2.0 Tamadun Islam
2.1 Konsep Tamadun Islam
a) Definisi Tamadun Menurut Islam dan Barat
b) Matlamat Tamadun Islam
c) Dasar Tamadun Islam
2.2 Konsep Al- Falah
a) Definisi al-Falah (surah al Kahfi ayat 1-10)
b) Cara-cara mendapatkan al falah (kejayaan)
2.2 Tokoh-Tokoh Ilmuan Islam
a) Latar belakang, personaliti dan sumbangan tokoh generasi al-Falah:
i- Tokoh dalam bidang Kimia; Jabir ibn Hayyan
ii- Tokoh dalam bidang Matematik; Abu Yusuf ibn Ishaq al Sabbath al Kindi
b) Isu Semasa Umat Islam di Malaysia dan Antarabangsa
2.0 Tamadun Islam
2.1 Konsep Tamadun Islam
a) Definisi Tamadun Menurut Islam dan Barat
Menurut Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Sesuatu bangsa
yang bertamadun, bermakna bangsa yang beradab, bersopan-santun dan berkemajuan.
Bahasa: Tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab ‘maddana’ yang merujuk kepada perbuatan
membuka bandar dan kota serta perbuatan memperhalusi budi pekerti.
Pengertian yang lengkap: Pembangunan perbandaraan dan kehalusan budi pekerti yang terpuji.
Definisi Tamadun Menurut Islam
Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406 H) Tamadun Islam bermaksud pencapaian manusia yang sudah melebihi
keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang
lebih halus dan mempunyai nilai seni.
Syed Qutb (1906- 1966) pula menyatakan tamadun Islam adalah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat yang berteraskan sistem sosial, pemerintahan, ekonomi dan kebudayaan yang
berteraskan syariat Allah SWT serta bercirikan nilai moral Islam (akhlak).
Syed Naquib al Attas menyatakan tamaduan Islam adalah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah
mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.
Definisi Tamadun Menurut Barat
Dari perspektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satu sistem masyarakat yang dapat
membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu
bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.
Mengikut Will Deorand dalam bukunya yang berjudul History of Civilization (dalam
M.A J. Beg: 1980) menjelaskan tamadun sebagai satu sistem sosial yang menolong manusia bagi
mempertinggikan kedudukan kebudayaan. Deorand juga menyatakan tamadun ialah sesuatu kemajuan atau
ciptaan baru yang dilahirkan oleh sesuatu umat untuk menjadikan hidup mereka lebih tenteram dan lebih
senang.
Redfield (M.A J. Beg: 1980) menjelaskan bahawa tamadun ialah satu cara hidup yang dapat diberikan kriteria
tertentu. Redfield telah mengibaratkan tamadun sebagai beberapa puncak pencapaian sama seperti puncak-
puncak gunung di permukaan bumi ini.
b) Matlamat Tamadun Islam
Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai al-Din iaitu satu cara
hidup yang lengkap kepada manusia. Ia juga akan memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam yang
pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, Khulafa’ al-Rasyidin dan pada zaman pemerintahan
Islam yang seterusnya.
Ciri-ciri Untuk Mencapai Matlamat Tamadun Islam Hubungan Manusia dengan Allah
Tamadun Islam mengatur dan menyempurnakan hubungan manusia dengan penciptanya iaitu Allah SWT
melalui Rukun Iman yang enam, Rukun Islam yang lima, doa, zikir, taubat, tasbih, jihad, amar makruf, nahi
mungkar dan sebagainya. Ia juga dikenali sebagai ibadat khusus. Ibadat sebenarnya merupakan fungsi utama
manusia sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini. Hal ini diperjelaskan melalui Firman Allah SWT
yang bermaksud:
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang
khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu
makhluk yang akan kerosakkan padanya dan menumpahkan darah pada hal kami sentiasa berstasbih memuji
dan mensucikan Engkau”. Allah berfirman: “Sesungguhnya aku mengetahui akan hal-hal yang tidak kamu
ketahui”.
( Surah al Baqarah: 30 )
Beribadat kepada Allah s.w.t merupakan tanda kesyukuran manusia terhadap kurniaan rahmat dan nikmat
Allah SWT yang tidak terhingga dan ternilai banyaknya. Kehidupan manusia di dunia ialah sementara dan
merupakan jambatan untuk menuju ke akhirat. Kehidupan akhirat lebih kekal dan abadi. Hidup di dunia terhad
dalam jangka masa tertentu yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia untuk menyediakan bekalan
secukupnya untuk kehidupan akhirat yang lebih kekal dan abadi. Bekalan itu ialah beribadat kepada-Nya.
Hubungan Manusia dengan Manusia
Tamadun Islam juga bermatlamat untuk mengatur dan menyempurnakan hubungan manusia dengan manusia
yang meliputi pembentukan sahsiah, keluarga, hidup berjiran, pembentukan masyarakat, pembentukan
institusi pemerintahan, hal pentadbiran, kegiatan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan segala bidang
kehidupan manusia. Ia juga dikenalidengan ibadat umum.
Setiap manusia diberikan penghormatan oleh Allah SWT dalam kadar yang sama. Menyedari hakikat
persamaan taraf ini, adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk bermu’amalah secara yang telah ditentukan
oleh Allah SWT kerana antara satu sama lain adalah khalifah disisi Allah SWT Mereka yang paling mulia di
sisi Allah SWT ialah mereka yang bertakwa kepadaNya. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara
kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuanNya”.
