The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hannanhusna88, 2022-11-27 23:10:26

SYARIAH ISLAMIAH

WI001

3.2 SYARIAH
3.2.1 Konsep Syariah
a. Definisi dan Prinsip-Prinsip Syariah
b. Sumber Syariah
i. al Quran
ii. al Sunnah
iii. al Ijmak
iv. al Qiyas
c. Maqasid Syariah
d. Kaedah Fiqhiyyah
i. al Yaqin La Yazulu bi Syak
ii. al Umuru bin Maqasidiha

3.2.2 Isu Semasa Syariah
a. Isu semasa syariah
i. Ibadah : Solat semasa dhorurat, agihan wang zakat dan lain-lain.
ii. Munakahat : Peningkatan kes cerai, keganasan rumah tanggan
dan lain-lain
iii. Muamalat : Penipuan perbankan internet, spekulasi saham dan
lain-lain
iv. Jinayat : Peningkatan kadar bunuh diri, kes rogol dan lain-lain.

1

3.2 Syariah
3.2.1 Konsep Syariah
Pendahuluan
● Perkataan Syariah Islamiah dikenali juga sebagai agama Islam atau Deen al
Islam. Sejak Nabi Adam AS diutus oleh Allah SWT ke bumi sebagai khalifah
untuk mentadbir dan menjalani kehidupan di bumi, Allah SWT telah
menurunkan syariah (agama) sebagai peraturan melalui wahyuNya supaya Nabi
Adam AS. serta zuriatnya dapat menjalani kehidupan dengan aman dan
sejahera.
● Syariah Islam kepada Nabi Muhammad SAW bermula apabila wahyu pertama
diturunkan iaitu pada 17 Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah, bersamaan tahun
610 Masehi. Wahyu diturunkan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun,
sesudah baginda dilantik oleh Allah SWT sebagai rasul.
● Syariah Islam adalah untuk semua golongan manusia dan jin. Firman Allah
SWT:

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

( Surah al Zaariat: 56 )

Maksudnya : “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan
untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira
(kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-
orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat
itu).”
Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: “Daripada Ibnu Abbas telah berkata, sabda Rasulullah SAW: Aku
diberikan lima perkara, tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku dan
tidak aku mengatakannya kerana kebanggaan, aku diutuskan untuk seluruh
merah dan hitam.”

( Hadith riwayat Ahmad )

2

a. Definisi Dan Prinsip-Prinsip Syariah

● Dari segi bahasa syariah bermaksud sumber atau jalan.
● Dari segi istilah syariah hukum yang diperundangkan oleh Allah SWT ke atas

hambaNya melalui lisan rasulNya.
● Hukum bermaksud perintah Allah SWT mengenai perbuatan mukallaf. Hukum

dinamakan “syariah” kerana kedudukannya yang lurus, sistemnya benar dan
tidak menyimpang dari tujuan yang benar.
● Apabila perkataan syariah disandarkan kepada Islam ia bermaksud syariah yang
diturunkan oleh Allah SWT merupakan khusus untuk agama Islam. Ini bererti
Syariah Islamiah digunakan bagi maksud keseluruhan ajaran Islam. Dalam
konsep ini ia sinonim dengan Deen al Islam dan Millah, yang biasanya
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai agama Islam.

Prinsip-Prinsip Syariah Islam

● Islam adalah agama yang menjaga keperluan manusia dan menjamin
kebahagiaan melalui hukum-hukum yang telah disyariatkan. Oleh itu, Islam
telah menggariskan beberapa prinsip asas sebagai rahmat kepada manusia:

i. Mudah

● Syariah Islam yang diturunkan oleh Allah SWT untuk memberi kemudahan
kepada kaum muslimin. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Allah SWT menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran.”

( Surah al Baqarah:185 )

● Tidak membebankan

● Contohnya solat dalam keadaan duduk bagi mereka yang tidak mampu berdiri.
Memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat dan menghimpunkan dua
solat dalam satu waktu bagi orang yang musafir.

ii. Beransur-ansur

● Syariah Islam diperundangkan ke atas manusia secara berperingkat-peringkat
dan ajarannya dijelaskan secara sedikit demi sedikit.

