The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PERATURAN SEKOLAH 2023 SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-16420233, 2023-03-15 03:28:13

BUKU PERATURAN SEKOLAH 2023 SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2)

BUKU PERATURAN SEKOLAH 2023 SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2)

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2) JALAN P8E2, PRESINT 8, 62250, PUTRAJAYA WBA2005 BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH (VERSI 2023)


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 1 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 MOTO, VISI DAN MISI SEKOLAH 2 2 PENGENALAN LOGO/ LENCANA SEKOLAH 3 3 LAGU KEBANGSAAN, LAGU WILAYAH 4 4 LAGU SEKOLAH 5 5 IKRAR MURID & IKRAR PENGAWAS 6 6 BAHAGIAN 1: SAHSIAH 7 7 BAHAGIAN 2: WAKTU PERSEKOLAHAN 11 8 BAHAGIAN 3: KESELAMATAN 22 9 SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM) 24


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 2 MOTO SEKOLAH Menuju Puncak Kecemerlangan


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 3 PENGENALAN LOGO/LENCANA SEKOLAH BENTUK/SIMBOL MAKSUD BENTUK DAUN (LUARAN) -Melambangkan konsep mesra alam yang dibudayakan -Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan pengawalan - Biodiversity yang diamalkan MERCU TANDA PUTRAJAYA (DI PUNCAK) - Simbolik kepada visi dan misi sekolah ke arah kecemerlangan dan kegemilangan - Lambang ketamadunan manusia yang asalnya bermula daripada institusi pendidikan BUMI HIJAU (BERBENTUK BULAT) - Bermaksud cabaran dunia pendidikan global NAMA SEKOLAH (MERENTAS BUMI) - Dilihat seolah-olah sebagai satu animasi (mengelilingi bumi) yang bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berteraskan ICT TIGA BUAH BUKU DAN RIHAL -Melambangkan kepelbagaian ilmu pengetahuan yang diajar - Kedudukan buku menegak adalah simbol kepada ketulusan dan keikhlasan golongan pendidik menyampaikan ilmu - Penggunaan rihal adalah lambang Islam dan toleransi MODEL ATOM DAN KAYU HOKI, KRIKET & BOLA -Melambangkan keseimbangan antara akademik dan kokurikulum -Pembentukan insan yang seimbang, sempurna dan serba boleh - Bidang kokurikulum membantu pembentukan jati diri dan kepimpinan murid


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 4 LAGU KEBANGSAAN LAGU WILAYAH PERSEKUTUAN


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 5 LAGU SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) Menuju Puncak Kecemerlangan Menuju Puncak Kecemerlangan Mari bersama kita usahakan Rajin belajar satu pasukan Doa restu kita panjatkan Bercita-cita tinggi bukanlah ilusi Tunaikanlah janji dengan berani Cekal berinovasi dan berintegrasi Bersemangat jati diri Bimbingan guru dan ibu bapa Kita pastikan berjaya SKPP8 Fasa Dua Kecemerlangan milik kita


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 6 IKRAR MURID SK PUTRAJAYA PRESINT 8 (2) Maka kami murid-murid SK Putrajaya Presint 8(2) berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita murni berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: 1. Taat dan patuh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara 2. Hormat dan patuh kepada ibu bapa, guru-guru dan ketua sekolah 3. Patuh kepada undang-undang dan peraturan sekolah 4. Sentiasa menjaga kebersihan diri, kemas dan menepati masa 5. Rajin dan berusaha dalam pelajaran dan aktiviti sekolah 6. Bersikap amanah, jujur, bertimbang rasa, bertanggungjawab dan berbudi bahasa agar menjadi rakyat yang berguna. IKRAR PENGAWAS SK PUTRAJAYA PRESINT 8 (2) KAMI Pengawas-pengawas Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2) berikrar akan berbakti dengan sedaya upaya kami. KAMI Berjanji akan mematuhi peraturan sekolah dengan sepenuhnya dan kami akan memastikan murid-murid lain berbuat demikian. KAMI Akan menunjukkan contoh teladan serta tingkah laku yang baik KAMI Berjanji akan menjalankan amanah yang diberikan kepada kami dengan adil, tegas dan bijak. KAMI Akan selalu patuh kepada pihak-pihak yang berkuasa ke atas kami. KAMI Akan menunaikan tugas-tugas kami dengan berani, jujur, adil dan saksama tanpa memandang kepada rupa, warna ataupun kaum.


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 7 PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH BAHAGIAN I: SAHSIAH Pakaian Seragam Sekolah 1. Semua murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam SPI BIL.3/1983: Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah; Murid Lelaki: ✓ Baju kemeja adalah berwarna putih dan berlengan pendek ✓ Seluar panjang berwarna biru tua (navy blue) ✓ Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak besar atau berhias dan bukan dari jenis kulit. Murid Perempuan: ✓ Baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua (navy blue) ATAU ✓ 'Pinafore tunic' berwarna biru tua (navy blue) dan baju kemeja berwarna putih berlengan pendek dan labuhnya hendaklah sampai ke lutut. ✓ Bertudung / mini telekung berbentuk tiga segi dua sama berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid-murid yang memakainya. 2. Kedudukan Tanda Nama Murid dan Lencana Sekolah (Lelaki) Lencana Sekolah Tanda nama murid Poket baju


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 8 3. Kedudukan Tanda Nama dan Lencana Sekolah (Perempuan) 4. Kasut sekolah bagi murid lelaki dan perempuan adalah kasut 'canvas' berwarna putih serta berstokin putih. Stokin berbelang atau bercorak atau berwarna-warni adalah tidak dibenarkan. 5. Pakaian murid hendaklah sentiasa kemas dan bersih pada setiap masa. 6. Semua murid lelaki dan murid perempuan yang menggunakan 'pinafore' hendaklah bertali leher berwarna biru gelap (navy blue) yang berlogo sekolah. 7. Semua murid hendaklah menggunakan pakaian sukan sekolah apabila menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani atau aktiviti kokurikulum. 8. Semua murid lelaki hendaklah berambut pendek sepertimana yang terkandung dalam SPI BIL.2/1976: Potongan Rambut Murid-murid. Lencana Sekolah Tanda nama murid


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 9


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 10 9. Murid-murid perempuan yang tidak bertudung / bermini telekung yang berambut panjang hendaklah diikat dengan kemas. Hanya reben / cekak rambut berwarna hitam atau putih sahaja dibenarkan. 10. Semua murid sama ada lelaki atau perempuan tidak dibenarkan memakai barang kemas / perhiasan diri termasuk cincin, anting-anting, gelang tangan, rantai leher sama ada berharga atau tidak berharga.


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 11 BAHAGIAN 2: WAKTU PERSEKOLAHAN 1.1: TAHAP 1 (Tahun 1 / Tahun 2 / Tahun 3) Hari Masa Isnin-Khamis 7.30 pagi – 1.00 tengah hari Jumaat 7.30 pagi – 12.00 tengah hari 1.2: TAHAP 2 (Tahun 4 / Tahun 5 / Tahun 6) Hari Masa Isnin - Khamis 7.30 pagi – 1.30 tengah hari Jumaat 7.30 pagi – 12.00 tengah hari ** Tahun 4, 5 dan 6 akan menjalani aktiviti kokurikulum pada hari Rabu bermula jam 7.30- 9.30 pagi. 1.3: KELAS PENDIDIKAN KHAS Hari Masa Isnin - Khamis 7.30 pagi- 12.30 tengah hari Jumaat 7.30 pagi – 11.30 tengah hari 1.4: KELAS PRASEKOLAH Hari Masa Isnin - Jumaat 7.45 pagi – 12.00 tengah hari 1.5: KELAS FARDHU AIN (KAFA - Tahun 1 - Tahun 6) Hari Masa Isnin - Jumaat 2.00 petang – 5.00 petang


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 12 1.6. Semua murid mesti berada di dalam kawasan sekolah sebelum pukul 7.30 pagi kerana loceng pertama akan dibunyikan tepat pada pukul 7.30 pagi. Semua murid akan berkumpul di dataran perhimpunan pada hari berikut; ISNIN Perhimpunan Rasmi JUMAAT Penghayatan Al-Quran/Yassin/Al-Mathurat 2.1: KEHADIRAN MURID-MURID DI SEKOLAH 2.1.1 Apabila murid masuk ke kawasan sekolah, mereka tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah sehingga waktu persekolahan tamat pada pukul 1.00 tengah hari (Tahap 1) dan pukul 1.30 tengah hari (Tahap 2). 2.1.2 Ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak pastikan anak jagaan jagaan tuan/puan masuk terus ke kawasan sekolah. 2.1.3 Semua ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 tidak dibenarkan berada bersama murid sama ada di dalam bilik darjah, koridor bilik darjah atau di dataran perhimpunan khususnya pada Minggu Transisi Murid Tahun 1 tahun semasa bagi memastikan kelancaran program tersebut. 2.1.4 Semua pergerakan dari dataran perhimpunan menuju ke bilik darjah selepas perhimpunan rasmi / perhimpunan pagi / perhimpunan selepas rehat hendaklah berjalan dalam dua barisan dengan diiringi oleh guru kelas / guru mata pelajaran berkenaan. 2.1.5 Semasa PdPc dijalankan, semua murid hendaklah berada di dalam bilik darjah / di bilik khas / dewan / padang mengikut perancangan guru mata pelajaran berkenaan. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya murid dengan sengaja melengah-lengahkan diri untuk masuk ke bilik darjah / bilik khas / dewan / padang atau di tempat PdPc yang telah dijadualkan. 2.1.6 Keluar dari bilik darjah dengan sengaja tanpa kebenaran guru kelas / guru mata pelajaran adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan disiplin. 2.1.7 Kehadiran semua murid dan guru yang terlibat untuk aktiviti kokurikulum adalah diwajibkan. 2.1.8 Semua murid dilarang tegas memasuki / berada di kawasan sekolah tanpa kebenaran guru / pengawal keselamatan bermula jam 7.00 malam hingga 6.00 pagi. Pada hari cuti am, semua murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran. 2.1.9 Sebarang aktiviti kokurikulum yang hendak dijalankan pada waktu malam di kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar.


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 13 2.2 HADIR LEWAT KE SEKOLAH 2.2.1 Murid yang sampai ke sekolah selepas jam 7.30 pagi adalah dikategorikan sebagai lewat dan nama murid yang lewat akan direkodkan oleh pengawas bertugas. 2.2.2 Mana-mana murid yang didapati hadir lewat secara berturut-turut atau berkala, Unit Disiplin Hal Ehwal Murid akan bertindak berdasarkan SOP berikut : Tindakan Hadir Lewat Berterusan Hadir Lewat Berkala Surat Peringatan I 3 hari berturut-turut 5 hari Surat Peringatan II 5 hari selepas SPI (SSDM) 5 hari selepas SPI (SSDM) Surat Peringatan III 5 hari selepas SP II (SSDM) 7 hari selepas SP II (SSDM) 2.3: TIDAK HADIR KE SEKOLAH 2.3.1 Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah wajib. 2.3.2 Murid-murid yang tidak hadir kerana sakit / urusan keluarga / balik kampung atas hal kematian / sesuatu sebab tertentu hendaklah : (a) Memberitahu pihak sekolah melalui guru kelas dengan segera (b) Membawa bersama surat akuan doktor atau surat kebenaran / pemakluman daripada ibu bapa / penjaga apabila murid tersebut hadir semula ke sekolah pada hari berikutnya. 2.3.3 Mana-mana murid yang tidak hadir tanpa sebab / tanpa surat akuan doktor / surat pemakluman daripada ibu bapa / penjaga dianggap sebagai ponteng sekolah dan boleh dikenakan tindakan disiplin. 2.3.4 Ketidakhadiran sama ada secara berturut-turut atau secara berkala tanpa sebarang sebab bertulis sama ada daripada doktor / ibu bapa / penjaga akan diambil tindakan disiplin berdasarkan SOP berikut:


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 14 SURAT TINDAKAN TIDAK HADIR BERTURUTTURUT TIDAK HADIR BERSELANG SELI Surat Amaran I 3 hari berturut-turut Pada hari ke-10 (SSDM) Surat Amaran II 7 hari selepas SA I (SSDM) 10 hari selepas SA I (SSDM) Surat Amaran III 7 hari selepas SA II (SSDM) 20 hari selepas SA II (SSDM) Surat Buang Sekolah 14 hari selepas SA III 20 hari selepas SA III Jumlah Keseluruhan 31 hari 60 hari bukan berturutturut 2.4 MENINGGALKAN SEKOLAH SEMASA WAKTU PERSEKOLAHAN 2.4.1 Hanya ibu bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan mengambil anak di bawah jagaannya. 2.4.2 Ibu bapa / penjaga hendaklah memaklumkan kepada kerani di pejabat terlebih dahulu untuk meminta kebenaran mengambil anak pada waktu persekolahan dan hendaklah mengisi buku rekod yang disediakan. 2.5: BERJUMPA ANAK DI BAWAH JAGAAN PADA WAKTU PERSEKOLAHAN 2.5.1 Ibu bapa / penjaga adalah dilarang untuk berjumpa terus anak di bawah jagaan di bilik darjah sebelum mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pentadbir di pejabat. 2.6: KENDERAAN IBU BAPA / PENJAGA 2.6.1 Kenderaan ibu bapa / penjaga (kereta / motosikal) tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan sekolah sama ada untuk menghantar atau mengambil anak kecuali dengan kebenaran atau dalam keadaan tertentu sahaja. 2.6.2 Ibu bapa / penjaga boleh menghantar atau mengambil anak di bawah jagaan melalui pintu pagar utama / pintu pagar berdekatan kantin / pintu pagar berdekatan dewan sekolah. 2.7 BASIKAL MURID 2.7.1 Mana-mana murid yang berbasikal ke sekolah tidak dibenarkan menunggang basikal di dalam kawasan sekolah. Sebaik sahaja sampai di pintu pagar sekolah, basikal hendaklah ditolak sehingga ke tempat meletak basikal yang telah disediakan.


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 15 2.7.2 Murid yang menggunakan basikal hanya dibenarkan masuk melalui pintu pagar berdekatan kantin dan pintu pagar berdekatan dewan sekolah. 2.7.3 Basikal hendaklah dalam keadaan baik dan selamat digunakan di jalan raya. 2.7.4 Basikal hendaklah disusun dengan teratur di tempat meletak basikal yang disediakan dan hendaklah dikunci. 2.7.5 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kecurian, kerosakan pada basikal atau bahagian-bahagian tertentu pada basikal tersebut. 3.1 PERHIMPUNAN 3.1.1 Kehadiran dalam perhimpunan rasmi sekolah adalah wajib bagi semua murid dan guru. 3.1.2 Semua murid mesti berada di dataran perhimpunan 10 minit awal sebelum perhimpunan dimulakan. 3.1.3 Semua murid hendaklah berbaris mengikut kelas masing-masing seperti yang diarahkan. 3.1.4 Semua murid hendaklah dalam keadaan senyap dan bersopan semasa perhimpunan sedang berlangsung. Tidak dibenarkan bercakap-cakap. mengganggu kawan dan membuat bising. 3.1.5 Pengawas bertugas berhak mengarahkan mana-mana murid yang membuat bising untuk keluar dari barisan kelas dan nama murid berkenaan akan direkodkan. 3.1.6 Semua murid hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu; ➢ Lagu Kebangsaan ➢ Lagu Wilayah ➢ Lagu Sekolah atau ➢ Bacaan Doa ➢ Bacaan Ikrar 3.1.7 Ketika lagu-lagu berkenaan dinyanyikan, bendera akan dinaikkan dan semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak dengan kedua-dua belah tangan diluruskan ke bawah. 3.1.8 Semua ucapan sama ada oleh Guru Besar / Penolong Kanan / guru bertugas hendaklah didengar dengan teliti dan diberikan perhatian. 3.1.9 Apabila perhimpunan rasmi tamat, semua murid bersurai masuk ke bilik darjah masing-masing dalam keadaan senyap dan berbaris dengan diiringi oleh guru mata pelajaran.


