SJKC BATU SEMBILAN CHERAS MODUL PROGRAM MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 2.1: CERITA 《快乐果园》 Topik Cerita 《快乐果园》 Objektif Murid-murid akan memahami tabiat “jadi proaktif”, dan lebih berinisiatif untuk melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat. Bahan Video YouTube 《快乐果园》 https://www.youtube.com/watch?v=i4RdBMAaMFo Masa 60 minit Langkah 1. Suai Kenal 2. Guru menayang video kepada murid. 3. Guru klik ‘pause’ pada 00:30’, dan bertanya: ~ 如果你是小熊,你打算怎样去寻找美味果实? 4. Perbincangan dalam kumpulan dan berkongsi kepada kelas. 5. Teruskan tayangan video. 6. Perbincangan sumbangsaran diadakan dengan menjawab soalan: ~ 你打算怎样主动积极地在新学年里度过快乐的校园生活? 7. Guru membuat kesimpulan. Kesimpulan Saya berinisiatif mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. 我选择积极地想办法解决问题。 Saya bertanggung jawab terhadap diri sendiri. 我对自己负责,做事积极主动。
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 2.2: Melukis dalam kumpulan 分组画画 Topik Mula dengan Matlamat 以终为始 Objektif 1. Murid memahami kepentingan mempunyai perkara / matlamat. 2. Bertindak mengikut matlamat diri sendiri. Bahan Kertas lukisan, pensel warna / krayon Masa 60 minit Langkah 1. Suai Kenal 2. Murid keluarkan pensel warna / krayon. 3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan (5-6 orang dalam satu kumpulan). Satu kumpulan diberi 2 keping kertas lukisan. 4. Guru melukiskan satu garisan pada kertas A. 5. Guru memberi arahan kepada murid untuk menyambungkan garisan secara bergilir-gilir supaya terhasil apa-apa sahaja bentuk yang mereka bayangkan atau fikiran ketika itu. 6. Selepas 10 minit, kertas itu dikembalikan semula kepada guru. 7. Guru melukiskan satu garisan yang sama seperti yang telah dibuat sebelum ini di kertas B. 8. Guru memberi arahan kepada murid supaya menyambungkan garisan secara bergilir-gilir dan membentuk sebuah rumah. Murid boleh berbincang tentang bentuk rumah yang dikehendaki sebelum bermula. 9. Kumpulan yang paling cepat melukis sebuah rumah merupakan pemenang aktiviti itu. 10.Murid membanding bezakan kedua-dua hasil lukisan mereka dalam kumpulan. 11. Guru menerangkan perbezaan cara melukis pada Kertas A dan Kertas B. Guru mendorong murid untuk berbincang dan membezakan perasaan mereka ketika melukis kedua-dua lukisan. 12.Guru menerangkan kepentingan membina matlamat dan mengambil tindakan mengikut matlamat. Kesimpulan Kehidupan dengan matlamat yang jelas adalah lebih teratur.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 2.3: CERITA 《我不想生气》 Topik Cerita 《我不想生气》 Objektif Murid-murid akan memahami tanda-tanda emosi marah dan teknik regulasi emosi marah. Bahan Video YouTube 《我不想生气》 https://www.youtube.com/watch?v=8taQKEzE7fE Lagu 《情绪歌》 https://www.youtube.com/watch?v=LLwDCgvY0Mw Figure 8 Breathing https://www.youtube.com/watch?v=E8saldvreWg&list=PLEGqOX Aa6cvXP8QVUcVk3cA0RsVC78lBx&index=4 Masa 60 minit Langkah 1. Suai Kenal 2. Guru menayang video cerita kepada murid. 3. Perbincangan dalam kelas: ~ Apakah tanda-tanda emosi marah? ~ Apakah cara yang bermanfaat untuk menangani emosi marah 4. Nyanyian bersama 《情绪歌》 5. Guru mencadangkan murid boleh menggunakan Mindful Breathing untuk membantu mereka menenangkan emosi. Tayangan Figure 8 Breathing dan berlatih bersama untuk beberapa kali. Kesimpulan Perasaan marah adalah normal bagi setiap orang, tetapi ia tidak boleh melukakan diri dan orang lain.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 2.4: Batu besar dan guli 大石头 Tajuk Batu besar dan guli Masa 60 minit Objektif/ Tujuan Murid mengatur masa mengikut keutamaan dan keperluan. 把事情优先顺序排好 Bahan Guli/batu kecil, batu besar, pasir, bekas, planner diari / kertas, pensel, video (youtube) https://www.youtube.com/watch?v=6_N_uvq41Pg Langkah 1. Guru menyediakan bahan seperti dalam video. 2. Guru menjemput seorang murid untuk memenuhi bekas tersebut. 3. Guru menerangkan konsep ‘Put First Things First’. 4. Seorang lagi murid dijemput untuk mengisi bekas dengan memasukkan batu besar terdahulu (seperti yang dijalankan dalam video) 5. Guru meminta murid menyenaraikan ‘batu besar’ dalam hidup harian mereka. *Guru boleh menggunakan bahan lain sebagai gantian.