● Antara contohnya ialah;
i. Pengharaman arak yang diperintahkan secara beransur-ansur. Pada
peringkat pertama Allah SWT memberitahu arak itu mempunyai
kebaikan dan keburukan (al-Baqarah: 219). Peringkat yang kedua Allah
SWT memerintahkan kepada umat Islam agar tidak mendirikan solat
dalam keadaan mabuk (al-Nisa:43). Peringkat seterusnya Allah SWT
mengharamkan arak daripada diminum (al-Maidah: 90).

3

ii. Larangan bercakap ketika solat; Pada peringkat awal solat diwajibkan,
para sahabat nabi SAW. bercakap ketika solat, sehinggalah Allah SWT
menurunkan ayat memerintahkan supaya diam (al-Baqarah: 238).

iii. Adil
● Syariah Islam juga bertujuan untuk menegakkan keadilan secara
menyeluruh, tidak hanya di kalangan umat Islam bahkan bagi umat
manusia seluruhnya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah SWT ,
lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah SWT , sesungguhnya
Allah SWT Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

( Surah al Maidah: 8 )
● Contohnya ialah kenyataan Rasulullah SAW yang sanggup mengambil

tindakan tegas jika anak baginda melakukan jenayah.

Maksudnya: “ Jika sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku
potong tangannya.”

( Hadith riwayat al Bukhari )

4

b. Sumber Hukum Syariah

Sumber hukum syariah Islam di sini bermaksud sumber hukum fekah. Secara
umumnya ia dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Masodir Asliyah (sumber asal) iaitu:
 Al-Quran
 Al-Sunnah

Masodir Tab’iyyah (sumber cabang) iaitu:
 Al Ijmak
 Al Qiyas

Definisi al-Quran
• Dari segi bahasa al Quranbermaksud baca.
• Dari segi istilah al Quranialah kalam Allah SWT yang bermukjizat, diwahyukan
kepada Nabi Muhammad SAW. melalui malaikat Jibril AS. dalam bahasa arab,
diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.

Nama-Nama Lain Bagi al-Quran
i. Al Furqan ( Surah al Furqan: 1)
ii. Al Kitab (Surah al Zukhruf: 2)
iii. Al Zikr (Surah al Hijr: 9)
iv. Al Qaul (Surah al Qasas: 51)

Sifat-Sifat al Quran
i. Huda (petunjuk) (Surah al Baqarah: 185)
ii. Nur (cahaya) (Surah al Nisa’: 174)
iii. Syifa’ (pengubat) (Surah al Isra’: 82)
iv. Mau’izah (peringatan) (Surah Yunus: 57)

Bukti al Quran Benar Dan Masih Asli
i. Jaminan keaslian al Quran(Surah al Hijr: 9)
ii. Cabaran al Quransupaya mencipta satu surah menyamai al Quran (Surah
Al Baqarah: 23-24)
iii. Janji yang benar seperti pembukaan kota Mekah (Surah al Fath: 27)
iv. Penemuan sains seperti penemuan setiap benda hidup daripada air
(Surah Al Anbiya’: 30)

5

Al Quran Sebagai Sumber Hukum
Al Quran merupakan pedoman dan petunjuk umat manusia hingga akhir zaman. Dalam
sumber hukum Islam, kedudukan dan fungsi Al-Qur'an adalah sebagai sumber hukum yang
pertama. Firman Allah SWT ;

Maksudnya :
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan
tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak)
bertaqwa;”

(Surah al Baqarah : Ayat 2)

Allah SWT juga telah menyatakan dalam firman Nya ;

Maksudnya :
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan
membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah
telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi
orang-orang yang khianat.”

(Surah al Nisaa’ : Ayat 105)

Contoh hukum dalam al Quran
Hukum perkahwinan

Maksudnya;
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila
kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan
dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak
akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja,
atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih
dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Surah al Nisaa’ : Ayat 3

6

ii. Definisi al Sunnah ( Hadith )
• Dari segi bahasa bererti jalan atau perangai.
• Dari segi istilah ialah segala apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW. sama

ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.
i. Contoh Sunnah Qauliah (kata-kata)

Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah berkata sabda Rasulullah SAW: dua
kalimah yang ringan di mulut tetapi berat di timbangan serta disukai oleh .” Allah
SWT iaitu

( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )
ii. Contoh Sunnah Fi’liah (perbuatan)

Maksudnya : “Daripada Huzaifah r.a. berkata : Apabila Rasulullah SAW. bangun pada
malam hari untuk menunaikan sembahyang tahajjud, baginda membersihkan mulutnya
dengan sugi.

