The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AZHAR AHMAD PPD SPS, 2023-10-24 00:16:34

Pembelajaran

BUKU BARU

“ Mengecapi Kecemerlangan Melalui Transformasi Pendidikan “


"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"


"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"


Kompetensi Guru Kemenjadian Murid Guru Cemerlang Pelantar Pembelajaran SISC+ Menyelaras, melaksanakan aktiviti pembangunan akademik dan mengenal pasti kompetensi serta keperluan latihan berdasarkan bidang kepada pegawai dan kakitangan sokongan yang berkaitan. Memantau, menilai pencapaian akademik serta perlaksanaan langkahlangkah pemulihan dan penambahbaikan Menggembleng guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing. Menyediakan pelantar pembelajaran pembangunan multimedia dan pengurusan pusat sumber pendidikan dalam perlaksanaan kurikulum sekolah dari aspek teknologi pendidikan. Memantau prestasi SISC+ berdasarkan maklum balas daripada pemimpin sekolah mengenai keberkesanan sokongan kejurulatihan bagi subjek. Deskripsi Tugas "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"


Program KPM Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) Jawi Quran Arab Fardhu Ain (j-QAF) Program Pendidikan Inklusif (PPI) Program Transisi Tahun 1 (PTTS 2.0) Dual Language Programme (DLP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


Pegawai Sektor Pembelajaran Timbalan PPD Sektor Pembelajaran Md. Radzi Bin Abdullah Unit Pengupayaan Pembangunan Akademik Sekolah Unit Pendidikan Islam Muhd Fitri Bin Harun Suhaimi Bin Sulaiman Unit Pendidikan Khas Zulkifley Bin Saad Shafirah Binti Abdul Hamid Unit Pemulihan Khas Maizani @ Muzaini Binti Md Isa Jamalluddin Bin Ismail Unit Sumber Teknologi Pendidikan Mohd Fahmi Bin Arshad Azhar Bin Ahmad SISC+ Bahasa Salasiah Binti Md Yusof SISC+ Matematik & Sains Masyany Binti Musa Shamsidda Binti Mohamat Nor @ Zainal SISC+ Sains Sosial Sabariah Binti Samsudin M. Vicneswary A/P N. Muthusamy SISC+ TVET Noor Adibah Binti Tajuddin Ahmad Fauzi Bin Ariffin


Mulai 2023


DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3 M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran; bukannya faktor kognitif. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. ” ( Bahagian Pendidikan Khas KPM, 2001) DEFINISI Murid pemulihan ialah murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. ( Pusat perkembangan Kurikulum , 1984 ) MURID PEMULIHAN KHAS


MATLAMAT PEMULIHAN KHAS Memastikan semua murid menguasai kemahiran asas 3 M OBJEKTIF PEMULIHAN KHAS Setelah mengikuti program ini murid dapat: 1. Menguasai kemahiran asas 3 M 2. Meneruskan pembelajaran di kelas biasa 3. Membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran. STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 1. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas - pencalonan murid - saringan 2. Kenal pasti masalah murid – ujian diagnostik 3. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai : Pengajaran secara kumpulan / berpasangan / individu 4. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai. 5. Menjalankan aktiviti pengukuhan/ latih tubi 6. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.


KEISTIMEWAAN Pengecualian bayaran asrama Elaun Murid Khas RM 150 sebulan Lanjutan tempoh belajar selama 2 tahun Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Bantuan sokongan dan tambahan masa ketika menduduki peperiksaan awam Perkhidmatan sokongan professional di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Elaun Pekerja Cacat (EPC) bagi individu berumur 16 tahun ke atas sebanyak RM400


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BIL DOKUMEN 1 JADUAL KETIGA (Permohonan bertukar sekolah) 2 BORANG PENDAFTARAN KANAK-KANAK KURANG UPAYA 3 SIJIL KELAHIRAN 4 KAD OKU 5 MYKID 6 KAD PENGENALAN IBU 7 KAD PENGENALAN BAPA 8 SIJIL PERKAHWINAN / SIJIL CERAI 9 DUA KEPING GAMBAR Terdapat 12 buah sekolah yang ada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di daerah Seberang Perai Selatan SEKOLAH MENENGAH • SMK JAWI • SMK SAUJANA INDAH • SMK TASEK • SMK SUNGAI ACHEH • SMK BATU KAWAN SEKOLAH RENDAH • SK BUKIT TAMBUN • SK SUNGAI BAKAP • SK BANDAR TASEK MUTIARA • SK SERI SENTOSA • SK SUNGAI BAKAU • SK PERMATANG TOK MAHAT • SJKC CHONG KUANG DOKUMEN PERMOHONAN MURID KE PPKI