( Surah al Hujuraat: 13 )
Hubungan manusia dengan manusia juga penting bagi menyempurnakan kemuliaan kejadian manusia itu
sendiri. Kesempurnaan hidup masyarakat manusia sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi hanya dapat
dilaksanakan melalui mu’amalah secara Islam kerana Islam sentiasa memperjuangkan kesatuan umat manusia.
Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar
Tamadun Islam juga amat menitik beratkan hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya. Di atas muka
bumi terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang boleh diternak bagi dijadikan makanan yang enak dan
berkhasiat. Tumbuh-tumbuhan pula dijadikan oleh Allah SWT untuk membolehkan manusia dapat berteduh
di bawahnya, dijadikan bahan binaan rumah, perabot dan buahnya pula boleh dijadikan makanan yang lazat.
Galian-galian yang ada di perut bumi pula dapat digunakan dalam industri berat yang menghasilkan pelbagai
barangan atau peralatan untuk kemudahan manusia seperti kenderaan, alat binaan rumah, perhiasan dan lain-
lain lagi. Hal ini jelaskan oleh Allah SWT:
Maksudnya: “Dan dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air itu
segala macam tumbuh-tumbuhan,maka Kami
keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman-tanaman yang menghijau. Kami keluarkan daripada
tanaman yang menghijau itu butir-butir yang banyak dan daripada mayang kurma yang mengurai tangkai-
tangkai yang menjurai. (Dan daripada air itu Kami keluarkan pula) kebun-kebun anggur dan Kami keluarkan
pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buah-buahnya pada waktu
pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya.Sesungguhnya pada yang demikian itu ada
tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman.
( Surah al An’am: 99 )
Tamadun Islam mewajibkan agar manusia yang mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kepada
kesejahteraan kehidupan mereka di atas muka bumi ini melalui sumber alam yang sedia ada. Dalam masa
yang sama mereka berkewajipan memastikan agar kegiatan itu tidak merosakkan dan memusnahkan alam
sekitarnya serta membunuh kehidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pembangunan yang
digalakkan ialah yang mesra alam.
Tamadun Islam itu bermatlamatkan penyempurnaan hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan
manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitarnya. Jika matlamat ini tercapai,
terbinalah tamadun yang aman, sejahtera, makmur, dan bahagia yang digambarkan oleh al-Quran.
Matlamat Tamadun Barat
Cendikiawan Barat berpendapat manusia hendaklah bergembira sepenuhnya dalam kehidupan dunia. Inilah
matlamat utama kehidupan manusia, iaitu keseronokan pancaindera dan memenuhi runtunan hawa nafsu dan
syahwat kehaiwanan. Mereka bergantung sepenuhnya kepada pemikiran akal tanpa merujuk atau dibantu oleh
ajaran ketuhanan.
c) Dasar Tamadun Islam
Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia
yang telah dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-hambaNya di dunia ini, termasuk lain-lain makhluk
ciptaanNya. Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting
iaitu memelihara jiwa atau nyawa atau hak-hak hidup, memelihara akal fikiran, memelihara kehormatan dan
keturunan, memelihara harta benda dan memelihara hak dan kebebasan.
Hak-Hak Hidup
Allah SWT Pencipta Yang Maha Berkuasa terhadap sekalian alam telah mengurniakan kepada setiap makhluk
termasuk manusia nikmat kehidupan. Oleh kerana kehidupan manusia ditentukan oleh Allah SWT, tanpa
kebenaran- Nya tidak ada sesiapa dari kalangan makhluk berhak untuk mencabar hak ini. Tentang kehidupan
ini, Allah SWT telah menegaskannya dalam firmanNya:
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan Kamilah yang menjadi
waris.”
( Surah Al Hijr: 23 )
Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa setiap perkara yang berhubung dengan kehidupan
dan kawalannya adalah wajib seperti memelihara kesihatan, melawan penyakit dan melawan wabak untuk
mengawal hidup. Setiap perkara yang boleh memudaratkan atau merosakkan tubuh badan manusia atau
mengancam nyawa kehidupan atau melemahkannya adalah haram seperti mabuk (meminum minuman keras,
menghisap dadah), memakan benda yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan yang
membawa kepada lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT.
Memelihara Akal Fikiran
Dalam konteks ini, Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal fikiran. Pemeliharaan akal fikiran
wajib ke atas manusia kerana membawa kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kesempurnaan makhluk
manusia daripada makhluk-makhluk lain. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa panduan agar akal
fikiran manusia berfikiran baik dan terkawal.
Dalam Islam, diwajibkan ke atas setiap penganutnya supaya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin
tanpa dibatasi oleh had masa, tempat atau bangsa. Ini ditegaskan oleh sebuah hadith Rasulullah SAW yang
bermaksud:
“Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.”
( Hadith riwayat Muslim )
Bersesuaian dengan kewajipan menuntut ilmu, tidak terdapat tempat dalam Islam kepada orang-orang yang
jahil, seperti yang ditegaskan dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Manusia itu ada dua golongan; orang pandai dan pelajar, tidak ada kebajikan selain daripada kedua-
duanya”.