( Hadith riwayat Muslim )

iii. Contoh Sunnah Taqririah (pengakuan)

Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau telah berkata :
seseorang telah menjamah dhab di sebelah hidangan Rasulullah SAW. akan tetapi
Rasulullah SAW. membiarkannya.

( Hadith riwayat Tirmizi )

7

Maksudnya : “Abu Said al Khudri berkata : Rasulullah SAW. lebih malu daripada seorang
anak dara di dalam kamar, dan apabila dia melihat sesuatu yang dibencinya, kami mengetahui
melalui air mukanya.”

( Hadith riwayat Muslim )
Al Sunnah Sebagai Sumber Hukum

● Semua mazhab dalam Islam menerima al-Sunnah sebagai sumber hukum Islam yang
kedua selepas al- Quran. Ini adalah berdasarkan kepada perintah Allah SWT supaya
kita mematuhi perintah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “ Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah
larangannya.”

( Surah al Hasyr: 7 )
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesiapa yang taat kepada Rasulullah SAW , maka sesungguhnya ia telah taat
kepada Allah.”

( Surah al Nisa’: 80)

8

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya : “Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, kamu tidak
akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitabullah
(al Quran) dan al SunnahnabiNya”.

( Hadith riwayat Imam Malik )
iii. Definisi al Ijmak

Al Ijmak ialah persetujuan seluruh ulama mujtahidin dari umat Nabi
Muhammad selepas kewafatan baginda SAW. pada sesuatu zaman berkaitan
hukum syarak.
Hukum Beramal Dengan al Ijmak
● Segala hukum yang telah disepakati oleh seluruh ulama mujtahid wajib
dipatuhi dan beramal dengannya oleh setiap umat Islam.
al Ijmak Sebagai Sumber Hukum
● Hukum yang telah disepakati oleh semua ulama mujtahidin tentang sesuatu
perkara, maka hukum tersebut merupakan hukum agama yang menjadi sumber
selepas al Quran dan al Sunnah(hadith). Ijmak yang telah disepakati tidak boleh
diubah.
Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah
dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “ulil amri” (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al Quran) dan (al Sunnah) RasulNya
- jika kamu benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.
Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya: “Tidak akan bersepakat umatku dalam perkara kesesatan.”
( Hadith riwayat Ibnu Majah )

9

● Contoh Ijmak;
i. Memerangi golongan yang tidak membayar zakat di zaman Khalifah
Abu Bakar
ii. Menghimpun dan membukukan al Quran

● Ulama menyatakan hampir tidak berlaku ijmak zaman moden kerana
bilangan ulama yang ramai dan mereka bertaburan di seluruh dunia.

● Majmak Fiqh al Islami (1981) merupakan contoh perhimpunan ulama yang
hampir menyerupai ijmak ulama zaman moden ini.

Syarat Ijmak

i. Ahli-ahli ijmak terdiri daripada para mujtahidin.
ii. Ahli mujtahidin sekurang-kurangnya dua orang.
iii. Hal yang disepakati adalah masalah fiqhiyah yang tiada ketentuan

hukumnya dalam al Quran atau al Sunnah.
iv. Persepakatan berlaku selepas wafat Rasulullah SAW.

iv. Definisi al Qiyas
● Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran,
Hadith atau ijmak ulama dengan masalah yang telah dijelaskan hukumnya
(asal) di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan persamaan pada
illah (sebab) hukum pada keduanya.

Hukum Beramal Dengan Qiyas
● Wajib bagi setiap umat Islam beramal dengan hukum yang telah ditetapkan

oleh ulama melalui qias.

Qiyas Sebagai Sumber Hukum
● Qias merupakan sumber hukum yang keempat selepas al-Quran, al-Sunnah

dan ijmak. Firman Allah SWT:

Ertinya : "Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai
orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.”

( Surah al Hasyr: 2 )
● Ayat ini menyarankan supaya kita mengambil iktibar daripada peristiwa yang

telah berlaku termasuk dalam menentukan hukum yang baru

10

Antara contoh-contoh qias:
i. Minuman tuak diharamkan (hukum baru), berdasarkan qias kepada
hukum haram arak (hukum asal) kerana illah (sebab) yang sama iaitu
memabukkan.
ii. Merokok diharamkan (hukum baru), berdasarkan qias kepada
hukum haram arak (hukum asal) kerana illah (sebab) yang
sama iaitu memudaratkan.

iii. Kewajipan zakat beras (hukum baru), berdasarkan qias kepada
hukum wajib zakat gandum (hukum asal) kerana illah (sebab)
yang sama iaitu makanan asasi.

