The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilaazmi337, 2021-05-19 10:06:50

MPU21032 ETIKA PERADABAN

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

Pemantapan
Kesepaduan Nasional

Malaysia

MPU 21032

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN JABATAN
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI – SEMESTER 1

SESI DISEMBER 2020
PENSYARAH : ENCIK THOHIR BIN BAHADOR

PERPADUAN ADALAH
TONGGAK UTAMA
DALAM MENCAPAI
SEBUAH KEJAYAAN

Ahli Kumpulan
Ahmad Afleen Aieeman bin Ahmad Daman Huri.
- 18DUP20F2025
[email protected]

Auni Athirah Binti Mohamad Suhaimy
- 18DUP20F2025
[email protected]

Fatin Najwa Binti Mohd Yusof
- 18DUP20F2027
[email protected]

Noranizah Binti Ismail
- 18DUP20F2033
[email protected]

Zuhaiza Binti Che Mit
- 18DUP20F2023
[email protected]

Nor Nabila Syafika Bt Mohd Jafri
- 18DUP20F2001
[email protected]

Penghargaan

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah dan
kurnianya maka terhasilah sebuah folio ini di mana
mampu memberikan manfaat kepada kami semua
sebagai pembaca dan penulis. Sesungguhnya kami berasa
bangga dan berbesar hati melalui coretan pena yang
terpahat pada setiap patah perkataan di folio ini. Setinggi
tinggi penghargaan kami ingin ucapkan kepada pensyarah
subjek Penghayatan Etika dan Peradaban iaitu Encik
Thohir Bin Bahador di atas bimbingan, sumbang saran
pendapat dan idea untuk menghasilkan folio ini. Tanpa
sokongan beliau, maka tidak mustahil bagi kami
menghasilkan coretan yang bermakna ini.

Terima kasih juga khususnya kepada semua ahli
kumpulan yang telah bertungkus lumus menghasilkan
output yang terbaik dan menetapi masa untuk
melaksanakan tugasan. Segala info dan isi kandungan
yang ada dalam folio ini adalah dari sumber yang sahih
dan benar. Semoga folio ini dapat memberikan panduan
dan kesedaran kepada para pembaca dan penulis dalam
menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan.

Pengenalan

Kepelbagaian menimbulkan berbagai cabaran kepada
sesebuah masyarakat, seperti Malaysia. Setiap komuniti
misalnya mempunyai akar etika dan peradaban yang
berbeza dan terjelma dalam pemikiran dan praktis
kehidupan masing-masing. Namun kesemuanya perlu
hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi
persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi
perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding dan
melakukan keadilan telah membawa keamanan,
kestabilan dan keharmonian di Malaysia semenjak
merdeka. Inilah kesepaduan nasional yang telah wujud,
didukung dan mesti terus menerus dimantapkan. Ia
dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak
serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang
diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan
yang diusahakan.

Pendahuluan

Di Malaysia,kebudayaan berfungsi penting dalam proses
pembangunan negara kerana keperibadian Malaysia harus dipupuk
dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya
memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses
yang berterusan. Bagi sebuah Negara yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan
nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat
melahirkan cara hidup yang bersifat ala Malaysia.

Setiap bangsa mempunyai bahasa dan budaya hidup yang
tersendiri.
Budaya ini muncul akibat proses manusia menyesuaikan diri dengan
persekitaranny. Budaya akan sentiasa berubah mengikut peredaran
masa. Perubahan dan percampuran antara entiti budaya yang berbeza
ini akan menyebabkan berlakunya asimilasi, akulturasi dan okomodasi
budaya. Untuk itu, budaya yang diamalkan dalam masyarakt
mempunyai ciri-ciri perbezaan antara satu sama lain. Keragaman
budaya inilah yang membawa kepada pembinaan tamadun sesebuah
masyarakat yang diwarisi dan bersifat dinamik.

