The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hannanhusna88, 2022-11-27 23:09:27

AKIDAH

WI001

3.1 AKIDAH
3.1.1 Konsep Akidah
a. Definisi dan Kepentingan Akidah
b. Sumber Akidah
c. Perbahasan ilmu tauhid
i. al Ilahiyat { ketuhanan }
ii. al Nubuwat { kenabian }
iii. al Ghaibiyyat { perkara ghaib}
3.1.2 Cabaran Akidah Semasa
a. Perbezaan Akidah Benar dan Batil
b. Perkara Yang Membatalkan Akidah
c. Langkah-langkah Menghadapi Cabaran Akidah Semasa
d. Isu Akidah Semasa :
i. Ajaran Sesat : Syiah, Ilmu Hakikat, Millah Ibrahim
ii. Ideologi : Sekularisme, Liberalisme, Pluralisme,
iii. Gerakan Kristianisasi : Evangelisme

1

3.0 ULUM SYAR’IYAH

3.1 AKIDAH

3.1.1 Konsep Akidah

a. Definisi dan Kepentingan Akidah

 Bahasa: Akidah dari kalimah arab (’aqada) bererti simpulan atau ikatan pada sesuatu
benda. ”Akidah secara harfiah bererti sesuatu yang tersimpul secara erat atau
kuat.” (Prof. Abdul Aziz Dahlan)

 Dari sudut istilah: Akidah ialah pegangan yang mutlak, mantap, kuat, kekal dan suci
dalam jiwa seorang muslim.

 Akidah juga bermaksud iman dan makrifah, seperti makrifah Allah s.w.t, alam ghaib,

kitab-kitab, nabi-nabi, hari akhirat dan makrifah qadak qadar. (Sayid Sabiq)

 Nama lain bagi ilmu akidah ialah ilmu Usuluddin, ilmu Kalam dan ilmu Tauhid

 Seruan para rasul dan nabi adalah sama iaitu mengajak manusia mentauhidkan Allah

s.w.t dan mentaatiNya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu
melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawasanya tidak ada Tuhan (yang
hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku."

( Surah al Anbia’: 25 )

 Umat Islam sepanjang zaman mempunyai akidah yang satu, tetapi berbeza syariat
bersesuaian dengan zaman mereka.

Kepentingan Akidah

 Ia berperanan menjadi sumber kekuatan pada diri (roh) seseorang yang
beriman.

 Akidah sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan
individu muslim. Akidah yang rosak mengakibatkan terbatal Islam dalam
diri seseorang.

 Akidah adalah penggerak dan mencorak kehidupan di dunia dan akhirat.
 Seseorang yang tidak mengenal penciptanya tidak akan tahu tujuan dan

hikmah dia diciptakan di muka bumi.
 Mereka yang tidak beriman dengan hari akhirat akan terpedaya dengan

kehidupan di dunia dan menjadikan setiap kerjanya untuk mencari
kesenangan di dunia sebelum mati.
 Akidah yang rosak menyebabkan berlakunya kezaliman, maksiat dan dosa
secara berleluasa. Ini antara sebab utama Allah SWT menurunkan azab ke
atas manusia termasuk umat Islam yang mengabaikan dan mensia-siakan
agama mereka (Surah ar-Rum: 41).

2

b. Sumber Akidah Yang Qat’ie
i. Dalil al Quran
Contoh ayat al Quran yang menyatakan konsep akidah menyembah Allah SWT yang Maha Esa.
Firman Allah SWT ;

Maksudnya : “ Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah
Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia
pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya”.

Surah Al-Ikhlâs: 1-4
Manusia yang mengikuti petunjuk Al-Qur’an bererti telah memiliki akidah yang benar. Sebaliknya,
manusia yang tidak mengikuti petunjuk-petunjuk Al Qur’an tidak memiliki akidah yang benar.
Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.”
(Surah an-Nisa’: 36)

ii. Dalil al Hadith ;
Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya : “Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.
(Riwayat al-Bukhari, no. 6919)

3

c. Perbahasan ilmu tauhid berdasarkan ASWJ

Perbahasan ilmu tauhid berdasarkan pandangan akidah Ahlu Sunnah wal Jamaah ini adalah
berkaitan dengan tiga aspek iaitu al ilahiyat, al nubuwwat dan al ghaibiyyat.

