh seorang Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam dan 7 orang staf pelaksana termasuk di Kampus IPPT dan Kejuruteraan. Sektor ini telah menjalankan operasinya dalam skop yang merangkumi hal ehwal zakat pelajar, perkhidmatan Pusat Islam USM dan Koperasi yang telah mendapatkan sijil pengesahan penubuhannya pada 5 Ogos 2020 Manakala Waqaf pula telah diselaraskan di bawah Sektor Masjid dan Masyarakat dengan identitinya yang baharu iaitu Sektor Pembangunan Masjid & Waqaf Pusat Islam USM. Infaq pula telah diselaraskan di bawah Sektor Pendidikan Pusat Islam USM. Pusat Islam USM komited untuk melaksanakan pelan strategik dan hala tuju yang mantap ke arah merealisasikan hasrat dan matlamat sesuai dengan peranannya sebagai satu-satunya Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang diamanahkan untuk menguruskan hal ehwal Keagamaan di Universiti Sains Malaysia. Sektor Zakat, Kecemerlangan Perkhidmatan & Korporat menguruskan 2 tabung utama : 1. Tabung Zakat Pulau Pinang Melaksanakan pengagihan zakat berdasarkan perjanjian antara USM dengan Pusat Urus Zakat P. Pinang, iaitu, USM hanya dibenarkan untuk mengagihkan zakat kepada 4 daripada 8 asnaf sahaja iaitu Faqir, Miskin, Fisabilillah & Muallaf) 2. Tabung Zakat Korporat Melaksanakan pengagihan zakat berdasarkan Manual Pengurusan Agihan Zakat Korporat Pusat Islam USM yang mengagihkan zakat kepada 8 Asnaf. Faqir - 707 Miskin - 565 Fisabillah - 91 Muallaf - 2 Kutipan Zakat P. Pinang 2022 = RM 3,042,966.41 50% pengembalian semula (RM 1,521,483.20) Agihan Zakat P. Pinang 2022 = RM 1,505,700 Jumlah Asnaf Pelajar USM : 1365 Kutipan Zakat Korporat 2022 = RM 957,780.25 Agihan Zakat Korporat 2022 = RM 314,603.78 ·Rahmah ·Prihatin ·Baitul Hikmah ·Yuran Pengajian ·Yuran Desasiswa ·Bantuan Program/Aktiviti Skim Zakat@Pusat Islam USM Gerak Keusahawanan Halal Asnaf Keinsanan Peserta Tilawah Sukarelawan Sara Hidup Khas Bantuan Zakat Sara Hidup Bantuan Perubatan E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 1 5 SEKTOR Oleh: Ust. Mohd Fakrur Amirul M. Rodzi - Penolong Pengarah


Bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi merupakan bulan di mana turunnya al-Quran, sebuah kitab suci dan merupakan mukjizat paling agung yang diterima oleh Rasullulah S.A.W sebagai wahyu dari Allah S.W.T Kitab ini juga dijanjikan oleh Rasulullah bahawa sesiapa yang berpegang teguh, beriman, menjadikan ia sebagai panduan dan pedoman serta mengamalkan segala isi kandungannya, maka akan terhindar dari kesesatan selama mana ia berbuat demikian. Dalam kita bermuamalah dengan al-Quran, ada beberapa hak yang perlu kita patuhi dan penuhi. Antaranya ialah hak untuk diterima dan difahami. Kita wajib menerima bahawa Al Quran ini adalah wahyu daripada Allah S.W.T dan perlu beriman dengannya manakala untuk beramal dengan isi kandungan al Quran, ia terlebih dahulu perlu difahami dengan kefahaman yang sebenar agar segala apa yang diperintahkan oleh Allah sama ada dalam bentuk arahan ataupun larangan, dapat dilaksanakan dengan benar dan tidak terpesong. KELEBIHAN BACAAN AL-QURAN Seterusnya ialah hak untuk dibaca dan diterjemahkan. Terdapat banyak hadis yang menyatakan betapa besarnya pahala bagi mereka yang melazimi pembacaan al-Quran meskipun dalam keadaan merangkak dan tergagap-gagap. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W menyebut “Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran bersama alSafarah al-Kiram al-Bararah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran”. Umum mengetahui bahawa al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab, jadi dalam usaha untuk memberi faham makna al-Quran kepada mereka yang ‘ajam, maka ia perlu menjalani proses terjemahan dan penafsiran agar semua orang dapat menghayati dan memahami isi kandungan al-Quran. Selain itu, al-Quran wajib untuk dilindungi dan dipelihara daripada sebarang bentuk penghinaan dan usaha untuk merosakkan isi kandungannya. Jika kita lihat, kitab kitab samawi yang lain sudahpun diolah dan diubah isi kandungannya sesuai dengan kehendak dan hawa nafsu mereka yang mempunyai kepentingan berbuat demikian. Meskipun dinyatakan bahawa al-Quran akan dijaga dan dipelihara oleh Allah di dalam firmannya “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya” (al Hijr:9), sebagai seorang muslim, kita tetap perlu berusaha sebaik mungkin menjaga dan memelihara kesucian al-Quran sebagai tanda cinta kepada kitab suci tersebut. Segala bentuk perlekehan, penghinaan dan perbuatan mempersendakan al-Quran wajar untuk ditentang dan dikutuk oleh semua masyarakat Muslim. Sebagai contoh, baru baru ini kita digemparkan dengan insiden pembakaran al-Quran yang dilakukan oleh oleh seorang ahli politik Sweden, insiden tersebut dikecam hebat oleh negara negara Islam seluruh dunia. DILINDUNGI DAN DIPELIHARA E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 1 6 Oleh: Ust. Muhammad Aliff AbdulLatif Penolong Pengarah KAMPUS Sebagai kesimpulan, Al-Quran mempunyai kedudukan yang tersendiri dan wajib dihormati dalam Islam. Sebagai seorang muslim yang benar, kita wajar menjadikannya sebagai panduan dan membudanyakannya dalam kehidupan seharian. Jadikanlah pembacaan al-Quran ini sebagai amalan harian diri kita dan semua ahli keluarga. Hayati, fahami dan beramallah dengan isi kandungan al-Quran dengan sebaiknya. Sebagai kesimpulan, Al-Quran mempunyai kedudukan yang tersendiri dan wajib dihormati dalam Islam. Sebagai seorang muslim yang benar, kita wajar menjadikannya sebagai panduan dan membudanyakannya dalam kehidupan seharian. Jadikanlah pembacaan al-Quran ini sebagai amalan harian diri kita dan semua ahli keluarga. Hayati, fahami dan beramallah dengan isi kandungan al-Quran dengan sebaiknya.