( Hadith riwayat Muslim )
Mengenai pemeliharaan akal fikiran manusia, dilarang penganutnya untuk minum dan makan makanan yang
dilarang atau memberi kesan negatif. Ini akan pengaruhi tahap kesedaran seseorang manusia sebagai lambang
manusia untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah SWT. Oleh itu, Islam melarang umatnya meminum
minuman yang memabukkan kerana ia boleh menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan serta melahirkan sifat-
sifat kebinatangan.
Islam menggalakkan pemikiran yang berasaskan takwa dan tauhid kepada Allah SWT. Manusia hendaklah
sentiasa berfikiran terbuka dan lapang serta
bersih daripada segala unsur keburukan, kepalsuan, khayalan, keraguan dan waswas. Fikiran-fikiran negatif
ini memungkinkan pelaksanaan tingkah laku negatif dalam kehidupan manusia yang tidak selaras dengan
ajaran Islam. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah SWT melalui firmanNya:
Maksudnya: “Perumpamaan-perumpamaan itu Kami adakan untuk manusia, tetapi tidak difahaminya,
kecuali orang-orang yang berilmu.”
( Surah al ‘Ankabut: 43 )
Memelihara Kehormatan dan Keturunan
Allah SWT Pencipta Yang Maha Berkuasa telah mencipta manusia sebaik- baik makhlukNya di dunia, dan
kehormatannya sebagai anak tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaannya. Kehormatan
bagi setiap manusia itu menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri,
kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.
Ia menurunkan segala peraturan dan hukum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualiannya. Manusia
sama-sama dihukum dan sama- sama diberi pengajaran. Allah SWT telah menjelaskan dengan terang fungsi
manusia itu dalam firmanNya:
“Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat, melainkan apa yang telah diusahakannya”
(Surah al Najm: 39).
Rasulullah SAW juga menerangkan bahawa seluruh umat manusia adalah berasal daripada satu bapa dan satu
ibu. Sabda baginda yang bermaksud:
“Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu (tunggal) dan kamu sekalian berasal daripada Adam dan
Adam berasal daripada tanah.”
( Hadith riwayat al-Bukhari Muslim )
Islam menekankan tentang aspek pemeliharaan keturunan. Untuk itu, terdapat undang-undang dan peraturan-
peraturan dalam urusan nikah perkahwinan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia
yang sejati dan benar. Segala larangan terhadap perkara-perkara negetif seperti perzinaan, seks bebas,
hubungan di luar tabii (liwat) dan sebagainya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan
manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.
Memelihara Harta Benda
Dalam konteks ini, Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki
harta benda dan kewajipan untuk
mempertahankan haknya. Di samping itu, Islam melalui kaedah ilmu faraid telah menggariskan cara untuk
menafkahkan harta tersebut secara halal mengikul fitrah manusia sendiri.
Dalam usaha memenuhi kehidupan dari aspek pemilikan harta benda, semua orang dituntut mencari haluan
hidup dan pencarian rezeki kehidupan adalah terbuka kepada semua orang. Kekayaan di dunia ini tidak
ditentukan kepada sesuatu golongan sahaja, malah tiap-tiap orang hendaklah berusaha menurut tenaga
kemampuan dan kebolehan masing-masing. Allah SWT meluaskan bidang memiliki harta benda seluas-
luasnya kepada makhlukNya di dunia tanpa sekatan yang di luar tabii manusia. Firman Allah SWT yang
bermaksud:
“Allah yang telah memudahkan bagi kamu akan lautan, supaya kamu holeh berjalan padanya dengan kapal-
kapal dengan izin-Nya, dan supaya kamu boleh mencari daripada kekayaannya, dan supaya kamu berterima
kasih, dan la telah memudahkan kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi semuanya.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang
berfikir.”
( Surah al Jaasiyah: 12-13 )
Apabila seseorang dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya, maka kekayaan itu tidak harus dilucutkan
daripadanya dengan paksa atau dirampas. Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik
harta untuk mempertahankan hartanya walaupun ke titisan darah terakhir. Ini jelas dalam sebuah hadith
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Abdullah bin Omar berkata ; Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “ Siapa yang terbunuh
kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid.”
( Hadith riwayat al Bukhari )
Manakala, sesiapa yang bertujuan untuk melucutkan harta tanpa kebenaran seperti pencuri, penyamun dan
penipu akan dikenakan seksaan yang berat.
Memelihara Hak dan Kebebasan
Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia dilahirkan. Kata-kata Saidina Umar
al-Khattab berbunyi, “Bagaimanakah kamu memperhambakan manusia, sedangkan ia diperanakkan dengan
bebas.” Hak dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan dalam keadaan tertentu, kecuali ketika seperti
mempertahankan diri (kemerdekaan) dan untuk keselamatan ummah. Kekalahan umat Islam bermakna
musuh-musuh telah melucutkan hak kebebasan manusia.
Oleh yang demikian, setiap orang Islam hendaklah bebas daripada segala unsur kezaliman yang merupakan
kongkongan kebendaan dan nafsu yang jahat. Sejahat-jahat pengabdian manusia ialah perhambaan kepada
hawa nafsu yang ganas. Allah SWT dengan tegas mengingatkan mereka yang berbuat demikian melalui
firmanNya yang bermaksud:
“Tidakkah engkau fikirkan (bagaimana peliknya) orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya”.