Bagi sebuah Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum
seperti di Malaysia, proses pembentukkan kebudayaan nasional
memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan
cara hidup yang bersifat ala Malaysia. Perancangan tentang kebudayaan
ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan keutamaan bagi
pembinaan bangsa dan ketahanan Negara.

Sinopsis

Kepelbagaian menimbulkan berbagai cabaran kepada
sesebuah masyarakat, seperti Malaysia. Setiap komuniti
mempunyi akar etika dan peradaban yang berbeza dan
terjelma dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-
masing. Namun kesemuanya perlu hidup dalam sebuah
masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari
titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan tawar
menawar, berudingan dan melakukan mediasi telah
membawa keamanan, kestabilan dan keharmonian di
Malaysia semenjak Merdeka. Inilah kesepaduan nasional
yang telah wujud, didukung dan mesti terus menerus
dimantapkan. Ia dilaksanakan melalui tiga rangkai proses
yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu
perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan
penyatupaduan yang diusahakan.

Tiga Lapisan Perpaduan

PERPADUAN
KESEPADUAN

PENYATUPADUAN

MANUSIA YANG LEMAH
SEKALIPUN, JIKA BERSATU

PADU AKAN DAPAT
MENGONCANG DUNIA. DEMIKIAN

KESANNYA PERPADUAN

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

APAKAH ITU PERPADUAN

PERPADUAN MATLAMAT DIIDAMKAN

Perpaduan merujuk kepada penyatuan dan
darjah serta jenis penyatuan yang

dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun
kumpulan dan jiran mereka.

Perpaduan Matlamat Diidamkan Prof Ulung Datuk Dr.
Shamsul Amri
“ Perpaduan sebagai suatu hasrat yang Baharuddin
diidamkan adalah sukar diukur, dilihat

secara nyata mahupun berkekalan.
Perkara ini biasanya hadir mengikut
keadaan, keperluan dan detik-detik
tertentu secara formal atau tidak formal
dalam kehidupan seharian masyarakat”.

DETIK PERPADUAN VS DETIK PERBEZAAN

• Detik Perpaduan dan Detik Perbezaan adalah saat yang boleh dilihat berlaku
dalam kehidupan seharian masyarakat.
• Antara suasana yang sering dilihat :
Pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan,
sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika bencana, mengunjungi
tempat percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan, hadir menonton
filem di pawagam dan sebagainya.

SUKAN PERKAHWINAN PERAYAAN KESIHATAN KEMATIAN

Sukan dapat Mempunyai Malaysia Dari segi Upacara
mengeratkan pelbagai mempunyai kesihatan rakyat pengebumian
Malaysia tidak yang berbeza
hubungan perkhawinan pelbagai
perpaduan tidak kira perayaan yang memilih kasih mengikut
antara kaum bangsa dan antara satu agama
tidak kira agama di tidak kira sama
agama dan Malaysia bangsa dan lain.Mereka
bangsa di agama untuk
Malaysia merayakannya akan membantu
antara satu

sama lain tidak

Detik Perpaduan : Detik yang diraikan Detik perbezaan : Detik dimana
bersama tanpa mengira sesuatu perkara itu

kaum disambut secara
berasingan

Contoh Detik Perpaduan : Sokongan sukan tanpa mengira kaum
Majlis perkahwinan yang dihadiri
oleh berbilang kaum.

Doktor dan jururawat merawat pesakit tak kira kaum

Contoh Detik Perbezaan :
Perayaan yang disambut oleh kaum Melayu , India Dan Cina.

Pengebumian setiap kaum mempuyai adat tersendiri.

