The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hannanhusna88, 2022-11-27 23:06:04

FALSAFAH ILMU

WM001

1.0 FALSAFAH ILMU
1.1 Konsep asas ilmu
a. Definisi ilmu
b. Dalil al Quran dan al Sunnah kewajipan menuntut ilmu
c. Pembahagian ilmu menurut :
i. Imam al Ghazali
ii. Ibnu Khaldun
d. Nilai ilmu dan kelebihan orang berilmu
e. Tujuan dan kepentingan ilmu
f. Cara menghayati adab-adab menuntut ilmu

1.2 Sumber ilmu
a. Sumber-sumber ilmu
i. Wahyu
ii. Akal
iii. Indera
iv. Intuisi

1. Falsafah Ilmu
1.1 Konsep Asas Ilmu
Pendahuluan
Kedatangan Islam membawa perintah menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu.
Justeru agama Islam adalah tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan
pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Al-Khaliq dan seterusnya tidak dapat
berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam al Quran
melalui pelbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu diberikan
pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat al
Quran antaranya, Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu...”

( Surah al Zumar: 9 )
Firman Allah SWT:

Maksudnya:“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah
diberikan kebaikan yang banyak.”

( Surah al Baqarah: 269 )

FirmanNya lagi.

Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang
berilmu.”

( Surah al Faatir: 28 )

1

a. Definisi ilmu
Dari segi bahasa: Berasal daripada Bahasa Arab iaitu

Alima: - ya’lamu : -‘ilman -‘alimun:

Dari segi istilah:

● Imam Al Ghazali mendefinisikan ilmu sebagai hakikat semua benda. Beliau
juga mengatakan ilmu yang paling sempurna ialah ilmu yang dimiliki oleh Allah
SWT

● Ibnu Khaldun mendefinisikan ilmu sebagai sesuatu yang dapat dipelajari oleh
manusia sama ada menggunakan akal fikiran, pancaindera, pengalaman-
pengalaman, mahupun dengan pertolongan wahyu Ilahi.

● Syed Muhammad Naquib al Attas mendefinisikan ilmu sebagai ketibaan sesuatu
makna ke dalam jiwa seseorang hasil daripada maklumat atau ketibaan oleh hati
tentang makna sesuatu.

● Qadi Abd Jabbar mendefinisikan ilmu sebagai suatu kepercayaan yang
memuaskan jiwa, bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara
yang sebenarnya menurut realiti yang berlaku.

● Prof Dr. Othman Bakar mendefinisikan ilmu sebagai kalimah Allah yang
pengertiannya amat luas, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Kesimpulan

Perspektif Barat: Ilmu adalah pengetahuan yang dapat diperolehi melalui pengalaman,
perolehan maklumat secara dapatan empirik dan bagaimana manusia memikirkan
tentang sesuatu melalui kaedah tertentu. Barat hanya menerima ilmu melalui perkara
yang dapat diukur, dibuktikan dalam makmal sahaja. Mereka menolak perkara- perkara
ghaib seperti akhirat, syurga, neraka dan seumpamanya kerana perkara tersebut tidak
dapat dibuktikan secara empirik dan saintifik.

Perspektif Islam: Suatu himpunan pengetahuan manusia hasil usaha pemahaman
manusia yang lengkap merangkumi semua aspek, struktur, sistem, hukum-hukum yang
berkaitan dengan sesuatu yang dikaji dan diselidiki sehingga dapat memberi keyakinan
di hati untuk mengamalkannya dengan benar dan ilmu tidak hanya terbatas pada
dapatan empirik sahaja.

2

b. Dalil kewajipan menuntut ilmu
i. Dalil al Quran

Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah al ‘Alaq dengan jelas mewajibkan
pencarian ilmu.

Maksudnya : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan
Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.

( Surah al ’Alaq :1-5 )

Maksudnya: Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang- lapanglah
dalam majlis”, maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan
apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan
orang-orang yang beriman di antaramu dan orang- orang yang diberi ilmu pengetahuan
beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

( Surah al Mujadalah :11)
ii. Dalil al Sunnah

Maksudnya : “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim.” (Hadith riwayat Muslim)

Maksudnya: “Sekiranya seorang hamba itu meninggal dunia maka akan terputuslah
amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau doa anak solah
terhadapnya.” (Riwayat Muslim)

3

c. Pembahagian Ilmu

Imam al Ghazali membahagikan ilmu kepada dua kategori besar iaitu:

i. Ilmu Fardu Ain
ii. Ilmu Fardu Kifayah

i. Ilmu Fardu Ain ( Ilmu Wahyu )

● Berkaitan dengan ajaran agama yang asas dan perlu bagi setiap hamba Allah.
● Ilmu yang berdasarkan kepada al Quran dan al Sunnah.
● Juga dikenali sebagai ilmu wahyu.
● Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam.
● Contoh: Aqidah, Syariat dan Akhlak.

ii. Ilmu Fardu Kifayah

● Berkaitan dengan urusan keduniaan yang perlu bagi umat Islam.
● Ilmu yang diperolehi melalui akal manusia.
● Perlu untuk kesempurnaan hidup manusia.
● Kewajipan menuntut ilmu ini hanya terbatas ke atas segolongan manusia

sahaja.
● Contoh: Ilmu Kemasyarakatan, Ilmu Sains Tabii, Sains Fizik,

Sains Gunaan, Ekonomi, Pentadbiran dan sebagainya.

Pembahagian lain Imam al Ghazali membahagi ilmu kepada dua bahagian.

i. Ilmu Syariah- Ilmu ini diperolehi daripada nabi atau rasul bukan melalui akal,
ujikaji dan sebagainya. Semua ilmu syariah adalah sahih.

ii. Ilmu Ghair Syariah- Ilmu ini adalah ilmu keduniaan dan dibahagikan
kepada tiga hukum:

1. Terpuji ( mahmudah ) seperti perubatan, ekonomi dan seumpamanya.
2. Dikeji ( mazmumah ) seperti ilmu sihir, tangkal, nujum, ramalan dan

seumpamanya.
3. Harus ( mubah ) seperti ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.

Menurut Ibnu Khaldun:

Ilmu terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Ilmu Naqliah; terbahagi kepada dua kategori:

• Ilmu bersumberkan syariat (wahyu) seperti al Quran dan al-Sunnah.
• Ilmu bukan bersumberkan wahyu seperti Ilmu Hadith, Ilmu Usul Fiqh, Ilmu

Fiqh, Ilmu Kalam dan Ilmu TaSAWuf.

4

ii. Ilmu Aqliah pula adalah hasil daripada akal dan pemikiran manusia yang
berhubung rapat dengan kemajuan dan peradaban manusia. Ilmu Aqliah
terbahagi kepada empat kategori:

• Ilmu Logik ( Mantiq )
Ilmu Fizik

• Ilmu Metafizik ( Perkara Ghaib )
• Ilmu Pembelajaran

d. Nilai dan Kelebihan Orang Berilmu

● Persoalan aksiologi yang besar ialah menentukan sesuatu nilai pada ilmu.
● Pengaruh tamadun dan semasa ( zaman ) yang menentukan nilai sesuatu ilmu.
● Dalam Islam, keutamaan ilmu adalah pada Ilmu Fardu Ain yang berhubung

dengan pengetahuan agama yang asas seperti akidah, syariah dan akhlak.
● Selepas ilmu Fardu Ain diikuti oleh ilmu Fardu Kifayah atau ilmu keduniaan

yang menyokong kepada pelaksanaan ilmu Fardu Ain.

Kelebihan Orang Berilmu

Manusia yang mendapat sanjungan Allah SWT adalah golongan yang
menyampai dan mendidik masyarakat. Mereka meneruskan segala kerja-kerja yang
ditinggalkan Rasulullah SAW dalam menyempurnakan syariat ummah. Inilah golongan
yang disebut sebagai ulama atau orang yang berilmu dan menjadikan hidup sebagai
hamba agama dalam mentarbiah masyarakat agar mengenal pencipta.

Betapa Allah memuliakan golongan yang berilmu atau disebut sebagai ulama.
Ini kerana peranan mereka dalam sesebuah masyarakat terlalu besar. Mereka penerus
dakwah Nabi Muhammad SAW dalam melengkapkan agama umat manusia. Mendidik
dan mentarbiah jiwa-jiwa agar patuh dan taat kepada segala apa yang diperintahkan
oleh Allah SWT dan menjauhi larangannya agar kita benar-benar faham mengapa kita
diciptakan.

Ulama berperanan meneruskan penyebaran risalah kerasulan yang ditinggalkan
oleh Rasulullah dalam tiga bentuk sasaran yang khusus. Pertama, membentuk akidah
ummah, kedua, memahamkan tentang syariat (bagaimana kehidupan dan ibadah
sebagai seorang mukmin) dan ketiga membimbing gerak langkah umat supaya tidak
ada rasa takbur dan riak dengan amalan dan sentiasa menjadikan Allah dan Rasul
sebagai cinta utamanya.

5

Di antara kelebihan orang yang berilmu:
1. Allah SWT membezakan dan mengangkat darjat orang yang berilmu di dunia dan
akhirat.
Firman Allah SWT :

Maksudnya: Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-
lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan
untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, nescaya Allah
akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang- orang yang
diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan.”

(Surah al Mujadalah : 11)
2. Orang yang berilmu sentiasa dijadikan rujukan.
Allah SWT berfirman :

Maksudnya : “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu
tidak mengetahui”

(Surah al Nahl: 43)

6

3. Ilmu satu-satunya warisan Nabi.
Sabda Rasulullah SAW :

Dari Abu Darda', Rasulullah SAW bersabda : Dan sesungguhnya ulama itu pewaris
para nabi,dan sesungguhnya para nabi itu tidak pernah mewariskan dinar dan tidak
pula dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Maka barangsiapa mengambilnya,
sungguh telah mengambil bagian yang besar .

(Hadith riwayat Tirmidi, Ahmad dan Ibn Majah)
Tidak ada keraguan bahawa manusia termulia adalah para nabi. Kemuliaan
mereka diwariskan melalui ilmu Agama. Para Ulama' yang mengambilnya pula berhak
mendapatkan kemuliaan itu. Maka darjat mereka pun naik meninggi di akhirat nanti,
sejajar dengan para nabi dan syuhada Dari Usman bin Affan ra, Rasulullah SAW
bersabda: Yang Pertama memberi syafaat pada hari kiamat ada tiga: para nabi, para
ulama dan para syuhada.

4. Beramal dengan cara betul
Dari Abu Darda' r.a, Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya :"Dan sesungguh perbezaan keutamaan orang yang berilmu

dengan orang yang gemar beribadah, sebagaimana keutamaan bulan purnama dari
seluruh bintang lain "

(Hadith riwayat Tirmizi, Ahmad)
Mengapa orang berilmu (alim) mempunyai keutamaan yang lebih mulia
dibandingkan orang yang rajin beribadah semata-mata. Anologi mudah, seperti seorang
berilmu solat sunnah dua rakaat . Dia berwudhuk dengan betul dan khusyuk,
mengetahui syarat, Rukun solat dan hal- hal yang membatalkan ibadahnya. Sementara
seorang lagi yang gemar solat hingga lapan bahkan dua belas rakaat setiap malam, tetapi
tidak bacaannya, tidak mengetahui adab syarat dan rukunnya yang mana lebih mulia
amalannya?
5. Orang yang berilmu takut dan bertakwa kepada Allah SWT

Allah SWT berfirman :

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hambaNya hanyalah para
ulama”.

( Surah al Faathir : 28 )
Ilmu menjadikan para ulama takut kepada Allah. Bukan hanya ilmu agama atau
syariah tetapi semua ilmu yang baik berasal dari Allah sehingga mereka yang
mendalaminya seharusnya dapat merasakan keagungan dan kebesaran Allah SWT, dan
kemudian lebih takut kepadaNya. Ilmu akidah menjadikan manusia mengenal Allah
melalui dalil-dalil naqli (ayat qauliyyah) dalam al Quran dan hadith, tentang sifat Allah
SWT, kebesaran dan kekuasaanNya.