KEMAHIRAN VOKASIONAL • SMK TASEK – Penyediaan makanan • SMK SAUJANA INDAH – Asas pastri • SMK JAWI – Asas roti • SMK SUNGAI ACHEH – Asas roti


Motto Ilmu, Iman dan amal Visi Pendidikan asas ke arah pembentukan generasi Al-Quran Misi Mengembangkan potensi dan sahsiah murid ke arah pembentukan insan yang cemerlang, berilmu, beriman dan beramal serta berakhlak terpuji Matlamat Pendidikan Islam bertujuan melahirkan generasi celik Al-Quran dan dapat mengembangkan potensi individu yang berilmu, beriman dan beramal serta berakhlak terpuji PROGRAM j-QAF Program j-QAF merupakan usaha memperkasa Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalm pengajaran & pembelajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab, Fardhu ‘Ain. Ia menggunakan kurikulum, model dan modul tersendiri. MODEL-MODEL j-QAF 1. Model Kelas Pemulihan Jawi 2. Model 6 bulan Khatam Al-Quran 3. Model Tasmik Khatam Al-Quran 4. Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi 5. Model Bestari Solat SENARAI SEKOLAH RENDAH YANG ADA PENDIDIKAN ISLAM DI SPS 1. SK Bukit Tambun 2. SK Keledang Jaya 3. SK Nibong Tebal 4. SK Permatang Tok Mahat 5. SK Pulau Aman 6. 6. SK Sungai Acheh 7. SK Sungai Bakap 8. SK Sungai Duri 9. SK Sungai Kechil 10.SK Sungai Setar 11.SK Seri Tasek 12.SK Sungai Bakau 13.SK Jawi 14.SK Seri Sentosa 15.SK Saujana Indah 16.SK Taman Merak 17.SK Batu Kawan 18.SK Tasek Permai 19.SK Bandar Tasek Mutiara 20.SK Bakap Indah 21.SK Methodist SJKC & SJKT 1. SJKC Boon Beng 2. SJKC Chong Kuang 3. SJKC Pai Teik 4. SJKC Keng Koon 5. SJKC Yok Eng 6. SJKC Kg. Jawi 7. SJKC Kampung Valdor 8. SJKT Ladang Byram 9. SJKT Tasek Permai 10.SJKT Sungai Bakap 11.SJKT Ladang Batu Kawan


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE SMK AGAMA SYEIKH ABDULLAH FAHIM Bagi memasuki SMKA, calon mesti sekurang-kurangnya memiliki kelayakan minimum berikut : TINGKATAN SATU 1. Lulus ujian pksk ( Penilaian kemasukan sekolah khas ) 2. Lulus Ujian Hafazan yang dilaksanakan oleh JPNPP/sekolah 3. Boleh membaca Al-Quran 4. Boleh menulis jawi 5. Tahu sembahyang/solat 6. Beragama Islam 7. Pencapaian PBD Pendidikan Islam Tahap 6 8. Sijil Pencapaian jQAF (Sekolah Rendah) 9. Sekurang-kurangnya 6A dalam Peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) 10. Pandai serba sedikit tentang Bahasa Arab 11. Pencapaian Kurikulum yang cemerlang TINGKATAN EMPAT 1. Lulus PT3, sekurang-kurangnya mendapat 4A 2. B dalam Bahasa Arab Komunikasi dan Pendidikan Islam 3. A dan B dalam mata-mata pelajaran lain 4. Berumur 16 tahun atau kurang 5. Dari sekolah SMKA dan SMKA TMUA yang lain


KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN 1. SMK Sungai Acheh -Kelas yang ditawarkan dari Tingkatan 1 – Tingkatan 5 2. SMK Seri Nibong Kelas yang ditawarkan dari Tingkatan 1 – Tingkatan 5 3. SMK Tun Syed Sheh Barakbah Kelas yang ditawarkan dari Tingkatan 1 – Tingkatan 3 MATLAMAT KAA 1) Matlamat KAA adalah untuk melahirkan murid yang menguasai kemahiran membaca al-Quran. Semua murid di KAA dimestikan belajar kemahiran al-Quran. 2) Pada masa ini hanya seorang guru Kemahiran alQuran sahaja diperuntukkan bagi KAA. 3) Kemahiran al-Quran mengandungi bidang pengajian iaitu Tajwid, Tilawah, Tarannum, Ulum al-Quran, Qiraat dan Tafsir. Setiap bidang pengajian diperuntukkan 120 minit seminggu. Jadi seorang guru hanya mampu mengajar 2 kelas sahaja dengan peruntukan maa 1420 minit seminggu. KELAS ALIRAN AGAMA