i. al Ilahiyat / Ketuhanan
 Perbahasan yang dibincangkan ialah berkaitan dengan sifat-sifat ma’ani sahaja iaitu
qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama’, basar dan kalam.
 ASWJ menetapkan [mengithbatkan] sifat-sifat Allah SWT berdasarkan al Quran dan al
Sunnah. Mereka tidak membuat sebarang takwilan terhadap sifat-sifat tersebut.
 Mereka juga menetapkan bahawa Allah SWT mempunyai sifat-sifat yang azali meliputi
sifat qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama’, basar dan kalam. Mereka juga menyakini apa
yang telah ada di dalam al Quran sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT bahawa
diriNya mempunyai sifat-sifat seperti; tangan, wajah, dan sebagainya di takwil sebagai
Kekuasaan Allah SWT.
 ASWJ menjelaskan bahawa sifat-sifat Allah SWT ini tidak sama dengan sifat makhluk.
Mereka hanya mentanzihkannya (membersihkan) dan tidak mentasybihkan
(menyerupai) dan mentakwilkannya.
 Menurut as-Syeikh Hasan al-Banna, "sesungguhnya makrifah Allah SWT,
mentauhid dan membersihkanNya (tanzihihi) adalah setinggi-tinggi martabat
akidah Islam.”
 Nama, sifat dan zat Allah SWT tidak menyerupai makhluk (tidak bertempat dan
berjisim).
 Beriman kepada asma’ dan sifat Allah SWT adalah wajib, namun bertanya
tentang zatNya adalah dilarang kerana ia di luar kemampuan akal manusia.
 Keimanan mestilah mengikut landasan yang sebenar tanpa takwil dan
mengurang atau menambahkannya.

ii. al Nubuwwat / Kenabian
 Perbahasan yang akan dibincangkan berkaitan kenabian dan kerasulan ialah berkaitan
pengutusan nabi dan rasul, hikmah pengutusan rasul dan konsep khatam al nubuwwah
dan ummu risalah.
 ASWJ menjelaskan bahawa pengutusan nabi dan rasul merupakan suatu rahmat dan
kurniaan Allah SWT. Firman Allah SWT :

Maksudnya : “ Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan
untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

Surah al Anbia’ : Ayat 107

 Hikmah perutusan rasul menurut pandangan ASWJ ialah;
i. Perutusan rasul merupakan asas manusia ditaklifkan.
ii. Rasul menentukan ukuran baik atau buruk sesuatu perbuatan atau perkara.
iii.Membimbing manusia kepada agama Allah SWT kerana rasul itu satu bentuk
taufiq dari Allah dalam bentuk umum kepada manusia.
iv. Mengetahui hakikat atau berkaitan dengan perkara-perkara ghaib atau
sam’iyyat yang tidak mampu dicapai oleh akal dan pancaindera manusia.

4

v. Memberi panduan berkaitan dengan kaedah dan cara beribadat dengan betul
dan sempurna.
vi. Mewujudkan perundangan dan peraturan dalam urusan kehidupan manusia.
vii.Menjelaskan atau menerangkan berkaitan dengan perkara akhlak yang mulia
atau juga tatacara hidup manusia.
viii.Memberi peringatan dan amaran kepada manusia.
ix. Mengelakkan daripada manusia itu berdalih. Maka rasul itu menjadi hujah.

 Konsep khatam al nubuwwah dan umum al risalah :
i. Perutusan rasul atau risalah Nabi Muhammad SAW adalah ditujukan kepada
seluruh penduduk alam ini. Firman Allah SWT;

Maksudnya : “ Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan
untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada
orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang
ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”.

Surah Saba’ : Ayat 28
ii. Nabi Muhammad SAW merupakan rasul yang terakhir dan penamat bagi
semua nabi dan rasul sebelumnya. Firman Allah SWT ;

Maksudnya : “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak
angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu,
tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

Surah al Ahzab : Ayat 40
iii. Risalah yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW membatalkan risalah-risalah
sebelumnya.
iv. Risalah Nabi Muhammad SAW terpelihara hingga hari kiamat dengan
terpeliharanya al Quran dan al Sunnah. Firman Allah SWT ;

Maksudnya : “ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al Quran dan Kamilah
yang memelihara dan menjaganya”.

Surah al Hjir : Ayat 9
5

iii. al Ghaibiyyat/al Sam’iyyat (Perkara Ghaib)
 Perbahasan yang dibincangkan dalam persoalan al sam’iyyat ialah hari kiamat dan hari

pembalasan.
 ASWJ berpendapat bahawa hari kiamat itu pasti berlaku berdasarkan dalil naqli dan aqli.
 Dalil naqli Firman Allah SWT :

Maksudnya:"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja
sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia
usahakan”.

Surah Taha : Ayat 15

 Pandangan ASWJ berkaitan dengan hari pembalasan ;
i. Konsep pembalasan itu adalah sebagai ujian dan taklif dan semuanya itu adalah
untuk mendapat pembalasan Allah SWT.
ii. Allah SWT menentukan peraturan dan menyatakan pembalasannya.
iii.Pembalasan Allah SWT itu sebagai satu sifat keadilan Ilahi.
iv. Pembalasan Allah SWT di antara kelebihan dan keadilan antara contohnya,
serendah-rendah pembalasan baik yang diberi oleh Allah SWT ialah I0 ganjaran
pahala dan digandakannya hingga tidak terkira. Manakala balasan kejahatan pula
adalah seumpama dengannya. Firman Allah SWT ;

Surah Yunus : Ayat 27

Maksudnya : “ Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan
maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang
sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan”.

d. Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

 Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang teguh kepada aliran dan
amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 Dalam akidah, negara Malaysia mengikut mazhab Imam Abu Hassan Asy’ari
(260H – 324H) dan Imam Abu Mansor Al Maturidi ( 333H). Dalam Fiqah pula
ia mengikut mazhab Syafi’e dengan tambahan-tambahan yang diperlukan
berdasarkan keputusan-keputusan fatwa ( sama ada di peringkat negeri atau
peringkat kebangsaan ) mengikut kaedah yang wajar dalam Ahli Sunnah. Dalam
huraian berkenaan akhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al Ghazali sistem
pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnah ini diikuti dengan baiknya
dan mesti dipelihara. (Dr. Uthman al Muhammady).