PENTINGNYA SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT
MAJMUK

Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan
masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita
sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang
kaum di Negara kita seperti cina,melayu,india,kadazan dan
sebagainya. Peribahasa “rambut sama hitam, hati lain lain”
jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna
rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia
adalah berbeza. Dengan wujudnya perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat,barulah masyarakat harmoni yang
mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang
demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita
hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan
rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,”bulat air kerana
pembentung,bulat airkerana muafakat”

Selain itu,dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga
dapat memajukan ekonomi Negara.Apabila perpaduan kaum
diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak
akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil
tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.
Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan.
Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa”
bersatu kita teguh ,bercerai kita
roboh”.nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan
ekonomi Negara.

PROSES DARI KESATUAN KE PERPADUAN

Sejarah Mencari Membina 13 Mei 1969
Kesatuan Kesatuan Kesatuan Pecah
Berterusan
Indeks Perpaduan Berderai
Nasional (Ipnas) Perpaduan
Dalam Rancangan
2018 Malaysia ke-2
Kepelbagaian (1971) Istilah

Perpaduan
Diperkenal Dan

Diguna

SEJARAH MENCARI KESATUAN

Negeri-negeri dalam Malaya/Malaysia asalnya terikat kepada pusat-
pusat yang berbeza (Siam, Belanda, Britain) sehingga di satukan oleh
penjajah British melalui pembentukan “kesatuan” dan “persekutuan”.
Pertubuhan Malayan Union pada tahun 1946 telah ditentang dan
dimansuhkan. Kewujudan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948
di semua negeri dalam Malaya. Kemerdekaan padan tahun 1957 sebagai
mercu KESATUAN. Persekutuan Malaysia telah meluaskan KESATUAN di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak

MEMBINA KESATUAN BERTERUSAN DENGAN MEWUJUDKAN TAPAK INTEGRASI

TAPAK INTEGRASI : Ruang dan titik pertemuan antara kelompok strategik di
Malaysia ( etinik, agama, parti politik, NGO, masyarakat sivil dll,), pelbagai
bentuk:

Communities Liaison Committee (1949), pimpinan elit kaum2
Penubuhan Parti Politik bersifat muafakat (coalition), 1946, 1952
Institusi Pilihan Raya 1952, 1955
Rancangan Pembangunan Lima Tahun, 1950-1955, 1956-1960
PERLEMBAGAAN 1957
Simbol & Struktur KESATUAN:
YDPA, Bendera, Lagu NEGARAKU, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Bahasa
Kebangsaan, Sekolah Aliran Kebangsaan

KESATUAN PECAH BERDERAI

13 MEI 1969

 Secara tiba-tiba berlakunya perubahan ungkapan dan haluan NEGARA
 PERPADUAN mengganti perkataan KESATUAN
 KESATUAN dalam KEPELBAGAIAN tak diguna lagi
 Diubah kepada PERPADUAN dalam KEPELBAGAIAN
 Diguna pakai semenjak Rancangan Malaysia ke 2 (1972-75) untuk usaha

PENYATUAN SOSIAL

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak
masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan

mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik
hitam dalam sejarah negara Malaysia.

SEMENJAK 13 MEI 1969

1) Tiada ukuran objektif dan serius
2)Ukuran populis: daripada cerita di media sosial, ke kedai
mamak, ke halaman berita sedunia
3)Penilaian umum: hubungan etnik, turun naik, dalam keadaan “
stable tension ” (tegang tapi tenang)
4)Pertama kali dalam sejarah Malaysia usaha memebina Indeks
Perpaduan Nasional (IPNas) dilaksana 2017-2018, mandat &
biayaan Kerajaan Malaysia: JPM (EPU). JPNIN
5)Usaha mengukur tahap PERPADUAN dalam KEPELBAGAIAN
dilaksanakan

APAKAH ITU KESEPADUAN

PERPADUAN YANG DIIDAMKAN

Keadaan aman, stabil makmur dan sejahtera
yang dicapai tetapi diakui masih terdapat
perbezaan secara deficit sosial yang wujud
dalam sesebuah masyarakat.

