The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hannanhusna88, 2020-12-31 00:11:33

WM001

2021

PENDIDIKAN MORAL
EDISI 2020

EDITOR : PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL
: USTAZ ABD AZIZ BIN MOHAMED
TAJUK : USTAZ HISAMUDIN BIN SALEH
OLEH

TAJUK : NILAI-NILAI MURNI MASYARAKAT MALAYSIA
OLEH : USTAZ ABD LATIF BIN AWANG NIK
: USTAZ SOLAHUDDIN BIN ABD RAHMAN

USTAZAH OSMAHYANTI BINTI OTHMAN

TAJUK : SOSIALISASI
OLEH : USTAZAH ZAHARAH BINTI BAHARI

TAJUK : JATI DIRI REMAJA
OLEH : USTAZAH ZAKIAH BINTI MD ALI
: USTAZAH ZULAIHA BINTI MOHAMED

TAJUK : PATRIOTISME
OLEH : USTAZAH WAN ROSLINA BINTI WAN KAFFI

KANDUNGAN HALAMAN

ISI KANDUNGAN 1
3
1.0 Pengenalan Pendidikan Moral 4
1.1 Konsep Dalam Pendidikan Moral
1.2 Konsep Keadilan 7
1.3 Nilai Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 9
11
2.0 Nilai-Nilai Murni Masyarakat Malaysia 14
2.1 Nilai Diri dan Keluarga
2.2 Nilai Masyarakat 15
2.3 Silang Budaya
2.4 Agama Sebagai Pedoman Hidup 17
18
3.0 Sosialisasi 20
3.1 Pengertian Dan Kepentingan Sosialisasi
23
4.0 Jati Diri Remaja 26
4.1 Pengertian Jati Diri Remaja 28
4.2 Perkembangan Diri Remaja
4.3 Isu Dan Cabaran Remaja

5.0 Patriotisme
5.1 Pengertian Dan Kepentingan Patriotisme
5.2 Rukun Negara

6.0 Bibliografi

1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL

Manusia selalunya mudah tertarik kepada kehidupan yang bebas dan longgar. Dia bebas
berbuat sesuka hati dan payah untuk mengikut peraturan. Keadaan ini menyebabkannya mudah
untuk jatuh dan sukar untuk bangun serta berjalan tegak. Sejarah memperlihatkan banyak
tamadun silam runtuh lantaran perbuatan manusia sendiri kerana mereka bertindak mengikut rasa
dan tidak patuh kepada norma kemanusiaan dan peraturan yang wujud.

Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik pelajar supaya menjadi insan yang
bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral,
perasaan moral dan tingkah laku moral. Terdapat pelbagai pandangan tentang konsep moral dan
konsep pendidikan moral yang juga bersifat “multi - dimensional” (Sugarman, 1973). Seseorang
yang berpegang pada pandangan yang tertentu akan mempengaruhi pemikiran dan kehidupannya
seterusnya melahirkan insan yang berbeza dari aspek kemoralan. Moral merupakan satu nilai
hidup yang amat penting dipertahankan supaya tindakan dan pemikiran manusia tidak
bercanggah dengan fitrah kejadian manusia, alam dan segala kehidupan di muka bumi ini.

1.1 Konsep-konsep Dalam Pendidikan Moral.

a) Perbezaan Istilah Moral, Etika, Nilai dan Akhlak

Nilai, norma, sikap, etika dan moral merupakan perkara yang saling berkaitan dalam
pembentukan keperibadian seseorang insan. Straughan, R (1982) berpendapat bahawa
Pendidikan Moral adalah satu bidang yang kabur. Damon, W (1988) mengatakan bahawa tiada
satu definisi yang universal bagi ‘kemoralan’ yang diterima oleh semua pihak. Terdapat banyak
pengertian tentang moral, etika dan nilai. Perbezaan pengertian istilah-istilah ini telah membawa
kepada pendapat yang berlainan, perselisihan faham dan juga pertelingkahan tentang konsep
pendidikan moral.

Definisi moral

Terdapat berbagai - bagai pengertian yang merujuk kepada maksud moral. Di antaranya
moral merujuk kepada standard sesuatu perlakuan baik atau buruk, keadilan, amanah dan
sebagainya yang diyakini seseorang berbanding undang-undang atau standard-standard yang
lain.

“ Moral relates to the standards of good or bad behaviour, fairness, honesty etc. which each
person believes in rather than to laws or other standards”

Menurut Bahasa Latin moral (moralis) berasal daripada perkataan mos, moris yang bererti
kebiasaan, perangai dan tingkah laku. Moral adalah tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila
dan peraturan masyarakat.

1

“Morality is a personal or social set of standards for good bad behaviour and character, or the
quality of being right, honest or acceptable”. (Moraliti ialah satu set standarad peribadi atau
masyarakat yang digunakan untuk mengukur perlakuan baik atau buruk atau untuk mengukur
kualiti sesuatu yang betul, benar atau boleh diterima.

Definisi Etika

Etika boleh ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang
baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciri-ciri
kehidupan yang baik (Grassian, V. 1981).

Maksud etimologi bagi perkataan ”etika” (ethics) yang berasal daripada perkataan Yunani
”Ethos”, ialah adat resam (customs), hukum, adab, tradisi, budi pekerti, kesusilaan, sopan santun
dan sebagainya.

Dari segi istilah pula etika merupakan prinsip-prinsip moral/ akhlak atau nilai-nilai akhlak
yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Etika merupakan peraturan
masyarakat biasa yang melibatkan tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang
larang masyarakat.

Etika ialah satu sistem kepercayaan yang diterima yang mengawal perlakuan manusia
khususnya sistem yang berasaskan moral ( Ethic is a system of accepted beliefs which control
behaviour, especially such a system based on moral). Ilmu etika ialah kajian mengenai apa yang
betul dan salah dari sudut moral (Ethics is the study of what is morallay right and is not)

Menurut Frankena, W. K. (1973), etika ialah falfasah moral atau pemikiran falsafah tentang
kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral.

Definisi nilai.

Menurut Kamus Dewan (Edisi Baru 1995), antara erti ” nilai” termasuklah ”taksiran
harga”, ” harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain”, darjat, kualiti, mutu, taraf”
dan ”sifat ketinggian” (pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain). Erti nilai yang lebih
hampir dengan ”kemoralan” dan ”nilai moral” boleh didapati dalam penerangan Webster’s New
World Dictionary (1991), yang menjelaskan ”nilai” sebagai ” that quality of a thing according to
which it is thought of as being more or less desirable, useful, estimabale, important, etc. worth or
the degree of worth”; ” that which is desirable or worthy of esteem for its own sake; thing or
quality having intrinsic worth”; dan “the social principles, goals, or standards held or accepted by
an individual, class, society, etc”. (Nilai dihuraikan sebagai satu benda atau perkara yang boleh
dilihat, pertamanya dari segi harga yang boleh dikira dengan aritmetik dan keduanya dari
kualiti yang intrinsik iaitu sesuatu yang boleh dirasai secara dalaman atau dalam pemikiran
kita. Oleh itu nilai boleh wujud dalam banyak aspek, perkara dan bidang).

Nilai juga boleh diertikan sebagai satu bentuk pegangan, kepercayaan dan keyakinan yang
diaplikasikan untuk membuat sesuatu pilihan. (Najder, 1975).

Allport (1961) berpendapat bahawa nilai ialah kepercayaan yang mengakibatkan manusia

2

memilih sesuatu corak tingkah laku. Williams (1968) pula mengatakan bahawa nilai yang
dipegang oleh seseorang merupakan ktiteria bagi individu itu membuat keputusan memilih cara
bertingkah laku untuk mencapai hasrat atau keinginannya.

Definisi akhlak.

Dari sudut bahasa, akhlak berasal daripada perkataan bahasa Arab yang kata akarnya
ialah khuluk bermaksud perangai, atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau
agama. Berdasarkan pengertian ini akhlak merupakan sifat semulajadi, tabiat, maruah dan agama
yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang. Menurut Yalchin, seperti yang
dinyatakan oleh Ahmad Mohd Salleh (1998), akhlak boleh disimpulkan maksudnya sebagai
mengandungi aspek berikut; sifat semulajadi yang dimiliki individu. Sifat ini dimiliki menerusi
latihan, ransangan atau sebagainya yang akhirnya menjadi adat atau tabiat dan akhlak meliputi dua
dimensi iaitu batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentuk perlakuan.

