The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOLIO8NOVEL4ZON2022
Nama : DAYANG ARIYANI BINTI ARDIM
Kelas : 4 JAZARI
H/R : SIR ANUAR
Nama Guru : EN SHURDI BIN SHUIB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ariyanidayang, 2022-06-10 08:50:07

FOLIO8NOVEL4ZON2022

FOLIO8NOVEL4ZON2022
Nama : DAYANG ARIYANI BINTI ARDIM
Kelas : 4 JAZARI
H/R : SIR ANUAR
Nama Guru : EN SHURDI BIN SHUIB

TAJUK KAJIAN:
8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 & 5

(4 ZON DI MALAYSIA)

Nama: Dayang Ariyani Binti Ardim
No.Maktab: PB190008
Homeroom: Sir Anuar
Nama Guru: En. Shurdi Bin Shuib

NO. ISI KANDUNGAN

1. SUBJEK
2.
3. PENGHARGAAN
4. PENGENALAN SETIAP 8 NOVEL
5.
6. SINOPSIS 8 NOVEL
7. KEKUATAN SETIAP NOVEL
KEKURANGAN SETIAP NOVEL
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

RUJUKAN

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat illahi kerana
dengan limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan dengan baik dan lancar tanpa
menghadapi sebarang kesukaran.

Seterusnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru mata pelajaran Bahasa
Melayu tingkatan 4 iaitu Encik Shurdi Bin Shuib kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya
dan telah memberi panduan serta sokongan yang amat diperlukan dalam proses menyiapkan
tugasan ini.

Tidak lupa juga saya akan jasa kedua ibu-bapa saya yang telah memberi sokongan kepada
saya dengan menyediakan gadjet seperti komputer riba dan telefon bimbit serta barangan yang
diperlukan untuk mnghasilkan sebuah folio seperti kertas warna, alat tulis dan lain-lain.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas saya kerana turut membantu
dan memberi panduan kepada saya dalam menghasilkan sebuah tugasan yang terbaik serta
memenuhi kriteria-kriteria yang telah dinyatakan oleh guru pada tempoh hari.

Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
membantu saya serta memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan sama ada
secara lansung atau tidak lansung kerana bantuan anda amatlah saya hargai.

PENGENALAN NOVEL
(JILID 1)

1. NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB
➢ CERITA RINGKAS TENTANG NOVEL
o Novel ini berkisarkan tentang keberanian dan keperwiraan seorang askar melayu dalam
mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh kuasa asing. Leftenan Adnan Bin Saidi
yang telah menunjukkan semangat kecekalan dari kecil serta mendapat dorongan dari
ayahnya untuk menjadi seorang askar. Keberanian beliau terbukti apabila beliau sanggup
berjuang hingga ke titisan darahnya.
➢ BIOGRAFI PENGARANG

o Abdul Latip bin Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di
Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954. Kini menetap di
Jelebu Negeri Sembilan. Beliau seorang penulis sepenuh masa yang menulis sajak,
cerpen, rencana, drama televisyen dan novel. Sebanyak 20 buah novel kanak-kanak,
remaja dan dewasa telah diterbitkan. Sejak tahun 2007, beliau lebih banyak menumpukan
pada penulisan novel sejarah dengan Syarikat Penerbitan PTS, kini lebih 30 buah novel

telah dihasilkan. Beliau telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Sayembara Cerpen
Berunsur Islam, Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara
Cerpen dan Puisi Negeri Sembilan, Sayembara Menulis Novel Sarawak 2005, hadiah
sayembara menulis novel sejarah Johor 2007, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005
dan 2007 serta Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri
Sembilan pada tahun 2007. Dalam senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi
Jualan 2011 PTS', beliau menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut. Pada tahun
yang sama, jualan buku-buku beliau yang mengkompilasikan beberapa novel yang telah
diterbitkan iaitu Imam-imam yang Benar, Khalifah-khalifah yang Benardan Perang-
perang yang Benar telah mencecah lebih sejuta ringgit. Dua yang pertama daripada tiga
kompilasi novel itu pula tersenarai dalam 'Top 10 Judul Buku Paling Tinggi Sepanjang
Tahun 2011 Berdasarkan PerolehanRinggit'. Selain terlibat dalam bidang penulisan, Pak
Latip juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan. Beliau gigih dalam
kempen membantu masyarakat Islam Kemboja yang daif. Melalui laman Facebook
beliau, Pak Latip berusaha meminta masyarakat dan peminat beliau untuk
menyumbangkan wang bagi membantu minoriti Muslim Kemboja. Antara bantuan yang
dihulurkan melalui dana yang dikumpul adalah bantuan persekolahan, elaun kepada guru-
guru, menderma naskhah-naskhah Al-Quran serta membina perigi di kampung Trapiang
Bralit dan Ratanatkiri, Kemboja.

➢ GAMBARAN NOVEL

SINOPSIS NOVEL

➢ SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL
o Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan

semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk
7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke rejimen Askar
Melayu telah terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah
Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan
darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian
dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

➢ SINOPSIS BAB 1 (DARAH PAHLAWAN)
o Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil)

bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak
lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu
dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang,
Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu
Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka
menghebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah
penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah (British) tidak suka kepada sesiapa yang
menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi
daripada Tanah Melayu.

➢ SINOPSIS BAB 2 (KAMPUNG SUNGAI RAMAL)
o Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan

Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi
suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-
ratus penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung
yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi
perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah.

Selepas tersedar Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor
gilirannya pula turun ke sawah.

➢ SINOPSIS BAB 3 (HARAPAN SEORANG AYAH)
o Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi

loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-
anaknya yang sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan
membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya.
Mereka gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana
sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan
tanggungjawab walau ketika membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-
anaknya tidak pernah dikecewakan. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu,
Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.

➢ SINOPSIS BAB 4 (DUSUN DURIAN DI TANAH PERKUBURAN)
o Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan.

Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan
sebab itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang
dermawan menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-
buahan, dia selalu menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi
menceritakan bahawa asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga
menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang
British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak memandang serong. Pak
Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik sedangkan
pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh
masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan
British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.

