The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by humairrahys, 2021-12-22 08:36:01

kerja kursus geografi amalan kitar semula di kawasan Bandar Baru Uda jb

amalan kitar semula di kawasan Bandar Baru Uda jb

Amalan Kitar
Semula di

kawasan Bandar
Baru Uda

KELAS : 3 MUMTAZ
NAMA GURU : PN. HANIFAH

DI SEDIAKAN OLEH :
NURHUMAIRAH BT YUSYANTO

ISI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN M/S 1
2. PENDAHULUAN M/S 2
3. OBJEKTIF KAJIAN M/S 3
4. KAEDAH KAJIAN M/S 4
5. HASIL KAJIAN M/S 6
6. RUMUSAN M/S 7
7. SUMBER RUJUKAN
8. LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ucapan kepada pengetua
Sekolah Menengah Sultan Ismail , Tuan Razali bin
Tamadi kerana telah membenarkan kami
menjalankan kajian ini sehingga selesai. Selain
itu,ribuan terima kasih saya ucapkan kepada guru
geografi saya iaitu Puan Hanifah binti Jamaluddin
kerana tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam
menjalankan kerja kursus Geografi ini.

Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada
ibubapa saya yang sentiasa memberi tunjuk ajar
bantuan dan galakkan sepanjang menjalani kerja
kursus ini. Kemudian, terima kasih juga kepada
rakan-rakan saya yang sentiasa memberi kerjasama
dalam menjalankan kerja kursus ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua
penduduk Bandar Baru Uda yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung atas
kerjasama yang diberikan .

PENDAHULUAN

Kerja kursus ini merupakan tugasan wajib seperti yang
diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian.

Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya adalah Amalan Kitar
Semula dan saya Nurhumairah bt yusyanto iaitu pelajar
tingkatan 3 Mumtaz dari Sekolah Menengah sultan ismail telah
menjalankan kerja kursus ini di kawasan Jalan Padi Malinja,
Bandar Baru Uda.

Antara sebab utama saya memilih kawasan ini sebagai
kawasan kajian kerana ia merupakan tempat tinggal saya dan
berdekatan dengan sekolah. Ini akan memudahkan urusan saya
untuk membuat kajiankerana berhampiran dengan rumah saya.
Selain itu, saya juga mahir dengan kawasan ini justeru
memudahkan saya mendapat data-data yang berguna untuk
direkodkan dalam kerja kursus saya.

Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya
gunakan dengan sebaiknya dari hari pertama sehingga
hari kerja kursus ini disiapkan. Sepanjang saya melakukan kajian
ini, saya telah menemu bual beberapa orang responden
bertujuan untuk mendapatkan data-data yang tepat.

OBJEKTIF KAJIAN

i) Menghuraikan konsep kitar semula
ii) Menjelaskan jenis2 kitar semula
iii) Mengkaji dan menghuraikan kesan amalan kitar semula di
kawasan Bandar Baru Uda,Johor Bahru.
iv) Mencadangkan dan menghuraikan pengurusan kitar semula
secara terancang di kawasan Bandar Baru Uda.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan tiga jenis kaedah untuk mengumpul
maklumat yang diperlukan bagi melengkapkan kajian saya.
Kaedah tersebut adalah seperti berikut:

1. Kaedah Pemerhatian
Saya telah pergi ke kawasan kajian Jalan Padi Malinja, Bandar
Baru Uda untuk mendapatkan maklumat seperti amalan kitar
semula yang digunakan oleh penduduk dan sama ada
penduduk mengamalkan amalan kitar semula ataupun tidak.
Saya juga telah mengambil beberapa gambar untuk dijadikan
sebagai bukti. Selain itu, saya telah pergi ke Masjid Jamek
Bandar Baru Uda yang dikenali juga sebagai pusat kitar
semula.

2. Kaedah temu bual
Saya telah menemu bual 1 orang responden di kawasan kajian
untuk mendapatkan maklumat tentang amalan kitar semula
yang dilakukan oleh penduduk setempat. Saya juga
mengemukakan soalan tentang kesan yang berlaku sekiranya
amalan kitar semula tidak dilakukan di kawasan perumahan
Bandar Baru Uda serta cadangan untuk mengatasi kesan
tersebut. Puan Linda telah memberikan maklumat yang baik
dan tepat apabila di temu bual .

e

3. Kaedah Soal Selidik
Saya telah menyebarkan 15 helai borang soal selidik yang
berkaitan dengan kitar semula di kawasan Jalan Padi Malinja,
Bandar Baru Uda kepada 15 orang warga kawasan ini.

