BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT NEGERI SEMBILAN ADAT PERPATIH PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN mpu 3182 Tradisi turun temurun
NAMA PENSYARAH PUAN AIDA NASRIN BINTI NASARUDIN NAMA AHLI KUMPULAN NUR SYAHIRAH AZAHRA BINTI MUHAMAD YUNUS (BM23100011) AINUN NAJIHAH BINTI MASRAN (BM23100019) PUTERI NUR IMAN BINTI ASMAL (BM23100018) NUR ADDINA NAJWA BINTI ABD RASHID (BM23100007) PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MMPPUU -- 33118822
PENGENALAN ADAT PERPATIH BERASAL DARI TANAH MINANGKABAU , SUMATERA. DIASASKAN OLEH SEORANG PEMIMPIN MINANG BERNAMA SULTAN BALUN YANG BERGELAR DATO PERPATIH NAN SEBATANG
Fashion ADAT PEPATIH ADAT PERPATIH ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI SISTEM MATRILINEAL, DI MANA KETURUNAN SESEORANG ITU DISUSURGALURKAN MENGIKUT SEBELAH IBU (NISAB IBU). DIANGGAP SEBAGAI SATU KAWALAN SOSIAL DAN MERUPAKAN SATU SISTEM KEKERABATAN YANG AMAT LIBERAL DAN MENYELURUH.
PERUT ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN Hubungan di antara individu-individu di dalam perut biasanya sangat rapat berdasarkan kepada perasaan persaudaraan dan ‘kekitaan’. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelarkan sebagai Buapak. Tanggungjawab Buapak adalah sangat luas, antaranya ialah menjaga maruah anggota-anggota perutnya, menguruskan adat keramaian seperti perkahwinan, berkadim dan perwarisan harta. Sosio-politik terkecil dalam sesuatu suku. Setiap anggota perut berasal dari keturunan perempuan (moyang) yang sama. Anggota perut terdiri dari keluarga sedarah nisab ibu dan beberapa anggota lain yang telah berkadim. Berkadim pada umumnya bermaksud memperolehi saudara bagi sesuatu perut (Mohd Rosli, 2011). Berkadim adalah satu proses memperolehi saudara yang disaksikan oleh lembaga, buapak, ibu soko dan anak angkatnya, yang disertai oleh adanya harta pusaka iaitu tanah dan rumah. Sekiranya tiada perkara tersebut, berkadim tidak sempurna. Berkadim juga melibatkan tanggungjawab anak angkat yang berkadim dan hati yang ikhlas dan kejujuran di pihak yang memberi dan menerima.
BEBERAPA PERUT PULA MEMBENTUK SUKU IAITU SATU UNIT KEKELUARGAAN YANG LEBIH BESAR. ANGGOTA SUKUJUGA PERCAYA BAHAWA MEREKA BERASAL DARI SATU KETURUNAN YANG SAMA CUMA TERLALU JAUH UNTUK DISUSUR GALUR. ANGGOTA LELAKI MENGANGGAP SEMUA PEREMPUAN DALAM SUKUNYA ADALAH KELUARGA, DAN BEGITULAHSEBALIKNYA. HUBUNGAN DAN IKATAN KEKELUARGAAN YANG SEDEMIKIAN RUPA MEMBUAT ENDOGAMY YANG TIDAKMEMBENARKAN KAHWIN SESUKU. SESIAPA YANG KAHWIN SESUKU, BAGI SI WANITA YANG TERLIBAT ADALAH DILARANG MEWARISI TANAH PUSAKA, MANAKALA BAGI SI LELAKI PULA TIDAK LAGI LAYAK MENYANDANG MANA-MANA JAWATAN PEGAWAI ADAT. SEBENARNYA TERDAPAT DUA BELAS SUKU SAJA DALAM ADAT PERPATIH IAITU : SUKU BIDUANDA, SERI MELENGGANG,SERI LEMAK, ANAK ACHEH, TIGA NENEK, TIGA BATU, BATU BELANG, PAYA KUMBUH, SUKU MUNGKAL, TANAH DATAR, BATU HAMPAR DAN ANAK MELAKA. S U K U ADAT NOGORI PERPATIH
Luak ialah unit kawasan pentadbiran dari segi adat. Mengikut pentadbiran dari segi adat terdapat empat luak utama iaitu Sungai Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol yang diketuai oleh Undang yang Empat, dan Luak Tanah Mengandung yang meliputi lima luak kecil yang mengandungi Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini pula ditadbirkan oleh ketua adat yang bergelar Penghulu Luak. Dalam sesebuah luak terdapat lima atau enam suku utama dan tiap-tiap luak pula didominasi oleh suku Biduanda. LUAK
UNIKNYA MAKANAN TRADISIONAL : PEPATIH/MINANGKABAU CONTOH MAKANAN TRADISIONAL Makanan khas atau tradisi suku Minangkabau ini lebih dikenali dengan masakan Padang. Citarasanya yang pedas dipadukan dengan pelbagai aneka rempahratus khas Indonesia membuatkan makanan suku Minangkabau ini menjadi tarikan orang ramai. Ada pelbagai jenis makanan tarikan daripada suku Minangkabau, mulai dari makanan berat, manisan, kuih tradisional hingga minuman. Dendeng balado NASI KAPAU Lapek bugih kacimuih teh talua
POLITIK By Anit a Wr en Photogr aphs by Pa t Santos N O G O R I K I T O Dari segi politik Adat Perpatih bersifat demokrasi, iaitu perlantikan pemerintah dibuatdari bawah, iaitu Anak buah memilih buapak, buapak memilih lembaga , lembaga memilihUndang dan Undang akan melantik Yamtuan Besar (Raja). Ini bermakna Yamtuan Besartidak mempunyai hak dalam soal perlantikan pembesar kerana perlantikan itu dibuat oleh para pembesar yang berada di hierarki yang lebih ke bawah. Selain itu keputusan yang dibuatoleh Yamtuan Besar juga adalah berdasarkan keputusan bersama dengan Undang.