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 16 3.1.10 Mana-mana murid yang hadir lewat akan diasingkan dan tidak dibenarkan masuk ke dalam barisan kelas. 3.2: WAKTU PEMBELAJARAN 3.2.1 Semua murid mesti berada di dalam bilik darjah masing-masing pada waktu pembelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan. 3.2.2 Semua murid hendaklah membawa buku sama ada buku teks / buku tulis / buku aktiviti mengikut jadual waktu. 3.2.3 Semua murid hendaklah mempunyai buku teks dan buku aktiviti bagi semua mata pelajaran. 3.2.4 Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah sewaktu PdPc berjalan kecuali atas urusan penting dengan kebenaran daripada guru. 3.2.5 Adab sama ada Guru Besar/guru/pelawat masuk ke dalam bilik darjah ; Semua murid hendaklah berdiri tegak dan memberi ucapan seperti berikut; "Assalamualaikum puan / cikgu / tuan" atau "Selamat pagi / tengahari puan/cikgu / tuan". Manakala, apabila sama ada Guru Besar / guru/ pelawat keluar dari bilik darjah hendaklan mengucapkan "Terima kasih puan/cikgu / tuan". 3.2.6 Semasa ketiadaan guru di dalam bilik darjah, semua murid hendaklah diam atau belajar / membuat kerja sendiri. Ketua / Penolong Ketua Darjah bertanggungjawab mengawasi kelas dan segera memberitahu guru mata pelajaran / guru ganti yang sepatutnya masuk ke kelas tersebut. 3.2.7 Semasa berada di dalam bilik darjah, semua murid hendaklah duduk di atas kerusi dengan sopan. Tabiat duduk sambil mencondongkan kerusi sama ada ke depan atau ke belakang adalah dilarang sama sekali. 3.2.8 Beg sekolah hendaklah diletakkan di atas lantai dan bukan di atas kerusi supaya murid boleh duduk dalam keadaan selesa semasa belajar. 3.2.9 Semua murid dilarang berlari-lari dan berkejar-kejaran di dalam bilik darjah atau koridor bangunan. 3.2.10 Ketika bergerak ke bilik-bilik khas, semua murid hendaklah bergerak dalam barisan dengan senyap. Sebelum meninggalkan bilik darjah, pastikan suis lampu dan kipas ditutup. 3.2.11 Semasa berada di bilik-bilik khas, semua murid hendaklah patuh kepada semua peraturan yang telah ditetapkan di bilik-bilik tersebut. 3.2.12 Semasa guru sedang mengajar, semua murid hendaklah menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan mempunyai semangat untuk bersaing antara satu sama lain. Membuat kerja lain, bercakap-cakap, bermain-main, mengganggu kawan ketika guru


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 17 sedang mengajar adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan disiplin jika berulang. 3.2.13 Semua kerja rumah yang diberikan oleh guru hendaklah disiapkan pada masa yang ditetapkan. 3.2.14 Semua murid tidak dibenarkan menjerit-jerit dan hendaklah mengangkat tangan sekiranya ingin bertanya soalan atau menjawab soalan. 3.2.15 Semua murid hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi ujian atau pentaksiran dan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik. 3.2.16 Semua murid dilarang membawa telefon mudah alih / iPad / tablet / 'smart watch' / gajet telekomunikasi ke sekolah. Jika dibawa, semua alat telekomunikasi ini akan dirampas dan hanya ibu bapa / penjaga sahaja dibenarkan untuk datang menuntut semula barangan tersebut. 3.2.17 Sekiranya berlaku kecemasan, murid-murid boleh menghubungi ibu bapa / penjaga melalui guru kelas masing-masing atau dengan menggunakan telefon di pejabat sekolah. 3.3: WAKTU REHAT MURID 3.3.1 WAKTU REHAT MURID-MURID KELAS PERDANA REHAT TAHUN MASA REHAT SESI I Tahun 1 & Tahun 2 9.30-10.00 pagi REHAT SESI II Tahun 3 & Tahun 4 10.00-10.30 pagi REHAT SESI III Tahun 5 & Tahun 6 10.30-11.00 pagi 3.3.2 WAKTU REHAT MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS REHAT TAHUN MASA REHAT SESI I Tahun 1/2/3/4/5/6 9.00-9.30 pagi 3.3.3 WAKTU REHAT MURID-MURID PRASEKOLAH REHAT TAHUN MASA REHAT SESI 1 Semua kelas prasekolah 10.00-10.30 pagi