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 2.5: Baiknya anda 看见你的好 Topik Baiknya anda 看见你的好 Objektif Murid dapat mewujudkan semangat saling menghormati rakan sebaya dan berfokus kepada kelebihan orang lain. Masa 60 minit Bahan Kertas, selefon tape, pensel Video YouTube: 《看见你的好》 https://www.youtube.com/watch?v=kWcapWzFWtc&t=32s Langkah 1. Guru menayangkan video 《看见你的好》 2. Guru mengajak murid berkongsi perasaannya jika mereka merupakan murid yang dikutuk seperti di dalam cerita itu. 3. Guru menekankan kepentingan bersopan ketika bertutur dan menggalakkan murid berfokus kepada kelebihan orang lain. 4. Permainan ‘Baiknya Anda’ (看见你的好): ● Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan, duduk dalam bulatan. ● Setiap murid ditampalkan sehelai kertas pada belakang mereka ● Setiap murid menulis tentang kelebihan rakannya pada kertas di belakang mereka. Mereka juga digalakkan menulis kata-kata yang menggalakkan. ● Murid membaca kertas pada belakang mereka setelah semua rakan selesai. 5. Guru menjemput beberapa murid untuk berkongsi kelebihan dan kata-kata positif yang diterimanya kepada kelas. 6. Guru bertanya perasaan mereka selepas menerima kata-kata yang positif. Kesimpulan Bercakap dengan sopan supaya kata-kata kita tidak menyinggung perasaan orang.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 2.6: MENYELAMATKAN PUTERI 公主,我们来救你了! Topik Menyelamatkan Puteri 公主,我们来救你了! Objektif Murid dapat mewujudkan semangat saling bekerjasama sesama ahli kumpulan. Masa 60 minit Langkah 1. Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan. 2. Guru memberitahu murid bahawa puteri setiap kumpulan telah ditangkap oleh naga. 3. Ahli kumpulan hendaklah membentuk barisan yang terpanjang untuk menyelamatkan puteri dalam 5 minit. Mereka boleh guna apa-apa sahaja yang mereka ada pada masa ketika itu. 4. Kumpulan yang paling panjang menjadi pemenang. 5. Sesi perbincangan diadakan. ● Apakah cabaran yang dihadapi? ● Apakah perubahan perasaan anda sepanjang aktiviti? ● Apakah sikap kamu yang perlu ada untuk mendapat kejayaan bersama? Kesimpulan Saya suka bekerjasama dengan ahli kumpulan. Saya berusaha menunjukkan kelebihan saya. 我能够与人团队合作,并全力发挥自己的优点。
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS MODUL PROGRAM MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 3
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 3.1 CERITA 《糟糕的一天》 Nama aktiviti Cerita 《糟糕的一天》 Objektif Murid-murid akan memahami tabiat “jadi proaktif” adalah kita yang menentukan perbuatan, sikap dan perasaaan. Bahan Picture book (ppt) Masa 60 minit Langkah-langkah 1. Guru memaparkan cerita 2. Murid-murid menjawab soalan di bawah: a) Pada pendapat anda, perkara mana yang Chee Seng lalui adalah paling teruk? Mengapa? b) Pernahkah anda berasa sangat marah? Bagaimana kamu mengatasinya? c) (kalau kita mengamalkan tabiat “menjadi proaktif”, adakah situasi akan berlainan?) 3. Nyatakan sikap yang patut kita pelajari dalam cerita ini. (menjadi proaktif) Kesimpulan Saya berinisiatif mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. 我选择积极地想办法解决问题。 Saya bertanggung jawab terhadap diri sendiri. 我对自己负责,做事积极主动。
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS (Sambungan) Aktiviti 3.1 CERITA 《糟糕的一天》 内容简介: 对孩子來说,怎樣才算是最糟糕的一天?在這個故事中的志成,无疑的渡过难熬的一 天。志成的铅笔掉在地上,他爬到桌下捡,却被同学戏称为“小蛇”,被取了绰号开 始,一切都不顺心。他偷帮妈妈签名,不但立刻被发现,还被指出写了错字;他偷吃 午餐,竟然吃错了餐盒;他想喝水,卻把水喷到同学身上;他挨隔壁班老師的骂;打 棒球时他的队输了球;读课文时他犯了很明显的错误;更糟的是,当他想起今天当日 生该去浇花,竟然把林老師喜欢的一盆花弄倒了。真是糟糕的一天!…… Cerita: Bagi kanak-kanak , apa yang menjadi hari yang paling teruk? Chee Seng dalam cerita ini , tidak syak lagi menghabiskan hari yang sukar. Pensel Chee Seng jatuh di lantai, dia merangkak di bawah meja untuk mengambil, rakan sekelasnya memberi gelaran "si ular" terhadapnya . Sejak itu, Chee Seng telah melalui hari yang teruk baginya. Dia mendapati ibu lupa menandatangani buku latihannya, jadi dia menolong ibu tandatangan. Malangnya, guru telah tahu kerana dia telah silap menulis nama ibu. Dia makan tengah hari , tetapi silap makan makanan rakannya. Dia mahu minum , namun air disembur rakan sekelas. Dia dimarahi oleh guru kelas sebelah. Pasukannya kalah dalam pertandingan besbol , dia telah silap membaca ayat dalam petikan. Lebih buruk lagi, semasa dia menyiram bunga, dia telah menjatuhkan pasu bunga kesayangan guru. Hari benar-benar buruk baginya......