➢ SINOPSIS BAB 5 (HARAPAN SEORANG IBU)
o Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam

pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan
menyatakan hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah
tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan
pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat
mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah
menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi
menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi
berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan
hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga orang
anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan
kehendak Pak Saidi.

➢ SINOPSIS BAB 6 (GURU BESAR STEWARD)
o Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung

yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad
namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang
berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia
menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar baharu dituruti
oleh Pak Saidi. Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi
mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya mempunyai jati
diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-anaknya tidak menjadi
sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan
apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.

➢ SINOPSIS BAB 7 (MEREKA TIDAK MENGERTI)
o Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan

anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan
membantah tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta

Pak Saidi tidak menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau
mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak
Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu yang tidak elok perangai dengan
mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya
dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan hal ini.
Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.

➢ SINOPSIS BAB 8 (SETEGUH KARANG)
o Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan

getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak
Saidi tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia
tidak melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi
menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita
harus belajar dari bangsa yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan
yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang
mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak
mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju.
Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak
Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan di sekolah
Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau
anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan
pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

➢ SINOPSIS BAB 9 (ANAK-ANAK KAMPUNG)
o Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris.

Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa
perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia
belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia
lupa agama dan tidak berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi
malamnya dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan

Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi
askar supaya dapat mempertahankan Negara dari serangan musuh. Malamnya, rumah
mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi
dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada seorang yang mengena
belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi
mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu isterinya mungkin Nordin
salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling beluti oleh
Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta
pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson

➢ SINOPSIS BAB 10 (MASUK JAWI BASIKAL BARU)
o Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun

Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan
mengintai dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk
membelikan basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak
gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu
kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang
sebuah basikal baharu.

➢ SINOPSIS BAB 11 (YAKIN BOLEH)
o Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia

seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan
perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa
Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-
rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris.
Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan
semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak
Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak
Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-
kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut.

Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam
mendapat tempat ketiga.

➢ SINOPSIS BAB 12 (JAGUH KAMPUNG)
o Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya

mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan
mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung
Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan
yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili
Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan
hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut
tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas
hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri rambutan
Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita
tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak
bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.

➢ SINOPSIS BAB 13 (DARAH MUDA)
o Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di

sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita
menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu.
Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari
situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air.
Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-
anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.

➢ SINOPSIS BAB 14 (ASKAR MELAYU DIRAJA)
o Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil

anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak
menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa
anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang

berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda
kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya.
Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap
berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya
ibu Adnan mengalah.

➢ SINOPSIS BAB 15 (BUKU BERTEMU RUAS)
o Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem

latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang
lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah
diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang
datang ke rumahnya.

➢ SINOPSIS BAB 16 (PERWIRA)
o Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan

mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik
dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang
paling menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut
telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar
ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan
bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-
masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

➢ SINOSPSIS BAB 17 (KEHIDUPAN BAHARU)
o Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima

kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut
terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian,
Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya
Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya
bernama Sophia Pakih Muda.

➢ SINOSPSIS BAB 18 (BERHARI RAYA DI KAMPUNG)
o Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran

tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi
bayi perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi
ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal
di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen
Askar Melayu. Mereka hidup Bahagia.

➢ SINOPSIS BAB 19 (PERANG DUNIA KEDUA)
o Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu

maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang.
Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung
mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan.
Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan
di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa
bersiap sedia dan berjaga-jaga.

➢ SINOPSIS BAB 20 (BUKIT CANDU)
o Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir

Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa
British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada
kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana
kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu
berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina
melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa
Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah.
Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat

ialah memperketat kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan
gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli
keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga
tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah
yang harus mempertahankan tanah air.

➢ SINOPSIS BAB 21 (DI AMBANG PERANG)
o Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir

Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun
dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran
yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan
Singapura. Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan
adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah
tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai
bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam
keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah penduduk kampung
yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga
tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang
daripada mereka ialah Samad.

➢ SINOPSIS BAB 22 (HATI-HATI YANG RESAH)
o Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pangkalan

tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang
melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit
Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau
di udara akhirnya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah
kapal di lautan yang dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan
untuk berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau
melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka
berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan
berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya

mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang
semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang
dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.

➢ SINOPSIS BAB 23 (BERMULANYA SENGKETA)
o Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan

menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau
penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga
bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia
berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar
Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan
Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada
dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan.
Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata
perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

➢ SINOPSIS BAB 24 (PERANGKAP TIDAK MENGENA)
o Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan

oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula
membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa
tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan
kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat
sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-
sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu
mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula
mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk komander batalionnya,
Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel
Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: “Kubu-kubu
kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan
sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai,
tidak dapat mengangkat kepala mereka”. Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan

serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang
menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam
pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British
yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang
penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang
mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah
dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan
Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat
dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.

➢ SINOPSIS BAB 25 (GAGALNYA OPERASI MATADOR)
o Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan Tentera

British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan
udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di
Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral
A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya
tentera Jepun sudah pun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan
kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera
Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya.
Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah
menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun berjaya menawan
Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun dan
tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal
Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas
serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai
Petani.

➢ SINOPSIS BAB 26 (SERANGAN BERTALI ARUS)
o Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam

masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan
British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke
Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak
Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap
dua buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya
ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival
memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera
Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember
1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun menyerang
pertahanan British di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan
membuat serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun
bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk
memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga
Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan.
Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban
di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan
memikirkan nasib suaminya.

➢ SINOPSIS BAB 27 (PERANCANGAN DUA JENERAL)
o 31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun.

Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di
mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya
menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada
tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu,
Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan
dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942,
seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang
terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha
menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati

gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan
kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan
menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-
sungguh mempertahankan Tanah Melayu.

➢ SINOPSIS BAB 28 (PERTEMPURAN DEMI PERTEMPURAN)
o 3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral

Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di
bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan
supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut
Singapura. Pasukan artileri Jepun pula menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar
dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor
Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi
hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes
yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan
tentera Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu bersungguh-sungguh
mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk
bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan anggotanya tetap akan
berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota pasukannya tidak ramai
tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan
tentangan sengit kepada musuh.