Al-Ghazali juga mentakrifkan akhlak sebagai “satu gambaran daripada keadaan dalam diri
yang telah sebati, daripadanya melahirkan tingkah laku yang mudah dicerna tanpa memerlukan
pengulangan” (Ghazali Darussalam, 1997). Sifat serta gambaran batin yang indah serta kelakuan
mulia yang perlu dilahirkan ini tidak bersifat subjektif. Dalam Islam, sifat dan gambaran batin ini
ditentukan secara mutlak oleh Penciptanya,iaitu Allah s.w.t.

Dari sudut istilah pula, akhlak ialah kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang yang
melaluinya akan lahir perbuatan baik atau buruk. Al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah
sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang lalu melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan fikiran. Sesuatu tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama.

1.2 Konsep Keadilan

a) Definisi Keadilan

Menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, perkataan adil bermaksud:

Jujur, lurus, tidak memihak kepada mana-mana pihak .
Sepatutnya, selayaknya, sewajarnya.
Saksama, tidak berat sebelah.

Manakala maksud keadilan dari sudut istilah pula ialah:
Taakul, kebolehan berfikir dengan bijak, pertimbangan dengan teliti, kesaksamaan kebenaran.
Menurut Islam : Keadilan itu adalah meletakan sesuatu pada tempatnya. Kitab suci al-Quran
banyak menyebutkan mengenai keadilan antaranya, dari surah An Nisak ayat 58 maksudnya :

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu
memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mendengar lagi sentiasa Melihat.

3

Keadilan bersifat global (menyeluruh).
Tidak pada aspek-aspek tertentu sahaja. Keadilan mengenai semua aspek, semua hal dan semua
keadaan. Keadilan bersifat sejagat.

Keadilan adalah fitrah ( bersifat semula jadi )
Setiap manusia sifat semula jadinya inginkan keadilan. Ia merupakan perkara yang berharga dan
penting. Menurut Islam keadilan termasuk antara sifat-sifat mahmudah ( terpuji ) . Lawan
kepada keadilan ialah zalim.

Keadilan melibatkan perkara-perkara yang bersifat maknawi dan rohani iaitu akal fikiran,
nafsu , hati dan jiwa atau roh. Keadilan meliputi keadilan undang-undang, keadilan sosial dan
keadilan sejagat. Keadilan sejagat; meliputi orang-orang Islam dan bukan Islam

Nilai Dan Kepentingan Keadilan Dalam Kehidupan Bermasyarakat

• Mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.
• Mengelakkan perpecahan dalam masyarakat.
• Perhubungan yang baik antara anggota masyarakat yang berbilang bangsa. Negara aman,

maju dan makmur.

Dalam konteks negara kita Malaysia nilai keadilan telah dipraktikkan dalam semua bidang
dan meliputi semua kaum. Walau bagaimana pun terdapat beberapa perkara tertentu yang berkait
dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama antara semua kaum di Malaysia

khususnya yang berkait dengan keistimewaan kaum melayu dan bumiputera. Rujukan utama
hal ini ialah Undang-undang Penubuhan Tanah Melayu dan Rukun Negara.

1.3 Nilai Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pengenalan

Dalam kehidupan seharian falsafah memainkan peranan yang penting dalam menentukan
perinsip-perinsip dan matlamat hidup kita. Istilah falsafah adalah terdiri dari dua perkataan
Yunani iaitu phileo yang bermaksud cinta dan sophia yang bermaksud hikmah. Falsafah yang di
maksudkan disini ialah usaha yang dilakukan untuk mencari kebenaran melaui pemikiran yang
analitis.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diwujudkan seawal 1980an lagi. Kementerian
Pelajaran telah berusaha untuk menterjemahkan konsep pembangunan kemanusiaan di dalam
penggubalan kurikulum. Ia menekankan pekembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.

4

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

a) Nilai dalam FPK

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan
nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang
paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan
matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk
melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi
seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan
insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan
yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu nilai utama dalam FPK adalah keyakinan terhadap unsur dan nilai yang berasaskan
kepercayaan kepada Tuhan dan agama . Perkara ini dapat memantapkan lagi Rukun Negara yang
menjadi wadah perpaduan yang sangat penting di Malaysia. Matlamat pendidikan adalah untuk
membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan
fitrah diri manusia terpelihara, berilmu dan berpendidikan, berbudi pekerti baik dan akhlak yang
mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi dalam membentuk seorang ahli keluarga, masyarakat
dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan
ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan
yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan
sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta
masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang
menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti
sepanjang hayat. Selain dari itu pengalaman juga antara perkara yang boleh memperkaya dan
mengukuhkan ilmu .

Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya
mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-
ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira),
menguasai kemahiran untuk memperoleh,meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan
orang lain, termasuk kemajuan negara. Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan
tumpuan adalah kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahap

5

keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadah dengan
sempurna;

Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat iaitu
memperoleh tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih sayang, memiliki
semangat kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran menilai dan menghargai
keindahan dan kesenian. Dalam perkembangan unsur rohani, penekanan tumpuan ialah kepada
sifat kejiwaan dan kebatinan, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya
Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk dan membina
disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.

Untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia
dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, disamping kurikulum
akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu hendaklah
diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasi bakat dan kebolehannya
yang saling berkait di antara satu sama lain. Selain itu, elemen seterusya yang ditekankan ialah
membentuk insan yang seimbang dan harmonis. Seperti yang diketahui umum, insan yang
seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak
mahir, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram,
tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. Selain itu, insan yang
seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani,
telah diperkembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan dalam tahap optimum.

Antara nilai yang lain dalam FPK ialah memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu
pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yangmemiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu
pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha
meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk
kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan juga adalah elemen yang ditekankan dalam FPK. Hal
ini disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela
memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengan cekap dan sempuma.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yangmemiliki ciri-ciri seperti
berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan
dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksanaan tugasnya secara cekap dan
sempuna.

Seterusnya, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia perlu memiliki tingkah laku yang bersopan
santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara
umumnya, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti
mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk atau menyedari kesan dan akibat daripada
perbuatan baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat menghayati nilai
kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan serta mengamalkan perlakuan baik dan
mengelakkan perbuatan buruk.

Selain itu, nilai bertanggungjawab juga ditekankan kerana rakyat yang mempunyai
6

tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dannegara, akan melaksanakan tugasnya
dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang
memiliki ciri-ciri seperti menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan
sempurna, sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan dan
undang-undang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan
agama.

Fokus Utama Dalam FPK

1. Perkembangan potensi individu
2. Perkembangan Menyeluruh Dan Bersepadu
3. Insan Yang Harmonis Dan Seimbang
4. Unsur Intelek
5. Unsur Rohani dan Jasmani
6. Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan
7. Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan
8. Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia
9. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati Kesejahteraan dan Memberi

Sumbangan
10. Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara

2.0 Nilai-Nilai Murni Masyarakat Malaysia

Pendahuluan

Nilai adalah satu konsep yang kompleks dan boleh didifinisikan dalam pelbagai keadaan
mengikut suasana dan keadaan. Kamus Dewan menjelaskan nilai ialah sebagai satu sifat
ketinggian manusia dan boleh membentuk corak pemikiran, agama dan kemasyarakatan. Nilai
juga dijelaskan sebagai ajaran atau pegangan seperti kelakuan, kewajipan dan akhlak. Nilai juga
menggambarkan cara hidup, amalan hidup, cara berfikir, cara menangani sesuatu dan sesuatu
yang berkaitan dengan kepercayaan.

Nilai mempunyai beberapa fungsi. Satu daripada fungsinya ialah nilai bertindak sebagai
ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu moral atau
sosial. Nilai juga berfungsi sebagai satu panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat
keputusan dan menghadkan perlakuan seseorang.

2.1 Nilai Diri dan Keluarga

a) Konsep Nilai Diri dan Keluarga
Manusia semestinya menyedari bahawa dirinya adalah satu anugerah daripada tuhan. Justeru

itu setiap individu sewajibnya menjaga diri dengan sebaik mungkin selagi mana terdaya. Proses
menjaga dan mendidik diri adalah berasaskan kepada nilai-nilai yang telah sediaada dalam
semua agama. Sekiranya proses pendidkan diri dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip agama dan
nilai-nilai sejagat yang murni, semestinya setiap individu akan mencapai tahap keselesaan hidup
ditahap yang terbaik.

7

Antara tindakan terpenting dalam memupuk nilai diri ialah menyayangi diri sendiri dengan
menjadikan nilai-nilai murni sebagai tonggak dalam amalan kehidupan seharian. Dengan adanya
kesedaran begini, kejadian-kejadian kearah merosak dan memusnahkan diri akan dapat
dihindarkan daripada kehidupan manusia. Dewasa ini kejadian membunuh diri, melacurkan diri,
merosakkan diri dengan arak dan pil khayal berlaku dengan berleluasa dan semakin meningkat.
Apakah punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Jawapannya ialah kita sebagai ahli
masyarakat semakin lupa tentang hal kita sebagai yang memlikki diri, dan kewajipan menjaga
diri. Justeru itu kewajipan kita sekarang ialah menyedari menjaga diri dengan nilai-nilai murni
adalah satu kemestian kepada semua manusia.