MALAM BERINAI, MAKAN BERADAB DAN BERSANDING bernikah / berkahwin KKeekkeelluuaarrggaaaann dalam PPeerrkkaahhwwiinnaann B ertu n a n g Perkahwinan adalah penting tidak kira adat , kaum mahupun agama.Tujuannya untuk merapatkan hubungan antara dua keluarga tidak akan lapuk dek hujan , lekang dek panas sehingga zaman kini. M erisik Meminang & Ta’aruf
ADAT PERPATIH Busana yang dipakai oleh pengantin lelaki adalah Baju Melayu Cekak Musang berbutang lima. Corak baju bermotifkan bunga cengkih dan tampuk manggis dari tenunan songket. Pengantin lelaki akan menggayakan destar Solok Timbo iaitu bahagian lambaian kasih melambai ke arah kiri telinga. Busana pengantin lelaki dilengkapkan dengan pemakaian keris disisipkan keris pendek berhulu burung serindit atau pekaka di pinggang sebelah kiri. Baju perkahwinan adat Pepatih yang dipakai oleh pengantin perempuan di Negeri Sembilan terdiri daripada Baju Kurung Labuh, Baju Kebaya Panjang, dan Baju Kebaya Setengah Tiang. Material kain yang sering digunakan ialah kain tenunan songket bunga tabur atau penuh, kain broked dan kain tenun BAJU PENGANTIN PEREMPUAN PAKAIAN PERKAHWINAN BAJU PENGANTIN LELAKI PAKAIAN MELAMBANGKAN KEBUDAYAAN
EMPAT PROSES PERKAHWINAN 1.Adat Merisik Usaha mencari calon menantu yang sesuai ini dipanggil sebagai merisik. Merisik atau Ta’aruf merupakan satu proses sebelum melakukan peminangan. Sebelum berkunjung ke rumah si dara, ibu bapa biasanya memilih beberapa orang saudara yang terdekat utuk menjadi wakil. Hal ini kerana, pada kebiasaannya pihak lelaki yang akn merisik pihak perempuan bersesuai dengan perbilangan adat: 2.Adat Meminang Adat meminang adalah satu adat susulan setelah Adat merisik dilakukan. Kebiasaannya adat meminang dilakukan setelah ibubapa si lelaki bersetuju untuk menjadikan gadis yang dirisik bakal menantunya. Meminang adalah membawa tapak sirih yang lengkap diisi dengan alatnya seperti daun sirih, kapur, gambir, bunga cengkih dan pinang yang telah dikacip untuk dipersembahkan kepada keluarga si gadis. PA G E F O U R| J O U R N E Y
3.Adat Bertunang Bertunang dilakukan setelah selesainya adat meminang dimana kedua -dua pasangan sudah bersetuju untuk ditunangkan. Di peringkat ini, tarikh melangsungkan perkahwinan akan ditentukan. Tempoh pertunangan biasanya mengikut kehendak kedua belah pihak untuk membuat persediaan bagi hari perkahwinan mereka. Selain itu, tempoh pertunangan merupakan tempoh pemerhatian dan percubaan bagi si gadis. Ketika tempoh ini, si gadis hendaklah menjaga diri seperti tidak boleh keluar rumah sesuka hati. Si gadis juga perlu belajar memasak, menjahit dan mempersiapkan diri untuk menjadi isteri sepanjang tempoh pertunangan. Bernikah Membatalkan air sembahyang Adat persandingan Adat menziarah 4.Perkahwinan Adat Perkahwinan adalah upacara kemuncak bagi keduadua pasangan pengantin yang disatukan, iaitu mereka disahkan menjadi suami-isteri mengikut hukum syarak dan saluran adat. Dalam Adat Perkahwinan, seseorang lelaki akan melalui empat tahap proses adat; 1. 2. 3. 4. Keempat-empat tahap ini dijalankan mengikut tertib adat dan mempunyai tatacara komunikasi tertentu iaitu komunikasi lisan dan bukan lisan. PA G E F O U R| J O U R N E Y
KESIMPULANKesimpulannya, adat perpatih yang diamalkan di beberapa daerah di Negeri Sembilan, sebagai contoh di Kuala Pilah yang merupakan satu peraturan dan undangundang setempat yang tidak seharusnya dipandang serong. Sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu keunikan dan keistimewaan yang perlu dipelihara demi manfaat dan kebaikan kepada masyarakatnya terutama di kalangan wanita. Ciri-cirinya yang hampir sama dengan konsep wakaf khusus yang disyariatkan di dalam Islam menjadikannya satu bentuk adat yang juga bersendikan kepada agama Islam. Namun begitu, amalannya perlu dipantau dan disusun atur dengan baik agar tidak wujud sebarang unsur kezaliman kepada mana-mana pihak mahupun kerugian kepada ummah secara umum terutama apabila tanah-tanah adat ini dibiar dan tidak diusahakan dengan baik hasil ketidakmuafakatan ahli-ahlinya. Peruntukan undang-undang yang ada seharusnya dipatuhi dan dilakukan penambahbaikan agar pelaksanaan tanah adat ini memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak