Bahasa Melayu
Tahun 3
BUKU TEKS JILID 1,
MS 5
Apa itu simpulan
bahasa
✓ Simpulan bahasa
ialah perkataan yang
terdiri daripada dua
perkataan atau lebih.
✓ Simpulan bahasa
mempunyai maksud
yang berbeza
daripada makna
perkataan yang
membentuk kata
tersebut.
Contoh
❖ dalam tangan
❖ ada bakat
❖ ambil hati
❖ hati waja
❖ besar hati
❖ air muka
❖ buah hati
dalam
tangan
Maksudnya :
sudah tentu dapat
Contoh ayat :
Kejayaan pasti dalam
tangan jika kita berusaha
bersungguh-sungguh.
ada
bakat
Maksudnya :
Mempunyai kebolehan
Contoh ayat :
Zharif ada bakat dalam
melukis dengan cantik.
hati
waja
Maksudnya :
bersemangat
Contoh ayat :
Walaupun Nabila gagal
beberapa kali dalam
peperiksaaan tetapi dia
tetap berhati waja.
ambil
hati
Maksudnya :
membuat sesuatu untuk
menggembirakan orang
Contoh ayat :
Nabila pandai ambil hati
ibunya.
besar
hati
Maksudnya :
gembira
Contoh ayat :
Nenek Siti berasa besar hati
apabila mendapat tahu
cucunya akan pulang ke
kampung.
air
muka
Maksudnya :
riak wajah seseorang
Contoh ayat :
Air muka Azira berubah
apabila guru disiplin masuk
ke kelasnya.
buah
hati
Maksudnya :
Orang yang dikasihi
Contoh ayat :
Nasri jarang dimarahi kerana
dia buah hati ibu dan
ayahnya.
isi
hati
Maksudnya :
perasaan dalam hati
Contoh ayat :
Aiman meluahkan isi hati
kepada ibunya untuk
bekerja di bandar.
cakap
besar
Maksudnya :
meninggi diri, angkuh
Contoh ayat :
Jutawan muda itu suka
bercakap besar tentang
kekayaannya.
ayam
tambatan
Maksudnya :
Orang yang banyak
pengalaman dan menjadi
harapan
Contoh ayat :
Ahmad menjadi ayam
tambatan pasukan bola
sepak sekolahnya kerana
kehandalannya
menjaringkan gol.
ada
hati
Maksudnya :
Ada kemahuan melakukan
atau menyukai sesuatu
Contoh ayat :
Kakak ada hati untuk
membeli kereta baharu.
ambil
berat
Maksudnya :
beri perhatian
Contoh ayat :
Ibu dan ayah sangat
mengambil berat terhadap
prestasi pelajaran kami.
tanda
mata
Maksudnya :
Barang atau hadiah tanda
ingatan
Contoh ayat :
Guru besar telah
menyampaikan tanda
mata kepada perasmi yang
telah merasmikan Hari
Anugerah Cemerlang sekolah.
Salin dalam buku tulis simpulan
bahasa di bawah dalam
bentuk yang paling kreatif.
Kemudian, salin dan lengkapkan
latihan di bawah dalam buku tulis.
TERIMA KASIH