KRITERIA PEMILIHAN & PROSES KE KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) KRITERIA PEMILIHAN MURID KE KAA 1) Murid tersebut memohon masuk ke KAA dan dipilih oleh pihak sekolah dan dipersetujui oleh pihak JPN; 2) Murid dari kawasan setempat yang mempunyai kelayakan minima PBD tahap 4 ketas, Jabatan Pelajaran Negeri dibenarkan membuat pemilihan mengikut keadaan dan keperluan setempat (syarat kemasukan dilonggarkan sekiranya terdapat kekosongan atau tertakluk kepada negeri berkenaan); 3) Murid-murid tersebut boleh menulis, membaca jawi dan membaca al-Quran dengan baik dan 4) Pemilihan murid juga boleh di buat oleh pihak sekolah berdasarkan Pencapaian Sijil jQAF sekolah rendah dan ujian UPKK kelas Kafa . pemilihan melalui ujian lisan dan bertulis boleh dilakukan. PROSES PEMILIHAN MURID KE KAA 1) Murid-murid yang berminat untuk memasuki KAA boleh mengisi borang yang diedarkan oleh JPN ke sekolah-sekolah; 2) Pemilihan calon-calon murid yang layak oleh Jabatan Pelajaran Negeri; 3) Pemilihan calon-calon murid yang layak juga boleh di buat oleh pihak sekolah berdasarkan ujian yang dilaksanakan. 4) Tawaran kemasukan dikeluarkan kepada murid yang layak oleh Jabatan Pendidikan Negeri. 5) Murid tersebut memohon masuk ke KAA atau SMKA tetapi tidak mendapat tempat di SMKA dan ditawarkan ke KAA atau dipilih oleh pihak sekolah dan dipersetujui oleh pihak JPN.


Melaksanakan aktiviti sumber dan teknologi pendidikan yang dirancang. i. Melaksanakan SOP aktiviti sumber dan teknologi pendidikan. ii. Melaksanakan aktiviti dan teknologi pendidikan yang dirancang di peringkat daerah. iii. Membantu menguruskan dan menyelaras aktiviti dan teknologi pendidikan yang dirancang di peringkat daerah. iv. Membantu mengurus dan meyelaras Program Projek Khas / Inovasi / Program Rintis berkaitan aktiviti sumber dan teknologi pendidikan. v. Menyediakan laporan dan dokumentasi peringkat daerah. vi. Membentang laporan dan dokumentasi peringkat daerah vii. Melaksanakan khidmat bantu dan bimbingan


Memberi khidmat bantu, bimbingan dan kepakaran dalam pengintegrasian teknologi pendidikan dalam PdP 1. Melaksanakan khidmat bimbingan, khidmat nasihat dan khidmat bantu dalam pengintegrasian teknologi pendidikan dalam PdP dan PdT di sekolah. 2. Menyediakan laporan dan dokumentasi khidmat bantu dan bimbingan di peringkat daerah. 3. Membentang laporan dan dokumentasi peringkat daerah.


Memberi khidmat bantu, bimbingan dan kepakaran dalam literasi digital Melaksanakan pengintegrasian teknologi pendidkan dalam PdPc dan PdT. 1. Membimbing guru membina bahan dan menilai hasil guru 2. Membimbing memuatkan dalam portal pembelajaran digital 3. Membantu mempromosi bahan portal pembelajaran digital 4. Menyediakan laporan penghasilan bahan di portal pembelajaran digital.


Melaksanakan program khidmat bantu 1. Memberi khidmat bimbingan, khidmat nasihat dan khidmat bantu dalam literasi digital 2. Menyediakan laporan dan dokumentasi khidmat bantu dan bimbingan di peringkat daerah iii. 3. Membentang laporan dan dokumentasi peringkat daerah Melaksanakan program literasi digital 1. Melaksanakan SOP mengikut keperluan sekolah daerah 2. Menguruskan taklimat dan penjadualan program literasi digital peringkat daerah 3. Melaksanakan program bersesuaian berdasarkan perancangan dan keperluan daerah 4. Membentang dan melaporkan impak keberhasilan program yang telah dilaksanakan


Memberi khidmat bantu dan bimbingan penyediaan dan penerbitan bahan multimedia, audio dan video pendidikan mengikut piawai yang ditetapkan. Memantau dan memberi khidmat sokongan pembangunan Pusat Sumber Sekolah, program galakan membaca dan literasi maklumat. Memberi khidmat bantu dan bimbingan penyediaan bahan multimedia Membantu mengurus penghasilan penyediaan dan penerbitan bahan multimedia mengikut piawai yang ditetapkan Mengumpul dan merekod penerbitan bahan multimedia audio pendidikan


PENGENALAN SISC+ atau School Improvement Specialist Coach adalah salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di bawah program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Peringkat awal pelantikan, pegawai yang dilantik sebagai SISC+ akan ditempatkan di PPD untuk membimbing guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Pada ketika itu, SISC+ hanya akan dilantik untuk tiga mata pelajaran yang dinyatakan sahaja.