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 3.2 Melukis gambar dengan mata tertutup Nama aktiviti Melukis gambar dengan mata tertutup Objektif Murid fokus terhadap sasaran sebelum melukis dan mewarnakan. Masa 60 minit Bahan kertas lukisan, pensel warna (murid sendiri sediakan) Langkah-langkah 1) Murid melipatkan kertas lukisan kepada dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B. 2) Murid melukis dengan mata tertutup pada bahagian A sahaja. 3) Murid mengambil pensel warna dengan matanya tertutup tetapi mewarnakan dengan mata terbuka pada bahagian A. 4) Kemudian, murid diminta melukis dan mewarnakan gambar pada bahagian B dengan mata terbuka. 5) Guru perlu mengingati murid-murid fokus terhadap sasaran sebelum melukis dan mewarnakan gambar. 6) Murid membezakan hasil kerja masing-masing antara bahagian A dan bahagian B. Kesimpulan Menjangka hasil sebelum bertindak (行动前先展望结果)
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 3.3: CERITA 《赶走撒谎的小人儿》 Topik Cerita 《赶走撒谎的小人儿》 Objektif Murid-murid dapat berani menghadapi kegagalan atau kesilapan. Bahan Video YouTube 《赶走撒谎的小人儿》 https://www.youtube.com/watch?v=AISDrPlKzJU Rainbow Cat Breathing https://www.youtube.com/watch?v=0xL5j-tqvZs&list=PLEGqOXA a6cvXP8QVUcVk3cA0RsVC78lBx&index=3 Masa 60 minit Langkah 1. Suai Kenal 2. Guru menayang video cerita kepada murid. 3. Perbincangan dalam kelas: ~ Pernahkah anda membuat kesalahan secara tidak sengaja? ~ Apakah perasaan anda jika ia berlaku? ~ Pada pendapat anda, adakah kritikan atau nasihat merupakan kutukan? ~ Apa yang anda boleh lakukan jika anda berbuat kesalahan? 4. Guru mencadangkan murid boleh menggunakan Mindful Breathing untuk membantu mereka menenangkan emosi. Tayangan Rainbow Cat Breathing dan berlatih bersama untuk beberapa kali. Kesimpulan Kesalahan adalah peluang untuk kita memperbaiki kelemahan diri.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 3.4 Kuadran Masa Nama aktiviti Kuadran Masa 时间矩阵 Objektif / Hasil Pembelajaran Murid-murid dapat memahami: Kecekapan rendah (低效能)~ perkara segera didahulukan Kecekapan tinggi (高效能)~ perkara penting didahulukan Masa 60 minit Bahan Kertas mahjong, marker pen, PowerPoint Langkah-langkah 1) Penerangan konsep kuadran masa. 2) Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. 3) Tugasan kumpulan: Murid-murid mengkategorikan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan dalam ppt ke dalam kuadran masa. 4) Persembahan hasil perbincangan. Important 重要 Urgent 紧急 Not urgent 不紧急 Q1 e.g : esok peperiksaan Q2 e.g : latihan Not Important 不重要 Q3 e.g : panggilan telefon yang tidak penting Q4 e.g : menonton televisyen 5) Guru mengambil hasil murid untuk menjelaskan apakah perkara penting yang perlu diuruskan terlebih dahulu. Contohnya menumpukan perhatian dalam perkara Q2. Kesimpulan Murid-murid dapat menumpukan perhatian dalam perkara yang penting Q2 dan mengurangkan perkara-perkara yang tidak penting Q3 dan Q4.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 3.5: Cubalah teka 猜猜猜 Topik Cubalah teka 猜猜猜 Objektif Murid akan bertindak selepas melihat dan mendengar kebenaran. Masa 60 minit Bahan Cerita / ayat Langkah 1. Membahagikan guru kepada 5 kumpulan, berbaris. 2. Setiap murid pertama dalam barisan kumpulan akan mendengar cerita yang guru berikan. 3. Murid tersebut akan memberitahu murid yang kedua pada barisan kumpulannya, dan langkah ini akan diteruskan sehingga ahli kumpulan yang terakhir. 4. Ahli kumpulan terakhir akan membaca dengan kuat tentang cerita yang didengarinya. 5. Guru mengadakan perbincangan kelas. 6. Kesimpulan 1. Kita perlu dengar dan lihat (benda maujud) untuk menentukan kebenarannya. 2. Tidak menyebar maklumat yang didengari tanpa mengenalpasti kebenarannya.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 3.6 Ladang Penternakan Nama aktiviti Ladang Penternakan 找朋友 Objektif Murid-murid dapat mengamalkan sikap Synergize dalam kehidupan harian. Bahan - Masa 60 minit Langkah-langkah 1. Set induksi: Murid memperdengarkan bunyi haiwan (Sama ada guru cari dari Youtube ataupun contoh bunyi haiwan daripada wakil beberapa orang murid) . 2. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan memberitahu mereka bunyi yang mereka hendak keluarkan. (contoh: itik, lembu,kambing,harimau, kucing atau anjing) 3. Murid-murid berdiri berasingan di merata-rata tempat (gelanggang bola keranjang, kawasan lapang, kelas tanpa halangan perabot) 4. Selepas wisel dibunyikan, murid-murid dikehendaki mencari kumpulan haiwan masing-masing dengan membuat bunyi haiwan yang diwakili. Masa yang diberikan ialah 5 minit. 