The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KELOMPOK & BUDAYA MINORITI (CDA20303)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANDIN MUSTAQIM, 2024-06-15 11:15:51

MINORITI SENI GHAZAL DI JOHOR

KELOMPOK & BUDAYA MINORITI (CDA20303)

PENGAJIAN: ISM SAINS SOSIAL GUNAAN ANTROPOLOGI DAN DAKWAH SEMESTER 4 (SESI 2023/2024) NAMA & KOD KURSUS: KELOMPOK & BUDAYA MINORITI (CDA20303) NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA AHMAD PUAD BIN MAT SOM TAJUK TUGASAN: MINORITI SENI GHAZAL DI JOHOR


AHLI KUMPULAN BIL. PROFIL NAMA PELAJAR NO. MATRIK 1. ANDIN MUSTAQIM BIN SAHRUDDIN 072188 2. AIMAN NAJMUDDIN BIN JAIDI 073868 3. AHMAD NUBHAN BIN SUHAILI 073446 4. FARHAN BIN AZMI 074563 5. AHMAD AFNANUDDIN BIN SABARUDDIN 074348


PENGHARGAAN Dengan rasa syukur kepada Tuhan, kami berterima kasih kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kami berjaya menyiapkan laporan penyelidikan bagi subjek Kelompok Budaya dan Minoriti untuk memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian dalam tempoh yang ditetapkan. Kami juga bersyukur kerana segala cabaran dan halangan yang kami hadapi semasa menjalankan kajian ini telah dapat diatasi. Pengalaman ini telah mengajar kami erti kesabaran dan manisnya kejayaan. Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Ahmad Puad Bin Mat Som sebagai pensyarah yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang proses kajian. Beliau juga memberi dorongan dan semangat kepada kami untuk menyiapkan kajian ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kerana memberi peluang kepada kami untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda serta menyediakan kemudahan logistik yang berguna. Juga kepada pihak perpustakaan atas penyediaan bahan rujukan untuk tesis ini. Terima kasih kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam penulisan kajian ini. Tanpa mereka, kami mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik. Juga kepada rakan-rakan sekerja yang turut bekerja keras dalam menghasilkan tugasan ini dan berkongsi idea serta pandangan untuk membantu kami menyiapkannya. Harapan kami adalah agar hasil kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan kami dan melahirkan individu yang cemerlang bagi negara. Kami juga berharap agar kajian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca untuk meningkatkan pengetahuan serta berkongsi maklumat dengan masyarakat setempat dan lebih luas.


ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar belakang 1.3 Persoalan 1.4 Objektif 2.0 MASALAH KAJIAN 3.0 METODOLOGI KAJIAN 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Dapatan Kajian dan Kaedah Temu Bual 4.1.1 Apakah makna Ghazal 4.1.2 Pengalaman sebagai penggiat seni Ghazal 4.1.3 Mengapa seni Ghazal kurang popular dikalangan anak muda 4.1.4 Adakah seni Ghazal ini relevan di peringkat tertinggi dan mampu menyaingi seni muzik yang lain 5.0 KESIMPULAN REFLEKTIF 6.0 RUJUKAN


1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Seperti yang kita tahu, muzik mempunyai salah satu peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Muzik menjadi satu hiburan bagi setiap populasi manusia di bumi ini dan juga menjadi sebagai satu sepadan untuk manusia meluahkan perasaan tidak kira sama ada sedih, gembira dan sebagainya. Selain itu, muzik juga menjadi satu pendekatan untuk menyebarkan nasihat dan info yang bermanfaat. Oleh hal yang demikian, banyak jenis muzik yang diciptakan sendiri oleh manusia ke dalam media hiburan. Namun, muzik ini mengikut perkembangan dan perederan zaman. Ada juga muzik yang menyampaikan mesej yang tidak bermanfaat seperti yang kita dapat lihat sekarang banyak muzik atau lagu - lagu yang berunsur negatif yang membawa kepada kerosakan akhlak dan moral. Muzik tradisional melayu berkembang mengikut perkembangan sesuatu kesenian. Muzik tradisional melayu yang berasal daripada dunia melayu lama seperti negara Malaysia, Indonesia dan sebahagian dari negara Thailand. Justeru itu, budaya di Malaysia ini banyak dipengaruhi oleh kebudayaan serantau. Terdapat juga pengaruh dari luar negara seperti Timur Tengah, India dan Cina yang telah mewujudkan pelbagai genre muzik di rantau ini. Mengikut sejarah, permulaan bagi muzik melayu ini hanya dari hasil tepukan dan hentakan kaki yang menghasilkan bunyi dan getaran yang merdu sekaligus terciptanya alat - alat muzik moden yang dibawa masuk oleh negara luar. Selepas kedatangan Islam, India dan Barat di tanah melayu, berlakunya perubahan seni Muzik Melayu dari segi tarian, dendangan irama lagu dan rupa bentuknya. Oleh hal yang demikian, dengan berlakunya pengaruh tersebut wujudnya pelbagai bentuk dan corak Seni Muzik melayu seperti Mak Yong, Dondang Sayang, Wayang Kulit dan Ghazal. Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular. Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor. Di istana, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada


sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Sehingga kini, muzik ghazal sering dimainkan di pelbagai acara atau keramaian yang diadakan di negeri Johor Darul Ta’zim. Terdapat beberapa ciri ghazal antaranya, kebanyakan lagu - lagu Melayu Ghazal ini diiringi oleh muzik yang khusus seperti yang dinamakan sebagai muzik pancaragam ghazal. Selain itu, lagu - lagu melayu asli seperti lagu Seri Mersing, Siti Payung dan sebagainya akan menjadi berbeza jika mengikut rentak dan irama ghazal. Ianya akan berbeza dari segi gayanya atau iramanya berbanding rentak dan irama aslinya. Selepas itu, Seni Ghazal ini berunsurkan rentak dan muzik Hindustan. Sehubungan dengan itu, Seni Ghazal ini menjadi satu permainan muzik yang tersendiri dengan memainkan lagu - lagu asli Melayu. Elemen utama Johor Ghazal adalah penggunaan alat muzik tradisional seperti gambus, harmonium, tabla, biola dan gitar. Setiap alat muzik memainkan peranan penting dalam penciptaan runut bunyi dan rakaman. Lirik ghazal ditulis dalam bahasa Melayu dan penuh dengan metafora, menyatakan tema cinta, semangat dan nasihat hidup. Namun begitu, pada zaman serba moden ini, seni ghazal menghadapi pelbagai cabaran termasuk persaingan dengan bentuk hiburan kontemporari dan perubahan keperluan masyarakat. Oleh itu, usaha untuk memelihara dan mempromosikan ghazal harus dilakukan. Kerajaan Johor, institusi kebudayaan dan kumpulan ghazal tempatan memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan seni tersebut. Aktiviti seperti bengkel, kelas dan pertandingan ghazal dianjurkan secara berkala untuk merangsang minat generasi muda danmeneruskan legasi ini.Melalui kajian ini, kita dapat lebih memahami kepentingan seni ghazal di Johor dalam konteks budaya dan masyarakat. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti kaedah untuk melestarikan seni ghazal agar dapat terus dihayati dan dinikmati oleh generasi akan datang. 1.2 Latar Belakang


Kajian ini dilakukan untuk mengidentifikasi budaya minotiri seni Ghazal di Johor. Antara aspek yang diambil kira adalah mengkaji kesannya, mencadangkan penyelesaian, dan memberi arahan kepada pembuat dasar. Tujuannya adalah untuk memahami Sejarah dan Asal Usul Seni Ghazal di Johor dan elemen-elemen utama dalam seni Ghazal di Johor yang berkesan dalam menangani masalah ini bagi meningkatkan kesedaran demi menjaga seni muzik tanah air yang kian lenyap ditelan arus pemodenan. Tambahan pula, kajian ini dilakukan agar dapat memelihara warisan budaya dan memperkuatkan identiti budaya Johor dengan mengekalkan seni Ghazal sebagai simbol keunikan dan kekayaan budaya negeri. Oleh itu, dalam menghadapi ancaman kepupusan akibat perubahan zaman dan globalisasi, usaha pemeliharaan yang inklusif adalah kritikal. Kajian ini bertujuan untuk menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang strategi pemeliharaan yang berkesan, memastikan seni ghazal terus hidup dan relevan dalam konteks masyarakat moden, serta merangkul semua golongan etnik dalam usaha melestarikan seni ini. 1.3 Persoalan Kajian a) Apakah Sejarah dan Asal Usul Seni Ghazal di Johor b) Apakah Elemen-Elemen Utama dalam Ghazal Johor c) Apakah Kepentingan Sosial dan Budaya Ghazal di Johor 1.4 Objektif Kajian a) Menganalisis Sejarah dan Asal Usul Ghazal di Johor. b) Mengenalpasti Elemen-Elemen Utama dalam Ghazal Johor. c) Meneliti Kepentingan Sosial dan Budaya Ghazal di Johor. 2.0 MASALAH KAJIAN Pada era globalisasi ini, umum mengetahui bahawa bidang muzik di tanah air sentiasa mempunyai penambahbaikan dari semasa ke semasa, lebih lebih lagi muzik kontemporari yang banyak menempa nama di persada dunia. Dalam masa yang sama juga, kesenian muzik tradisional masih lagi tidak dilupakan oleh masyarakat walaupun hanya sebahagian kecil yang masih memartabatkannya seperti nyanyian irama asli, syair, sajak dan sebagainya. Kendatipun