Maqasid Syariah
Umumnya hukum syariah bertujuan untuk menjaga maslahah atau kebajikan manusia
yang mencakupi kebajikan individu dan masyarakat.

● Menjaga agama
⮚ Agama merupakan satu keperluan kepada setiap manusia, kerana ia mengatur

kehidupan manusia, menyatakan hubungannya dengan Tuhan dan hubungan
manusia dengan manusia.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah SWT
ialah Islam.”

( Surah Ali Imran: 19 )
● Untuk menjaga agama Allah SWT mensyariatkan Jihad. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan
(sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah SWT.”

( Surah al Baqarah: 193 )

11

● Orang Islam yang murtad dikenakan hukuman kerana mereka mencemari dan
merosakkan kemurnian agama. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Tidak halal darah seseorang muslim yang mengucap bahawa
tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan bahawa aku Rasulullah
SAW kecuali salah satu dari tiga perkara: membunuh, penzina sudah berkahwin
dan meninggalkan agama keluar dari jemaah.”

( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )

● Menjaga nyawa

⮚ Untuk menjaga nyawa, Islam mengharamkan pembunuhan sesama manusia tanpa
hak. Kecuali dalam bentuk hukuman seperti hukuman qisas. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu,
wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.”

( Surah al Baqarah:179 )

● Menjaga akal

Akal merupakan kurniaan yang paling bernilai kepada manusia. Menjaga akal mempunyai
pertalian rapat dengan menjaga nyawa. Islam mensyariatkan hukum-hukum khas untuk
menjaga akal seperti pengharaman arak (khamr) dan disyariatkan hukuman hudud kepada
peminumnya. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,
dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang- batang
anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

( Surah al Maidah: 90 )

● Hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malek r.a:

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW. dan Saidina Abu Bakar merotan
peminum arak dengan pelepah dan sandal sebanyak empat puluh kali.”

( Hadith riwayat Muslim )

12

● Islam mengharamkan segala yang memabukkan dan boleh memudaratkan akal
seperti dadah, ganja dan sebagainya.

● Menjaga keturunan dan maruah

● Maruah merupakan fitrah manusia yang membezakannya dengan
haiwan. Manusia dipuji atau dikeji kerana maruah.

● Bagi menjaga maruah maka Islam menggariskan hukum
perkahwinan dan kekeluargaan serta mengharamkan zina.

● Islam mensyariatkan hukuman hudud bagi penzina dan qazaf
kepada orang yang menuduh zina tanpa membawa 4 orang saksi
yang adil.

● Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah
kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat."

( Surah al Nur: 2 )

● Islam mengharamkan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat,
kerana seolah-olah mencuri darah daging orang lain. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada
bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah SWT”

( Surah al Ahzab : 5 )

● Menjaga harta

● Harta merupakan wasilah yang membantu manusia bagi mencapai kebahagiaan
dalam kehidupan. Harta merupakan keperluan daruri (keperluan asas) untuk
kepentingan manusia.

● Bagi menjaga harta, Islam mensyariatkan hukuman hudud kepada pencuri dan
penyamun. Firman Allah SWT:

Maksudnya : “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang

mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan

dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman

pencegah dari Allah SWT Dan (ingatlah) Allah SWT Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.”

( Surah al Ma’idah: 38 )

13

Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah SWT
dan rasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan
dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau
dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan
kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang
negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang
demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak
mereka beroleh azab seksa yang amat besar.”

( Surah al Maidah: 33 )

d. Kaedah Fiqh

Definisi

● Dari sudut bahasa kaedah bermaksud asas, fekah pula membawa maksud kefahaman.
● Dari sudut istilah bermaksud prinsip-prinsip fekah yang bersifat umum dalam bentuk nas-nas

pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.

Peranan Dan Kepentingan Kaedah Fekah.

i. Untuk memahami hukum sesuatu masalah yang tidak terdapat di dalam buku-buku fekah.

ii. Dapat menjimatkan masa untuk memahami sesuatu masalah di dalam kitab-kitab fekah secara
umum.