 Ahli Sunnah Wal Jama’ah bermaksud orang-orang yang berpegang teguh
dengan kitab Allah SWT , sunnah RasulNya dan para sahabat, tabi’en dan tabi’
tabi’in serta orang yang bersama mereka. Juga beriltizam dengan kedua-duanya

6

(al Quran dan al-Sunnah) sama ada perkataan, perbuatan mahupun iktikad
sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh para ulama’ al salaf al soleh.

● Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah
i. Berpegang kepada dua sumber utama iaitu ;
i. al Quran
ii. al Sunnah yang sahih
ii. Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ) menjadikan Ijma’ al Salaf al
Soleh sebagai rujukan dalam iktikad mereka.
iii.Hadith yang sahih dari Rasulullah SAW wajib diterima dalam
akidah termasuk hadith ahad ( perawi tunggal ).
iv. Jika berlaku pertentangan antara nas dengan akal nas
perlu didahulukan.
v. Berbantah-bantah dalam agama adalah tercela.

3.1.2 Cabaran Akidah Semasa

a. Membezakan Akidah Yang Benar Dan Akidah Yang Batil

Ciri-ciri Akidah Yang Benar

 Akidah yang benar adalah akidah yang bertepatan dengan al Quran dan
al Sunnah

 Akidah yang meyakini konsep Uluhiyyat, Nubuwat dan Ghaibiyyat.
Seseorang yang mempunyai akidah yang benar, mempercayai dan
meyakini dengan sungguh-sungguh kepada:
i. Allah SWT dari sudut kekuasaan dan ketuhananNya.
ii. Para Malaikat sebagai makhluk dan tentera-tentera Allah SWT.
iii.Para Rasul sebagai utusan Allah SWT dan petunjuk kebenaran.
iv.Kitab-kitab sebagai panduan dan hidayah untuk manusia.
v. Hari Akhirat sebagai hari kemusnahan alam dan pembalasan amal.
vi.Qadak dan Qadar iaitu pelaksanaan dan ketentuan yang berlaku
semuanya dalam ketentuan Allah swt.

Ciri-ciri Akidah Yang Batil

 Syirik iaitu menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, seperti percaya kepada
selain Allah SWT. atau memohon pertolongan dari selain Allah SWT (tangkal
dan lain-lain).

 Khurafat iaitu menganut kepercayaan karut/tahyul yang bertentangan dengan
tauhid (mandi Safar).

 Kufur iaitu ingkar kepada perintah Allah SWT (menolak hadith).
 Bid’ah dhalalah iaitu mengadakan sesuatu perkara baru dalam agama sama ada

menambah atau mengurangkan yang bercanggah dengan syarak (mengurangkan
waktu solat fardhu).
 Kepercayaan atau akidah yang bercanggah dengan al Quran dan Hadith.
 Perilaku (perbuatan) yang bertentangan dengan tauhid dan keimanan.

7

b. Perkara Yang Membatalkan Akidah
i. Menolak al Quran dan Hadith sebahagian atau keseluruhannya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah SWT dan rasul
rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah SWT dan
rasul-rasulNya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan
kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu)
mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir). Merekalah orang-
orang yang kafir sebenar- benarnya….”

( Surah al Nisa’: 150-151 )
ii. Menolak perkara yang dharurah dalam Islam iaitu "hukum hakam agama yang sudah
jelas diketahui" sama ada dalam bentuk meninggalkan suruhan (seperti solat) atau
melakukan larangan (seperti zina). Allah SWT menjelaskan dalam firmanNya:

Maksudnya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi
wanita yang mukmin, apabila Allah SWT dan RasulNya telah menetapkan sesuatu
ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka...”

( Surah al Ahzab: 36 )

iii. Menolak atau tidak percaya kepada mana-mana rukun iman.
iv. Mempersendakan dan memperlekeh Islam secara sedar atau sengaja
v. Memusuhi Islam atau menolong musuh memerangi Islam (munafik) golongan
Muktazilah, Jabariah, Qadariah dan seumpamanya (pandangan sebahagian ulama).
vi. Sebahagian ulama’ berpendapat golongan Mu’tazilah adalah terkeluar dari Islam.

8

Kesimpulan
 Iman yang benar menuntut seseorang itu melaksanakan amar makruf dan
mencegah sebarang kemungkaran sama ada dengan tangan, lidah atau sekurang-
kurangnya dengan hati (tidak redha terhadap perkara tersebut).
 Islam melarang umatnya mengkafirkan orang lain kerana ia boleh merosakkan
kesucian dan kekuatan umat Islam. Sabda nabi s.a.w bermaksud:
"Sesiapa yang menuduh seorang mukmin sebagai kafir, dia seolah-olah
telah membunuhnya.”
( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )
 Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menghukum kafir terhadap seseorang
sehingga jelas terbukti kekafirannya
 Orang yang menolak sebahagian hadith ahad yang sahih (al Bukhari dan
Muslim) pun tidak boleh dituduh sebagai kafir. Dr Yusuf al Qardhawi
menjelaskan:
”Sebenarnya tidak ada ruang untuk meletakkan hukum kafir dalam isu ini.
Ini kerana ulama tidak mengkafirkan sesiapa pun kecuali mereka yang
mengingkari sunnah secara mutlak dan tidak menganggapnya sebagai
sumber hukum syara’ selepas al Quran.”