DEFISIT SOSIAL
1 ETNISITI
2 AGAMA

3 BAHASA

4 POLITIK FEDERALISME

TAPAK INTEGRASI ANAK KUNCI KESEPADUAN

Proses-Proses :
DARI ATAS KE BAWAH
a) Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ), bersifat kelompok strategik,
b) Wujud semenjak 1970 , bilangan +-8500 seluruh negara
c) Mekar & matang, dari orientasi sekuriti ke agen pembangunan

BAWAH KE ATAS
a) Peranan NGO sebagai pengagih habuan pembangunan
b) NGO agen pemantauan pelaksanaan program untuk minoriti

INISIATIF AKAR UMBI
a)“ Street Wedding ” Majlis Perkahwinan Rakyat berlansung di seluruh
negara setiap hujung minggu
b)Inisiatif kelompok akar umbi paling berkesan tanpa penglibatan
langsung pemerintah

KESEPADUAN TAHAP DICAPAI

Keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera
yang dicapai tetapi diakui masih terdapat
perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang
wujud dalam sesebuah masyarakat.

KESEPADUAN NASIONAL

•Kesepaduan nasional menjurus kepada perpaduan
seluruh masyarakat dan negara.
•Semangat berbilang kaum diperlukan untuk mencapai
objektif membentuk negara yang unggul menerusi
peranan kerajaan persefahaman politik dan
keseimbangan ekonomi.
•Formula kesepaduan yang tulen terletak kepada kesatuan
pelbagai kaum untuk hidup saling bertoleransi serta saling
bersefahaman antara satu sama lain.

DEFISIT SOSIAL

Isu dan hal yang belum selesai perlu diusahakan
penyelesaiannya satu persatu, memerlukan waktu dan
kesabaran semua pihak, perancangan dan pelaksanaan pelan
tindakan berasaskan prinsip tawar-menawar, perundingan,
mediasi.

KESEPADUAN SOSIAL

•Kesepaduan sosial yang wujud dalam masyarakat
berbilang etnik tertumpu kepada indeks kualiti hidup yang
sederhana ke tinggi.

•Konsep kesepaduan dalam kepelbagaian interaksi dan amalan
harian.

•Kehidupan masyarakat dalam mengeratkan hubungan
pelbagai etnik dari gsegi makanan, ekonomi, pendidikan,
kejiranan serta media massa.

•Cabaran dalam membentuk kesepaduan sosial dalam
masyarakat antaranya prasangka perkauman, diskriminasi,
stereotaip serta racism.

ETOS NASIONAL: Etos nasional
ialah nilai-nilai khas atau
identiti sesuatu bangsa

APAKAH ITU PENYATUPADUAN

PENYATUPADUAN YANG DIUSAHAKAN

 Kamus Dewan dan Pustaka :
Perbuatan atau proses
menyatupadukan rakyat
adalah penting untuk
mencapai keharmonian.

 Sosiologi : Usaha berterusan pada
semua peringkat lapisan
masyarakat untuk menyelesaikan
deficit social berwahanakan tapak
intergrasi berprinsipkan tawar
menawardan perundingan

Etnik

Satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau
mengamalkan budaya yang hampir sama.

Sama ada dari aspek adat resam, bahasa, pakaian atau
kegiatan ekonomi.

TAHAP BATAS HUBUNGAN SOSIAL
KEETNIKAN ETNIK RENTAS ETNIK

 KEETNIKAN  MATERIAL  HUBUNGAN ETNIK
 KESTABILAN  TUNTUTAN ANTARA INDIVIDU
 KEMODENAN
SOSIAL  HUBUNGAN ETNIK
DALAM KOMUNITI
 STATUS
 TAHAP KEAKTIFAN
PENYERTAAN DALAM
INSTITUSI

PENYATUPADUAN PROSES DIUSAHA

•Usaha berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk
menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak intergrasi
berprinsipkan tawar- menawar, perundingan dan mediasi.
•Ianya bersifat berterusan dari semasa ke semasa kerana konflik akan
sentiasa wujud dalam kepelbagaian.