Perlu diyakini dan disedari dengan memilikki nilai-nilai murni setiap individu akan lebih
bersikap rasional dalam melakukan sesuatu tindakan. Nilai-nilai tersebut adalah satu suruhan
dalam melakukan perkara kebaikan dan ia bertindak pula sebagai satu penghalang ketika
perasaan individu ingin melakukan perkara keburukan.

Aspek kedua yang perlu difahami oleh ahli masyarakat ialah aspek pengurusan diri yang
lebih kemas dan tersusun tanpa menyusahkan orang lain. Dalam konteks ini setiap individu perlu
lebih memahami diri sendiri dan juga perlu memahami bahawa kehidupan merka adalah berkait
rapat dengan orang lain. Oleh itu setiap tindakan terhadap diri, samada dari segi kebersihan,
pakaian, solekan, tingkah laku dan tutur kata akan memberi kesan kepada individu lain yang
berada dipersekitaran. Sekiranya semua perkara ini diambil kira dan dijadikan sebagai
keutamaan dalam kehidupan, sudah pasti individu berkaitan akan menghadapi kehidupan yang
penuh dengan keselesaan. Keselesaan utama yang akan diarasainya ialah ia kepuasaan terhadap
diri sendiri dan kepuasan merasai dirinya dihargai. Kepuasan ini adalah sesuatu akan
menterjemahkan maksud “ Kebahagiaan Diri dan Kebahagiaan Kehidupan ” .

b) Nilai Murni Terhadap Diri Sendiri dan Institusi Keluarga

Hubungan kekeluargaan yang erat adalah perkara utama ke arah membentuk masyarakat
yang harmoni dan keamanan negara. Perhubungan kekeluargaan yang erat akan memberi kesan
kepada perasaan kebertanggungjawaban di antara ahli keluarga tanpa megira dia “ anak siapa ”
dan pepatah “ menjaga terpi kain orang ”. Apabila wujudnya perasaan bertanggungjawab ini,
sesuatu perkara yang boleh membawa kepada rosaknya warga negara, seperti budaya lepak,
hubungan sejenis, penyalahgunaan dadah dan perlumbaan haram akan dapat dicegah dan
dihindari daripada terus menjadi masalah negara. Sekarang ini permasalahan sedemikian sudah
berada ditahap yang kritikal dan sudah dianggap sebagai musuh utama negara. Kesannya banyak
peruntukan negara yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pembangunan terpaksa dipindahkan
kepada perbelanjaan pencegahan masalah berkaitan.

Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia yang inginkan kemakmuran dan keharmonian hidup,
sewajibnya berusaha untuk membina ikatan kekeluargaan yang kukuh dan jitu bersandarkan
kepada nilai-nilai murni. Ikatan kekeluargaan yang kuat dan harmoni bukanlah suatu perkara
yang sukar dan memerlukan perbelanjaan yang banyak. Keharmonian dalam keluarga boleh
dibentuk melalui pelbagai kaedah yang mudah dan mengembirakan, antaranya:

Kaedah Agama : Wujudkan satu hari atau masa yang mewajibkan semua ahli keluarga atau

8

keluarga beribadat bersama-sama. Adakan sesi penjelasan atau penerangan kitab-kitab agama.
Majlis kemudiannya diakhir dengan jamuan dan sesi soal jawab atau penyelesaian masalah
dikalangan ahli keluarga.

Kaedah Permainan. Rancangkan beberapa jenis permainan yang boleh disertai oleh semua ahli
keluarga tanpa mengira usia, tetapi pastikan ia tidak bercorak perjudian dan keuntungan atau
kerugian. Pastikan juga setiap ahli keluarga terlibat dan boleh menyertai sama dalam setiap
permainan.

Kaedah Majlis Keraian. Majlis boleh diadakan bersempena dengan tarikh tertentu, contohnya
bersempena dengan hari lahir, sambutan ulangtahun perkahwinan, ulang tahun kejayaan dan
hari- hari peringatan yang lain. Majlis tidak semestinya dengan perbelanjaan yang besar. Cukup
sekadar kemampuan sahaja. Ini kerana tujuanna utamanya adalah untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan dan perkenalan antara ahli keluarga.

Kaedah Ucap Tahniah dan takziah. Kaedah ini tidak perlu kepada jamuan dan mengadakan
majlis. Ia boleh dilaksanakan apabila seorang anak atau cucu atau bapa mendapat kejayaan
dalam bidang yang diceburi samada dalam bidang pelajaran, sukan, perniagaan, menyambut
kelahiran dan sebagainya. Ucapan boleh disampaikan dengan pelbagai cara samada dengan
telefon, pesanan ringkas, kad ucapan atau dengan cara bersalaman dan ucap tahniah.

Berdasarkan contoh yang ada membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni bukanlah sesuatu
yang sukar dan mustahil. Apa yang perlu ialah setiap individu dan ahli keluarga perlu menilai
apakah nilai atau perkara yang disukai atau tidak gemari oleh individu atau keluarga terbabit.
Justeru itu kita hendaklah melakukan sesuatu berdasarkan apa yang disukai dan mengelak
daripada melakukan apa yang tidak digemari. Kesannya lahirlah individu dan keluarga yang
harmoni berteraskan nilai-nilai murni yang persetujui bersama.

2.2 Nilai Masyarakat

a) Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat

Nilai-nilai murni dalam masyarakat adalah satu topik terpenting yang perlu dibincang
dengan terperinci dalam membentuk sebuah negara yang harmoni dan bebas merdeka.

Tanpanya sesebuah negara khususnya negara yang berbilang kaum akan terdedah kepada
perlanggaran hak asasi kaum yang berstatuskan warganegara. Kesannya sudah tentu akan
membawa kepada huru hara yang menyebabkan kepada ketidakselesaan kehidupan dan
seterusnya kepada keruntuhan sesebuah negara.

Masyarakat Malaysia realitinya adalah gabungan pelbagai masyarakat yang pelbagai kaum.
Dalam pelbagai kaum pula terbahagi kepada pelbagai etnik keturunan. Antara kaum dan etnik
bangsa yang menjadi warganegara Malaysia sekarang ialah:

Bil Kaum Etnik / Keturunan
9

1 Melayu Melayu, Jawa, Minang, Bugis,
Rawa,Aceh, Kerinci, Siam.
2 China Hokkien, Hakka, Fou Chow, Kantonis,
Hailam, Tow Chew.
3 India
4 Natif Sabah Tamil, Telegu, Malayaalam,Sikh,
5 Natif Sarawak Hindu, Hindustan, Kerala .
Kadazan, Dusun, Bajau, Murut.

Iban, Malanau, Kedayan, Kayan, Orang
Ulu, Kelabit, Kenyah, Penan.

Kewujudan pelbagai kaum dan bangsa dalam sebuah negara yang berdaulat sepertimana
Malaysia adalah sesuatu yang unik Keunikan adalah berdasarkan kepada keamanan dan
keharmonian antara kaum yang sehingga hari ini masih lagi terpelihara dan dapat dikekalkan.
Keberkekalan keamanan ini adalah berteraskan kepada prinsip mentaati Rukum Negara. Rukun
Negara inilah yang memiliki nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang perlu dipegang dan
dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebarang tindakan kearah mengingkari Rukun Negara
adalah dianggap sebagai mengkianati dan menderhaka kepada negara. Tindakan menderhaka
kepada negara adalah satu kesalahan besar dan boleh menyebabkan seseorang dilucutkan hak
kewarganegaraannya.

b) Kepentingan Nilai Kehidupan Yang Bermoral dan Beretika

Sebagai rakyat Malaysia semua individu diwajibkan untuk berpegang dengan prinsip dan
nilai- nilai murni. Ianya adalah bertujuan untuk memastikan keharmonian negara terus
terpelihara dan ekonomi terus berkembang. Antara peranan semua warganegara dalam
membentuk kemakmuran dan keharmonian negara ialah;

Mewujudkan perasaan saling memahami dan menghormati di antara sesama kaum.
Perasaan saling menghormati yang diperlukan ialah dalam pelbagai aspek kehidupan, antaranya
aspek kebudayaan, amalan agama, adat istiadat, pantang larang, perayaan dan apa sahaja perkara
yang berkaitan dengan kehidupan. Kewujudan perasaan sedemikian akan memberi kesan yang
besar kepada perkembangan politik dan ekonomi negara. Kesannya sudah terbukti dimana
negara Malaysia sekarang adalah salah sebuah negara membengun yang termaju dan sering
menjadi contoh kepada negara lain. Malaysia bukan sahaja menjadi idaman para pelabur tetapi
sudah menjadi negara yang boleh menjadi pendamai atau orang tengah kepada negara yang
bersengketa, contohnya dalam perbalahan di Timur Tengah dan masalah di Asia Tenggara
sendiri.