9

c. Langkah-langkah Menghadapi Cabaran Akidah Semasa

1. Mempelajari ilmu akidah Islam dengan betul dari guru ‘alim dan thiqah.
2. Sentiasa merujuk kepada al Quran dan al Sunnah yang sahih serta Ijmak al Salaf al

Soleh dalam masalah akidah.
3. Menjauhi sifat fanatik kepada sesuatu kumpulan atau individu melampaui ‘fanatik’

kepada al Qurandan Sunnah. ”Setiap kata-kata boleh diterima dan ditolak kecuali
nabi s.a.w yang maksum.” (al-Imam Hassan al-Banna)
4. Sentiasa peka terhadap ideologi-idealogi baru yang datang dari luar khususnya dari
barat.
5. Umat Islam perlu berhati-hati terhadap slogan; Keadilan dan Hak Asasi Manusia
(HAM). Ini kerana ia secara halus menafikan hak Allah SWT dan keaslian Syariat
Islam yang bersumberkan wahyu dan bersifat thabit.
6. Sentiasa berhati-hati terhadap hadith-hadith dhaif dan palsu yang menyentuh
permasalahan akidah.
7. Haram percaya dan berpegang kepada Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme
juga dikenali dengan SIPILIS di Indonesia. (Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI)
2005, dan resolusi Muzakarah Ulama Se-Malaysia, 2006, di Negeri Perak,
Malaysia. (Dr. Anis Malik Thoha)

d. Isu Akidah Semasa di Malaysia

i. Ajaran Sesat

Pengenalan
● Usaha menyelewengkan akidah Islam telah bermula sejak penghijrahan Nabi
Muhammad s.a.w ke Madinah dengan munculnya golongan munafik seperti
Abdullah bin Ubai bin Salul.
● Mereka pernah menarik diri dari peperangan Uhud dan membina masjid

Dhirar seperti firman Allah SWT :

Maksudnya: “Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang
mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang
mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang
mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah
SWT dan RasulNya sejak dahulu. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami
tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah SWT menjadi saksi bahawa
sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).”

( Surah at Taubah: 107 )

● Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., khalifah Abu Bakar r.a. berdepan dengan
kemunculan nabi-nabi palsu seperti Abdullah bin Habib al Kazzab di Yamamah
dan lain-lain.

● Seorang Yahudi bernama Abdullah bin Sabak muncul di zaman khalifah

10

Othman bin Affan (33H- 45H) memecahbelahkan umat Islam dengan
menyatakan jawatan khalifah adalah ‘wasiat nabi’ kepada Saidina Ali.

Beliaulah yang telah mengasaskan ideologi Syiah.
● Kemuncak perpecahan umat Islam menyebabkan berlaku ‘fitnah al kubra’ dan

munculnya berbagai aliran politik, sehingga akhirnya menular kepada masalah
akidah umat Islam.

Definisi Ajaran Sesat

Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang- orang bukan
Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau
berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu
bertentangan dengan Islam (al Quran dan al Sunnah) serta bertentangan dengan fahaman
Ahli Sunnah wal Jamaah.

Ciri-Ciri Ajaran Sesat

1. Mengaku diri atau gurunya sebagai nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima
wahyu.

2. Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam al-Mahdi.
3. Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
4. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan

tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.
5. Mengaku Allah SWT menjelma di dalam diri manusia (guru).
6. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang

yang masih hidup dan roh si mati juga boleh memberi pertolongan apabila diseru
namanya.
7. Mendakwa pengikut ajarannya dijamin masuk syurga dan gurunya adalah
pemegang kunci pintu syurga.
8. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
9. Memohon hajat kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan seumpamanya
kerana mempercayai azimat tersebut boleh memberi kesan.
10. Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari
Rasulullah s.a.w. secara jaga (yaqazah).
11. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah
SWT melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya oleh itu dia pasti
masuk syurga.
12. Memansuhkan sebahagian syariat Islam seperti sembahyang (termasuk
sembahyang Jumaat), puasa, haji dengan anggapan seseorang yang telah sampai
kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat (mengamalkan suluk).
13. Mendakwa bahawa ibadat haji boleh ditunaikan di tempat lain dan tidak semestinya
di Mekah.
14. Mengubah dengan sengaja ayat al Quran dan maksudnya seperti mentakwil setiap
ayat al Quran dengan dakwaan ‘setiap yang zahir ada batinnya.’
15. Mendakwa orang yang mengamalkan syariat hanya kulit dan tidak sampai kepada
matlamat sebenar (hakikat).

