PENJODOH BILANGAN
TAHUN 3
PENJODOH BILANGAN
TAHUN 3
Latihan
Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang betul.
1. Ana membeli enam _____________ telur dari kedai runcit.
( biji, buah)
2. Pak Cik Karim menebang pokok itu dengan se______________
kapak yang tajam. ( batang, bilah)
3. Pak Leman pulang dari ladang dengan menjunjung
se ____________ kayu api. ( berkas, buku)
4. Mak Tijah memasukkan se__________ garam ke dalam
masakannya. ( cubit, biji)
5. Emak membeli beberapa __________ kain baharu di kedai
kain itu. ( ikat, helai)
6. Beberapa ____________ daun telah gugur di halaman rumah.
( gugus, helai)
7. Ibu menghadiahi abang se_____________ kasut berjenama
Nike sempena hari lahir abang. ( longgok, pasang)
8. Ranjit mengambil beberapa ___________ gambar semasa
lawatannya ke Pulau Langkawi. ( lembar, keping)
9. Syafiq membawa dua ___________roti ke sekolah untuk
dimakan pada waktu rehat. ( kerat, keping)
10. Shasha membuat sulaman itu dengan menggunakan
beberapa _____________ benang emas dan perak. ( helai,
lembar)