➢ SINOPSIS BAB 29 (TERUS BERJUANG)
o Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang itu

Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang
adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan.
Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut
Jepun. Malam keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang
apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir

Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan Jeneral A.E. Percival.
Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan
mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun
dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu
diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan.
Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu mempertahankan
Pasir Panjang.

➢ SINOPSIS BAB 30 (SERANGAN BALAS)
o Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat

Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi
gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan
mengarahkan anggotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk
berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun
dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban.
Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan
semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya
mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran
berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi
dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun
menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati
kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun
yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

➢ SINOPSIS BAB 31 (BIAR PUTIH TULANG)
o Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut

hingga musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas
tentera Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu
telah musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama
kemudian kapal terbang Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata
pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal

Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai
arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan
oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya
jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih
kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

➢ SINOPSIS BAB 32 (TUMPAH DARAH PERWIRA
o Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,

termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata
mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran
berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak
musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera
parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang
sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang
orang-orangnya untuk bertahan bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana
keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan
Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana
meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris
panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di
bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok
tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

➢ SINOPSIS BAB 33 (JAUHNYA KOTA SINGA)
o Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah,

Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan
Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu
memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang
putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata
tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian
Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga

ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat
askar Melayu lalu mengebumikannya.

➢ SINOPSIS BAB 34 (DARAH MENGALIR DI SUNGAI RAMAL)
o Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.

Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat
tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga
Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak
muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat
bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu.

➢ SINOPSIS BAB 35 (PERJUANGAN BELUM BERAKHIR)
o Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah

pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan
keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba
kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas
perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi
dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945,
Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat
telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai
kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-
anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah
ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di
sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah
berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin,
mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.

KEKUATAN NOVEL

Novel yang saya kaji tingkatan 4 ialah Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
Talib. Terdapat beberapa kelemahan di dalam novel ini.

Pada pendapat saya, novel ini banyak mengetengahkan sifat patriotisme justeru nilai ini secara
lansung dapat dipratikkan dalam kalangan pembaca kerana sifat yang ditonjolkan oleh Leftenan
Adnan yang mempunyai semangat keperwiraan dan keberanian untuk menjadi seorang askar
sejak kecil dapat dijadikan teladan kepada pembaca.

Seterusnya, novel ini juga banyak menerapkan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan panduan
dalam kalangan pembaca. Sebagai Contoh, Nilai Kesederhanaan. Sikap yang ditunjukkkan oleh
Pak Saidi yang bersederhana tentang cerita bahawa moyang mereka adalah Dol Said amatlah
penting dalam menerapkan sikap bersederhana dalam kalangan masyarakat kini, terutamanya
kepada mereka yang seringkali sombong akan hal-hal sebegini.

Selain itu, kebijaksanaan pengarang dalam menjadikan Hang Tuah, seorang pahlawan yang
handal pada suatu ketika dahulu sebagai idola Adnan dalam meneruskan impiannya untuk
menjadi askar dapat menarik minat pembaca untuk mempelajari tentang sejarah negara kita
dengan lebih mendalam.

Di samping itu, novel ini jugak didapati tragis kerana terdapat 13 peristiwa kematian askar
dalam memperjuangkan kebebasan tanah air daripada kuasa penjajah asing dan secara tidak
lansung peristiwa ini dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan pembaca akan usaha askar-
askar negara kita yang sanggup berkorban justeru sebagai tanda penghargaan terhadap jasa-jasa
askar negara kita.

Akhir sekali, usaha pengarang dalam menghasilkan jalan cerita yang menarik amatlah
dihargai kerana menurut pendapat saya, novel sebegini memerlukan banyak maklumat yang
benar dan pengarang mesti bersusah payah untuk mendapatkan maklumat tersebut sama ada
daripada penduduk tempatan ataupun laman sesawang di Internet. Selain itu, pengarang
memperlihatkan nilai kerajinan dan kejujuran sepanjang proses pembikinan novel ini.

kelemahan novel

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip Bin Talib. Terdapat beberapa kelemahan di dalam novel ini.

Pada pendapat saya. Pengarang yang bersikap tidak bertimbang rasa terhadap keselamatan
pembaca dalam usia kanak-kanak kerana pengarang membenarkan penyataan bahawa ayah Saidi
membuat keris kayu dan senapang kayu sebagai alat permainan anak-anaknya meskipun alatan-
alatan seperti itu sewajarnya amatlah bahaya untuk kanak-kanak.

Selain itu, novel ini juga banyak menyatakan nilai-nilai negatif yang tidak patut dijadikan
teladan terhadap golongan pembaca. Sebagai Contoh, Mak Milah yang tidak berfikiran terbuka
kerana dia takut akan pandangan orang kampung terhadap anak-anaknya yang bersekolah di
sekolah inggeris manakala Pak Saidi mengatakan sebaliknya. Selain itu, penduduk kampung
yang berfikiran kolot kerana menurut mereka, bersekolah di sekolah inggeris dapat memurtadkan
agama atau membuatkan anak-anaknya lupa akan pendidikan agama.

Seterusnya, jalan cerita novel ini yang kebanyakannya fakta membuatkan cerita ini kurang
menarik kerana pembaca tidak boleh berimaginasi serta kekurangan elemen-elemen yang mampu
menjadikan jalan cerita novel itu lebih menarik seperti teknik suspen, teknik imbas muka dan
sebagainya.

Akhir sekali, Jalan ceritanya yang perlahan serta mempunyai banyak pecahan bab
membuatkan sesetengah pembaca berasa bosan kerana pengakhirannya yang terlalu lambat untuk
dicapai tambahan pula tiada elemen-elemen yang mampu membuatkan pembaca lebih
menghayati jalan cerita novel itu.

cadangan penambahbaikan

Pada pendapat saya, cadangan penambahbaikan untuk novel ini adalah dengan mengurangkan
nilai-nilai negatif dalam jalan cerita agar tidak menjejaskan pemikiran pembaca ke arah negatif.