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 18 3.3.4 Semua murid hendaklah keluar dari bilik darjah dalam keadaan beratur dan senyap. Sebelum meninggalkan bilik darjah, pastikan semua suis lampu dan kipas ditutup. 3.3.5 Semua murid hendaklah beratur dan tidak berebut-rebut semasa membeli makanan / minuman di kantin. Semua murid hendaklah patuh kepada arahan pengawas yang bertugas. 3.3.6 Sebelum makan semua murid hendaklah mencuci tangan terlebih dahulu dan membaca doa makan serta makan dengan tertib dan sopan. Pastikan sisa makanan tidak bertaburan di atas meja dan lantai. 3.3.7 Selepas makan semua murid digalakkan untuk berkumur mulut dan mestilah mencuci tangan dengan sabun pencuci tangan yang disediakan. 3.3.8 Semua pinggan / mangkuk dan cawan yang telah digunakan hendaklah diletakkan ke dalam bekas yang disediakan. Asingkan pinggan / mangkuk dan cawan mengikut bekas yang telah dilabelkan oleh pihak kantin. 3.3.9 Buang plastik / kertas pembalut makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. 3.3.10 Dilarang bermain / berlari-lari / berkejar-kejaran di dalam kawasan kantin. 3.3.11 Semua murid tidak dibenarkan makan / minum di kawasan lain selain di kantin sekolah. 3.3.12 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada waktu rehat. Tindakan disiplin boleh diambil sekiranya ada murid yang berbuat demikian. 3.3.13 Jika terdapat sebarang masalah berkaitan makanan / minuman yang dijual di kantin sekolah, sila maklumkan kepada Penolong Kanan HEM/ guru bertugas dengan segera. 3.4: KAMAR SELESA / TANDAS 3.4.1 Semua murid tidak digalakkan pergi ke kamar selesa / tandas semasa proses PdPc berlangsung kecuali jika sangat perlu atau kecemasan dengan kebenaran guru serta menggunakan pas keluar. 3.4.2 Semua murid digalakkan pergi ke kamar selesa / tandas sebelum sekolah bermula, waktu rehat dan waktu balik dari sekolah. 3.4.3 Pastikan pam air ditarik (flush) selepas menggunakan kamar selesa / tandas 3.4.4 Tidak dibenarkan membasuh kaki di dalam singki atau mangkuk tandas. 3.4.5 Dilarang keras menconteng dinding kamar selesa / tandas sama ada menggunakan cat / pen maker / pemadam cecair / dan sebagainya. Jika ditangkap, murid berkenaan boleh dikenakan tindakan disiplin.


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 19 3.4.6 Dilarang keras membuang botol / bekas minuman / tuala wanita / plastik / kertas pembalut makanan ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkan berlakunya saluran tersumbat. 4.1: KELAKUAN MURID 4.1.1 Semua murid hendaklah berkelakuan baik pada setiap masa. 4.1.2 Semua murid hendaklah sentiasa menghormati Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru, pengawas sekolah dan semua warga sekolah. 4.1.3 Semua murid tidak dibenar menggunakan / mengambil mana-mana peralatan atau harta benda sekolah tanpa kebenaran. Mengguna / mengambil harta benda sekolah tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan disiplin. 4.1.4 Semua murid tidak boleh membawa pulang sebarang peralatan / harta benda sekolah. Jika berlaku, murid berkenaan dianggap mencuri dan tindakan disiplin yang tegas akan diambil dan laporan polis akan dibuat. 4.1.5 Semua murid hendaklah sentiasa berkelakuan jujur. Sekiranya terjumpa barangbarang berharga / wang tercicir di kawasan sekolah, sila serahkan kepada guru bertugas. 4.1.6 Merosakkan harta benda sekolah dengan sengaja merupakan satu kesalahan berat. Tindakan disiplin yang lebih tegas akan diambil dan murid berkenaan diminta untuk menggantikan harta benda yang dirosak jika perlu. 4.2: KEBERSIHAN 4.2.1 Setiap warga sekolah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah. 4.2.2 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan diri sendiri. Sila pastikan kuku jari tangan sentiasa pendek dan bersih. 4.2.3 Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat. Sila buang ke dalam bakul/ tong sampah yang disediakan. 4.2.4 Dilarang menconteng / mengotorkan dinding bangunan sekolah. 4.2.5 Dilarang memetik bunga di kawasan sekolah. 4.2.6 Setiap murid hendaklah bertanggungjawab menjaga kebersihan di dalam bilik darjah. Bilik darjah hendaklah sentiasa kemas dan disapu sebelum PdPc waktu pertama bermula. Susunan meja dan kerusi hendaklah sentiasa rapi.


