The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM2-0619 Izzah Insyirah Binti Noel @ Erot, 2023-10-20 16:50:22

SKKK3013 SENI DAN KRAF KANAK-KANAK

TUGASAN E-PORTFOLIO SKKK3013

Keywords: E-PORTFOLIO,KANAK-KANAK,SENI DAN KRAF

SKKK3013 SENI DAN KRAF KANAK-KANAK TUGASAN E-PORTFOLIO


I N S T I T U T P E N D I D I K A N G U R U K A M P U S G A Y A K O T A K I N A B A L U S A B A H NAMA PELAJAR : IZZAH INSYIRAH BINTI NOEL@EROT NO. MATRIKS : P19071452 ANGKA GILIRAN : 2020072340129 KOD KURSUS : SKKK3013 KUMPULAN/UNIT : PISMP S4T1 / BM SJKC 2 JABATAN/UNIT : STEM / PSV SESI/TAHUN : OGOS-DISEMBER 2023 PENSYARAH KURSUS : ENCIK ALVIN SAPUN


ISI KANDUNG 1 PENGENALAN 2 SUMBER ILHAM SUBJEK MATTER SEBAGAI SUMBER ILHAM 4 3 KAJIAN MAKLUMAT KOLEKSI BONEKA TANGAN SEBAGAI SUMBER ILHAM 5 6 OLAHAN-OLAHAN 8 RUJUKAN 7 LAMPIRAN


01 PENGENALAN


SENI DAN KRAF KANAK-KANAK Seni boleh didefinisikan sebagai ekspresi kreatif manusia yang melibatkan penggunaan imaginasi, kemahiran dan pemahaman estetik untuk menghasilkan karya yang mengandungi nilai seni. Kraf pula merujuk kepada proses membuat atau mencipta barang dengan menggunakan ketangkasan atau kehalusan. Secara umumnya, seni dan kraf kanak-kanak melibatkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melalui proses pendekatan holistik berpusatkan kreativiti kanak-kanak. Aktiviti seni dan kraf dijalankan khas untuk kanak-kanak kerana lebih menekankan proses daripada produk di samping boleh membantu perkembangan keseluruhan mereka. Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak dalam : Perkembangan aktiviti Pembangunan motor halus Pembangunan kemahiran sosial dan emosi Meningkatkan kesedaran budaya Pembangunan keseimbangan dan kesihatan 1. 2. 3. 4. 5.


Boneka merupakan sejeni hasil kerja tangan dalam bentuk permainan. Boneka adalah suatu objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Tujuan boneka ini adalah untuk menyampaikan sesuatu mesej di samping mengalami pengalaman sebenar boneka digunakan dalam sebuah cerita. BONEKA Belajar sambil berhibur Menggunakan pelbagai deria Penglibatan diri secara aktif Memupuk daya kreativiti Membina keyakinan diri Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi pengalaman KELEBIHAN BONEKA 1. 2. 3. 4. 5. 6.


JENIS BONEKA BONEKA TANGAN Boneka ini boleh dihasilkan daripada kertas, kain felt atau benang kait yang dilukiskan watak dan saiznya sesuai dengan tangan kanak-kanak. Boneka tangan merupakan alat yang paling mudah untuk dihasilkan dan sering digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak kerana sangat menarik dan efektif. Boneka tangan boleh diubah menjadi badan atau anggota boneka. Cara menggunakan boneka ini adalah dengan memasukkan kesemua jari atau tangan ke dalam sarung tangan itu kemudian dimainkan dengan menggerakkan tangan bagi melakonkan watak.


02 SUMBER ILHAM


KOLEKSI BONEKA


KOLEKSI GAMBAR FAUNA TIKUS KAMBING KUCING


KAJIAN MAKLUMAT SUBJEK MATTER 03


KAJIAN MAKLUMAT SUBJEK MATTER Tikus bandar (Rattus norvegicus) adalah salah satu tikus yang paling biasa dan dikenali. Antara tikus terbesar, tikus modok berwarna perang atau kelabu dengan badan sehingga panjang 25cm begitu juga dengan ekornya. Tikus jenis ini mungkin berasal dari Utara China, Rodensia ini telah tersebar ke seluruh benua, kecuali Antartika, serta menjadi tikus dominan di Eropah dan banyak tempat di Amerika Utara. Rattus norvegicus merupakan mamalia yang paling berjaya di bumi selepas manusia. Tikus ini biasanya tinggal di tempat manusia tinggal dan biasanya di kawasan bandar.


PERKEMBANGAN IDEA 04


LAKARAN LAKARAN SUMBER IDEA SUBJEK MATTER 2D 3D


LAKARAN


LAKARAN


KAJIAN WARNA


KAJIAN WARNA


KAJIAN WARNA PILIHAN


ALAT DAN BAHAN Kain Felt Gam Uhu Gunting Kertas A4 Marker Pensel & Pemadam


PROSES PENGHASILAN 05


Lakar bentuk tangan atas kertas. Lukiskan bentuk seperti di atas mengikut ukuran tangan. Lakarkan bentuk tersebut di atas kain felt. Lakaran setelah dilukis menggunakan marker. Gunting lakaran tersebut mengikut bentuknya. Lakar dan gunting telinga mengikut bentuk. Gamkan telinga pada tempatnya. Cantumkan keseluruhan badan boneka menggunakan gam.


Lakar dan gunting bulatan kecil untuk mata lalu digamkan. Gunting bulatan kecil untuk hidung boneka dan cantumkan. Gunting serpihan untuk dijadikan misai boneka haiwan tersebut. Boneka telah selesai dicantumkan.


05 HASIL AKHIR Hadapan Belakang Bawah Atas


LAMPIRAN RUJUKAN https://online.anyflip.com/mxbtq/nnai/mobile/index.html?authuser=0 https://farhanabintiothman93.blogspot.com/2013/10/boneka.html https://www.scribd.com/doc/126406057/Seni-Dan-Kraf-Utk-Kanak-Kanak https://slideplayer.info/slide/18208214/ https://www.slideshare.net/eela5346/boneka-prasekolah


SKRIP CERITA SANG SINGA DAN RAKAN-RAKANNYA Di sebuah hutan rimba yang sangat indah hiduplah seekor sang singa. Singa baru sahaja selesai memakan mangsanya lalu merasa mengantuk. Ketika Singa sedang dibuai mimpi indah. Di kejauhan terlihat seekor tikus yang lincah dan ingin bermain. Si tikus melihat seekor Singa yang lagi tertidur lalu bermain dibadan singa yang sedang tertidur itu. “Siutttt.... “ ( si tikus) Si Tikus meluncur dari badan Singa sampai ke ekor singa... “yahooo!!!” (Si tikus) “Yeahh... yuh... seronoknya... bermain disini” (si tikus). Tiba-tiba singa terbangun lalu berasa geram dan berteriak dengan garangnya ... “HUAWRRR!!” Si tikus gementar ketakutan, Singa menangkap Tikus itu. Lalu Singa membuka mulutnya lebar-lebar, dan merancang untuk memakannya. “ EHH, Singa!!! Sabar” (tikus) Tikus meminta maad dan berjanji akan menolong Singa pada bila-bila masa sahaja.Setelah mendengarkan janji tersebut, akhirnya Si tikus dibebaskan. Si tikus, dengan pantas pergi berjumpa dengan Si kambing biri-biri. “ Biri-biri!!!, “ (si tikus) “AHH ada apaa tikus” (kambing biri-biri) Si tikus pun menceritakan perkara yang dialaminya ketika bertemu Sang Singa. “ Ishh, kau ni pun tikus, suka sangat ganggu orang tidur. Nasib Singa tu tak makan kau” (kambing biri-biri). “ Hurms, aku bosanlahh kambing, sebabtu aku pegi masa dia tidur” (tikus) “ Dah kauu!! Tak nak main dengan aku, aku pegi cari tempat lain, ” (tikus) “Lahh aku pulak, tikus aku ni bukannya boleh gerak laju-laju macam kau, kau tu kecil, aku ni ahh” (kambing biri-biri)


Kambing biri-biri dan Tikus merupakan sahabat yang baik dan mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain. Walaupun berbeza spesis, tapi mereka tetap bersama-sama. Kambing biri-biri yang ketika itu, sibuk mencari makanannya mendengar luahan si tikus. Beberapa hari kemudian, ketika Singa sedang berjalan di hutan rimba. Singa tidak menyedari bahawa ada dua pemburu yang sedang menanti di sebalik pokok. Pemburu tersebut diam-diam membuat perangkap dari tali untuk menangkap Sang Singa. Ketika Singa terpijak perangkap tersebut. “HUARGHHHH!!!!” (Singa) Si singa mengaum marah kerana telah terjerat perangkap pemburu tersebut. Singa kemudiannya meraung-raung untuk meminta bantuan. Pemburu pada ketika itu merasa, gembira kerana mmereka pasti akan mendapat wang banyak hasil buruan hari ini. Pemburu lalu berancang untuk kembali ke tanda mereka untuk mengambil peti kurung untuk meletakkan Sang Singa. Saat pemburu telah pergi, Si Tikus dan Si Kambing biri-biri pegi ke hutan untuk melawat Sang Singa. Alangkah terkejutnya mereka, melihat Sang Singa didalam jerat pemburu. Lalu mereka pun bergegas untuk membantu Sang Singa. Si Tikus melihat keadaan Singa lalu berkata “ Jangan risau Singa, aku dan kawanku akan membantumu” . Kambing biri-biri ditugaskan untuk melihat kehadiran pemburu sewaktu si tikus cuba untuk melepaskan Sang Singa. Kemudian Si Tikus memanjat melalui ekor Singa menuju ke atas untuk menggigit tali jerat yang telah dibuat oleh pemburu. Kambing biri-biri yang ketika itu memerhati pemburu, si tikus berusaha keras dengan menggigit satu persatu tali jerat itu hingga akhirnya tali perangkap itu putus. “Yess!! Akhirnya Singa dapat keluar dari perangkap tersebut. Singa merasa malu kerana telah meremehkan Si Tikus sebelumnya, lalu Singa berterima kasih kepada tikus. Tikus akhirnya berlalu pergi bersama Kambing biri-biri. Beberapa waktu kemudian, Singa melihat kedatan para pemburu. Singa, si Tikus dan Kambing Biri-biri datang mendekati pemburu itu. Singa mengaum dengan kuat sekali sampai para pemburu itu ketakutan dan berlari lintang pukang meninggalkan hutan tersebut. Singa , Tikus dan Kambing biri-biri akhirnya bersahabat baik. Singa mengangkat Tikus sebagai Pangeran Hutan. Manakala Kambing Biri-biri menjadi sahabat singa dan tikus. Sejak daripada itu, Singa dan rakan-rakannya berasa sangat gembira dan tidak lagi takut untuk bermain bersama Sang singa.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version