5. Pada akhir permainan, semua murid haruslah dikumpulkan dalam 5 kumpulan mengikut jenis haiwan. Kumpulan yang sudah siap dikehendaki duduk dalam bulatan dengan secepat mungkin. 6. Kumpulan pertama, kedua dan ketiga yang paling cepat mencari rakan-rakannya akan diberi ganjaran oleh guru. Catatan: Guru boleh mengulangi aktiviti jika murid tidak berjaya. Izinkan perbincangan diadakan selepas setiap kali bermain agar murid menghayati perbezaan mengaplikasi strategi dalam permainan. Kesimpulan Synergize adalah sangat penting. Oleh itu, kita haruslah mengamalkan habit ini dalam kehidupan seharian.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS MODUL PROGRAM MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 4
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 4.1 Cerita 《大脚丫跳芭蕾》 Nama aktiviti Cerita 《大脚丫跳芭蕾》 Objektif Murid-murid akan memahami kepentingan ‘proaktif’ dalam mengejar impian. Bahan Power Point, video YouTube Masa 60 minit Langkah-langkah 1. Guru bertanya tentang impian murid. 2. Guru menayangkan video cerita ‘Belinda, The Ballerina’ 3. Perbincangan mengenai kandungan cerita: ~Apakah impian Belinda? ~Apakah cabaran yang dihadapi oleh Belinda? ~Bincangkan perubahan perasaan Belinda dalam cerita. ~Bagaimana anda mendefinisikan ‘kejayaan’? Mengapa? 4. Perbincangan mengenai impian sendiri. ~Apakah cabaran anda dalam mencapai impian anda? ~Bagaimana anda mengharungi cabaran ini? ~Adakah ini membantu? Mengapa? Jika tidak, apakah yang anda ingin lakukan? 5. Guru membimbing murid untuk mengenali kepentingan untuk berubah secara proaktif demi mencapai kejayaan. Guru menekankan perbezaan antara pilihan ‘mengambil inisiatif untuk berubah’ dengan pilihan ‘tidak membuat apa-apa’. Kesimpulan Saya berinisiatif mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. 我选择积极地想办法解决问题。 Saya bertanggung jawab terhadap diri sendiri. 我对自己和团队负责,做事积极主动。 Falsafah Progress is impossible without change. Those who cannot change their mind, cannot change anything.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 4.2 SMART Goal Setting Tajuk SMART Goal Setting + 长大后做什么(ppt/video) Masa 60 minit Objektif Murid dapat mengetahui cara menentukan matlamat. Bahan Powerpoint, video 《长大后做什么》 Langkah 1. Set induksi: Powerpoint / video yang ditayangkan oleh guru. 2. Perbincangan sumbangsaran kepada soalan terakhir yang ditujukan dalam cerita itu. 3. Guru membimbing murid kepentingan Matlamat Kejayaan (Tentukan matlamat. Ada matlamat, baru boleh mencapai kejayaan pada akhirnya.) 4. Tentukan cara untuk mencapai matlamat itu. ( Kemahuan X Tindakan = 100% ) Jika: Kemahuan=100%, Tindakan=100%, maka hasilnya=100% X 100%=100% Jika: Kemahuan=50%, Tindakan=50%, maka hasilnya=50% X 50%=25% 5. Semasa menentukan matlamat, gunakan kaedah SMART. Specific Spesifik 具体的 Measurable Boleh diukur 能够衡量的 Achievable Boleh dicapai 可达成的 Realistic Berdasarkan kemampuan diri 现实的 Time Dalam satu jangka masa 时间限制 6. Contoh: a) Dato’ Lee Chong Wei mempunyai matlamat untuk menjadi johan dalam pertandingan badminton Sukan Olimpik yang akan datang. Maka, beliau memikirkan cara untuk mencapai objektif tersebut seperti berlatih 3 jam sehari, menjaga kesihatan diri, pemakanan yang seimbang dan sebagainya. b) Wei Ming ingin mendapat Gred A dalam Bahasa Malaysia. Jadi dia memikirkan cara untuk mencapai objektif tersebut seperti buat latihan tambahan, tanya guru jika tidak faham dan sebagainya. Kesimpulan Tentukan matlamat untuk mencapai kejayaan 机会永远是留给准备好的人
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 4.3: PERMAINAN 《表情包》 Topik PERMAINAN 《表情包》 Objektif Murid-murid dapat mengenalpasti pelbagai emosi yang berbeza dan berani meluahkan perasaan mereka. Bahan 4 helai kertas bulat, marker pen, 4 Botol, 4 bola pingpong, video YouTube (Rainbow relaxation) https://www.youtube.com/watch?v=IIbBI-BT9c4&list=PLNw7FtQo uczClTo_QfAg9I3vMaJzoPduq&index=2 Contoh aktiviti permainan: https://www.youtube.com/watch?v=2_FsM9EiW8A Masa 60 minit Langkah 1. Induksi : Guru memainkan A-E-I-O-U dengan murid, dimana melaungkan perkataan emosi (gembira, sedih, marah, takut) dan murid perlu menunjukkan mimik muka berkenaan. 