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 20 4.3: AM 4.3.1 Semua murid hendaklah berjalan di sebelah kiri koridor / semasa naik / turun tangga dan laluan ke kantin bagi mengelakkan kesesakan laluan. 4.3.2 Sekiranya berjalan beramai-ramai, hendaklah berjalan dalam barisan. 4.3.3 Sekiranya murid-murid ternampak berlakunya pergaduhan / kecurian / kemalangan di dalam kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas mingguan dengan segera untuk tindakan susulan. 4.3.4 Sila ketuk pintu / memberi salam sebelum masuk ke bilik darjah sekiranya hendak berjumpa guru kelas / guru mata pelajaran. 4.3.5 Semua murid hendaklah mengamalkan budaya memberi salam hormat kepada semua warga sekolah / pelawat. 4.3.6 Setiap murid hendaklah menunjukkan contoh dan kelakuan yang baik. 4.3.7 Setiap murid hendaklah sentiasa menjaga nama baik sekolah. 4.4: PENGAWAS 4.4.1 Pengawas adalah dilantik oleh pihak sekolah. 4.4.2 Pengawas adalah bertanggungjawab untuk memastikan setiap peraturan sekolah dipatuhi oleh semua murid. 4.4.3 Pengawas berhak menegur dan memberi arahan yang sesuai kepada semua murid. Menentang atau ingkar kepada arahan pengawas merupakan satu kesalahan. 5.1: SURAU SEKOLAH 5.1.1 Semua murid beragama Islam hendaklah mengerjakan solat di surau sekolah dengan bimbingan guru. 5.1.2 Dilarang berehat atau tidur di surau sekolah kecuali berlangsungnya sesuatu aktiviti yang dibenarkan. 5.1.3 Dilarang membuat bising di dalam surau. 5.1.4 Segala harta benda yang terdapat di dalam surau tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran guru.


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 21 5.2: PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) 5.2.1 Semua murid hendaklah bergerak dalam keadaan teratur semasa pergi / balik dari PSS. 5.2.2 Tidak dibenarkan membuat bising / mengganggu murid lain ketika berada di PSS. 5.2.3 Tidak dibenarkan makan / minum di dalam PSS. 5.2.4 Buku-buku yang sudah dibaca hendaklah disimpan dan disusun semula di tempat asal. 5.2.5 Buku-buku yang dipinjam dari PSS hendaklah dijaga dengan elok dan mesti dipulangkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 5.2.6 Dilarang menconteng/mengoyak buku-buku / majalah / surat khabar yang dipinjam / dibaca dalam PSS. 5.2.7 Buku yang rosak / hilang semasa dalam pinjaman hendaklah diganti. 5.2.8 Setiap murid hendaklah patuh kepada peraturan ketika berada dalam PSS dan patuh kepada arahan Pengawas PSS yang bertugas. 5.3: STOR SUKAN SEKOLAH 5.3.1 Hanya guru bertugas dan murid yang ditugaskan masuk ke dalam stor sukan untuk mengambil sebarang peralatan sukan yang diperlukan. 5.3.2 Semua peralatan sukan yang hendak dibawa keluar perlu direkodkan di dalam Buku Rekod yang disediakan. 5.3.3 Semua peralatan yang diambil dan sudah digunakan hendaklah disimpan dan disusun semula di tempat asal di dalam stor sukan. 5.3.4 Guru bertugas hendaklah memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci dan kunci hendaklah disimpan di dalam peti kunci di pejabat. 5.3.5 Mana-mana murid yang dengan sengaja merosakkan / mencuri peralatan sukan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin. 5.3.6 Sebarang peralatan sukan yang kotor hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dan dikeringkan sebelum disimpan di dalam stor sukan. 5.3.7 Peralatan sukan yang mudah rosak hendaklah digunakan dengan cermat dan dijaga dengan rapi.