( Surah al Furqaan: 43 )
Mengenai kebebasan seseorang individu dalam tanah airnya, Islam telah menjelaskan kedudukan tersebut
sebagai waris. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak
menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang- orang yang mewarisi (bumi)”.
( Surah al Qashash: 5 )
Mengenai kebebasan setiap penduduk untuk memberi pendapat, pandangan dan kritikan terhadap masyarakat,
pentadbiran dan pemerintahnya, Islam telah membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat
demikian. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Mereka yang sekiranya Kami berikan kedudukan yang baik di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang
dan mengeluarkan zakat dan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan
mungkar”.
( Surah al Hajj: 41 )
Panduan dan bimbingan ini juga ditujukan kepada pemerintah agar mereka dapat memenuhi dua aspek
penting, iaitu melaksanakan kebajikan dan melarang kemungkaran. Segala kebebasan ini terikat kepada hak-
hak asas manusia dan maslahat umum.
2.2 Konsep Al- Falah
Sesuatu tindakan manusia adalah bermatlamat untuk mencapai kejayaan. Justeru manusia perlu membuat
perancangan yang betul serta bertindak mengikut pelan yang telah ditentukan kepadanya. Islam sebagai
agama yang syumul telah memandu manusia untuk mencapai al- Falah yang sebenarnya.
a) Definisi al-Falah (surah al Kahfi ayat 1-10)
Dari segi bahasa; Al-Falah diambil daripada kata kerja falaha-yaflahu yang bererti mengolah,
membajak, kejayaan, keuntungan, kesejahteraan dan kemakmuran.
Dari segi istilah; bermaksud kejayaan manusia menjalani kehidupan secara lancar harmoni tanpa
digugat sebarang kerosakan atau kesempitan juga membawa pembangunan kearah kejayaan di dunia
dan akhirat.
Menurut Ahmad Mustafa Al-Maraghi, al-Falah adalah tercapainya tujuan yang dicita-citakan, berkat
ilham yang diberikan Allah pada orang-orang yang bertakwa untuk menuju jalan keberhasilan.
Terdapat beberapa istilah kejayaan dalam al Quran; Faiz (Ali Imran;185), al fauzul ‘Azim (al-
Maidah;119), Fauzan ‘Azima (an-Nisak;73), al Faizun (at- Taubah;20) (al Mukminun;1-5) dan (an-
Nur;52). Golongan manusia yang mendapat nikmat tersebut adalah kelompok manusia yang
memperolehi kejayaan yang hakiki atau diistilahkan sebagai al-falah.
Kejayaan dan selamat dari fitnah akhir zaman yang paling besar iaitu fitnah Dajjal seperti yang
dinyatakan oleh Baginda Rasulullah SAW:
“Tidak ada wujud manusia sejak Nabi Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang lebih besar
dari fitnah Dajal.” [HR Muslim 5239]
b) Cara-cara mendapatkan al Falah (kejayaan)
Menanamkan kepercayaan yang jitu dalam diri terhadap kebenaran al Quran sebagai Kalam Allah
yang diturunkan untuk memberi petunjuk kepada manusia ke jalan kebenaran.
Sentiasa bersungguh-sungguh dalam beramal soleh untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat serta
selamat dari siksaan Allah.
Perlu sentiasa berwaspada terhadap idealogi yang menyeleweng, ajaran sesat dan dakyah evangelis
yang berusaha merosakkan akidah umat Islam secara terancang.
Istiqamah dalam beramal soleh, amar makruf dan nahi mungkar walaupun kadang-kadang terpaksa
menghadapi halangan dan dugaan dari orang sekeliling.
Sentiasa ikhlas dan menyedari bahawa hakikat dunia adalah sementara dan tempat ujian kepada
manusia.
Membanyakan doa dan munajat kepada Allah dalam menghadapi ujian dan fitnah akhir zaman seperti
fitnah Dajjal.
Antara fitnah Dajjal di akhir zaman adalah seperti yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW
dibawah;
i. Membunuh Satu Jiwa Lalu Menghidupkannya Kembali
Dajjal akan membunuh manusia dan berjanji akan menghidupkan kembali orang yang telah mati.
Rasulullah SAW bersabda: "Keluarlah pada hari itu seorang yang terbaik atau di antara orang terbaik. Dia
berkata: 'Aku bersaksi engkau adalah Dajjal yang telah disampaikan kepada kami oleh Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam.' Dajjal berkata (kepada pengikutnya): 'Apa pendapat kalian jika aku bunuh dia
dan aku hidupkan kembali apakah kalian masih ragu kepadaku?' Mereka berkata: 'Tidak.' Maka Dajjal
membunuhnya dan menghidupkannya kembali..." (HR. Muslim No. 2938).
ii. Syurga dan Neraka Bersamanya
Dajjal dapat membawa syurga yang hakikatnya adalah neraka, begitu juga sebaliknya. Dari Hudzaifah RA,
Rasulullah SAW bersabda: "Dajjal cacat matanya yang kiri, keriting rambutnya, bersamanya syurga dan
nerakanya. Nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka." (HR. Muslim No. 2934).
iii. Memerintahkan Langit Menurunkan Hujan
Fitnah ketiga yang disebar Dajjal iaitu memerintahkan langit untuk menurunkan hujan. Dari An-Nawwas bin
Sam'an radhiyallahu 'anhu: Rasulullah SAW berkata: "Dia datang kepada satu kaum mendakwah mereka.