Rakyat Malaysia juga perlu menambahkan lagi perasaan kekitaan sebagai Warga Malaysia.
Wujudnya perasaan ini akan memberi satu semangat yang inginkan Malaysia sentiasa berada
dihadapan. Kesannya juga boleh dilihat kebersatuan rakyat Malaysia berganding bahu dalam
meletakkan nama Malaaysia di arena antarabangsa, contohnya dalam bidang sukan. Atlit
Malaysia bertungkus lumus berusaha untuk mendapatkan kejayaan dengan melalui pelbagai
pengorbanan samada disegi masa, tenaga, dan kewangan. Begitu juga dengan rakyat yang
terlibat dalam memberi sokongan. Sokongan yang dimaksudkan adalah dalam pelbagai aspek,
antaranya aspek kewangan, kemudahan tempat latihan, motivasi, sokongan sorakaan dan
menghantar ucapan tahniah dan sebagainya. Ini juga dianggap sebagai satu kesepaduan dan

10

gambaran perasaan kekitaan sebagai “ Satu Warganegara Satu Negara”.

Sebagai ahli komuniti setiap rakyat juga semestinya menanam perasaan dan keazaman
untuk maju bersama-sama. Perasaan sedemikian akan merangsangkan setiap warganegara untuk
berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai wawasan yang telah disasarkan oleh negara.
Justeru itu setiap wawasan kerajaan akan dapat dicapai. Kesannya kekayaan negara akan dapat
dikongsi bersama dalam erti kata yang sebenar. Suasana ini akan mengelakkan berlakunya
ketidakseimbangan pemilikkan kekayaan yang boleh menyebabkan kepada kekayaan dan
kemiskinan kaum tertentu. Sekiranya situasi ini berlaku, ianya adalah satu petanda awal kearah
ketidakharmonian dan keruntuhan sesebuah negara. Jika ianya berlaku maka jadilah “Kekayaan
Membawa Kepada Kesengsaraan Dan Kemiskinan Kepada Peperangan”.

Peranan terpenting yang perlu difahami oleh setiap individu ialah kesetiaan kepada Raja
dan Negara. Kesetiaan yang dimaksudkan ialah kesediaan setiap warganegara mentaati semua
arahan pemerintah dan peraturan yang telah ditetapkan. Kesediaan setiap warganegara
mempertahankan kedaulatan negara adalah satu kewajipan walau dalam apa keadaan sekalipun.
Membocorkan rahsia negara dan kesediaan individu untuk bersekongkol dengan musuh untuk
mewujudkan kacau bilau dalam negara adalah satu kesalahan yang amat besar dan sewajarnya
dikenakan hukuman mati. Ini kerana kesalahan tersebut adalah sesuatu yang tidak dapat
dimaafkan, ianya seolah-olah membuka pintu kepada musuh untuk merompak rumah sendiri.
Justeru itulah bagi negara tertentu hukuman untuk individu yang melakukan perbuatan
sedemikian ialah hukluman bunuh.

Jelas kepada kita menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam masyaraakat
malaysia adalah satu kewajipan dan keutamaan. Ini kerana kesannya akan berbalik kepada rakyat
serta keharmonian dan keamanan sesebuah negara.

2.3 Silang Budaya
Definisi :

Perkongsian budaya dan adat resam masyarakat majmuk di Malaysia.

Pada zaman globalisasi ini, konsep silang budaya yang menjadi asas pembentukan
masyarakat harmonis semakin dilupai oleh masyarakat kini. Hal ini kerana rakyat di negara
semakin mengagung-agungkan nilai barat. Konsep silang budaya ini perlu diamalkan dari
sekarang untuk memberhentikan budaya kebaratan yang kerap diaplikasikan dalam kehidupan
harian kita. Konsep ini perlu ditanam di hati setiap orang bagi mewujudkan perpaduan berbilang
kaum. Kita perlulah sentiasa sedar bahawa konsep silang budaya ini ádalah penting dalam
pembentukan masyarakat yang aman dan damai.

Malaysia ialah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, jadi tidak dapat kita elakkan
daripada belakunya silang budaya antara kaum-kaum di negara ini. Silang budaya ini berlaku
dalam pelbagai aspek, antaranya seperti pakaian, sambutan perayaan, makanan, permainan dan
bahasa.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Komposisi rakyat majoritinya terdiri
daripada kaum Melayu, Cina dan India. Di samping itu terdapat juga orang asli, Punjabi,

11

Kadazan, Iban, Bidayuh, Dayak dan beberapa kaum lain. Masyarakat majmuk di Malaysia
menganuti pelbagai agama dan kepercayaan. Mereka mempunyai adab resam dan pantang larang
yang istimewa serta bertutur dalam pelbagai bahasa. Keunikan masyarakat majmuk Malaysia
telah sekian lama dikagumi oleh masyarakat dunia.

Rakyat Malaysia diberi kebebasan untuk menganuti agama dan mengamalkan kepercayaan
masing-masing seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Kekayaan
kebudayaan yang diamalkan oleh rakyat diserikan lagi dengan amalan pelbagai perayaaan
keagamaan seperti Hari Raya Aidil Fitri, Wesak, Deepavali, Natal dan sebagainya. Masyarakat
kita mengamalkan sikap toleransi dan menghormati upacara keagamaan kaum-kaum lain.
Keunikan ini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia yang selama ini hidup dalam keadaan yang
harmoni.

Selain itu, masyarakat kita juga kaya dengan pelbagai tradisi dan adat resam yang diwarisi
turun-temurun. Tradisi dan adat resam mempunyai fungsi dan kepentingan tertentu. Dalam
masyarakat Melayu misalnya, sebelum melangsungkan upacara perkahwinan, seseorang itu
hendaklah melalui beberapa peringkat iaitu merisik, meminang dan bertunang. Masyarakat Cina
pula mengadakan beberapa upacara untuk memperingati nenek moyang mereka terutama yang
telah lama meninggal dunia. Roh nenek moyang di puja kerana mereka berjasa kepada
keturunannya. Upacara ini diadakan secara besar-besaran selepas beberapa tahun mereka
meninggal dunia. Selain itu, upacara Ching Ming yang bertujuan menziarahi dan membersihkan
kubur masih diamalkan. Masyarakat India pula mementingkan upacara Sadanggu bagi meraikan
anak gadis yang cukup umur. Upacara ini bertujuan untuk mengelakkan gadis tersebut dan
keluarganya daripada ditimpa musibah.

Rakyat bebas bertutur dalam pelbagai bahasa walaupun bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi
Negara. Lazimnya, setiap kaum bertutur bahasa ibunda masing-masing. Namun begitu, hal ini
tidak menghalang setiap kaum menjalin hubungan mesra keran mereka boleh menggunakan
bahasa Melayu dengan baik.

a) Kepentingan Nilai Hormat Mengormati, Toleransi, Berhemah Tinggi, Beradab Sopan,
Beretika dan Berakhlak

Kepelbagaian agama dan kepercayaan, tradisi dan adat resam serta bahasa tidak menghalang
keharmonian dan perpaduan rakyat, malah meningkatkan lagi perasaan bangga dan sayang akan
Negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Persefahaman antara
kaum membolehkan rakyat mengamalkan cara hidup dan budaya masing- masing dalam keadaan
yang harmoni. Rakyat juga berazam untuk terus memelihara perpaduan Negara supaya segala
hasil pembangunan dapat di nikmati bersama. Diantara nilai murni dalam silang budaya
masyarakat Malaysia ialah :

1- Hormat-Menghormati

Setiap kaum di Malaysia harus mengamalkan nilai hormat-menghormati untuk mengekalkan
keharmonian dan kesejahteraan negara. Jika setiap orang mengamalkan nilai ini dalam kehidupan
mereka dengan menghormati budaya dan adap resam kaum lain perselisihan faham dan
pergaduhan dapat dielakkan. Ciri-Ciri hormat menghormati ialah bekerjasama tanpa mengira

12

mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat.

Di samping itu memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain
serta menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain. Cara untuk mengamalkan nilai
hormat menghormati ialah tidak memperkecilkan atau merendah-rendahkan kebolehan orang lain
serta mewujudkan persefahaman dan kerjasama.

Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan ialah menghormati
kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia. Ciri-cirinya ialah mengamalkan adat
resam dan kebudayaan sendiri serta tidak mengejek, mengutuk, menghina adat dan kepercayaan
orang lain.

2- Toleransi

Toleransi bermaksud kesanggupan bertolak-ansur dan sabar serta mengawal diri bagi
mengelak berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup tanpa
mengira kaum,agama,dan bangsa. Masyarakat yang harmoni di Malaysia dapat diwujudkan
melalui pergaulan dan komunikasi dengan kaum lain dengan bertolak-ansur. Ini boleh dilakukan
dengan menerima budaya agama orang lain dengan hati yang terbuka.

3-Hemah Tinggi

Hemah tinggi bermaksud beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
Setiap insan mesti menjaga tingkah laku dan bahasa pertuturannya kerana gerak-geri seseorang itu
menggambarkan perwatakannya. Orang yang mempunyai sifat kesopanan, mengakui kesalahan
diri, dan ramah mesra dikatakan mempunyai nilai hemah tinggi. Kesopanan ialah sopan santun,
tidak mementingkan diri, tidak suka menunjuk-nunjuk, dan tidak angkuh terhadap orang lain.
Dalam kehidupan seharian, apabila kita bergaul dengan orang lain, kita harus menunjukkan
kelakuan yang mulia dan bertatasusila dalam segala perbuatan yang dilakukan. Dari segi gaya
pertuturan, kita harus lembut dalam tutur kata dan menunjukkan bahasa gerak seni yang halus.

Sikap mengakui kesalahan diri merujuk kepada perbuatan sedia mengaku kesilapan dan
kelemahan diri tanpa mengira status seseorang dalam komuniti. Sifat ramah mesra ialah sikap
suka bergaul mesra dengan orang lain dan tidak mengasingkan diri daripada golongan
masyarakat. Seseorang yang bersikap hemah tinggi dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat
yang disukai oleh orang ramai. Orang yang berhemah tinggi dapat menghindarkan diri daripada
sikap angkuh dan sombong. Orang yang berhemah tinggi juga mempunyai sikap yang menjaga
gerak-geri yang tidak sumbang, mudah diterima orang ramai dan sentiasa sopan dalam
perbuatan.

Antara amalan nilai hemah tinggi ialah selalu bertutur halus, tidak menyinggung perasaan
orang lain dengan memaparkan tingkah laku yang sopan dan sentiasa menilai kekurangan diri
sendiri dan sanggup membetulkan kesilapan yang dilakukan.

4-Bersopan-Santun

13

Nilai bersopan-santun boleh didefinisikan sebagai kelakuan dan cara perhubungan yang tidak
menimbulkan perasaan yang tidak selesa di antara individu. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua
kaum di Malaysia. Bersopan-santun penting dalam konsep silang budaya. Contohnya, semua
kaum mempunyai cara bersalam yang berlainan. Seperti yang kita ketahui bahasa Melayu yang
merupakan bahasa kebangsaan Malaysia boleh digunakan sebagai alat komunikasi. Hal ini
menggalakkan komunikasi berkesan dan ini secara tidak langsung boleh membantu
mengurangkan perselisihan faham dan geseran semasa bergaul dengan kaum yang berlainan. Di
samping itu, nilai sopan santun juga merupakan sebagai tanda hormat sesama manusia.

5-Beretika Dan Berakhlak

Nilai beretika dan berakhlak ialah satu sistem kepercayaan yang diterima yang mengawal
perlakuan manusia.Pada zaman sekarang, sikap dan cara hidup manusia berkelakuan adalah
berasaskan prinsip baik atau buruk. Oleh itu prinsip dan pemikiran seseorang adalah amat
penting untuk mempengaruhi sikap dan kelakuan seseorang. Seseorang yang berjiwa tenang dan
menguruskan budi minda diri sendiri dengan lebih berkesan, kemas dan tersusun. Mereka
senantiasa pegang teguh prinsip yang betul dan mereka biasanya berfikiran positive dan
berkelakuan baik. Sebaliknya, seseorang yang hanya ingin memajukan diri sendiri tanpa
mentafsirkan perubahan positif atau negatif biasanya berprinsip pentingkan di sendiri tanpa
memikirkan perasaan orang lain serta akibatnya.

Orang yang berprinsip buruk ini mudah terjerumus ke lembah kehinaan. Seseorang yang
mengamalkan nilai beretika dan berakhlak akan menjaga perasaan orang lain. Sebagai
contohnya, negara Malaysia yang berbilang kaum, warganegara Malaysia yang beretika dan
berakhlak akan menghormati pantang larang kaum lain. Selain itu pengamalan nilai ini
membolehkan seseorang senantiasa menjaga penampilan mereka ketika menghadiri majlis rasmi.
Nilai ini membolehkan seseorang melakukan perkara yang rasional dengan bertindak tanpa
berburu-buru dengan mengikut perasaan sendiri.

2.4 Agama Sebagai Pedoman Hidup

Agama secara pengertian mudah bermaksud, kepercayaan kepada Tuhan yang menentukan
segala yang baik dan buruk, betul-salah, manfaat atau mudarat dan yang boleh dan tidak boleh
dilakukan. Agama berperanan membentuk peraturan hidup manusia agar lebih terurus dan
bermakna. Matlamat yang ingin dicapai adalah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Etika keagamaan berasaskan panduan yang sudah termaktub dalam agama. Ia
diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Panduan ini terdapat dalam dua
bentuk iaitu suruhan dan larangan. Suruhan mengandungi segala perkara yang dibenarkan
manakala larangan melibatkan smua hal yang tidak dibenarkan. Jadi dalam agama, etika
memberi perhatian sepenuhnya kepada perkara yang berkaitan suruhan dan larangan.

a) Kepentingan Agama Dalam Membentuk Akhlak dan Moral Yang Baik

14

• Memperjelaskan hubungan manusia dengan pencipta
• Membentuk peraturan hidup manusia
• Mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup
• Menentukan keseimbangan di dunia dan akhirat
• Mengawal nafsu manusia
• Menentukan tingkahlaku yang baik dan bermoral/beretika
• Menjadikan manusia berakhlak mulia
• Mengetahui tanggunjawab terhadap tuhan dan semua makhluk/ benda ciptaanNya
• Membentuk jiwa/rohani yang bersih
• Menidakkan ajaran sekularisme yang jauh terpesong

Rumusan

Kewujudan masyarakat yang bermoral dan beretika amat penting bagi memastikan
kesejahteraan hidup manusia. Manusia harus menangkis gejala-gejala negatif yang melanda
masyarakat dan seterusnya menjadikan agama sebagai panduan untuk hidup

3.0 Sosialisasi

3.1 Pengertian dan Kepentingan Sosialisasi.

a) Keperluan dan Kepentingan Sosialisasi

Proses yang penting dalam menentukan pembentukan personaliti seseorang individu ialah
sosialisasi di samping faktor-faktor lain seperti keturunan (baka) dan persekitaran.Personaliti
di sini merujuk kepada keseluruhan aspek yang ada dalam individu termasuklah perasaan,
perangai dan pemikiran yang seterusnya akan mempengaruhi gerak laku individu.

Sosialisasi pula dapat ditakrifkan sebagai proses mempelajari dan menanamkan
(internalizing) ciri-ciri budaya yang dipersetujui bersama oleh ahli masyarakat tentang cara
berfikir dan bertingkah laku, peraturan dan kehendak serta matllamat yang ingin dicapai oleh
budaya tersebut. Proses ini secara langsung membolehkan individu meyesuaikan diri dan
menjadi anggota dalam sesuatu masyaraat serta mengetahui peranannya dalam masyarakat
tersebut.

Sosialisasi melibatkan pengakuan kepada peraturan-peraturan masyarakat dan berusaha
untuk menyukai budaya yang dipegang oleh ahli masyarakat sehingga ia menjadi sebahagian
daripada norma dan nilai hidup diri sendiri. Kebiasaannya pengakuan terhadap norma dan nilai
masyarakat ini tidak berlaku secara keseluruhannya sebalikya individu mungkin mengikut norma
tertentu dan mengabaikan norma dan nilai yang dikatakannya bertentangan dengan
kehendaknya. Tetapi untuk menjadi anggota masyarakat, kita terpaksa mengimbangkan
keinginan sendiri dengan kepentingan masyarakat secara keseluruhannya. Berdasarkan kepada
keadaan ini,jika individu dalam budaya yang sama tetapi membentuk personaliti yang berbeza
punca utamanya ialah mungkin disebabkan oleh perbezaan persekitaran sosial di mana ia
dibesarkan dan juga perbezaan dari segi biologi atau keturunan.

b) Masyarakat Majmuk

15

Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum.
Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke19 adalah kesan
daripada Kolonialisme yang mutlak.