demikian, nasib yang kurang menyelebahi untuk seni Ghazal. Peredaran zaman yang semakin memenuhi kehendak masyarakat luar menyebabkan kesenian Ghazal membosankan dan semakin dilupakan jika dibandingkan dengan genre terkenal yang lain seperti rock, jazz, RnB dan banyak lagi.Dalam masa yang sama, apabila ada sesuatu perkara yang kurang mendapat perhatian umum, perkara itu perlu diwar-warkan. Hal ini dapat dilihat persis nasib seni musik Ghazal yang tidak diperluaskan kepada generasi baru khususnya. Perkara ini menyebabkan seni Ghazal ini tidak diketahui oleh mereka walaupun hal-hal asas kesenian ini. Muzik Ghazal juga jarang dipersembahkan kepada mereka samada secara langsung ataupun sebaliknya walaupun terdapat banyak platform untuk mengetengahkan seni Ghazal ini. Seterusnya, kajian ini juga menunjukkan bahawa kecelaruan atau tidak dapat mengenal pasti jenis atau kandungan lagu yang begitu jelas berdasarkan persembahan mereka. Hal ini kerana, di dalam buku Rangkaian Rubait ada menyatakan bahawa sebahagian besar kandungan Ghazal ini adalah puisi cinta dan nasihat, tetapi jika diikutkan dari masa ke semasa, banyak lirik lagu nasihat serta teladan telah ditambah, tetapi Ghazal ini masih tidak didengari oleh generasi sekarang walaupun kandungan lagu moden dan Ghazal hampir sama. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa kebanyakan orang sekarang tidak pasti tentang asal usul muzik Ghazal kerana terdapat banyak pendapat yang berbeza tentangnya di Johor. Oleh itu, semua masyarakat Melayu terutamanya mesti bertanggungjawab untuk mengekalkan kesenian warisan Melayu, walaupun seni ini berasal dari luar negeri Johor. Ghazal ini adalah amanah yang mesti dijaga oleh semua masyarakat Melayu. Kesenian yang telah diwarisi sejak dahulu lagi ini bukanlah satu perkara yang tidak bernilai; sebaliknya sangat bernilai kerana ia mempunyai banyak faedah yang boleh kita kekalkan untuk masa hadapan. 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN METODOLOGI KAJIAN Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi ini adalah satu kaedah yang digunakan bagi menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat


metodologi dimaksudkan sebagai satu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Selain itu, maksud lain bagi metodologi ini ialah kaedah, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Tujuan metodologi kajian ini adalah untuk membantu dalam memahami dengan lebih mendalam dan luas tentang pengaplikasian kaedah dalam sesuatu kajian. Metodologi kajian ini adalah merujuk kepada kaedah yang sesuai untuk menjalankan sesuatu penyelidikan dan untuk menentukan tatacara yang berkesan untuk menjawab permasalah kajian. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian ialah satu bentuk tindakan di mana bagaimana satu kajian itu itu dijalankan dengan lebih terperinci dan sistematik. Reka bentuk juga bertujuan untuk menjadi panduan kepada penyelidik ketika melakukan proses mengumpul , menganalisis dan mentafsirkan hasil kajian yang dilakukan. Oleh hal yang demikian, reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah kualitatif. Satu indikator ini dipilih bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan mencapai objektif kajian yang sedang dilakukan. 3.3 KAEDAH KAJIAN i) Temu Bual Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang berasaskan temu bual dengan informan secara formal yang melibatkan topik yang berkaitan dengan Budaya Kesenian Ghazal di Johor untuk mendapatkan data yang lebih tepat dan terperinci. Kaedah temu bual ini digunakan untuk memahami komunikasi lisan dan bukan lisan daripada informan. Kaedah ini juga akan membuatkan pengkaji lebih rapat dengan informan sekaligus pengkaji akan lebih faham dan menganalisis dengan mendalam dan efisien tentang Budaya Kesenian Ghazal di Johor. Sebelum pengkaji menjalankan sesi temu bual kepada informan, pengkaji akan menyediakan tujuh soalan kepada informan berdasarkan objektif kajian. Soalan - soalan yang dicipta adalah berkaitan dengan Budaya Kesenian Ghazal di Johor supaya memperoleh maklumat yang penting dan tepat daripada informan. Temu bual ini berlangsung secara


bersemuka bersama informan dengan menggunakan rakaman video serta catatan perekodan bertulis supaya segala maklumat tidak tercicir dan mempunyai fakta yang tepat dan padat tentang Budaya Kesenian Ghazal di Johor. ii) Sumber Internet Kajian kualitatif ini juga melibatkan penyelidikan sumber sekunder, seperti bahan ilmiah yang berkaitan. Rujukan ini boleh didapati daripada buku, majalah dan artikel yang dipaparkan di laman web tertentu. Bahan - bahan yang bersifat "soft-copy" ini dianggap sebagai bahan yang diperoleh daripada alam maya dan bukannya bahan fizikal. Pengkaji mendapatkan bahan internet ini daripada sumber web yang sah dan beberapa tesis siswazah daripada universiti terkemuka di Malaysia. Selain itu, pengkaji mendapatkan artikel "soft-copy" daripada akhbar atas talian seperti Harian Metro yang berkaitan Budaya Kesenian Ghazal. 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Dapatan Kajian dan Kaedah Temu Bual Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual berstruktur dan untuk mendapatkan data bagi menjawab objektif kajian. Temu bual berstruktur merupakan kaedah kajian kualitatif yang telah dijalankan bagi tugasan ini. Sebanyak empat soalan berstruktur telah dikemukakan dan pengkaji telah membuat ulasan berdasarkan soalan yang telah dibina bagi memudahkan analisis mengenai kelompok Minoriti Budaya Kesenian Ghazal di Johor. Bil Isu 1 Informan 1 1. Apakah maksud Ghazal? Menurut pandangan anak muda berkemungkinan seni Ghazal ini ada satu pemikiran ataupun seni pemikiran


falsafah tokoh Islam iaitu Al-Ghazali. Memang ada kaitan Ghazal ini daripada Timur Tengah dan juga berunsurkan daripada perkatan Arab yang bermaksud “bahasa kasih”. Oleh itu, masyarakat dari Timur Tengah terpengaruh dengan seni ini dan terkenal dengan puisi dikalangan anak-anak muda pada zaman Arab Jahiliyyah dengan mendendangkan seni berbentuk puisi dan melagukan irama-irama mereka tersendiri. Selepas itu, seni ini meluas sehingga kedatangan orang Arab ke India sehingga mempengaruhi di Tanah Melayu sendiri. Mereka membawa masuk seni ini disebabkan masyarakat Melayu pada masa itu lebih cenderung dan minat terhadap puisi serta seni-seni yang menggunakan alat muzik dan sebagainya. Secara ringkasnya, seni Ghazal ini dipengaruhi orang orang Arab dan alat-alat muziknya bercirikan Hindustan dan India. Jadual 1.0 Berdasarkan Jadual 1.0 di atas, responden menyatakan maksud Ghazal menurut kefahaman anak muda pada zaman ini dengan mengaitkan kesenian daripada pemikiran tokoh Islam iaitu Al-Ghazali. Responden juga menyatakan bahawa Ghazal ini berasal dari kawasan Timur Tengah. Namun Ghazal disini adalah bermaksud ‘bahasa kasih’. Seni ini dipengaruhi oleh masyarakat Arab yang menggemari seni muzik pada zaman itu. Puisi yang berlagu adalah satu komponen yang masyarakat tersebut dendangkan mengikut irama-irama mereka tersendiri. Kemudian, orang Arab datang ke Tanah Melayu bagi tujuan perdangangan dan penyebaran ajaran Islam sekali gus membawa budaya mereka ke Tanah Melayu. Mereka membawa masuk seni Ghazal ini dan menyebabkan masyarakat Melayu pada masa itu lebih cenderung dan minat terhadap puisi serta seni-seni muzik yang menggunakan alat muzik dan sebagainya. Secara ringkasnya, seni Ghazal ini dipengaruhi orang orang Arab dan alat-alat muziknya bercirikan Hindustan dan India.