Merekapun beriman kepadanya, menerima dakwahnya. Maka Dajjal memerintahkan langit untuk hujan dan
memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, maka turunlah hujan dan tumbuhlah tanaman." (HR.
Muslim No. 2937).e
sar
iv. Harta Benda akan Mengikutinya Seperti Sekelompok Lebah
Kemunculan Dajjal akan diikuti banyaknya harta. Rasulullah SAW berkata: "Dia mendatangi runtuhan dan
berkata: 'Keluarkanlah perbendaharaanmu.' Maka keluarlah perbendaharaannya mengikuti Dajjal seperti
sekelompok lebah." (HR. Muslim No. 2937).
v. Menggergaji Seseorang Lalu Membangkitkannya
Dajjal menggergaji seseorang lalu mampu membangkitkannya. Diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim
Rahimahullahu dari sahabat Abu Sai’d Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu [No. 2938] mengatakan bahwa
Rasulullah SAW menyampaikan kepadanya sebuah hadis yang panjang tentang Dajjal pada suatu hari.
Di antara apa yang Beliau sampaikan adalah: "Dajjal datang dan dia diharamkan untuk masuk ke kota
Madinah, maka dia berakhir di daerah yang tanahnya bergaram yang berada di sekitar Madinah. Maka
keluarlah kepadanya seorang yang paling baik dan dia berkata: 'Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal
yang telah diceritakan oleh Rasulullah.' Lalu Dajjal berkata (kepada pengikutnya):
'Bagaimana jika aku membunuh orang ini kemudian menghidupkannya, apakah kalian masih tetap ragu
tentang urusanku?' Mereka berkata: 'Tidak.' Dia pun membunuhnya kemudian menghidupkannya. Orang
yang baik itu berkata setelah dihidupkan: 'Demi Allah, aku semakin yakin tentang dirimu.' Rasulullah berkata:
'Lalu Dajjal ingin membunuhnya lagi namun dia tidak sanggup melakukannya'."
vi. Bersamanya Air, Sungai, dan Gunung Roti
Dajjal juga membawa fitnah yang mengatakan bahawa bersamanya terdapat air, sungai, serta gunung roti.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya bersama dia ada syurga dan nerakanya, sungai dan air, serta
gunung roti. Sesungguhnya syurganya Dajjal adalah neraka dan nerakanya Dajjal adalah syurga." (HR.
Ahmad).
Dari 'Uqbah bin 'Amr radhiyallahu 'anhu, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW berkata tentang Dajjal:
"Sungguh Dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api. Apa yang dilihat manusia air sebenarnya
adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum dingin yang segar.
Barangsiapa di antara kalian yang mendapatinya hendaknya memilih yang dilihatnya api, karena itu adalah
air segar yang baik." (HR. Muslim No. 2935).
Kesimpulan.
Daripada perspektif Islam, konsep kejayaan yang ditekankan ialah mendapat keuntungan, kebahagian,
kejayaan bukan sahaja di alam dunia tetapi kejayaan tersebut akan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat
kelak. Dunia ini adalah tempat setiap insan diuji oleh Allah untuk mengetahui tahap keimanan, amal soleh dan
ketaatannya. Golongan manusia yang berjaya dalam ujian ini, akan memperolehi kejayaan yang hakiki dan
disebut sebagai al-falah.
2.3 Tokoh-Tokoh Ilmuan Islam
i- Tokoh dalam bidang Kimia; Jabir ibn Hayyan
Nama sebenar ialah Abdullah Jabir bin Hayyan bin Abdullah al-Azdi, seorang doktor bangsa
Arab yang unggul menguasai lebih daripada satu cabang ilmu pengetahuan. Beliau pernah tinggal di Iraq iaitu
di bandar Kufah dan Baghdad.
Beliau adalah seorang ahli kimia pertama dan terunggul serta lama berkecimpung dalam
bidang tersebut. Status Jabir bin Hayyan serta peranannya dalam pembangunan ilmu kimia
adalah seperti penciptaan amali teori yang khayali kepada fakta sains; telah menobatkan
beliau sebagai ahli kimia Arab.
Jabir Bin Hayan dianggap sebagai seorang pujangga dalam penciptaan asas saintifik kimia
moden dan buktinya disaksikan berdasarkan kata-kata para sarjana Barat sendiri. Ilmuan
perancis bernama Berthelot mengatakan: “Bandingan kepakaran Jabir dalam kimia adalah
umpama kepakaran Aristotles di bidang ilmu logic”. Ahli falsafah Inggeris Francis
Bacon pula pernah berkata bahawa Jabir bin Hayyan adalah orang yang pertama memberi
pengetahuan tentang kimia kepada dunia dan beliau dianggap seorang bapa dalam bidang
kimia.
Seorang orientalis Jerman, Otto Meyerhof pula mengatakan bahawa Jabir telah mencipta satu
anjakan evolusi dalam perkembangan ilmu kimia di Eropah. Ia merujuk kepada ketokohan
Jabir bin Hayyan secara langsung dan bukti terbesarnya adalah banyak istilah yang
diciptanya digunakan dalam pelbagai bahasa di Eropah.