Masyarakat majmuk menurut kamus dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri
daripada beberapa kaum. Definisi masyarakat majmuk mengikut Furnival merujuk kepada
pelbagai jenis manusia yang bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi
terpisah dalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan,agama,
bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti
di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut
garis perkauman.

Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke19, lebih
90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke19, penghijrahan
masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah
struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut
cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan. Kaum utama di Malaysia terdiri daripada
kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain. Tidak dinafikan Malaysia mempunyai
pelbagai suku kaum selain daripada 3 komuniti etnik yang terbesar iaitu kaum Serani, orang asli
(Semenanjung), Bajau, Kadazan, Murut (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban (Sarawak) dengan
pelbagai bahasa dan dialeknya. Penerimaan kontrak sosial yang telah disepakai bersama adalah
untuk menjaga hubungan etnik di Malaysia.

Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam bahasa ibunda mereka tetapi tetap
mengiktiraf bahasa melayu sebagai Bahasa Kebanngsaan. Masyarakat majmuk di Malaysia juga
bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walaupun Islam diberi status sebagai
agama rasmi negara. Masyarakat Malaysia menganut agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha,
Konfusions dan Taois.

Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya dan pemisahan
fizikal. Rakyat Malaysia memiliki amalan tradisi, pakaian dan makanan yang berbeza. Ciri-ciri
masyarakat majmuk Malaysia mengiktiraf adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen.
Terdapat tiga etnik terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan
kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu
ikatan kerakyatan dan dibawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembangaan dengan
satu cara hidup yang dipersetujui bersama.

16

4.0 Jati Diri Remaja

4.1 Pengertian Jati Diri Remaja

a) Definisi Jati Diri Remaja

Perkataan ‘remaja’ berasal dari perkataan Latin bermakna menuju kearah kematangan.
Kamus Dewan (1984) mentakrifkan remaja sebagai peringkat umur mulai dewasa, sudah akil
baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Khulen (1982) menganggap zaman remaja
sebagai satu jarak waktu bagi seseorang mengalami masa peralihan dari zaman kanak-kanak ke
alam dewasa, juga merupakan titik tolak dari zaman kanak-kanak melengkapkan diri untuk
menuju ke alam kedewasaan.

Remaja juga dapat kita definisikan sebagai kumpulan anak-anak muda yang berumur antara
12-21 tahun atau 13-25 tahun. Biasanya mereka mempunyai emosi dan perasaan ingin mencuba
serta sedang menuju ke tahap kematangan sebagai seorang dewasa. Remaja hari ini merupakan
tulang belakang negara dan penyambung generasi akan datang, bakal pemimpin agama,
masyarakat dan negara. Oleh itu jika rosak remaja maka rosaklah sesebuah negara.

Jati dapat ditakrifkan sebagai asli, murni, tulen dan tidak bercampur. Maka jatidiri pula ialah
identiti seseorang yang memisahkan suatu peribadi dengan peribadi yang lain. Jatidiri ini adalah
berbeza antara satu dengan yang lain iaitu merujuk kepada ciri-ciri sejati yang dimiliki oleh
seseorang bukan sahaja yang terlihat secara lahiriah tetapi termasuk juga nilai-nilai yang menjadi
pegangannya.

Persediaan jatidiri remaja adalah penting agar mereka tidak terjebak dengan anasir tidak
sihat yang akan membawa kehancuran kepada hari depan. Negara kita Malaysia begitu

menitikberatkan pembinaan jatidiri bermula dari kecil sehinggalah seseorang itu meningkat
dewasa dengan garis panduan yang tertentu. Proses pembinaan ini merupakan tanggungjawab
bersama keluarga, masyarakat dan negara. Jika pengabaian terhadap pembinaan ini maka sesuatu
institusi keluarga dan masyarakat malah negara akan tergugat ketenteramannya jika diserang
dengan pelbagai penyakit sosial yang kronik. Persediaan ke arah melahirkan jatidiri dalam setiap
individu perlu kepada proses yang lengkap.Ia mesti meraikan beberapa perkara berikut :

Pertama : Persediaan yang lengkap di mana proses ini hendaklah merangkumi seluruh aspek
pemikiran, diri dan gerakan. Ia tidak boleh hanya berkisar kepada persediaan pemikiran secara
teori sahaja atau secara tarbiah rohani atau pun ditekan kepada gerakan secara politik semata-
mata. Ia mesti merangkumi seluruh perkara tersebut agar persediaan untuk melahirkan individu
yang mampu berdikari, bersaing dan mampu untuk mencapai matlamat hidup sebagaimana yang
ditekankan dalam wawasan 2020.

Kedua : Persediaan yang seimbang dan bersepadu di mana ia memberi penekanan kepada
seluruh aspek kehidupan dengan kadar yang dikehendaki tanpa melakukan penambahan atau pun
pengurangan pada sesuatu aspek tertentu. Ini disebabkan jika berlakunya penambahan dari satu
sudut sahaja menyebabkan akan berlakunya pengabaian atau kekurangan pada sudut yang lain.

17

Ini membawa kepada berlakunya kegagalan dalam mencapai matlamat yang dikehendaki ke arah
melahirkan individu yang mempunyai jatidiri yang tinggi.

Ketiga : Persediaan mestilah berbentuk lapangan bukannya secara teori sahaja. Persediaan itu
hendaklah menggunakan cara dan langkah secara amali dalam pembinaan dan persediaan ke arah
melahirkan individu yang mampu berdikari sesuai dengan kehendak agama. Ini bermakna
persediaan itu mesti dari sudut gerakan dan amali bukannya semata-mata menekankan sudut
peringatan dan pengajian semata-mata.

4.2 Perkembangan Diri Remaja

a) Rasional perubahan diri remaja

Masa remaja merupakan satu transisi antara masa kanak-kanak menuju masa dewasa. Secara
sedar atau tidak akan berlaku perubahan dari segi fizikal (bentuk tubuh badan), mental
(pemikiran) dan emosi seseorang akibat dari tindakan hormon dalam tubuh badan. Ketiga-tiga
aspek ini perlu diberi perhatian sewajarnya terhadap perkembangan diri remaja terutama oleh
kedua ibubapa atau penjaga. Keperibadian mereka perlu dilentur dengan sebaik mungkin agar
menjadi insan yang cemerlang antaranya;

i Aspek fizikal; Perubahan diri individu sama ada lelaki atau perempuan. Contohnya perubahan
bentuk tubuh badan, suara, perangai dan pemikiran seseorang.

ii Aspek mental; Pada peringkat remaja akan berlaku perubahan pemikiran yang agak
mendadak. Ketika ini remaja perlu membuat persiapan strategik supaya setiap cabaran yang
mendatang dapat dihadapi dengan baik. Antara persediaan penting ialah kekuatan ilmu,
ketahanan akal dan faktor rohaniah yang memberi kekuatan emosi.

iii. Aspek emosi; Emosi remaja mudah terdedah dengan hasutan dan pengaruh sekeliling.
Remaja mula ingin mencuba sesuatu yang baru. Kekuatan mental dan kerohanian menuntut
remaja supaya tidak terpengaruh dengan cabaran yang pelbagai. Ketika ini jiwa remaja bergelut
dengan desakan naluri dan runtunan emosi dan nafsu yang tidak bersandarkan kepada baik buruk
sesuatu perkara.

Perubahan lain yang akan berlaku terhadap remaja ialah;

1. Perasaan ingin mencari identiti sendiri.
2. Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri.
3. Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
4. Bercita-cita untuk meningkatkan potensi diri untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

Potensi Diri Remaja

Potensi diri ialah harga diri yang terdapat dalam diri individu. Menurut Dorothy C Briggs,
harga diri ialah faktor utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan setiap orang sebagai
seorang insan.

18

Dalam menempuh cabaran realiti hidup yang semakin mencabar, remaja perlu
mempersiapkan diri dengan ilmu yang mampu memberi kekuatan dan ketahanan akal, faktor
keagamaan yang memberi kekuatan emosi dan kekuatan jasmani yang memberi ketangkasan
gerak dan kematangan amal.