4. Kaedah Rujukan
Saya telah membuat rujukan daripada Buku Teks Kssm
Tingkatan 3 Geografi tentang maksud dan kepentingan kitar
semula. Seterusnya, saya juga telah melayari internet untuk
mendapatkan latar belakang dan maklumat tentang Pusat
Kitar Semula Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

e

HASIL KAJIAN

Daripada kajian yang telah dijalankan oleh saya melalui
pelbagai kaedah dengan objektif kajian, maka hasil kajian
dapat dirumuskan dengan pelbagai sudut. Antaranya :
KONSEP KITAR SEMULA
Kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa
pepejal dan mengguna semula barang-barang terpakai dan
terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna.
Amalan kitar semula barang-barang terpakai diperkenalkan
dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber,
memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan
pencemaran dan mengurangkan pembaziran. Antara barang
yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi,
aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca boleh
digunakan semula setelah melalui proses pembersihan
dilakukan.

Daripada borang soal selidik yang telah di berikan kepada
beberapa orang penduduk telah di terjemahkan melalui
Carta Pie dalam Rajah di sebelah menunjukkan 82%
penduduk mengamalkan amalan kitar semula ini dalam
kehidupan seharian mereka. Manakala 18% daripadanya tidak
bersetuju. Sama halnya juga dengan hasil kajian melalui sesi
temu bual bersama Puan Linda Binti Ahmad yang secara
kesimpulannya menyatakan bahawa mengamalkan Amalan
Kitar Semula ini adalah amat penting dalam kehidupan dan
menjamin kesihatan kawasan sekitar.

e

Carta Pie menunjukkan peratus penduduk mengamalkan atau
tidak mengamalkan amalan kitar semula.

e

JENIS-JENIS KITAR SEMULA
Mengikut sumber borang soal selidik yang telah diedarkan
dan diterjemahkan oleh graf bar di sebelah, didapati bahawa
hanya 15% penduduk Jalan Padi Malinja, mengamalkan
amalan 3R REDUCE (kurangkan). Seterusnya, 18%
daripadanya mengamalkan amalan kitar semula REUSE (guna
semula) manakala 22% penduduk kawasan tersebut
mengamalkan amalan kitar semula RECYCLE (kitar semula).
Seterusnya saya juga telah pergi ke Masjid Jamek Bandar
Baru Uda yang dikenali sebagai pusat kitar semula kawasan
perumahan tersebut. Dengan ini, penduduk secara tidak
langsung dapat membantu orang yang memerlukan dengan
''reuse'' dan ''recycle'' barangan seperti baju-baju yang sudah
tidak digunakan lagi. Ini dapat memudahkan penduduk
kerana tidak perlu pergi jauh untuk kitar semula barangan
mereka.

Begitu juga yang dikatakan oleh Puan Amanda binti Ahmad
sewaktu saya menemubual beliau selaku jemaah masjid dan
penduduk kawasan tersebut. ''Ia juga menjimatkan masa dan
memberi faedah kepada semua orang '' kata beliau lagi.

e

Graf Bar menunjukkan tentang peratus jenis-jenis kitar semula
yang digunakan oleh penduduk kawasan Jalan Padi Malinja,
Bandar Baru Uda.

e

KESAN AMALAN KITAR SEMULA

Dengan merujuk kepada Gambar yang disertakan dalam Lampiran, kitar
semula adalah amat penting dalam mewujudkan suasana kehidupan sihat,
bersih dan selesa untuk dihuni oleh penduduk. Ini juga dapat
menggurangkan longgokan bahan buangan di dalam tong sampah , lori
atau tapak pelupusan sampah. Pekerja juga tidak perlu memungut sampah
dengan terlalu kerap dan usaha pembersihan akan menjadi lebih mudah.
Malah, kos penyelenggaraan tapak pelupusan sampah juga akan semakin
minimum dan menjimatkan duit kerajaan .

Selain itu, pencemaran udara dan pencemaran bau akan kurang apabila
penduduk bersepakat untuk mengurus sisa buangan dengan sistematik .
Oleh itu, kawasan perjiranan menjadi aman dan damai kerana tiada
pertelingkahan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan
rumah hijau melalui proses kitar semula yang dilakukan di kawasan
perumahan ini.
Akhir sekali, pada sesi temu bual, puan amanda mengatakan bahawa ada
juga penduduk yang dapat meraih pendapatan dengan menghasilkan baja
kompos menggunakan sisa sisa makanan , perkara ini secara tidak
langsung mendapat manfaat bukan sahaja alam sekitar tetapi penduduk
kawasan tersebut juga.

e

Cadangan pengurusan kitar semula secara terancang di Kawasan
Bandar Baru Uda.
Berdasarkan borang soal selidik, didapati beberapa responden menjawab dengan
idea yang baik . Contohnya, mengambil cukai untuk bahan buangan yang sukar
untuk hancur seperti plastik makanan, beg plastik,bateri, botol air dan lain-lain
lagi. Ini dapat membuatkan penduduk berfikir untuk mengitar semula barangan
tersebut daripada membuangnya.