11

Contoh Ajaran Sesat di Malaysia

Syiah

Pengenalan

Menurut etimologi (lughah) bahasa Arab, “Syiah” bermaksud, “Pengikut dan pembela
seseorang”. Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam, “Golongan yang
berpendapat bahawa Sayidina Ali Bin Abi Talib RA lebih berhak dan utama daripada
Sahabat-Sahabat untuk memegang tampuk pemerintahan.

Pada mulanya, Syiah berpecah daripada Islam menjadi satu firqah. Ia berpunca
daripada persoalan siasah (politik). Demikian juga dengan firqah Khawarij, namun ketika
peristiwa kematian Sayidina Hussin Bin Ali di Karbala, pengaruh Syiah makin meluas lalu
dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab yang telah menyentuh persoalan akidah. Oleh
itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil yang diperkenalkan oleh golongan Syiah sehingga
membawa pada percanggahan dalam masalah akidah (pegangan) dan pelbagai masalah fiqh.
Asalnya, mereka ingin mempertahankan Ahlul Bait Rasulullah SAW, namun semangat
kecintaan tersebut telah diselewengkan oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa
masuk melalui para munafik.

Sejarah Ringkas Kemunculan Syiah

Sebahagian ulama berpendapat pengasas utama Syiah adalah Abdullah Bin Saba’
yang berpura-pura menganut Islam tetapi hakikatnya adalah “duri dalam daging” bagi umat
Islam. Sejarah ini disokong oleh kebanyakan ulama ASWJ dan Syiah sendiri kerana antara
puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak As- Saba’iah. Satu
peristiwa terjadi ketika Abdullah Bin Saba’ pernah berjumpa dengan Sayidina Ali Bin Abi
Talib RA: “Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan).” Beliau mengulanginya beberapa kali. Maka
Sayidina Ali RA berkata: “Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu).” Sayidina Ali RA
bertanya: “Siapakah aku yang sebenarnya?” Lalu Abdullah Bin Saba’ berkata lagi:
“Kamulah Allah!” Lantaran kata- kata Abdullah Bin Saba’ tersebut, maka Sayidina Ali RA
telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut yang
tidak mahu bertaubat daripada pegangan sesat mereka itu.

Fatwa Ajaran Syiah Di Malaysia

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 1/2014 yang bersidang pada 26 Rabiul
Akhir 1435H bersamaan 26 Februari 2014M bersetuju fatwa mengenai pengharaman ajaran
syiah.

Di antara Sebab Pengharaman Ajaran Syiah Di Malaysia:

1. Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran
Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah serta boleh menjadi ancaman
kepada keutuhan agama, kesatuan ummah dan keselamatan serta keamanan Negara.

2. Menambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan
daripada lafaz dan syahadah yang menjadi Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

3. Mentaati Imam-Imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta mempunyai
sifat-sifat dan kelebihan yang luar biasa.
Mempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja menghimpun al Quran dengan sempurna
dan menolak al Quran yang disusun oleh para sahabat Nabi SAW yang lain serta
mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan (tahrif) sama ada pengurangan

12

atau penambahan di dalam al Quranserta mempercayai bahawa al Quran
mengandungi tujuh belas ribu ayat.

4. Menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW dan
hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12.

5. Mencerca dan menghina para sahabat yang diredhai oleh Allah SWTdan para isteri
Rasulullah SAW dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan
murtad.

6. Menuduh Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu’awwiyah sebagai empat
berhala Quraisy serta pengikut-pengikutnya adalah musuh Allah.

7. Mempercayai Al-Raja’ah iaitu Allah SWT akan mengidupkan semua orang yang
telah mati ke dunia sebelum berlakunya Qiamat bersama-sama Imam Mahadi untuk
memberi keadilan.

8. Mengamalkan al Taqiah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, kepercayaan dan
amalan yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan.

9. Menyetarafkan Sayyidina Ali dengan Allah SWT.
10. Mengamalkan nikah Mut’ah.
11. Mempercayai Khalifah dan Imamah adalah sebahagian dari Rukun Islam dan

diwasiatkan secara nas:
● Mempercayai ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang

berlaku kepada manusia (al Bada’).
● Menolak hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW

sekalipun hadith mutawatir dan hanya menerima hadith-hadith yang
diriwayatkan oleh Imam-Imam Syiah.
● Menolak Ijma’ Ulama.
● Menolak Qiyas.

12. Mempercayai amalan menziarah kubur Sayyidina Husain akan memperolehi
ganjaran Syurga.

13. Melakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
14. Mengharuskan solat jama’ dalam semua keadaan.
15. Mengharamkan solat Dhuha.
16. Menetapkan Islam bukan syarat wajib haji.
17. Menetapkan prinsip khumus (1/5) sebagai kadar zakat.
18. Fahaman-fahaman dan amalan-amalan lain yang menjadi pegangan Syiah dan

bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ilmu Hakikat

Pengenalan
Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit yang diasaskan oleh Hassan Bin Jonit. Ajaran ini beroperasi
di Taman Tasik Tambahan, Ampang

Contoh penyelewengan

1. Mendakwa bertemu dengan Allah melalui ilmu hakikat.
2. Mendakwa bertemu dengan Rasulullah SAW melalui ilmu hakikat roh.