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 22 5.3.8 Tidak dibenarkan berada lebih daripada dua orang murid di dalam stor sukan pada satu-satu masa. 5.3.8 Kebersihan stor sukan adalah menjadi tanggungjawab bersama. Semua murid hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 5.4: BUKU TEKS SEKOLAH 5.4.1 Semua buku teks yang dipinjamkan hendaklah dibalut dengan plastik lutsinar dan perlu dijaga dengan baik. 5.4.2 Buku teks yang hilang / rosak teruk perlu diganti dengan buku yang sama pada tahun semasa untuk mengelakkan murid berkenaan tidak mendapat pinjaman buku teks pada tahun berikutnya. 5.4.3 Mana-mana murid yang berpindah / bertukar ke sekolah lain hendaklah membawa bersama buku-buku teks tersebut ke sekolah baharu. 5.4.4 Mana-mana murid yang berpindah / bertukar ke sekolah swasta / sekolah integrasi / semua sekolah di bawah program MARA hendaklah mengembalikan semua buku teks yang dipinjamkan kepada pihak sekolah. BAHAGIAN 3: KESELAMATAN 1.1: KESELAMATAN DI DALAM KAWASAN SEKOLAH 1.1.1 Semua murid dilarang untuk meninggalkan kawasan sekolah pada waktu persekolahan tanpa kebenaran guru. 1.1.2 Mana-mana murid yang hendak pulang pada waktu persekolahan atas sebab-sebab tertentu / mustahak / kecemasan hendaklah memohon kebenaran daripada pihak pentadbir terlebih dahulu. Ibu bapa / penjaga yang ingin mengambil anak hendaklah mengisi Buku Rekod Keluar Murid yang disediakan di pejabat sekolah. 1.1.3 Mana-mana murid yang memerlukan pemeriksaan / rawatan doktor di hospital boleh mengambil 'Borang Rawatan Murid' di pejabat sekolah. 1.1.4 Setiap murid tidak dibenarkan berjumpa dengan ibu bapa / penjaga sewaktu PdPc kecuali dengan kebenaran pihak pentadbir. 1.1.5 Sebarang kemalangan yang berlaku di dalam kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas dan pihak pentadbir.


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 23 2.1: KEBAKARAN 2.1.1 Sekiranya berlaku kebakaran di bangunan sekolah hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru / guru bertugas / pentadbir. 2.1.2 Loceng kecemasan akan dibunyikan secara berpanjangan sekiranya berlaku kebakaran. 2.1.3 Semua murid hendaklah keluar dari bangunan sekolah atau dari bilik darjah dengan pantas dan beratur ke tempat berhimpun mengikut arahan yang telah diberikan 2.1.4 Pastikan semua suis lampu dan kipas serta pintu bilik darjah ditutup sebelum meninggalkan bilik darjah. 2.1.5 Mana-mana murid yang tidak berada dalam bilik darjah pada waktu itu hendaklah segera pergi ke tempat berhimpun dan laporkan diri kepada guru kelas. 2.1.6 Guru yang berada di kelas hendaklah membawa Buku Kawalan Kelas ke tempat berhimpun dan memastikan jumlah murid yang ada di tempat berhimpun sama dengan kehadiran murid pada hari berkenaan. 2.1.7 Sekiranya jumlah murid tidak mencukupi, guru kelas hendaklah melaporkan kepada pihak pentadbir untuk tindakan mencari dan menyelamat.


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 24 SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM)


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 25


UNIT DISIPLIN HEM SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2) BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH VERSI 2023 26 Sekian, Terima Kasih.


Click to View FlipBook Version