Satu doa pernah Rasul angkat Satu doa pernah Rasul pahat Di keberadaan bulan Rejab Anas bin Malik RA berkata: َنا ِفي َرَمَضاَن َنا ِفي َرَجٍب َوَشْعَباَن، َوَبا ِرْك َل اللُهَّم َبا ِرْك َل Bulan ketujuh terpahat ingat Padanya dikurnia anugerah mukjizat Rasul SAW jadi tamu AlLah Maha Hebat Walau di bumi dakwah ditolak Dilempar batu putra jahat Warga Thaif menolak dengan khianat Rejab dan solat bagai melekat Dihadiahi solat malam isra' mikraj Ibadat solat ibadat mendekat Hina hamba bisa diangkat Pabila khusyuk bajai solat Solat yang wajib ataupun yang sunat Tidak seperti semua ibadat Disampai titah lewat malaikat Ibadat solat Rasul dijemput mengadap Solat itu ibadat mendekat Tiap patah kata terucap Didengar dan AlLah terus menjawab Diikuti diketahui semua penghuni langit Betapa solat mikraj terhebat Rahsia Rejab tersimpan pada malam Isra' Mikraj yang mengkagumkan Rahsia Sya'ban tertanam pada malam Nisfu Sya'ban yang sentiasa dinantikan Rahsia Ramadhan terkhazanah pada malam Lailatul Qadar terdapat seluruhnya segala keberkatan Buat kita hamba yang sentiasa dambakan Rahmat dan kasih sayang Allah itu diimpikan. “Rasulullah SAW berdoa sebaik sahaja datangnya bulan Rejab." Maksudnya: “Ya Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadhan” Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (2346) E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 1 7 KAMPUS Oleh: Ust. Muhammad Adli Rozak Pen. Peg. Hal Ehwal Islam


ْرَحُمْوَن" " َّل ُكْم ُت َلَع ُقواَهّٰللا َّت ْلُمْؤِمُنْوَن ِاْخَوٌة َف َاْصِل ُحْوا َبْيَن َاَخَوْي ُكْم َوا َما ا َّن ِ Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” Peluang ini perlulah dimanfaatkan dengan pembinaan hubungan yang baik. Jika ada yang keruh, maka jernihkanlah dengan kemaafan. Hubungan yang dibina secara berterusan akan menjadikan hubungan sesama saudara seislam akan lebih kukuh dan saling tidak terputus. Bak kata pepatah “air dicincang, takkan putus”. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 1 8 Maka ayat diatas jelas menerangkan kepada kita bahawa pengukuhan silturrahim perlu di eratkan. Syawal merupakan medan terbaik bagi umat Islam membina hubungan yang utuh terutamanya kepada ahli keluarga yang jauh di perantauan untuk pulang ke desa bagi meraikan hari perayaan bersama ibubapa di kampung. Oleh: Ust. Mohammad Yazid Mat Johari Pen. Peg. Hal Ehwal Islam SEKTOR


1 2 3 4 Menjaga aurat, tidak berhiashias (tabarruj) dan memelihara pandangan. Tidak memakai wangiwangian Mendapat keizinan suami. Tiada percampuran lelaki dan perempuan serta segera pulang ke rumah setelah selesai solat. Tempat yang terbaik bagi wanita adalah di rumah namun dalam masa yang sama, Islam tidak menghalang wanita untuk ke masjid. Tetapi, perlu diingatkan bahawa terdapat garis panduan atau syaratsyarat yang perlu dipenuhi oleh wanita Muslimah untuk keluar menghadiri solat tarawih di masjid. Antaranya adalah: Allah SWT berfirman: “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya…” (Surah An-Nur: 31) SEKTOR Oleh: Ustzh. Nur Hanani Yazi Pen. Peg. Hal Ehwal Islam E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 1 9


ZAKAT FITRAH FATWA ZAKAT FITRAH DEFINISI ZAKAT FITRAH TEMPOH ZAKAT FITRAH Zakat Fitrah merupakan zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap individu Muslim yang mampu pada bulan Ramadan atau sebelum hari raya Idul Fitri berdasarkan syarat wajib zakat. Zakat Fitrah boleh diberikan dalam bentuk makanan seperti beras, jagung, gandum, atau sejenisnya, ataupun wang dengan jumlah tertentu. Jumlah zakat fitrah yang dikeluarkan adalah sebesar satu sha' (sekitar 3 liter) dari makanan yang umum dikonsumsi di daerah setempat atau setara dengan nilai wang dari makanan tersebut. Zakat Fitrah bertujuan untuk membersihkan jiwa dan memperbaiki hubungan sosial antara muzakki (orang yang berzakat) dan asnaf (orang yang layak menerima zakat). Asal kadar zakat fitrah ialah satu gantang yang nilainya 2.751kg menurut Dr. Wahbah Al-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh Al-Islami wa Adillatuh dan 3.8kg menurut mazhab Hanafi. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahariakhir Ramadhan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-60 yang bersidang pada 23 Oktober 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat berikut: Terbenam matahari akhir hari Ramadhan (Maghrib) sehingga terbit matahari satu Syawal. Iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri. Bermula 1 Ramadhan hingga akhir Selepas solat hari raya Aidil Fitri hingga terbenam matahari satu Syawal. Selepas terbenam matahari satu Syawal. WAKTU WAJIB WAKTU AFDHAL WAKTU SUNAT WAKTU MAKRUH WAKTU HARAM KADAR ZAKAT FITRAH Menurut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-57 bertarikh 10 Jun 2003 menyatakan seperti berikut: 1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat oleh pihak BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang bersamaan 2.60 kg. 2. Bagi Sabah dan Sarawak pula, harga telah ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Vietnam White bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad yang bersamaan 2.70kg. FATWA ZAKAT FITRAH E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 2 0 Oleh: Ust. NorFakhry Shahir Norzilan Pen. Peg. Hal Ehwal Islam SEKTOR