Millah Ibrahim

Pengenalan
Ajaran ini mula dikesan berkembang di Malaysia pada tahun 2013. Ajaran Millah
Ibrahim@Abraham mempunyai persamaan dengan kumpulan Negara Islam Indonesia (NII)

13

atau Pemuda Kahfi atau Ad-Deen yang telah difatwa dan diwartakan sebagai menyeleweng
pada 31 Mac 2011 yang lalu. Berdasarkan maklumat pengadu dan mereka yang terlibat
dengan ajaran ini mendapati aliran tersebut berasal daro Bogor, Indonesia yang diketuai oleh
Ahmad Musadeq yang pernah membawa aliran sesat Al-Qiyadah yang telah didirikan oleh
beliau pada tahun 2007.

Golongan Millah Ibrahim@Abraham mengatakan bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW telah lama jatuh sejak tahun 1324 Hijrah dengan kejatuhan kerajaan Bani Abbasiah akibat
serangan puak Monggol kea as Baghdad yang telah membuang kitab-kitab khazanah Islam ke dalam
sungai. Maka, ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu. Kerajaan Millah Ibrahim akan naik
semula dan akan dibawa oleh rasul yang baharu (Ahmad Musadeq).

Penyelewengan Ajaran Millah Ibrahim

● Mendakwa ada Rasul selepas Nabi Muhammad SAW

Mereka mendakwa bahawa ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu dan satu umat baru
akan dipertanggungjawabkan untuk menegakkan deen ketika itu Allah akan menghantar rasul atau
messiah (bahasa Ibrani) seperti sunnatullah yang terdahulu dan mengikut kaum mereka sendiri.

Mereka menafsirkan bahawa Allah SWT mengutuskan rasul dari kalangan kaum mereka
sendiri untuk memudahkan kaum tersebut memahami dan mengajar kaum untuk keluar daripada
kesesatan. Maka, Rasul Millah Ibrahim@Abraham diutuskan dari kalangan bangsa Melayu nusantara
untuk membaca, menyuci serta mengajar kaum Melayu nusantara ini mengenai agama yang benar.
Rasul yang dimaksudkan oleh kumpulan ini ialah Ahmad Musadeq seperti mana yang didakwa oleh
pengadu dan pengikut ajaran ini.

● Menggabungkan Tiga (3) ajaran agama Iaitu Islam, Kristian dan Yahudi

Selain terjemahan Al-Quran, mereka juga menggunakan kitab Taurat dan Injil di dalam
pengajian mereka kerana di dalam Al-Quran telah membenarkan kitab Taurat dan juga menerangkan
bahawa kitab Taurat dan Injil sebagai panduan yang menerangi.

● Meninggalkan solat lima waktu & solat Jumaat

Mereka mengatakan solat itu “sillah” iaitu hubungan dengan ajaran Millah tersebut dan
makna lain iaitu bersungguh-sungguh menegakkan deen melalui Millah Ibrahim bukan maksud solat
yang dilakukan sekarang oleh orang Islam kerana solat tonggang-tonggek itu senang, tetapi solat
menegakkan deen itu lebih mujahadah dari segi harta dan tenaga.

● Mengadakan Bai’ah (perjanjian) Oleh Anggota Millah Ibrahim

Kumpulan ini juga mewajibkan anggotanya untuk membuat akujanji (bai’ah). Amaran
kepada sesiapa yang melanggar janji dan ganjaran bagi mereka yang setia pada janji adalah
tertegaknya deen, bukannya mengharapkan pahala. Mereka juga mengatakan bahawa wajib bagi
seorang isteri yang ingin menyertai Millah Ibrahim menuntut cerai jika suami menolak menyertai
kumpulan ini atau sebaliknya.

14

ii. Idealogi

Definisi

Istilah (idéologi) faham (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan
lain-lain: demokrasi ialah satu ~ yang diagung-agungkan oleh orang-orang yang bertamadun;
berideologi mempunyai ideologi, ada ideologinya; berideologikan menggunakan sesuatu fahaman
sebagai ideologi: sistem politik yang ~ nasionalisme. Kamus Dewan Edisi Keempat

Contoh-contoh Idealogi

Liberalisme

● Fahaman Islam Liberal merupakan satu fahaman yang berteraskan prinsip kebebasan
individu tanpa sempadan. Fahaman ini muncul pada kurun ke-16 dan ke-17 ketika
zaman Renaissance, iaitu zaman golongan intelektual menyerang penyelewengan pihak
gereja.

● Definisi liberalisme menurut Encyclopaedia Britannica adalah satu falsafah hidup yang
mengutamakan kebebasan akal sebagai matlamat utama kehidupan. Ideologi sebegini
akan mendorong manusia ke arah pembebasan diri dari sebarang halangan moral,
seterusnya mengurangkan ketegasan agama dalam mengatur kehidupan setiap manusia
(Terence Ball Harry K. Girvetz Kenneth Minogue Richard Dagger, 2017).