Selain itu, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak lagi tong kitar semula
mengikut kategori supaya memudahkan penduduk kawasan tersebut mengitar
semula barangan tanpa menundanya kerana jauh. Ia juga akan memberikan
kemudahan kepada orang ramai untuk mengasingkan sisa pepejal mengikut
kategori.
Akhir sekali, kerajaan perlu mengadakan kempen kitar semula . Program ini dapat
memberikan kesedaran kepada penduduk bhawa Kitar Semula bukan sahaja
penting kepada alam sekitar malah kepada kawasan kejiranan dan diri kita sendiri.

e

RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan Kerja
kursus mata pelajaran Geografi ini dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Ketika menjalankan Kerja Lapangan ini, banyak
pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Secara keseluruhannya,
kajian yang dijalankan ini telah mencapai keseluruhan objektif kajian. Daripada
kajian melalui kaedah soal selidik dan sesi temu bual,saya mendapati Amalan Kita
Semula bahan terpakai ini adalah amat penting dan memberi kesan yang besar
dalam kenghidupan seharian penduduk.
Semasa menjalankan kerja kursus ini, saya telah mengetahui konsep kitar semula
bahan-bahan terpakai. Salah satunya adalah kitar semula ini dapat mengelakkan
pencemaran alam sekitar. Selain itu, saya juga dapat mengetahui jenis-jenis bahan
kitar semula dan amalan kitar semula. Sebagai contoh jenis barang kitar semula
ialah kertas daripada buku, majalah dan surat khabar lama.
Setelah selesai kajian ini saya juga dapat mengetahui masalah yang
dihadapi oleh penduduk Jalan Padi Malinja Bandar Baru Uda. Beberapa
langkah dapat diambil seperti dapat mengatasi masalah kebersihan dan
pembuangan bahan terbuang di merata tempat. Semua penduduk perlu
mempunyai sikap bertanggungjawab dan bekerjasama untuk sama-sama menjaga
bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan melalui pembuangan bahan
terbuang merata tempat.
Pada keseluruhannya, kitar semula mempunyai banyak faedah kepada alam
sekitar. Kitar semula akan mengurangkan penggunaan sumber semula jadi,
mengurangkan pemindahan komuniti dan hidupan liar.

e

RUJUKAN

LAMAN SESAWANG
https://cariblogger.com/kebaikan-kitar-semula/
https://foursquare.com/v/pusat-kitar-semula-masjid-jamek-bandar-baru-
uda/4f49af4ee4b0922ac6856511
BUKU
buku teks kssm geografi tingkatan 3, Ahmad Riduan bin Abd Rahman, IMS BOOKS
TRANDING SDN.BHD. 2018
ORANG SUMBER
PUAN LINDA BINTI AHMAD

e

LAMPIRAN

TEMUBUAL
Saya : Assalammualaikum, Puan LInda. Terima kasih
kerana sudi untuk meluangkan sedikit waktu untuk
ditemubual.
Puan Amanda : Waalaikummusalam, humairah. Tiada
masalah.
Saya : Apakah pandangan puan tentang
amalan kitar semula di kawasan perumahan ?
Puan Amanda : Amalan kitar semula ini amat penting
dan memberikan banyak manfaat bukan sahaja untuk
manusia malah untuk persekitaran. Ia juga dapat
menjamin kesihatan diri kerana tiadanya longgokkan
sampah berlaku yang boleh mengakibatkan penyakit
berjangkit .
Saya : Ya, saya amat bersetuju. Seterusnya, adakah
ouan mengamalkan konsep amalan 3R ?
Puan Amanda : Ya, saya mengamalkannya. Dengan
adanya pusat kitar semula di Masjid Jamek Bandar
Baru Uda, ia dapat menjimatkan masa dan memberi
faedah kepada semua orang untuk melakukan amalan
kitar semula tanpa perlu pergi ke luar kawasan . Ada
juga penduduk yang dapat meraih pendapatan
dengan menghasilkan baja kompos menggunakan sisa
sisa makanan dan gunakan semula botol plastik
sebagai pasu bunga.

Saya : Wah, itu sungguh menarik dan mengagumkan.
Baiklah soalan terakhir, pada pandangan Puan
Amanda sebagai penduduk, cadangan usaha-
usaha untuk meningkatkan amalan kitar
semula dalam kalangan masyarakat di sekitar
kawasan Bandar Baru Uda.
Puan Linda : Saya mencadangkan bahawa kerajaan
atau pihak berkuasa melakukan kempen amalan kitar
semula agar penduduk menyadari betapa pentingnya
amalan ini . Selain itu juga , pihak yang berkuasa perlu
menambahkan tong kitar semula di kawasan tertentu
agar penduduk bersemangat untuk mengasingkan sisa
sampah.
Saya : Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Sampai
sini sahaja dulu sesi temubual kita, semoga hari Puan
menyenangkan .
Puan Linda : Sama-sama .










Click to View FlipBook Version