Mandi Sunat Aidilfitri Disunatkan untuk mandi seperti lafaz niat berikut : لله َتَعاىَل َنَوْيُت الُغْسَل ِلَعيِد الِفطِر ُسّنًة “Sahaja aku mandi sunat Hari Raya Aidilfitri kerana Allah Ta’ala”. Mandi Sunat Aidilfitri Disunatkan untuk mandi seperti lafaz niat berikut : لله َتَعاىَل َنَوْيُت الُغْسَل ِلَعيِد الِفطِر ُسّنًة “Sahaja aku mandi sunat Hari Raya Aidilfitri kerana Allah Ta’ala”. Memakai Pakaian Terbaik Umat Islam digalakkan memakai pakaian yang terbaik sebagai tanda meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. “Rasulullah s.a.w menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya” Hadis Riwayat Al-Hakim Memakai Pakaian Terbaik Umat Islam digalakkan memakai pakaian yang terbaik sebagai tanda meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. “Rasulullah s.a.w menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya” Hadis Riwayat Al-Hakim Melazimi Takbir Raya Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan takbir selepas Solat Maghrib pada malam raya sehingga selesai solat Sunat Aidilfitri Melazimi Takbir Raya Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan takbir selepas Solat Maghrib pada malam raya sehingga selesai solat Sunat Aidilfitri Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri Ibnu Abbas r.a berkata: “Rasulullah S.A.W telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat sunat dua rakaat. Baginda tidak mengerjakan sebarang solat sebelum dan sesudahnya.” (Riwayat Bukhari) Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri Ibnu Abbas r.a berkata: “Rasulullah S.A.W telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat sunat dua rakaat. Baginda tidak mengerjakan sebarang solat sebelum dan sesudahnya.” (Riwayat Bukhari) Berjalan Kaki Menuju Ke Masjid Bawa seisi keluarga menuju ke masjid. Ini bagi menghidupkan syiar Islam selain mendidik anak sedari kecil. “Termasuk sunnah iaitu engkau berjalan kaki menuju tempat solat hari raya dan makan sesuatu sebelum berangkat.” Berjalan Kaki Menuju Ke Masjid Bawa seisi keluarga menuju ke masjid. Ini bagi menghidupkan syiar Islam selain mendidik anak sedari kecil. “Termasuk sunnah iaitu engkau berjalan kaki menuju tempat solat hari raya dan makan sesuatu sebelum berangkat.” Memakai Pakaian Terbaik Pada hari raya ini kita digalakkan memakai pakaian terbaik dan istimewa. “Rasulullah s.a.w menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya”- Hadis Riwayat Al-Hakim Memakai Pakaian Terbaik Pada hari raya ini kita digalakkan memakai pakaian terbaik dan istimewa. “Rasulullah s.a.w menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya”- Hadis Riwayat Al-Hakim Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Syawal Antara amalan sunat selepas raya yang paling besar ganjarannya : “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” Hadis Riwayat Muslim Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Syawal Antara amalan sunat selepas raya yang paling besar ganjarannya : “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, lalu diiringi dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” Hadis Riwayat Muslim E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 2 1 SEKTOR Oleh: Ustzh. Iman Md. Yusof Pen. Peg. Perhubungan Masjid


Sesungguhnya beribadat pada bulan Ramadhan dengan menggandakan amalan kebaikan adalah Sunnah Rasulullah SAW sepertimana yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, katanya: ا َدَخَل اْلَعْشُر َشَّد ِمْئَزَرُه َذ ْيِه َوَسَّلَم ِإ اَن الَّنِبُّي َصىَّلُهَّللا َعَل َك ْهَلُه ْيَقَظ َأ ْيَلُه َوَأ ْحَيا َل َوَأ Maksudnya: “Nabi SAW apabila masuknya hari sepuluh terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).” Riwayat al-Bukhari (2024) Dalam riwayat yang lain menyebut : اَن َرُسوُلِهَّللا -صىلهللاعليه وسلم- َيْجَتِهُد ِفى اْلَعْشِر َك ْيِرِه ا َألَواِخِر َما َالَيْجَتِهُد ِفى َغ Maksudnya: “Rasulullah SAW bersungguhsungguh pada sepuluh malam terakhir Ramadhan melebihi kesungguhan Baginda pada waktu yang lain.” Riwayat Muslim (2845) Nas di atas jelas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah SAW menggandakan ibadatnya pada sepuluh akhir Ramadhan berbanding dengan waktu lain. Persoalannya, adakah kita beribadah kerana Allah atau kerana Ramadhan? Para salafus soleh juga ada mengatakan maksudnya: “Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani, dan janganlah kamu menjadi hamba Ramadhan.” Sebenarnya, nasihat dan panduan yang dinyatakan di atas tidaklah bercanggah dengan apa yang telah dikatakan. Hal ini kerana, momentum kesungguhan ibadat pada bulan Ramadhan itu hendaklah dikekalkan dan diheret kepada bulan yang lain agar semangat dan kesungguhan mengabdikan diri kepada Allah sentiasa berterusan. Oleh itu, selepas selesai sahaja Ramadhan, adanya kefarduan zakat fitrah dan bermulanya musim haji. Ini menunjukkan dua rukun Islam sedang menanti umat Islam yang mengisyaratkan bahawa acara ibadat hendaklah berlangsungan sepertimana yang berlaku pada bulan Ramadhan. Oleh itu, marilah sama-sama kita menginsafi diri dengan menggandakan amal ibadat semampu mungkin agar Ramadhan tidak berlalu pergi begitu sahaja, akan tetapi diikuti dengan semaksima mungkin pahala dengan izin Allah SWT. Semoga pada akhirnya ia dapat melahirkan serta menatijahkan takwa dalam diri kita. Benarlah firman Allah SWT: ْي ُكُم الِّصَياُم َكَما ُكِتَب َعىَل ُّيَها اَّلِذيَن آَمُنوا ُكِتَب َعَل َياَأ َّتُقوَن ْبِل ُكْم َلَعَّل ُكْم َت اَّلِذيَن ِمْن َق Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 183) Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari akhirat. Kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramadhan terutamanya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 2 2 KAMPUS Oleh: Ust. Hasnizar Elias Pen. Peg. Hal Ehwal Islam