Sebelum ilmu kimia diiktiraf sebagai suatu ilmu yang hebat ia dianggap sebagai suatu yang
penuh dongengan dan sangkaan semata-mata di kalangan masyarakat Arab.Pakar-pakar
kimia Islam mengesahkan bahawa segala jenis logam berasal daripada suatu unsur dan tidak
ada perbezaan di antara satu sama lain, kecuali jika unsur tersebut dicampuradukkan. Apabila
unsur tersebut dianalisis dan disebatikan dengan unsur yang lain,ia menghasilkan suatu
logam yang baru seperti emas dan perak.
Jabir yang dikenali sebagai Gaber oleh masyarakat Barat banyak meninggalkan buku
karangannya dalam ilmu kimia antaranya buku Al-Rahman, AL-Tajmek dan AL-Zikbak
Sharki serta kitabnya yang paling penting dalam ilmu kimia iaitu Al-Istitmam. Kitab ini
telah diterjemahkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1672. Pada kurun ke-18, kitab beliau
yang bertajuk Al-Sabaaen diterjemah. Hal ini menunjukkan betapa besarnya sumbangan
beliau dalam lapangan ilmu pengetahuan hingga ke hari ini.
Kejayaan Jabir dalam bidang kimia tidak hanya tinggal teori yang terkandung dalam bukunya
sahaja malah beliau mempraktikkannya melalui uji kaji makmal seperti mana ahli -ahli kimia
pada zaman sekarang ini. Jabir juga menjalankan uji kaji terhadap setiap unsur bahan-bahan
kimia dengan mencampurkan kesemua unsur-unsur kimia serta beliau juga berjaya
menggunakan unsur-unsur logam mentah dalam kerja uji kajinya.Lebih membanggakan lagi
beliua berjaya membuat kajian mengenai racun dan penawarnya. Dalam kitab Al-Sabaaen
beliau telah membahagikan racun kepada tiga bahagian iaitu; racun binatang, racun tumbuh -
tumbuhan dan racun batu batan.Segala penemuan beliau adalah kajian dan pengamatan yang
tidak pernah kenal erti jemu.
Sejak awal perkembangan ilmu kimia, banyak buku tulisan beliau telah diterjemahkan oleh
orang Eropah ke bahasa Latin.Kepakaran beliau diiktiraf dan beliau juga menyaingi ahli
falsafah mantik Aristotle.
Di antara buku beliau yang diterjemahkan dalam bahasa Latin ialah Risalah al-
Aflan dan Nihayatul al-Itqan.Daripada buku-buku inilah orang Eropah dapat mempelajari
dan mengkategorikan logam kimia kepada logam galian,tumbuhan dan juga haiwan. Selain
Jabir terdapat juga ilmuan lain yang berusaha menganalisis dua unsur iaitu belerang merah
dan aksir alhayah yang dapat menyembuhkan penyakit.
Kemajuan dan kemampuan ilmuan-ilmuan Islam telah memberi ruang kepada orang-orang
Eropah dalam lapangan kimia dan mereka juga tidak akan dapat mempelajari dan memberi
pendapat-pendapat baru dalam bidang kimia ini.Banyak kenyataan-kenyataan yang
membuktikan orang Arab adalah lebih terkehadpan berbanding Eropah dalam bidang
kimia.Hal ini dapat dilihat melalui istiliah kimia itu sendiri yang berasal dari perkataan
Arab.Ia di sebut dalam bahasa Perancis sebagai al-cime dan dalam bahasa inggeris
sebagai chemistry begitu juga dengan perkataan alkawiyat menjadi alkali dan perkaetaan al-
ambiek menjadi alembic.
Kemajuan orang Islam dalam lapangan ilmu kimia ini dapat dipraktikkan di sektor
perindustrian dan juga di universiti-universiti untuk menjalankan penyelidikan.
ii- Tokoh dalam bidang Matematik; Abu Yusuf ibn Ishaq al Sabbath al Kindi
Beliau ialah Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Kindi dan Al-Kindus. Berasal dari Kufah, Iraq. Di lahirkan pada
tahun 801 Masihi dan meninggal pada tahun 873 Masihi. Beliau mahir dalam berbagai disiplin ilmu seperti
Falsafah, kimia, fizik, tatabahasa, sajak, ilmu kedoktoran, seni dan banyak lagi.
Nama Al-Kindi menjadi bualan ramai sekitar abad kesembilan. Ilmuwan tersohor itu diiktiraf sebagai ahli
falsafah Arab dan Islam pertama.Beliau juga mahir dalam bidang fizik, psikologi, etika, geometri, optik,
metafizik, kimia, tatabahasa, sajak, ilmu kedoktoran, seni, astronomi, kaedah logik dan beberapa cabang ilmu
lagi. Justeru, selayaknya beliau diberi jolokan bapa pelopor pelbagai ilmu pengetahuan.
Al-Kindi berasal daripada keluarga terhormat. Bapanya Gabenor Kufah begitu juga dengan datuknya. Mereka
sekeluarga merupakan keturunan suku kaum al-Kinda yang telah berpindah dari Yemen. Puak berkenaan
begitu masyhur dengan tindakan mereka menyatukan sebilangan suku-suku kaum dan berkuasa pada abad
kelima dan keenam.
Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan masa kecil Al-Kindi. Cuma dari segi pendidikan, beliau
bermula di Kufa dan Basrah dan akhirnya di Baghdad, Iraq.
Atas dasar kepercayaan dan kredibilitinya, empat pemerintah yang bersilih ganti iaitu Al-Ma’mun (813-833
Masihi), Al-Mu’tasim (833-842 Masihi), Al-Wasiq (842-847 Masihi) dan Mutawakil (847-861 Masihi)
mengekalkan jawatan Al-Kindi.