Contoh-Contoh Kaedah Fekah

Kaedah 1 :

‫اَلأُ ُم ْو ُر بِ َم َقا ِص ِد َها‬

Maksudnya : “Setiap perkara mengikut tujuannya (niat)”.

Contoh :

i. Belajar dengan niat kerana Allah akan mendapat pahala sebaliknya belajar kerana untuk
membangga diri akan mendapat dosa.

ii. Berpakaian kerana menutup aurat akan mendapat pahala sebaliknya berpakaian kerana meniru
gaya orang lain adalah haram.

Kaedah 2 :

‫اَ ْليَ ِق ْي ُن لا يُ َزا ُل بِال َّش ِك‬

Ertinya : “Yakin tidak dihilangkan oleh keraguan”.

14

Contoh :
i. Sesiapa yang yakin berwuduk kemudian ragu-ragu terbatal wuduk maka dikira masih berwuduk.
ii. Sesiapa yang yakin berhadas kemudian ragu-ragu telah bersuci maka ia dikira berhadas.

3.2.2 Isu-Isu Semasa Syariah Islam

a. Isu semasa syariah Islam
i. Ibadah :
Bahasa : Menurut kamus al Muhit; al abdiyyah, al ubudiyyah dan al ‘ibadah bermaksud ketaatan.
Menurut kamus Mukhtar al Sihah; makna asal ‘ubudiyyah adalah ketundukan dan kerendahan.
Istilah : Ibadat adalah kata nama (ism) yang merangkumi semua yang disukai dan diredhai oleh Allah
SWT sama ada perkataan atau perbuatan, zahir mahu pun batin.
Contoh isu ; Solat semasa darurat , agihan zakat dan lain-lain.
ii. Munakahat :
Bahasa : bersatu dan berkumpul.
Istilah : Nikah ialah satu akad yang menghalalkan hubungan di antara suami dan isteri dengan cara
yang dibenarkan oleh syarak.
Contoh isu ; Kes cerai, keganasan rumah tangga dan lain-lain.
iii. Muamalat :
Pengertian al bai’ (jual beli)
Bahasa : pertukaran sesuatu dengan sesuatu, sama ada kedua-duanya dalam bentuk benda atau
bukan benda.
Istilah : Menurut istilah fuqaha’ akad yang merujuk kepada pertukaran sesuatu harta dengan harta
yang lain bagi tujuan pemilikan kekal.

Contoh isu ; Penipuan perbankan internet, spekulasi saham dan lain-lain
iv. Jinayat :
Pengertian jinayat
Bahasa : Kata dasar jana, yajni yang bermaksud melakukan kesalahan.
Istilah : Menurut fuqaha’ jinayah ialah pencerobohan terhadap tubuh yang boleh dikenakan qisas
atau denda.
Contoh isu ; Bunuh diri, kes rogol dan lain-lain.

15

RUJUKAN
● Al Quran al Karim
● Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran
● Prof. Dr. Haron Din. Manusia dan Islam. (1990). Yeohprinco Sdn. Bhd.
● Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi. Terjemahan Madhahl li Dirasah al-Syariah
al-Islamiah. (1998) Pustaka Ilmi.
● Prof. Dr. Yusuf al Qardhawi, 2000, Pengantar Pengetahuan Islam,
Terjemahan oleh, Ustaz Mohammad Zaini Yahya, Cetakan pertama, As
Syabab Media , Selangor.
● Dr. Yusuf al-Alim. Al-Maqasid al-Ammah li al-Syariah al-Islamiah.
(1994). International Islamic Publishing House.
● Abdul Karim Zaidan. Al-Madkhal li ad-Dirasah al-Syariah al-Islamiah.
● Mustofa al Khin, Mustofa al Bugho Ali Asy-Syarbaji. (2005), al Fiqh al Manhaji
Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 3-8, Pustaka Salam : Kuala Lumpur.
● Ahmad Tirmizi Taha, Kertas kerja Isu-Isu Perubatan Menurut Perspektif Hukum.
● Mohamad Sabri Haron, Kertas Kerja Saham: Isu dan Pemasalahannya
dalam konteks Malaysia. UKM.Bangi
● Syahnaz binti Sulaiman, Kertas Kerja Konsep Pinjaman Menurut
Perspektif Islam.
● http://www.e-fatwa.gov.my/
● http://www.islam.gov.my/garis-panduan-bersama-kawalan-ubat-ubat-dalam-islam

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25


Click to View FlipBook Version