Jati diri didefinasikan sebagai sifat atau ciri yg unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa. Ibadah puasa merupakan penawar yang terbaik bagi merawat barah jati diri seseorang muslim. Hal ini terbukti,pengurusan masa seseorang Muslim terkesan dengan kehadiran bulan Ramadhan dan ibadah puasa dari mengambil enteng waktu solat kepada lebih cakna dan peka khususnya Waktu Subuh dan Maghrib setiap hari di bulan Ramadhan. Ibadah puasa merupakan rukun ketiga dari rukun Islam yang wajib bagi semua umat Islam di seluruh dunia. Tuntutan puasa bermula sejak zaman Nabi Adam A.S dengan cara yang berbeza tidak seperti puasa kita pada saat ini. Surah Al Baqarah ayat 183 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” Selain itu, nafsu makan setiap hamba Allah juga terdidik dengan berpuasa yang menjamin jati diri muslim kepada lebih baik. Orang yang berpuasa tidak boleh menuruti hawa nafsu mereka akan tetapi perlu konsisten menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sepanjang waktu berpuasa. Selain itu, nafsu makan setiap hamba Allah juga terdidik dengan berpuasa yang menjamin jati diri muslim kepada lebih baik. Orang yang berpuasa tidak boleh menuruti hawa nafsu mereka akan tetapi perlu konsisten menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sepanjang waktu berpuasa. Akhir sekali, Ibadah puasa terbukti mampu membentuk jati diri seseorang muslim. Sama-samalah kita menjaga kualiti puasa kita agar kita dapat nilai taqwa di sisi Allah S.W.T seperti yang termaktub dalam Al-quran pada akhir ayat 183 Al Baqarah. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 2 3 KAMPUS Oleh: Ust. Muhammad Zaki Muhammad Pen. Peg. Hal Ehwal Islam


Hadapi cabaran tanpa patah semangat Komunikasi yang baik Mempunyai sikap kekitaan dan impati Mempunyai hubungan baik dengan ramai orang Ikhlas Dengan kehendak sendiri tanpa paksaan Besedia menghulur tenaga tanpa mengira bentuk bantuan Islam mengajar kita bahawa sedeqah bukan bermaksud pemberian wang dan barang sahaja, tetapi termasuk juga di dalamnya pemberian tenaga ‘’ E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 2 4 Para sekarelawan perlu menghayati pesanan-pesanan Rasulullah Sallallahu‘alaihuisallam: ْنَفُعُهْم ِللَّناِس َخْيُر الَّناِس َأ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain." (Riwayat Ibn Hibban) َيْنَفْعُه َمِن استطاع منكم أْن ينفَع أخاُه َف ْل Barangsiapa di antara kamu yang mampu memberikan manfaat kepada saudaranya maka hendaklah ia bersegera memberikan manfaat kepadanya. (Riwayat Muslim) Kesukarelaan adalah amalan terpuji. Setiap orang yang terlibat dalam kerja-kerja dan program-program kesukarelaan adalah orang yang terpuji di sisi ajaran Islam. terus hidup secara bermasyarakat dan berkongsi ukhuwah serta kasih sayang. Islam menekankan peri pentingnya roh pengorbanan (ruh al-tadhhiyah) wujud dalam diri seorang muslim dan inginkan balasan pahala di akhirat kelak. Dengan roh ini, seorang muslim akan lebih bersedia untuk membantu dan membela golongan yang terbiar, tertindas dan memerlukan bantuan. Memberi kefahaman dan kesedaran Islam kepada masyarakat melalui bimbingan, tunjuk ajar dan kecontohan akhlak yang mulia supaya masyarakat kembali memahami dan mengamalkan ajaran Islam sebenar. Memberikan sumbangan ekonomi kepada golongan yang memerlukan bantuan, terutama untuk tujuan memenuhi keperluan asas hidup. Di samping itu mendidik golongan itu supaya mampu berdikari dan mampu mencari nafkah hidup sendiri. Menyatukan masyarakat yang dipisahkan oleh pelbagai jurang seperti jurang ekonomi, jurang ilmu dan jurang pangkat, di atas asas iman kepada Allah SWT persaudaraan Islam dan tolong menolong. Membina institusi pendidikan untuk mendidik golongan miskin. Pada asasnya untuk menjadi sukarelawan muslim sejati tidak memerlukan kemahiran yang khusus. Apa yang penting ialah niat yang ikhlas kerana Allah SWT, keazaman yang tinggi, komitmen yang kuat dan bersedia untuk belajar. Namun, untuk melakukan kerja dan khidmat kesukarelaan yang spesifik, maka sukarelawan tetap memerlukan latihan yang khusus seperti latihan pertolongan cemas dan latihan paramedik. Persediaan diri yang perlu ada pada sukarelawan juga ialah kesediaan untuk bekerja dan berkhidmat secara berpasukan dengan para sukarelawan yang lain. Ini kerana kerja dan khidmat kesukarelaan yang sukar dan mencabar berkehendakkan kepada kemampuan berkerja secara berpasukan yang tinggi, yang berasaskan iman dan ukhuwah yang padu. Skop kerja kesukarelaan Islam tidaklah terbatas dengan apa yang sering difahami oleh sebahagian anggota masyarakat seperti mencuci masjid dan membantu orang miskin. Skop kesukarelaan Islam meliputi: KAMPUS Oleh: Ustzh. Normiza Daud Pem. Hal Ehwal Islam


