The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by firdausmuhd964, 2022-12-18 20:20:27

Ali dan Berus Ajaib

Muhammad Firdaus (271858)

MUHAMMAD FIRDAUS BIN
MOHD NOOR (271858)

Suatu ketika dahulu, terdapat sebuah pekan kecil yang diberi nama
Pekan Lira. Disini terdapat seorang pelukis hebat yang diberi nama Ali.
Ramai orang mengagumi kehebatan Ali melukis pada sesebuah
kanvas. Mereka melihat hasil karya Ali tidak ubah seperti objek yang
sebenar dan hidup. Kehebatan Ali dalam melukis telah menarik minat
orang-orang kaya untuk membeli hasil karya lukisan yang dimiliki Ali.
Ada antara mereka meminta Ali untuk melukis gambar mereka dan
membayar Ali dengan sejumlah wang yang besar.

1

Tidak lama kemudian, ramai orang kaya di pekan tersebut
meninggalkan pekan untuk meluaskan perniagaan mereka di kawasan
bandar yang lain. Lama kelamaan, bilangan penduduk semakin
berkurang dan mereka hanya bekerja sebagai petani dan penternak.
Keadaan ini menyebabkan Ali tidak lagi dapat menjual hasil karyanya
dan pendapatannya semakin berkurang. Namun, disebabkan minat
yang sangat mendalam terhadap bidang lukisan, Ali masih melukis
meskipun kehabisan wang.

2

Pada suatu hari, Ali datang ke sebuah kawasan gunung bagi melukis air
terjun dan keindahan alam di kawasan itu. Setelah selesai melukis, Ali
kemudian berehat di sebuah pokok tidak jauh dari tempat Ali melukis.
Ali kemudiannya bercakap dengan pokok itu bagaikan manusia. Ali
berkata ‘Hai Pokok, goyangkan sedikit daun kamu’. Kemudian pokok
bergoyang dan menggugurkan daunnya. Ali berkata ‘Hahaha
kadangkala aku rasa kamu boleh mendengarkan hajat aku’. Tetapi Ali
tidak sedar terdapat pari-pari yang mendengarnya dan juga gemar
dengan lukisannya. Pokok itu merupakan kediaman Pari-pari dan pari-
pari tersebut mempunyai kuasa ajaib.

3

Ali kemudian menyatakan hasratnya ‘hai pokok, sehingga hari ini
tiadalah banyak pekerjaan yang boleh aku lakukan untuk aku
meneruskan kehidupan. Aku memikirkan untuk berhijrah dari pekan ini,
namun aku tidak sanggup meninggalkan pekan ini kerana aku sayang
akan pekan ini. Tapi apakan daya yang aku tahu cumalah melukis’.
Pari-pari tersebut kemudiannya sedih mendengarkan keluhan Ali.

3

Pari-pari kemudian memikirkan cara untuk membantu Ali. Pari-pari
kemudian mendapat idea untuk membantu Ali dengan memberikannya
berus ajaib. Pada petang keesokan harinya, Ali kembali ke tempat
pokok tersebut untuk berehat sambil meneruskan lukisannya berkaitan
keindahan kawasan tersebut. Setibanya di kawasan tersebut, Ali
kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran Pari-pari itu. Pari-parir
kemudiannya memperkenalkan dirinya kepada Ali. Pari-pari
kemudiannya menyatakan hasrat untuk membantu Ali agar Ali dapat
meneruskan karya lukisan dan dapat menjadikan hasil karyanya
sebagai sumber rezeki Ali.

5

Ali kemudian gembira melihat berus ajaib yang diberikan oleh Pari-pari.
Ali pulang ke rumah dengan membawa berus ajaib. Setibanya di
rumah, Ali mula melukis dengan penuh gembira dan setiap lukisannya
menjadi objek yang kekal. Setelah beberapa hari, Ali mula melukis
barangan dan mula menjadi tamak. Ali pada awalnya melukis kerana
minat, namun kini Ali mula melukis barangan mewah dan mula
mempamerkan kemewahannya kepada penduduk di pekan itu.

6

Ali kemudiannya menjadi seorang yang sombong setelah mendapat
kemewahan. Ali tidak menggunakan kemewahannya untuk membantu
penduduk di pekan sebaliknya sering menunjuk-nunjuk akan
kemewahannya. “Aku kini telah kaya, segala benda kini boleh kubeli,
aku buat sendiri”. “Aku sekarang tidak perlu menjadi miskin dan
mengharapkan jualan lukisan aku oleh penduduk di pekan ini”. “Kini
tiada siapa mampu menandingi kekayaan aku disini”.

7

Semakin hari, semakin Ali melupakan minat sebenarnya iaitu melukis
melalui hati dan keindahan alam yang wujud di sekelilingnya. Ali kini
melukis perkara-perkara yang tidak penting dan perkara-perkara
yang mendatangkan pulangan seperti emas dan sebagainya. Semakin
hari, semakin Ali tidak berasa puas akan apa yang beliau dapati
selama ini. “Meskipun aku kini telah kaya, namun aku masih rasa tidak
cukup dengan kekayaan yang aku miliki ini”. Pada keesokan harinya,
datanglah menyapa seorang budak kecil yang meminta bantuan
daripada Ali. Seraya budak kecil itu berkata “Tuan, bantulah saya,
sesungguhnya saya dan adik saya masih tiada pendapatan dan masih
belum makan dari semalam”.

8

Ali kemudiannya berkata “Kau masih muda, kau boleh bekerja, kenapa
perlu meminta wang daripada aku”. “Pergi kau dari sini, aku membenci
pakaian buruk kau dan bau busuk kau”. Budak itu kelihatan sebak dan
kemudiannya meminta maaf lalu beransur pergi dari tempat tersebut.
Pari-pari tiba-tiba muncul dan melihat tingkah laku yang ditunjukkan
oleh Ali tersebut. “Kau tidak patut berkata begitu kepada budak itu, kau
sepatutnya sedar akan kemewahan yang kau miliki tidak akan
berkekalan lama sekiranya kau bersikap sombong seperti ini”. Pari-pari
berkata lagi “kau akan mendapat nasib buruk sekiranya kau terus
berkelakuan begini”.

9

Disebabkan keangkuhan dan kesombongan Ali, dia tidak
mempedulikan kata-kata Pari-pari lantas berjalan tanpa menghiraukan
Pari-pari. Setelah itu, Ali terus bergerak dan menuju ke pekan dengan
menaiki kenderaan mewah miliknya yang mana diperoleh dari berus
ajaib dan lukisannya. Setibanya di pekan, Ali melihat penduduk lain
dengan penuh kesombongan. Ali tahu akan penduduk di situ hanya
bekerja sebagai petani dan nelayan. Rata-rata penduduk di pekan itu
miskin. Tanpa Ali sedari, terdapat orang-orang memerhati sifat
sombong yang ditunjukkan oleh Ali. Terdapat beberapa kumpulan
lelaki yang tidak berpuas hati dan melihat fizi dengan penuh curiga.

10

Pada keesokan hari, kumpulan lelaki pergi ke rumah Ali untuk melihat
dan mencuri harta yang dimiliki Ali. Sampai mereka di rumah Ali,
mereka melihat Fizi melukis sesuatu dengan menggunakan berus
ajaibnya. Mereka melihat objek yang dilukis oleh Ali menjadi sesuatu
yang nyata. Tiba-tiba kumpulan lelaki berkenaan menerjah masuk dan
menangkap Ali. Mereka mengikat tangan dan kaki Ali menggunakan
tali. Mereka kemudian merampas berus ajaib dan segala harta yang
bernilai milik Ali. Mereka kemudiannya cuba melukis jongkong emas
dan mengharapkan emas itu menjadi nyata. Setelah mereka
menyiapkan lukisan tersebut, gambar emas tidak menjadi nyata.
Seraya mereka berkata “Woi Ali, kenapa lukisan kami tidak menjadi
nyata?”. Mereka bertanya kepada Ali namun Ali berdiam diri. Mereka
kemudian menjadi marah dan memukul Ali.

11

Setelah itu, Ali terpaksa akur dan berkata “Sebenarnya berus ajaib itu
tercipta hanya untuk aku, hanya aku yang boleh menjadikan setiap
lukisan itu menjadi nyata”. Setelah mendengarkan perkara tersebut,
kumpulan lelaki itu membuka ikatan tangan dan menyuruh Ali melukis
beberapa jongkong emas. Setelah itu, Ali kemudiannya dipukul hingga
pengsan. Kumpulan lelaki itu kemudiannya mematahkan berus
tersebut dan mengurung Ali di sebuah bilik dalam rumahnya sendiri.
Kumpulan lelaki itu bersenang-senang dengan harta milik Ali.

12

Semasa dikurung, Ali didatangi Pari-pari. Kemudian Pari-pari
menawarkan bantuan untuk membantu Ali. Pari-pari kemudiannya
meminta Ali berjanji untuk menolong masyarakat yang dalam
kesusahan dan mensyukuri nikmat yang diberi. Ali kemudiannya
menyesal akan tindakan yang dilakukan dan berjanji tidak
mengulanginya kesilapannya. “Aku menyesal kerana aku bersikap
sombong sebelum ini, jika diberi peluang aku akan bantu mereka yang
susah-susah dan aku tidak akan angkuh lagi dengan bakat dan
kekayaan aku”.

13

Setelah itu, Pari-pari menggunakan kuasanya untuk memperdayakan
dan menangkap kumpulan lelaki jahat tersebut. Dalam masa yang
sama, Pari-pari membantu Ali untuk melepaskan diri dan menangkap
kumpulan lelaki jahat tersebut. Setelah menangkap kumpulan penjahat
tersebut, Ali kemudiannya pergi ke balai pengawal desa untuk
memaklumkan kes rompak di rumahnya. Pengawal desa kemudian
sampai di rumah Ali, pengawal desa membawa kumpulan penjahat
tersebut dan dipenjarakan. Ali berterima kasih kepada laksamana desa
tersebut.

14

Ali kemudiannya berterima kasih kepada Pari-pari atas pertolongan
yang diberikan. Ali berjanji tidak akan mengulangi sikap sombong,
meninggi diri dan angkup dan berjanji akan menjadi orang yang baik.
Segala harta yang diperoleh daripada lukisan dan berus ajaib
kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin dan selebihnya
dibahagikan kepada penduduk pekan tersebut. Pari-pari kemudian
melupuskan berus ajaib tersebut dan berharap Ali boleh meneruskan
minat melukis dan mampu meneroka peluang pekerjaan yang lain.

15

PENGAJARAN

KITA HENDAKLAH MEMBANTU
ANTARA SATU SAMA LAIN
KITA TIDAK BOLEH SOMBONG
DAN ANGKUH KERANA
PERBUATAN ITU KELAK
MEMAKAN DIRI
KITA PERLU MENGHORMATI
ORANG LAIN

16

TAMAT


Click to View FlipBook Version