7

6. Orang yang berilmu mendapat kebaikan.

Dari Muawiyah RA, Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang Allah
SWT menginginkan kebaikan padanya, maka akan difahamkan dalam masalah

agama ".
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dengan ilmu maka seluruh kebaikan akan diperolehi. Ketika ibadah maka dia
beribadah dengan betul sesuai syariat. Ia juga beribadah dengan ikhlas dan khusyuk
kerana ia adalah orang yang paling takut pada Allah SWT. Ketika ia bermuamalah maka
ia mengetahui yang halal dan haram, maka tidak sedikit pun harta haram masuk dalam
tubuhnya dan tubuh isterinya. Bahkan ketika ia mendapat ujian dari Allah , baik berupa
kenikmatan seperti kekayaan, pangkat, jawatan atau yang berupa kesusahan seperti
sakit, kematian dan musibah maka dia menghadapinya dengan syukur ataupun sabar,
syukur dan sabar adalah sumber kebaikan yang menakjubkan, hanya dimiliki orang
yang beriman dan berilmu.

Dari Suhaib bin Sinan RA , Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : "Sungguh mengagumkan urusan kaum mukmin, semua urusannya
adalah baik baginya.dan kebaikan ini hanya dimiliki orang mukmin. Jika mendapat
kesenangan ia bersyukur dan itu baik baginya. Jika mendapat musibah ia bersabar dan
hal itu juga baik baginya ! "

(Hadith Riwayat Muslim)

7. Semua makhluk berdoa dan meminta ampun untuk orang yang berilmu.

D
a
r
i

A
b

Daripada abu Darda' berkata :

Maksudnya : “Aku mendengar Rasulullah SWA bersabda: Barangsiapa menempuh
jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga, dan
sesungguhnya para malaikat membentangkan sayapnya kepada pencari ilmu, kerana
redha terhadap apa yang ia perbuat. Sesungguhnya, penghuni langit dan bumi sampai
ikan-ikan di laut pun memintakan ampun bagi orang yang berilmu. Keutamaan seorang
berilmu dibandingkan ahli ibadah seperti keutamaan bulan purnama dibandingkan
semua bintang-bintang. Dan sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi, dan
sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau pun dirham, akan tetapi
mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya bererti ia telah mendapatkan
bahagian yang banyak “.

(Hadith Riwayat Abu Daud dan al Tirmizi)

8

e. Tujuan dan Kepentingan Ilmu
Tujuan Utama Ilmu

i. Mengenal Pencipta

Maksudnya: ”Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang
Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka,
menyucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (Al-Sunnah).
dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang
nyata.”

(Surah al Jumuah: 2)
● Tujuan utama ilmu ialah untuk mengenal Allah SWT.
● Manusia dibekalkan dengan akal yang mempunyai keupayaan yang amat

dahsyat.
● Untuk mengenal Allah SWT tidaklah perlu untuk menggunakan akal yang

tinggi.
● Akal sentiasa menghubungkan segala pengetahuannya dengan kebesaran

dan keagungan Allah SWT.
● Kewajipan manusia untuk mengenal Allah SWT melalui ilmu yang benar

dengan menggunakan akal dan pancaindera yang dianugerahkan oleh
Allah SWT.
ii. Menghubungkan Ilmu Dengan Allah SWT.
● Menghubungkan kembali ilmu itu dengan penciptaNya kerana ilmu datang
dari Allah SWT.
● Allah SWT bersifat dengan Maha Mengetahui, tiada suatu pun yang
terlindung daripada pengetahuanNya.
● Manusia tidak boleh lupa bahawa Allah SWT. yang menciptakan manusia
dan mengajar kepada manusia yang pertama iaitu Nabi Adam a.s beberapa
ilmu.
● Kita wajib menghubungkan ilmu dengan Allah SWT (Yang bersifat
’Aliman) agar tidak tersesat jalan. Firman Allah SWT:

9

Maksudnya: "Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Ilah (yang berhak
disembah), melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan
orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Ilah
(yang berhak disembah), melainkan Dia, Yang Maha Perkasa, lagi Maha
Bijaksana."