Dari Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan kemudian mengembalikan (menghidupkan) Nya kembalidan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi Nya dan bagi Nya lah sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi dan Dialan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ( Surah Ar Rum 27 ). Manusia adalah makhluk yang paling sempurna dibanding makhluk-makhluk lain di seluruh alam ini kerana manusia lah pemegang amanah kekhilafahan di muka bumi ini. Dari satu generasi ke generasi berikutnya amanah ini terus diwariskan sepanjang kehidupan di bumi. Manusia juga adalah dipertanggung jawabkan untuk menjaga bumi supaya sentiasa bersih, selamat dan kondusif. Namun, manusia sentiasa lupa betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita semua. Saban hari kita menyaksikan perubahan siang dan malam silih berganti. Sepatutnya kita perlu mencari masa untuk berfikir tentang fitrah alam tersebut yang merupakan antara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT dan keagungan-Nya. Tidak ada seorang manusia di atas muka bumi ini mampu mencipta siang dan malam. Malah tidak ada seorang pun yang mampu menahan berlakunya perubahan siang dan malam mengikut ketetapannya. Inilah bukti jelas betapa lemahnya manusia dan Maha Hebat Allah SWT dalam mengatur perjalanan alam cakerawala yang sentiasa tunduk mengikut ketetapan yang ditentukan oleh Allah SWT. Oleh sebab pertukaran siang dan malam berlaku setiap hari, tanpa disedari mungkin diri tidak sempat untuk mengaitkannya dengan kekuasaan Allah SWT. Sedangkan semua orang mengakui pertukaran siang dan malam ini hanya mampu diatur oleh kekuasaan yang dimiliki oleh Allah SWT sahaja. "Dan di antara rahmat pemberian-Nya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki daripada limpah kurniaan-Nya, dan juga supaya kamu bersyukur." (Surah al-Qasas, ayat 73) Setelah mengetahui betapa luasnya rahmat Allah Ta’ala, maka seharusnya kita lebih bersemangat lagi untuk menggapainya dan jangan sampai berputus asa darinya. Sikap putus asa dari rahmat Allah inilah yang Allah sifatkan kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang sesat. Allah berfirman, “Mereka menjawab, ‘Kami menyampaikan berita gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa. Ibrahim berkata, ‘Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabb-Nya, kecuali orang-orang yang sesat’.” (QS. Al Hijr: 55-56) E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 2 5 KAMPUS Oleh: Ustzh. Wan Noraynie Wan Mokhtar Pem. Hal Ehwal Islam


R”Sesiap A a yang m M elakukan ke A taatan ke D pada Allah H, dan sele A sai pula m N elaksanakannya. Antara tanda diterimanya amalan tersebut adalah dia akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu. Manakala antara tanda tertolaknya sesuatu amalan ialah apabila amalan itu diikuti dengan sesuatu maksiat. Apa sahaja kebaikan yang dilakukan selepas kejahatan, akan menghapuskan kejahatan tersebut, dan sudah pasti yang terbaik ialah melakukan kebaikan selepas melakukan kebaikan yang lain. Yang paling buruk ialah melakukan kejahatan selepas kebaikan yang akan menghapuskan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan. Melakukan dosa selepas seseorang bertaubat itu lebih buruk daripada tujuh puluh dosa sebelumnya. [Lathoif al-Maarif m/s 193] Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita. Wajar kita meneliti keadaan kita, adakah kita sudah menjadi semakin baik selepas Ramadhan, atau keadaan kita kembali kepada yang asal sebelum Ramadhan. Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata: من عمل طاعة من الطاعات و فرغ منها فعالمة قبولها أن يصلها بطاعة أخرى و عالمة ردها أن يعقب تلك الطاعة بمعصية ما أحسن الحسنة بعد السيئة تمحوها و أحسن منها بعد الحسنة تتلوها و ما أقبح السيئة بعد الحسنة تمحقها و تعفوها ذنب واحد بعد التوبة أقبح من سبعين ذنبا Ke Mana Kita Selepas Wajar kita renungi kata-kata Ibn Rajab al-Hanbali di atas. Kita takut jika keadaan kita selepas Ramadhan bertambah buruk, ia merupakan isyarat daripada Allah bahawa amalan kita ditolak oleh Nya. Oleh kerana itu wajar kita meneruskan momentum Ramadhan dengan berterusan melakukan amal kebaikan, walaupun boleh jadi tidak sekental dalam bulan Ramadhan. Solatberjemaahdimasjiduntuklelaki Berterusanmelakukanpuasa-puasasunat Berterusanmelakukansolatmalam/Qiamullail walaupunsekadardengan saturakaat witir sebelumtidur Bersedekah Membacaal-Quran Antaraamalankebajikanyang wajardilakukanberterusanadalah: Berdoalah agar kita menjadi insan yang istiqamah dalam melakukan ibadah. ْدَوُمَها ، اَل : “ َأ َحُّب ِإىَلِهَّللا ؟ َق ُّي ا َأْلْعَماِل َأ ْيِه َوَسَّلَم َأ اَلْت : ُسِئَل الَّنِبُّي َصىَّلُهَّللا َعَل َّنَها َق َرِضَيُهَّللا َعْنَها ، َأ َعْن َعاِئَشَة ُفوا ِمَن ا َأْلْعَماِل َما ُتِطيُقوَن اَل : اْكَل ” َوِإْن َقَّل ، َو َق ‘Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w ditanya ‘Amal apakah yang paling dicintai Allah?’. Baginda s.a.w pun menjawab: Yang berterusan walaupun sedikit. Bebanilah diri kalian dengan amal-amal yang mampu kalian lakukan. [Sahih al-Bukhari : 6013] Ingatlah kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: وال تكن رمضانيًا كان السلف يقولون بئسالقوم قوم ال يعرفونهللاإال في رمضان، كن ربانيًا Generasi salaf (generasi awal Islam) berkata: Seburuk-buruk manusia ialah yang tidak mengenali Allah kecuali dalam bulan Ramadhan. Jadilah manusia yang menyembah Tuhan, bukan manusia yang menyembah Ramadhan. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 2 6 SEKTOR Oleh: Ust. Mohd Razin Rosely Pem. Hal Ehwal Islam