Bil Isu 2 Informan 1 1. Pengalaman sebagai penggiat seni Ghazal? Responden sendiri pernah mendendangkan seni Ghazal di hadapan penggiat seni Ghazal yang telah berusia. Menurut penggiat seni Ghazal tersebut beliau berkata seni Ghazal ini masih lagi segar dalam ingatan walaupun sudah lanjut usia. Beliau menyatakan seni Ghazal ini walaupun kurang diminati oleh anak muda namun mereka yang masih mendendangkan seni ini amat komited dan bersemangat dalam mengekspresikan seni ini agar dapat didendangkan kepada generasi baharu. Kata orang sumber, ini merupakan satu pengalaman yang tidak mudah diperoleh kerana seni ini hanya diperjuangkan oleh segelintir masyarakat di Johor sahaja. Jadual 2 Responden sendiri mempersembahkan seni Ghazal di hadapan seorang bekas penyanyi Ghazal. Menurut pendokong seni ghazal, beliau berkata walaupun sudah tua, karya ghazal masih segar dalam ingatannya.Beliau berkata, walaupun seni ghazal tidak begitu popular di kalangan anak muda, namun segelintir mereka yang terus mendendangkan seni ini sangat berdedikasi dan bersemangat untuk mempersembahkan seni ini kepada generasi baharu. Ini adalah pengalaman yang jarang berlaku kerana seni ini diamalkan oleh beberapa orang di Johor sahaja, menurut responden. Bil Isu 3 Informan 1


1. Mengapa seni Ghazal kurang popular dikalangan anak muda? Golongan muda lebih cenderung kepada muzik moden dan juga menjadi saingan kepada seni muzik Ghazal. Apabila anak muda mendengarkan seni muzik Ghazal mereka berpendapat bahawa genre ini agak lapuk dan ketinggalan zaman. Hal ini kerana, kurang pendedahan di peringkat platform media yang memainkan atau mengetengahkan seni Ghazal ini. Sebagai contoh, Anugerah Juara Lagu (AJL) yang hanya mengetengahkan kepada muzik moden berbanding irama Malaysia khususnya seni Ghazal ini. Dalam hal ini, anak muda tidak mengenali apakah itu seni Ghazal khususnya di Johor kerana kurang sokongan daripada pihak bertanggungjawab dalam mengekspresikan seni warisan Johor ini. Jika tiada tindakan yang efektif diambil maka anak muda pada generasi akan datang tidak dapat menghayati keindahan seni yang halus tetapi penuh dengan maksud ini. Jadual 3 Orang muda meminati muzik moden dan mereka benar-benar bersaing dalam seni muzik Ghazal. Apabila anak muda mendengar seni muzik Ghazal, mereka menganggap gaya ini sudah agak lama. Ini disebabkan oleh kurangnya pentas media atau penyampaian seni Ghazal. Contohnya, Anugerah Juara Lagu (AJL) hanya menampilkan muzik kontemporari dan irama Malaysia khususnya Ghazal. Dalam konteks ini, kerana kurangnya sokongan daripada pihak yang bertanggungjawab mempersembahkan seni ini yang merupakan warisan Johor mengakibatkan anak muda khususnya di Johor mengetahui apa itu seni Ghazal. Jika tiada langkah konkrit diambil, belia generasi akan datang tidak akan dapat memanfaatkan keindahan seni yang ringkas tetapi bermakna.