Selain itu, ilmu perubatan yang dikuasainya membuatkan beliau diangkat menjadi guru dan tabib kerajaan.
Ketika pemerintahan Al-Mu’tasim, beliau dilantik sebagai guru kepada putera Al-Mu‘tasim.
Sarjana dari Itali pada zaman Renaissance, Geralomo Cardano (1501-1575) menyatakan bahawa Al-Kindi
merupakan 12 pemikir terhebat pada zaman pertengahan. Di mata sejarawan Ibn Al-Nadim pula, Al-Kindi
disifatkan sebagai orang terbaik pada zamannya. Daripada pelbagai ilmu yang dimilikinya, ada tiga warisan
intelektual Al-Kindi yang begitu popular dan sering kali menjadi rujukan ramai di dunia. Al-Kindi diiktiraf
sebagai seorang ahli falsafah Arab dan ahli falsafah Muslim pertama. Beliau menyampaikan falsafah Yunani
kepada umat Islam setelah mengislamkan pemikiran asing ini.
Beliau juga berjasa menterjemahkan banyak teks penting sejak penubuhan Baitul Hikmah. Malah, sebilangan
besar perbendaharaan kata falsafah Arab standard berasal daripada al-Kindi. Beliau juga mahir dalam bidang
ilmu psikologi. Beliaulah yang membahagikan kekuatan mental menjadi tiga iaitu selera makan, tidak
terganggu dan kognitif atau rasional. Dalam bidang matematik pula, Al-Kindi memainkan peranan penting
memperkenalkan angka India kepada dunia Muslim dan Kristian. Beliau merupakan pelopor dalam
kriptanalisis (ilmu berkaitan memecahkan kod).
Banyak teori matematik yang dihasilkan beliau termasuk aritmetik, geometri, angka India, pendaraban dengan
nombor, nombor relatif dan lain-lain. Beliau juga menulis empat jilid buku mengenai penggunaan nombor
India yang bertajuk On the Use of the Indian Numerals (Ketab fi Isti‘mal al-‘Adad al-Hindi). Karya itu
memberi sumbangan besar kepada penyebaran sistem penomboran India di Asia Barat dan Barat. Ilmuwan
Islam itu telah pun meninggalkan dunia buat selama-lama, namun warisan ilmunya tetap gah untuk dunia
Islam khususnya.
b) Isu Semasa Umat Islam di Malaysia dan Antarabangsa
Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang berbeza dengan tamadun- tamadun dunia lain. Ilmuan serta
cendikiawan Islam seperti Ibnu Sina atau Avicenna, Ibnu Rusyd atau Averos dan al-Khawarizmi telah
menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam dunia
Islam telah diakui sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah yang akhirnya
melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Alam Melayu merupakan gugusan pulau-pulau yang di huni oleh bangsa Melayu. Ia merangkumi kepulauan
Tanah Melayu, Kalimantan, Sumatera, Jawa, Sulawesi, pulau-pulau Nusantara, Maluku, Pulau Luzon dan
Mindanao (Abd Jalil, 2014). Negara yang termasuk dalam alam Melayu tersebut ialah Indonesia, Filipina,
Brunai, Patani (Selatan Thailand), Kampuchea, Singapura dan Malaysia. Para sejarawan berselisih pandangan
tentang tarikh kedatangan Islam ke Alam Melayu sama ada pada abad ke 7M, 8M atau abad ke 9 M.
Terdapat bebrapa teori kedatangan Islam yang dikemukakan antaranya teori kedatangan orang dari Arab, dari
India, dari Champa dan teori dari China.Walau bagaimanapun Dr Syed Muhammad Naquib al Attas
menyatakan teori kedatangan Islam secara lansung dari Negara Arab adalah lebih tepat berdasarkan kesan-
kesan bahasa, kesusasteraan, tulisan jawi, nama dan agama dalam budaya hidup orang Melayu. Orang Arab
telah berada di Sumatera pada abad ke 7 M dan telah membina perkampungan di barat kepulauan tersebut.
Khalifah Sulaiman bin Abd Malik (715-717) telah menghantar 35 buah kapal ke muara Salak di Jambi.
‘Negara Kedah’ merupakan negeri yang terawal menerima Islam di Tanah Melayu iaitu pada tahun 531H
(1136M- raja Kedah diIslamkan oleh Sheikh Ahmad al Qaumiri dari Yaman) lebih awal daripada Kelantan
(1181M), Melaka (1262M), dan Terengganu (1303M).
Islam mula masuk ke Tanah Melayu secara rasminya apabila kesultanan Melayu Melaka menjalankan
pemerintahannya berlandaskan Islam (Qanun Melaka). Kemasukan agama Islam ke Tanah Melayu telah
menyebabkan ajaran Islam diasimilasikan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Islam telah menjadikan
Melaka sebagai sebuah Empayar Melayu Islam yang menguasai daratan dan lautan. Malah Melaka dikenali
sebagai ‘Vinice di Timur’. Namun disebabkan pengkhiatan ‘orang dalam’ dan perpecahan serta kelalaian umat
Islam akhirnya Empayar Melaka hancur ditawan musuh dari Portugis (1511M), Belanda (1641M) dan British
(1824M).