( Surah Ali Imran : 18 )
iii. Mencapai Kebenaran

● Mencari ilmu adalah untuk sampai kepada kebenaran (al Haqq) dan
keyakinan (al Yaqin).

● Melalui ilmu segala kepalsuan dan kebatilan dapat dihapuskan.
● Ilmu mampu mengeluarkan seseorang daripada keraguan kepada keyakinan.
● Kebenaran yang mutlak dan pasti adalah daripada Allah SWT.

Maksudnya: "Dengan kitab itulah, Allah memberi petunjuk orang-orang yang
mengikuti keredhaanNya, ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah
mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita, kepada cahaya yang terang-
benderang dengan izinNya, dan menunjukkan ke jalan yang lurus."

( Surah al Maidah: 16 )
iv. Berilmu dan Beramal

● Berilmu sahaja tidak memadai kerana tuntutan ke atas ilmu ialah
melaksanakan kefahaman dan roh itu sendiri.

● Orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya merupakan suatu
yang keji.

● Orang yang berilmu tetapi tidak beramal mendapat celaan dan ancaman
dari Allah SWT FirmanNya:

Maksudnya: "Amat besar kebencian di sisi Allah, bahawa kamu mengatakan
apa-apa yang tiada kamu kerjakan."

( Surah al Saff: 3 )

10

v. Membentuk Kerohanian

● Al Quran seringkali menjelaskan bahawa ilmu dapat membentuk
kerohanian seseorang yang akan menyebabkan rasa takut kepada Allah
SWT.

● Ilmu yang mengabaikan nilai-nilai kerohanian akan tempang kerana
manusia bukan terbina daripada unsur jasmani semata-mata bahkan
dilengkapkan dengan unsur rohani.

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa mempelajari suatu ilmu yang
seharusnya dilakukan kerana Allah SWT, tetapi ia mempelajarinya hanya untuk
memperoleh harta benda dunia, maka ia tidak akan mendapatkan bau harum
syurga pada hari kiamat.”

( Hadith Riwayat Abu Daud )

● Kebahagiaan hidup selalunya dirujuk kepada kebahagiaan rohani iaitu
ketenangan jiwa.

Maksudnya: "Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, menyakini
bahwasanya al Quran itulah yang hak dari Rabb-mu, lalu mereka beriman, dan
tunduk hati mereka kepadanya, dan sesungguhnya, Allah adalah Pemberi
Petunjuk bagi orang-orang yang beriman, kepada jalan yang lurus."

( Surah al Hajj: 54 )

Kepentingan Ilmu

● Individu

i. Mempunyai akhlak yang baik.
ii. Dipandang mulia dan menjadi sumber rujukan.
iii. Disayangi Allah dan rasul.
iv. Membentuk individu yang berkeperibadian mulia .

● Masyarakat

i. Memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.
ii. Membentuk masyarakat yang harmoni dan aman sentosa.
iii. Melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.
iv. Melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu.

● Negara

i. Membentuk sebuah negara yang setanding di mata dunia.
ii. Dihormati oleh negara luar dan dipandang mulia.
iii. Memenuhi wawasan negara untuk melahirkan individu yang berjaya.
iv. Pembangunan dan kemajuan dapat dijalankan dengan sempurna.

11

f. Cara-Cara Menghayati Adab Menuntut Ilmu

i. Berniat Ikhlas

● Setiap muslim wajib mengikhlaskan niat menuntut ilmu kerana Allah.
● Rasulullah SAW pernah memberi amaran bahawa Allah akan menyediakan

tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan
dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan umatnya.
● Orang yang benar-benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu
memiliki sifat-sifat terpuji. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya : “dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat
dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”

( Surah al Baqarah: 235 )

● Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap
orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang
yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

ii. Tekun Berusaha Dan Tawakkal

● Sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu tanpa mengira keadaan
dan masa.

● Menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan bahan-bahan ilmiah.
● Mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu dan

bukan sebaliknya.
● Mencontohi ulama-ulama silam yang mana mereka belajar dalam keadaan

susah.
● Sentiasalah bertawakkal kepada Allah SWT dalam menuntut ilmu.
● Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun,

yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada
Allah SWT sepenuh hati.
● Tekun berusaha mencari majlis ilmu.