2. Guru menjemput 4 murid untuk melukis emoji gembira, sedih, marah dan takut, dan dilekatkan pada botol. 3. Murid mengambil giliran untuk melontar bola ke dalam botol. 4. Murid berkongsi cerita yang berkenaan setelah bola berjaya masuk ke botol emoji. 5. Guru mencadangkan murid boleh menggunakan Mindful Breathing untuk membantu mereka menenangkan emosi. Tayangan Rainbow Relaxation dan berlatih bersama untuk beberapa kali. Kesimpulan Emosi positif dan negatif turut muncul di kehidupan setiap orang. Tidak perlu takut pada emosi negatif.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 4.4 Kuadran Masa Nama aktiviti Kuadran Masa 时间矩阵 Objektif Mengaturkan masa dengan bijak dari segi kehidupan harian dan kerja. memastikan murid-murid mengenali dan mengamalkan tabiat ini dalam harian. Masa 60 minit Bahan Kertas A4, alat tulis Langkah-langkah 1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan. 2. Murid-murid menulis catatan aktiviti harian masing-masing pada kertas. 3. Guru memimpin murid-murid untuk memilih aktiviti yang lebih penting dari catatan mereka. Perkara yang penting ditulis dahulu. 4. Murid-murid diminta melakon semula aktiviti harian mereka. 5. Guru membimbing murid-murid menganalisis dan membezakan perkara yang penting atau kurang penting serta kecemasan atau bukan kecemasan. Important 重要 Urgent 紧急 Not urgent 不紧急 Q1 e.g : esok peperiksaan Q2 e.g : latihan Not Important 不重要 Q3 e.g : panggilan telefon yang tidak penting Q4 e.g : menonton televisyen 6. Guru meminta murid memberi pandangan. (a) Apakah perkara penting (batu besar) yang patut diutamakan? (b) Guru mengaitkan aktiviti murid dan membimbing mereka. Kesimpulan Murid-murid dapat menumpukan perhatian dalam perkara yang penting Q2 dan mengurangkan perkara-perkara yang tidak penting Q3 dan Q4.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 4.5: You’re so special 《你很特别》 Topik You’re so special 《你很特别》 Objektif Murid dapat mewujudkan semangat saling menghormati rakan sebaya dan berfokus kepada kelebihan orang lain. Masa 60 minit Bahan Kertas/kad warna, pensel, pensel warna Video YouTube: 《你很特别》 https://www.youtube.com/watch?v=kQVm9LKRv84 Langkah 1. Guru menayangkan video 《你很特别》 2. Guru pause apabila perlu dan mengajak murid menjawab: ● Apakah perasaannya jika mereka dikutuk dan disisih oleh rakan sebaya ● Apakah perasaannya jika mereka dipuji oleh rakan sebaya ● Adakah kita tidak baik jika tidak dipuji oleh orang lain ● Apakah keunikan anda (tidak semestinya daripada kepujian yang diterima) 3. Membuat kraftangan ‘bookmark’ yang menulis KEUNIKAN diri. 4. Perbincangan kelas. Kesimpulan Hargai keunikan diri dan memiliki konsep kendiri yang positif dan yakin.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 4.6 Menaiki Rakit Nama aktiviti Menaiki Rakit Objektif 1. Melahirkan semangat kekitaan di kalangan peserta. 2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama. 3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak. Bahan Kertas Surat Khabar Masa 60 minit Langkah-langkah 1. Guru membentangkan kertas surat khabar di atas lantai. 2. Semua murid dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut. 3. Guru mengoyakkan kertas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit sehingga menjadi kecil. Murid tidak dibenarkan meletakkan kaki di tempat yang tiada surat khabar (lantai). 4. Murid akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh. 5. Murid yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan peserta lelaki dan perempuan) Falsafah 1. Menyedarkan peserta bahawa yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 2. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran. 3. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS MODUL PROGRAM MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 5
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 5.1 Mengenali diri daripada kaca mata rakan sebaya Nama aktiviti Pinjam kaca matamu Objektif Murid -murid dapat mengenali diri tentang kekuatan dan kelemahan diri. Bahan Kertas A4 , alat tulis dan pita pelekat Masa 60 minit Langkah-langkah Murid-murid diminta mengeluarkan kertas A4 dan alat tulis. Aktiviti 1: 1. Murid-murid diminta duduk dalam satu bulatan. 2. Tuliskan permulaan "Saya patut ...."pada kertas. 3. Perkongsian perasaan setelah menerima cadangan rakan. Aktiviti 2: 1. Minta murid-murid saling menolong untuk menampal kertas itu pada belakang rakan. 2. Murid-murid diminta untuk menulis sifat yang patut dicontohi oleh rakan pada kertas secara bergilir-gilir. 3. Murid -murid menanggalkan kertas itu dengan bantuan kawan. 4. Murid -murid diminta membaca sifat yang ditulis pada kertas secara bergilir-gilir dan berkongsi perasaan. Guru membuat kesimpulan. Kesimpulan Saya bertanggung jawab terhadap tingkah laku diri sendiri dan perasaan orang lain. 我对自己的行为和他人感受负责,做事积极主动。