Umat Islam perlu membina semula ketamadunan agung kerana ia dapat mengembalikan 'izzah' atau kuasa
serta kemuliaan agama kepada umat. Islam. Untuk merealisasikan perkara itu, umat Islam perlu melaksanakan
beberapa perubahan seperti yang disebut dalam al-Quran iaitu perubahan dalaman merangkumi hati, roh,
nafsu, akal serta perubahan luaran meliputi akhlak dan tindak tanduk. Islam bukanlah semata-mata agama
yang tersebar, sebaliknya ia adalah agama yang menghimpunkan akidah, syariah dan manhaj kehidupan.
Islam telah merealisasikan tamadun yang besar dan kemajuan di dalam pelbagai bidang ilmu dan kajian,
kesenian, pensyariatan malah kehidupan. Golongan ulama dan umara perlu sentiasa bergabung tenaga dalam
membentuk umat Islam yang berilmu dan bersilang kemahiran untuk memimpin ummah ke mercu kejayaan.
Kejatuhan negara-negara Islam ketangan musuh (terakhir ialah Empayar Turkey-Othmaniah 1924) telah
membawa kepada kehancuran tamadun Islam di dunia. Islam tiada kuasa untuk mempertahankan negara-
negara dan ketamadun mereka. Kelemahan dan perpecahan umat Islam tanpa negara ini, ditambah dengan
usaha berterusan musuh menyebabkan umat Islam ditindas di negara mereka sendiri. Sehingga kini umat Islam
di Rohingya, Iraq, Syiria, Uighur, Palestin dan lain-lain diusir, dibunuh dan disiksa di negara mereka sendiri.
Umat Islam bagaikan hidangan yang dikerumuni oleh lalat sebagaimana yang disabdakan Nabi SAW yang
bermaksud:
“Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan
makanannya. Seseorang bertanya: Apakah karena sedikitnya jumlah kita? ”Bahkan kalian ramai, namun
kalian seperti buih. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah
telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al
Wahan itu?” Nabi SAW menjawab: ”Cinta dunia dan takut akan kematian.” (HR Abu Dawud 3745)
Isu Palestin dan negara haram Zionis Israel
Melalui perjanjian Balfour 1917 pihak British telah menyerahkan Palestin kepada Zionis Yahudi untuk
membentuk negara haram Israel. ini diikuti dengan penghijrahan orang-orang Yahudi secara besar-besaran
dari Eropah, Rusia dan lain-lain ke Palestin. Pada 1948 tertubuhlah secara rasmi negara haram Zionis Israel
dengan restu dari PBB (Resolusi 181). Maka bermulalah episod malapetaka Arab-Palestin yang dikenali
sebagai Nakba 1948 yang tidak pernah tamat sehinggalah ke hari ini.
Peristiwa Nakba adalah melibatkan pengusiran dan pembersihan etnik Arab-Palestin oleh regim haram Zionis-
Israel sehingga menyebabkan mereka menjadi pelarian di tanah air sendiri. Di antara tahun 1947 sehingga
1949 sahaja, sejumlah 750,000 orang Arab-Palestin daripada jumlah keseluruhan 1.9 juta orang telah dihalau
dan dipaksa meninggalkan rumah kediaman masig-masing. Manakala lebih 530 kampung, bandar serta lebih
78 peratus tanah Palestin telah dirampas, selain menyebabkan kematian lebih 15,000 orang Arab-Palestin
akibat serangan oleh regim haram Zionis-Israel. Hingga kini selama 74 tahun, pencerobohan dan keganasan
Zionis-Israel ke atas Palestin dan rakyatnya masih berterusan walaupun ditentang oleh masyarakat dunia.
Isu Rohingya
Pada tahun 1978 dianggarkan seramai 200,000 0rang Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan
operasi Nagamin (Raja Naga) tentera Myanmar. Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang
awam dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-
besaran.
Malah terus berulang lagi pada tahun 1991 sehingga 1992 yang mana dianggarkan berjumlah suku juta orang
telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka telah dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di
projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan teruk. Banyak berlaku pencabulan hak-hak
kemanusiaan, penyeksaan, rogol, hukuman mati terus dan lain-lainnya.
Masih banyak lagi isu-isu yang melanda umat Islam kini yang memerlukan perhatian umat Islam dan
pemimpin dunia Islam. Kita sebagai umat Islam wajib berusaha dan berjuang meninggikan maruah agama
Islam dari terus ditindas dan dipermainkan oleh golongan kuffar. Justeru umat Islam perlu memperkasakan
diri dan komuniti dalam pelbagai bidang bagi mendepani cabaran ini.
Dr Yusuf al Qaradawi (1985) menyimpulkan keadaan umat Islam dengan katanya:
i) Umat yang lupa Deen, padahal mereka adalah umat yang terbaik
ii) Umat yang tenggelam di belakang timbunan kemajuan material
iii) Umat yang daya fikiranya jumud (beku), selalu mengikut dan tidak berdaya
iv) Umat yang kekuatan ekonominya tidak berfungsi
v) Umat yang kuantitinya belum berguna walaupun jumlahnya besar
vi) Umat yang kekuatan jiwanya tidak berdaya akibat mengutamakan keuatan jasmani daripada
rohani
vii) Umat yang sistem pendidikan dan media massanya tidak menyokong pembinaan sahsiah umat
Islam.