Selain itu, pengarang mestilah peka akan aspek keselamatan watak kerana kemungkinan
pembaca kanak-kanak akan terpengaruh dan membahayakan diri mereka.

Seterusnya, pengarang mestilah menyeimbangkan cerita fakta dan rekaan bagi membuatkan
jalan cerita tidak terlalu bosan dan bersifal logikal.

Akhir sekali, pengarang mestilah mengurangkan bilangan bab atau meringkaskan sedikit
jalan cerita agar plot cerita tidak kelihatan terlalu panjang dan membosankan pihak pembaca.

Pengenalan novel
(jilid 2)

2. NOVEL DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
➢ CERITA RINGKAS TENTANG NOVEL
o Novel ini berkisarkan tentang seorang gadis pintar iaitu Farisha, pakar penggodam sistem
pengkomputeran yang menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri yang taasub
akan mencipta sesuatu yang baharu yang sanggup mengetepikan semua nilai-nilai
kemanusiaan asalkan tujuannya tercapai.
➢ BIOGRAFI PENGARANG NOVEL

o Pengarang novel ini dikenali sebagai Dayang Noor manakala nama sebenarnya ialah Nor
Aziza Binti Sulaiman. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang,
Pahang dan seterusnya di Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru dan mengambil
aliran Sains. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian sehingga memperoleh ijazah
kejuruteraan dalam bidang elektronik dan komputer di Universiti Pendidikan Malaysia.
Beliau mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang IT selama 15 tahun.

➢ GAMBARAN NOVEL

SINOPSIS NOVEL

➢ SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL
o Novel ini berkisar tentang seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula mengenali

Aqram dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur. Selepas itu,
Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman ketika mereka
bertemu dengan Aqram dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium. Setelah
bersetuju, Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman 22 25 dengan Dr. Maxi yang
dibantu oleh Aqram, Khairul Anwar, dan Alia. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada
Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh
sebulan. Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis rencana manakala Farisha akan
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Shida merupakan pelan sandaran yang
terakhir. Projek Dinara di Soft Lab terpaksa dihentikan kerana Karl terlantar akibat barah
usus. Dr. Maxi mengetuai Projek Dinara. Dalam badan Farisha telah dimasukkan cip
telepati yang dapat berhubung terus dengan Karl. Semua perbualan Farisha dengan Karl
dapat dilihat oleh Dr. Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar. Sejak itu, kesihatan Farisha
kurang stabil. Shida pula dapat mengesan misteri dalam Projek Dinara apabila nama
Medina dipadamkan dari sejarah syarikat Soft Lab. Farisha melawat Azraai dan terkejut
kerana Azraai terkena serangan jantung serta mengetahui hakikat bahawa dia anak angkat
dalam keluarga Azraai. Keesokannya, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke
hospital. Dr. Maxi merancang Plan B untuk menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha.
Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Farisha mengalami
mimpi bertemu dengan ibunya, Medina (Marilyn). Farisha memberitahu Azraai bahawa
Marilyn menghubunginya menyebabkan Azraai membawa Farisha keluar dari hospital
menuju ke selatan. Farisha telah diculik oleh pembantupembantu Medina di Hentian
Pagoh. Kedatangan Marilyn ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa dia ialah ibu
kandung Farisha hasil hubungannya dengan Karl. Karl menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada pukul 7.00 malam.

➢ SINOPSIS BAB 1
o Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem, baru sahaja

selesai bermesyuarat di Nusa Jaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha
berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam
kapal terbang ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram
yang merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu
apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi apabila melihat 27 pintunya juga telah
terpasang retinal scanner. Farisha terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya yang
sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment mereka.
Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel
Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan
minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama dengan Dr.
Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.

➢ SINOPSIS BAB 2
o Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium

yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam
Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur
kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha
berasa kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui
hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan
ini Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di
makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha
menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perang. Tetapi pendinding
WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul
dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk
dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.

➢ SINOPSIS BAB 3
o Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek,

Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan
perkara itu di Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima
anugerah inovasi peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa
dengan Karl, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi dan
beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga
kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit
waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha dan Rosman diberi peluang
untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara yang diteraju oleh Karl
terhenti kerana dia sakit.

➢ SINOPSIS BAB 4
o Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di

Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan
Khairul Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan
yang canggih termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga
menunjukkan beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat
teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan
hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya
ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya barulah tugasan
Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersamasama. Namun, dalam masa yang
sama Dr. Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan
mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk
menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga sebagai physical
backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke
dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.
Maxi akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia, sebuah cyborg canggih
supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha dan Shida.

➢ SINOPSIS BAB 5
o Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Shida dibawa oleh Khairul

Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod
program yang ada dalam Soth Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat
kepada Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi
hypervisor di dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh
telah berjaya menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada
tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5
juta yang dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua kelemahan
Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat
bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di
Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada perjanjian awal.
Farisha bersetuju. Farisha pulang 29 dengan kepala yang berat memikirkan tentang
Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab pula, Alia
bertengkar dengan Dr. Maxi kerana banyak data pengetahuan dan perasaannya telah
dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan
cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain yang ada hubungan dengan Karl. Pada
masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu
mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk
membesarkan skop kerjanya. Pada malam itu Shida mengalami mimpi ngeri sehingga
terlambat bangun.

➢ SINOPSIS BAB 6
o Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu.

Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan
mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl. Dalam
komunikasi itu Karl meminta pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara.
Oleh sebab tidak dapat mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi
cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih
segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir
dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yang bernama Medina

yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini demikian diterangkan oleh
Shida melalui kajiannya di Arkib.

➢ SINOPSIS 7
o Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell.

Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka
berbincang, tiba-tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih
memancar ke arahnya. Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka
bergegas pulang. Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ
bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun
tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa perkakas besi termasuklah
suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua malam
selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai untuk makan malam di
rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak
mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu
bahawa abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat
mengejutkannya ialah, dirinya ialah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu
Farisha tidak dapat melelapkan mata

➢ SINOPSIS 8
o Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba

Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul
Anwar dan Dr. Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang
Farisha sekian lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang
membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr. Maxi, Aqram dan Khairul
Anwar bergegas ke Arkib untuk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya
tentang latar belakang penyakit Faris.