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 5.2 Impianku Tajuk Impianku Masa 60 minit Objektif Membentuk matlamat dari aspek akademik dan kehidupan Bahan Kertas dan alat tulis Langkah 1. Bahagikan kertas kepada dua ruangan. Ruang pertama ialah ruangan ‘hari ini’ dan ruang kedua ialah ruangan ‘20 tahun kemudian’. (hari ini) (20 tahun kemudian) 2. Lukiskan simbol atau gambar mengenai dirinya yang menggambarkan kehidupan sekarang di ruangan hari ini. 3. Lukiskan simbol atau gambar mengenai dirinya 20 tahun akan datang di ruangan esok. Kaitkan dengan cita-cita. 4. Murid-murid diberi peluang untuk menceritakan hasil kerja secara bergilir-gilir. Antara perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut:- - Langkah-langkah yang akan diambil untuk mencapai impianku. - Perkara baru yang perlu saya pelajari. - Aspek yang perlu saya mempertingkatkan. - Fikirkan perkara yang perlu saya perhatikan dalam Circle of Control saya. - Menyenaraikan langkah yang membantu saya mencapai impianku (ikut keutamaan). Kesimpulan Tentukan matlamat untuk mencapai kejayaan 机会永远是留给准备好的人 Circle of Control (影响圈)
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 5.3: KRAFTANGAN TERMOMETER EMOSI 心情温度计 Topik KRAFTANGAN TERMOMETER EMOSI 心情温度计 Objektif Murid-murid dapat mengenali status emosi sendiri dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menanganinya. Bahan Pembaris, pensel, kertas, pensel warna, paper clip, reben Video YouTube: 制作心情温度计 https://www.youtube.com/watch?v=JNz0xMmZa4A Video YouTube: Bubble Bounce https://www.youtube.com/watch?v=UEuFi9PxKuo&list=PLNw7Ft QouczClTo_QfAg9I3vMaJzoPduq&index=6 Masa 60 minit Langkah 1. Guru mengedarkan kertas kepada murid, dan memaklumkan murid bahawa termometer emosi yang akan dibuat dapat membantu kita mengenali status emosi kita. 2. Tayangan video 制作心情温度计 dan melakukan kraftangan. Guru digalakkan pause dan menerang dengan lebih lanjut dan memberi bimbingan sepanjang proses. 3. Setelah murid siap membuat kraftangan, guru menggalakkan beberapa murid untuk menggunakan termometer emosi untuk berkongsi perasaan mereka pada hari itu. 4. Guru mencadangkan murid boleh menggunakan Mindful Breathing untuk membantu mereka menenangkan emosi. Tayangan Bubble Bounce. Kesimpulan Mengenali status emosi diri dapat membantu kita untuk mencari jalan penyelesaian yang berkesan dalam masa yang singkat.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 5.4 Kuadran Masa Nama aktiviti Pelan Aktiviti Mingguan 每周计划 Objektif Murid-murid dapat mengenal pasti kepentingan pengaturan masa. Muridmurid dapat menyemaikan sikap mengutamakan perkara penting dalam kehidupan. Masa 60 minit Bahan Kertas A4, alat tulis Langkah-langkah 1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan. 2. Murid-murid mencatat aktiviti mingguan masing-masing pada kertas. Aktiviti tersebut dicatat mengikut urutan seperti berikut:- ~aktiviti sekolah ~aktiviti persendirian 3. Murid-murid diminta melaporkan catatan aktiviti mingguan mereka. 4. Guru membimbing murid-murid membuat pelan ini supaya mereka mengaturkan masa dengan bijak. 5. Guru meminta murid memberi pandangan. (a) Apakah perkara penting (batu besar) yang patut diutamakan? (b) Guru mengaitkan aktiviti murid dan membimbing mereka. 6. Guru juga menggalakkan murid memasukkan aktiviti hobi yang bermanfaat. Kesimpulan Murid-murid dapat menumpukan perhatian dalam perkara yang penting Q2 dan mengurangkan perkara-perkara yang tidak penting Q3 dan Q4.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 5.5: Penyelesaian Konflik 处理冲突 Topik Penyelesaian Konflik 处理冲突 Objektif 1. Murid dapat memahami konsep ‘talking stick’ yang membantu murid tidak berebut-rebut bercakap ketika berlaku konflik. 2. Murid dapat meluahkan perasaan sendiri dengan bersopan ketika berlaku konflik. Masa 60 minit Bahan Video YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=fDGEDI2lGAQ Langkah 1. Set induksi: Guru menjemput murid berkongsi pengalaman mereka berlaku konflik dengan rakan sebaya atau ahli keluarga. 