Terdapat 4 intipati utama fahaman Liberalisme yang menyeleweng dari Islam
iaitu:

a. Mengkritik teks al-Quran
b. Kesetaraan atau persamaan (equality)
c. Liberalisme atau kebebasan
d. Penolakan Syariat Islam

Contoh isu-isu yang dibahaskan oleh pendukung-pendukung liberal di Malaysia
adalah:

● Golongan liberal berpendapat al Quran perlu ditafsirkan semula dengan
menggunakan rasional akal (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

● Penceritaan dalam al Quran pula hanya bersifat sebagai teknik dakwah efektif yang
digunakan oleh para nabi, rasul dan umat terdahulu untuk berdakwah (Hafiz Firdaus
Abdullah, 2007)

● Golongan liberal juga mempunyai tanggapan tersendiri mengenai hadith seperti
hadith bukannya berasal daripada Nabi Muhammad SAW, bahkan diciptakan oleh
individu yang mempunyai kepentingan (Phayilah Yama, 2018).

● Manakala, hadith-hadith seperti penceritaan alam ghaib seperti azab kubur, Padang
Mahsyar, Titian Sirat, Pengadilan, Isra’ dan Mikraj, Dajjal, Penurunan Nabi Isa
suasana hari akhirat, fitnah-fitnah akhir zaman dan sebagainya merupakan rekaan
para perawi hadith (Ismail Yusuff , 2011).

● Pandangan golongan liberal terhadap sifat nubuwwah yang dikurniakan kepada
nabi hanyalah satu sifat keupayaan dalam memimpin manusia ke arah kebaikan.
Jika, ada manusia lain yang mampu untuk membimbing manusia ke arah kebaikan,
maka dia juga dikira memiliki sifat nubuwwah (Nur Zainatul Nadra Binti Zainol,
2016).

● Seterusnya, kedudukan Nabi Muhammad SAW boleh dikritik kerana baginda juga

15

manusia biasa seperti mana manusia-manusia lain. Sebagai manusia, kita boleh
mengkritik dan memuji perbuatan baginda. Justeru, manusia perlu berfikiran kritis
dalam menilai sifat Rasulullah SAW (Danial Zainal Abidin, 2017).
● Golongan liberal juga berpendirian seandainya Allah terkenal dengan sifat Maha
Adil, mengapakah kandungan-kandungan di dalam perundangan Islam
mewujudkan ketidakadilan dalam masyarakat? (Jabatan Agama Islam Selangor,
2012)
● Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti G25 turut mencadangkan agar
undang-undang penangkapan golongan yang berkhalwat dikaji semula kerana
mengganggu hak peribadi dan hak kebebasan (Shahrul Nazmi Sannusi &
Nurimanah Seman, 2018: 3).
● Liberal berpendapat tafsiran daripada para ulama hanya bertujuan untuk
memonopoli dan menghukum pandangan orang lain sebagai pandangan yang salah
dan sesat (Khalif Muammar, 2009).
● Ilmu-ilmu Islam seperti usul tafsir, usul fiqh, usul hadis, al-Jarh wa Ta’dil dan
sebagainya adalah ilmu yang muncul akibat pemahaman manusia yang tidak lepas
daripada kecacatan dan kesalahan (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).

Sekularisme
● Perkataan sekular berasal dari perkataan latin iaitu ‘saeculum’ yang membawa erti satu
generasi atau zaman.
● Sekularisme bermaksud dunia yang bertentangan dengan gerej iaitu sesuatu itu menjadi milik
dunia sekarang sahaja, dan ia tidak mempunyai hubungan dengan ajaran agama dan mereka
menolak agama dalam kehidupan.
● Seruan sekularisme di Malaysia berusaha untuk menerapkan pemikiran cara moden
dalam masyarakat Islamnya dengan menjadikan akal fikiran sebagai pengukur dalam
menilai kebenaran (Khalif Muammar, 2009).
● Contoh fahaman sekularisme di Malaysia ialah
- Dosa peribadi ; Jika seseorang itu melakukan kemungkaran seorang diri dan
tidak melibatkan orang lain, maka tiada masalah. Konsep ini melahirkan
generasi yang membawa cara fikir barat iaitu humanisme [hak peribadi].

Pluralisme
● Pluralisme agama merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang
pelbagai.
● Fahaman pluralisme antaranya ialah:
- Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran,
atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.
- Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-
aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
- Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi
meningkatkan persefahaman.
- Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara
harmoni di antara penganut agama yang berbeza.

d. Gerakan Kristianisasi

● Gerakan Kristianisasi ialah usaha orang-orang Kristian mengajak manusia (non-Christian)
untuk menganut agama Kristian sama ada dilakukan secara terang-terangan mahupun
tersembunyi.