➢ SINOPSIS BAB 9
o Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan

Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha
telahpun ditanam dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl.
Karl menggunakan teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan
Farisha. Pada jam 5.30 petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula
pulang ke rumah dan cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal.
Namun Shida terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat.
Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah dan terdapat satu benjolan
kecil di belakang tengkuknya. Tetapi Farisha menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha
terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin (orang suruhan Marlyn/Medina)
datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang
sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini
mereka berjaya kerana WALL lemah apabila badan Farisha lemah. Selepas itu Aqram
pula mencari maklumat pada badan Farisha dengan menggunakan satu alat sepanjang
enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang
menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana
abangnya Azraai telah meminta 31 doktor memberikan ubat tidur kepadanya. Azraai juga
membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-
scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji
kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua
mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab
apabila diperlukan. Pada tengah malam itu Dr. Maxi menyarankan Shida akan
menggantikan tempat Farisha.

➢ SINOPSIS BAB 10
o Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama

Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk
menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu
selepas sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini
tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr. Maxi berdegil dan hanya memberhentikan

ujikaji ini selepas lima minit. Ini akan merosakkan otak seseorag. Dalam masa yang
sama, Farisha dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut
dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat
hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh
mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan
dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada
lelaki itu (Karl). Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup
melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Merlyn/Medina tidak peduli. Apa yang dia
mahu adalah ingin membuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’
itu. Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah
malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima
mikrocip WALL atau kesilapan Dr. Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas
Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti
kucing liar yang ketakutan.

➢ SINOPSIS BAB 11
o Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada

abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu
tentang Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya
daripada dijadikan bahan uji kaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan
beberapa orang lagi telah diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha
mendedahkan bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat
cemas dan menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar
dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju
mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh. Dalam
pada itu Alia ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr.
Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha
dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan
memusnahkan Dinara dan ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah
meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam
perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang

sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl
menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama
Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat berang.Karl juga
menyebut bahawa dia memukul seorang wanita sehingga menjadi cacat.

➢ SINOPSIS BAB 12
o Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha

bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi
terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di Soft
Lab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah
dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya. Perbualan
antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar.
Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida
akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak
Shida. Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam 33 Dinara, Dr. Maxi juga
menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah
dilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar
Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju ke Soft Lab, Cyberjaya.
Azraai juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan
yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan
bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu dengan anaknya itu. Namun
Farisha marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam
keadaan kaki dan tangan terikat, dia mahu dihantarkan kepada abangnya Azraai. Farid
dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang
agak perlahan lagu kegemaran Karl. Alia mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl
melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina.
Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap
Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa program dalam mindanya diubah.
Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan pengalamannya
selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen minyak Marilyn
menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa

dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu menempelak
bahawa Marilyn pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan
WALL di otak Farisha dihidupkan.

➢ SINOPSIS BAB 13
o Dr. Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan bahawa

keadaan kesihatan Karl sangat teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan
fikiran Karl melalui Shida. Dr. Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui
Shida Karl bangun dan bertindak melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus
dalam Dinara. Kebijaksanaan ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah
gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ
bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar.
Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup
mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di Soft Lab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj 34
fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya Marilyn/Medina
menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr. Maxi dan Aqramlah yang
menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai.
Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.

➢ SINOPSIS BAB 14
o Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang

sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr. Haris menyatakan
bahawa aktiviti otaknya semakin menurun. Semua orang yang ada di situ masuk bergilir-
gilir mendekati Karl. Bermula dengan Aqram, Dr. Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia,
dan akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya, namun
tiada jawapan. Tepat pada pukul tujuh malam, Dr. Haris mengumumkan Karl telah
meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di
Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang
bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup. Tetapi

terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. Aqram dapat
merasakan bahawa yang berfalsafah itu bukan Shida tetapi Karl.

KEKUATAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat beberapa kelebihan di dalam novel ini.

Pada pendapat saya, penggunaan istilah-istilah yang jarang didengar dapat membantu
pembaca untuk menambah kosa kata baharu yang akan digunakan dalam penghasilan karangan
yang gramatis terutamanya bagi pelajar.

Seterusnya, Novel ini dapat memberikan idea atau gambara awal kepada pembaca untuk
memajukan negara dengan memanfaatkan pengetahuan pemabaca dalam bidang teknologi
sebagai contoh kemajuan yang disebutkan dalam novel ialah penghasilan robot yang
menggantikan manusia melakukan kerja.

Selain itu, Novel ini merupakan novel sains fiksyen. Jalan ceritanya sangat menarik kerana
tidak dapat dijangka dan dipenuhi dengan imaginasi membuatkan pembaca tidak bosan.

Di samping itu, elemen suspen dalam jalan cerita novel ini membantu pengarang dalam
menghasilkan jalan cerita yang lebih menarik. Sebagai contoh, Farisha yang mendapat berita
mengejut yang mengatakan bahawa dia sebenarnya ialah anak angkat kepada kedua ibu-bapanya.

Akhir sekali, novel ini menerapkan banyak nilai murni yang dapat dijadikan teladan dalam
kalangan masyarakat. Sebagai contoh, nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh perasaan sedih
Farisha apabila dia mengetahui abangya mempunyai penyakit sakit jantung.

KELEMAHAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini,

Pada pendapat saya, novel ini menggunakan terlalu banyak istilah yang tidak mampu atau
sukar untuk difahami oleh pembaca dan hal ini dapat memudaratkan jalan cerita novel kerana
pembaca berkemungkinan tinggi akan merasa mudah bosan kerana jalan cerita yang tidak
kesampaian.

Selain itu, sikap Aqram yang seringkali menceroboh privasi Farisha tanpa keizinannya adalah
satu contoh buruk yang tidak boleh dijadikan panduan serta teladan kepada pembaca.

Seterusnya, Novel ini yang berkisarkan tentang aktiviti menggodam amatla tidak sesuai bagi
pembaca terutamanya remaja kerana remaja ialah golongan yang mudah terpengaruh dengan
perkara-perkara yang negatif dan novel ini seolah-olah memberikan galakan kepada mereka yang
mungkin berasa ingin tahu dan ingin mencuba di alam nyata seterusnya mereka mungkin
terjerumus ke dunia gelap.

Akhir sekali, , Sikap Dr. Maxi dan Aqram yang tidak berperikemanusiaan dengan
memasukkan mikrocip ke dalam otak farisha dan Shida demi kepentingan tersendiri amatlah
kejam dan sikap ini tidak patut dijadikan teladan dalam kalangan pembaca.

PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pada pendapat saya, cadangan penambahbaikan yang perlu ada bagi menampakkan jalan
cerita novel yang lebih menarik ialah dengan mengurangkan penggunaan istilah yang terlalu
sukar untuk difahami dan menggantikan perkataan-perkataan tersebut kepada istilah yang lebih
mudah difahami.

Selain itu, pengarang mestilah mengurangkan nilai-nilai negatif dalam jalan cerita novel
agar pembaca tidak terkesan dan terpengaruh dengan hal-hal negatif.

Seterusnya, pengarang mestilah memberi amaran awal kepada pembaca bahawa ada adegan
yang tidak berperikemanusiaan agar pihak dewasa boleh menjauhkan novel ini dari kanak-kanak
supaya mereka tidak terpengaruh dengan peristiwa tersebut.

Akhir sekali, saya mencadangkan bahawa novel yang berunsurkan negatif perlu dielakkan
aebagai persediaan awal untuk mencegah golongan pembaca yang mudah terpengaruh seperti
golongan remaja untuk melakukan kejahatan yang akan membawa kemudaratan kepada diri
mereka sendiri.

PENGENALAN NOVEL
(JILID 3)

3. NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MAT DARIN
➢ CERITA SECARA RINGKAS
o Novel ini mengisahkan sifat cekal dan keberanian Lili semasa menempuh berbagai-bagai
permasalahan sosial dan kemasyarakatan yang berlaku sepanjang cuti persekolahannya di
Kampung Sentosa tanpa mengadu nasib kepada ibunya.
➢ BIOGRAFI PENGARANG

o Beliau dilahirkan pada 16 Mac 1981, Ruhaini Matdarin merupakan graduan bagi Fakulti
Pengurusan Kewangan dari Universiti Sains Malaysia (USM). Minat beliau untuk
menulis bermula ketika masih belajar di Sekolah Maktab Sabah pada tahun 2000, dan
akhirnya menerbitkan novel sendiri tujuh tahun kemudian. Kreativiti dalam penulisannya
seolah-olah memikat pembaca melalui gaya penulisan yang menerangkan keadaan
semasa yang berlaku di Malaysia, sambil menyelitkan jenaka dan satira. Beliau
merupakan salah seorang penulis yang paling produktif dan terbaik dalam peralihan

sastera di Malaysia. Karya-karyanya juga telah diterjemahkan dalam bahasa lain seperti
bahasa Rusia. Beliau dahulu pernah bekerja sebagai juruaudit di beberapa syarikat
pembinaan dan perundingan. Pada tahun 2016, beliau memilih untuk menjadi freelancer
agar mempunyai lebih banyak masa untuk menulis dan menjalankan perniagaannya
sambil menjadi aktivis dan dermawan. Beliau merupakan ahli Badan Bahasa dan Sastera
Sabah dan Persatuan Penulis Nasional (PENA). Novel Ruhaini Matdarin ‘Gadis Adikara’
telah memenangi salah satu hadiah utama Anugerah Sastera Sabah. Selama bertahun-
tahun, beliau juga menerima beberapa anugerah; Hadiah Sastera Sabah (2006/2007,
2008/2009, 2010/2011, 2012/2013, 2016/2017), Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2010,
2012, 2013, 2014), pemenang bagi Pertandingan Buku Terbaik Institut Terjemahan &
Buku pada tahun 2004 dan juga Hadiah Sastera Perdana 2017/2018.

➢ GAMBARAN NOVEL

SInopsis novel

➢ SINOPSIS KESELURUHAN
o Novel Jendela Menghadap Jalan diceritakan berdasarkan catatan Lili yang berlaku pada

bulan Ogos 2008. Novel ini mengisahkan sifat cekal dan keberanian Lili semasa
menempuh berbagai-bagai permasalahan sosial dan kemasyarakatan yang berlaku
sepanjang cuti persekolahannya di Kampung Sentosa. Cerita bermula apabila Lili
dihantar pulang bercuti ke kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu dengan
menaiki bas ekspres. Ibunya berpesan kepada Lili tentang perkara-perkara yang boleh
dan tidak boleh dilakukan semasa dia berada di kampung kelak. Semasa di dalam bas
ekspres, seorang gadis berketurunan India, Geetha duduk di sebelah Lili. Lili menyukai
panorama keaslian hutan di kampung itu. Lili berasa hairan apabila melihat kebanyakan
rumah di kampung itu dibina dengan kedudukan jendelanya yang rata-ratanya
menghadap jalan. Dalam pertemuan itu, nenek mengatakan bahawa Lili semakin besar.
Lili menghulurkan wang kiriman ibunya kepada nenek. Lili tekun menunggu dan
berharap agar datuknya bercerita tentang kepentingan susunan rumah dan jendela
menghadap jalan kepadanya. Namun begitu, datuknya bercerita tentang kelebihan dan
bagaimana akar-akar kayu berupaya untuk merawat pesakit melalui kaedah rawatan
tradisional. Nenek mengajak Lili pergi ke kedai runcit Letchumi selepas hujan berhenti.
Lecthumi yang berbadan gempal menyambut kedatangan nenek dan Lili dengan
mesranya. Lili telah bertemu dengan Geetha semula yang merupakan anak gadis
Letchumi. Lili terkejut dengan kehadiran tetamu di rumah datuknya beberapa minit
setelah mereka selesai bersarapan. Danel memberitahu Lili tentang isu kubah surau yang
hangat diperkatakan oleh penduduk kampung ekoran tiadanya pemuafakatan. Danel
berterus terang tentang kunjungannya ke rumah datuk untuk menghentikan pengambilan
ubatubatan herba tradisional oleh bapanya menyebabkan datuk berasa kecil hati. Datuk
teguh dengan pendiriannya bahawa kaedah rawatan tradisional lebih baik berbanding
dengan rawatan moden. Penduduk kampung bertelagah dan tidak bersepakat tentang isu
pemasangan kubah di bumbung surau usang. Nenek bercerita tentang nasib datuk Lili
yang akan kehilangan lima lagi pesakitnya yang datang dari Kuala Lumpur apabila

mereka menggunakan ubat ajaib untuk menyembuhkan penyakit. Datuk memberitahu Lili
bahawa semua pesakitnya telah lari. Rashid terlupa untuk menghantar Lili ke rumah
Geetha. Sebagai menebus kesalahannya, Rashid membawa Lili berjalan-jalan di pasar
malam di pekan. Lili mengunjungi Geetha yang diserang demam. Geetha tidak seronok
bercuti di kampung kerana dia berasa bosan. Geetha mendapatkan keizinan ibunya untuk
bermalam di rumah datuk Lili. Lili dan Geetha telah mendaki bukit untuk menikmati
pemandangan matahari terbenam dari puncak bukit. Geetha dan Lili ke kedai runcit yang
berhampiran untuk membeli barangan runcit. Mereka menyaksikan peristiwa anak-anak
Che Jah yang dikejar oleh sekumpulan pemuda kerana mencuri harta benda ibunya
sendiri. Che Jah menjerit dan sambil menangis mengenangkan sikap anak-anaknya yang
tidak mengenang budi itu. Nenek memberikan keizinan kepada Danel untuk mengajak
Lili ke pekan. Mereka singgah di restoran makanan segera. Mereka balik ke Kampung
Sentosa dengan menaiki bas. Setibanya di kawasan kampung, Lili melihat Rafiq yang
memegang senjata tajam dikejar oleh beberapa orang lelaki di belakangnya. Secara tiba-
tiba, Rafiq menjadikan Lili sebagai orang tahanan dengan mengacukan pisau tajam
berkilat di lehernya. Rafiq mengugut untuk mencederakan Lili jika ada antara lelaki itu
yang mendekatinya. Lili pengsan. Apabila Lili sedar, dia mendapati kedua-dua belah
tangannya diikat ke belakang dan disembunyikan di sebuah pondok buruk. Lili
mendengar suara Danel yang datang menyelamatkannya. Sebagai tanda kesyukuran
kerana Lili selamat, datuk sempat mengajak beberapa orang jemaah yang ada di
rumahnya untuk mengerjakan solat hajat. Nenek menasihati Lili agar tidak menyibuk
pasal keluarga Che Jah terutama yang melibatkan perihal Haziq dan Rafiq. Ketika berada
di rumah Che Jah, Lili memberitahu Che Jah bahawa dia memaafkan kesalahan Rafiq dan
Haziq atas kejadian yang berlaku semalam. Che Jah terharu dan menangis apabila
mendengar kata-kata ikhlas Lili itu. Lili melihat sebuah lori membawa kubah surau. Dia
juga buat kali pertamanya mendengar orang bertengkar tentang kubah surau. Nenek
keberatan untuk melepaskan Lili pergi kerana memikirkan aspek keselamatan dirinya.
Danel dan Lili berbincang tentang isu pemasangan kubah di surau atau di bumbung
masjid baharu yang bakal terbina pada suatu hari nanti. Berlaku suasana yang getir
apabila Seman memukul sambil memaki hamun anaknya, Haziq. Orang ramai yang
datang termasuk Lili dan Danel berasa takut untuk meleraikan perbuatan kejam Seman

itu. Dari dalam rumah, kedengaran suara jeritan Che Jah yang meminta Seman agar
menceraikannya. Nenek pulang lewat dengan membawa khabar bahawa Che Jah belum
diceraikan suaminya. Ketika berbual dengan Lili, Kak Mimah memberitahu Lili bahawa
dia bertugas sebagai penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian
Warga Tua dan Keluarga. Lili sempat memberitahu Kak Mimah tentang kes keganasan
rumah tangga yang berlaku di kampungnya itu. Kak Mimah menyatakan kesanggupannya
untuk membantu menangani kes keganasan rumah tangga yang melibatkan Che Jah dan
Seman itu setelah diceritakan dengan panjang lebar oleh Lili. Geetha bersetuju untuk
mengikut Lili dan akan bermalam di rumah datuk Lili. Nenek berasa gembira ketika
menyambut kedatangan Geetha ke rumahnya. Nenek membenarkan Lili dan Geetha
menziarahi Che Jah. Datuk memberitahu Lili bahawa Kak Mimah telah
menghubunginya. Datuk bertekad hendak mengheret Seman ke penjara. Menurut datuk,
Seman telah melakukan banyak kerosakan kepada hati orang lain, selain hati isteri dan
hati anak-anaknya. Lili mengagak bahawa Geetha dan Danel mula jatuh cinta. Datuk
berasa kesal kerana lambat bertindak untuk memperbetul segala masalah yang berlaku di
kampungnya itu. Lili terdengar suara kecoh di halaman rumah datuknya. Mereka datang
untuk melaporkan kubah telah dilarikan dan mengesyaki anak-anak Che Jah yang
melakukan perbuatan mencuri itu. Lili melihat datuknya mengheret masuk Haziq dan
Rafiq di halaman rumah sambil dibantu oleh dua orang pemuda lain. Haziq dan Rafiq
kelihatan lemah dan ada kesan dibelasah. Wajah Haziq lebam manakala hidung Rafiq
berdarah. Mereka masuk ke dalam rumah dan merebahkan diri di lantai ruang tamu tanpa
disuruh. Lili tidak berminat menyentuh isu kubah kerana kubah itu sudah pun dilarikan
orang. Geetha membawakan Danel minuman panas. Akibat kebimbangan Haziq akan
bertindak ganas, nenek berkawal di muka pintu dapur dengan batang penyapu manakala
Danel pula berdiri mencuba melindungi Lili. Keadaan itu menyebabkan Geetha berasa
cemburu dan beredar dari ruang tamu itu. Kak Mimah dan Nadia, dua orang pegawai dari
Jabatan Kebajikan Masyarakat tiba di rumah datuk. Che Jah menemui Kak Mimah di
rumah datuk. Dia menceritakan kejadian malangnya dengan panjang lebar kepada Kak
Mimah dan Nadia. Che Jah sangat bersetuju jika suaminya dibawa ke muka pengadilan
kerana kubah yang dilarikan semalam ialah perbuatan jahat suaminya tetapi suaminya itu
telah menghalakan segala perbuatan jahatnya kepada anak-anaknya yang sedang belajar

untuk menjadi baik. Lili dan Geetha disuruh menjaga Rafiq dan Haziq di rumah dengan
ditemani oleh Kak Bibah dan dua orang pak cik yang belum dikenali. Menurut Rashid,
Sugi tidak terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang
memujuk orang kampung untuk menjual tanah mereka. Che Jah berjaya membuat laporan
polis berhubung kes jenayah suaminya dan laporan akan disediakan untuk tindakan lanjut
dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pada minggu depan. Datuk tidak melatah dengan
semua tuduhan penduduk kampung itu. Ibu menghubungi Lili. Dia berasa pelik dengan
perubahan sikap anaknya yang tidak merungut sepanjang tempoh percutiannya di
kampung. Sewaktu azan subuh berkumandang, Geetha dan Danel telah mengetuk dinding
bilik Lili untuk mengejutkannya sekali gus mengajaknya melihat matahari terbit. Lili,
Geetha, dan Danel duduk di jeti nelayan sambil memerhatikan keindahan matahari terbit.
Ketika Lili tiba di rumah, dia melihat ibunya sedang berbual mesra dengan datuk dan
neneknya. Menurut Lili, kebahagiaan yang paling bermakna kepadanya adalah apabila
dia melihat ibunya berbual mesra dengan datuknya. Datuk Lili yang bernama Haji Abdul
Rahman telah mengisahkan perjalanan hidupnya dari Kalimantan yang berpindah-randah
hingga akhirnya membuka petempatan di Kampung Sentosa. Datuk Lili tabah menempuh
berbagaibagai rintangan dalam hidupnya hinggalah dia bertemu dengan neneknya di
sebuah tempat ajaib pada 42 tahun dahulu. 32 Nenek Lili bercerita bahawa dirinya
bernama Hajah Aisyah Tan Abdullah dan berasal dari Tanah Besar China. Dia mengikut
bapanya berhijrah ke Tanah Melayu ketika berusia sebelas tahun bersama-sama adik-
beradiknya yang lain. Dia menetap di Tanah Melayu hingga bertemu jodoh dengan Haji
Abdul Rahman. Lili menerima sepucuk surat yang ditulis dan dihantar oleh Danel yang
mengisahkan berbagai-bagai perkara. Lili mencatat segala peristiwa dan kejadian yang
berlaku. Cerita diakhiri dengan Lili menyambung catatannya semula pada bulan
Disember 2008. Dalam catatannya itu, Lili berasa lega dan gembira apabila semua ujian
serta permasalahan sosial dan kemasyarakatan yang berlaku di Kampung Sentosa berjaya
ditangani. Lili tidak sabar untuk kembali ke Kampung Sentosa bagi mendengar cerita
datuknya tentang jendela menghadap jalan.

➢ SINOPSIS BAB 1
o Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di

kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan
Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi
menjaga hati ibunya.

➢ SINOPSIS BAB 2
o Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan

menyandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim
tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama
lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat
Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun
satu Jurusan Kejuruteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin
menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari
bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.

➢ SINOPSIS BAB 3
o Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili

sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili
disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya.
Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana
dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.

➢ SINOPSIS BAB 4
o Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang

luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya
khabar. Menurut nenek, datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah
masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.

➢ SINOPSIS BAB 5
o Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula

datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat
menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan
lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan
pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan
untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi
segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu
kepastiannya.

➢ SINOPSIS BAB 6
o Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin

yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat.
Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India,
Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali,
yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan,
tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba
pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk
apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber
rujukan.

➢ SINOPSIS BAB 7
o Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili

tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha. Menurut
Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan
datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit
teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat.
Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan
tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili berasa bangga
kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan
tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.

➢ SINOPSIS BAB 8
o Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu

menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya.
Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah
berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat
belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah
berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah
tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung, Lili merasa
keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid.
Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau
kerana William cuba mempengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak
mempercayai pengubatan tradisional di samping memujuk supaya menjualkan tanah bagi
tujuan membina rumah sewa.

➢ SINOPSIS BAB 9
o Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang

hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil
Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau
mendirikan sebuah masjid. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina
kubah surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Di
samping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden
berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari
segi sains perubatan untuk meyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk,
walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional
baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan ramuan
tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan
terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi
menjaga hati datuk agar tidak terguris.

➢ SINOPSIS BAB 10
o Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai

penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk
tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang
diberikan itu belum tentu dapat meyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan
William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu
semua kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-penduduk kampung termasuk
William, malah berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang
sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula
telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk
kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual
tanah atau sebaliknya.

➢ SINOPSIS BAB 11
o Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik

sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu
datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak
bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia
datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya
nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan
datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila
melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin
keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili
menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang
datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak
ketahui.

➢ SINOPSIS BAB 12
o Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk kampung. Sama ada ingin

mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-
penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin

merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama
membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh
dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung.
Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada
alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia
ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor
ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan
kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan
bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat.
Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar
Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke
rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan
seorang perempuan.

➢ SINOPSIS BAB 13
o Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala

Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh
daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk.
Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya
berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada
sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk
menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang
bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon
kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi
memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang
Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang
zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.


Click to View FlipBook Version