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., katanya : Rasulullah
SAW. bersabda: “ Jika kamu melalui taman syurga, maka berhentilah kamu ”.
Para sahabat bertanya: “ Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu? Beliau
menjawab: “Majlis-majlis ilmu.”

(Hadith Riwayat al Tabrani)

12

iii. Menjauhi Maksiat

● Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam
diri dan suasana sekeliling.

● Ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri
kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa.

● Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita
dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.

● Jangan terlalu mengambil mudah terhadap perkara maksiat yang boleh
menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar.

iv. Menjauhi Pertengkaran Dan Perbantahan

● Perkara ini perlu dijauhkan kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.
● Amalan ini juga menjadikan hati keras, mewariskan kedengkian dan

menyebabkan kemarahan.
● Pendapat boleh dikemukakan dengan cara berhikmah kecuali jika mereka

memerangi Islam. Firman Allah SWT:

Maksudnya: ”Janganlah kamu membantah Ahli Kitab itu melainkan dengan
cara yang paling baik…”

(Surah al Ankabut: 46)
v. Memilih Teman Yang Soleh

● Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan.
● Hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam menuntut

ilmu.
● Luqman al Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama

orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah SWT
menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.
● Orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila
berlakunya kesilapan dan kesalahan.
● Rasulullah SAW. pernah berpesan kepada kita melalui hadith yang
diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud: ”Seseorang itu mengikut
agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah
yang dijadikan teman.”

vi. Memperbanyakkan Zikrullah

● Sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa
selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitikberatkan
perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh
mendatangkan perasaan ingin memuhasabahkan diri dengan amalan seharian.

13

Firman Allah SWT :

Maksudnya : ”Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu,
bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.”

(Surah al Baqarah : 152)

● Hendaklah mengamalkan wirid yang ma’thur kerana boleh mengingatkan kita
kepada tujuan kehidupan yang sebenar iaitu beribadah kepada Allah .

● Bacalah al Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan
penawar segala penyakit.

● Mengamalkan perkara sunnah dalam setiap gerak kerja kita seharian walaupun
ia adalah remeh seperti memberi salam dan senyum supaya sentiasa diberkati
dan diredhai oleh Allah SWT .

vii. Menjaga Kehormatan

● Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
● Menutup segala keaiban diri dan orang lain akan membawa kepada keredhaan

Allah SWT.
● Seseorang yang dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah SWT sahaja

yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian.
● Mereka yang jauh daripada rahmat Allah SWT, akan dipenuhi dengan perkara

yang kurang baik dan derita.

viii. Doa Dan Keredhaan Ibubapa

● Sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka
dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam.

● Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan
keduanya serta mendoakan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat.

● Sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita.
● Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: ”Keredhaan Allah SWT bergantung kepada keredhaan ibubapa,
dan murka Allah bergantung kepada murka ibubapa.”

(Hadith Riwayat al Tarmizi)

ix. Menghormati Guru

● Wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak
menyalahi kehendak Islam.

● Patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza.
● Merendah diri terhadap guru walaupun lebih muda dari segi umur.
● Sentiasa memuliakan dan menghormati orang yang berilmu.
● Tidak meninggalkan majlis ilmu sebelum mendapat kebenaran dari guru.
● Beradab dari segi cara duduk atau cara bercakap dalam majlis ilmu.

14

x. Beramal Dengan Segala Ilmu Yang Diperolehi
● Hendaklah mengamalkan segala ilmu yang dipelajari sebaik mungkin.
● Sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal
dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada
penyembah berhala.
● Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah
maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan
musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam
menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat.
● Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia
yang sementara.
Firman Allah SWT :

Maksudnya : “Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan ,
dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya
mereka mengetahui.”

( Surah al Ankabut : 64 )

15

1.2 Sumber Ilmu

a. Sumber-sumber Ilmu

Dalam ajaran Islam, al Quran dan al Sunnah adalah sumber utama ilmu
pengetahuan. Prof. Syed Muhamad Al Naquib Al Attas (1976) telah membahagikan
ilmu kepada dua iaitu ilmu yang diberi oleh Allah SWT sebagai kurniaNya kepada
insan iaitu melalui wahyu dan kedua ilmu yang dicapai dan diperolehi oleh manusia
itu sendiri berdasarkan daya usaha aqliahnya yang berpunca daripada pengalaman
hidup, indera, jasmani dan akal berdasarkan pemerhatian, penyelidikan dan
pengkajian.