Bermula tahun 2020, selepas berlakunya pengstrukturan, SISC+ ditugaskan mengikut bidang masing-masing untuk : •Membimbing dan membangunkan Middle Leaders (ML) daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran •Menganalisis dan melaporkan pencapaian sekolah dalam memantau kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi •Membimbing dan memberi sokongan kepada guru daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian


SENARAI BIDANG SISC+ : 1. Sains Sosial 2 .Bahasa 3. Sains dan Matematik 4. Teknik dan Vokasional (TVET) MATA PELAJARAN BIMBINGAN SISC+ SAINS SOSIAL : SEKOLAH RENDAH : 1. Sejarah 2. Pendidikan Moral 3. Pendidikan Seni Visual 4. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 5. Pendidikan Muzik SEKOLAH MENENGAH : 1. Sejarah 2. Pendidikan Moral 3. Pendidikan Seni Visual 4. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 5. Geografi 6. Kesusasteraan Melayu 7. Sains Sukan


SISC+ UNIT BAHASA •MOLIB MOLIB ialah Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza. Fungsi modul ini sebagai bahan rujukan untuk guru merancang PdP bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik yang berkesan pada Tahap 1 sekolah rendah. Modul ini dibina berasaskan kemahiran yang terkandung dalam DSKP serta mengandungi aktiviti dan bahan yang terbeza berdasarkan pelbagai tahap penguasaan murid. •DIDIK HIBUR Didik Hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi PdP sesuatu subjek lebih menarik dan menyeronokkan murid-murid. •PLC BAHASA MELAYU P. PINANG Sekumpulan guru Bahasa Melayu Daerah Seberang Perai Selatan dari sekolah menengah yang komited dan berkolaboratif secara berterusan untuk meningkatkan kualiti guru dalam merealisasikan kemenjadian murid. Guru berupaya membina PdPc yang berorientasikan peningkatan pencapaian murid ke tahap lebih tinggi


NAMA PROGRAM/AKTIVITI CATATAN RI (Remedial Instruction) Remedial Instruction sudah dipantau dan dilaksanakan untuk 8 sekolah di PPD dari tahun 2022 hingga tahun 2023. Pemantauan dilaksanakan oleh pegawai ELTC dan dibantu oleh SISC+. 2 guru RI kita telah dipilih sebagai JU RI peringkat negeri iaitu dari SJKT Nibong Tebal dan SK Methodist. PRO-ELT (Professional Up-skilling of English Teachers Ujian ini diduduki buat pertama kali tahun ini oleh 27 orang guru BI, PPD SPS dari SR dan SM pada 14hb. Ogos 2023. Untuk ujian ulangan pula, 7 orang guru BI, PPD SPS telah menduduki ujian ini pada 13hb. Oktober 2023. ProFa (Professional Formative Assessment) Seramai 7 orang guru kita terlibat dengan program ini iaitu 2 orang sebagai JU dan 5 orang sebagai peserta. Program ini dilaksanakan pada bulan September yang lepas dan akan dilaksanakan juga di peringkat PPD dalam masa yang terdekat. Finnish Education- Preschool 2 buah Prasekolah di PPD SPS terlibat dengan program ini yang dilaksanakan bersama Encik Petri Finnish dari Finland. Strategi PdP Finnish ada diterapkan dalam program ini.


MOBIM TAHUN 1 Melaksanakan kurikulum dengan peruntukan waktu sedia ada Menggunakan pendekatan inkuiri melalui pengintegrasian kemahiran saintifik dengan pelbagai strategi dan pdp yang menyeronokkan Subjek yang terlibat adalah : Bahasa Melayu ,Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. DLP ( Dual Language Programme ) Program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran. STEM/ STEMec Pendidikan Sains , Teknologi , Kejuruteraan dan Matematik berhasrat melahirkan murid berliterasi STEM yang berupaya untuk mengenalpasti , mengaplikasi dan mengintergrasikan konsep STEM untuk memahami masalah serta menyelesaikan secara kreatif dan inovatif menggunakan pendekatan hands -on KBAT ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ) Tiga elemen utama dalam melaksanakan KBAT Elemen KBAT dalam kurikulum Menyediakan standard KBAT dari Prasekolah ke Tingkatan 5 Pedagogi KBAT yang efektif dalam bilik darjah berdasarkan penggunaan alat berfikir Pentaksiran Tingkatkan % dan kualiti soalan – soalan pentaksiran Menyediakan manual pembina item KBAT.


Click to View FlipBook Version