● Gerak kerja Kristianisasi adalah melalui gerakan evangelisme yang merupakan gerakan

16

misionari di bawah kumpulan Evangelical yang memfokuskan usaha penyebaran agama
Kristian melalui pelbagai cara pendekatan termasuk usaha yang bersifat ofensif
[menyinggung perasaan] orang Islam. Gerakan ini menuntut komitmen yang tinggi dalam diri
pendakyah Kristian, persiapan yang rapi dari segi fizikal, mental, rohani dan merupakan
gerakan yang paling aktif di Malaysia.
● Contoh gerakan kristianisasi di Malaysia ialah memberikan sumbangan atau dana kewangan
kepada kaum tertentu contoh orang Asli di Kampar, Perak [Zulkefli bin Aini]

Kesimpulan
Haram percaya dan berpegang kepada Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme juga
dikenali dengan SIPILIS di Indonesia. (Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) 2005,
dan resolusi Muzakarah Ulama Se-Malaysia, 2006, di Negeri Perak, Malaysia. (Dr.
Anis Malik Thoha)
Kufur dan syirik kepada Allah SWT adalah dosa paling besar yang menyebabkan
seseorang hamba dicampakkan ke neraka Allah SWT kelak. Justeru, setiap manusia
bertanggungjawab terhadap nasib masa depan kehidupan di akhirat. Mereka tidak boleh
menyalahkan sesiapa atas balasan azab akibat dari dosa atau kekufurannya di dunia.
Semuanya akan kembali pada diri mereka masing-masing. Sekiranya Allah SWT
kehendaki nescaya seluruh penduduk alam ini beriman dan taat kepadaNya. Firman
Allah SWT:

Maksudnya: “Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang
yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia
supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya ?”

( Surah Yunus: 99 )

17

RUJUKAN

1. Al Quran al Karim

2. Al Quran Pimpinan al Rahman

3. Al Quran Digital

4. Abdul Karim Zaidan Dr, (1987), Usul Dakwah, Darul Wafa, Kaherah
5. Al-Mausu’ah al Muyassarah fi al Adyan wal Mazahib al Mu’asarah, An

Nadwah al Alami lil Syabab al Islami (WAMY), Riyad.

6. Buku Rujukan Pendidikan Akidah Islam, Edisi Kedua, Kolej Matrikulasi Melaka.
7. Imam Nawawi; (1986), Hadith 40, al Ittihad al Islami al Ali
8. Jakim, Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia (1999)

9. Mohamad Sayid Tantawi Dr; (1987), Banu Israel fi al Quranwa Sunnah, az
Zahrak lil Iklam, Kaherah.

10. Dr.Muhammad Sayed al Wakil; 1987 (1408H), Jaulah Tarikhiyah fi Asril

Khulafak ar Rasyidin, Darul Mujtamak, Jeddah, Saudiah Muhammad Abdullah al
Khatib da
11. Muhammad Abdul Halim Hamid, (1990) Nazarat fi risalah at Taklim, Kaherah

12. Sayid Sabiq; (1999), Akidah Islam (terjemahan), Pustaka Nasional Singapura.

13. Siti Norbaya bt Abd Kadir, (2003), Ajaran sesat, Al Hidayah Publishers, Kuala
Lumpur

14. Al Qardhawi, (2004), Kebangkitan Islam (terjemahan), Pustaka Salam, Kuala
Lumpur

15. Ustaz Safuan, (2005), Kertas kerja Akidah Islam, Kolej Matrikulasi Kedah
16. Mohd Aizan bin Mas’od, (2013), Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di

Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

17. Dr.Anis Malik Thoha, Bahaya Fahaman Idealogy Moden Yang Boleh

Menyesatkan: Syiah, Pluralisme dan Liberalisme (SIPILIS);

18. Hj Jainal Sakiban Al Jauhari , Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu
Dipertahankan Di Nusantara, Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah Dan Syariah
Majlis Agama Islam Johor Dan Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM

,2014.

19. Hj Said Hj Ibrahim ( Bekas Mufti Sabah ), Perbandingan Akidah Dan Fahaman
Umat Islam, Darul Ma’rifah, Kuala Lumpur, Cet 1 1997.

20. Laman web Jakim: http://www.islam.gov.my/ppi/faktorasesat.html

21. Laman web Jakim: http://www.islam.gov.my/artikel/syiah1.html

22. Dr. Abdul Karim Zaidan, (1977). al-Wajiz fil usul al-Fiqh, cetakan ke-6,

Baghdad: Dar al- Arabiah.
23. Mohd Aizam bin Mas’od. (2015). Diskusi Isu Aqidah Pemikiran Semasa. Cetakan

ke2. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

24. Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. (1993). Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya

(Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad). Cetakan 1, Kuala Lumpur: al-

Wahdah Publications.

25. Kerjaaan Negeri Selangor (1998). Fatwa Tentang Fahaman Syiah. Jilid.5 No. 20

(https://www.muftiselangor.gov.my/soalan-lazim/85-fatwa/akidah/59-fatwa-tentang-

fahaman-syiah)

26. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 1/2014 yang bersidang pada 26

Rabiul Akhir 1435H bersamaan 26 Februari 2014M. Fatwa Berkenaan

Pengaharaman Ajaran Syiah (http://e-smaf.islam.gov.my/e-

smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10011)

27. Portal Dewan Selangor, Ajaran Agama Sesat di Selangor ,

http://dewan.selangor.gov.my/question/ajaran-agama-sesat-di-selangor/

28. Ab. Latif b Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ilmu Tauhid, Cetakan

Pertama: 1998, Pustaka Salam : Kuala Lumpur.

18


Click to View FlipBook Version