Berpada Dalam Oleh kerana itu, Allah SWT memerintahkan hambahamba-Nya untuk mengambil sifat pertengahan di antara kedua sifat itu iaitu berlaku hemah dalam mengeluarkan harta atau perbelanjaan dan berhemat iaitu tidak cenderung kepada kekikiran dan tidak pula kepada pemborosan atau pembaziran (bersederhana). Islam mengeji perbuatan boros sebaliknya menggalakkan sifat hemah dan berhemat dalam menguruskan perbelanjaan. Selesaikan komitmen bulanan Lunaskan komitmen bulanan seperti rumah, kereta dan bil berkaitan dengan segera daripada menunggu untuk membayar dengan wang lebihan pada akhir bulan. Beli barangan runcit secara dalam talian Dengan cara ini, anda sentiasa boleh mengeluarkan mana-mana barangan tidak penting daripada troli sekiranya anda berbelanja melebihi bajet barangan runcit yang sepatutnya. “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (alFurqan: 67). Dalam al-Quran, Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: Tetapan simpanan automatik Salah satu tip penting dalam perbelanjaan ialah menetapkan mod simpanan secara automatik yang boleh dilakukan, sama ada secara auto debit ke akaun yang berasingan. Anda hanya perlu membahagikan setiap ringgit ke dalam sampul mengikut kesesuaian dan keperluan keluarga misalnya, barangan runcit, wang saku anak, petrol dan penyelenggaraan kenderaan serta percutian. Guna sistem sampul BERBELANJA Oleh: Ust. Hashim Mat Jusohi Pem. Hal Ehwal Islam KAMPUS E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 2 7


Manakala apabila kita sentuh pula tentang puasa Ramadhan, kebanyakkan kita semua sudah mengetahui perlaksanaannya dan pakej-pakej yang terdapat di dalam Bulan Ramadhan Al- Mubaarak tersebut. Bulan berkat ini ada segala-galanya yang terbentang luas pelbagai gandaan pahala untuk dinikmati setiap dari ummat Islam. Bermula dengan rahmat dari Sang Pencipta diawalnya, dikurniakan pula keampunan di pertengahan pada yang istiqamah melaksanakannya seterusnya di akhirnya dijanjikan pula bebas dari neraka pada yang yakin dan ikhlas menyempurnakannya. Itu belum lagi kita bercakap berkaitan lailatul qadar di sepuluh akhir yang ianya kekal menjadi rahsia Allah kepada kita hamba-hambaNya. Firman Allah dalam surah Al-Qadar ayat ke 3 : َقْد ِر ۙە َخْيٌر ِّمْن َاْلِف َشْه ٍۗر ْيَل ُة اْل َل Maksudnya : Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Akan tetapi apabila kita bercakap berkenaan kedua-dua ibadah tersebut, iaitu umrah dan puasa. Di sana ada kelebihan-kelebihan yang berlipat kali ganda banyaknya. Ianya banyak di nukilkan dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Dalam Hadis Riwayat Bukhari Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya umrah di Bulan Ramadhan itu sama seperti mengerjakan haji bersamaku". Di dalam Hadis yang lain pula Baginda Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita Ansar yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA maksudnya : “Jika telah tiba Bulan Ramadhan, maka kerjakanlah ibadah umrah, maka dia akan mendapat pahala seperti mereka yang menunaikan ibadah haji.” (Hadis Kitab Sunan An-Nasai) Kesimpulannya di sini, walaupun setiap dari ibadah itu mempunyai kelebihan tersendiri yang dihidangkan untuk kita mengecapi dan meraih pelbagai pahala yang digandakan, namun Allah SWT dengan sifat Maha Pemurah-Nya tetap menyediakan gandaan pahala yang digandakan lagi jika dua ibadah ini digabungkan di dalam satu masa. Semuanya untuk hamba-hambanya mengumpul pahala yang berganda sebagai bekalan yang terbaik untuk dibentangkan di hadapan-Nya pada hari Akhirat kelak. Umrah sering dikaitkan sebagai haji kecil kerana perlaksanaannya mirip kepada rukun-rukun yang ada ketika menunaikan haji. Definasi umrah dalam bahasa bermaksud “Ziarah”. Manakala terminologi secara jelas dalam Fiqh menyatakan ianya bermaksud menziarahi Baitullah di Makkah dan melaksanakan beberapa ibadah rukun seperti Tawaf dan Saie. Walau segala amalan mirip kepada haji, namun di sana ada perbezaan yang ketara yang membezakan antara keduaduanya, iaitu masa. Umrah tidak mempunyai masa yang khas dalam perlaksanaannya manakala haji hanyalah boleh dilaksanakan dalam Bulan Zulhijjah sahaja. Di dalam Al-Quran Allah berfirman : َبْيَت ِاَّن الَّصَفا َواْلَمْرَوَة ِمْن َشَعۤإِى ِر ِهّٰللاۚ َفَمْن َحَّج اْل ْيِه َاْن َّيَّطَّوَف ِبِهَماۗ َوَمْن َتَطَّوَع َفاَل ُجَناَح َعَل اْعَتَم َر ِو َا ِاَّن َهّٰللا َشاِك ٌر َعِلْيٌم َخْيًرۙا َف Sesungguhnya Safa dan Marwah merupakan sebagian syi‘ar (agama) Allah. Maka barangsiapa beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, tidak ada dosa baginya mengerjakan sa‘I antara keduanya. Dan barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui. (Al-Baqarah : 158) E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 2 8 KAMPUS Oleh: Ust. Khairul Azam Nan @ Adnan Pem. Hal Ehwal Islam


Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Perbuatan melayan dan menyambut tetamu yang datang adalah merupakan akhlak yang terpuji malah satu amalan yang sangat dianjurkan oleh agama Islam. Oleh itu, apabila ada tetamu yang datang menziarahi kita, kita perlu bersyukur dan bergembira kerana di situ ada peluang untuk kita tambahkan pahala. Tetamu yang datang hendaklah disambut dengan hati terbuka dan layan mereka dengan sebaiknya mengikut kadar kemampuan kita serta ikhlas dan tidak mengharapkan apa – apa balasan. Selain itu, tidak membeza - bezakan layanan terhadap tetamu berdasarkan status sosial / jawatan/ pangkat mereka Melayan tetamu dengan menggunakan nada suara yang menyenangkan, menuturkan katakata yang baik, memberi perhatian dan tumpuan saat tetamu berbicara serta tidak merendahkan maruah mereka atau tidak menyakiti hati mereka dengan perbualan yang kasar kerana Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 83, “..dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik..” Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tetamu masuk ke rumah, maka dia masuk dengan rezekinya dan jika keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu. (Riwayat ad-Dailami) Memuliakan tetamu yang bertandang ke rumah kita dengan segera menghidangkan makanan dan minuman untuk mereka iaitu makanan yang terbaik yang ada di dalam rumah kita. Seterusnya, mendekatkan makanan tersebut kepada mereka. Tetamu Atetamu DAB MENYAMBU T Melayani tetamu dengan ikhlas kerana Allah Semoga tetamu yang hadir akan memudahkan rezeki kita serta keberkatan akan memenuhi ruang rumah kita yang sentiasa menjaga adab dengan tetamu. Bercakap dengan lemah lembut serta sopan dengan tetamu Menghidangkan makanan dan minuman kepada tetamu E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 2 9 KAMPUS Oleh: Ustzh.Che Hanidaidayu Che Ab Ghani Pem. Hal Ehwal Islam


Begitulah gambaran proses kehidupan manusia dimana setiap orang akan merasakan kematian dan akan menempuh satu alam baru yang dipanggil alam kubur. Kematian juga merupakan perkara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi. Bila kita mati, bagaimana kita mati, mengapa kita mati, dan di mana kita mati, semuanya sudah pun tertulis di luh mahfuz. Kita sebagai manusia yang masih diberi peluang bernyawa di atas bumi ini adalah disunatkan untuk menziarahi kubur sama ada kubur ibu bapa, keluarga, sahabat handai, dan juga seluruh umat islam yang lain. Perbuatan menziarahi kubur ini adalah dibenarkan oleh Rasulullah berdasarkan satu hadis yang berbunyi :- لُقُبوَر ُزوُروا َّنها ْا ِإ ْاآلِخَرة ُتَّذِكُر ُكم َف Bermaksud: “Ziarahilah kubur sesunggunya ia menginngatkan kamu kepada akhirat” (Sunan ibnu majah no.1885) Berpakaian sopan dan menutup aurat Memberi salam kepada ahli kubur Mendoakan ahli kubur Membuka selipar dan kasut dan tidak duduk di atas kubur Tidak meratap, meraung, memukul kepala kerana terlalu sedih Menjaga tatasusila perbuatan dan percakapan yang tidak baik dan sia-sia seperti yang disebut dalam satu hadis yang bermaksud: Apa yang penulis ingin kongsikan pada hari ini adalah beberapa sunnah semasa menziarahi kubur. Antara sunnah yang boleh dilakukan semasa menziarahi kubur adalah: “Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil.” (Hadis riwayat al-Hakim) Mati adalah satu keadaan yang pasti akan dirasai oleh setiap makhluk bersesuaian dengan satu firman Allah dalam surah al-Imran ayat ke-185 yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati” Kesimpulannya, menziarahi kubur merupakan satu amalan yang mulia kerana ia akan mengingatkan seseorang itu akan kematian atau akhirat. Di samping itu juga, kita perlulah menjaga adab-adab dan mengikut sunnah ketika menziarahinya. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini supaya setiap perkara yang kita lakukan dan amalkan bertepatan dengan apa yang disuruh oleh Allah s.wt dan apa yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 3 0 Oleh: Ust. Mohd Safre Talib Pem. Hal Ehwal Islam KAMPUS


Mandi, makan sebelum solat raya dan hadir ke masjid. Memakai pakaian baru yang cantik dan kemas serta memakai wangin-wangian. Saling mendoakan antara satu sama lain sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ziarah menziarahi saudara mara dan jiran tetangga untuk mengeratkan hubungan silatulrahim. Menjaga batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan dan memakai pakaian yang menutup aurat. Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara semogaَ (تَقَّبَل ُهللا ِمَّنا َوِمْن ُكْم iaitu lain sama satu Allah menerima daripada kami dan daripada kamu) Bagaimanapun, harus diingatkan umat Islam perlu meneruskan disiplin dan adab-adab di bulan Syawal supaya tidak dicemari dengan amalan atau perbuatan yang tidak sepatutnya. Terutama untuk memastikannya ianya tidak diisi dengan aktiviti sia-sia danberunsur kemaksiatan. Tetapi dalam kita teruja nak menyambut bulan syawal, jangan dilupakan beberapa adab-adab di hari raya yang dianjurkan Nabi Muhammad S.A.W. untuk kita lakukanantaranyaialah: Kelebihan yang Allah berikan kepada hambanya di dalam bulan Syawal amat bermakna bagi para hambanya yang ikhlas. Marilah sama-sama kita panjatkan doa moga-moga ibadat yang dilaksanakan sepanjang bulansyawalditerimaAllahSWT. Insya-Allah. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 3 1 KAMPUS Oleh: Ustzh. Siti Noraniza Mohd Kamil Pem. Hal Ehwal Islam