Potensi diri seseorang remaja boleh dibina dengan;

1. Menilai diri
- Membina imej diri
- Imej positif atau negatif
- Yakin dengan kebolehan diri

2. Membanding diri
- Melihat persamaan dan perbezaan dengan orang lain
- Menghasilkan kesan positif atau negatif
- Menilai kelemahan yang ada dalam diri dan membuat perubahan

3. Menanamkan sifat cekal diri
- Konsisten menjadikan diri cekal
- Menganggap setiap kegagalan itu tidak akan gagal selamanya
- Tabah dalam menghadapi setiap dugaan
- Menyedari kelemahan diri dan membuat perubahan

~ Ciri-ciri untuk meningkatkan potensi diri yang positif ialah:
1. Berusaha
2. Tenang
3. Yakin diri
4. Hormat diri
5. Sabar
6. Bertanggungjawab
7. Ramah
8. Tegas
9. Penyayang
10. Berdikari
11. Sanggup menghadapi sebarang risiko
12. Kuat semangat

Masalah-masalah dan salahlaku remaja.

Kemelut remaja kini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah dan sedang
diambil untuk membenteras kegiatan tidak sihat di kalangan remaja. Antara masalah-masalah
dan salahlaku remaja ialah:

1. Gejala lepak
2. Dadah
3. Seks bebas
4. Pembuangan bayi

19

5. Jenayah juvana
6. Lari dari rumah
7. Berkelakuan lucah
8. Disko
9. Minum arak
10.Merokok

4.3 Isu dan Cabaran Remaja:

a) Isu-isu remaja dan cabaran.

Pendedahan demi pendedahan tentang isu dan masalah remaja didedahkan dan ia semakin
membuka minda dan tanggapan masyarakat serta telah menjadi bahan perbincangan penting
negara untuk diselesaikan. Isu remaja bermula dengan isu budaya lepak dalam kalangan remaja
pada tahun 1993, seterusnya timbul isu-isu lain seperti gadis bohsia, pembuangan bayi, budaya
punk, budaya metal dan lain-lain yang mendatangkan kesan buruk seperti penagihan dadah dan
HIV. Masalah sosial yang dicetuskan oleh golongan remaja boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu jenayah delikuensi ringan dan berat. Antara jenayah delikuensi ringan adalah
ponteng kelas dan sekolah, melawan guru serta membuli. Manakala jenayah delikuensi berat
adalah penyalahgunaan dadah, merompak, membawa senjata berbahaya, menceroboh,
mengancam dan serangan seksual, HIV dan Aids. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tular di
laman sosial mengenai isu pedofilia, pengguguran haram,seks bawah umur, pengaruh LGBT
(lesbian, gay, biseksual dan transgender), penagihan dadah dan alkohol dalam kalangan remaja
dan kanak-kanak.

Percanggahan pendapat seringkali berlaku di antara golongan dewasa dengan remaja. Masing-
masing dilihat tidak dapat bertolak ansur di antara satu sama lain sehingga mencetuskan
perselisihan faham yang membawa kepada perasaan benci, dendam dan marah. Hal ini kerana
remaja yang bersifat ingin mengetahui sentiasa mempersoalkan siapa betul dan siapa salah yang
seringkali menjadi tanda tanya oleh golongan remaja. Seterusnya, golongan remaja sentiasa
menagih kebebasan dalam membuat keputusan serta menginginkan pandangan dan pendapat
mereka diterima sebagai insan yang sudah matang dalam menentukan perancangan masa hadapan
sekaligus menerima mereka sebagai sebahagian daripada golongan dewasa yang dihormati dan
diterima dalam komuniti. Namun begitu, remaja pada peringkat awalnya tidak mempunyai
kekuatan mental dalam menyelesaikan masalah dan sering lari daripada menerima kenyataan.
Remaja semakin mengalami tekanan hidup kerana isu-isu yang seringkali dibangkitkan oleh
masyarakat. Akhirnya, akibat daripada tekanan yang sering ditolak oleh masyarakat dan
persekitaran, mereka menterjemahkan tekanan itu ke dalam bentuk tingkahlaku. Tingkahlaku
remaja khususnya semakin mencabar dengan pelbagai masalah di dalam negara.

Salahlaku dalam kalangan remaja dilihat semakin serius sehingga mengakibatkan anak-anak
remaja hilang pertimbangan dalam membuat keputusan, menerima pendapat dan pandangan orang
lain malah menunjukkan sikap-sikap negatif kepada masyarakat umum. Sekiranya masalah ini
tidak diatasi dengan segera, ia semakin sukar untuk diubati. Semua pihak haruslah bekerjasama
untuk mengatasi gejala sosial ini. Ibu bapa khususnya memainkan peranan yang sangat penting
kerana mereka merupakan tulang belakang kepada kemajuan dan perkembangan sosial anak-anak
serta pencorak kepada pembangunan sahsiah diri yang baik supaya anak-anak menjadi remaja

20

yang mampu menyumbang pandangan, pendapat, tenaga kerja dan pembangunan dalam kemajuan
negara. Justeru itu, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mencari solusi terbaik untuk
memastikan tunjang harapan dan pembentukan negara yang stabil dan maju mengikut acuan
negara akan tercapai dengan mengimplementasikan remaja yang kuat dan mempunyai jati diri
yang mampan.

b) Nilai-nilai positif yang perlu dihayati oleh remaja

▪ Kasih sayang dan sokongan sosial

1. Kasih sayang yang diberikan oleh ibubapa tidak disalahgunakan.
2. Rakan sebaya yang boleh dipercayai dan dapat membimbing ke arah jalan yang baik.
3. Guru yang sentiasa mendidik dan menanamkan nilai-nilai moral di sekolah.
4. Masyarakat yang prihatin terhadap tingkahlaku remaja

▪ Mengamalkan gaya hidup sihat.

1. Tidur yang sentiasa cukup.
2. Menjaga kebersihan diri.
3. Mengamalkan pemakanan yang seimbang.
4. Bersenam atau bersukan.
5. Menghindari perilaku yang tidak berfaedah.

▪ Kekuatan Displin Diri

1. Mengetahui dengan tepat apa yang diingini oleh remaja.
2. Berani menempuh dugaan.
3. Mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
4. Mematuhi undang-undang sekolah/kolej.

▪ Yakin Boleh

1. Bijak menggunakan pengalaman dan kebolehan yang ada.
2. Merancang masa depan dengan penuh yakin.
3. Pintar dalam membuat pertimbangan.
4. Boleh membuat keputusan sendiri dan menerima idea baru dengan bijak.

▪ Hubungan komunikasi yang baik

1. Sentiasa berbincang dengan ibubapa dan orang yang boleh dipercayai sekiranya
menghadapi masalah.

2. Bertukar-tukar fikiran dan pengalaman.
3. Sentiasa membina hubungan atau komunikasi yang harmonis di antara anggota keluarga.

21

Ciri-ciri utama inisiatif peribadi;
1. Menetapkan tujuan utama yang pasti.
2. Motivasi untuk bertindak terus menerus dalam mengejar tujuan tersebut.
3. Kemampuan mempercayai diri sendiri.
4. Disiplin peribadi.
5. Membuat keputusan dengan cepat, teliti dan pasti.
6. Bersikap positif sentiasa.
7. Kemampuan menerapkan keyakinan dalam diri.

22

5.0 Patriotisme

5.1 Pengertian Dan Kepentingan Patriotisme

a) Maksud, Kepentingan Serta Cara-cara Menghayati Patriotisme

Patriotisme merupakan semangat taat setia dan cinta kepada negara. Perkara ini melibatkan
pembinaan semangat jati diri, bakti kepada tanah air dan bangsa, sedia berkorban dan
mempunyai semangat perjuangan yang tinggi untuk menegakkan kebenaran serta
mempertahankan negara. Semangat patriotisme boleh menjadi asas bagi membina masa depan
bangsa Malaysia serta memahami kepentingan kaum, etnik dan budaya kaum.

Oleh itu, patriotisme bolehlah ditakrifkan sebagai semangat perjuangan dan pengorbanan
yang berasaskan nilai-nilai cinta, kasih, sayang, kesetiaan, kebanggaan, keikhlasan,
kesanggupan, kesungguhan dan komitmen seseorang manusia kepada agama, bangsa dan
negaranya.

Kepentingan Patriotisme

Patriotisme adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman.
Semangatperjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan
kesetiaan kepada nusa dan bangsa. Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap
kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen seseorang insan
untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan
bangsanya. Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti, kredibiliti,
kepentingan, kemajuan, kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian, perpaduan,
ketenteraman, keamanan dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggu gugat oleh
sesiapa.

Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada tindakan atau perjuangan
seseorang yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa. Patriotisme membabitkan
minda, sanubari dan naluri. Ia juga membabitkan roh dan jiwa, semangat dan keinsafan, serta
cinta, kasih dan sayang. Pada zaman silam, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan
menerusi kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya,
untuk berjuang menentang penjajah atau memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya. Pada
zaman mutakhir, patriotisme Malaysia dimanifestasikan menerusi kepemimpinan yang berjiwa
rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara untuk mencapai taraf dunia dan sentiasa
memperjuangkan keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah. Patriotisme penting kepada
Malaysia. Ia menjadi satu daripada prasyarat pembentukan bangsa dan pengukuhan ketahanan
nasional. Menerusi patriotisme, bangsa dan negara Malaysia boleh terhindar dari pancaroba,
agamanya terus mulia, jati dirinya tetap unggul, budayanya mantap, politiknya bebas dari
pengaruh universalisme, perpaduannya teguh, semangat juangnya pukal, dan masa depannya terus
cerah.

Pendek kata, dalam konteks suasana hari ini, patriotisme Malaysia boleh menjadi senjata
utama untuk menangkis seluruh elemen dalaman dan luaran yang boleh mengancam agama,
melumpuhkan bangsa dan meruntuhkan negara. Lantaran itulah patriotisme Malaysia perlu

23

mencakupi seluruh aspek perjuangan individu, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Selain itu kepentingannya ialah untuk menjadikan bangsa Malaysia bersedia untuk berjuang,
berkorban dan bertempur di seluruh medan kehidupan, termasuk bidang-bidang kritikal seperti
keilmuan, keagamaan, ekonomi, perdagangan, dan diplomasi antarabangsa. Ini kerana musuh
bangsa Malaysia pada hari muka bukan dalam bentuk ketenteraan tetapi akan menjelma dalam
pelbagai bentuk dan rupa seperti dalam bentuk peperangan ekonomi, manipulasi pasaran dan
pengaruh ideologi.

Di samping itu, kepentingan patriotisme juga ialah mewujudkan prinsip-prinsip perjuangan
dan pengorbanan, kewajipan dan tanggungjawab, komitmen dan dedikasi, kesungguhan dan
kesukarelaan, keberanian dan keperkasaan. Penerapan dan penyuburan patriotisme Malaysia
mencakupi aspek kepintaran dan kebijaksanaan, konsistensi dan kesinambungan, kesetiakawanan
dan kesetianegaraan, perpaduan dan keharmonian, disiplin dan undang-undang.

Patriotisme juga penting untuk meningkatkan kredibiliti dan integriti, kreativiti dan
produktiviti, ilmu dan pengetahuan, kemajuan dan kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan,
kemerdekaan dan kedaulatan. Lantaran itu, pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program
penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme dan pengukuhan ketahanan nasional di
negara ini perlulah lebih terancang, fokus dan menyeluruh.

Oleh itu, penyemarakan patriotisme Malaysia hendaklah dilaksanakan menerusi proses
pendidikan serta penguasaan ilmu dan pengetahuan yang perlu didukungi oleh seluruh bangsa
Malaysia. Hakikatnya demikian kerana patriotisme Malaysia bukan sekadar tindakan
mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan ataupun sekadar
menyanyikan Lagu Kebangsaan, mengikrarkan Rukunegara atau mengetahui cabaran-cabaran
Wawasan 2020. Yang penting bangsa Malaysia perlu dituntut memahami, menghayati dan
mengamalkan kebijaksanaan silam bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung; biar
putih tulang, jangan putih mata; kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa jadi gantinya, bila
musuh datang melanda, patriotisme Malaysia jadi penangkisnya.

Cara-cara menghayati semangat Patriotisme

Antara cara-cara menghayati semangat patriotisme di kalangan rakyat Malayasia ialah ibu
bapa hendaklah memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari
anak-anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara
kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi
contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera
bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara.

Kini semangat patriotik dalam kalangan remaja semakin terhakis jadi terdapat beberapa cara
untuk memupuk semangat patriotik ini.Antaranya ialah kita mestilah memberikan penekanan
tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah rendah lagi kerana murid-murid
yang akan masuk ke zaman remaja lebih senang diajar berbanding remaja kini. Bukan setakat itu
saja,kita mestilah memasukkan nilai-nilai patriotik dalam pembelajaran mereka juga.

24

Selain itu, kita hendaklah membuat kempen secara besar-besaran melalui media
massa.Aktiviti yang sesuai diadakan ketika berada di kempen itu ialah membuat pertandingan
nyanyian lagu-lagu patriotik,membuat pertandingan esei sejarah tentang sejarah tokoh-tokoh melayu
zaman dahulu kala dan membuat pertandngan teka-teki tentang biodata tokoh-tokoh negara
kita.Dengan ini ia menggalakan remaja-remaja di luar sana boleh menyertai kempen tersebut. Jadi
mengadakan kempen juga dapat memupuk semangat patriotik di kalangan remaja.

Disamping itu , generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah.
Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat perjuangan
untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Misalnya, kunjungan ke tempat-tempat
yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah negara
ketika dijajah oleh Portugis,Belanda dan Inggeris.

Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu “Negara
” untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara.Pihak -pihak yang tertentu seperti Persatuan
Sejarah Malaysia hendaklah menganjurkan pertandingan menulis esei bertemakan semangat
patriotik dalam kalangan pelajar dan generasi muda. Peraduan seperti ini akan memberi kesempatan
kepada golongan muda untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah yang banyak dalam akhbar-
akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak langsung akan mencelikkan mereka
kepada sejarah perjuangan generasi silam demi kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah.

Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta
akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya
sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk
memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam
kalangan masyarakat.

25

5.2 Rukun Negara

Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31
Ogos 1970 sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 13. perinsip-perinsip yang
terkandung di dalam Rukun Negara jelas menunjukkan kunci kepada msyarakat berbilang kaum
di negara ini untuk memelihara dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum
demikejayaan dan kestabilan Malaysia.

a) Menghuraikan 5 Prinsip Rukun Negara

i) Matlamat Rukun Negara

• mengukuhkan perpaduan.
• memelihara corak hidup demokratik.
• mencipta sebuah masyarakat yang adil.
• menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.
• membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

ii) Prinsip-prinsip Rukun Negara

a) Kepercayaan kepada Tuhan

• agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.
• rakyat yang beragama mudah diurus.
• perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -

diamalkan.

b) Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

• semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.
• Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan

ketua
• Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
• penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

c) Keluhuran Perlembagaan

• perlembagaan merupakan undang-undang utama
• perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul
• rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan

mempertahankannya.

26

d) Kedaulatan Undang-Undang

• rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan
kesalahan di sisi undang-undang.

• rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang
terpelihara.

• rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa
didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

e) Kesopanan Dan Kesusilaan

• rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.

• ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang

individu

• amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan

saling menghormati

27

BIBLIOGRAFI

1. Abd Rahim Abd Rashid, 2001, Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan,
Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru, K.L. , Utusan Publications.

2. Abdul Rahman Md. Aroff, 1999, Pendidikan MORAL Teori Etika dan Amalan
Moral. Serdang : UPM

3. Akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia.
4. Akhbar-akhbar tempatan
5. Buku Rasmi Tahunan; Malaysia 2005, Jabatan Penerangan Malaysia
6. Eow Boon Hinm, 2000, Pendidikan Moral, Longman
7. Ibrahim Mmat,2001, Etika Untuk Mahasiswa, K.L. ,Kumpulan Budiman.
8. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia , 1994, Citra Karya

Falsafah, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Jabatan Hal Ehwal
Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
9. Kertas Kerja Konvensyen Memerangi Gejala Sosial Dalam Era Dunia Tanpa
Sempadan, 2004, K.L., Anjuran: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat.
10. Mardiana, Hasnah; Pengajian Malaysia, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
11. Nazirmuddin Ahmad dan rakan-rakan, 2005, Pengantar ETIKA (Edisi ketiga)
K.L., Pustaka Salam.
12. PTK Kompetensi Umum (Teras dan Profesional),2004, Sidang Pengarang,
Kumpulan Budiman.
13. Siti Taniza Toha, Cabaran Mendidik Remaja; Alam Remaja dan Bimbingan
Kerjaya (Bahagian Sumber Manusia Cawangan Kaunseling dan Keutuhan,
Kementerian Pendidikan Malaysia).
14. Sufean Hussin, 1995, Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum, Shah Alam : Fajar
Bakti
15. Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Bahagian Matrikulasi KPM.
16. Wong Khek Seng, Raminah Hj.Sabran, Kok Meng Kee; Pengajian Am STPM
(2005-2007), Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

17. http://www.darulnuman.com/index.shtml.
18.http://members tripod.com/~DarulUlum/TH28.htm. www.1Malaysia.com.my
19. http://thipasha.blogspot.com/
20. https://www.slideshare.net/wakanuk/konsep-masyarakat-majmuk

28


Click to View FlipBook Version