Berdasarkan kenyataan di atas, sumber-sumber utama ilmu dapatlah
dikategorikan seperti berikut; iaitu dari sumber agama, pancaindera, penaakulan
(akal), intuisi dan autoriti. Ilmu yang utama dalam Islam sudah pastilah ilmu yang
satu yang berasal dari Allah SWT (wahyu) dan hadith Rasulullah SAW. Ilmu dari
Allah disalurkan kepada RasulNya untuk mengatur tindakan manusia agar wujud
keharmonian antara manusia dalam kehidupan mereka. Melaluinya manusia
memperolehi pengetahuan agama, akhlak dan alam ghaib.

Ilmu dari sumber pancaindera pula adalah berdasarkan apa yang dilihat,
dirasa, dihidu, disentuh dan sebagainya. Melalui pancaindera manusia akan
membentuk suatu corak maklumat empirikal yang membolehkan kita membuat
tafsiran, menganalisis serta membuat penilaian. Sumber ini akan melahirkan ilmu
empirikal. Berdasarkan penaakulan pula, akan melahirkan ilmu rasional. Proses
sumber ini adalah berdasarkan penaakulan manusia terhadap sesuatu insiden, benda
atau perkara. Manusia akan memerhati, mentafsir dan seterusnya membuat
keputusan yang bijaksana setelah membuat pertimbangan wajar tentang baik dan
buruknya sesuatu perkara.

Namun begitu, mengikut perspektif Islam semua bentuk ilmu adalah berasal
daripada Allah pencipta alam. Walau apa pun namanya, pemilik mutlak sesuatu
ilmu itu adalah Allah SWT. Ini selaras dengan ajaran Islam yang menekankan
bahawa segala yang ada di muka bumi dan langit adalah milik Allah Taala.

i. Wahyu ( al Quran dan al Sunnah )

Wahyu ialah pemberitahuan Allah SWT kepada para rasulNya tentang segala
petunjuk dan pengetahuan yang dikehendakiNya secara luar biasa.

i. al Quran

● al Quran adalah kalam Allah SWT yang bermukjizat, diwahyukan
kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril a.s, dalam Bahasa
Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.

● Selain merupakan kitab petunjuk, al Quran juga adalah kitab yang
mengandungi konsep-konsep asas ilmu seperti proses penciptaan
manusia.

16

● Perincian ilmu secara teknikalnya ditinggalkan oleh Allah SWT kepada
manusia untuk memikirkannya dengan menggunakan kekuatan akal.

ii. al Sunnah
● al Sunnah merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam selepas al

Quran.
● al Sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW

sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.
● al Sunnah juga banyak memperkatakan seluruh bidang termasuk kesihatan,

kemasyarakatan, akhlak dan lain-lain.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “… Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW
kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya
kamu melakukannya maka patuhilah larangannya….”

(Surah al Hasyr: 7)
Kepentingan ilmu wahyu

● Wahyu merupakan sumber rujukan ilmu yang terutama dan tertinggi.
● Wahyu Allah SWT bersifat benar dan mutlak.
● Wahyu Allah SWT meliputi semua bidang ilmu pengetahuan antaranya

Ilmu Ibadat, Ilmu Aqidah, Ilmu Muamalat, Ilmu Ekonomi, Ilmu Akhlak dan
lain-lain.
● Wahyu Allah SWT sesuai digunakan dan diikuti pada semua keadaan,
tempat, dan masa.
● Sumber ilmu yang lain boleh diterima jika tidak bertentangan dengan
sumber pertama iaitu al Quran dan al Sunnah yang sahih.
ii. Akal
● Menurut pandangan Islam akal adalah sumber ilmu yang memiliki
kemampuan terbatas.
● Antara kelebihan akal ialah melihat dan menilai kebesaran Allah SWT.
Namun demikian akal adalah terbatas dan tidak bersifat mutlak. Firman
Allah SWT:

17

Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan,
dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (190)
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka
berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka
pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka (191)

(Surah Ali Imran: 190-191)

● Golongan rasionalisme mengatakan bahawa hanya melalui sumber akal
sahajalah manusia dapat memperolehi pengetahuan bahkan pengetahuan
akal yang paling benar dan sahih.

● Perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang
diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif.

● Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik
dan buruk, walaupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran secara mutlak
namun ianya memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian.

iii. Indera

● Indera ialah pengalaman pancaindera atau deria.
● Pengetahuan melalui pancaindera dikenali sebagai pengetahuan aposteriori

kerana ia datang selepas melalui pengalaman terlebih dahulu.
● Pengetahuan pancaindera ialah semua pengetahuan yang diperolehi manusia

melalui kelima-lima pancainderanya iaitu mata (melihat), hidung
(menghidu), kulit (sentuhan), telinga (mendengar) dan lidah (merasa).
● Menurut Imam Al Ghazali ilmu melalui indera ialah usaha untuk
mendapatkan gambaran atau memerhati hakikat sesuatu benda.
● Indera terbahagi kepada dua iaitu indera lahiriyah dan indera batiniyah.
● Indera lahiriyah akan menyerap sifat lahiriyah objek tertentu kemudian akan
meransang daya rasional pula. Indera batin menghuraikan makna- makna di
dalam objek itu.
● Akan tetapi, sumber pancaindera ini mempunyai batas, kerana pancaindera
manusia tidak mampu menanggap sesuatu di luar daripada pancainderanya.
Contohnya, penglihatan manusia tidak dapat menyaksikan sejarah yang telah
berlalu.

18

iv. Intuisi
● Intuisi merupakan sumber ilmu dan deria keenam.
● Ia adalah ilmu yang diperolehi melalui penghayatan secara langsung.
● Instuisi disama ertikan dengan naluri, ilham atau bisikan hati.
● Imam al Ghazali menyatakan bahawa ilham adalah berupa cahaya yang jatuh di

atas nurani, bersih dan lembut.
● Bagi kalangan ahli sufi Islam, sumber intuisi mereka dikenali dengan wijdan

dan diperolehi melalui pengalaman kasyaf iaitu pembukaan alam ghaib oleh
Allah SWT kepada individu yang terpilih.
● Intuisi yang datang itu diproses dan pemprosesan itulah yang memungkinkan
terjelmanya ilmu pengetahuan yang dibantu dengan akal dan pancaindera.

Dalam menentukan hirarki ilmu, terdapat perbezaan ketara antara Islam dan
Barat. Perbezaan ini disebabkan berbeza dari segi penekanan dan susunannya. Barat
meletakkan sumber daripada akal dan pengalaman indera pada tahap teratas, lebih
tinggi dari sumber wahyu. Ini kerana falsafah kebendaan mereka yang hanya
menerima ilmu dari sumber empirik sahaja iaitu indera dan akal. Islam meletakkan
sumber wahyu sebagai hirarki yang paling atas atau utama. Menurut Islam secara
tertibnya hirarki ilmu dapat disusun seperti berikut:

i. Ilmu wahyu iaitu al Quran dan al Sunnah
ii. Ilmu akal
iii. Ilmu indera
iv. Ilmu intuisi

19

RUJUKAN
1. Al Quran al Karim
2. Al Quran Digital
3. Abdullah Al-Qari Bin Hj Salleh, 1978, Dasar-dasar Pendidikan Islam.
4. Dr. Asma Hasan Fahmi, 1979, Sejarah Falsafah Pendidikan.
5. Dr. Haron Din, 1985, Manusia dan Islam.
6. Imam Al-Ghazali, Terjemahan Syed Muhamad Dawilah Syed Abdullah. Ihya’

Ulumuddin.
7. Ramli Bin Awang,Esa Bin Khalid, Md Abbas Bin Abd Latiff, Ahmad Kilani Bin

Mohamed, Mahusssain Bin Mohd Zin, 1996, Konsep Ilmu dan Kosmologi.

20


Click to View FlipBook Version