2. Perbincangan dalam kumpulan: Guru menjemput murid menamakan emosi yang dialami. 3. Guru menayangkan video dan pause apabila perlu penerangan lanjut. 4. Latihan simulasi dalam kumpulan dengan berpandukan situasi yang diberikan oleh guru. 5. Lakonan / Persembahan. Kesimpulan Kemahiran asertif membantu dalam komunikasi yang berkesan.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 5.6 Menghasilkan kenderaan 我们的车子 Nama aktiviti Menghasilkan kenderaan 我们的车子 Objektif Murid-murid dapat mengamalkan sikap Synergize dalam kehidupan harian. Bahan Kertas A4 ,alat tulis ,gunting , pewarna, gam Masa 60 minit Langkah-langkah 6. Murid- murid diminta duduk dalam kumpulan. 7. Murid-murid dikehendaki melukis komponen kenderaan masing-masing seperti tayar, bonet, pintu kereta dan sebagainya. 8. Guru memberi tunjuk ajar dan memantau. 9. Kemudian, murid diminta mewarna, gunting dan mencantumkan komponen-komponen kereta untuk menjadikan sebuah kenderaan. 10.Akhir sekali, ahli kumpulan memberikan penjelasan daripada hasil kerja secara bergilir-gilir. Kesimpulan Memberitahu kepada murid bahawa sepadukan usaha dengan menghasilkan kaedah /cara penyelesaian yang terbaik dalam kumpulan amat penting dalam kehidupan kita.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS MODUL PROGRAM MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 6
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 6.1 Silang dan Menang Nama aktiviti Silang dan Menang Objektif 1. Meningkat kemesraan dalam ahli kumpulan. 2. Bertindak proaktif untuk merealisasikan harapan. Bahan Wisel , Kerusi Masa 60 minit Langkah-langkah 1. Sembilan buah kerusi disusun seperti lampiran. 2. Murid dibahagikan kepada kepada dua kumpulan. 3. Apabila wisel ditiup, seorang ahli akan duduk di atas kerusi secara bergilir-gilir. 4. Setiap kumpulan hendaklah seboleh-bolehnya duduk pada kerusi dalam satu garisan lurus untuk mencapai kemenangan. 5. Kemudian setiap kumpulan melantik seorang ketua untuk mengarahkan ahli duduk di atas kerusi. 6. Aktiviti diulang untuk mencari pemenang. Kesimpulan Saya bertanggung jawab terhadap tingkah laku diri sendiri dan perasaan orang lain. 我对自己的行为和他人感受负责,做事积极主动。
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 6.2 Kerjaya Idaman Nama aktiviti Kerjaya Idaman Objektif 1. Murid-murid dapat mengenal pasti jenis pekerjaan yang ingin diceburi. 2. Mengetahui keperluan-keperluan dari segi kelayakan akademik dan latihan-latihan bagi jenis-jenis pekerjaan. Bahan Kertas-kertas A4 , Lampiran A,B,C Masa 60 minit Langkah-langkah 1. Guru menayangkan LAMPIRAN A kepada murid-murid dan murid-murid akan menulis jenis pekerjaan yang mereka ketahui. (Murid-murid digalakkan berbincang) 2. Dalam lampiran yang sama, murid-murid hendaklah menandakan pilihan pekerjaan yang diminati mengikut susunan keutamaan secara bernombor. 3. Guru menayangkan LAMPIRAN B kepada murid-murid dan murid-murid dikehendaki menuliskan nama pekerjaan yang menjadi pilihan pertama, kedua, dan ketiga daripada LAMPIRAN A. Murid-murid juga dikehendaki menulis sebab-sebab mereka memilih pekerjaan itu. 4. Guru mendapatkan maklum balas daripada murid-murid secara rawak hasil kerja LAMPIRAN A. 5. Guru memberi ulasan tentang pemilihan yang telah dibuat. 6. Guru memilih murid untuk membentangkan hasil LAMPIRAN B. 7. Guru memberi ulasan dan maklum balas kepada hasil kerja tersebut. (Berpandukan kepada lampiran guru- LAMPIRAN C) Falsafah 1. Perancangan kerjaya harus dirancang daripada usia muda. 2. Kerjaya tidak dapat lari daripada pencapaian akademik, minat, nilai dan sahsiah. 3. Zaman persekolahan merupakan titik permulaan kepada pencapaian kejayaan seseorang.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 6.3: KRAFTANGAN RODA PILIHAN TINDAKAN 选择轮 Topik KRAFTANGAN RODA PILIHAN TINDAKAN 选择轮 Objektif Murid-murid dapat membuat pilihan yang rasional apabila menghadapi masalah supaya mengelakkan diri daripada hilang terkawal dan berlakunya salah laku. Bahan Pembaris, pensel, kertas / manila kad, cotton bud, glue, pensel warna Video YouTube: DIY spinning wheel https://www.youtube.com/watch?v=x1pPARZdG9o Alternatif: boleh melukis roda pilihan pada kertas, dan letakkan pensel di tepi roda sebagai petunjuk pilihan. Video YouTube: Candle & Flower Breathing https://www.youtube.com/watch?v=qTN_MtV5TFw Masa 60 minit Langkah 1. Guru menjemput murid berkongsi pengalaman mereka yang membuat mereka berasa marah atau sedih. 2. Guru bertanya: ~ Apakah yang anda boleh lakukan jika anda berasa marah atau sedih? 3. Perbincangan dalam kumpulan. Guru meronda dan membimbing. 4. Guru mengedarkan kertas kepada murid, dan memaklumkan murid bahawa roda pilihan yang akan dibuat dapat membantu kita menyelesaikan masalah dengan cara yang selamat dan elakkan diri daripada tindakan melulu. 5. Tayangan video DIY Spinning Wheel dan melakukan kraftangan. Guru digalakkan pause dan menerang dengan lebih lanjut dan memberi bimbingan sepanjang proses. Guru boleh menggunakan cara yang lebih senang dan mudah. 6. Setelah murid siap membuat kraftangan, guru menggalakkan murid mencubanya. 7. Guru mencadangkan murid boleh menggunakan Mindful Breathing untuk membantu mereka menenangkan emosi. Tayangan Candle & Flower Breathing. Kesimpulan Jangan melukakan diri atau orang lain ketika mengalami emosi negatif.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 6.4 Membuat Pilihan Nama aktiviti What if ……. 如果我....... Objektif Murid-murid dapat mengenal pasti kepentingan mengenali priority hidup diri dalam pengaturan masa. Masa 60 minit Bahan Kertas A4, alat tulis Langkah-langkah 1. Guru meminta murid membayangkan perkara-perkara di bawah lalu mencatatkan jawapan mereka pada kertas kosong. 2. Guru diminta berbincang dengan murid-murid tentang jawapan mereka lalu membimbing mereka secara rasional. ● Senarai EMPAT tugasan yang kamu rasa amat penting dalam kehidupan harian. ● Fikirkan TIGA matlamat yang kamu ingin kecapi untuk jangka panjang. ● Siapakah yang paling penting dan erat dalam kehidupan kamu. ● Fikirkan LIMA sumbangan yang pernah kamu lakukan. ● Hayati semula tentang perasaan aman harmoni, keyakinan , gembira dan semangat menyumbang dan makna berhidup. ● Sekiranya nyawa kamu hanya tinggal selama 6 bulan, bagaimanakah kamu akan menggunakan minggu ini? ● Jika kamu telah memahami apa yang sebenarnya paling penting untuk diri, jadi bagaimanakah perasaan kamu terhadap kehidupan sekarang? ● Adakah kamu berasa diri amat bernilai? Adakah semua jawapan di atas akan mempengaruhi cara kehidupanmu mulai hari ini? Kesimpulan 'Nothing we do can change the past, but everything we do changes the future.'
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS AKTIVITI 6.5: Bertutur dengan sopan 有话好好说 Topik Bertutur dengan sopan 有话好好说 Objektif Murid dapat menggunakan teknik komunikasi yang berkesan bagi mengelakkan daripada berlakunya konflik. Masa 60 minit Bahan PowerPoint, Video YouTube: Candle & Flower Breathing https://www.youtube.com/watch?v=qTN_MtV5TFw Langkah 1. Set induksi: Guru menjemput murid berkongsi pengalaman mereka disalah faham. 2. Guru menerangkan cara menggunakan I-message (我信息)ketika berkomunikasi dengan bantuan PowerPoint. 3. Guru menjemput semua murid menjalankan Candle & Flower Breathing yang telah dipelajari sebelum bermula komunikasi. 4. Latihan simulasi dalam kumpulan dengan berpandukan situasi yang diberikan oleh guru. 5. Lakonan / Persembahan. Kesimpulan Kemahiran asertif membantu dalam komunikasi yang berkesan.
SJKC BATU SEMBILAN CHERAS Aktiviti 6.6 Aktiviti kumpulan Nama aktiviti Menara Impian Objektif 1. Murid-murid dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan. 2. Murid-murid dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai. Bahan 2 keping kad manila, pen marker, gunting, gam, senaskah surat khabar dan pita pelekat. Masa 60 minit Langkah-langkah 1. Guru memberikan penerangan kepada murid-murid mengenai aktiviti yang akan dijalankan (Membina menara). 2. Guru dan murid-murid berbincang tentang aspek : ~Keselamatan ~Pengurusan Masa ~Keunikan menara yang dibina ~Kerjasama ahli kumpulan 3. Setiap kumpulan diminta membina menara dengan alatan /bahan yang disediakan dalam masa 45 minit. 4. Kumpulan diminta menamakan menara yang dibina dan menjelaskannya. 5. Cikgu meminta wakil daripada murid untuk menjatuhkan menara kumpulan lain dengan bola kertas yang dibuat dalam jarak 5 meter dari tempat hasil peserta diletakkan. Hanya 2 kali peluang diberikan. Falsafah 1. Kerjasama dalam kumpulan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. 2. Berusaha menghindarkan diri dan masyarakat daripada ancaman luar yang berbahaya