Bil Isu 4 Informan 1 1. Adakah seni Ghazal ini relevan di peringkat tertinggi dan mampu menyaingi seni muzik yang lain? Seni Ghazal ini masih relevan kepada semua lapisan masyarakat jikalau Ghazal ini diperbaharui mengikut peredaran zaman tanpa mengubah keaslian dan keunikan Ghazal itu. Jika masih mengekalkan ciri klasik lama dari segi persembahannya mungkin ini menyebabkan seni Ghazal ini tidak popular dikalangan masyarakat di Johor dan Malaysia secara amnya. Setiap pembaharuan mesti mengekalkan disiplin dan keunikan Ghazal itu sendiri sehingga dapat dipentaskan di peringkat tertinggi sekali gus membawa keunikan masyarakat minoriti ini ke persada antarabangsa. Jadual 4 Seni Ghazal, yang merupakan salah satu seni muzik tradisional Malaysia, masih mempunyai relevansi di peringkat tertinggi dan mampu menyaingi seni muzik yang lain dengan syarat usaha yang berterusan dilakukan untuk memelihara dan mempopularkannya. Berikut adalah beberapa cara untuk memastikan seni Ghazal tetap relevan: ● Pendidikan dan Latihan: Melalui pengajaran di institusi pendidikan dengan emasukkan seni Ghazal ke dalam kurikulum muzik di sekolah dan universiti untuk memastikan generasi muda memahami dan menghargai seni ini. Selain itu,adalah dengan melalui kelas dan bengkel dengan menganjurkan kelas dan bengkel Ghazal untuk melatih pemuzik muda dan memberikan mereka platform untuk belajar daripada pakar-pakar Ghazal. ● Pemodenan dan Inovasi: Gabungan tradisional dan moden dengan menggabungkan elemen-elemen moden dengan muzik Ghazal tradisional untuk menarik minat pendengar muda. Ini boleh termasuk menggunakan instrumen moden atau menghasilkan muzik Ghazal dengan sentuhan kontemporari. Seterusnya kolaborasi dengan artis moden dengan


mengadakan kolaborasi antara pemuzik Ghazal dan artis moden untuk menghasilkan karya yang menggabungkan kedua-dua gaya muzik ini. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, seni muzik Ghazal membawa pelbagai kelebihan yang signifikan dalam memperkayakan kehidupan masyarakat. Ghazal memainkan peranan penting dalam memelihara dan mewarisi warisan budaya, meningkatkan kesedaran dan pendidikan budaya, serta membina identiti nasional yang unik. Dari sudut ekonomi, Ghazal menyumbang melalui pelbagai aktiviti industri kreatif, manakala dari aspek sosial, ia membantu mengeratkan hubungan komuniti dan menawarkan kesan terapeutik yang bermanfaat bagi kesejahteraan emosi. Di samping itu, muzik Ghazal juga mendorong pengembangan seni dan kreativiti, serta berfungsi sebagai alat diplomasi budaya yang memperkenalkan keunikan budaya tempatan di peringkat antarabangsa.Justeru itu,sumbangan musik ghazal juga daapt menigkatkan kesedaran budaya iaitu melalui persembahan dan pendedahan muzik ghazal itu sendiri , ianya melalui kesedaran terhadap keunikan dan keindahan dari segi budaya tempatan dapat dipertingkatkan,seterusnya ia akan memupuk sifat kagum dan bangga terhadap masyarakat mereka sendiri. Di samping itu,ia juga memberi kesan yang positif terhadap pendidikan dan pembelajaran bagi masyarakat yang melihat ataupun mendengar kesenian musik ini.Ini kerana musik ghazal boleh digunakan sebagai alat pendidikan untuk menanamkan sifat nilai - nilai murni kesenian dan kehebatan sebuah bahasa. Lirik ghazal juga merupakan sebuah puisi yang sering mengandungi pengajaran moral dan etika. Dengan segala sumbangan yang telah diberikan dan disumbangkan oleh kesenian musik ghazal , mereka juga mengharungi beberapa cabaran bagi melestarikan kesenian ini. Antara cabaran yang mereka harungi adalah seperti kekurangan minat bagi generasi muda ,ini kerana selepas kehadiran musik moden mereka kurang mendapat perhatian kerana media massa lebih memfokuskan musik moden sedangkan kesenian musik lama seperti musik ghazal lebih menarik dari segi bahasa dan liriknya. Justeru itu, seni ini tidak diambil endah oleh generasi muda yang pakar dari segi mendengdangkan musik ini,kebanyakan pemain dan penyanyi musik


ini lebih kearah generasi yang lebih tua. Kekurangan bakat muda yang berminat menceburi bidang ini menyukarkan kesinambungan seni musik ghazal Secara keseluruhannya, kelebihan-kelebihan ini menjadikan seni muzik Ghazal sebagai elemen penting dalam memperkaya dan memelihara identiti serta kesejahteraan masyarakat.


6.0 RUJUKAN 1. https://www.researchgate.net/publication/337603208_Fuad_Mohamed_Berawi_2 017_Metodologi_penyelidikan_Panduan_menulis_tesis 2. http://eprints.utm.my/41091/1/KamarulAzmiJasmi2012_MetodologiPengumpulan DataPenyelidikanKualitatif.pdf


Click to View FlipBook Version