Etnik – Tahap Keetnikan, Batas Etnik,
Hubungan Sosial Rentas Etnik

1. Analisis
i.Dimensi keetnikan didapati terbina di kalangan ketiga-tiga etnik iaitu
Melayu, Cina dan India.
ii.Ketiga-tiga etnik juga terdedah dengan pengaruh luar
(tetapi masih mempertahankan keetnikan).
iii.Ketiga-tiga etnik tidak terdorong ke arah ekstrimisme dan

keganasan.
2.Kesimpulan: Keetnikan Wujud, Tetapi Moden dan Progresif
i.Masing-asing etnik berpegang dengan dimensi kaum tersendiri:
Melayu dan India. Asasnya agama dan Cina , asasnya bahasa
Mandarin.
ii.Tetapi kesemua etnik bersifat moden dan moderate. Sifat-sifat ini
adalah baik untuk kestabilan dan kemajuan Negara.

Semakin nipis batas etnik •Peranan jaringan sivik antara etnik sangat
akan semakin mudah penting dalam membangun harmoni
terbentuknya interaksi perhubungan antara etnik.
antara warga dan akan
meningkat kesepaduan •Jaringan sivik antara etnik dibahagi kepada
sosial dalam masyakat dua iaitu yang lebih formal dinamakan bentuk
ikatan berpersatuan dan tidak formal pula
dinamakan bentuk ikatan harian.

•Tempat merujuk kepada di mana mereka
hidup sebagai satu bentuk penyertaan sivik
berdasarkan pada isu-isu teras yang
menentukan struktur masyarakat.

•Idea di mana individu-individu dalam
masyarakat boleh datang bersama-sama untuk
mengambil bahagian dalam dialog dan tindakan
tentang isu-isu khusus.

•Hal atau keadaan sering kal menumpukan
pada perbuatan sukarela dan menyelesaikan
masalah berorientasikan komuniti.

KESIMPULAN

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan
apabila amalan
perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap
rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa
perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan
kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga
menghancurkan keamanan sesebuah negara yang
telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara
rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang
porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah
perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan
keamanan Negara.Kesimpulannya, semua pihak harus
berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak
kerajaan semata-mata dalam mewujudkan
perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasive
mahupun ”bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing- masing” kerana perpaduan kaum itu
hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan
obligasi masing-masing dengan sempurna dan
bersikap bertolak ansur.

RUMUSAN

•Kita dapat memahami bahawa keamanan dan
kedamaian Malaysia diwujudkan dengan pelbagai
peranan yang dimainkan oleh semua rakyat.
•Kita mestilah saling menghormati antara satu sama
lain.
•Perselisihan hendaklah diselesaikan melalui
perundingan.
•Kita hendaklah memajukan negara dengan menjalin
hubungan baik dengan semua kaum di negara ini.

RUJUKAN
Google
https://prpm.dbp.gov.my/
https://anyflip.com/rvbcu/ryuo/basic
https://www.coursehero.com/file/91812062/PEMANTAPAN-KESEPADUAN-
NASIONAL-MALAYSIApdf/
https://naiqhayat.blogspot.com/2020/10/pemantapan-kesepaduan-nasional-
malaysia.html
https://quizlet.com/557031201/topik-4-pemantapan-kesepaduan-nasional-
malaysia-flash-cards/
Youtube
https://youtu.be/_hvQ5LroUIE
https://youtu.be/MEEaEvoa0Cg
https://youtu.be/-URx4TUmVfc
https://youtu.be/nlss1_ueGek
Buku

-Buku Penghayatan Etika dan Peradaban versi Politeknik Malaysia
- Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali
Seman, Sejarah Perkembangan Nasionalisme
Melayu Sebelum Kemerdekaan, Munich: BookRix

GmbH & Co. KG., 2014.


Click to View FlipBook Version