ORANGBERPUASA Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Justeru, amat wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas galakannya ialah: Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: ‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al- Salam (Hlm. 18). Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Justeru, amat wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas galakannya ialah: Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) Menurut kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: ‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al- Salam (Hlm. 18). Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T: Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala. Surah Al-An’aam (160). Oleh yang demikian seseorang itu sekiranya dia memberikan makanan kepada orang yang berbuka puasa sama ada dengan sebiji tamar, segelas air, dan sebagainya maka sudah terhasil baginya pahala memberi makan kepada orang yang berbuka sebagaimana zahir hadis. Ini adalah jelas seperti yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka’’. Maka Rasulullah S.A.W menjawab: ‘’Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman’’. Riwayat Ibn Khuzaimah (1878) Manakala pendapat yang kedua menyebut bahawa pahala memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa tidak terhasil melainkan bagi mereka yang memberi kekenyangan kepada orang yang berpuasa (melalui makanan yang disediakan). Ini kerana dengan terhasilnya kekenyangan akan tercapailah maksud dari sudut memberi kekuatan kepada orang berpuasa tersebut untuk beribadah dan mencukupkan dirinya pada malam tersebut. Inilah pendapat yang ditarjihkan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Kesimpulannya sebagai penutup kami menyatakan bahawa pandangan yang paling tepat adalah sesiapa sahaja yang memberi makan kepada orang berbuka puasa dengan apa sahaja makanan maka dia telah mendapat ganjaran pahala memberi makan kepada orang yang berpuasa. Ini tanpa mengambil kira makanan tersebut adalah kurma, bubur, secawan air, ataupun makanan berat sekalipun. Meskipun begitu, memberi atau menyediakan juadah berbuka puasa yang memberi kekenyangan adalah lebih afdhal dan lebih besar pahala yang diperoleh. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 3 2 Oleh: Ust. Mohd Syakir Mat Yusoff Pem. Hal Ehwal Islam KAMPUS


M E N Y A N T U N I Bulan Ramadhan perlu disambut dengan rasa gembira dan penuh syukur kerana bulan Ramadhan merupakan satusatunya bulan maghfirah iaitu bulan pengampunan , rahmat dan ‘ladang’ menuai pahala amal kebajikan untuk bekalan di dunia akhirat kelak. Oleh itu, sebagai seorang muslim, kita perlu mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan segala amal ibadah dan kebaikan seperti memperbanyakkan doa dan solat sunat, solat terawih, bersedekah, membaca al-Quran, Qiamullail, memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa dan sentiasa bertaubat serta beristighfar. Di samping itu, salah satu hadiah istimewa yang dibawa bersama tetamu Ramadhan ialah Lailatul Qadar. Allah S.W.T mengurniakan satu malam dalam bulan Ramadan yang lebih baik daripada seribu bulan, namun dirahsiakan oleh Allah supaya setiap muslim mencari dan mengejarnya dengan cara beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah setiap malam sepanjang Ramadhan. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Qadr: َقْدِر َخْي ٌۭر ِّمْن َأْلِف َشْه ٍۢر﴿٣﴾ ْل ٱ ْيَلُة َل Maksudnya:MalamLailatul-Qadar lebihbaikdaripadaseribubulan. (Surah Al-Qadr:3) Di penghujung Ramadhan, bagi orang-orang mukmin yang menjalani Ramadhan dengan penuh ketakwaan kepada Allah S.W.T. akan meraikan 1 Syawal dengan bertakbir sebagai tanda kemenangan. Rasulullah SAW bersabada: “BarangsiapaberpuasapadabulanRamadhanlalu diiringipuasaenamharibulanSyawalbererti telah berpuasasetahunpenuh” ( H.R. Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah ) Akhir kalam, marilah kita menyantuni kedatangan tetamu Ramadhan ini dengan hati yang penuh keinsafan dan sentiasa berdoa agar dipertemukan lagi pada tahun hadapan. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 3 3 SEKTOR Oleh: Ustzh. Aini Ziyana Azri Pem. Hal Ehwal Islam Rujukan: 1.Al-Quran 2.Anon. 2017. Persiapan menyambut ‘tetamu’ yang dirindui. Harakahdaily, 7 Mei. 3.Abdul Hadi Awang. 2019. Ramadhan bulan tetamu Allah. Harakahdaily, 6 Me


P E N A U N G P R O F . D A T O ' I R . D R . A B D U L R A H M A N M O H A M E D P E N A S I H A T P R O F . D R . N O R A Z A Z I Z A K A R I A P E N G A R A H U S T . M O H A M M A D S H U K R I O S M A N P E N G A R A N G U S T . Z A Y D Z H A R I U S T Z H . A M I R A A B D . S A T T A R U S T Z H . N O R F A D H I L A H W A H A B U S T . I S W A N D I A B D U L M U K M I N U S T . M O H D . M O H S I N S I R U N U S T . N U K M A N A H M A D Z A K I R U S T . M . F A K H R U R A M I R U L M D . R O D Z I U S T . M . A L I F F A B D U L L A T I F U S T . M . Y A Z I D M A T J O H A R I U S T . N O R F A K H R Y S Y A H I R N O R Z I L A N U S T Z H . I M A N M D Y U S O F U S T Z H . N U R H A N A N I Y A Z I U S T . H A S N I Z A R E L I A S U S T . M O H A M A D Z A K I M O H A M A D E D I T O R U S T Z H . F A R R A H W A H I D A C H E R O S Daripada Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Sesungguhanya puasa itu milik Aku (Allah) dan akulah yang akan membalasnya". E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 3 4 Allah sendiri yang memberi ganjaran kepada orang yang berpuasa Puasamerupakanamalan batinyanghakikatnyatidak diketahuimelainkanolehAllah SWTyangMahamengetahui danorangyang melakukannyasendiri sahaja.


ALLAH MENYEMBUNYIKAN KEREDHAANNYA DALAM KETAATAN KEPADANYA. ALLAH MENYEMBUNYIKAN KEMURKAANYA DALAM KEMAKSIATAN SEORANG HAMBANYA. ALLAH MENYEMBUNYIKAN LAILATULQADAR PADA BULAN RAMADHAN. ALLAH MENYEMBUNYIKAN KEMATIAN DALAM UMUR. ALLAH MENYEMBUNYIKAN PARA WALI DALAM KALANGAN MANUSIA. ALLAH MENYEMBUNYIKAN AL-SALAT AL-WUSTA (SOLAT YANG PALING UTAMA) DALAM SOLAT 5 WAKTU. E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 3 5


KAMPUS INDUK E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 3 6


KAMPUS KEJURUTERAAN E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 3 7


KAMPUS KESIHATAN E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 3 8


PUSAT PERUBATAN BERTAM E - M I M B A R P U S A T I S L A M U S M M U K A 3 9


Click to View FlipBook Version